Anda di halaman 1dari 33

UITM TERENGGANU, KAMPUS DUNGUN CTU 101 EH1101A UNSUR-UNSUR PEMBINAAN AKIDAH ISLAM SERTA CABARAN-CABARAN DALAM MENGEKALKAN

AKIDAH YANG BENAR


Disediakan oleh :

NUR FARHANA BINTI RIDZUAN 2010178163 910307115148 ANIS BINTI ABD GANI 2010574379 920123035724 NABILAL HUDA BINTI ABDUL HALIM 2010588941 920824115938

Assalamualaikum W.B.t......

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ismail Bin Embong pensyarah CTU 101 kelas EH1101A yang banyak member tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan kerja kursus yang bertajuk Unsur-unsur Pembinaan Akidah Islam Serta Cabaran-cabaran Dalam Mengekalkan Akidah yang Benar. Dengan melalui kerja khusus ini, kami dapat mengetahui serba sedikit tentang cabaran -cabaran bagi mengekalkan akidah yang benar dalam kehidupan seharian kami. Selain itu,pembinaan akidah juga dapat kami ketahui bagaimana untuk memantapkan lagi akidah dalam diri kami. Oleh itu,kami telah memberi serba sedikit info -info di dalam hasil kerja kami bagi memudahkan pembaca untuk mengetahui tajuk yang telah de berikan kepada kami. Akhir sekali, Kami ingi n mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu kami dalam memberi dorongan dan semangat serta tunjuk ajar dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Pendidi n akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah swt. Ayat ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bil l i R iti i i p i j l t A ti it i p i t t pt j i p i i w l p p i t i w l

t Dari sini kita nampak dengan jelas

bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.

 DEFINISI AKIDAH

Menurut Kamus Dewan edisi 2002 akidah bermaksud kepercayaan dan keyakinan. Akidah adalah bererti menyimpul sesuatu deng an kuat. Dari sudut bahasa, akidah bermaksud simpulan iman pegangan yang kuat atau keyakinan yang teguh. Dari sudut istilah,akidah bermaksud kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak dan keraguan. Akidah juga bermaksud keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana -mana pengaruh samada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Manakala akidah Islam pula ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah serta beriman dengan Nama -namaNya dan segala sifatsifatnya, beriman dengan malaikat, kitab -kitab , para rasul , hari akhirat dan beriman dengan qada dan qadar Allah samada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjukNya.

 DASAR-DASAR PEMBINAAN AKIDAH Sebagai umat islam kita mestilah berpegang teguh kepada rukun islam dan rukun iman yang merupakan tunggak utama dalam pembentukan akidah islam. Sebagai orang islam kita wajib percaya kepada rukun islam dan rukun iman. Rukun islam terbahagi kepada lima iaitu :
y Mengucap dua kalimah syahadah y Solat lima waktu y Membayar zakat y Berpuasa di bulan ramadhan y Menunaikan haji di makkah

 RUKUM IMAN

Iman dalam pengertian bahasa ialah percaya. Iman yang dimaksudkan di sini ialah sesuatu Itiqad. Dari pengertian ini, iman adalah meliputi tiga asas yang utama iaitu : 1) Itiqad yang teguh : iaitu sesuatu keyakinan yang kuat dan tidak boleh dipengaruhi atau kepercayaan yang benar -benar meresap di hati. 2) Itiqad yang betul : sebagaimana yang di ajar oler Rasullah tentang hal-hal ketuhanan, kerasulan dan lain-lain lagi bahawa perkara yang diitiqadkan itu adalah berlandaskan keterangan daripada Al -Quran atau hadith-hadith nabi. 3) Kepercayaan- kepercayaan yang di sokong dengan alasan atau dalil dalil sudah sempurna iman sekalipun dalil yang di pegang secara ijmali sahaja.
Rukun Iman adalah 6 perkara iaitu:

1) Percaya kepada Allah 2) Percaya kepada malaikat 3) Percaya kepada para rasul 4) rasul. 5) Percaya kepada hari akhirat 6) Percaya kepada Qada dan Qadar (baik dan buruk daripada Allah s.w.t)

Selain daripada yang tersebut di atas, umat Islam dihendaki juga mempercayai wujud segala perkara ghaib dam samiyat yang diterangkan oleh Al -Quran dan hadith-hadith nabi.

Beriman kepada Allah

Dalam bahasa Arab, kepercayaan kepada Allah Swt. Disebut iman yang bermaksud mengetahui, mempercayai, dan yakin tanpa keraguan sedikit pun. Dengan demikian, iman bererti keyakinan yang tidak goyah yang timbul berdasarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan. Seseorang yang mengetahui dan percaya kepada Allah, sifat-sifatNya, hukum-hukumNya, petunjukpetunjukNya dan

peraturan-peraturanNya mengenai rahmat dan hukum-hukumNya disebut Mukmin. Kepercayaan ini membimbing maanusia menjadi taat dan pasrah dirinya kepada kehendak Allah. Dan manusia yang mempunyai sifat ini disebut muslim.

Tanpa iman seseorang tidak akan dapat menjadi muslim yang benar. Iman merupakan sesuatu titik awal yang tidak dapat digantikan. Oleh kerana itu, tanpa Iman dan ketaatan kepada Allah s.w.t tidak dapat dimulai. Hubungan antara Islam dan Iman adalah sama dengan hubungan antara pokok dan benihnya. Pokok tidak ada tanpa
7

benihnya. Begitu juga bagi manusia, ia tidak dapat menjadi muslim tanpa iman. Atau aggaplah pokok dapat tumbuh tanpa ben ihnya tapi pokok tersebut tidak akan tumbuh menjadi besar atau tumbesarannya akan terbantut atau lambat. Dekian juga manusia. Mungkin ia memiliki kepercayaan terhadap Tuhan,tetapi dengan beberapa kelemahan ia tidak dapat menjadi muslim yang yang benar dan kuat pegangan agamanya. Dengan demikian, kita boleh mengatakan bahawa iman merupakan titik permulaan yang membawa manusia ke dalam kepasrahan diri kepada Allah s.w.t. Sebaliknya, walaupun seseorang itu percaya adanya tuhan tetapi oleh kerana kelemahan hati nya miskin akan pengetahuan dan lingkungan yang buruk, ia mungkin saja tidak dapat hidup seperti orang muslim yang benar.

Beriman kepada malaikat

Nabi Muhammad s.w.t mengajar umat-umatnya untuk percaya kepada dengan adanya malaikat -malaikatNya. Hal ini merupakan unsur kedua dalam keimanan islam. Percaya kepada malaikat -malaikatNya sangat penting kerana

membebaskan konsep tauhid daripada bayangan syi rik. Keimanan kepada malaikat-malaikatNya juga membuat konsep tauhid menjadi murni dan sederhana.
8

Orang orang menganut kepahaman politisme telah menyekutukan Allah dengan dua zat : 1) Benda- benda yang terbentuk nyata dan dapat dilihat oleh mata manusia, seperti matahari, bulan, bintang, api, air, binatang-biantang, orang-oorang besar dan seterusnya. 2) Sesuatu yang tidak dapat berbentuk dan tidak dapat dilihat mata manusia. Iaitu sesuatu yang dianggap bertugas untuk meng atur alam semester. Kepercayaan yang pertama dapat di lihat dengan jelas dengan kesalahannya mengucap kalimah La ilaha illallah. Kalimah ini dengan jelas menyatakan bahawa benda -benda ini sama sekali tidak mempunyai kekuatan untuk mengatur dirinya sendiri apatah lagi mengatur kehidupan manusia. Kepercayaan kedua ialah,percaya kepada sesuatu yang tidak dapat di lihat oleh mata manusia membuat penganut politisme semakin mundur. Mereka menganggap sesuatu yang tidak dapat di lihat dengan mata ini sebagai dewa-dewa atau anak tuhan. Untuk memurnikan keimanan dan keesaan Allah s.w.t dengan membersihkan diri daripada pencampuran dengan kepercayaan yang kedua ini, unsur keimanan kepada malaikat -malaikatNya adalah penting.  Beriman kepada kitab

Nabi Muhammad telah berperintah kepada manusia adalah percaya kepada kitab-kitabNya. Kitab-kitab yang telah diturunkan Allah s.w.t melalui nabi nabi dari waktu ke waktu.Allah s.w.t menurunkan kitab-kitab kepada para nabi sebelum nabi Muhammad s.w.t dengan cara yang sama seperti Allah s.w.t menurunkan Al-Quran kepada nabi Muhammad s.w.t. Manusia telah di beri penjelasan tentang beberapa kitab iaitu kitab Taurat yang di berikan kepada nabi Musa , kitab Zabur kepada nabi Daud dan kitab Injil diturunkan kepada nabi Isa A.s. Manusia tidak mengetahui kitab-kitab lain yang diturunkan Allah S.W.T kepada nabi -nabi yang lain. Al-Quran merupakan kitab suci terakhir yang diturunkan Allah SWT. Dalam hal ini, ada beberapa perbezaan antara Al -Quran da kitab-kitab suci yang sebelumnya. 1. Teks asli al-Quran masih lagi wujud sehingga kini sebagaimana diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. 2. Di dalam al-Quran hanya firman-firman Allah SWT sepertimana bentuknya yang murni tanpa campuran dan tambahan sekalipun. 3. Kitab-kitab yang diturunkan sebelum nabi Muhammad SAW ialah dalam bahasa yang telah lama mati. Pada masa sekarang,tidak ada pun yang memahami bahasa tersebut. Sebaliknya, bahasa yang digunakan dalam al-Quran merupakan bahasa yang digunakan sepanjang zaman

10

iaitu Bahasa Arab. Setiap orang dapat memahami dan mempelajari bahasa tersebut.

 Beriman kepada Rasul Nabi telah diutuskan kepada setiap golongan umat manusia dengan membawa agama iaitu agama Islam. Nabi Muhammad merupakan nabi dan rasul yang terakhir yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.Seorang nabi berada dalam tingkat dan posisi yang sama. Maka, jika seseorang tidak mempercayai dan tidak mengakui seorang nabi, bererti dia tidak mempercayai nabi -nabi yang lain.

11

 Beriman kepada Hari Akhirat Hari akhirat merupakan hari ke musnahan. Hari akhirat berlaku dengan kemusnahan alam semesta ini. Pada hari ters ebut, semua kehidupan akan mati . Peringkat-peringkat Hari Akhirat I. II. III. IV. V. VI. Alam Kubur. Manusia Dihimpunkan Pembentangan Amalan Timbangan Amalan Sirat Balasan Syurga Dan Neraka

Beriman pada Qadar dan Qada

Allah SWT menyatakan di dalam al -Quran, bahawa takdir adalah satu peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas segala yang ada di alam ini. Jadi, peraturan-peraturan tersebut adalah merupakan undang undang umu dan ketentuan yang mengandungi sebab musabab atau sebab akibat.

12

UNSUR-UNSUR PEMBINAAN AKIDAH


Pembinaan akidah perlu dimulai dengan memahami konsep Islam yang seharusnya dan memahami konsep akidah Islam secara khusus.
 Mujahadah an-Nafs

Mujahadah bermaksud pertarungan menentang nafsu dan perjuangan menegakkan agama Allah SWT . Mujahadah perlu dilaksanakan secara istiqamah pada setiap masa dan tempat sehinggalah ke akhir hayat. Mujahadah juga merupakan membersihkan diri dari segala dosa de ngan cara meninggalkan perkara tersebut dengan taubat dan doa. Manusia juga akan sentiasa dekat dengan hidayah Allah apabila mereka memiliki hati yang bersih . Selain itu, hati yang bersih juga akan melahirkan perbuatan yang baik.
Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh -sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, Sesungguhnya, Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira seolah memperolehi keredaa) dan

Sesungguhnya,(pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (al-Ankabut :69)
13

 Muhasabah diri

Muhasabah diri bermaksud menghisab dan menghitung setiap amalan dan dosa, ia bertujuan untuk meningkatkan lagi amalan dan mengingatkan manusia terhadap balasan Allah terhadap perkara kebaikan dan keburukan yang dilakukan.Muhasabah akan mendorong manusia su paya sentias berhati=hati dalam kehidupan. Ia juga akan menimbulkan keinsafan dan keyakinan bahawa nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT terlalu banyak. Sekiranya dihitung dan dibandingkan nikmat Allah SWT dengan ibadah beratus tahun sekalipun,pasti ibadah yang itu belum boleh menyamai bertapa besarnya nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tanpa muhasabah diri, manusia akan hidup dalam kelekaan dan penderhakaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka dengan satu persatu dengan hitunganNya yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal dahsyatny a.
(al-Talaq :8)

14

 Muaqabah

Muaqabah adalah suatu bentuk denda yang dikenakan terhadap diri sendiri kerana kecuaian dalam melakukan sesuatu perintah Allah SWT. Denda ini adalh dalam bentuk amalan yang akan membawa seseorang itu lebih mendekati Allah SWT. Amalan mendenda diri sendiri ini membuktikan bahawa keimanan terhadap Allah SWT akan menjadi semakin teguh. Ini akan menunjukkan kebimbangannya terhadap balasan Allah SWT terhadap kecuaiannya.
Firman Allah SWT yang membawa maksud :

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah;maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah dam yang mudah didapati; dan janganla kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya, maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendakla ia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih dam. Kemudian apabila ka mu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan umrah, (dan terus menikmati

kemudahan itu) sehingga masa (mengerjakan) ibadah haji, (bolehlah ia

15

melakukannya kemudian wajiblah ia) menyembelih dam yang mud ah didapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjid Al-Haraam (Makkah), dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya) .
(al-Baqarah :196)

 Muahadah

Muahadah dengan Allah SWT adalh perkara yang berlaku sebelum kelahiran manusia. Allah SWT telah membuat perjanjian dengan manusia semasa berada di alam roh. Mengingati perjanjian kita ketika berada di alam roh dari semasa ke semasa merupakan su atu perkara yang amat penting untuk membina dan memperkukuhkan lagi keiman kita kepada Alla SWT.

16

Firman Allah SWT :

Dan (ingatlah Wahai Muhammad) anak-anak Adam

ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat

(turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia

jadikan saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firmanNya) : Bukankah Aku Tuhan kamu? mereka menjawab : Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak : Sesungguh nya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini .
(al-Araf :172)

y Muraqabah

Muraqabah bermaksud kewas adaan atau engawasan .Hati yang sentiasa bermuraqabah akan sentiasa merasai bahawa Allah S.W.T.mengawasi segala gerak gerinya.Penjagaan aspek muraqabah amat penting dalam pembetukan akidah.Langkah awalnya ialah dengan melaksanakanperintah AllahS.W.T.dengan penuh ketelititian dan meningg alkan larangan Allah SWT sepenuhnya.

17

Sabda Rasullulah S.W.T maksudnya: Bahawa kamu menyembah kamu tidak Allah dapat seolah -olah melihat Allah kamu maka

melihatNya.Sekiranya

sesungguhnya Allah melihat kamu.

 Mengelakkan Diri Dari Suasana Dosa Dan Jahiliah

Kemantapan akidah akan terhakis dengan suasana dan amalan dosa dan maksiat.Pembinaan dan pengukuhan akidah akan terjejas malah akan menyebabkan dan boleh meruntuhkan akidah itu sendiri sekiranya manusia melakukan perbuatan yang be rtentangan dengan syariat Allah SWT.

 Ilitizam Meninggalkan Perkara yang Haram

Dimana setiap seseorang manusia mestilah sentiasa menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Seseorang Islam wajib bersungguh-sungguh meninggalkan segala bentuk p erkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Kesungguhan meninggalkan kemungkaran tersebut akan melahirkan kemanisan iman seterusnya memperolehi akidah yang mantap.

18

 Iltizam Melakukan Ibadat

Keazaman untuk melakukan ibadat. Ini kerana ibadah berfungsi untuk mencegah manusia daripada melakukan perkara kemungkaran. Apabila segala kemungkaran diketepikan barulah lahirnya kemurniaan dan tarikan kearah budaya akidah yang sihat.Ketika ini barulah ketenangan hati melaksanakan segala tuntutan Allah SWT si dalam sem ua perkara (ibadat) dapat dirasai dengan segala nikmat dan selunaknya. Kesungguhan ketaatan kepada Allah tersebut tentulah membawa kepada akidah yang lebih mantap terhadap Allah. Ibadat yang sebenarnya mengandungi dua bahagian iaitu meninggalkan segala lar angan sebagai nahagian pertama sementara bahagian keduanya adalah melaksanakan segala suruhanNya.

19

y Hasutan Syaitan Yang Menggoda

Sepertimana yang kita ketahui bahawa syaitan adalah musuh ketat manusia. Mereka akan cuba menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.Kami telah menemui dua ayat dalam al -quran yang mengandungi ugutan syaitan untuk menyesatkan manusia dan mengodanya. Firman Allah yang bermaksud : Maksudnya: Iblis berkata: Berilah tempoh kepada aku sehingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya kamu daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu asa yang tertentu). Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhanku) menyebabkan daku tersesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka daripada depan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.
(AlAraaf: 1417)

20

Manakala satu lagi firman Allah yang bermaksud: Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian berilah tempoh kepada aku hingga kehari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonan kamu itu, maka sesungguhnya kamu dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari (masa) yang tertentu. Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana engkau telah menjadikan aku sesat maka demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat -zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan daripada syirik. (Al Hijr: 36 -40)

Oleh itu, berdasarkan ayat al-quran yang menceritakan perbualan syaitan,sudah jelas bahawa syaitan adalah cabaran utama bagi membina akidah yang benar. Ramai umat islam terpengaruh engan tipu daya syaitan.

Kadang kala terdapat sebilangan umat islam tertanya-tanya, apakah jalan untuk membebaskan diri daripada hasutan dan tipu daya syaitan ini? Kami telah menemui jawapan kepada persoalan ini di dalam al -Quran yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w supaya ia menjadi penawar dan rahmat kepada orang -orang yang beriman.

21

1. Al-Quran telah memberitahu kita bahawa syaitan adalah musuh kepada manusia.

Oleh itu mereka hendaklah menjadikannya sebagai musuh. Allah telah berfirman maksudnya: Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya) sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka. (Faatir: 6)

2. Al-Quran telah menjelaskan manhajNya kepada orang-orang yang beriman dan menggariskan kepada mereka jalan yang lurus.

Semua jalan dan manhaj yang selain daripadanya adalah daripada hasutan syaitan. Firman Allah yang bermaksud: Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak -anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata. Dan (Aku perintahkan) hendaklah kamu menyembahKu, inilah jalan yang lurus. (Al Anaam: 153)

3. Al-Quran menuntut dari orang-orang Islam supaya menjadi orang-orang yang benar-benar beriman, bertawakkal dan berlindung dengan Allah daripada syaitan.

Apabila mereka bersifat demikian, maka syaitan tidak akan dapat menguasai mereka.

22

Firman Allah yang bermaksud: Oleh itu apabila engkau membaca al -Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam. Sesungguhnya syaitan tidak mempunyai apa -apa pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang -orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. (An Nahl: 98-100)

4. Al-Quran telah memperingatkan dan memberi amaran kepada setiap orang yang
lalai dari mengingati Allah, beribadat dan mentaatiNya, di mana syaitan menjadi temannya yang akan menyesat dan memperdayakannya.

Firman Allah yang bermaksud : Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah syaitan itu teman yang tidak renggang daripadanya. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalang mereka daripada jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Az Zukhruf: 36-37)
23

y Bisikan Nafsu

Demikianlah wahai umat islam jalan penyelesaian terpenting untuk membebaskan dirimu daripada tipu daya dan hasutan syaitan, melepaskan dirimu daripada perhiasan dan kesesatannya sebagaimana yang telah kami ambil daripada ayat-ayat al-Quran. Kami ringkaskan jalan-jalan penyelesaian tersebut di dalam bebe rapa noktah berikut: Syaitan adalah musuh kepada manusia, maka kita hendaklah menjadikannya sebagai musuh. Beristiqamah mengikuti manhaj rabbani dan berjalan di atas jalan yang lurus. Mempertingkatkan keimanan terhadap Allah, berlindung dan bertawakkal kepadaNya. Memohon perlindungan dengan Allah setelah dia merasakan godaan daripada syaitan yang direjam. Mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah dan merasakan pemerhatianNya di setiap masa samada ketika sunyi atau nyata. Menghidupkan hati dan anggota yang lain dengan zikir kepada Allah dan sentiasa taat serta beribadat kepadaNya. Sedar dan beringat setelah dialpakan oleh syaitan dan memutuskan hubungan dengan ahli batil dan sesat. Dengan penyelesaian ini, kita sebagai umat islam akan menjadi insan yang berima n, sedar dan pandai bertindak di dalam segenap perkara. Kita akan menjadi seorang yang mempunyai keimanan yang mendalam, beriltizam dengan manhaj Islam dan ajaran al-Quran. Syaitan tidak akan dapat bergantung, memperdaya atau menguasai kamu. Kita selama-lamanya akan menjadi

24

seorang hamba Allah yang ikhlas dan tenteraNya yang menang. Inilah makna firman Allah yang telah menggugat syaitan dengan kata -kata yang menggentarkan: Maksudnya: Sesungguhnya hamba-hambaKu tidak adalah bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang orang yang sesat (dengan pilihan mereka sendiri) . (Al Hijr: 42)

Inilah yang telah diakui oleh syaitan sendiri bahawa dia tidak mempunyai jalan untuk menggoda hamba Allah yang ikh las: Maksudnya: Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana engkau telah menjadikan daku sesat, maka demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali di antara zuriat Adam itu orang-orang yang dibersihkan daripada sebarang syirik. (Al Hijr: 39-40)

25

Jalan Penyelesaian Yang Terpenting ialah:

1. Mempertingkatkan keimanan: 2. Memenuhi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat. 3. Bersahabat dengan orang-orang yang baik.

Cabaran sebaran

Di antara slogan-slogan palsu yang dilaung-laungkan oleh Yahudi, Salibiah, pendakwah kristian dan orientalis... ialah slogan `Pembebasan Wanita'. Bebas daripada apa? Bebas daripada rumahn ya. bebas daripada pakaiannya. bebas daripada akhlak dan bebas daripada akidahnya. Yang dimaksudkan dengan bebas daripada rumah ialah keluar ke tempat tempat kerja untuk bekerja, atau ke kelab -kelab untuk menari, atau ke pentas-pentas untuk menyanyi atau kepada kawan-kawan untuk bercinta. Yang dimaksudkan dengan bebas daripada pakaian ialah mendedahkan apa yang telah diperintah oleh Allah supaya menutupnya dan mencerobohi perkara yang telah diarahkan oleh Islam supaya memeliharanya .

26

Yang dimaksudkan dengan bebas dari akhlak ialah menentang segala prinsip akhlak yang terdapat di dalam syariat Islam. Jangan bersifat dengan sifat malu, jangan beradab dengan orang yang lebih berumur, jangan mendengar nasihat para penjaga mereka dan jangan terkongkong dengan adat ataupun agama. Yang dimaksudkan dengan bebas daripada aqidah ialah mengiklankan penentangannya terhadap dasar -dasar Islam yang menyeru wanita supaya berpegang teguh dengannya da n beramal dengan tuntutannya seperti memerangi hijab, sistem poligami dan system perwarisan. Menentang dasar `kepimpinan' yang telah diberikan kepad a kaum lelaki dan sebagainya yang mana hanya dengan salah-satu daripada tindakan ini sahaja telah menyebabkan terlucutnya seseorang daripa da ikatan Akidah Rabbaniah dan terkeluarnya beliau daripada agama Islam .Lebih-lebih lagi apabila perkaraperkara tersebut terkumpul, maka murtad dan keluar daripada agama Islam adalah lebih nyata dan jelas. Daripada kata-kata dan perancangan -perancangan yang telah kami nyatakan, jelaslah kepada kita bahawa Yahudi, Freemason, Salibi ah, Komunis, Kristianisasi dan Orientalis sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong untuk merosakkan masyarakat Islam dengan menggunakan arak, seks, hiburan, majalah, novel, hiburan yang tidak berakhlak serta meninggikan slogan: Sesungguhnya mereka telah mencapai -alangkah sedihnya matlamat mereka
27

yang hina dan tujuan mereka yang keji di mana kita melihat ramai umat Islam di negara Islam telah bertaburan untuk mencari kepuasan nafsu syahwat.Mereka tergelincir ke lembah keruntuhan dan

penyelewengan..Mereka tidak mempunyai matlam at dan tujuan melainkan semata-mata untuk memenuhi tuntutan dan kemahuan nafsu. Mereka terjun ke dalam lumpur kehinaan dan kekejian serta mengabaikan kewajipan mereka yang utama dan suci iaitu membawa risalah Islam dan berjuang mempertahankannya. Oleh itu, kita sebagai umat islam hendaklah mengetahui semua hakikat ini. Kita hendaklah berhati -hati terhadap perancangan dan tipu daya musuh terhadap kita dan kita hendaklah saling member per ingatan antara satu sama lain. Memang telah diyakini bahawa medi a massa pada hari ini digunakan untuk melakukan kejahatan, maka ia dianggap sebagai wasilah terkuat di dalam merosakkan masyarakat, memesongkan dan menyelewengkan umat Islam, membebaskan wanita daripada ikatan akhlak dan kemuliaan agama. Ini disebabkan media massa mampu berbicara kepada berjuta -juta orang melalui program dan rancangan-rancangannya bahkan lebih ramai lagi. Kebanyakan mereka mempunyai kepentingan dan keinginan yang mudah terpenga ruh dengan perkataan-perkataan yang dibaca dan juga yang di lihat.

28

Sekiranya perkataan itu baik maka ia adalah seperti pokok yang baik yang mana akarnya teguh mencengkam bumi dan cabangnya mencapai langit lalu mengeluarkan hasilnya pada setiap masa deng an izin Tuhannya. Sekiranya perkataan itu jahat maka ia adalah seperti pokok yang tidak baik yang tercabut daripada bumi dan tidak mempunyai pendirian yang teguh. Dari sini kita dapat melihat bagaimana Islam memberi perhatian terhadap kalimah dan amanahny a sesuatu kalimah serta kesannya... samada ia akan naik tinggi bersama orang orang mukmin ke langit suci dan mulia ataupun jatuh bersama orang yang menuturkannya ke dalam neraka jahanam yang hina. Di antara yang

menyedihkan ialah kebanyakan media massa d i seluruh negara Islam adalah dibuka medannya untuk menyebarkan kejahatan, mendorong melakukan jenayah dan kerosakan di atas muka bumi.Kesan daripada itu berlakunya kegoncangan akidah, kehancuran akhlak dan k emusnahan nilai-nilai mulia.
Perancangan Yahudi dan Freemason.

Yahudi berkata di dalam protokol mereka: Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Sesungguhnya Frued adalah dari kalangan kita. Di antara kata -kata mereka lagi ialah: Kita mesti merosakkan wanita. Di hari mereka menghulurkan tangan kepada kita, kita akan berjaya menghiasi mereka dengan perkara haram dan menggugatkan tentera yang memperjuangkan agama. Yahudi adalah orang yang telah melahirkan teori Nature yang melenyapkan akhlak dan mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang boleh membawa kepada kepuasan.
29

Di antara apa yang dikatakan oleh Frued, seorang Yahudi: Manusia hendaklah berusaha memuaskan nafsu dengan cara mengungkaikan ikatan akhlak dan halangan dari masyarakat yang menghalangnya daripada bebas melakukan itu semua.

 KESIMPULAN Begitulah -wahai saudaraku ,apabila kamu mampu membebaskan dirimu daripada pujukan syaitan, menewaskan dorongan nafsu ammarah

danmengenepikan keinginan hawa nafsu... sesungguhnya kamu telah menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan menggunakan cabaran lain yang lebih berkesan, positif dan lebih baik. Pada waktu yang sama kamu telah memperbaiki dirimu, mengasuh akhlak dan berjalan di atas jalan ketaqwaan dan petunjuk. Manusia akan memandang kamu sebagai seorang ahli iman, ahli taqwa dan orang yang berhak mendapat keampunan kerana mereka yang berjaya menewaskan hawa nafsu dan menghindari tipu daya syaitan, tanpa syak lagi mereka akan dapat menewaskan musuh-musuhnya, mengalahkan ahli kesesatan, kefasikan dan kebatilan. Allah akan sentiasa bersama mereka, menolong dan membantu mereka dengan pertolonganNya, mengukuhkan kedudukan mereka di atas muka bumi, menyediakan untuk mereka sebab-sebabkekuatan dan keagungan dan menggantika n ketakutan dengan kemenangan.

30

Mereka menyembahNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu. Aturlah urusanmu -wahai saudaraku - dan berbekallah dengan bekalan iman dan taqwa. Hiasilah dirimu dengan akhlak yang mulia. Kuatkanlah keazaman di dalam dirimu. Bebaskanlah dirimu dari pujukan syaitan dan hawa nafsu; Sehingga apabila kamu muncul di medan dakwah ke jalan Allah dan berjihad di jalanNya, kamu mempunyai pengaruh yang besar di dalam usaha pengislahan, kedudukan yang tinggi di medan qudwah dan kesanggupan yang kuat di dalam menyebarka n Islam Bahkan apabila manusia melihatmu, mereka akan melihat dengan penuh kepercayaan, kasih sayang dan optimis. Ketika kamu menyeru mereka, tidak ada seorang pun yang tercicir dari menyahut dan taat. Ketika kamu meminta supaya mereka beratur di dalam saf dakwah, mereka akan melakukannya dengan penuh ketaatan dan minat. Dengan ini semua -wahai saudaraku para pemuda - kamu telah memperbanyakkan kader -kader Islam di seluruh alam yang mana melalui merekalah dasar-dasar Islam akan tersebar luas ke seluruh pelusuk bumi dan terbinanya daulah Islam serta terbebasnya Negara Islam daripada perancangan jahat Yahudi, Salibiyun, Komunis dan penjajah. Ketika itu orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan Allah. Dia menolong sesiapa yang dikehendakiNya. Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

31

Aqidah Dan Keimanan

y Abu Bazli Abdul Kadir Bin Che Kob (1985) y Penerbit : Adabi Sdn Bhd, Kuala Lumpur

Dasar-dasar Akidah Islam

y Abdul Ala Al Maududi (1985) y Penerbit : Media Dakwah

Aqidah Islam Ilmu Tauhid

y Sayid Sabiq (Guru Besar di Universiti Al-Azhar) , (1974)

32

Benteng Akidah Islam

y Husein Muhammad Al-Jasr Al-Tarabulsi (1982) y Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Prinsip-Prinsip Asas Islam (Islam Dan Akidah)

y Muhammad Asri Abdullah (2009) y Pusat Penerbitan Universiti, UPENA, UiTM Shah Alam

Internet

y www.dakwah.info

33

Anda mungkin juga menyukai