Anda di halaman 1dari 2

 

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita
bereaksiseperti berbasikal, bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan
peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi
sihat dan cergas serta tidak berasalesu ketika belajar di dalam kelas.
 
           Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat
membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden
ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan
profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali
terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan
tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah
kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan
orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai
masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan  langkah awal seperti kata
pepatah “sediakan payung sebelum hujan” dalam mengawal obesiti, penyakit
kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan  juga
dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih.
Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani
ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan
sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang
berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan
membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan
dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat
yang sihat.
            Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa
lapang sebenarnya amat berharga bagi  setiap individu atau masyarakat.
Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara
mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu emas , walaupun hanya ada
beberapa minit, masa itu sangat berharga .Masa lapang ini sangat bermanfaat
jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan
ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat
menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral ,
vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat
dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah
memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah
sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah 
dengan yakin ke peringkat antatabangsa  walaupun melalui ranjau pidana  dunia
persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat
memanfaatkan masa dengan lebih bermakna.
            Di samping itu, sukan merupakan  salah satu instrumen penting untuk
mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian
kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan
untuk meraih kemenangan.  Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui
penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat 
manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan
sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang
sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan
meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat
dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan
dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan
hubungan.
            Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan
pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap
kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan.
Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu
menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara
serius di peringkat  glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar
tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama
perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju 
anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan
sukan sebagai  kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara
professional, pemain badminton  seperti Datuk Lee Chong Wei  dan Shalin
Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan  bowling sebagai kerjaya.
Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.
Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa
pelbagai faedah kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat
digalakkan menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan
masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan
juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa
agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju
yang lain.  Sesungguhnya, sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan
negara. Tegasnya,  kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai