Anda di halaman 1dari 2

25.

Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Kalau saya seorang jutawan”

Jika saya seorang jutawan ,saya akan memenuhi semua impianku.Saya


juga akan memakbulkan permintaan serta impian ibu bapa dan ahli
keluargaku.Saya ingin berkongsi kebahagiaan dan kekayaanku bersama
dengan meraka.

Pertama sekali,saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke


peringkat yang paling tinggi.Saya ingin menjadi seorang yang
berpengetahuan luas.Saya juga akan membeli pelbagai jenis bahan bacaan
dan menempatkannya di dalam seebuah perpustakaan untuk kegunaan
orang ramai.

Selain itu,saya ingin membina sebuah rumah yang besar dan indah.
Rumah itu akan dilengkapi dengan perabot yang mahal dan berkualiti. Saya
juga ingin memiliki kenderaan yang mewah dan bergaya. Kenderaan itu
akan saya gunakan untuk pergi ke merata tempat.

Di samping itu, saya ingin mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan


membawa ahli keluargaku melancong ke serata dunia. Saya ingin
mengenali dan mempelajari budaya hidup masyarakat negara lain.

Anak-anak yatim dan golongan yang miskin juga tidak akan saya lupakan.
Saya akan membantu mereka dengan menghulurkan derma dan
menyediakan tempat tinggal. Golongan tua dan orang kurang upaya juga
akan saya bantu sehingga mereka boleh hidup berdakari.

Sesungguhnya, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri jika kita


mempunyai sedikit kelebihkan. Kita perlu hidup dalam suasana harmoni
dengan bekerjasama.

Anda mungkin juga menyukai