Anda di halaman 1dari 9

Diploma Kej.

Awam

C4008/8/1

UNIT 8

TEKANAN SISI TANAH TEMBOK PENAHAN


OBJEKTIF :
Objektif Am : Mengetahui tentang tembok penahan

Objektif Khusus: Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :1. mengenali jenis-jenis tembok penahan-tembok graviti 2. mengenali bolehlentur - Tembok Julur Konkrit Bertetulang - Tembok Penegang Konkrit Bertetulang - Tembok Julur Cerucuk Keping - Tembok Tertambat Cerucuk Keping. Unit 7 telah menerangkan mengenai tekanan aktif tanah dengan Teori Coulomb dan Teori Rankine bagi tanah jelekit. Seterusnya Unit 8 akan diteruskan lagi bagi mengenali jenisjenis tembok penahan. jenis-jenis tembok penahan-tembok

Pernahkah anda melihat tembok penahan di kawasan kediaman anda ?

INPUT

Pernah !!

Cuba anda lakarkan rupa bentuk tembok penahan tersebut. Sila bandingkan lakaran anda dengan penjelasan di bawah. 8.0 PENGENALAN
NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/8/2

Tembok penahan adalah salah satu daripada struktur kejuruteraan awam. Ia kebiasaannya berfungsi untuk menerima beban dari tanah bersebelahan bagi melindungi struktur-struktur lain yang berdekatan. 8.1 JENIS-JENIS TEMBOK PENAHAN Tembok penahan tanah terdiri daripada 2 jenis iaitu : - tembok graviti - tembok boleh lentur 8.1.1 Tembok graviti Tembok graviti bergantung kepada beratnya sendiri untuk kestabilan. Kesan terbalikan tekanan tanah di tentang oleh momen pengimbang semula yang disebabkan oleh berat tembok tersebut. Tembok yang mempunyai ketinggian sehingga 2m termasuk dalam kategori tembok graviti. Tembok ini boleh dibina daripada konkrit, bata, konkrit siap tuang, batuan dan sebagainya. Tembok jenis ini agak ringkas pembinaannya dan ketinggiannya dihadkan oleh kepayaan galas yang dibenarkan bagi tanah di bawah tembok tadi. Rajah 8.1.1 menunjukkan contoh lakaran tembok graviti.

Rajah 8.1.1 : Tembok Graviti 8.1.2 Tembok boleh lentur Tembok jenis ini merangkumi tembok konkrit bertetulang (tembok julur konkrit bertetulang, tembok penegang konkrit bertetulang ) dan tembok cerucuk
NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/8/3

keping (tembok tertambat cerucuk keping, dan tembok julur cerucuk keping). 8.2.2 Tembok konkrit bertetulang 8.2.2.1 Tembok julur konkrit bertetulang. Rujuk rajah 8.2.2.1. Tembok ini mempunyai linggi tegak atapun condong dan ia monolit dengan papak tapak. Tembok konkrit bertetulang terjulur sesuai untuk ketinggian sehingga kira-kira 7.5 m.

linggi tembok tapak luar tapak papak Rajah 8.2.2.1 : Tembok julur

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/8/4

8.2.2.2 Tembok penegang konkrit bertetulang. Rujuk rajah 8.2.2.2. Bagi tembok jenis ini, satu linggi tegak atapun condong digunakan. Penahan sangga oleh papak tapak serta penegang dan ketiga-tiganya adalah monolit.

penegang

Rajah 8.2.2.2 : Tembok penegang 8.2.2.3 Tembok julur cerucuk keping Rujuk rajah 8.2.2.3. Tembok jenis ini tertahan di dalam tanah oleh rintangan pasif tanah yang terletak di hadapan dan di belakangnya. 8.2.2.4 Tembok tertambat cerucuk keping. Rujuk rajah 8.2.2.4. Tembok tertambat dijepitkan di bahagian tapaknya sebagai tembok julur tetapi ditopang oleh batang pengikat atau jermang berhampiran dengan bahagian atasnya, kadangkala dua baris ikatan digunakan.

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/8/5

Penambat Tembok julur cerucuk keping


Cerucuk keping

Tembok tertambat Cerucuk keping

Rajah 8.2.2.4 :Tembok Cerucuk Keping

Bolehkah anda tentukan jenis tembok penahan yang ada di kawasan anda ?

AKTIVITI 8A
Uji kefahaman anda sebelum meneruskan ke unit selanjutnya ... Sila semak jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/8/6

Aktiviti 8A-1 Namakan yang betul. rajah-rajah yang diberikan dengan jenis tembok

a.

b.

c.

d.

MAKLUM BALAS
Maklum balas aktiviti 8A-1

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

a. Tembok penambat c. Tembok graviti cerucuk keping

b. Tembok julur konkrit d. Tembok graviti bertetulang

Diploma Kej. Awam

C4008/8/7

PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini bagi mengetahui objektif unit ini telah tercapai. Jika ada masalah yang timbul, ........ Sila berbincang dengan pensyarah anda. SELAMAT MENCUBA ! ! ! SEMOGA BERJAYA ! ! !
NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Diploma Kej. Awam

C4008/8/8

SOALAN 1 Berdasarkan kepada Rajah S1 , namakan jenis-jenis tembok penahan yang diberikan. Rajah S1

a.

b.

c.

d.

MAKLUM BALAS KENDIRI


MAKLUM BALAS SOALAN 1 Rajah S1

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

a. Tembok Graviti

b. Tembok Graviti

Diploma Kej. Awam

C4008/8/9

c. Tembok Graviti

d. Tembok Graviti

NORAINAZAIDIMEGAT-PPD

Anda mungkin juga menyukai