Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


SK TAMAN BUKIT TERATAI,
AMPANG

TAHUN 2022

19 OGOS – 23 SEPTEMBER 2022

ANJURAN PANITIA SEJARAH DENGAN


KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN SENI
VISUAL DAN PENDIDIKAN MUZIK
1. PENGENALAN PROGRAM

Hari Kebangsaan disambut di s eluruh negara pada s etiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara
bebas daripada penjajahan sejak tahun 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara
besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita dalam mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini,
negara kita akan menyambut ulang tahun Kemerdekaan yang Ke-65. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di
peringkat sekolah bagi memupuk semangat patriotik dalam jiwa murid-murid agar sentiasa sayang dan cinta akan
negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.

Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah “Keluarga Malaysia, Teguh Bersama”. Pemilihan
tema adalah bagi menghargai keprihatinan , kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia dalam
mengharungi cabaran dan dugaan pandemic COVID -19.

2. OBJEKTIF PROGRAM

2.1 – Menyemai rasa sayang dan cintakan negara dikalangan murid-murid dan guru-guru.

2.2 – Memupuk semangat dan rasa tanggungjawab terhadap negara.

2.3 – Menerapkan semangat kekitaan dan perpaduan bangsa, kaum, etnik dan budaya.

2.4 – Menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya.

2.5 -- Menguji kefahaman pengetahuan am dan mewujudkan sikap daya saing di kalangan murid-murid
dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

3. KUMPULAN SASARAN – Lampiran

- LAMPIRAN

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

- Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada 19 Ogos 2022

- Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada 23 September 2022

- Aktiviti- aktiviti sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan:

1. Pertandingan Kolaj Murid Tahap 1 dan Pra Sekolah

2. Pertandingan Arca Murid Tahap 2


3. Pertandingan Mencipta Poster Merdeka Murid Tahun 6 secara individu

4. Pertandingan Membina Kad Ucapan Merdeka Murid Tahun 4 secara berkumpulan bertiga

5. Pertandingan Membina Buku Skrap Merdeka Murid Tahun 5 secara individu

6. Pertandingan Pakaian Beragam Merdeka terbuka Murid Pra Sekolah dan Murid Tahap 1

7. Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Merdeka Terbuka kategori Lelaki dan Perempuan

5. JAWATAN KUASA KERJA

- LAMPIRAN

6. IMPLIKASI KEWANGAN

6.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

- LAMPIRAN

7. ULASAN JPN / PPD

- Tiada

8. PENUTUP

Sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah ini, diharapkan dapat memupuk semangat patriotik
dalam jiwa murid-murid agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan
kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini. Kerjasama semua pihak diharapkn dapat menjayakan
program tahunan ini dengan jayanya.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

------------------------------ ----------------------------------
( MUHAMMAD HUZAINI BIN HUSAIN ) ( SHAHRUL BIN MOHD SALLEH )
Ketua Panitia Sejarah GPK Kurikulum
SK Taman Bukit Teratai SK Taman Bukit Teratai
Tarikh : 10 Ogos 2022 Tarikh :
KERTAS CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN BULAN MERDEKA PERINGKAT
SEKOLAH SK TAMAN BUKIT TERATAI 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Kerja Cadangan ( Program Sambutan Bulan Kemerdekaan )

atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja Cadangan ( Program Sambutan Bulan


Kemerdekaan)

Ulasan :

--------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------------------------------------------------

…………………………………..
(SHAHRUL BIN MOHD SALLEH )
GKP Kurikulum
SK Taman Bukit Teratai
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai