Anda di halaman 1dari 21

TEORI PSIKOSOSIAL

ERIK ERIKSON
(1902 – 1994)

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


https://en.m.wikipedia.org>wiki
https://www.simplypsychology.org> KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK
BIODATA ERIKSON

 Nama: Erik Homburger Erikson


 Tempat lahir: Frankfurt, Jerman
 Tarikh lahir: 15 Jun 1902
 Tarikh meninggal:12 Mei 1994
 Pendidikan: Institut Psikoanalitik
Vienna, Montessori Method of
Education
 Subjek kemahiran: sejarah dan seni
 Bilangan anak : 3 anak lelaki
KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK
Latar belakang kehidupan Erik Erikson
 Mengembara ke Eropah setelah tamat persekolahan.
 Menerima tawaran mengajar di salah sebuah tadika yang terdapat

di kawasan Vienna (1972).


 Menjadi anak murid kepada Anne Freud dalam bidang

psikoanalisis.
 Erik Erikson dikenali sebagai psikologi Freudian ego.

 Menerbitkan buku psikologi ego (1950).

 Menjalankan kajian perkembangan psikososial.

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


PANDANGAN TEORI ERIK
ERIKSON
• Setiap kanak-kanak adalah berbeza dari segi
perkembangan kognitif yang kemungkinannya
dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti baka,
persekitaran, makanan, dll

Maksud psikososial
• menerangkan tentang perkembangan sosial individu

yang dipengaruhi oleh faktor kendiri, faktor emosi dan


faktor sosial.
• Individu perlu menguasai kecekapan tertentu dalam

menghadapi setiap peringkat perkembangan.


KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK
5 PRINSIP UTAMA

1) Setiap individu mempunyai keperluan asas yang utama.


2) Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas
individu terhadap keperluan-keperluan asasnya.
3) Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu.
4) setiap tahap mempunyai konflik yang harus diatasi supaya
dapat membesar dengan baik dalam tahap berikutnya.
5) Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK
KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK
1 . Asas kepercayaan VS ketidakpercayaan (0 – 2 tahun)
Dalam peringkat ini bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang
dan kepercayaan.
bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. perasaan percaya pada
persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang
baik dari penjaganya; terutama daripada ibu.
sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul
perasaan tidak percaya pada tahap ini.
cara penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi
tersebut.

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


2 . Autonomi VS keraguan (2 - 3 tahun)
perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal.
keinginan untuk bertindak (autonomi) bayi meningkat.
lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
kanak-kanak dapat menemui bakat atau kebolehannya.
contoh:
 sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri
sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.
 ibu bapa tidak boleh menghukum atau menegur kanak-kanak kerana gagal dalam tugasnya.
 merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


3. Inisiatif VS Rasa bersalah (4 - 6 tahun)
KK
Pada umur ini, Kanak-kanak cuba untuk berdikari serta ada inisiatif untuk melakukan
sesuatu dengan sendiri.
Jika gagal dalam perkara tersebut ianya boleh membawa rasa bersalah.
Contoh:
Kanak-kanak bertanya banyak soalan untuk membina pengetahuan am mereka. Jika
soalan-soalan tersebut susah untuk dijawab, kanak-kanak akan mula rasa bersalah.
Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar bagi memenuhi naluri
ingin tahu mereka – inisiatif
Dapat belajar dan bergerak dengan cepat
Lebih peka kepada perkara betul dan salah
 Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya
membina sikap positif
 Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi
diri
 Sering dikawal dari mencuba

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


4 . Industri VS rasa rendah diri (6 - 12 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak belajar mengejar aktiviti sosial dan intelektual yang diminati
oleh masyarakat
 Kanak- kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi
risiko perasaan rendah diri .
 Mengukuhkan kumpulan sebaya, menghadiri persekolahan dan mengamalkan semangat
bedikari dalam permainan dan belajar
 Krisis yang dialami oleh kanak-knak pada peringkat ini memerlukan kanak-kanak itu belajar
bekerjasama
 Kanak-kanak mula menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan.
 Guru perlu memastikan bahawa kanak-kanak tidak merasa rendah diri.
 Contoh:
Kanak-kanak membandingkan kebolehan diri dengan orang lain
ketika berada di dalam persekitaran bilik darjah.

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


5. Identiti VS kekeliruan identiti (12 - 18 tahun)

• Akan berlakunya pencarian identiti diri dari golongan remaja, jantina,


kemahiran dan bersosial serta agama jika tidak perasaan rendah diri akan
timbul.
• Remaja akan cuba berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia
mereka
• Mereka mula memikirkan diri mereka sebagai teman hidup, ibu bapa dan ahli masyarkat
• Remaja mencari identiti mungkin menjadi bertambah sukar dengan terdapatnya pelbagai
pilihan
• Sekiranya usaha mereka gagal, mereka akan mula meragui peranan dan fungsi mereka di
dalam masyarakat
•Krisis identiti berlaku akibat kekeliruan dapat menyebabkan remaja mencuba gaya hidup
yang berbeza.
• Contoh:
Remaja mengetahui permainan,pemakaian dan lain-lain yang
bersesuaian dengan jantinanya.

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


6 . Keintiman VS keasingan (18 - 35 tahun)

o Remaja akan mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke arah perkahwinan dan
membina kerjaya.
o Mereka yang gagal untuk membentuk hubungan yang berkekalan mungkin merasa tersisih dan
bersendirian.
o Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa tidak mahir dalam membina
hubungan.
o Individu mula membentuk hubungan yang akrab dan rapat, terutama dengan rakan berlainan
jantina
o Jika mereka gagal dalam membina hubungan yang akrab, gagal dalam percintaan atau
perkahwinan; akan mula mengasingkan diri dan hidup dalam kesyunyian.

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


7 . Generativiti VS Kekakuan (35 - 60 tahun)
• Pada tahap ini, individu akan mula memikirkan persoalan yang berkaitan dengan kekeluargaan, mula
mengambil berat tentang orang lain, dan mula memberi sumbangan kepada masyarakat dan generasi akan
datang
• Kehidupan akan menjadi lebih bermakna sekiranya mereka berjaya membentuk anak-anak menjadi orang
yang berjaya
• Memikirkan tentang kehidupan keluarga dan kerjaya yang baik.
• Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau
sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri.
• Memberi tunjuk ajar kepada orang yang lebih muda.
• Contoh: Individu yang lebih berusia memberi tunjuk ajar kepada pemuda berdasarkan pengalamannya
pada zaman dahulu.

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


8. Integriti VS Kekecewaan (60 tahun ke atas)

Merupakan tahap akhir dewasa


Kehidupan dan karier yang membawa kepada kesedihan dan kekecewaan. Bermaksud
kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa
tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.
Individu akan mula memikirkan kembali apa yang telah berlaku dalam kehidupannya selama
ini
Sekiranya individu tersebut berjaya mengatasi konflik pada tahap yang sebelum ini, individu itu
akan membentuk rasa kesepaduan di dalam dirinya
Jika sebaliknya, kehidupannya dipenuhi dengan kegagalan
Mengimbau kembali kehidupan yang lalu, positif atau negatif.
 Contoh: Individu mula mengenang masa lampau
ketika bersendirian.

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


https://www.youtube.com/watch?v=LvWfct
9sHOY
SUMBANGAN ERIKSON DALAM
PAKK
 Dalam pendidikan dan psikologi, Erik Erikson paling dikenali untuk MODEL PERINGKAT
LAPANNYA KITARAN MANUSIA, dibangunkan dengan bantuan isterinya, Joan Model ini
mengenal pasti matlamat – matlamat tertentu, cabaran – cabaran, dan mengenai pada
setiap tahap hidup.
 Model erikson mengenalpasti matlamat tertentu seperti cabaran dan dugaan dalam hidup
 Beliau memperkenalkan tempoh dan krisis identiti untuk menjelaskan masalah
psikologikal dan sosial yang dihadapi oleh kanak-kanak dan orang dewasa
 Kanak-kanak dapat menyelesaikan tugasan menggunakan kesesuaian kemahiran yang
mereka kuasai
 Dapat mengetahui perkembangan yang berlaku kepada setiap kanak-kanak sehingga
mereka meningkat dewasa
 Erikson menerbit buku pertamanya “ Childhood and Society” pada tahun1950.
 Buku ini telah menyebabkan beliau menjadi orang terkenal dalam bidang psikologi ego.

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


Kepentingan & Implikasi Teori Dalam PAKK
Kepentingan
 teori ini dapat membantu kita untuk mengetahui perkembangan-perkembangan yang
berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa
 Memenuhi keperluan semua kanak-kanak yang berada di peringkat perkembangan yang
pelbagai
 Dapat membimbing kanak-kanak lebih memahami diri sendiri dan memberi motivasi
kepada diri mereka
 Memberi kesedaran kepada masyarakat dan budaya pada perkembangan psikologi individu.
 Menekankan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak

Implikasi
 Setiap individu dapat menjalani kehidupan mengikuti tahap-tahap perkembangan yang betul.

 Personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.


KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK
KESIMPULAN

 Setiap tahap perkembangan individu adalah berbeza dari segi


fizikal, emosi, kognitif dan sosial walaupun melalui masing-
masing melalui peringkat pertumbuhan yang sama.
 Sebagai ibu bapa dan pendidik perlulah membantu kanak –
kanak dalam mencapai pertumbuhan mereka secara optimum.
 Pendidik dan ibu bapa perlulah menjadikan panduan erik
erikson ini sebagai bahan untuk menambah kemahiran dalam
diri bagi mendidik kanak- kanak.

KAI1023 Falsafah, Teori dan Dasar PAKK


RUJUKAN

Crain, W. C. (1992). Theories of development: Concepts and applications.


Englewood Cliffs,NJ: Prentice-Hall.
 https://www.academia.edu/14322089/Teori_Perkembangan_dan_Pembang
unan_Pendidikan_Kanak-Kanak
 https://www.youtube.com/watch?v=LvWfct9sHOY
https://
www.verywellmind.com/erik-eriksons-stages-of-psychosocial-development-
2795740

Anda mungkin juga menyukai