Anda di halaman 1dari 7

Sehari Bersama Bomba

(1/1)

Cikgu Kullin:
Tarikh : 7  -  9  April 2009
Hari    : Selasa - Khamis
Tempat : Pusat Sumber sekolah

1.1. Pengenalan

Program ini dirangka khas untuk mendedahkan para pelajar tentang perkara-perkara yang
merbahaya kepada mereka, orang lain dan harta benda. Pihak sekolah telah merancang beberapa
perkara seperti membina pelan kecemasan dan melekatkannya di kawasan sekolah dan asrama
pelajar. Selain itu pihak sekolah juga telah membuat tanda-tanda merbahaya, tanda-tanda
kawasan berisiko dan tanda arah ketika bergerak ketika  dalam kecemasan.

Selain itu, sekolah juga telah mengadakan kursus penggendalian kecemasan / kebakaran kepada
semua pengawas, Ketua kelas dan ketua bilik di asrama. Program ini telah dilakukan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling dengan bantuan guru penasihat Lembaga Pengawas dan para Waden
asrama. Namun pengisiannya masih lagi hanya pengetahuan asas sahaja dalam penggendalian
kecemasan dan kebakaran.

Bagi menambahkan lagi pengetahuan para pelajar, pihak sekolah telah merancang program
seumpama ini untuk menambahkan lagi pengetahuan pelajar tentang cara menangani kecemasan.
Oleh itu pihak Bomba dan Penyelamat telah dijemput oleh pihak sekolah untuk memperjelaskan
lagi tentang betapa pentingnya mengetahui tentang penggendalian kecemasan dan kebakaran
kepada mereka.

2.o. Matlamat :

-   Memberikan kesedaran kepada pelajar bahawa  teramat pentingnya  untuk  menjaga


keselamatan diri, orang lain dan harta benda mereka.
3.o. Objektif :

i.   Menyedarkan pelajar tentang pentingnya  menjaga keselamatan diri.


ii.   Berhati-hati dalam semua aktiviti  sekolah yang boleh menyebabkan kebakaran. (litar
Pintas).
iii.   Memberi ilmu baru kepada pelajar tentang cara /teknik menyelamatkan diri semasa 
kecemasan & kebakaran.
iv.   Mengetahui cara-cara penggunaan alat pemadam kebakaran.
v.   Memahami tindakan-tindakan pencegahan kebakaran.

4.0.    Kumpuilan Sasar :

      -Semua pelajar Tg.1, 2, pengawas asrama, ahli PRS, Ketua Kelas dan Ketua Bilik Asrama.

5.0. Tempoh Perlaksanaan :

-   Satu Hari

6.0.  Kaedah Perlaksanaan.

i.   Ceramah
ii.   Pameran kebakaran
iii.   Demonstrasi memadam kebakaran
iv.   Fire drill / Latihan kebakaran

7.0. Sumber perbelanjaan :

   - Bergantung kepada pihak sekolah.

8. Jadual Perlaksanaan – Rujuk Lampiran

9.0. Ahli Jawatan Kuasa

Penasihat         :   En. Mohamad Bin Obey  (Pengetua)

Pengerusi         :   En. Mohd. Othman Jaini  (PK Pentadbiran)


Timb. Pengerusi      :   En. Jamil Mazuki PK HEM)
Setiausaha         :   En. Simong Ambak  (PK Ko kurikulum)
Tim. Setiausaha      :   En. Kullin Djayang (GKSM)

Penyelaras         :   En. Rozy Abu Bakar (GKSM)


Pen. Penyelaras      :   Cik. Sabtuyah Jifri (GKSM)

Ahli            :   En. Robert Denel (Ketua Waden)


En. Sumbu Makam (Guru Penasihat Kelab Kadet Bomba)
               En. Ramba Anggon (Guru Penasihat Kelab Kadet Bomba)
               En. Kenedy Unting
               En. Wilson Ranggau
En. Banggau Ngali
En. Dato Wan
En. Davis Minan
En. Raoh Jatau
               Pn. Sofia Syaferi
Pn. Farizah Saperi   
Cik Nurhusnah Sepawi

10.0  Penutup:

Semoga dengan adanya program seumpama ini , semua pelajar akan dapat memahami betapa
pentingnya menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta benda. Selaian itu juga pelajar telah
mengetahui betapa pentingnya penjaga alat-alat kebakaran yang telah disediakan kepada mereka.

Dalam program ini juga pelajar telah didedahkan tentang laluan kecemasan dan perkara-perkara
yang perlu dilakuakan ketika kecemasan. Diharap semua pelajar yang terlibat dengan program
ini dapat mendapat manfaat  dan pengajaran demi keselamatan diri sendiri.

Harapan pihak yang menganjur program ini, semoga program ini akan menjadi program tahunan
sekolah untuk merapatkan lagi hubungan pelajar dengan  Pihak Bomba dan Penyelamat.

Disediakan oleh ;

(KULLIN DJAYANG)
GKSM
SMK Engkilili,
SEHARI BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA(TERENGGANU)
Pada tarikh 16.06.2011 (Khamis) pihak sekolah dengan kerjasama Bomba Dan Penyelamat Malaysia
(Terengganu) telah mengadakan Program Sehari Bersama  Bomba Dan Penyelamat Malaysia
bertempat di SK Sultan Sulaiman 1. Dalam program ini pihak bomba diketuai oleh En. Razak dari
Pejabat Balai Bomba Daerah bersama 4 orang anggotanya dan seorang dari Balai Bomba Negeri yang
menguruskan pameran.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :-

1. Latihan Pengunsian Bangunan


    Dalam latihan ini semua murid dan warga sekolah bergerak dan berkumpul di padang. Apabila
semua sudah berada di padang, guru kelas memeriksa  semula kedatangan semua murid sama
dengan murid yang hadir hari ini. Akhir sekali anggota Bomba memberikan komen atau pandangan
terhadap latihan ini. Anggota Bomba memberikan ucapan tahniah kepada semua murid kerana
berjaya berkumpul di padang mengikut laluan kecemasan yang telah ditetapkan dengan masa yang
singkat.

2. Pameran juga diadakan dengan pihak bomba menghantar sebuah bas sebagai bahan pameran.. Di
dalam bas tersebut  banyak maklumat dipamerkan terutamanya cara mencegah kebakaran dan juga
kepentingan menjaga daripada kebakaran.

3.  Tayangan Video juga dipertontonkan kepada semua murid. Tayangan ini diadakan di Dewan
Sulaiman dan murid Tahap 2 menontonnya terlebih dahulu dan diikuti oleh murid Tahap 1. Dalam
tayangan ini juga diberitahu kepentingan mencegah kebakaran dan juga diberitahu cara penggunaan
alat pemadam api dengan betul. Soalan kuiz juga diberikan dalam aktiviti ini di mana murid yang
berjaya menjawabnya akan diberikan hadiah.
4. Aktiviti terakhir ialah Demontrasi Mencegah Kebakaran. Dalam aktiviti ini guru dan murid
berpeluang memadam kebakaran.Tetapi sebelum itu, anggota Bomba menerangkan cara
menggunakan alat pemadam api dan juga cara memadamkan kebakaran.Ini bertujuan suapaya
kebakaran itu dapat memadamkan kebakaran semuanya dan juga menjimatkan masa.Anggota
Bomba juga ada peminat yang mana ramai murid yang meminta autograf mereka sebagai ingatan dan
juga kenangan.

Sebelum program ini berakhir, pihak Nestle Products menyumbangkan minuman MILO secara
percuma kepada semua murid SK Sultan Sulaiman 1.Akhir sekali diucapkan kepada Bomba dan
Penyelamat Malaysia (Terengganu) kerana menjayakan program ini dengan jayanya, dan tidak lupa
kepada semua guru yang memainkan peranan masing-masing dan seterusnya pihak Neslte Products
di atas sumbangan minuman MILO secara percuma.

Posted by SK SULTAN SULAIMAN 1 at 5:21 PM

Anda mungkin juga menyukai