Anda di halaman 1dari 10

TEMA MODUL : MOTIVASI

1.0 SINOPSIS

Motivasi adalah nadi penting untuk membolehkan kita bergerak dan mendorong kita
ke arah mencapai kejayaan walaupun kita akan mendengar bisikan “…ala cakap saje
cuba buat, sampai bila tidak akan berjaya”. Kita perlu memiliki motivasi yang tinggi
bagi mencerminkan diri kita sendiri atau dengan kata lain “siapakah kita
sebenarnya?”. Pelbagai perkara yang perlu kita memotivasikan diri contohnya kita
perlu berfikiran matang, kreatf dan inovatif. Kita perlu menggunakan sepenuhnya
pancaindera yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan sebaik mungkin ke jalan yang
diredhai.
Dari aspek pemikiran yang diadunkan dengan kesedaran kendiri, kita
berupaya memotivasikan diri menjadi seorang yang berkeyakinan, berfikiran terbuka
dan mampu menyelesaikan masalah dan melihat dari sudut pandangan lain dari orang
lain. Sebagai manusia, kita perlu bertindak matang dan tidak mudah berputus asa
dalam menghadapi kehidupan yang penuh dengan halangan dan liku-liku. Berusaha,
bersyukur dan bertawakal adalah motivasi yang terbaik untuk kita terus mengecapi
kejayaan dan kebahagiaan. Oleh itu, modul ini adalah satu pendedahan dan
pendekatan yang disediakan khas kepada para peserta untuk meningktkan motivasi
diri mereka dalam kehidupan.

2.0 SASARAN
Sasaran adalah untuk semua peserta dari pelbagai peringkat umur.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membentuk peribadi peserta dari aspek
- kerjasama dan peka pada arahan
- meningkatkan kesedaran kendiri dalam diri setiap individu
- berkeyakinan dan mengenalpasti potensi diri serta tidak mudah berputus
asa.

1
- Supaya para peserta peka akan peluang untuk berjaya terbentang luas khas
untuk mereka yang sentiasa berusaha.
3.2 memotivasikan diri masing-masing dari aspek keberanian dan pembentukan
sahsiah diri.
4.0 KAEDAH
Beberapa kaedah dipraktikkan dalam melaksanakan modul ini, antaranya
4.1 Permainan
4.2 Perbincangan
4.3 Pembentangan dan muhasabah diri

5.0 ALAT BANTU YANG DIGUNAKAN


- Kain penutup mata
- Pen/ pensel
- Kertas
- Sarung tangan
- Laptop

6.0 MASA
Masa yang digunakan untuk aktiviti ini adalah selama satu hingga satu jam tiga puluh
minit, namun bergantung kepada kesesuaian aktiviti.

7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI


1. Terlebih dahulu fasilitator menyediakan tempat dan peralatan untuk (LDK)
aktiviti dalam kumpulan seperti laptop, alat-alat yang digunakan untuk aktiviti
yang akan dilaksanakan. Hal ini untuk memberikan suasana yang teraputik dan
selesa untuk aktiviti dijalankan.
2. Seterusnya, fasilitator akan membahagikan peserta dalam dua kumpulan iaitu
lebih kurang 6-7 orang dalam setiap kumpulan melalui aktiviti ice breaking.
3. Fasilitator memperkenalkan modul dan memulakan aktiviti yang kedua iaitu
meraba muka dengan sarung tangan. Peserta yang terlibat diminta menutup mata
dan memakai sarung tangan. Sambil meraba muzik dimainkan.

2
4. Aktiviti ini mengambil masa 30 minit untuk dilaksanakan.
5. Perbincangan dibuat selepas aktiviti pertama dibuat.
6. Aktiviti diteruskan dengan dengan aktiviti yang ketiga iaitu kelebihan diriku.
7. Perbincangan dibuat selepas aktiviti dilaksanakan bagi mengemukakan pendapat
masing-masing.
8. Jika berkesempatan aktiviti yang keempat akan dilaksanakan dan diakhirnya
perbincangan kumpulan dengan fasilitator dilaksanakan.
9. Fasilitator mengulas secara keseluruhan akan aktiviti yang telah dilakukan dan
mendengar respon peserta.

3
LDK 1 : TIPAH TERTIPU (ice breaking)
Masa : 10 Minit
Objektif : 1. Supaya peserta peka dengan arahan dan bijak menguruskan masa.
2. Supaya peserta lebih berusaha dalam melakukan sesuatu.
3. Dapat melatih peserta menerima orang lain tanpa syarat.
4. Bijak merebut peluang untuk lebih berjaya.

Alat-alat : 1. kertas
2. pen/pensel

Pelaksanaan aktiviti
1. Fasilitator memberi arahan kepada peserta untuk mengambil nombor dalam masa yang
telah ditetapkan dan hanya 7 keping kertas yang ditandakan nombor diedarkan.
2. Di sini,kaedah ”siapa cepat, dia dapat” digunakan.
3. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu peserta yang mendapat nombor
diletakkan dalam satu kumpulan dan yang tidak mendapat nombor berada dalam satu
kumpulan lain.
4. Manakala, peserta yang mendapat nombor bertuah diberikan saguhati.
5. Seterusnya, setiap ahli dalam kumpulan akan berkenalan antara satu sama lain.
6. Rasional aktiviti ini dibincangkan antara fasilitator dengan peserta.

Falsafah
 Kita hendaklah pandai merebut peluang yang mendatang.
 Setiap orang mempunyai peluang dalam kehidupannya.
 Tahap kepekaan seseorang berbeza antara satu sama lain.
 Memperbaiki dan menyedari bahawa salah satu medan kehidupan yang paling
signifikan adalah medan persoalan dan hubungan sesama sendiri.

4
LDK 2 : BERTUAHNYA AKU
Masa : 30 minit
Objektif : 1. Supaya peserta dapat menggunakan mata hati untuk menyelesaikan
sesuatu masalah atau kesukaran yang dialami.
2. Meningkatkan kesedaran kendiri dan mensyukuri nikmat Tuhan
3. Supaya peserta dapat melatih diri supaya tidak berputus asa.
4. Supaya peserta dapat merasai keperitan yang dialami oleh orang kurang
upaya
5. supaya peserta lebih menghormati dan menyayangi orang yang tersayang
dan juga orang yang sepatutnya dihormati dan disayangi.

Alat-alat : 1. Kain penutup mata


2. Sarung tangan

Pelaksanaan aktiviti

1. Fasilitator akan memilih 3 orang dari setiap kumpulan untuk melakukan aktiviti
meraba muka peserta yang berlainan kumpulan.
2. Peserta yang terlibat dengan aktiviti akan ditutup matanya dan dikehendaki memakai
sarung tangan.
3. Peserta yang terpilih akan meraba muka peserta yang berlainan kumpulan yang
namanya telah dipilih oleh fasilitator.
4. Apabila peserta mula meraba, maka muzik akan mula dimainkan.
5. Muzik akan diberhentikan yang menandakan masa meraba dan mengenalpasti wajah
rakan telah tamat.
6. Peserta yang berjaya meneka dengan tepat terlebih dahulu sebelum atau pada muzik
diberhentikan dikira sebagai pemenang.
7. Aktiviti ini diulangi sehingga peserta yang ketiga.
8. Kumpulan yang paling banyak meneka dengan tepat dan cepat dikira sebagai
pemenang.
9. Perbincangan dibuat selepas aktiviti dilakukan.

5
Falsafah

 Sebagai manusia kita hendaklah mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh


Tuhan.
 Kita hendaklah menghormati dan berempati dengan orang yang tidak bernasib
baik.
 Walaupun ada halangan, kita mesti mencari jalan untuk mengatasinya.
 Halangan dan kemalangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk berusaha
mencapai matlamat.

6
LDK 3 : KELEBIHAN DIRIKU
Masa : 20 minit
Objektif : 1. Supaya peserta peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling.
2. Mengenal kelebihan dan kekuatan dalam diri setiap individu.
3. Meningkatkan kesedaran kendiri untuk lebih bermotivasi.
4. Berusaha menggunakan potensi yang ada pada diri dengan sebaik
mungkin.
5. Sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan yang telah memberikan kelebihan
kepada setiap hamba-Nya.

Alat-alat : 1. Pen/pensel
2. Kertas

Perlaksanaan aktiviti

1. Setiap peserta akan diberi pen dan kertas.


2. Fasilitator akan menerangkan cara perlaksanaan dan peraturan aktiviti kepada
para peserta.
3. Peserta diminta menulis dengan tangan yang bukan menjadi kebiasaannya.
4. Peserta diminta berlaku jujur untuk melancarkan pelaksanaan aktiviti ini.
5. Peserta diminta menulis mengikut arahan fasilitator yang ayatnya akan diulang
sebanyak 2 kali sahaja.
6. peserta akan mula menulis apabila diarahkan.
7. 5 minit diberikan kepada peserta untuk menyiapakan tulisan masing-masing.
8. Fasilitator akan memilih seorang dari setiap kumpulan yang
9. Dapat menulis dengan baik dan menarik yang akan dikira sebagai pemenang.
10. Pemenang akan diberikan saguhati.

7
11. Perbincangan akan dibuat selepas aktivti dijalankan, iaitu peserta memberikan
pendapat tentang aktiviti tersebut dan fasilitator membuat rumusan terhadap
maklum balas yang diajukan oleh peserta.

Falsafah

 Setiap individu mempunyai potensi diri yang berbeza antara satu sama lain.
 Potensi diri adalah aset penting untuk lebih berjaya dalam kehidupan.
 Setiap insan mempunyai bakat terpendam yang tersendiri, jika tidak dicungkil
adalah menjadi satu kerugian dalam kehidupan.
 Mencuba sesuatu yang baru ke arah kebaikan adalah motivasi untuk lebih berjaya.

8
LDK 4 : BAHAGIAKAN DIRIKU DAN MEREKA
Masa : 20 minit
Objektif : 1. Supaya peserta menghargai orang yang sentiasa memberi sokongan dan
berbakti.
2. Meningkatkan kesedaran bahawa kebahagiaan adalah milik setiap individu.
3. Kebahagiaan adalah kunci untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Alat : 1. pensel atau pen


2. kertas

Pelaksanaan Aktiviti

1. Fasilitator mengedarkan borang LDK 4 kepadasetiap peserta.


2. setiap peserta diminta untuk menulis nama orang-orang yang perlu mereka
bahagiakan dan menjawab soalan-soalan seterusnya.
3. peserta diberikan masa selama 10 minit untuk menyiapkan LDK ini.
4. muzik dimainkan semasa peserta sedang menulis.
5. setelah masa tamat, fasilitator akan memilih beberapa orang peserta untuk
membentangkan apa yang telah mereka tulis.
6. perbincangan akan dibuat selepas aktiviti selesai dilaksanakan.

Falsafah

 membahagiakan orang yang disayangi adalah menjadi tanggungjawab setiap


individu.
 Kebahagiaan kunci ke arah hidup yang lebih bermakna.
 Orang memberi, kita merasa,
Orang berbudi, kita berbahasa,
Orang berbakti, kita menghargainya,
Orang berbahagia, kita gembira.

9
10

Anda mungkin juga menyukai