Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Saudara/i,
Sukacitanya pihak Universiti ingin menawarkan kepada Saudara/i untuk menyertai latihan mengajar di bawah
program kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris dan universiti luar negara. Program ini diadakan bagi
memberi manfaat kepada pembangunan akademik dan sahsiah diri Saudara/i secara lebih holistik merentas
sempadan dan budaya.
2. Maklumat terperinci berkenaan program latihan mengajar luar negara ini adalah seperti berikut;
Sesi Pengajian : Semester 1 Sesi 2022/2023
Jenis Program : Latihan Mengajar
Tempoh Program : (10 Oktober 2022-2 Disember 2022)
Pengkhususan/ bidang : : Pendidikan Jasmani
Lokasi Penempatan : Sekolah/ institusi terpilih di sekitar Universitas Negeri Yogyakarta
Penginapan : Diuruskan oleh pihak Universitas Negeri Yogyakarta
3. Bagi memastikan kelancaran urusan penempatan, disertakan bersama ini (i) Surat Penerimaan
Tawaran, (ii) Perincian Kewangan, dan (iii) Senarai semak dokumen yang perlu disediakan oleh Saudara/i.
Sekiranya Saudara/i menerima tawaran ini, sila lengkapkan dokumen- dokumen berkenaan dan perlu dihantar
semula ke pejabat PuLaMI selewat – lewatnya pada 5 Ogos, Jumaat.
Sekiranya Saudara/i ada sebarang pertanyaan lanjut bolehlah berhubung dengan Pn. Nur Ashikin di talian 015-
4879 7215 atau Prof. Madya Dr. Nurul Bahiyah di talian +60154879 7218 atau e-mel plmi@upsi.edu.my.
Nota:
Untuk memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung, sila buat perisytiharan tahap kesihatan anda.