Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Konsep Baik, Benar dan Patut

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan
patut.
Contohnya:
Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.
Anda patut berkelakuan baik.
Anda patut makan makanan berkhasiat
Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan

Sesuatu tindakan itu dikata “baik” atau “benar” sekiranya tindakan sejajar
dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan/tindakan
bertentangan konsep baik dan benar.Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli
falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam kontek satau
pendekatan yang berbeza.

1.1 KonsepBaik
Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Ia
merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah
digunakannya.

Maknabaik:
1. Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi
penggunaan
2. Kepuasan diri: memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu,
kecekapan dan sebagainya
3. Kelakuan:gerak-geri yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan memberi
sokongan atau persetujuan
4. Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada asalnya.

1.2 KonsepBenar
Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai,
mempunyaif akta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau
diterima oleh majoriti.

Perkataan benar boleh dilihat dari segi:


i. kebenaran mutlak – kepadaTuhan
ii. kebenaran secara saintifik – sesuatu kebenaran yang boleh
dibuktikan dengan fakta atau maklumat yang dikumpul dan
dianalisis secara saintifik.
iii. kebenaran secara relatif – pada sesuatu situasi tertentu benar
wujud secara relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat
dalam pantang larang dan peraturan adat.

1.3 KonsepPatut
Patut bermaksud ‘seharus’, ‘mesti’, atau ‘sesuai’dan mempunyai unsur
bertindak secara waras dan bijaksana

Fikirkan
“Banyak perkara yang baik serta benar tidak patut diamalkandi
kalangan masyarakat kini”.Ulaskan

Anda mungkin juga menyukai