Anda di halaman 1dari 11

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN

KERTAS KERJA PROGRAM MEMBENTUK REMAJA BERAKHLAK DAERAH KUBANG PASU, KEDAH DARUL AMAN 19 JUN 2010 DEWAN WAWASAN, JITRA KEDAH

1.0

PENDAHULUAN Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berbahagia Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi merealisasikan Program Membentuk Remaja Berakhlak bersama remaja daerah Kubang Pasu mengikut tarikh yang dirancang iaitu pada 19 Jun 2010.

Gejala negatif yang berlaku dewasa ini amat menggerunkan kerana ia berhubung kait dengan remaja. Dari kes-kes ringan hinggalah kesalahan jenayah yang berat, termasuk membunuh. Keadaan ini perlu dibendung segera supaya remaja kita bebas daripada segala gejala tidak sihat sekaligus menjadikan masyarakat kita lebih aman dan harmoni. Zaman remaja adalah masa peralihan yang menghubungkan antara alam kanakkanak yang tidak matang ke alam dewasa yang lebih matang. Corak kehidupan harian akan membawa pelbagai pengaruh kepada individu yang mengalaminya. Jika pembentukan remaja tidak berlaku dengan

205103

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN sempurna, maka pembangunan negara akan terjejas kerana golongan remajalah yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Masalah sosial di kalangan remaja akhir-akhir ini amat membimbangkan. Boleh dikatakan keruntuhan akhlak remaja bagaikan seiring dengan pembangunan negara. Ini dapat dilihat melalui pembangunan yang

hampir ke kemuncaknya, akhlak remaja juga kian jatuh dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi.

2.0

TUJUAN PROGRAM Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran,peringatan, dan memupuk para remaja agar lebih berakhlak mulia. Program ini diharap dapat membekalkan pengetahuan serta kefahaman kepada remaja tentang wawasan hidup setiap manusia. Mereka juga akan didedahkan dengan senario tentang remaja semasa dan juga pengetahuan asas agama yang perlu ada pada setiap remaja yang akan mengharungi kehidupan seterusnya. Setiap remaja sewajarnya diasuh untuk

mempersiapkan dirinya sebagai individu yang berakhlak mulia dan disegani oleh masyarakat.

3.0

LATAR BELAKANG PROGRAM Remaja adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Program ini merupakan satu

program yang penting untuk membangunkan potensi para remaja secara

205103

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN menyeluruh. Secara umumnya, program remaja yang sedia ada telah berjaya membina disiplin dan semangat bagi meningkatkan rasa tanggungjawap mereka terhadap persekitaran semasa. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi remaja yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani, dan intelek. Program ini lebih tertumpu

kepada remaja-remaja antara 13 hingga 21 tahun yang akan dibimbing oleh fasilitator dari Kelab Rakan Muda Kubang Pasu. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah ceramah dan demonstrasi sebatan dari Jabatan Penjara Alor Setar, ceramah khas jenayah oleh wakil dari Ibu Pejabat Daerah, IPD Kota Setar, ceramah ancaman dadah oleh wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Kubang Pasu, ceramah dari Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu mengenai isu remaja berakhlak. Aktiviti-aktiviti ini akan diadakan di Dewan Wawasan, Jitra Kedah.

4.0

OBJEKTIF PROGRAM

4.1

Objektif Umum Objektif umum ialah untuk memberi kesedaran kepada para remaja tentang kesedaran, kepentingan dan tanggungjawab mereka untuk menjadi remaja berakhlak mulia dalam kehidupan seharian melalui

205103

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN aktiviti-aktiviti yang mampu merangsang proses budaya berakhlak dan pembentukan jati diri sempurna.

4.2

Objektif Khusus Secara khususnya program ini dijadikan sebagai satu landasan atau platform untuk menjana pemikiran remaja masa kini agar lebih berdisiplin kepada diri sendiri dan masyarakat sekaligus penerapan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam setiap remaja.

4.3

Objektif-Objektif Lain Objektif program ini adalah untuk : 3.3.1 memberi alternatif yang dapat diterapkan melalui maklumat dan isu-isu semasa yang akan disebarkan dalam program ini iaitu perbincangan, taklimat dan aktiviti yang akan diadakan. 3.3.2 memberi peluang kepada remaja-remaja untuk

menyumbangkan idea, tenaga, ilmu pengetahuan, pengalaman dan kebolehan melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. 3.3.3 membentuk para remaja agar mempunyai keperibadian dan jati diri yang tinggi dan membentuk personaliti unggul di kalangan remaja.

5.0

MATLAMAT PROJEK Matlamat program ini ialah

205103

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN 5.1 untuk menerapkan kekuatan jati diri kepada para remaja agar

dapat meningkatkan lagi semangat berakhlak tinggi. 5.2 menggalakkan para remaja untuk meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti sihat dan berfaedah selaras dengan pembangunan negara yang begitu pantas. 5.3 membantu dan mendorong golongan remaja supaya sedia memberi kerjasama, tolong menolong dan bertimbangrasa dalam kehidupan seharian untuk kemajuan bangsa, agama, dan negara.

6.0

PERANCANGAN DAN BUTIR-BUTIR PROGRAM Program yang akan dilaksanakan ini bertajuk Program Membentuk

Remaja Berakhlak yang akan dijalankan selama sehari iaitu pada 19 Jun 2010 bertempat di Dewan Wawasan, Jitra Kedah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Anggaran peserta yang akan menyertai

program ini adalah seramai 100 - 300 orang terdiri daripada pelajarpelajar sekolah, belia-belia, dan remaja-remaja di kawasan Kubang Pasu. Aktiviti yang akan dijalankan sebelum perlaksanaan program tersebut adalah seperti berikut: 6.1 Mesyuarat I Mesyuarat kali pertama untuk melantik jawatankuasa program dan jawatankuasa kerja. Mesyuarat ini akan diadakan di Dewan Kuliah (DKG 5/4) UUM.

205103

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN 6.1.1 Perlantikan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, dan bendahari 6.1.2 Perlantikan ketua-ketua biro iaitu: 6.1.2.1 Biro Persediaan 6.1.2.2 Biro Pendaftaran dan Perasmian 6.1.2.3 Biro Makanan 6.1.2.4 Biro Pengangkutan dan Logistik 6.1.2.5 Biro Publisiti 6.1.3 Membuat pengagihan tugas mengikut biro-biro yang telah ditetapkan. 6.1.4 Biro Persediaan akan berhubung dengan Kelab Rakan Muda Kubang Pasu, Persatuan Belia Daerah Kubang Pasu, Jabatan Penjara Alor Setar, IPD Kota Setar, AADK Kubang Pasu dan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu bagi membincangkan projek yang akan dijalankan. 6.1.5 Biro Pengangkutan dan Logistik membuat lawatan tapak projek dan meninjau kawasan serta membuat pemeriksaan ke atas alatan dan peralatan yang akan digunakan. 6.1.6 Biro Makanan mencari menu yang sesuai dan membuat tempahan makanan untuk jamuan sepanjang program dijalankan. 6.1.7 Biro Publisiti akan menyediakan risalah-risalah hasil

penyelidikan kepada para remaja program.

205103

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN 6.2 Mesyuarat II Mesyuarat kali kedua berbincang untuk mendapatkan sumber kewangan bagi perlaksanaan program. 6.2.1 Memohon sumbangan daripada Majlis Daerah Kubang Pasu dan agensi bukan kerajaan (NGO). 6.2.2 Memohon sumbangan daripada pihak Pusat Ko-Kurikulum Universiti kewangan. Utara Malaysia untuk menampung sumber

6.3

Penaja 6.3.1 Mengedarkan surat memohon sumbangan daripada pihak seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat II.

6.4

Senarai Semak dan Kertas Cadangan 6.4.1 Mengedarkan senarai semak perancangan kepada semua ketua biro untuk melihat kembali bahagian-bahagian yang belum diselesaikan. 6.4.2 Menyediakan kertas cadangan untuk memohon kelulusan daripada Pengarah PACE.

6.5

Perlaksanaan Projek 6.5.1 Jadual Aktiviti 8.00 9.00 pagi Pendaftaran

205103

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN 9.00 9.30 pagi Ucapan dan Perasmian oleh ADUN Jitra, YB. Dato Saad Man. 9.30 10.00 pagi 10.00 11.30 pagi Minum Pagi Ceramah Khas Jenayah - Isu-Isu Jenayah Remaja Masa Kini oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar.

Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab. 11.30 12.45 t/hari Ceramah Jemputan - Belia Benci Dadah oleh wakil Agensi Dadah Kebangsaan Kubang Pasu. 12.45 2.00 petang Makan Tengahari dan Solat Zohor 2.00 3.30 petang Ceramah Khas Akhlak Remaja (AADK) Cawangan

Remaja Permata Kasih oleh Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu. 3.30 5.00 petang Demonstrasi sebatan daripada

Jabatan Penjara Alor Setar. 5.00 6.00 petang Penyampaian cenderahati kepada

panel penceramah. Minum Petang. Penutup.

205103

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN 6.6 Penyediaan Laporan Kewangan 6.6.1 Ahli Jawatan Kuasa yang mengendalikan bahagian

kewangan akan bermesyuarat dan menyediakan laporan kewangan dijalankan. yang telah digunakan semasa program

6.7

Penyediaan dan Penyerahan Laporan Projek 6.7.1 Menulis laporan yang telah disiapkan dan diserahkan kepada Lanjutan Pengarah (PACE) Pusat melalui Pendidikan Jurulatih Profesional dan dan

Penyelaras

Kokurikulum.

6.8

Post Mortem 6.8.1 Satu perjumpaan akan diadakan untuk melakukan post mortem bagi segala perancangan aktiviti yang telah dilakukan untuk memperbaiki kekurangan dalam semua aspek.

7.0

PENUTUP Harapan saya adalah agar program ini akan dapat mencapai objektif dan matlamat untuk memberi pendedahan dan kesedaran terhadap isu-isu berkaitan pembentukan remaja berakhlak mulia di kawasan Kubang Pasu ini. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

205103

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN sempurna dengan penglibatan dari pelbagai sudut. Juga kepada para remaja yang akan turut serta menjayakan program ini diharapkan agar mendapat kesedaran yang tinggi. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah turut serta berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak remaja seterusnya dapat

menyumbang pada kemajuan agama, bangsa, dan negara.

Oleh itu,

adalah wajar supaya para remaja didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat. Program ini diharapkan dapat menyedarkan remaja supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus menjadi ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.

10

205103

SBLM 1053 BAHASA MELAYU PENGURUSAN Disediakan oleh :

................................................. (Norfadhlina Radzi) Setiausaha

8.0 RUJUKAN Siri Modul Kendiri Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ-UUM), (SBLM 1053 Bahasa Melayu Pengurusan), Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia.

11

205103