Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Soalan 86: Bincangkan isu-isu atau Faktor-faktor yang merenggangkan hubungan China dan Barat.
Pendahuluan
§ Pertengahan abad ke 19, imperialis Barat mula mengasak China yg membuatkan era baharu dalam
sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa Barat. Hal demikian membawa kepada
kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Namun Kerajaan China masih berbangga dengan
menganggap negara mereka ‘Middle Kingdom’. iaitu mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka
keberatan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Barat kerana menggangap orang
Barat sebagai Fan Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing)
§ Sistem pemerintahan China juga tidak mempunyai pejabat hal ehwal luar. Maharaja institusi tertinggi
diikuti majlis tinggi dan sekretariat tertinggi. Timbul ketegangan hubungan antara kuasa Barat dengan
China hingga membawa peperangan kedua belah pihak dan memberi impak besar kepada sejarah
perjalanan China.
Isi-isi penting:
Isu perdagangan
§ Pedagang barat terutamanya British mengharapkan keuntungan perdagangan yang berlipat ganda jika
mereka menjalankan perdagangan dengan Negara China tetapi impian mereka tidak kesampaian
disebabkan kerajaan Manchu mengamalkan dasar tutup pintu atau disebut dasar pemencilan .
Masyarakat China mempunyai pandangan yang negatif terhadap perdagangan dan menganggap
perdagangan sebagai pekerjaan yang hina. Justeru, perdagangan tidak digalakan terutama dengan
kuasa-kuasa barat. Sebaliknya perhatian diberikan kepada pertanian sara diri.
§ Pemerintaha China mengenakan pelbagai sekatan keatas pedagang asing. Pedagang asing dibenarkan
sebagai Co-hong .Barang yang diniagakan juga ditentukan oleh Co-hong .
Isu candu
§ Perdagan barat dengan China lebih menyebelahi pihak China. Pihak British cuba membawa barang
mereka dari India dengan memperkenalkan barangan tekstil di China tetapi gagalmenembusipasaran
China. Mereka amat memerlukan eh dan sutera dari China yang mendapat permintaan tinggi di Eropah.
Keengganan China membeli barang dari britian menyebabkan wujudnya perdagangan satu hala yang
merugikan kerajaan British. Oleh yang demikian bagi mengimbangi perdagangan yang berat sebelah
itu ,pedagang Barat mencari alternatif dengan membawa masuk candu dari IIndia.
§ Candu kemudiannya menjadi barang paling digemari oleh masyarakat China tidak kira golongan
bangsawan atau atasan.
§ Kemasukan Candu mengakibatkan pengaliranwang keluar yang banyak .Keadaan ini telah menjejaskan
ekonomi China.Pada tahun 1838,Maharaja Tao Kuang telah mengeluarkan perintah yang
mengharamkan penggunaan dan perdagangan candu.
Isu perundangan
§ Isu perundangan turut menjadi isu yang merenggangkan hubungan China dengan kuasa-kuasa Barat .
Mengikut prinsip keadilan China “ seseorang yang dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah
sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan “.
§ Falsafah undang-undang di China berbeza dengan falsafah undang-undang barat .Undang-undang
barat berdasarkan konsep “ tanggungjawab individu “ manakal China pula “doktrin tanggungjawab
berkumpulan “ diamalkan.
Isu agama Kristian
§ Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pendalaman dan luar
dari Canton. Ramai rakyat China Berjaya dikristiankan .
§ Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang China yang berpegang kepada
kepecayaan nnek moyang,Confucius,dan Taoisme.
Isu kawasan petempatan orang asing
§ Mempunyai sistem pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal oleh pemerintahan China. Penduduk
hanya perlu membayar pajakan kepada China. Di wilayah pajakan ini, orang asing membentuk majlis
perbandaran mereka sendiri, undang-undang, mahkamah, polis dan pasukan pertahanan awam.
§ Pihak British dan Amerika Syarikat bersetuju menggabungkab wilayah konsensi mereka kepada satu
pentadbiran. Kuasa Barat juga menceroboh secara langsung wilayah China . Pengambilan Hong kong
oleh British, Macau oleh Portugis, China juga menghadapi masalah pencerobohan Rusia di lli, singkiang.
Isu Pengenalan teknologi Barat.
§ Pengenalan teknologi barat di China telah menyebabkan pengganguran berlaku dalam masyarakat
China dalam jumlah yang ramai.Pengenalan teknik baharu dalam bidang perlombongan
mempercepatkan penggunaan sumber alam yang jumlahnya terhad.
§ Sarjana China percaya bahawa barat tidak ikhlas mengajar. Mereka juga percaya bahawa pengenalan
teknologi Barat hanya membawa keuntungan jangka masa pendek sahaja.
Penutup
§ Akibat tindakan-tindakan tersebut, akhirnya kuasa-kuasa Barat berjaya menguasai China. China
terpaksa diperintah oleh kuasa Barat.
Soalan 87: Huraikan tindakan yang dilakukan oleh masyarakat China terhadap campur tangan pihak
asing.
Pendahuluan
§ Pada pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh imperialis Barat. Keadaan ini memulakan era
baharu dalam searah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa barat. Ketidakpuasan hati para
pedagang dan pegawai Barat mula memuncak dengan pelbagai insiden yang mereggangkan hubungan
antara pihak Barat dan kerajaan China.
§ Kerenggangan hubungan China terhadap kuasa Barat berpunca kepada beberapa isu iaitu isu
perdagangan, candu, perundangan, agama Kristian, kawasan petempatan orang asing, dan teknologi
Barat. Atas masalah ini, China telah melakukan beberapa tindakan.
Isi-isi penting:
1. Tindakan anti terhadap kuasa asing. Terdapat dua kumpulan anti asing di China. Kumpulan
pertama ialah golongan yang membenci orang asing tetapi tidak bertindak. Kumpulan kedua ialah
golongan yang menolak semua kehadiran asing seperti agama Kristian dan teknologi Barat. Agama
Kristian yang dibawa oleh orang Barat megancam kedudukan agama dan kepercayaan tradisi China
seperti Confucius, Taoisme dan Buddha. Pada tahun 1870, berlaku gerakan menentang mubaligh
Kristian di Tientsin. Orang China berprasangka buruk terhadap aktiviti membaptis yang dijalankan oleh
rahib wanita terhadap kanak-kanak China yang sakit.Golongan mubaligh dituduh mencungkil mata
kanak-kanak untuk tujuan membuat logam yang berharga. Ada juga tuduhan menyatakan bahawa
kanak-kanak China disihir, dipotong badan, diambil hati, dan mata mereka untuk dijadikan ubat.
2. Pemberontakan boxer Pada tahun 1899, orang China marah dengan tindak-tanduk kuasa asing
yag menceroboh wilayah China. Peristiwa ini dikenali sebagai pemberontakan boxer. Pengikut Boxer
mendakwa aktiviti orang asing telah membawa kemarahan Tuhan yang menurunkan bencana kepada
penduduk China. Oleh itu, orang China bertanggungjawab untuk menghapuskan oraang asing yang ada
dibumi China. Kumpulan Boxer (peninju) medapat restu daripada maharani dan gabenor-gabenor
wilayah. Mereka menggalakkan perkembangan kongsi gelap bertujuan memperkuatkan China supaya
tidak terjejas oleh kemaraan kuasa-kuasa barat yang semakin berleluasa ketika itu.
3. Maharani Dowager juga telah mengisytiharkan perang terhadap kuasa Barat. Tindakan tersebut
merupakan akibat rasa terkilan kerana campur tangan Barat dalam urusan Negara China. Keputusan
mengisytiharka perang tidak medapat sokongan daripada pegawai-pegawainya di beberapa wilayah
China. Pegawai seperti Chang Chih-tung dan Li Hung-chang telah mengabaikan arahan Maharani
Dowager berperang dengan Barat. Ada juga pegawai di wilayah tertentu yang memberi jaminan utuk
melindungi warga asing. Oleh itu, kebangkitan Gerakan Boxer hanya meletus di beberapa kawasan
sahaja seperti Peking, Shansi, Tientsin, Manchuria, dan Mongolia.
5. Protokol Boxer 1901, kandungannya ialah yang pertama Kerajaan China perlu menghadap
Maharaja Jerman untuk menyampaikan rasa kesal atas pembunuhan Baron Von Ketteler. Kerajaan China
juga diminta membina tugu peringatan kematian von Kettler di tempat beliau dibunuh. Tugu itu ditulis
dengan kata-kata kekesalan pihak Maharaja China atas kematian von kettler dalam tiga bahasa, iaitu
Latin, Jerman, dan China. Tentera asing dibenarkan bertempat di 12 kawasan strategik sepanjang jalan
kereta api dari Peking hingga ke Shanhaikuan. Kuasa Barat mendapat hak untuk mengekalkan tentera di
Peking yang bertujuan untuk menjaga kedutaan asing. Kerajaan China akan membayar kerugian
sebanyak 67.5 juta paun secara insuran selama 39 tahun. Menyekat pengimportan senjata api dan
peluru ke China selama lima tahun. Menghukum pemimpin-pemimpin yang menyokong Pemberontakan
Boxer.
Penutup
§ Akibat tindakan-tindakan tersebut, akhirnya kuasa-kuasa Barat berjaya menguasai China. China
terpaksa diperintah oleh kuasa Barat.
Soalan 88: Huraikan faktor-faktor Perang Candu Pertama (1839-1842).
Pendahuluan :
§ Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China Pertama kerana
ekoran tercetusnya pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan. Dalam pada itu,
peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak di China dan ia menandakan
dinasti Machu telah mengalami kemerosotan.
§ Peperangan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan kesan.
Isi-isi penting :
Faktor-faktor:
Penutup :
§ Sikap angkuh kerajaan China menyebabkan British terpaksa menggunakan kekerasan bagi memaksa
kerajaan China membuka pintu kepada kuasa Barat. Perkembangan ini menyebabkan British
mengisytiharkan peperangan terhadap kerajaan China pada tahun 1839 yang dikenali sebagai perang
Candu Pertama.
§ Perang Candu Pertama meninggalkan kesan yang amat mendalam di dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial. Perang ini juga meletakkan asa tercetusnya Perang Candu Kedua.
Soalan 89: Huraikan kesan-kesan Perang Candu Pertama (1839-1842).
Pendahuluan :
§ Perang Candu Pertama (1839-1842) juga dikenali sebagai Peperangan Inggeris-China Pertama kerana
ekoran tercetusnya pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan. Dalam pada itu,
peperangan ini telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula bertapak di China dan ia menandakan
dinasti Machu telah mengalami kemerosotan.
§ Peperangan ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor dan kesan.
Isi-isi penting :
Kesan-kesan Perang Candu Pertama
Kesan Politik
§ Kemerosotan dinasti Manchu.
§ Sikap angkuh kerajaan China menyebabkan British terpaksa menggunakan kekerasan bagi memaksa
kerajaan China membuka pintu kepada kuasa Barat. Perkembangan ini menyebabkan British
mengisytiharkan peperangan terhadap kerajaan China pada tahun 1839 yang dikenali sebagai perang
Candu Pertama.
§ Perang Candu Pertama meninggalkan kesan yang amat mendalam di dalam bidang politik, ekonomi
dan sosial. Perang ini juga meletakkan asa tercetusnya Perang Candu Kedua.
Soalan 90.Huraikan faktor faktor dan kesan kesan perang candu kedua (1856-1860)
Pendahuluan
§ Pada tahun 1839-1842 berlaku peperangan antara British dengan China yang dikenali sebagai Perang
Candu Pertama. Peperangan ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Nanking pada 29 Ogos
1842.
§ Perjanjian Nanking hanya menamatkan peperangan tetapi tidak menyelesaikan masalah dalam
hubungan antara China dan British. Hubungan antara mereka tetap runcing sehingga mengekibatkan
peperangan yang kedua pada 1856-1860 yang dikenali sebagai Perang Candu Kedua atau Perang Arrow.
Isi-isi Penting:
4. Krisis ekonomi. Perang Candu pertama telah menyebabkan negeri China mengalami krisis
ekonomi. China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta
bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang
tempatan. Akibatnya banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan lagi
masalah ekonomi negeri China. Bagi mengatasi masalah ekonomi, China telah merayu supaya British
mengurangkan ganti rugi. Keengganan British telah menjejaskan hubungan antara mereka
5. Mambaharui perjanjian. Bila Brtitish menyedari China tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat
Perjanjian Nanking, mereka telah mendesak China supaya diadakan rundingan bagi mengkaji semua
syarat-syarat Perjanjian Nanking. Tindakan ini diambil kerana British dipengaruhi oleh syarat Perjanjian
Wanghsia 3 Julai 1844 antara China dengan Amerika dan Perjanjian Whampoa 24 Oktober 1844 antara
China dengan Perancis yang menegaskan perjanjian-perjanjian tersebut akan dikaji semula dalam
tempoh 12 tahun. British menuntut keistimewaan ini berdasarkan prinsip “layanan negara yang
diutamakan”. Sekiranya keistimewaan ini dinikmati oleh British, bermakna Perjanjian Nanking perlu
dikaji semula pada 1854. British mahu mengkaji semula syarat-syarat Perjanjian Nanking dengan tujuan
untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan tambahan seperti kebebasan berdagang di kawasan
pedalaman, Bandar-bandar serta pelabuhan-pelabuhan di pinggir pantai dan juga untuk menempatkan
perwakilan diplomatik di Peking. Desakan British supaya China mengkaji semula syarat Perjanjian
Nanking dan keengganan China untuk memenuhi kehendak tersebut telah meruncingkan hubungan
antara mereka. Pihak China telah mendakwa negeri China telah memberi terlalu banyak keistimewaan
kepada kuasa-kuasa barat.
Kesan-kesan Perang Candu Kedua
1. Menyedarkan China barat lebih superior.Kekalahan China dalam Perang Candu kedua merupakan
kekalahan kedua mereka kepada kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2 dekad. Kekalahan inimenyedarkan
mereka bahawa barat lebih superior daripada China. Buktinya mereka mula meniru teknik-teknik barat
untuk dilaksanakan di negeri China. Pemimpin-pemimpin China seperti Tseng Kao Fan, Tso Tsung Tang
dan Li Hung Chang telah meniru idea-idea barat dalam politik, ekonomi dan sosial untuk dilaksanakan
dalam Rancangan Pembaharuan “Gerakan Memperkuatkan Diri 1864-1894”.
3. Hubungan diplomatik. Selepas Perang Arrow, China mula mewujudkan hubungan diplomatik atas
dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat. Bagi menguruskan hubungan dengan kuasa-kuasa barat,
Pejabat Hal Ehwal Luar yang dikenali sebagai Tsungli Yamen telah diwujudkan pada 11 Mac 1861. Sejak
tahun 1861, duta-duta asing mula ditempatkan di Peking. Antara mereka ialah Anson Burlingame (duta
Amerika), Frederick Bruce (British), M. Buthemy (Perancis) dan De Balluseck (Rusia). Pada tahun 1866,
dengan bantuan Robert Hart, satu perwakilan China yang diketuai oleh Pin Chun telah dihantar ke
Eropah. Pada tahun 1868 dengan bantuan Anson Burlingame, satu perwakilan China yang diketuai oleh
Chih Kong dan Sun Chia Ku telah dihantar ke Amerika. Perwakilan ini kemudiannya melawat negara-
negara Eropah. Sejak tahun 1877, duta-duta China mula ditempatkan di negara-negara asing seperti di
Amerika, British, Perancis, Jerman, Rusia, Sweden, Sepanyol dan lain-lain lagi.
4. Krisis ekonomi. Perang Arrow telah menyebabkan negeri China mengalami krisis ekonomi. China
terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi peperangan serta bayaran ganti
rugi. Kemasukan barang-barang barat telah menjejaskan pasaran barang-barang tempatan. Akibatnya
banyak industri tempatan terpaksa ditutup. Kemasukan candu meruncingkan lagi masalah ekonomi di
China.
5. Penghijrahan. Perang Arrow, ramai rakyat China mula berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke
Asia Tenggara. Penghijrahan rakyat China semakin hebat bila British menjalankan perdagangan kuli bagi
memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara. Tambahan pula, Kerajaan China juga tidak
menyekat penghijrahan rakyatnya ke seberang laut selepas termeterainya Perjanjian Tientsin dan
Perjanjian Peking. Orang-orang China sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap
Kerajaan Manchu serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di China.
Soalan 91: Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Peluang Kuasa Barat di China
Pendahuluan:
§ Pertengahan abad ke 19, imperialis Barat mula mengasak China yg membuatkan era baharu dalam
sejarah China kerana kedaulatannya diceroboh oleh kuasa Barat. Hal demikian membawa kepada
kerenggangan hubungan pihak Barat dan China. Namun Kerajaan China masih berbangga dengan
menganggap negara mereka ‘Middle Kingdom’. iaitu mempunyai tamadun yang tinggi. Mereka
keberatan menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara Barat kerana menggangap orang
Barat sebagai Fan Len (orang gasar) dan Fan Kwae (hantu Asing)
§ Sistem pemerintahan China juga tidak mempunyai pejabat hal ehwal luar. Maharaja institusi tertinggi
diikuti majlis tinggi dan sekretariat tertinggi. Timbul ketegangan hubungan antara kuasa Barat dengan
China hingga membawa peperangan kedua belah pihak dan memberi impak besar kepada sejarah
perjalanan China.
Isi-isi Penting:
Pendahuluan
§ Menjelang pertengahan abad ke-19, kuasa-kuasa barat ingin mengukuhkan kedudukan dan pengaruh
di China. Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang dikenali
sebagai Gerakan menguatkan diri.
§ Sebenarnya, tokoh yang mengasaskan idea gerakan menguatkan diri adalah feng kuei-fen, beliau
berpendapat China harus memperoleh ilmu daripada negara-negara barat. Gerakan ini telah
dilaksanakan mulai tahun 1861 sehingga 1895. Antara langkah yang diambil mencakupi bidang
diplomati, pendidikan, ketenteraan, ekonami, pentadbiran serta sistem perhubungan dan
pengangkutan.
Isi-isi penting
Proses Gerakan Menguatkan Diri
§ Menjelang pertengahan abad ke-19,kuasa-kuasa Barat mengukuhkan kedudukan dan pengaruh di
China. Kerajaan juga menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan
Taiping (1851-1864) dan Pemberontakan Nien (1853-1868). Perkembangan ini telah memberi
kesedaran kepada pegawai-pegawai istana dan pemimpin-pemimpin wilayah seperti Putera Kung (1833-
1898), Tseng Kuo-fan (1811-1872), Li Hung-chang (1823-1901) dan Tso Tsung-tang (1812-
1885) mengenai keperluan untuk memodenkan China.
§ Kesedaran untuk memodenkan China telah melahirkan rancangan pemodenan yang dikenali
sebagai Gerakan Menguatkan Diri. Tokoh yang mengasaskan idea Gerakan Menguatkan Diri
adalah Feng Kuei-fen. Feng Kuei-fen berpendapat China harus memperoleh ilmu daripada Negara-
negara Barat untuk memodenkan China. Gerakan ini telah dilaksanakan mulai tahun 1861 dan
berlanjutan hingga tahun 1895. Langkah-langkah yang diambil untuk menguatkan diri mencakupi
bidang diplomatik, pendidikan, ketenteraan, ekonomi, pentadbiran serta sistem perhubungan dan
pengangkutan.
Kejayaan Gerakan Menguatkan Diri
1. Ketenteran
§ kerajaan China mengambil langkah memodenkan tentera mengikut sistem ketenteraan barat.
Pegawai yang terlibat termasuklah Tseng Kuo-fan, Li Huang-chang, dan Tso Tsung-tang. Antara langkah
yang diambil adalah pembinaan kilang senjata iaitu pada 1865 Kilang senjata di kiangnan, shanghai
yang membuat senapang, meriam dan peluru dan terlibat dalam pembinaan kapal perang dengan
jumlah pekerja seramai 2000 orang.
§ Tahun 1865 Perbadanan kejuruteraan kim lin di tubuhkan oleh li hung-chang yang terlibat dalam
penghasilan meriam dan senapang. 1866 Kilang senjata api di foochow, ditubuhkan oleh li hung-
chang. 1868 Ditubuhkan di kiangnam shangai yang melatih pekerja membuat senjata dan
kapal berperanan menterjemah buku dalam bidang kejuruteraan ke dalam bahasa China. 1880 Maktab
tentera laut telah didirikan
§ Pembinaan limbungan kapal pada tahun 1866 limbungan kapal didirikan di foochow, didirikan atas
bantuan dua orang jurutera berbangsa perancis hanya menghasilkan 10 buah kapal dan 5 buah bot
peronda. Penubuhan angkatan tentera laut, Angkatan tentera laut nanyang sebanyak 17 buah kapal,
Angkatan tentera laut peiyang 15 buah kapal, Angkatan tentera laut hokkien 11 buah kapal.
§ Penghantaran pegawai ke luar negara pada 1872, Pegawai tentera China di hantar ke Jerman untuk
mempelajari sains ketenteraan, tahun 1875 Pelajar limbungan kapal foochow dihantar ke britain dan
perancis untuk menjalani ujian dan tahun 1884 Pelajar akademi laut dihantar ke perancis, britain, dan
Jerman untuk mempelajari pembinaan kapal
2. Pelaksanaan projek ekonomi
§ kerajaan China mengalami masalh eknomi justeru itu kerajaan menanggung hutang ini kerana sistem
sara diri merosot. memajukan sektor pertanian, meluaskan kawasan pertanian dan meningkatan hasil
pengeluaran dengan tindakan membina sistem sliran dan pengairan dan mengurangkan cukai pertanian.
kerajaan menubuhkan pelbagai jenis industri kecil-kecilan untuk menambah pendapatan. Projek
ekonomi berasaskan prinsip (penyeliaan kerajaan dan pengellaan saudagar-saudagar). Pada tahun 1872
melaksanakan projek merchants steam navigation company oleh li hung-chang yang merancang
membina kapal laut. Pada 1878, syt perlombongan arang batu di tubuhkan di kaiping oleh li hung-chan
§ membuat mesin, gerabak kereta api, kapal penunda, pembinaan landasan kereta api, dan
pemasangan kabel telefon. Tahun 1878 penubuhan kilang tekstil pertama dan pada tahun 1894 sebuah
kilang besi di dirikan di kweichow dan syt tekstil didirikan di hupeh
3. Membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan
§ Langkah yang diambil ialah penbinaan landasan kereta api, talian telegraf dan perkhidmatan pos.
Pembinaan landasan kereta api dibina pada tahun 1876 yang menghubungkan shanghai dan tientsin
dibina oleh kerajaan dengan kerjasama syt jardine dan matheson. Tahun 1888 landasan kereta api
menghubungkan kaiping dan tientsin dibina dan 1896 landasan kereta api di panjangkn di pinggir bandar
peking
§ Pembangunan sistem telegraf 1881 Kerajaan China menubuhkan jabatan pentadbiran telegraf diraja.
1881 Talian telegraf menghubungkan tiensin dan shanghai didirikandan. Tahun 1900 Perkhidmatan yang
meliputi 14 000 batu menghubungakan bandar-bandar utama disediakan.
4. Hubungan diplomatik
§ Penubuhan Tsungli Yamen sebagai badan yang bertanggungjawab menjalinkan hubungan diplomatik
dengan negara barat. Ia adalah bertujuan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebuah
jabatan ditubuhkan sebagai Tsungli Yamen ditubuhkan bagi mengurus Hubungan China dengan negara
barat. Jabatan ini diketuai oleh putera kung dibantu oleh Horantio Nelson
§ Penubuhan pejabat perwakilan asing. pada tahun 1866, kerajaan telah menghantar wakil ke negara
barat sekaligus kerajaan China telah menubuhkan kedutaan di negara barat separti Landon (1877) Berlin
(1977) Paris (1878) Washington (187) dan St.petersburg (1879). pelantikan pesuruhjaya perdagangan.
kerajaan melantik pesuruhjaya untuk mengendalikan hal ehwal perdagangan dengan orang barat.
Pegawai ini ditempatkan di pelabuhan Nanking dan Tientsin
5. Pendidikan
§ Penubuhan maktab bahasa, dikenali sebagai Tung-wen Kuan di peking. Di tubuhkan untuk mengajar
bahasa eropah dan ilmu barat. Juga mengajar bahasa Inggeris, rusia, perancis, Jerman, dan Jepun,
maktab ini memainkan peranan sebagai pusat penterjemahan. Sebuah sekolah ditubuhkan di wuchang
oleh chang chin-tung pada 1893
§ Program menghantar pelajar ke luar negara tahun 1877 seramai 30 orang pelajar yang dihantar ke
britain dan perancis. Di antara tahun 1872-1881 seramai 120 orang pelajar yang dihantar ke Amerika
syarikat
Penutup:
§ negara China berusaha keras dalam menguatkan diri bagi membangunkan dan mempertahan kan
negara mereka. Pelbagai langkah yang diambil termasuklah dari aspek ketenteraan, pelaksanaan projek
ekonomi, diplomatik, pendidikan serta membangunkan sistem perhubungan dan pengangkutan.
§ Namun ianya telah membawa kepada kejayaan serta kegagalan atas sebab dan alasan tersendiri.
Soalan 93: Huraikan Gerakan Menguatkan Diri pada tahun 1861-1895 dan faktor kegagalannya
terhadap perluasan kuasa Barat di China.
Pengenalan :
§ Kekalahan kepada kuasa Barat m’beri kesan besar kpd China iaitu menimbulkan kesedaran dlm
kalangan pemimpin China untk melindungi kedaulatan Negara. Oleh itu, kerajaan China tlh
melaksanakan rancangan yg dikenali sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini merupakan salah
satu usaha pembaharuan ataupun pemodenan China.
Isi-isi Penting:
§ Mencapai kejayaan yg terhad kerana tiada pemimpin yg cekap & dinamik bg menerajui gerakan ini.
Malah kerajaan Manchu jg gagal melahirkan pemimpin-pemimpin yg berkaliber bg memimpin gerakan
tersebut.
§ Tlh disingkirkan drpd istana pd thn 1875 (pemimpin berkaliber – Putera Kung). Maharani Dowager yg
memegang tumpuk pemerintahan slpas itu b’sifat antipemodenan.
3. Masalah Kewangan.
§ Ekoran masalah kewangan yg dihadapi olh China. Berlaku kerana ekoran bencana alam seperti banjir
& kemarau (thn 1840-an). Perbelanjaan utk menghadapi peperangan & pemberontak menambahkan
beban kwangan kerajaan China.
§ Kerajaan China membayar ganti rugi kpd kuasa-kuasa Barat selepas Perang Candu Pertama &
Perang Candu Kedua. Menyebabkan program pemodenan tdk dpt dijalankan.
4. Ketiadaan Penyelarasan.
§ Gerekan ini mencapai kejayaan yg terhad krn tiada kerjasama antra kerajaan pusat dgn kerajaan di
peringkat wilayah. Tidak mendapat kerjasama & sokongan drpda kerajaan pusat
§ Li Hung-chang, Tseng Kuo-fan & Tso Tsung-tang tdk memberikan kerjasama kpd kerajaan pusat.
§ Menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tdk m’capai kejayaan. Keadaan politik di China tdk stabil
kerana peperangan yg dilancarkan olh kuasa-kuasa Barat.
§ Malah menyebabkan kerajaan China t’paksa menanggung kos perbelanjaan perang yg tinggi. Kerajaan
China t’paksa membayar ganti rugi yg tinggi kpd uasa-kuasa Barat.
6. Pemodenan Terhad.
§ Kelemahan kerajaan Manchu. Tdak mempunyai sistem pentadbiran yg teratur & sistematik. Tdk dpt
mengawal amalan rasuah & penyelewengan yg berleluasan dlm kalangan pegawai-pegawai kerajaan.
§ Menyalahgunakan dana yg diperuntukkan olh kerajaan pusat bg melaksanakan program-program ini.
Menyebabkan Gerakan Menguatkan Diri tdk berjaya.
Kesimpulan
§ Walaupun berusaha memajukan Negara bg menjamin kedaulatan wilayah, langkah memajukan China
kurang Berjaya. Kegagalan China dlm usaha pemodenan ini t’bukti apabila mereka b’jaya dikalahkan olh
kecil seperti Jepun dlm Perang China-Jepun.
§ Kekalahan kpd kuasa Barat m’beri kesan besar kpd China iaitu menimbulkan kesedaran dlm kalangan
pemimpin China utk melindungi kedaulatan Negara. Oleh itu, kerajaan China tlh melaksanakan
rancangan yg dikenali sebagai “Gerakan Menguatkan Diri”. Gerakan ini merupakan salah satu usaha
pembaharuan / pemodenan China.
Soalan 94: Huraikan Faktor-faktor Pemberontakan Boxer Terhadap Perluasan Kuasa Barat di China
Pendahuluan
§ Menjelang tahun 1899, tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di
China. Pemberontakan ini bertujuan menghalau orang asing dari China dan membunuh orang Cina yang
beragama Kristian. Pemberontakan Boxer Merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang
diberikan oleh kuasa-kuasa asing Terhadap kerajaan China, malah anggota Gerakan Boxer menganggap
orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.
§ Di samping itu, mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada segala Kepincangan yang
berlaku dalam bidang politik,ekonomi dan sosial di China. Gerakan Boxer berasal daripada sebuah kongsi
gelap Cina yang dikenali sebagai I HO CHUAN (Persatuan Tinju Keadilan dan Keharmonian). Menjelang
tahun 1813, kerajaan mengeluarkan perintah mengharamkan I Ho Chuan Kerana persatuan ini bersifat
antiManchu.Namun anggota persatuan ini bergiat secara Sulit di wilayah-wilayah Shantung,Hunan dan
Kiangsu.
Isi-isi Penting:
§ Sentimen antiorang asing dalam kalangan rakyat dan pihak istana merupakan faktor yang enyebabkan
tercetusnya Pemberontakan Boxer.Pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat sejak Perang
Candu pertama (1839-1842) menimbulkan semangat antiorang asing dalam kalangan rakyat Cina.
Sentimen antiorang asing meningkat ekoran tindakan kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk
mendapatkan konsesi di China
§ malah tindakan kuasa-kuasa Barat merebut konsesi telah menjatuhkan maruah orang Cina dan
mencemar kedaulatan China.Semangat antiorang asing juga menebal dalam kalangan sarjan dan
pembesar istana. Tokoh-tokoh istana seperti Maharani Dowager, Putera Chuang dan Kang-I
mengamalkan sikap antiorang asing terhadap kuasa-kuasa Barat dan Jepun di China. Maharani Dowager
Tzu His bertindak menamatkan Hak Wilayah Asingan yang diberikan Kepada kuasa-kuasa asing di
China.Semangat antiorang asing telah menyebabkan rakyat China dan pihak istana berganding tenaga
untuk mengusir orang asing dari China.
§ Penguasaan ekonomi China oleh kuasa-kuasa asing juga merupakan faktor Tercetusnya
Pemberontakan Boxer. Kemasukan barang-barang asing telah menyebabkan perusahaan tempatan
seperti perusahaan tekstil dan pertukangan tangan mula merosot dan pasaran tempatan mula dikuasai
oleh orang asing kerana barang-barang buatan Barat lebih murah serta bermutu tinggi berbanding
barang tempatan.
§ Tambahan pula, kemasukan pelabur-pelabur asing telah menyebabkan pengusaha-pengusaha
tempatan hilang sumber pendapatan,akibatnya bilangan penduduk tempatan yang menganggur turut
meningkat. Penguasaan ekonomi negara oleh kuasa-kuasa asing telah menimbulkan perasaan benci
rakyat tempatan terhadap orang-orang asing.
Masalah Kewangan
§ Kerajaan China juga menghadapi masalah kewangan dan ekonomi yang serius, masalah ini timbul
kerana kerajaan China terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi membayar ganti rugi perang
kepada kuasa-kuasa Barat.
§ Bagi mengatasi masalah ini,kerajaan China terpaksa memperkenalkan cukai-cukai baharu dan
kerajaan juga bertindak menambah cukai yang telah membebankan rakyat pada masa itu. Oleh
itu,masyarakat Cina pada masa itu yang terdiri daripada golongan petani dan penganggur menyertai
pemberontakan bagi menghalau orang asing dari Negara China.
Bencana Alam
§ Kejadian bencana alam seperti banjir dan kemarau yang melanda China menyebabkan Rakyat China
terpaksa menanggung pelbagai jenis penderitaan,antara bencana alam yang yang dihadapi masyarakat
Cina pada masa itu ialah banjir yang berlaku pada tahun 1898 di wilayah-wilayah sekitar Sungai Yangtze
dan Sungai Hwang Ho dan pada tahun 1900 berlaku kemarau dibahagian utara Negara China termasuk
Peking. Bencana alam ini telah menyebabkan kebuluran dan kemusnahan harta benda.
§ Oleh itu, masyarakat Cina menyalahkan orang asing sebagai punca kepada bencana alam yang
melanda negara mereka dan mereka berpendapat projek-projek pembangunan seperti pembinaan
landasan kereta api,pemasangan kabel telegraf dan pembinaan kilang telah menganggu keharmonian
alam serta menyinggung perasaan dewa-dewi mereka.
§ Selain itu, penyebaran agama Kristian yang telah dilakukan oleh mubaligh-mubaligh Kristian telah
menganggu roh nenek moyang dan golongan pendeta.Justeru masyarakat China berpendapat bencana
alam yang melanda negara mereka merupakan balasan daripada dewa-dewi mereka dan berpendapat
orang asing yang menjadi punca kepadasegala penderitaan harus diusir keluar dari China.
Penutup
§ Pemberontakan Boxer berlaku disebabkan oleh penguasaan orang Barat terhadap ekonomi dan
mempengaruhi masyarakat Cina untuk memeluk agama Kristian. Tindakan orang Barat ini menyebabkan
masyarakat biasa dan golongan istana bangkit untuk mempertahankan hak mereka dan menyelamatkan
negara mereka daripada terus dikuasai oleh pengaruh orang asing.
§ Pemberontakan Boxer merupakan asas kepada kejatuhan kerajaan Manchu dan kemunculan
kerajaan republic di China
Soalan 95: Huraikan kesan-kesan pemberontakan Boxer terhadap perluasan kuasa barat di China.
Pendahuluan
§ Menjelang tahun 1899,tercetus pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Boxer di
China.Pemberontakan ini bertujuan untuk menghalau orang asing dari China dan membunuh orang Cina
yang beragama Kristian. Pemberontakan Boxer merupakan reaksi orang Cina terhadap tekanan yang
diberikan oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan China.Malah anggota Gerakan Boxer menganggap
orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.
§ Mereka menganggap orang asing sebagai punca kepada kepincangan yang berlaku dalam bidang
politik,ekonomi, dan sosial di China.
Isi-isi penting
Pendahuluan
§ Gerakan Pembaharuan Ching (1901-1911). Kegagalan Pemberontakan Boxer telah menyebabkan
kerajaan Manchu melancarkan Gerakan Pembaharuan bagi memodenkan China. Pada 29 Januari 1901,
Maharani Dowager Tzu His mengumumkan Gerakan Pembaharuan berteraskan ciri-ciri baik peradaban
Barat.
§ Kerajaan Manchu mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan untuk mengemukan cadangan-cadangan
pembaharuan. Gabenor Jeneral Liu Kun-I dan Chang Chih-tung telah mengemukakan tiga pucuk surat
peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901. Pembaharuan dilaksanakan oleh gerakan meliputi
aspek pendidikan, ketenteraan,perlembagaan, ekonomi, sosial dan pentadbiran.
Isi-isi Penting:
Gerakan Pembaharuan
§ Kerajaan Manchu mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan untuk mengemukan cadangan-cadangan
pembaharuan. Gabenor Jeneral Liu Kun-I dan Chang Chih-tung telah mengemukakan tiga pucuk surat
peringatan kepada pihak istana pada bulan Julai 1901. Pembaharuan dilaksanakan oleh gerakan meliputi
aspek pendidikan, ketenteraan,perlembagaan, ekonomi, sosial dan pentadbiran.
Langkah-langkah Pembaharuan
1. Pendidikan
§ Matlamat utama pembaharuan dalam bidang pendidikan adalah untuk melatih pegawai-pegawai
kerajaan yang lebih cekap. Pada tahun 1904, sistem pendidikan moden diperkenalkan oleh kerajaan
Manchu berdasarkan model pendidikan Jepun. Sistem pendidikan merangkumi empat tahap iaitu
sekolah rendah (4 tahun), sekolah menengah (5 tahun), sekolah tinggi/maktab (3 tahun), universiti
peking (3 tahun).
§ Tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kerajaan yang berdasarkan kitab-kitab klasik Cina
dimansuhkan Tahun 1906, Kementerian Pendidikan ditubuhkan untuk menguruskan pelaksanaan
sistem pendidikan dan menyelia sekolah-sekolah.
2. Ketenteraan
§ Kerajaan Manchu menjalankan pembaharuan dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan sistem
pertahanan negara. Kerajaan melantik Yuan Shih-kai untuk merancang dan melaksanakan program-
program ketenteraan. Antara langkah-langkah pembaharuan yang dilaksanakan oleh Yuan Shih-kai
dalam bidang ketenteraan adalah seperti berikut : Membesarkan dan memodenkan angkatan tentera
darat, Memperkenalkan senjata moden dari negara Barat dan Memperkenalkan pasukan tentera
kerahan berdasarkan sistem ketenteraan Jerman.
§ Tahun 1909, seramai 700 pegawai tentera China dihantar ke Jepun untuk menjalani latihan
ketenteraan. Tahun 1906, Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal
ketenteraan.
3. Perlembagaan
§ Tahun 1908, kerajaan Manchu meluluskan undang-undang bagi penubuhan Majlis Perhimpunan
Wilayah. Tahun 1909 telah mengemukakan tuntutan untuk menubuhkan sebuah parlimen.
§ Ekoran daripada tuntutan tersebut, Perhimpunan Nasional yang terdiri daripada 200 orang ahli telah
ditubuhkan. Separuh daripada Perhimpunan Nasional dilantik oleh Majlis Perhimpunan Wilayah. Tahun
1913, kerajaan Manchu menubuhkan sebuah Perlimen ekoran desakan daripada Perhimpunan Nasional.
4. Ekonomi
§ Kerajaan menubuhkan Kementerian Perdagangan di Peking pada tahun 1903. Antara tahun 1903
hingga 1908, 130 buah kilang didirikan oleh pengusaha tempatan di China. Pada tahun 1905, Yuan Shih-
kai mengadakan satu pameran perindustrian di Tientsin.
§ Sebuah dewan untuk mempromosikan barangan keluaran tempatan telah didirikan di Peking.
Menjelang tahun 1911, kerajaan membina landasan kereta api sepanjang 9600 kilometer.
5. Sosial
§ Kerajaan Manchu telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang sosial. Antara
pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Manchu ialah larangan ke atas perkahwinan antara orang
Manchu dengan orang Cina ditarik balik (1902) dan larangan terhadap amalan menghisap candu dalam
kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam yang berumur di bawah 60 tahun.
§ Juga menghapuskan amalan mengikat kaki dalam kalangan wanita Cina.
6. Pentadbiran