Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSIEN ONN BATU PAHAT, JOHOR

______________________________________________________________________

RBT 3111 PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI

NAMA

: ALI KHAIRI BIN MAZLAN (891220 05 5233) AHMAD AZAM BIN AHMAD AZIZI (891010 43 5027) AKMAL RABBANI BIN AZMI (891111 02 5449) MOHAMAD AMIER IZUWAN BIN KHOLIL (891224 03 5213)

OPSYEN MATA PELAJARAN PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1 (SEM 6) : PENGURUSAN MAKANAN DAN TEKNOLOGI : PUAN FUZIAH BT. ISHAK : 1 JULAI 2011

CARA MELIPAT NAPKIN LIPATAN 1 Gosok/tekan napkin dengan menggunakan seterika sehingga licin.

Kemudian, lipatkan napkin kepada dua bahagian

Kemudian, bucu napkin disebelah kanan atas, dilipatkan sehingga membentuk segitiga.

Kemudian, bucu napkin disebelah kiri digulungkan sehingga bertemu dengan lipatan napkin disebelah kanan

Setelah itu, belah napkin yang berbentuk segitiga digulungkan bagi melapik gulungan yang dihasilkan pada belah kiri napkin. Kemudian, selitkan lebihan gulungan napkin tadi dan tegakkan napkin tersebut

LIPATAN 2

Hamparkan napkin dan gosok sehingga licin

Kemudian, lipatkan napkin kepada dua bahagian supaya dapat garisan pembahagi. Setelah itu, lipatan tadi dibuka dan lipat sekali lagi dengan sisi di atas dan bawah bertemu di garisan tengah. Kemudian, hasilkan lipatan kecil iaitu 3inci dari sebelah kanan dan kiri (secara depan dan belakang).

Lakukan lipatan tersebut sehingga ia bertmeu antara kedua-dua belah.

Kemudian, kembangkan lipatan tadi sehingga membentuk bunga dan ikat bahagian tengah dengan menggunakan reben.

LIPATAN 3

Hamparkan napkin dan gosok sehingga licin

Kemudian, buat lipatan kecil iaitu 3inci dari mana mana penjuru sehingga habis (secara depan dan belakang).

Setelah selesai lipatan, masukkan napkin tersebut ke dalam gelas dan kemaskannya seperti burung merak.

LIPATAN 4

Hamparkan napkin dan gosok sehingga licin

Kemudian, napkin dilipatkan menjadi dua bahagian dan dilipat sekali lagi sehingga membentuk empat segi tepat.

Lipat penjuru napkin di bahagian atas Kemudian, bucu disebelah kiri napkin dilipat sehingga bertemu bucu disebelah kanan bagi mendapatkan garisan tengah.

Setelah mendapat garisan tengah, lipatan tadi dibuka kembali dan bucu napkin dibahagian kiri dilipat secara depan dan belakang sehingga garisan tengah.

Manakala bucu napkin dibahagian kanan dilakukan proses yang sama. Setelah selesai melipat dikedua-dua bucu napkin, letakkannya di dalam gelas. Kemudian bahagian yang tidak berlipat di buka