Anda di halaman 1dari 2

DISKUSI BAHASA (102)

BAHASA MELAYU STANDARD


Alih Bahasa Prosa Melayu Klasik kepada Prosa Moden.

Nota dan Panduan:

1. Jawaban mesti ditulis dalam bahasa Melayu moden.


2. Gariskan perkataan bahasa klasik yang perlu ditukarkan.
3. Jangan pindahkan atau tukarkan ayat demi ayat secara terus.
      Sepatutnya baca dan fahami maksud ayat dan keseluruhan petikan,
     kemudian ceritakan semula dalam bahasa Melayu moden/bahasa standard.
4. Jangan menokok tambah butiran dan fakta yang tiada dalam petikan asal.
5. Jangan mengurangkan atau membuang butiran atau fakta yang ada dalam
      petikan asal.
6. Nama khas seperti nama watak, tempat, peralatan mesti dikekalkan.
7. Partikel "pun" dan "lah" mesti dibuang/ditinggalkan.
8. Penggunaan perkataan lama seperti 'arakian', hatta', sebermula', 'alkisah',
       'syahdan', 'maka' hendaklah dielakkan.
9. Bahasa istana mesti dikekalkan.
10. Ayat pasif dan ayat susunan songsang dalam petikan bahasa Melayu klasik
        mesti ditukar kepada ayat aktif dan ayat susunan biasa.
Bahasa Prosa Melayu Klasik:

"Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah
Mada dan peri mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan
Patih Gajah Mada hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang
dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamana membunuh penjurit tujuh
bersaudara di Bukit Cina itu. Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada
penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu
sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam
hatinya.

Bahasa Standard:

"Seri Betara Majapahit, Patih Gajah Mada dan peri dimaklumkan bahawa
penjurit ketujuh memberitahu mereka bahawa dia hendak mengalahkan
negeri Melaka itu seorang diri. Walau bagaimanapun, Laksama telah
membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina. Setelah beberapa lama
baru Patih Gajah Mada menerima berita bahawa penjurit tujuh bersaudara
yang dititahkan oleh Seri Betara ke Melaka itu sudah mati. Patih Gajah Mada
berasa hairan dan berfikir dalam hatinya".

Anda mungkin juga menyukai