Anda di halaman 1dari 24

SEKOLAH MENENGAH ARAB ( JAIM ) AL EHYA EL KARIM

TAJUK : KUPASAN DAN KAJIAN TEKS NOVEL JEJAK MONPUS.

Nama : Nurul Anati Auni binti Nazaruddin

Kelas : 2 Faizah

Guru Mata Pelajaran :


SINOPSIS

Novel Jejak MONPUS berkisar tentang Zahar seorang penuntut jurusan Biologi, Fakuti Sains Hayat di
Universiti Teknologi Malaysia. Dia begitu obses dengan dunia serangga sejak kecil lagi. Minat Zahar
terhadap dunia serangga terutamanya ulat bulu dan rama-rama makin mendalam hingga dia membina sebuah
makmal kecil di sebelah rumahnya. Ibu Zahar, Qistina seorang guru. Beliau sentiasa memberikan galakan kepada
Zahar untuk mengembangkan minatnya. Zahar seorang penuntut yang sangat berdedikasi. Zahar telah menerima
banyak anugerah atas penyelidikan dan inovasi yang dijalankan bersama dengan pihak universiti.

Terdapat pelbagai spesies ulat bulu yang dikumpulkan oleh Zahar di dalam makmalnya. Namun begitu, terdapat
satu spesies yang paling disayangi oleh Zahar yang dinamakannya Pus Pus. Keadaan fizikal Pus Pus yang lemah
membuat Zahar risau. Zahar mengambil keputusan untuk ke Pulau Pisang bersama dengan Fikri dan Malcom.
Zahar mahu mencari spesies baharu untuk diklonkan dengan Pus Pus. Dia bernasib baik kerana telah menjumpai
seekor ulat bulu yang cantik yang dinamakan Morgan. Sesuatu yang aneh telah berlaku. Morgan mengalami
perubahan, iaitu ada sayap kecil di kiri dan di kanan abdomennya.

Selepas itu, berlaku sesuatu yang menggemparkan penduduk Kampung Maju Jaya apabila beribu-ribu ulat bulu
menyerang kampung tersebut. Penduduk kampung terkena penyakit. Ripin dan beberapa orang pemuda kampung
datang ke rumah Zahar. Mereka menuduh Zahar sebagai punca serangan ulat bulu. Ibu Zahar, Qistina berjanji akan
memanggil pihak Jabatan Kesihatan untuk menyiasat kejadian yang berlaku. Dua hari selepas itu, Unit Kawalan
Bawaan Vektor, beberapa orang pegawai kesihatan, dan pihak polis dari Unit Forensik datang ke Kampung Maju
Jaya. Mereka menggeledah makmal Zahar tetapi tidak menjumpai apa-apa selain ulat bulu dan pelbagai jenis
rama-rama.

Warung kopi Pak Mail kecoh. Berita tentang serangan ulat bulu di Kampung Maju Jaya tersiar dalam surat khabar.
Pak Mail, Manaf, Jusuh, Ahmad, Usop, dan Ripin menyalahkan Zahar atas kejadian yang berlaku di kampung
mereka. Perbualan mereka terhenti apabila melihat Zahar dan ibunya tiba dengan kereta pacuan empat roda. Ripin
meluru keluar dari warung itu. Dia bertekak dengan Zahar. Qistina cuba meleraikan mereka. Kata-kata kesat Ripin
terhadap Qistina membuat Zahar berasa amat marah. Pergaduhan antara Zahar dan Ripin berlaku. Ripin
melibaskan pisau lipat ke badan Zahar. Pisau tersebut terkena pada bahu Zahar. Zahar dirawat di Hospital Pontian.
Akhirnya, Zahar dibenarkan keluar dari hospital dan diberi cuti sakit selama seminggu.

Zahar melayari internet dan membaca buku tentang ulat bulu. Zahar menemui jawapan dan penyelesaian bagi
masalah yang melanda. Zahar mengajak Fikri menemaninya ke Pulau Pisang. Di Pulau Pisang, Zahar dan Fikri telah
menjumpai beberapa ekor ulat bulu yang mirip dengan spesies Morgan. Ulat-ulat bulu itu sedang makan daun
hijau bersaiz lebar. Zahar yakin bahawa Morganlah penawar bagi serangan ulat bulu di kampungnya. Pada suatu
malam, Zahar terpaksa mengorbankan Morgan. Keesokannya selepas kuliah tamat, Zahar segera pulang ke rumah.
Sewaktu masuk ke dalam makmal, Zahar panik kerana bahan uji kajinya, botol beracun, dan buku formulanya
hilang.

Zahar dan Fikri melakukan siasatan dan mendapati Ripinlah yang bertanggungjawab. Zahar dan Fikri ke balai polis
untuk membuat laporan. Seminggu kemudian, Ripin ditangkap polis untuk membantu siasatan berhubung dengan
sindiket penjualan benih cambah sawit secara haram dan pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime
Darby Plantation dan Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. (FASSB). Kegiatan Ripin dan beberapa orang anak muda
kampung terbongkar. Mereka didapati mengusahakan tapak benih cambah sawit secara haram. Semasa
penggeledahan dibuat di stor Ripin, pihak polis menjumpai bahan penting yang hilang seminggu yang lalu.

Formula ciptaan Zahar akhirnya berjaya. Setelah dipatenkan, formula Zahar menjadi produk yang dikomersialkan
dan diberi nama MONPUS. Nama MONPUS ialah gabungan antara ulat bulu Morgan dan Pus Pus yang telah dijejaki
sekian lama. Akhirnya, melalui proses eksperimen yang rumit maka terhasillah racun serangga khusus untuk
membunuh ulat bulu berintik hitam yang telah menyerang penduduk Kampung Maju Jaya.
Pada akhir cerita, Zahar berjaya menerima Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor daripada Universiti Oxford London.
Majlis tersebut menjadi detik yang paling menggembirakan Zahar kerana anugerah tersebut disampaikan sendiri
oleh ayahnya, Dr. Baharuddin yang kini menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut. Kegembiraan Zahar semakin
bertambah apabila bapa yang sangat dirinduinya telah melamar ibunya semula. Serangan ulat bulu berintik hitam
mempunyai hikmah yang tersembunyi. MONPUS bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa tetapi telah
menyambung hubungan yang sekian lama terputus. 

INTI PATI BAB

Penyelamat Pus Pus

Sebuah bangunan yang didirikan bersebelahan dengan sebuah rumah teres dua tingkat yang sudah empat tahun
berpenghuni merupakan sebuah makmal kecil. Di situlah Zahar melayani kelompok ulat dan serangga
kesayangannya.Kumpulan ulat rama-rama tersebut merupakan penghuni makmal tersebut sebelum menjadi
penguhuni taman botani rama-rama ciptaan Zahar. Dia memang cukup gemar akan serangga itu terutamanya pada
peringkat ulat bulu.Ibu Zahar, iaitu Qistina Asraf dikenal juga dengan panggilan Cikgu Qistina.Zahar merupakan
anak tunggal Qistina. Dia sedia maklum tentang minat anak bujangnya itu.Zahar gemar akan dunia haiwan sejak
dia masih kecil lagi.Minat Zahar itu serupa dengan minat ayahnya.Zahar sudah lama barkawan dengan
Mawar.Mereka berkawan sejak belajar di Universiti Teknologi Malaya.Zahar memberitahu hasratnya untuk ke
Tanjung Paya Bakau di Tanjung Piai.Dia mahu mencari spesies baharu.Selepas makan tengahari dan Solat
Zohor,Zahar masuk ke perpustakaan mini miliknya untuk membaca ensiklopedia dan buku-buku yang baru
dibelinya di Raden Bookstore untuk menambahkan pengetahuannya tentang spesies larva Pus Pus.Hal ini demikian
kerana Zahar ingin mencari punca Pus Pus kurang aktif.

Hasrat Terpendam

Zahar menanti Mawar di pantai yang menghadap Pulau Pisang.Nama Pulau Pisang dikatakan berasal daripada
pokok pisang yang banyak terdapat di pulau itu.Menurut cerita lisan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar
Benut,Pontian Besar, dan Kukup.Dikatakan orang Acheh telah membuka pulau itu (1818) untuk dijadikan kawasan
petempatan.Pulau itu kononnya dianggap misteri kerana pendatang yang cuba memulakan kehidupan dikatakan
sering ‘diganggu’.Setelah lama,seorang pawang iaitu Wak Buik yang berketurunan Bugis Riau dipanggil untuk
membuka pulau itu.Dia berjaya dan pulau itu dijadikan kawasan penanaman pelbagai buah-buahan.                         
  Wak Buik meninggal dunia seorang diri.Dia dikatakan menjadi mangsa lanun.Ada juga yang mendakwa bahawa
pawang itu mati kerana ingin menyelamatkan diri ke tanah besar.Tuk Munir arwah datuk Zahar memberitahunya
bahawa pulau itu didiami bunian.Nek Yah pula mengatakan bahawa gua pulau tersebut tersimpan harta karun.Dari
jauh, pulau itu kelihatan seperti orang sedang duduk berzikir.Zahar ingin ke pulau itu dengan hasrat yang
mendalam bagi mencari spesies baharu yang tidak pernah dilihatnya.Lamunanya terhenti apabila Mawar
menyapanya.
  Mawar tinggal di Ladang South Malaya hanya kira-kira 5 kilometer dari kampung Zahar,Kampung Maju Jaya.Zahar
mengenali gadis yang cantik dan berbudi bahasa ini sewaktu dia terlanggar Mawar ketika melintasi di Fakulti Sains
Hayat.Mawar merupakan penuntut terbaik Sains Hayat dan Zahar mengaguminya.Mawar bertanyakan Anugerah
Inovasi dan Pengkormesialan Produk dari Unviersiti Teknologi Malaya yang telah dimenangi oleh Zahar.Zahar
mencipta formula racun serangga untuk ulat bungkus  yang boleh menyelamatkan berjuta-juta kelapa sawit di
Sempang Renggam daripada musnah.Inovasi agen biologi ini merupakan perkongsian idea antara Zahar dengan
Profesor Doktor Yahya Samad,Dekan Fakulti Sains Hayat.Pertemuan Zahar dan Mawar pada petang itu berakhir di
Toko Buku Sumber Ilmiah di Bandar Pontian.
Dilanda Misteri

 Zahar menanti ibunya pulang kerana kereta ibunya itu rosak sejak semalam.Menurut Cikgu Ismail yang datang
membantu,bateri kereta Cikgu Qistina tidak dapat  berfungsi lagi.Kereta itu kemudiannya dihantar ke bengkel
untuk diservis oleh mekanik.Qistina mengajar di Sekolah Menengah Sri Yasin.Dia merupakan guru Bahasa Melayu
yang sangat berdedikasi.Dia sangat disayangi oleh murid-muridnya.Semasa mengajar,dia menggunakan
pendekatan pedadogi pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.
  Di sekolah,terdapat seorang anak murid yang disukainya iaitu Faridah yang rajin,bijak dan mampu cemerlang
pada masa hadapan.Faridah merupakan anak tunggal yang tinggal bersama neneknya sewaktu di Pahang dahulu.Di
bilik darjah,dia sering dijadikan pelajar contoh Kelas 4 Karisma.Oleh itu,tidak hairanlah jika Qistina ingin
menjadikannya anak angkat.Namun begitu,ada sesuatu misteri dalam fikirannya tentang Faridah.Dia melihat lelaki
separuh abad bertemu Faridah sejak dua minggu lalu.Apabila ditanya,Faridah memberitahu bahawa lelaki itu
seorang Profesor Bioteknologi di London dan dia ialah pak cik Faridah.Lelaki tersebut  telah mengingatkan Qistina
tentang sesorang yang pernah mengisi hidupnya dahulu.

KEMBARA KE TANJUNG PIAI

Zahar teringat kembali anugerah yang telah diterimanya semalam.Setakat ini,hampir sepuluh anugerah yang telah
diraihnya hasil daripada penyelidikannya.Antaranya termaksuklah pingat emas dan perak ITEX,Anugerah Yayasan
Sains Toray Malaysia,Anugerah Inovasi Negara,Langkawi Award, dan Anugerah Medal Emas
Penyelidikan(MPOB).Kesemua anugerah yang diterimanya itu memberikan impak terhadap kualiti kehidupan dan
pembangunan industri.
  Zahar berjanji dengan rakan sekuliahnya,Malcom Tan untuk bersama-sama ke Tanjung Piai.Mereka ingin mencari
pengganti spesies Pus Pus yang semakin lemah itu.Tanjung Piai merupakan tempat ekopelancongan yang terkenal
dengan tempat persinggahan burung pantai dan burung air yang berhijrah mencari makan.Hutan paya bakau itu
dikawal rapi oleh Jabatan Perhutanan atas kapasitinya sebagai habitat flora dan fauna.Di samping itu,kawalan itu
untuk mengelakkan aktiviti penebangan hutan bakau secara haram dilakukan.
  Semasa menjelajah,Malcom memberitahu Zahar bahawa dia terjumpa seekor ulat bulu berwarna
keemasan.Zahar terpukau dengan spesies ulat bulu itu.Zahar rasa bersyukur kerana spesies ini mungkin boleh
menyelamatkan spesies Pus Pus.Sebelum pulang,Zahar dan rakannya itu telah singgah di warung Pak Sino untuk
menikmati mi udang yang sangat terkenal di daerah Kukup.Sesampainya di rumah,Zahar terus menyelidik lima
spesies yang diketemuinya di Taman Hutan Paya Bakau Tanjung Piai.Jika perlu dia ingin membuat pengklonan
antara tisu Pus Pus dengan mana-mana tisu larva-larva itu.Selepas semalaman menghadap bahan
eksperimennya,Zahar belum menemukan penawar bagi Pus Pus.

MEREDAH HUTAN KEM KAIZEN

Kem Kaizen di pinggir hutan simpan Gunung Pulai dan bersebelahan dengan Kem Biro Tatanegara.Kem tersebut
dijadikan tempat motivasi serta kem pembangunan insan cemerlang.Kelab Biologi Alam, Fakulti  Sains Hayat
Universiti Teknologi Malaysia telah memilih kem tersebut sebagai destinasi kembara ilmu.Bentuk muka buminya
yang mempunyai paya,bukit,gunung,hutan serta tasik begitu mendamaikan dan menjadi tempat habitat flora dan
fauna.
  Doktor Azura seorang pensyarah muda memberikan kuliah yang memberangsangkan kepada semua
peserta.Sewaktu minum bersama-sama dengan Malcom,tiba-tiba Munirah meminta izin untuk duduk bersama-
sama.Zahar berasa tidak selesa kerana bimbang hal itu dilihat oleh Mawar. Sebenarnya, Munirah memang berniat
untuk memikat Zahar walau dengan apa cara sekalipun.Sewaktu ekspedisi tersebut, Munirah terjatuh ke dalam
kolam.Zahar tanpa sebarang prasangka telah terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Munirah.Tindakannya
itu dilihat oleh Mawar dengan rasa cemburu dan Zahar berasa serba salah.
  Aktiviti meredah hutan itu pada sebelah malam, merentas halangan, berkhemah, berkayak, menjala ikan,
memancing, dan memasang jerat telah dilalui oleh peserta.Dalam perjalanan meredah hutan,mereka menemukan
kubu-kubu lama British, terowong Jepun, dan kawasan peninggalan Perang Dunia Kedua.Zahar begitu leka mencari
pengganti Pus Pus.Tiba-tiba dia terlihat seekor beluncas berwarna kuning.Sewaktu asyik memerhatikan beluncas
itu, tiba-tiba Zahar tergelincir dan jatuh ke dalam jurang.
  Fikri terdengar jeritan Zahar dari jauh.Dengan bantuan dua orang pemuda yang sedang melakukan aktiviti
meredah hutan di situ, Zahar berjaya diselamatkan.Setibanya di kem, Mawar berasa cemas melihat keadaan
Zahar.Persaaannya cemburu terhadap Munirah hilang secara perlahan-lahan.Doktor Azura juga berasa cemas lalu
mencadangkan mereka menelefon Doktor Zakaria.Sewaktu di rumah Zahar, Zahar telah mempelawa Fikri dan
Malcom ke makmal serangganya.Zahar dengan rasa bangganya menunjukkan penemuan terbaharunya, iatu Sesia
apiformis.

KEJADIAN MISTERI DI PULAU

Masyarakat sibuk bekerja di ladang getah,kelapa sawit,dan kebun.Anak-anak muda pula  bekerja di kilang yang
tumbuh bagai cendawan di Pekan Nanas.Kehadiran warga asing menyebabkan peluang pekerjaan anak-anak muda
tertutup dan akhirnya menyebabkan mereka terlibat dengan gejala dadah,menghidu gam,mencuri, dan
merosakkan harta benda awam.Zahar sendiri pernah membelasah  Ripin, seorang penagih gam kerana cuba
mencuri tong gas di luar dapur rumahnya.Sejak peristiwa itu, Zahar berdendam dengan Ripin.
  Qistina   menghalang Zahar pergi ke Pulau Pisang kerana bimbangkan peristiwa buruk seperti yang berlaku di Kem
Kaizen dahulu.Qistina teringat kembali peristiwa Zahar berumur lima tahun yang telah dibawa oleh suaminya ke
Pulau Kapas untuk mencari spesies penyu laut.Namun,kini semuanya sudah menjadi kenangan kerana suaminya
beralih kasih dan melukakan hatinya.Selepas bercerai,dia berpindah ke Kampung Maju Jaya.Menurut berita,bekas
suaminya telah berhijrah ke London untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Doktor Falsafah.Dia teringat
kembali kisah Faridah  bertemu dengan lelaki yang mirip dengan suaminya.
  Pada waktu yang dijanjikan,Zahar,Fikri dan Malcom menaiki bot ke Pulau Pisang.Setibanya di sana,mereka
disambut dengan kera dan beruk berbonggol merah yang garang.Zahar teringat tentang Hikayat Abdullah yang
mencatatkan bahawa Pulau Kukup berhampiran dengan Pulau Pisang merupakan tempat persembunyian
lanun.Dia juga teringat akan lanun Somalia yang merompak hampir 20 000 buah kapal sejak tahun 2008.Kemudian,
dia teringat akan puisi Pulau Pisang yang dibaca oleh ibunya yang memang aktif dalam Persatuan Penulis Johor.
  Berlaku unsur saspens apabila Zahar tiba-tiba terbau sesuatu yang hancing.Dia seperti melihat seekor ulat bulu
yang besar memandangnya tanpa berkedip.Secara tiba-tiba,angin menderu kencang.Selepas angin berhenti
bertuip, ulat besar yang dilihatnya tadi telah bertukar menjadi kecil sepertu ulat biasa.Kebingungannya terhenti
apabila Fikri dan Malcom mengejutkannya.

PENEMUAN BAHARU

Zahar begitu asyik dengan kajiannya di makmal.Spesies Monarch yang ditemukannya di Pulau Pisang tempoh hari
telah dijadikan bahan kajian.Ulat tersebut kelihatan lemah dan sakit.Selepas seminggu,dia kembali ke makmal
tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena.Zahar berasa kagum kerana gabungan spesies Pus Pus dan Monarch
telah menghasilkan ulat bulu yang sangat cantik.Spesies baharu itu dinamakan Morgan.
  Kilauan badan Morgan menyebabkan mata Zahar berasa pedih.Dia memakai cermin mata untuk mengamati
kecantikan Morgan.Dia berpendapat jika dia tidak pergi ke Pulau Pisang pasti spesies Pus Pus akan lenyap.
Namun,peristiwa pelik tempoh hari yang berlaku di Pulau Pisang itu masih menghantui fikirannya.Kemudian, Zahar
teringat kata-kata Malcom dan Fikri, bahawa dia terlalau obses dengan ulat bulu.Tentang kejadian aneh itu pula
Fikri beranggapan bahawa Zahar hanya terlelap buat seketika.Namun, perkara yang lebih penting baginya adalah
dia telah berjaya menyelamatkan spesies Pus Pus.
SERANGAN WAKTU MALAM

Selepas sebulan berlalu, Kampung Maju Jaya dikejutkan dengan serangan ulat bulu yang digelar mereka sebagai
serangan ulat bulu puaka.Keadaan ini menimbulkan suasana panik dan takut dalam kalangan penduduk.Mereka
diserang penyakit kegatalan kulit,akibatnya ada penduduk kampung yang berjumpa bomoh kerana bimbang
terkena penyakit buatan orang.Ada yang memberikan petua agar melumurkan badan dengan tepung dan
campuran air kunyit dan kapur.Akhirnya, masing-masing ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Namun, ubat yang
diberikan tidak berkesan kerana hanya mampu menghilangkan kegatalan buat seketika.Zahar berasa gelisah dan
curiga.Dia bimbang serangan ini berpunca daripada spesies baharunya itu.
  Tiba-tiba, Zahar terkejut apabila mendapati bahawa Morgan tiada di tempatnya.Selepas subuh,dia kembali ke
makmal dan mendapati Morgan sudah mengalami perubahan ciri fizikal iaitu tumbuh sayap kecil pada kiri dan
kanan abdomennya.Keadaan menjadi genting apabila Ripin bersam-sama dengan beberapa orang kampung datang
ke rumah Zahar.Mereka menuduh Zahar sebagai punca kejadian ini.Namun, Qistina berjanji memanggil pihak
Jabatan Kesihatan untuk menyiasat perkara yang berlaku.Sebagai ketua kampung,Pak Naib dengan tegas
memerintahkan Ripin dan orang kampungnya pulang sehingga siasatan selesai dijalankan.
  Dua hari selepas kejadian, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor,pegawai kesihatan,pegawai polis,dan Unit
Forensik menyiasat makmal Zahar.Namun tiada apa-apa yang ditemukan untuk dikaitkan dengan serangan ulat
bulu itu.Kumpulan penyiasat mengambil sampel ulat bulu yang menyerang penduduk untuk diuji di makmal
kesihatan.Serangan ulat bulu semakin serius apabila asap kilang sawit menambahkan pencemaran.
  Petang itu, Zahar pergi ke balai raya untuk disoal siasat.Zahar didakwa membela ulat tanpa permit.Zahar  gagal
memastikan ulat bulunya tidak membahayakan kesihatan penduduk.Selain itu, ulat bulu yang menyerang kampung
ada kaitan dengan ulat bulu di makmalnya.Zahar menafikan tuduhan itu.Dia memberitahu banyak faktor yang
menyebabkan serangan ini terjadi.Antaranya termaksuklah pencemaran habuk dan asap kilang sawit.Pak Rahmat
bersetuju dengan pendapat Zahar.Salah seorang daripada mereka mencadangkan agar penduduk kampung
melakukan solat hajat untuk menyelesaikan musibah ini.Ripin tidak berpuas hati lalu meninggalkan majlis tersebut.

Tercetus Perselisihan

 Di warung Pak Mail,Manaf,Jusuh,Ahmad,Usop, dan Ripin berbincang berkenaan serangan ulat bulu yang melanda
kampung mereka.Mereka cuba menyalahkan Zahar atas kejadian yang berlaku di kampung tersebut.Pak Mail susah
hati walaupun jualannya laris tetapi ramai pelanggan yang berhutang.
  Perbualan mereka terhenti apabila Zahar dan ibunya tiba di warung itu dengan kereta.Ripin meluru keluar dan
cuba mencetuskan pertelingkahan.Qistina cuba meleraikan situasi tegang tersebut.Pak Mail menegur perbuatan
Ripin yang bersikap kurang ajar terhadap Cikgu Qistina.Ego Zahar tercabar apabila Ripin mengaitkan tindakan
ibunya membela dirinya dengan kejadian ayahnya meninggalkan keluarganya.Ripin telah mengeluarkan pisau
lipatnya lalu melibas bahu Zahar.Tindakannya itu menyebabkan Zahar rebah ke tanah.Ripin melarikan diri kerana
panik.Pak Mail dan orang-orang kampung mengangkat Zahar ke dalam warung.Mereka bersama-sama membawa
Zahar ke hospital dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Qistina.

Merisik Khabar

Mawar bergegas pulang apabila mengetahui bahawa Zahar telah dimasukkan ke hospital kerana bergaduh dengan
Ripin.Sudah beberapa hari dia tidak melihat Zahar.Pertemuan mereka mengubati kerinduan masing-masing.Zahar
memberitahu Mawar bahawa orang-orang kampung menuduhnya sebagai punca serangan ulat bulu.
  Zahar memberitahu Mawar tentang sesuatu yang pelik berlaku apabila Morgan selalu hilang pada sebelah
malam.Mawar seperti terkejut apabila Zahar memberitahunya bahawa Morgan boleh terbang.Zahar mengesyaki
Morgan yang hilang pada waktu malam mempunyai kaitan dengan serangan ulat bulu di kampungnya.
  Zahar memeberitahu Mawar bahawa rama-rama boleh bertelur dengan purata 200 biji, serta mempunyai selera
makan yang besar.Jika ada beribu-ribu rama-rama, maka sudah pasti banyak ulat bulu yang terhasil.Zahar berjanji
akan membuat eksperimen untuk mengenal pasti serangan ulat bulu di kampungnya.
Misteri Terjawab

 Zahar membuat kajian mendalam berkenaan ulat bulu melalui internet dan buku. Dia cuba mencari fakta-fakta
yang lengkap berkaitan masalah yang dihadapinya.Hasil daripada kajiannya, dia mendapati serangan ulat bulu di
kampungnya mempunyai kaitan dengan pencemaran seperti habuk dan debu di udara berdasarkan peristiwa yang
pernah berlaku sewaktu revolusi industri dahulu.
  Pada waktu malam, Zahar pergi ke makmal dan mengintai tingkah laku Morgan di sarangnya.Dia melihat cahaya
kebiru-biruan keluar dari sarang Morgan.Dia melihat Morgan terapung-apung di udara.Hasil daripada jejakannya,
Zahar mendapati bahawa Morgan telah merangsang ulat-ulat bulu berintik hitam keluar dan melekat di tempat
yang berdebu,berjelaga dan tercemar.Zahar tidak menyangka minatnya kini telah menimbulkan bahaya kepada
orang lain.
  Mawar menganggap kejadian yang diceritakan oleh Zahar itu seperti dalam filem sains fiksyen.Pada malam itu,
Zahar telah mengekori Morgan.Sayup-sayup kendengaran suara pekikan,jeritan dan tangisan dari rumah-rumah
berdekatan.Dia berasa kasihan apabila melihat anak-anak kecil dan bayi menangis kerana serangan ulat
bulu.Sauasana hingar-bingar itu telah menimbulkan rasa simpati Zahar.Masalah lain pula timbul apabila
penggunaan racun serangga yang berlebihan menyerang salur pernafasan,paru-paru,jantung,hati,system
pernafasan,system saraf otot dan organ dalaman yang lain.
  Kekecohan yang melanda Kampung Maju Jaya telah sampai ke pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri
Johor,Dato’ Omaruddin Atan.Beliau telah meminta Majlis Perbandaran Daerah Pontian menyiasat dan
menghapuskan serangan ulat bulu tersebut.Kisah di kampung tersebut akhirnya disiarkan dalam akhbar dan
menimbulkan ketakutan dalam kalangan pembaca.

Mangsa Baharu

Subuh itu, Pak Alias mendengar kambing peliharaanya tidak henti-henti mengembek.Selepas solat dan berwirid,
dia mengejutkan isterinya, Mak Cik Habibah yang masih tidur.Dia cuba mengejutkan cucunya,Raziq yang sedang
tidur.Malam tadi, dia ada bercerita kepada cucunya tentang kisah asal usul ular sawa yang kehilangan
bisanya.Selepas menunaikan solat, Pak Alias terus ke kandang kambingnya, dan alangkah terkejutnya apabila dia
mendapati anak-anak kambingnya bergelimpangan mati akibat disearang ulat bulu.
  Pada pagi itu,warung Pak mail menjadi kecoh dengan kejadian yang menimpa anak-anak kambing Pak
Alias.Leman, Pak Usop dan Kadir turut dihimpit kebimbangan keran khuatir lembu, ayam, dan itik mereka pula
akan menjadi mangsa serangan ulat bulu.

Demam Perasaan

 Seperti kebiasaannya Qistina melangkah ke kelas 5 Gigih tepat pada pukul 7:30 pagi setiap hari Isnin.Dia
mengarahkan anak-anak muridnya menghantar buku latihan.Umar seorang daripada anak muridnya tidak
menyiapkan kerja rumah dengan alasan kambingnya beranak telah menyebabkan kelas 5 Gigih riuh rendah dengan
bunyi ketawa.Qistina pernah pergi ke rumah Umar dan mendapat tahu bahawa adik Umar, iaitu Hakim membantu
Umar menyiapkan kerja latihan karangannya.Umar pula sibuk menyabit rumput untuk kambing-kambingnya.
Pada suatu malam sewaktu Qistina menghantar Umar pulang ke rumah dari kem Perkampungan Ilmu SPM,dia
terkejut apabila mendapat tahu bahawa kambing Umar mati digigit ulat bulu sementara ayahnya pula dimasukkan
ke hospital akibat sesak nafas angkara ulat bulu.Qistina menjadi bingung memikirkan perkembangan terbaharu
berkaitan dengan serangan ulat bulu di kampungnya.Dia amat berharap agar anaknya, Zahar dapat mencari
penawar dengan segera.Secara diam-diam,dia terfikir untuk meninggalkan kampungnya demi keselamatan anak
dan dirinya.
Ke Pulau Lagi

Zahar bermimpi tentang lembaga hitam lagi.  Apabila tersedar,dia segera mandi.  Dia mahu segera memujuk Fikri
mengikutnya ke Pulau Pisang.  Pada mulanya, Fikri enggan tetapi setelah dipujuk oleh sahabatnya itu, dia
bersetuju.  Esoknya mereka ke Pulau Pisang.  Ketibaan mereka disambut oleh juraian hujan.  Setelah beberapa
lama meredah hutan, mereka terlihat beberapa ekor ulat bulu spesies Morgan sedang makan daun-daun hijau. 
Dalam hatinya terdetik mungkin inilah daun yang disebut oleh lembaga hitam dalam mimpinya.  Beberapa ekor
ulat di atas tanah juga menuju ke arah daun lebar  yang tidak berbatang itu.

Dendam Masih Berbara

Ripin marah kerana daun benih sawit yang baru bercambah dimakan oleh ulat.  Dia menyalahkan Zahar atas semua
musibah ini.  Dia lebih bimbang kerana wang pendahuluan daripada Tauke Ban Heng sudah diambilnya.  Ripin ke
rumah Zahar.  Dia mahu bersemuka dengan Zahar  Akibat tidak sabar, dia menumbuk Zahar tetapi Zahar dapat
menewaskannya.  Peristiwa ini segera tersebar di kampung itu.  Penduduk kampung berpendapat Zahar dan ulat-
ulatnya mesti diusir.  Fikri dan Zahar berbincang untuk menyelasaikan masalah kampung tersebut.  Mereka
berpendapat sesuatu perlu dilakukan terhadap Morgan.

Misi Baharu

Zahar termenung panjang di dalam makmalnya.  Dia teringat kata-kata ibunya yang menyuruhnya mencari jalan
penyelasaian masalah tersebut.  Zahar teringat kenangan bersama ayahnya yang mempunyai kekasih lain dan
menimbulkan kemarahan di hatinya namun ibunya menasihatinya supaya tidak menderhaka pada ayahnya kerana
masalah ini ialah masalah ayah dan ibunya.  Setelah pasangan ini berpisah segala urusan keluarga dipikul oleh
ibunya dengan tabah.  Sebelum ke Alor Gajah, ibunya berpesan agar Zahar memusnahkan makmalnya.  Hal ini
adalah untuk mengelakkan orang kampung mengganggu keluarga mereka lagi.  Dalam makmal, Zahar
menghasilkan penawar menggunakan cecair daripada badan Morgan.  Penyelidikan itu dijalankan berdasarkan
kata-kata yang didengarnya dalam mimpinya dahulu.

Selamat Tinggal , Morgan

Malam itu, Zahar tertidur di sofa.  Pada pagi esoknya, dia segera melihat hasil eksperimennya malam tadi.  Dia
menyemburkan sejenis cecair pada Morgan.  Kepulan asap putih dan hijau kekuningan keluar daripada badan
Morgan menyebabkan ulat itu tidak berdaya dan akhirnya mengeras.  Tiba-tiba dia dikejutkan bunyi kuat seperti
sesuatu jatuh ke tanah.  Dia tidak menyangka apa-apa.  Apabila hendak mengunci pintu makmal, kunci itu terlepas
dari tangannya dan dia ternampak puntung rokok di tanah.  Dia kehairanan dan cuba mengaitkan bunyi benda
jatuh dengan puntung rokok tersebut.

Tertewas

Zahar memberitahu Fikri bahawa dia telah mencipta penawar walaupun terpaksa memusnahkan Morgan kerana
spesiesnya akan membiak dan merangsang pembiakan ulat bulu berbintik hitam.  Zahar memberitahu bahawa
daun lebar makanan Morgan di Pulau Pisang boleh dijadikan penawar.  Pokok itu perlu ditanam secara intensif di
kawasan yang sesuai,  Fikri cuba mententeramkan Zahar akibat kematian, Morgannya itu.  Selepas tamat kuliah
Zahar pulang untuk melihat penawar yang diciptanya.  Ibunya tiada di rumah dan dia berharap ibunya gembira
mendengar berita dia sudah berjaya menghasilkan penawar serangan ulat bulu.
Di dalam makmal, dia terkejut bahan uji kaji dan buku formulanya sudah hilang,.  Zahar menghubungi Fikri dan
mereka berjumpa di kopitiam.  Mereka menyangka semua ini angkara Ripin.  Walau bagaimanapun, mereka ingin
menyiasat perkara ini dahulu.  Mereka mengeledah makmal itu dan menjumpai sekeping resit daripada Syarikat
Ban Hen.  Zahar mahu ke gudang tapak semaian untuk menyiasat.  Malam itu mereka dapati ada bahan seperti
tepung dalam gudang itu.  Esoknya Zahar membuat laporan polis tentang kehilangan bahan dan peralatan
makmalnya.  Polis membuat intipan di stor tapak semaian benih cambah sawit.  Seminggu kemudian, Ripin
diberkas di rumahnya berhubung sindiket penjualan benih cambah benih secara haram dan pemalsuan dokumen
urus niaga menggunakan logo Sime Darby Plantation Berhad dan FELDA Agriculture Services Bhd.   Turut diberkas
ialah Jusoh dan Ahmad.  Polis turut menjumpai buku  formula dan serta hasil eksperimen Zahar.  Perkara ini amat
mengembirakan Zahar.

Pertemuan Yang Tidak Terduga

Majlis Perbandaran Johor dan Jabatan Kesihatan Pontian menjalankan operasi Nyah Ulat Bulu.  Mereka
menyembur menggunakan agen Biologi yang dicipta oleh Zahar.  Masalah ulat bulu pun selesai.  Zahar menerima
ucapan tahniah bertubi-tubi.  Pengurus inovasi UTM memaklumkan mereka akan mengkormersialkan ciptaan
Zahar.  Ciptaannya itu dinamakan MONPUS.  Sebagai penyelidik, dia akan cuba mendapatkan perlindungan harta
intelek.  Dia amat bersyukur dengan kejayaan ini.  Dia akan menerima RM50,000.  Seorang tokoh dari Universiti
Oxford akan tiba bersama delegasi Menteri Sains dan Inovasi untuk melancarkan produk MONPUS, harta intelek
Zahar Baharudin.  Apabila tetamu masuk Qistina terkejut melihat tetamu itu ialah bekas suaminya sehingga paluan
gong mengejutkannya daripada lamunan.

Selepas itu Zahar diumumkan sebagai penerima anugerah Biasiswa Kerusi Canselor mewakili pelajar Asia.  Profesor
Dr. Baharudin dijemput untuk menyampaikan anugerah tersebut.  Qistina terharu kerana hari itu, dia menyaksikan
seorang ayah menyampaikan anugerah kepada anak yang tidak dikenalinya.  Naluri Zahar mengatakan bahawa
lelaki itu ialah ayahnya.  Perkataan ayah terpacul daripada mulutnya.  Dr. Baharudin memeluk anaknya.  Dr.
Baharudin tidak berselera menjamah hidangan kerana memikirkan anak yang dibanggakannya itu.  Dia segera
mencari Zahar dan Qistina.  Dia menyapa Qistina dan memohon maaf atas kesilapannya yang lalu.  Qistina
diperkenalkan dengan Irdiana, isterinya.  Di dalam dewan, Qistina terdengar bisikan Dr. Baharudin yang
melamarnya semula.  Bisikan itu juga didengari oleh Zahar yang yang amat berharap agar ibunya menerima
lamaran tersebut.  Baginya, kecintaan terhadap ulat bulu dan dunia penyelidikan menyambung semula ikatan yang
terlerai
TEMA

Novel ini bertemakan kegigihan seorang mahasiswa dalam membuat penyelidikan untuk menyelamatkan nyawa
manusia yang diancam oleh serangan ulat bulu. Zahar membuat kajian dan penyelidikan untuk mencari penawar
bagi menangani serangan ulat bulu berintik hitam yang telah menyerang kampungnya. Setelah berusaha
bersungguh – sungguh dan menghadapi pelbagai rintangan akhirnya berjaya membuatpenemuandan
menghasilkan racun serangga yang diberi nama MONPUS.

PERSOALAN

(a) Kepentingan ilmu sains dalam kehidupan. Contohnya, Zahar membuat penyelidikan secara saintifik untuk
menghasilkan formula bagi menghapuskan ulat bulu.

(b) Hubungan kasih sayang dalam sesebuah kekeluargaan. Contohnya, Zahar amat menyayangi ibunya dan
akhirnya dia berjaya menyatukan kembali ayah dan ibunyayang telah terpisah sejak sekian lama.

(c) Perasaan dendam yang mencetuskan perbalahan. Contohnya, Ripin sering membuat provokasi dan
mengancam Zahar kerana dia menyimpan dendan terhadap Zahar selepas peristiwa dia dibelasah kerana cuba
mencuri tonggas di rumah Zahar dahulu.

(d) Hubungan kasih sayang antara golongan muda. Contohnya, Zahar dan Mawar saling menyayangi antara satu
dengan yang lain serta mempunyai minat yang sama dalam bidang sains hayat.

(e) Kepercayaan tahyul dalam kalangan masyarakat. Contohnya, penduduk Kampung Maju Jaya percaya bahawa
serangan ulat bulu adalah disebabkan pembuatan sihir.

(f) Konsep dan kepercayaan terhadap takdir. Contohnya, Zahar menganggap bahawa usahanya untuk
menghasilkan penawar daripada ulat bulu ialah takdir Allah untuk menemukannya kembali dengan ayahnya dan
menjadi penyebab ibu dan ayahnya bersatu semula sebagai suami isteri.

(g) Keindahan dan keunikan alam semula jadi. Contohnya, Zahar dan rakan – rakannya amat mengagumi
keindahan hutan paya bakau dan sering melakukan ekspedisi ke hutan, gunung, dan pulau.

(h) Ketabahan dan keberanian untuk berjaya. Contohnya, Zahar begitu tanah dan mempunyai sifat berani untuk
mencari formula walaupun terpaksa meredah hutan dan pulau yang berbahaya.

(i) Pencemaran alam yang mendatangkan mudarat. Contohnya, pencemaran asap kilang kelapa sawit danjuga
debu menyebabkan ulat bulu berintik hitam menyerang penduduk kampung.

(j) Kebanjiran pendatang asingdari pelbagai negara. Contohnya, banyak pendatang asing dari Nepal, Bangladesh,
dan Vietnam yang bekerja kilang di Pekan Nanas.

(k) Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan anak muda di kampung. Contohnya, Ripin dibelasah oleh Zahar
kerana cuba mencuri tong gas di rumahnya.
WATAK DAN PERWATAKAN

(a) Watak utama ini ialah Zahar.


(b) Watak sampingan ialah Qistina Asraf, Profeser Dr.Baharuddin, Tok munir, Nenek Yah, Dr. Zakaria, Dr. Azura,
Irdayana, Cikgu Ismail, Hassan, Makcik Limah, Manaf, Ahmad, Usop, Makcik Jaemah, Umar, Tauke Ban Heng,
Aripin mohamad, Wak Sino, Pak Alias.
(c) Watak bukan manusia ialah Pus pus, Morgan, Hawk Moth, Kuning Pucat, Kumbang Badak , Kundang, Hujung
Jingga, Harimau Taman, dan Gajah Monarch.

ZAHAR

(a) watak dinamik dan merupakan watak utama penggerak cerita.

(b) anak tunggal  dalam keluarga dan berumur 22 tahun.

(c) ayahnya meninggalkan keluarga sewaktu dia berumur 10 tahun.

(d) dia tinggal bersama-sama dengan ibunya, iaitu seorang guru di Kampung Maju Jaya.

(e) dia amat menyayangi ibunya yang hidup tanpa suami.

(f) Dia mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap serangga sejak kecil serta mempunyai sebuah makmal
kecil di rumah yang dijadikan sebagai taman serangganya.

(g) dia mengambil kursus biologi di Fakulti Sains Hayat, Universiti Taeknologi Malaysia.

(h) dia banyak memenangi anugerah dan pingat hasil penyelidikan dan inovasi yang dijalankannya di universiti.

(i) dia seorang yang sangat gigih, rajin, dan tabah ketika menjalankan penyelidikan sains berkaitan dengan
kehidupan serangga.

(j) dia seorang yang patuh pada suruhan agama dan tidak suk berfoya – foya.

(k) dia seorang yang sangat matang sewaktu berhujah menyebabkan dia dan ibunya terselamat dari fitnah Ripin.

(l) dia seorang yang aktif bersukan dan mewakili universitidalam acara larian jarak jauh.

(m) dia seorang yang sangat gemar membaca terutamanya buku ensiklopedia dan buku-buku ilmiah.

(n) dia seorang yang berani apabila tidak gentarbertarung dengan Ripin yang datang menceroboh rumahnya.

(o) dia seorang yang sangat setia. Walaupun cuba digoda oleh Munirah tetapi Zahar tetap setia dengan Mawar,
rakan sekuliah dan rakan sekampungnya.

(p) dia sangat menghormati orang yang lebih tua terutama ibunya.

(q) dia merupakan pencinta alam semula jadi yang dianggapnya indah dan unik.
(r) dia suka membantu dan menolong orang lain. Zahar berusaha membantu penduduk kampung yang diserang
oleh ulat bulu berintik hitam.

(s) dia seorang yang bijak kerana penyelidikannya sering mendapat pengiktirafan. Zahar mendapat anugerah
Biasiswa Canselor daripada Universiti Oxford.

QISTINA ASRAF

(a) ibu kepada Zahar.

(b) cantik dan bergaya walaupun umurnya dalam lingkungan 40-an.

(c) seorang yang tegas.

(d) pandai memasak dan Zahar menyukai masakan ibunya.

(e) aktif dalam persatuan penulis Johor.

PROFESOR DR. BAHARUDDIN

(a) ayah kepada zahar dan bekas  suami Qistina.

(b) seorang saintis yang terkenal di Universiti Oxford, London.

(c) berhijrah dari Malaysia selepas berpisah dengan Qistina.

(d) berkahwin lain dan menetap di London.

(e) mempunyai sikap tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan anak dan isteri tanpa sebarang cerita.

MAWAR

(a) Mawar merupakan rakan sekuliah dan sekampung dengan Zahar.

(b) dia tinggal bersama-sam dengan keluarga di Ladang South Malaya, kira-kira lima kilometer dari kampung
Zahar.

(c) merupakan anak sulung daripada lima beradik.

(d) seorang yang sangat mengambil berat akan diri Zahar. Sewaktu zahar terjatuh di Kem Kaizen dan ditikam
oleh Ripin, dia berasa sangat sedih dan memberikan kata-kata semangat kepada Zahar untuk pulih.

(e) bertanggungjawab memberikan inspirasi kepada Zahar selain ibunya, Qistina.


MUNIRAH

(a) Munirah ialah rakan sekuliah Zahar di universiti.

(b) seorang yang cemburu kerana tidak senang melihat Mawar dan Zahar berbaik-baik.

(c) menyimpan perasaan untuk memikat Zahar walau dengan apa-apa cara sekalipun.

(d) merupakan ahli kumpulan “White Rose”, iaitu kumpulan belajar di universiti.

(e) seorang yang optimistik dan suka akan cabaran.

FIKRI

(a) rakan sekuliah dengan Zahar.

(b) sahabat baik Zahar.

(c) menjadi teman Zahar sewaktu mereka mencari spesies Pus Pus di Pulau Pisang.

(d) membantu Zahar membuat penyiasatan hingga tertangkapnya Ripin dan rakannya.

(e) menjadi tempat Zahar mengadu apabila ditimpa masalah.

MALCOM TAN

(a) sahabat baik Zhar dan Fikri.

(b) rakan sekuliah Zahar.

(c) mempunyai hubungan baik dengan keluarga Zahar.

(d) bersama-sama dengan Fikri menemani Zahar semasa di Pulau Pisang.

RIPIN

(a) kutu kampung yang terlibat dalam aktiviti menghidu gam.

(b) ditangkap dan dibelasah oleh Zahar sewaktu mencuba mencuri tong gas di rumahnya.

(c) berdendam dengan Zahar selepas peristiwa tersebut.

(d) menuduh Zahar sebagai punca ulat bulu menyerang Kampung Maju Jaya.
(e) cemburu akan kejayaan Zahar yang sering mendapat anugerah dan pingat.

FARIDAH

(a) pelajar Qistina.

(b) suka membantu guru.

(c) seorang pelajar yang bijak, cerdas dan sering dijadikan contoh di dalam kelas.

(d) anak tunggal.

(e) anak saudara Profesor Dr. Baharuddin.

WAK BUIK

(a) seorang pawang.

(b) sangat berani.

(c) berketurunan Bugis Riau.

(d) membuka pulau pisang untuk didiami penduduk.

(e) dipercayai mati kerana menjadi mangsa serangan lanun.

PAK NAIB

(a) Pak Naib ialah ketua Kampung Maju Jaya.

(b) seoarang ketua yang tegas dan adil.

(c) menjadi tempat orang kampung mengadu hal.

(d) seorang yang sabar dan tidak bertindak melulu.

(e) mementingkan perbicangan sebelum mengambil tidakan.


PLOT

Jalinan peristiwa penting

(a) Zahar merupakan mahasiswa dalam jurusan Sains Hayat yang amat meminati serangga sejak kecil lagi. Dia
mempunyai sebuah makmal kecil mirip taman botani untukmenjalankan kajian terhadap ulat bulu dan rama –
rama daripada pelbagai spesies. Ibunya, Qistina sangat memahami minat anak terunanya itu dan tidak pernah
menghalang minat anaknya itu.

(b) Zahar memberitahu Mawar tentang kemungkinan terdapatnya spesies baharu di Pulau Pisang semasa
pertemuan di tepi pantai yang menghadap Pulau Pisang. Mawar memberitahu Zahar tentang pelbagai versi yang
telah didengarinya mengenai misteri Pulau Pisang. Zahar berasa bimbang kerana belum menemukan penawar bagi
Pus Pus.

(c) Cikgu Qistina mempunyai seorang anak murid yang cerdas, pintar, dan menarik, yang berumur tujuh belas
tahun. Dia tertanya – tanya tentang seorang lelaki yang berjumpa dengan Faridah di sekolah tempoh hari. Hal ini
disebabkan lelaki tersebut seperti dikenalinya sebelum ini.

(d) Zahar menerima Anugerah Inovasi dan Pengkormesialan Produk dari Universiti Teknologi Malaysia. Hasil
perkongsian ideanya dengan Profesor Dr. Yahya Samad berjaya menyelamatkan tanaman kelapa sawit.

(e) Zahar dan Malcom ke Hutan Paya Bakau di Tanjung Piai. Di sana, mereka telah bertemu dengan seekor ulat
bulu bewarna keemasan. Mereka dapat mengumpul lima spesies ulat bulu baharu. Zahar gembira kerana mungkin
satu daripada ulat bulu tersebut dapat menjadi penyelamat spesies Pus Pus.

(f) Sewaktu perkhemahan di Kem Kaizen, Munirah cuba memikat Zahar agar Mawar berasa cemburu. Suatu
peristiwa cemas berlaku di situ apabila Zahar terjatuh ke dalam jurang dan berjaya diselamatkan oleh Fikri.

(g) Zahar, Fikri, dan Malcom pergi ke Pulau Pisang. Pelbagai kejadian aneh dialami oleh mereka di pulau itu. Zahar
mengalami peristiwa luar bisasa hingga membuatkan dirinya dalam keadaan separa sedar.

(h) Zahar telah mengacukkan Pus Pus dengan spesies Monarch yang ditemuinya di Pulau Pisang. Hasil kacukan itu
maka keluarlah seekor ulat bulu yang diberi nama Morgan. Zahar berasa pelik kerana kepompong Monarch tidak
mengeluarkan rama – rama sebaliknya mengeluarkan Morgan.

(i) Berlaku suatu peristiwa yang aneh apabila Kampung Maju Jaya diserang oleh ulat bulu berintik hitam. Zahar
telah disoal siasat, makmalnya pula telah digeledah tetapi tiada sebarang bukti yang dapat mengaitkannya dengan
kejadian itu. Ripin pula telah menabur fitnah kononnya Zaharlah punca semua permasalahan tersebut.

(j) Konflik semakin berkembang apabila Ripin menyerang Zahar sewaktu dia dan ibunya ingin membeli kuih die
kedai kopi Pak Mail. Akibatnya, Zahar tercedera akibat terkena pisau yang dilibas oleh Ripin. Zahar telah
dimasukkan ke Hospital Pontian. Mawar datang melawat dan memberikan semangat kepada Zahar.

(k) Persoalan Zahar terjawab apabila dia menjalankan penyiasatan dan mendapati ulat bulunya, Morgan yang
ditumbuhi sayap kecil telah terbang pada waktu malam. Morgan telah merangsang ulat bulu berintik hitam untuk
menyerang pendudukkampung. Pada malam itu, kambing belaan Pak Alias telah mati diserang ulat bulu.

(l) Zahar, Fikri, dan Malcom sekali lagi pergi ke Pulau Pisang. Mereka ingin mencari penawar untuk menyelesaikan
masalah penduduk kampung. Di sana, mereka telah bertemu dengan pokok berdaun lebar yang menjadi makanan
ulat bulu.
(m) Kemarahan Ripin sampai kemuncak apabila benih kelapa sawitnya habis dimakan oleh ulat bulu. Dia pergi ke
rumah Zahar untuk meminta ganti rugi. Zahar yang diserang bertubi – tubi akhirnya berjaya menewaskan Ripin
yang kemudiannya berlari pontang – panting tanpa menoleh ke belakang.

(n) Zahar membuat keputusan untuk untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan segeranya. Pada malam itu,
dia mendapatkan ekstrak cecair badaan Morgan dan mencampurkannya dengan formula ciptaannya. Zahan yakin
bahawa Morganlah penawar bagi wabak serangan ulat di kampungnya.

(o) Sebaik terjaga daripada tidur, Zahar bergegas ke makmalnya. Dia mengisi botol penyembur dengan cecair
berwarna biru hijau. Zahar debgan berat hatinya menyembur cecair tersebut pada badan Morgan. Seketika
kemudian, kepulan asap putih berbaur warna hijau kekuningan keluar dari badan Morgan. Badan Morgan
kemudiannya mengeras.

(p) Keadaan menjadi tegang apabila makmal Zahar diceroboh dan bahan uji kaji serta buku formulanya telah dicuri
orang. Dia bersama – sama debgan Fikri telah melakukan penyiasatan. Akhirnya, merka mendapati Ripinlah yang
bertanggungjawab mencuri bahan penting dari makmalnya. Ripin dan beberapa orang yang lain ditangkap polis
atas kegiatan jenayah mereka.

(q) Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila MONPUS, iaitu formula ciptaan Zahar berjaya menghapuskan ulat
bulu di kampungnya. Dia menerima Anugerah Akademik Negara dan berjaya mendapat Biasiswa Kerusi Canselor
Universiti Oxford, London. Kegembiraan Zahar semakin bertambah apabila ayahnya sendiri yang menyampaikan
anugerah tersebut dan ibunya Qistina bersetuju untuk menerima lamaran ayahnya untuk rujuk semula.

Binaan Plot

(a) Pada bahagiaan permulaan, pengarang telah memperkenalkan watak Zahar dan ibunya, Qistina. Zahar
mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi dalam jurusan Sains Hayat di Universiti Teknologi Malaysia. Dia
mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga, terutama spesies ulat bulu dan rama – rama.

(b) Pada bahagian perkembangan, Zahar berasa sedih kerana ulat bulu kesayangannya, Pus Pus kelihatan lemah,
kurang aktif, dan tidak bermaya dan memaksanya untuk mencari penggati. Zahar bersama – sama dengan
rakannya, Malcom ke Hutan Paya Bakau Tanjung Piai untuk mencari spesies tersebut. Kemudian, dia meneruskan
pencariannya di Kem Kaizen bersama – sama dengan Malcom dan Fikri tetapi usahanya menemukan kegagalan.
Dia membuat keputusan untuk membuat ekspedisi ke Pulau Pisang bersama – sama dengan rakan – rakannya. Di
situ, dia menemukan spesies Monarch untuk meneruskan baka Pus Pus.

(c) Pada bahagian perumitan berlaku konflik antara Zahar dengan Ripin sewaktu Ripin cuba untuk mencuri tong
gas di rumah Zahar. Zahar berjaya menngejar dan menangkap Ripin. Zahar juga telah membelasah Ripin dan
tindakan itu menyebabkan Ripin berasa malu terhadap orang kampung. Konflik ini berpanjangan kerana Ripin
menaruh dendam dan melakukan beberapa tindakan provokasi dan mengancam Zahar. Dia telah menuduh Zahar
sebagai penyebab serangan ulat bulu di kampung tersebut. Di warung kopi Pak Mail, Ripin telah melibas Zahar
dengan pisau. Kejadian itu menyebabkan Zahar dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang dialaminya. Dia
menghasut orang kampung supaya menghalau Zahar dari kampung tetapi tindakannya itu dihalang oleh Pak Naib.
Sebenarnya, Ripin berasa cemburu akan kejayaan Zahar kerana telah banyak memenangi anugerah.
(d) Klimaks atau kemuncak cerita berlaku apabila Kampung Maju Jaya diserang oleh ribuan ulat bulu. Banyak
penduduk kampung terkena penyakit manakala banyak binatang ternakan yang mati. Zahar telah dituduh dan
disiasat oleh Jabatan Kesihatan tetapi mereka tidak menjumpai senarang bukti untuk mengaitkannya dengan
tuduhan tersebut. Zahar berusaha untuk mengesan punca serangan ulat bulu berintik hitam. Akhirnya, dia
mengetahui Morganlah yang menjadi penyebab kepada permasalahan tersebut.

(e) Pada bahagian peleraian, Zahar berjaya mencipta formula MONPUS, iaitu gabungan bahan kimia tertentu
dengan cecair yang diambil daripada badan Morgan. Formulanya telah dipaten dan dikormesialkan selepas berjaya
menghapuskan ulat bulu yang menyerang kampungnya. Namun, hatinya berasa amat pilu kerana terpaksa
mengorbankan Morgan, ulat bulu kesayangannya. Ripin pula telah ditangkap oleh pihak polis atas jenayah yang
dilakukannya. Cerita berakhir dengan kegembiraan apabila Zahar menerima Anugerah Akademik Negara yang
disampaikan oleh ayahnya sendiri. Zahar juga berjaya memperoleh Biasiswa Kerussi Canselor Universiti Oxford,
London dan seterusnya melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah Tinggi. Dia berasa amat gembira apabila ayah
dan ibunya bersatu semula sebagai suami isteri.

Teknik Plot

(a) Teknik pemerian.

Pengarang menceritakan secara terperinci secara terperinci tentang sifat Zahar yang sangat suka bermain dengan
serangga. Contohnya,

Sejak kecil, Zahar memang gemar akan dunia haiwan. Dia suka sangat bermain dengan serangga.
Mengumpulkan lelabah, kupu – kupu, kumbang, dan ulat beluncas, sudah menjadi aktiviti hariannya. Malah katak
puru dan lipas pula dijadikan ‘ kawan bermain ‘. Sesuatu yang sering menimbulkan jerit pekik Qistina. [hlm.7]

(b) Teknik dialog.

Banyak dialog antara watak dalam novel ini. Contohnya,

 “Macam mana kuliah hari ini? “ tanya Qistina [hlm.6]


 “Nak ke mana ni? Biar saya hantar,” pelawa Zahar serba salah [hlm.17]
 “Khusyuk betul aku tengok kau tadi, Har,” giat Malcom ketika sesi minum pagi [hlm.49]
 “Hmm…. baru aku faham. Rumit juga. Aku harap usaha engkau berjaya, Har,” Fikri memberi semangat
[hlm.184]

(c) Teknik imbas kembali.

Ada beberapa peristiwa yang telah berlaku disorot semula oleh pengarang. Contohnya,

 Sejak kecil, Zahar memang gemar akan dunia haiwan. Dia suka sangat bermain dengan serangga.
Mengumpulkan lelabah, kupu – kupu, kumbang, dan ulat beluncas, sudah menjadi aktiviti hariannnya.
[hlm.7]
 Zahar teringat akan cerita datuknya tentang kisah serangan lanun di Pulau Pisang sekitar tahun 1830 –an.
Menurut datuknya, pada masa itu kawasan perairan selat Melaka memang terkenal dengan kegiatan
lanun. Dalam Hikayat Abdullah juga ada dicatatkan bahawa Pulau Kukup, pulau yang terletak
berhampiran dengan Pulau Pisang merupakan sarang lanun.
(d) Teknik imbas muka.

Pengarang turut menggunakan teknik imbas muka untuk memberikan bayangan muka untuk memberikan
bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa. Contohnya,

Dia membayangkan dirinya disergap oleh sekumpulan orang asli. Dia kemudian dibawake perkampungan
mereka. Di situ, dia menemui pelbagai spesies hidupan baharu yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Merata –
rata. Di mana – mana. Pada daun, kulit pokok, dahan ranting, perdu, di tanah…. [hlm.15]

(e) Teknik saspens.

Teknik ini mampu menimbulkan keadaan tertanya – tanya atau perasaan ingintahu dalam diri pembaca.
Contohnya,

 Pembaca akan tertanya – tanya tentang lelaki berusia separuh abad yang bertemu dengan Faridah.
Keresahan yang menerjah selepas dia terpandang kelibat seorang lelaki dalam linkungan usia hambir
separuh abad, menemui Faridah pada waktu rehat pada dua minggu lepas.
Tanda tanyanya dipendamkan dalam – dalam supaya tidak bermain di kotak fikiran. [hlm.28]

(f) Teknik monolog / monolog dalaman.

Monolog ialah tutur kata atau pengucapan sesuatu watak secara sendirian, manakala monolog dalaman lazimnya
ditandai dengan kata – kata seperti rintih hatinya, keluhnya, bisik hatinya, dan sebagainya. Contohnya,

 ‘Aku kena cari juga pengganti spesies Pus Pus,’ hatinya berbisik. [hlm.34]
 ‘ Zalimkah aku?’ hatinya berdetik [hlm.178]
 Zahar memikir – mikir. Puntung rokok itu tentu ada kaitannya debgan bunyi benda jatuh yang
didengarnya ketika leka memerhatikan Morgan.
‘Ah, perasan aku sahaja,’ hatinya berdetik. [hlm.180]

(g) Teknik konflik.

Bagi menguatkan plot cerita, pengarang telah mencipta konflik anatara watak. Contohnya,

 Ripin berkonflik dengan Zahar kerana dia pernah dibelasah sewaktu menceroboh masuk ke rumah Zahar
dahulu.
 Zahar berkonflik dengan orang – orang kampung sewaktu ulat – ulat bulu menyerang kampung mereka.
 Qistina berkonflik dengan suaminya hingga membawa kepada penceraian mereka.
 Munirah berkonflik dengan Mawar kerana ingin mendapatkan Zahar sebagai teman lelakinya.
LATAR

Latar Tempat

(a) Makmal kecil di sebelah rumah Zahar.

(b) Rumah Zahar di Kampung Maju Jaya.

(c) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Yasin.

(d) Kem Kaizen.

(e) Pulau Pisang.

(f) Balai raya.

(g) Kedai kopi Pak Mail.

Latar Masa

(a) Waktu pagi.                       (c) Waktu malam.

(b) Waktu petang.                   (d) Waktu subuh.

Latar Masyarakat

(a) Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.

(b) Masyarakat kampung yang menjalankan kerja pertanian dan perladangan.

(c) Masyarakat yang terdiri daripada pebagai bangsa.

(d) Masyarakat yang terdiri daripada pelajar dan guru.

(e) Masyarakat yang suka berdendam.

(f) Masyarakat yang terdiri daripada penuntut universiti.

(g) Masyarakat yang percaya kepada bomoh dan perkara tahayul.

(h) Masyarakat yang pemaaf.

.
GAYA BAHASA DAN UNSUR BAHASA

Diksi

Pemilihan kata yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini amat bersesuaian dengan jalan cerita dan watak
yang menuturkannya. Banyak istilah sains yang digunakan sesuai dengan jalan ceritanya yang banyak berkisar
tentang penyelidikan biologi. Contohnhya, perkataan makmal, tisu, larva – larva, keracuanan organofostat,
Antigon leptopus, inovasi, dan sebagainya.

Ayat

Sepanjang penceritaan novel ini, pengarang berselang – seli menggunakan ayat – ayat pendek dan panjang.

(a) Ayat pendek. Contohnya,

 “Bukan.” [hlm.9]
 “Habis taman apa?” [hlm.9]
 Pulau Pisang. [hlm.12]
 Mereka akur. [hlm.102]
 “Nantilah.” [hlm.124]

(b) Ayat panjang. Contohnya,

 Bermula daripada larvanya, berupa telur – telur berbintil kecil, kemudian telur itu menetas pula menjadi
ulat – ulat gemuk yang menggeliang – geliut, sehinggalah menjadi kepompong yang bergantungan.
[hlm.3]
 Qistina yakin bahawa Dr. Baharuddin tidak pernah menceritakan perihal dirinya dan anaknya kepada
wanita itu. [hlm.209]

Personafikasi

Unsur personafikasi, iaitu memberikan sifat manusia kepada benda atau perkara tertentu digunakan oleh
pengarang sebagai rencah dalam novelnya. Contohnya,

 ….cahaya keperakan matahari pagi menerobos…. [hlm.1]


 ….tingkap itu tetap utuh meniupkan keyakinan…. [hlm.1]
 Bahang yang mula menggigit… [hlm.2]
 Kegusaran yang terus – menerus mengetuk hatinya. [hlm.28]
 Cahaya jingga matahari petang perlahan – lahan menerobos hutan…. [hlm.57]
Metafora

Unsur metafora yang merupakan perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata, iaitu konkrit dan abstrak
juga dapat dilihat dalam novel ini. Contohnya,

 Kotak ingatan [hlm.7]


 Lautan masa [hlm.16]
 Mahligai cinta [hlm.26]
 Tirai kehidupan [hlm.26]
 Pintu rezeki [hlm.66]
 Api kemarahan [hlm.116]

Bahasa Sarkastik

Bahasa kasar yang digunakan untuk tujuan menyindir atau menghina seseorang. Contohnya,

 “Hei… dah berhari – hari orang kampung diserang ulat bulu! Engkau masih tanya apa
buktinya?” [hlm.106]
 “Hei, pendatang! Engkau tahu tak yang engkau dah masukkan pasir di dalam periuk nasi aku?”
[hlm.164]

Bahasa Inggeris

 date [hlm.8]
 adventure [hlm.9]
 assignment [hlm.18]
 ready [hlm.20]
 sorry [hlm.37]

Bahasa Arab

 solat [hlm.11]
 Insya – Allah [hlm.20]
 Astaghfirullah al – adzim [hlm.73]
 Allahuakbar [hlm.142]
Simile

Simile ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dalam sesuatu yang lain dengan menggunakan perkataan
bagai, bak, ibarat, laksana, macam seperti, dan umpama. Contohnya,

 ….tidak ubah seperti renjatan dalam filem ‘ X-ray ‘. [hlm.133]


 ….perassaan Fikri seperti dihempap beban yang berat [hlm.157]

Sinkope

Pengarang turut menggunakan sinkope atau singkatan sesuatu perkataan dalam novel ini. Contohnya,

 “Jomlah! Aku dah tak sabar nak masuk ni!” [hlm.37]


 “Dahlah. Sikit saja…” [hlm.54]
 “Tak apa. sakit lagi, ke? “ [hlm.62]
 “Aku mahukan engkau sebab engkau yang malukan aku dulu.” [hlm.116]

Peribahasa

 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,… [hlm.7]


 “Jauh perjalanan luas pemandangan.” [hlm.9]
 Bagai ikan pulang ke lubuk,… [hlm.27]
 ….mencurah air ke daun keladi,… [hlm.68]
 ….mencurah garam ke laut. [hlm.115]
 ….hujan jatuh ke pasir. [hlm.115]
 ….senyuman tawar. [hlm.122]
 tidur mati [hlm.143]
 langkah sumbang [hlm.165]
NILAI

(a) Kasih sayang. Contohnya, Zahar amat menyayangi ibunya dan sanggup berulang alik dari rumah ke kampus
kerana tidak mahu ibunya seorang diri.

(b) Keberanian. Contohnya, Zahar dan rakan – rakannya berani menjelajah ke Pulau Pisang yang terlalu banyak
kisah seramnya semata – semata untuk membuat kajian tentang ulat bulu.

(c) Kerjasama. Contohnya, Fikri dan Malcom memberikan kerjasama kepada Zahar untuk mencari penawar
serangan ulat bulu di Kampung Maju Jaya.

(d) Kesabaran. Contohnya, Zahar begitu sabar mencari formula untuk meenyelamatkan penduduk kampung
daripada serangan ulat bulu.

(e) Kesyukuran. Contohnya, Mawar berasa syukur kerana Zahar tidak mengalami kecederaan serius sewaktu jatuh
ke dalam jurang di Kem Kaizen.

(f) Simpati. Contohnya, Zahar berasa simpati atas nasib yang ditimpa ibunya selepas ditinggalkan oleh ayahnya.

(g) Ketekunan. Contohnya, Zahar begitu tekun menjalankan eksperimen di makmalnya untuk mencari formula bagi
menghapuskan serangan ulat bulu.

(h) Keimanan. Contohnya, Zahar berasa berdosa apabila setiap kali dia terlepas solat subuh akibat keletihan.

(i) Kemaafan. Contohnya, Qistina tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap bekas suaminya,
Baharuddin malah memaafkannya.

(J) Kebijaksanaan. Contohnya, Zahar sentiasa melakukan kajian dan inovasi untuk membantu masyarakat.

(k) Rasional. Contohnya, Mawar tetap rasional walaupun hatinya terusik apabila Munirah cuba merebut Zahar
daripadanya.
Pengajaran

(a) Kita tidak digalakkan menaruh perasaan dendam.

(b) Saling menyayangi anatara satu dengan yang lain.

(c) Berfikiran rasional dan tidak terburu – buru.

(d) Menghormati orang yang lebih tua.

(e) Memaafkan kesalahan orang lain.

(f) Tidak digalakkan membuat tuduhan melulu tanpa bukti.

(g) Sabar, tabah, dan cekal berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.

(h) Bersikap berani untuk mempertahankan hak.

(i) Bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh.

Anda mungkin juga menyukai