Anda di halaman 1dari 2

BAB 4 : KOD ARAHAN

PANGKALAN DATA DAN SQL

1. Data memainkan peranan yang sangat penting dalam membuat keputusan


2. Data juga digunakan secara meluas dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
3. Data yang belum diproses kepada maklumat dikira sebagai data mentah atau data yang tidak memberi
makna

PENGGUNAAN PANGKALAN DATA DAN SQL

1. Capaian data pada masa kini adalah lebih pantas setelah kemunculan pangkalan data

2. Penggunaan pangkalan data sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan data secara berpusat
menjadikan data dan maklumat disimpan, dicapai dan dikemas kini.

3. Pengurusan data dalam sesebuah organisasi telah berubah daripada sistem fail secara manual kepada
sistem fail secara elektronik.

4. Sistem fail secara elektronik inilah yang membentuk sistem pangkalan data

5. Sistem pangkalan data amat diperlukan kerana dapat membina sistem pemprosesan data yang cekap
melalui penggunaan bahasa pengaturcaraan seperti Structured Query Language (SQL).

6. SQL digunakan untuk menyimpan, memanipulasi dan mendapatkan data daripada pangkalan data.
Pangkalan data tersebut terdiri daripada 2 komponen iaitu entiti dan atribut.

Entiti

1. Ciri-ciri entiti adalah seperti berikut :


a. Satu kumpulan objek yang sama jenis
b. Bersifat unik
c. Mempunyai data mengenainya yang boleh dikutip dan disimpan
d. Diwakili oleh simbol segiempat
e. Contoh : orang, tempat atau benda

2. Entiti juga wujud dalam persekitaran iaitu tempat di mana pangkalan data berada atau tempat di mana
pangkalan data dibangunkan

3. Simbol piawai entiti ialah :

Nama entiti
Atribut

1. Ciri-ciri :
a. Menerangkan ciri-ciri entiti
b. Mempunyai satu atau lebih ciri
c. Merupakan lajur dalam pangkalan data
d. Diwakili oleh bentuk bulatan lajur

2. Simbol piawai atribut ialah :

Nama atribut

Anda mungkin juga menyukai