Anda di halaman 1dari 21

1

KONSEP TAUHID DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM 1. PENDAHULUAN


Apabila diteliti terhadap agama dan kepercayaan yang dianuti atau diciptakan oleh manusia itu sendiri,di sana kita dapati bahawa jiwa manusia itu sememangnya sudah ada bibit-bibit beragama. Antara lain,jiwa manusia tidak akan tenteram dan mereka tidak selesa seandainya tidak dilakukan sesuatu yang bersifat keagamaan dalam hidup mereka. Untuk itu, setiap manusia menurut naluri semula jadi dan fitrahnya akan merasa bahagia dan ingin mengucapkan rasa terima kasih serta syukur apabila mereka dikurniakan nikmat-nikmat tertentu, seperti sihat, kekayaan dan sebagainya. Dikala itulah mereka mencari suatu Zat atau Yang Maha Kuasa yang berada di alam Ghaib. Konteks lain pula,manusia yang dianugerahkan akal dan pemikiran, akan mencari Pencipta Yang Maha Kuasa yang mengurnia dan mentadbirkan alam yang sebegini teratur dan unik. Apabila dikaji di dalam sejarah juga,telah lahir beberapa ajaran yang tidak berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah seperti: Akidah-akidah dalam ajaran Yahudi,Nasrani,Majusi dan agama-agama penyembah berhala. Perbezaan itu adalah berpunca daripada pegangan akidah yang berbeza-beza serta berdasarkan sunber-sumber yang tidak pasti atau yang tidak bersifat qati. Lantaran itu Allah mengutuskan para rasul dan nabi. Justeru itu, akidah yang benar hendaklah bersumberkan kepada wahyu,AlQuran dan Al-Sunnah yang disahkan mengikut kaedah-kaedah yang disepakati oleh para ulama. Ulama sepakat berpendapat hanya sumber-sumber di atas jua layak menerasi permasalahan dalam akidah. Untuk itu,sumber Ilmu Tauhid ialah Al-Quran dan Hadis. Manakala Islam pula adalah agama yang dianuti oleh pengikutnya dengan dalil yang pasti dan yakin. Lantaran itu, Allah tidak membiarkan dan tidak menyerahkan perkara yang berkaitan dengan akidah kepada manusia dan mereka tidak dapat menanganinya berdasarkan akal fikiran dan nafsu mereka semata-mata. Hal tersebut kerana walau setinggi mana pendidikan dan sepintar mana akal pemikiran seseorang itu, namun ia tetap terbatas. Seandainya persoalan akidah diserahkan kepada pemikiran manusia, pasti manusia itu akan binasa dan tidak dapat mencapai hakikat keTuhanan yang sebenarnya.

2. ILMU TAUHID
Ilmu ini sebenarnya mempunyai pelbagai nama. Dimana ia juga dikenali dangan nama tertentu, iaitu: i. Ilmu Usuluddin ii.Ilmu Tauhid Dan Sifat iii.Ilmu Kalam iv. Ilmu Akidah i. Ilmu Usuluddin Ia dinamakan dengan ilmu Usuluddin kerana di dalam ilmu tersebut skop perbahasannya adalah berkisar perkara akidah yang merupakan asas dan perkara pokok dalam agama dan kepada semua hukum syarak. ii. Ilmu Tauhid Dan Sifat Ia dinamakan dengan Ilmu Tauhid dan Sifat kerana ilmu ini membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan asas akidah serta sebahagian besar perbahasannya juga adalah yang berkaitan dengan sifat-sifat Allah dari sudut hubungannya dengan Zat, bahagiannya dan lainnya yang mengarah untuk mencapai matlamat mantauhidkan Allah dalam semua aspek. Sebagai rumusannya, ilmu ini dikenali dengan ilmu Tauhid kerana perbahasan utama yang terdapat di dalam ilmu ini ialah berkaitan dengan keEsaan Allah yang mana ia juga manjadi intipati dan matlamat atau dasar utama dalam agama Islam serta asas kepada agama yang benar yang dibawa oleh semua rasul. Sebagaimana firman Allah S.W.T:


Terjemahan: Dan kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang rasul pun melainkan Kami wahikan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu beribatlah kamu kepada-Ku.( Al-Quran, AlAnbiya 21, 25) iii. Ilmu Kalam Ilmu Tauhid antara lain juga terkenal dengan Ilmu Kalam. Antara faktor dan sebab ia dikenali dengan ilmu kalam ialah:

3 a) Terdapat beberapa masalah dan skop perbincangan yang terdapat di dalam Ilmu Tauhid ini yang mana ia telah manjadi perselisihan di antara ulama, seperti: Berkaitandengan Kalam Allah, iaitu al-Quran sama ia qadim atau makhluk. Ekoran daripada perselisihan itu juga seterusnya menyebabkan umat Islam terbahagi kepada beberapa puak, golongan dan fahaman. b) Skop dan inti Ilmu Tauhid majoritinya adalah berkaitan dengan Kalam atau teori-teori sahaja, bukannya berkaitan dangan amalan anggota atau praktikal zahir. c) Ilmu Tauhid ini juga terdapat di dalamnya skop yang berkaitan dengan cara atau jalan untuk menetapkan dalil bagi asas dan dasar akidah yang sama dengan Ilmu Mantik. Justeru itulah ia dinamakan dengan Ilmu Kalam, iaitu sama dangan erti Mantik. Lantaran itulah Ilmu Kalam ini baru tersebar luas dan dikenali bermula pada masa pemerintahan al-Mamun Abbasiyah. Pada masa pemerintahan al-Mamun buku-buku falsafah dan Mantik telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab serta meluaskan perdebatan dan perbahasan berkaitan dengan masalah Tauhid dan Falsafah juga Mantik. iv. Ilmu Akidah Ilmu Tauhid ini dikenali juga dengan ilmu aqidah kerana ia banyak membahaskan persoalan-persoalan yang berkaitan dengan pegangan dan kepercayaan dalam Islam itu sendiri. Apa yang dikatakan aqidah,kaedah-kaedah dan persoalan-persoalan iman,islam dan hubung kait dengan kefahaman dan pegangan umat Islam. Ia membicarakan tentang akidah-akidah yang sesat dan menyeleweng serta sumber-sumber akidah yang sebenar. Ia juga menyentuh soal-soal kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan Islam serta peranannya dalam kehidupan individu dan masyarakat.

3. PENGERTIAN TAUHID
Ilmu Tauhid dapat diberikan dalam dua pengertian, iaitu dari segi pengertian Bahasa dan pengertian Istilah. i. Pegertian Bahasa: a. Tauhid menurut pengertian bahasa ialah menetapkan sesuatu itu Esa b. Tauhid bermaksud mengakui bahawa sesuatu itu Esa atau MengEsakan. c. Mengakui atau mengiktikadkan bahawa Allah itu Esa. ii. Pengertian Istilah: a. Tauhid membawa maksud mengakui bahawa tiada Tuhan Kecuali Allah. b. Mengetahui, mangakui, menetapkan dan manyakinkan yang sebenarnya disembah

4 hanya Allah S.W.T c. Sesuatu ilmu untuk menetapkan akidah yang didasarkan kepada dalil-dalil yang jelas dan terang. d. Tauhid menurut pengertian ulama Mutakallimin atau ulama Tauhid bermaksud suatu ilmu yang membahaskan Esanya Allah dan segala sifat yang wajib bagi-Nya dan sifat yang mustahil serta sifat yang harus bagi Allah. Antara lain Ilmu Tauhid juga membahaskan tentang kerasulan nabi yang diutuskan oleh Allah,sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi rasul. e. Ilmu yang membahaskan tentang cara-cara untuk menetapkan akidah dalam beragama dengan cara menggunakan dalil-dalil itu merupakan dalil naqli,dalil aqli atau melalui dalil naluri jiwa.

4. PEMBAHAGIAN TAUHID
Tauhid dapat dibahagikan dalam tiga jenis iaitu tauhid Rububiyyah,Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid al-Asma wa al-sifat. i. Tauhid Rububiyyah Tauhid Rububiyyah membawa maksud, seseorang yang menyakini hanya Allah sahaja Tuhan semesta alam. Menurut pengertian lain,Tauhid Rububiyyah ialah mengEsakan Allah dari sudut perbuatan-Nya. Lantaran itu, di antara konsep yang dibawa melalui tauhid Rububiyyah ialah Allah merupakan sumber kejadian,pencipta sekalian alam dan tiada Tuhan selain-Nya. Dialah yang menciptakan, menghidupkan, dan mematikan serta segala kekuasaan berada pada-Nya dan tiada kuasa lain yang dapat menegah-Nya.Antara dalilnya ialah: Firman Allah S.W.T:


Terjemahan: Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bencana,maka tidak ada sesiapa pun yang dapat manghapuskannya melainkan Dia sendiri, dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikkan, maka Ia adalah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Quran, Al-Anam 6, 17) Firman Allah S.W.T:


Terjemahan: Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mengciptakan langit dan bumi? sudah tentu mereka akan menjawab: Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa Lagi Amat Mengetahui.(Al-Quran, Al-Zukhruf 43 , 9)

Dalam keadaan lain, berkaitan dengan Tauhid Rububiyyah ini, manusia berhajat dan sentiasa perlukan kepada Tuhan.Sebagaimana Firman Allah,

Firman Allah S.W.T.:


Terjemahan: (Oleh kerana Allah menguasai segala-segalanya,maka) Wahai umat manusia! Kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja yang Maha Kaya, Lagi Amat Terpuji. (Al-Quran, Fathir 35, 15)

ii. Tauhid Uluhiyyah Tauhid Uluhiyyah membawa maksud seseorang yang telah menetapkan bahawa segala ibadatnya hanya untuk Allah dan ikhlas kerana Allah semata-mata. Maksud dan pengertian lain, tauhid Uluhiyyah ialah mengEsakan Allah dari sudut perbuatan hambaNya yang diperintah atau disuruh. Contohnya puasa, zakat dan sembahyang. Semua ibadat tersebut dilakukan oleh hamba-Nya hanya ikhlas kerana Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabadikan diri atau sujud kepada selain daripada Allah. Justeru itulah manusia tidak boleh mensyirikkan Allah dan tidak boleh mengharap selain Allah. Antara Firman Allah yang berkaitan dengan Tauhid Uluhiyyah ialah: Firman Allah S.W.T:


Terjemahan: katakanlah: sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam (Al-Quran, Al-Anam 6,162) Firman Allah S.W.T:


Terjemahan: Dan sesungguhnya telah diwahikan kepadamu (wahai Muhammad) dan kapada nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: Demi Sesungguhnya! Jika engkau (dan pangikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi diri orang-orang yang rugi. (Al-Quran, Al-Zumar 39 , 65)

6 iii. Tauhid al-Asma Wa al-Sifat Tauhid ini bermaksud mengEsakan Allah dari sudut segala nama-Nya dan sifat-Nya. Allah hanya layak bersifat dan memiliki sifat kesempurnaan serta layak bagi-Nya sahaja. Untuk itu, kita wajib dan diwajibkan mempercayai dan beriman dangan segala nama dan sifat Allah sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran: Firman Allah S.W.T:


Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): serulah nama Allah atau nama alRahman, yang mana sahaja kamu seru (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); Kerana Allah mempunyai banyak nama yang baik serta mulia (Al-Quran, Al-Isra17, 110) Firman Allah S.W.T:

....
Terjemahan: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia),oleh itu serukanlah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu. (Al-Quran, Al-Araf 7, 180) Dalam keadaan lain, kita tidak seharusnya mengubah maksud atau menyerupakan sifat dan nama tersebut dengan makhluk. Kita hendaklah menyerahkan hakikat dan maksud sebenar sifat serta nama tersebut kepada Allah dan Allah sahaja yang mengetahui hakikat sebenar sifat dan zat-Nya. Misalnya kita mesti yakin bahawa Allah mendengar, namun bentuk dan keadaan atau cara Allah mendengar tidak sama dengan pendengaran atau cara makhluk mendengar dan kita tidak boleh memikirkan keadaanya sama sekali. Firman Allah S.W.T:

.....
Terjemahan: . Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan-Nya (dengan zat-Nya,sifatNya dan pentadbiran-Nya), dan Dialah Yang Amat Mendengar Lagi Amat Melihat. (Al-Quran, Al-Syura 42, 11)

5. KEDUDUKAN ILMU TAUHID


Tauhid merupakan perkara penting dalam islam yang sekali gus merupakan intipati kepada Islam itu sendiri. Dalam al-Quran banyak menyentuh tentang Tauhid, baik

7 ayat-ayat yang mengandungi tentang cerita,tentang kewujudan Allah, sifat-sifat-Nya dan penciptaan Makhluk. Manakala dalam ayat-ayat yang berbentuk suruhan dan tegahan merupakan penjelasan dan manifestasi daripada pengakuan dan kepatuhan hamba terhadap Allah serta Kekuasaan-Nya dalam mentadbir sekalian alam yang begitu rapi dan teratur. Melalui konteks lain pula, dosa dan pahala merupakan ganjaran dan kesan keingkaran terhadap Allah dan Rasul-Nya yang mana apa yang disyariatkan itu dibina atas dasar Tauhid. Antara lain,ayat-ayat yang dibawa dalam bentuk cerita mengenai umat-umat yang terdahulu yang melakukan pendustaan terhadap Allah dan rasul-Nya merupakan suatu pengajaran dan peringatan bagi sesipa yang menyimpang daripada ajaran tauhid dan menyekutukan Allah. Justeru itulah tauhid adalah inti kepada Islam dan teras kepada ajaran Islam. Bersumberkan daripada ilmu tauhid inilah maka lahirnya pecahan-pecahannya yang berbentuk perundangan dan peraturan yang mangatur hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan persekitaran mereka. Begitu juga mengenai ibadat, sama ada ibadat umum atau ibadat khusus adalah bertujuan untuk mengukuhkan tauhid di dalam hati setiap insan yang beriman.

6. SKOP ILMU TAUHID DAN HUKUM MEMPELAJARINYA


Skop dan bidang perbahasan yang berkaitan dengan Ilmu Tauhid ialah Ketuhanan, Kerasulan dan samiyat. Manakala hukum mempelajari ilmu Tauhid adalah seperti berikut: i. Wajib atau Fardhu Ain terhadap setiap individu yang mukallaf. Kewajipan itu mesti dipenuhi walaupun mempelajarinya secara ringkas atau ijmali sahaja. ii. Fardhu Kifayah hukumnya mempelajari Ilmu Tauhid secara terperinci atau tafsili dalam sesebuah masyarakat. (Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali.1998. Ilmu Tauhid,hal 2-13,Kuala Lumpur.Pustaka Salam Sendirian Berhad)

7. CONTOH PRIBADI TAUHID DALAM SEJARAH ISLAM


i. Umar Bin Khaththab penyelamat tauhid umatnya. Ketika pasukan Islam di Front Romawi Timur memerlukan tambahan bantuan menghadapi tentera Romawi yang sangat canggih persenjataannya maka Khalifah Abu Bakar memanggil Khalid agar pulang meninggalkan Persia dan pergi memperkuatkan

8 pasukan Islam menghadapi Romawi ini. Khalid kemudian mengambil langkah bijak,setelah dipersetujui oleh Abu Bakar, langsung saja menuju ke barat kearah Jurusalem tanpa pulang dulu ke Madinah. Untuk itu, Khalid harus menaklukki negerinegeri antara Persia dan Romawi Timur itu. Negeri-negeri itu dapat datakluki oleh Khalid dalam waktu yang singkat. Nama Khalid sebagai pahlawan yang gagah perkasa tersebar ke merata tempat. Anak-anak muda di Madinah mula menyanyikan syair-syair tentang kegagahan Khalid Al-Walid. Khalifah Abu Bakar wafat dan digantikan oeh Umar AlKhatab. Sesampainya Khalid di Front Romawi, ia mengusulkan agar diadakan syura di antara pimpinan tentera islam bagi mengatur strategi bagi menentang tentera Romawi Timur. Ketika Khalid sedang megatur strategi, sampailah utusan dari madinah membawakan surat dari Umar Al-Khattab. Surat itu sebenarnya adalah pelucutan Khalid Al-Walid sebagai panglima dan perintah agar manyerahkan pimpinan kepada bawahannya..Keesokannya Khalid memimpin tentera Islam menghadapi tentera Front Romawi itu. Apabila Kalid melihat tantera Isam akan berjaya dengan strategi yang dirangcang, maka Khalid menyerahkan pimpinan kepada bawahannya dan pulang ke Madinah menemui Khalifah Umar. Apabila tiba di Madinah lantas Khalid menemui Khalifah Umar dan terus bertanyakan kenapa beliau di pecat dengan tiba-tiba?. Apakah kerana kurang pahamannya tentang urusan kewangan? Khalid menjelaskan bahawa beliau bersumpah dengan Nama Allah bahawa ia tidak mengambil satu sen pun dari dana yang disediakan Negara, bahkan wang peribadiku banyak ku gunakan untuk perjuangan ini. Maka Khalifah Umar menjawab, Aku sungguh yakin dengan kejujuran dan keikhlasanmu,wahai saudaraku. Khalid bertanya lagi, jadi kenapakah aku dipecat dari manjadi panglima perang tentera Islam? Lantas Khalifah Umar manjawab, Aku hanya sekadar manjalankan tugasku menyelamatkan tauhid umatku. Engkau panglima yang gagah dan Rasulullah sendiri yang mengangkatmu memegang jawatanmu ini. Sejak itu engkau belum pernah kalah di setiap peperangan yang engkau pimpin sehingga rakyat sudah mulai menyanyikan lagu-lagu yang memuja namamu di samping mamuji Allah. Aku takut hal ini akan terus-menerus menjadi keyakinan seolah-olah seluruh perjuangan ini dimenangi oleh tentera Islam disebabkan engkau sahaja tanpa syafaat dari Allah. Tidak kah dengan ini menyebabkan mereka jadi musyrikin? Dengan itulah aku hamba Allah yang lemah dan hina ini sanggup menjatuhkan engkau wahai panglima yang gagah perkasa. Dengan ini, ku harap mereka kembali memuji Allah S.W.T yang Esa. Mendengar keteranagan Khalifah Umar yang tegas mambetulkan tauhid umat Islam. Khalid menerima kebijaksanaan Umar yang arif dengan ikhlas.Besoknya, Khalid kembali ke medan perang bersama sahabat-sahabat menghadapi Romawi Timur. Ia maju di bawah pimpinan bekas bawahannya sebagai prajurit biasa.

9 Ketika di tanyakan orang kepadanya mengapa ia terus berjuang sesudah dipecat oleh Khalifah Umar Al-Khattab sebagai panglima, Khalid manjawab dengan tegas,Aku berjuang semata-mata adalah kerana Allah S.W.T ,bukan kerana Umar. Dengan dua tokoh iaitu Khalid Al-Walid dan Umar al-Khattab ini, kita dapat melihat bagaimana peribadi mereka yang bersungguh-sungguh mempertahankan tauhid umat Islam dan mempertahankan Islam daripada musuh. Inilah contoh-contoj peribadi tauhid yang tulen.(Dr.Ir.Muhd.Imaduddin Abdulrahim.2002.Kuliah Tauhid.hal 8182,Jakarta.Gema Insani Press)

8. SERUAN KEPADA TAUHID


i.Rasul mengajarkan para sahabat agar memulakan dakwah mereka dengan tauhid, beliau bersabda kepada Muadz bin Jabal yang diutus ke Yaman : " Jadikanlah awal yang kamu seru adalah syahadat Laa ilaaha illallah, pada riwayat yang lain agar mereka mentauhidkan Allah" ( Muttafaq Alaih) ii.Tauhid adalah perwujudan dari syahadat laa ilaaha illallah dan muhammad rasulullah yang maknanya tidak ada yang berhak diibadaahi kecuali Allah dan tidak beribadah kecuali dengan syariat yang dibawa oleh rasulullah. Syahadat inilah yang memasukkan seseorang kepada islam, ia juga kunci syurga. iii.Kafir Qurays menawarkan Rasulullah dengan kekuasaan, harta, wanita dan pangkat di dunia yang lain agar rasul meninggalkan dakwah tauhid ini. Rasul menolak tawaran tersebut dan terus melaksanakan aktiviti dakwahnya walau menanggung berbagai ujian dan cubaan. Hingga berlalu 13 tahun dan setelah itu mekah dikuasai, dimusnahkan berhala yang disembah oleh orang kafirQkurays. "Telah datang kebenaran dan hancur kebatilan sesungguhnya kebatilan itu pasti akan hancur " (Al-Quran, Al- Isra') iv.Tauhid adalah kewajiban tugas seorang muslim, dengannya dimulai dan diakhiri kehidupannya. Dan tugas dalam kehidupannya adalah menegakkan tauhid, berdakwah kepada tauhid. Tauhid jua lah yang menyatukan hati-hati orang-orang yang beriman , dan kita mohon kepada Allah agar menjadikan kalimat tauhid sebagai akhir kehidupan kita.

10

9. PENGHAYATAN KONSEP TAUHID


Makna Laa Ilaaha Illallah Maknanya adalah, tidak ada yang disembah di langit dan di bumi kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sesuatu yang disembah dengan batil banyak jumlahnya tapi yang disembah dengan hak hanya Allah saja. Allah taala berfirman:

62 :))
(Kuasa Allah) yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) Yang Haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil, dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar (Al-Quran,Al Hajj 22 ,62) Kalimat Laa Ilaaha Illallah bukan bererti : Tidak ada pencipta selain Allah sebagaimana yang disangka sebagian orang, kerana sesungguhnya orang-orang kafir Quraisy yang diutus kepada mereka Rasulullah S.A.W mengakui bahawa Pencipta dan Pengatur alam ini adalah Allah taala, akan tetapi mereka mengingkari penghambaan (ibadah) seluruhnya milik Allah semata tidak ada yang menyekutukannya. Sebagaimana 5 firman Allah taala:

(5 : )

Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan Yang Satu saja ? Sesungguhnya ini benar-benar satu hal yang sangat menghairankan (Al-Quran, Shad 38 ,5) Difahami dari ayat ini bahawa semua ibadah yang ditujukan kepada selain Allah adalah batal. Ertinya adalah ibadah semata-mata untuk Allah. Akan tetapi mereka (kafir Quraisy) tidak menghendaki demikian, oleh kerananya Rasulullah S.A.W memerangi mereka hingga bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah selain Allah serta menunaikan hak-hak-Nya iaitu mengesakannya dalam beribadah kepada-Nya semata.

Ibnu Rajab berkata:

11 Sesungguhnya hati yang memahami Laa Ilaaha Illallah dan membenarkannya serta ikhlas akan tertanam kuat sikap penghambaan kepada Allah semata dengan penuh penghormatan, rasa takut, cinta, pengharapan, pengagungan dan tawakkal dimana semua itu memenuhi ruang hatinya dan disingkirkannya penghambaan terhadap selain-Nya dari para makhluk. Jika semua itu wujud, maka tidak akan ada lagi rasa cinta, keinginan dan permintaan selain apa yang dikehendaki Allah serta apa yang dicintai-Nya dan dituntutNya. Demikian juga akan tersingkir dari hati semua keinginan nafsu syahwat dan bisikanbisikan syaitan, maka sesiapa yang mencintai sesuatu atau mentaatinya atau mecintai dan membenci kerananya maka dia itu adalah tuhannya, dan siapa yang mencintai dan membenci semata-mata kerana Allah, taat dan memusuhi kerana Allah, maka Allah baginya adalah tuhan yang sebenarnya. Siapa yang mencintai kerana hawa nafsunya dan membenci juga kerananya, atau taat dan memusuhi kerana hawa nafsunya, maka hawa nafsu baginya adalah tuhannya, sebagaimana firman Allah taala:

(43 : )

Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan ? (Al-Quran,Al Furqan 25 , 43) Keutamaan Laa Ilaaha Illallah Dalam kalimah ikhlas (Laa Ilaaha Illallah) terkumpul keutamaan yang banyak, dan faedah yang bermacam-macam. Akan tetapi keutamaan tersebut tidak akan bermanfaat bagi yang mengucapkannya jika sekedar diucapkan saja. Dia baru memberikan manfaat bagi orang yang mengucapkannya dengan keimanan dan melakukan kandungan-kandungannya. Diantara keutamaan yang paling utama adalah bahawa orang yang mengucapkannya dengan ikhlas semata-mata kerana mencari keredhaan-Nya maka Allah S.W.T haramkan baginya api neraka. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

( : )
Sesungguhnya Allah mengharamkan neraka bagi siapa yang mengatakan: Laa Ilaaha Illallah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah (Muttafaq Alaih). Dan banyak lagi hadis-hadis yang menyatakan bahawa Allah S.W.T mengharamkan orang-orang yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallah dari api neraka. Ramai yang mengucapkannya namun ada yang tidak dapat melafazkannya disaat kematiannya sehingga dia terhalang dari kalimat tersebut kerana dosa-dosanya yang selama ini selalu dilakukannya dan dianggapnya remeh.Ramai juga yang mengucapkannya dengan dasar ikut-ikutan atau adat semata sementara keimanan tidak

12 meresap ke dalam hatinya. Orang-orang seperti merekalah yang susah disaat kematiannya dan saat di kubur sebagaimana terdapat dalam sebuah hadis yang bermaksud: Saya mendengarkan manusia mengatakannya, maka saya mengatakannya (Riwayat Ahmad dan Abu Daud). Dasar utama bagi utama mamahami maksud tauhid ialah tidak menyekutukan Allah,tidak menyamakan Allah dengan makhluk,Allah adalah satu(tunggal) dan tidak ada satu pun makhluk alam ini yang menyerupainya.(Kamal Al-Faruki.1965.Tauhid and the doctrine of Islamic)

10.PEMBENTUKAN KEPERIBADIAN MUSLIM BERASASKAN TAUHID DAN HUBUNGANNYA DENGAN KETAHANAN UMMAH
Apa yang dimaksudkan dengan peribadi ialah manusia itu sendiri dengan fizikalnya, mentalnya, spiritualnya dan juga akhlaknya yang berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain.Peribadi Muslim tidak pernah terkenal dan tidak pernah bersinar di kalangan masyarakat manusia kecuali ianya dibina di atas Tauhid keImanan kepada Allah s.w.t. Peribadi yang tinggi dan mulia ini telah pernah lahir pada suatu kumpulan yang terkenal dengan panggilan Generasi Al Quran. Suatu generasi yang dididik, diasuh dan dipimpin sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda. Generasi yang menjalani latihan Tauhid dan Keimanan kepada Allah s.w.t dan kepada prinsip-prinsip keImanan yang lain selama lebih kurang 13 tahun secara praktiknya. Generasi yang menjalani proses keImanan yang mentauhidkan Allah s.w.t dalam ertikata yang sebenar-benarnya, memenuhi sifat-sifat Uluhiyyah dan Rububiyyah dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya. Generasi yang ada suatu ketika dahulu, ketika menjalani latihan Tauhid telah diazab dengan berbagai azab dan siksaan serta gangguan malah secara bersatu semua tenaga Jahiliyyah bagi menghalang dan menghapuskan Nur Iman sebagai asas pembentukan peribadi yang kian hari semakin bersinar dan meningkat dalam usaha pembentukannya. Itu tidak dapat menyekat kemaraannya. Firman Allah s.w.t : Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai ( Al-Quran, At- Taubah 9, 32 ) Dari didikan serta pimpinan junjungan kita Muhammad s.a.w yang berpandukan wahyu Allah s.w.t, al Quran al Karim sebagai sumber pembentukan, maka terbentuklah keperibadian Muslim pada kumpulan pertama para pemuda Quraisy. Kumpulan yang telah dilatih dan dididik sebagai jiwa tauhid tersebut tidak lagi terpengaruh atau dipengaruhi oleh nilai tamakkan dunia. Malah cita-cita mereka hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t semata-mata. Kumpulan ketika mana mendengar panggilan Iman kepada Allah s.w.t dan kepada Rasul Nya, mereka merasakan kehidupan Jahiliyyah sudah tiada nilai lagi dan tidak lagi memberi kesan terhadap mereka. Jiwa

13 mereka memberontak ketika berada di dalam cengkaman Jahiliyyah. Jiwa mereka tidak sabar-sabar lagi untuk pergi menyahut panggilan Iman kepada Allah s.w.t dan Rasul Nya. Setelah keyakinan tauhid benar-benar menguasai jiwa mereka, mereka terus menghulurkan tangan untuk mengikat janji setia dan penyerahan sepenuhnya dengan lafaz:- Aku bersaksi bahawa Tiada Illah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah Mereka menyerah jiwa raga mereka di bawah perintah Rasulullah s.a.w sedangkan mereka mengetahui bahawa jiwa mereka diancam, hidup mereka tergugat dan mereka akan menghadapi berbagai kesulitan dan kesusahan untuk sampai kepada matlamat tersebut. Tetapi kumpulan yang dididik dan diasuh oleh Rasulullah s.a.w dengan al Quran al Karim ini memahami dan menyakini akan realiti tersebut. Firman Allah s.w.t : Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi ?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta .( Al-Quran, Al-Ankabuut 29, 1-3 ) Firman Allah S.W.T: Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ?. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacammacam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman : Bilakah datangnya pertolongan Allah ?. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Al-Quran, Al Baqarah 2 , 214 ) Segala kesulitan, kesusahan dan pahit getir perjuangan dan jihad di Jalan Allah s.w.t yang mereka tempuhi itu tidak sesekali melemahkan Iman mereka. Malah Iman mereka kian bertambah yakin dan bertambah tabah menghadapi apa yang mereka sifatkan sebagai ujian dari Allah s.w.t. Ini dapat dilihat di dalam al Quran al Karim di dalam firman Allah s.w.t :Dan tatkala orang-orang mumin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata : Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya kepada kita. Dan benarlah Allah dan Rasul Nya . Dan yang demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. ( Al-Quran, Al- Ahzab 33 , 22 )

Begitulah Rasulullah s.a.w mengasuh jiwa mereka dengan Al Quran al Karim, mendidik hati nurani mereka dengan Iman, mengajak mereka patuh kepada Allah dalam

14 melaksanakan segala kewajipan yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. Dengan didikan demikian maka bertambah tinggilah jiwa dan hati mereka, bertambah luhurlah akhlak mereka dan bertambah bebaslah mereka dari kekuasaan kebendaan dan rintihan hawa nafsu yang menyesatkan dan terpancarlah rasa cintakan Allah s.w.t, Pencipta langit dan bumi serta segala sesuatu yang berada di dalamnya. Rasulullah s.a.w juga mengajar mereka bersabar menghadapi kesusahan, mengajar mereka mengawal jiwa mereka yang benar-benar terlatih dengan peperangan semasa Jahiliyyah; seolah-olah mereka dilahirkan bersama-sama peralatan senjata. Mereka hidup di zaman yang tidak pernah sunyi daripada peperangan dan pertumpahan darah, seperti peperangan Basus, Dahit dan peperangan Ghabra. Begitu juga dengan peperangan al Fijar belum lagi sejuk dan masih terasa bahangnya. Tetapi Rasulullah s.a.w melalui asuhan dan didikan al Quran al Karim mengikut proses yang ditentukan oleh Allah s.w.t membendung jiwa peperangan dan semangat kebangsaan dengan arahan baginda yang bermaksud :- Hentikanlah kekerasan dan dirikan solat Maka secara patuh mereka menghentikan peperangan dan kekerasan serta bersabar dalam menghadapi siksaan Kaffir Quraisy. Ini bukanlah kerana lemah dan takut. Sejarah tidak pernah mencatatkan bahawa seseorang Muslim di tahap Makkah pernah mempertahankan diri dari kezaliman Quraisy dengan senjata meskipun ia berkemampuan untuk berbuat demikian. Inilah suatu sifat kepatuhan dan ketaatan kepada kepimpinan hasil daripada pembentukan Rasulullah s.a.w mengikut proses yang ditentukan oleh Allah s.w.t yang tidak ada tolok bandingnya di dalam sejarah kemanusiaan. Dengan roh tauhid dan keimanan, dengan pengajaran Nabi yang sempurna, dengan pendidikan yang teliti dan bijaksana, dengan peribadi Rasulullah s.a.w yang luarbiasa dan dengan Kitab suci al Quran al Karim yang dipenuhi dengan mukjizat, maka Rasulullah s.a.w dapat membangunkan kehidupan yang baru kepada Generasi Pertama dahulu dan mengangkat kembali nilai kemanusiaan yang hampir musnah. Kemudian Rasulullahs.a.w meletakkan di tempat yang sewajarnya untuk mengisi hidup baru kepada kemanusiaan. Hasil dari usaha-usaha Rasulullah s.a.w yang gigih lahirlah peribadi Muslim seperti Abu Bakr as Siddiq yang terkumpul padanya sifat-sifat terpuji. Orang dahulunya tidak pernah menyangka dan tidak pernah disangka akan menjadi orang yang pertama meneruskan amanah Allah s.w.t yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk memimpin manusia ini ke matlamat yang suci murni. Lahir juga peribadi Muslim seperti Umar al Khattab yang dahulunya mengembala unta bapanya, al Khattab, meskipun padanya terdapat sifat-sifat tegas dan berani tetapi tidak pernah menyediakan tapak untuk meletakkan ke tempat yang tinggi dan tiada siapa yang menyangka dengan pimpinan dan didikan baginda Rasulullah s.a.w tiba-tiba Umar

15 muncul menggemparkan alam ketika itu dengan kepintaran dan ketegasannya keberaniannya dapat merobohkan singgahsana Kaisar Romawi. serta

Kemudian dapat menegakkan di atas keruntuhan untuk pemerintahan Islam yang dapat mengatasi Romawi dan Farsi di segi pentadbiran dan peraturan dan ditambah pula dengan sifat-sifat wara, taqwa, tegas dan adil yang menjadi contoh teladan zaman berzaman.

Juga lahir peribadi-peribadi seperti Ali bin Abi Talib, Aisyah, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ibn Umar, Zaid bin Thabit, sebagai tokoh-tokoh ulama yang tiada bandingannya dari dahulu hingga sekarang dan mungkin juga di masa akan datang. Mereka ini adalah hasil daripada latihan dan didikan Madrasah Rasulullah s.a.w, maka terpancarlah ilmu pengetahuan daripada tokoh-tokoh tersebut dan kata-kata hikmat lahir daripada mulutmulut mereka. Mereka bercakap maka seluruh zaman akan terdiam dan mereka berkhutbah maka seluruh zaman menunggu-nunggu untuk merakamnya. Dengan itu lahirlah kumpulan Islam hasil dari didikan Rasulullah s.a.w yang berasaskan Tauhid dan kemampuan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan hasi dari pengajian mereka dari sumber al Quran al Karim dan as Sunnah an Nabawiyyah untuk mengepalai dan memimpin manusia ke arah kebaikan yang abadi. Inilah satu revolusi pembentukan peribadi yang luarbiasa dan satu-satunya yang pernah berlaku di dalam sejarah kemanusiaan dan hingga kini revolusi seumpama itu tidak berulang kembali. Revolusi yang menghasilkan kumpulan Mumin sejati tampil mengepalai kepimpinan alam ke arah kesejahteraan dengan sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia bagi menjamin kesejahteraan dan kejayaan manusia di bawah kepimpinan tersebut.

Sifat-sifat Keperibadian Mereka Antaranya ialah : a. Mereka itu adalah kumpulan pertama atau lebih dikenali sebagai Generasi Al Quran, pendokong kitab suci al Quran al Karim dan Syariat Allah s.w.t. Mereka itu tidak mencipta undang-undang atau menggubal perlembagaan hidup mengikut kehendak jiwa mereka sendiri. Mereka faham bahawa jiwa tanpa hidayat Islam adalah sumber kejahilan, kesesatan dan kezaliman. Mereka tidak secara teraba-raba

16 memilih jalan hidup mereka dan corak pergaulan mereka. Mereka telah menerima cahaya daripada Allah s.w.t bagi menerangi jalan hidup mereka di kalangan masyarakat manusia, bagi membetul dan memandu manusia ke arah yang selamat. Firman Allah s.w.t :Terjemahannya : Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-sekali tidak dapat keluar daripada nya?. Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan. (Al-Quran, Al- Anaam 6,122 ) b. Mereka tidak memegang kuasa memerintah atau memimpin tanpa menjalani latihan akhlak dan didikan jiwa. Mereka menghabiskan masa yang panjang menjalani didikan junjungan Muhammad s.a.w, di bawah perhatian baginda yang teliti hingga lahirlah pada peribadi mereka sifat-sifat Zuhud, Wara, Afah, Amanah, tidak mementingkan diri sendiri, takutkan Allah s.w.t , tidak tamak dan tidak terlalu ghairah terhadap kuasa. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Kami demi Allah tidak akan memilih sebagai pemerintah orang yang memintanya atau orang yang terlalu ingin kepadanya . Mereka tidak berebut-rebut kepada jawatan tetapi sebaliknya mereka merasa berat menerimanya apabila dilantik, apatah lagi untuk mencalonkan diri mereka bagi jawatan tertentu dan berkempen, berdiayah dan membelanjakan wang yang banyak bagi memenangi jawatan tersebut. Apabila mereka dilantik memegang sesuatu jawatan mereka tidak menganggapnya sebagai suatu sumber kekayaan atau keuntungan, tetapi mereka menganggap sebagai suatu amanah yang terpikul di atas bahu mereka atau sebagai ujian daripada Allah s.w.t. Mereka sedar mereka bertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t dari sebesar-besar pekerjaan hingga sekecil-kecilnya. Mereka sentiasa mengingati pesanan Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim : Terjemahan : Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ( Al-Quran, Al Anaam 6,165 )

17 c. Mereka faham bahawa mereka bukan berkhidmat kepada bangsa semata-mata, mereka bukan utusan bangsa dan negara, berusaha untuk kesenangan dan muslihat bangsa dan negara semata-mata. Mereka faham bahawa mereka bukan dilahirkan untuk mengasaskan Empayar Arab untuk menikmati segala kemewahannya dan bermegah dengan keArabannya atau lahir untuk melepaskan manusia daripada pemerintahan Romawi dan Farsi dengan kekuasaan Arab dan pemerintahan mereka. Tetapi tugas mereka ialah untuk mengeluarkan manusia dari beribadah kepada sesama manusia kepada berubudiyyah kepada Allah s.w.t semata-mata sepertimana yang telah ditegaskan oleh Rabi bin Amir utusan tentera Islam kepada Yazdjir yang bermaksud : Allah s.w.t mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia dari beribadah kepada manusia kepada beribadah kepada Allah s.w.t semata-mata dan mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia ini kepada yang lebih luas lagi dan mengeluarkan manusia daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam

Nilai bangsa-bangsa adalah sama sahaja pada mereka. Yang lebih tinggi pada mereka ialah nilai taqwa kepada Allah semata-mata. Firman Allah yang bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal, Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali ( AQuran, Al Hujuraat 49,13 ) Sayyidina Umar al Khattab semasa memerintah beliau berkata kepada Amru al As apabila mengetahui bahawa anak Amru memukul seorang warga negara Mesir serta bermegah dengan pangkat dan kebesaran bapanya, maka Umar terus bertindak menghukum Amru dan anaknya sekali seraya berkata yang bermaksud :- Bilakah kamu mula memperhambakan manusia sedangkan mereka diperanakkan oleh ibu-ibu mereka di dalam keadaan merdeka . d. Mereka faham bahawa manusia ini terdiri dari jasmani dan rohani, terdiri dari hati, akal, perasaan dan juga anggota lahir yang lain. Manusia tidak akan merasa bahagia, berjaya dan maju secara adil dan saksama selama mana dia tidak diberi bimbingan dan asuhan yang sewajarnya mengikut nilai-nilai Islam yang sewajarnya.(Bravenet.com/jiwa) Konsep tauhidik membuktikan bahawa Ia bukan seseorang muslim yang menjadikan Islam itu sempurna, tetapi ia adalah Islam yang membuatkan seseorang muslim sempurna (Maizura Mohd Ederis.Konsep tauhid dalam sastera Melayu Tradisional.Jurnal Melenia Muslim.)

18

10. FAEDAH MEMPELAJARI ILMU TAUHID


i. Untuk menguatkan keimanan serta keyakinan dan kepercayaan di dalam hati. ii. Untuk membetulkan pegangan terhadap perkara yang benar iii. Untuk menjaga iman dan diri supaya selamat di dunia dan akhirat supaya selari dengan keredhaan Allah S.W.T. iv. Yakin dengan hari akhirat v. Ilmu tauhid muncul dan dipelajari untuk mempertahankan akidah serta aliran atau fahaman yang dipegang oleh golongan Salaf dan Ahli Sunnah daripada diresapi oleh sebarang bentuk akidah yang menyeleweng iiv. Menolak sebarang fahaman sesat yang menular dalam masyarakat serta memperbetulkannya agar segera kembali kepada pegangan yang benar berlandaskan AlQuran dan Sunnah.

11. KESIMPULAN
Kesimpulannya, ilmu Tauhid adalah wadah yang menjadi priroriti kepada umat manusia untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tauhid adalah asas keyakinan manusia kepada penciptannya,iaitu Allah S.W.T. Tauhid juga asas pegangan terhadap perkara yang benar. Di mana semasa hayat Rasulullah S.A.W., sahabat dididik dengan sikap dan watak BERTAUHID dalam hidup mereka. Kehidupan yang menjadikan Rasulullah S.A.W. sebagai qudwah hasanah. Dengan semangat tauhid, Islam berjaya dikembangkan ke pelusuk dunia. Tauhid juga menjadi perbahasan sehingga berkembang menjadi suatu ilmu yang menerangkan bagaimana seharusnya seseorang muslim itu membuktikan kewujudan Allah S.W.T. dan mentauhidkan-Nya.Tauhid menjadi teras dalam amalan seharian menusia kerana kita diciptakan untuk mengabdikan diri kepadaNya.

19

BIBLIOGRAFI
1. (Abd. Latif Muda dan Rosmawati Ali.1998. Ilmu Tauhid,hal 2-13, .Kuala Lumpur.Pustaka Salam Sendirian Berhad) 2. (Dr.Ir.Muhd.Imaduddin Abdulrahim.2002.Kuliah Tauhid.hal 81-82,Jakarta.Gema Insani Press) 3. (Al-Quran Karim dan Al-Hadith) 4. (Bravenet.com/jiwa) 5. ( Maizura Mohd. Ederis.2005.Konsep tauhid dalam sastera melayu tradisional. Jurnal Melinea Muslim 3 Disember (35-40): 59-60. 6. ( Kamal Al-Faruki.1965. Tawhid and the doctrine of Islamic.Journal Of The Central Institute Of Islam Reseacrh,Karachi 4(1): 31

20

21

Anda mungkin juga menyukai