Anda di halaman 1dari 1

‫الر ِح ْي ِم‬

َّ ‫الر ْح َم ِن‬ َّ ‫هللا‬ ِ ‫ِب ْس ِم‬


‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َع َلى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َع َلى آلِ ِه‬ َّ ‫العاقِ َبة ل ِْل ُم َّتقِي َْن َوال‬
َ ‫ َو‬, ‫العا َل ِمي َْن‬ ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬
َ ِّ‫هلل َرب‬
‫َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dan menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru peringkat Sekolah
Kebangsaan Paya Dalam tahun 2022  . Kami juga memohon kehadhrat-Mu agar
majlis ini berjalan dengan lancar .
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa
Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah
untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami, demi
membangunkan negara dalam menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Kau
berkatilah perhimpunan kami ini pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai
satu perhimpunan yang hanya mengharapkan keredhaan dariMu.
Kau pandanglah kepada usaha kami yang kerdil ini, melalui wadah yang
dinamakan (Nama Persatuan), sebagai satu usaha yang mulia di sisiMu.  Kau
kurniakan persatuan ini dengan bimbingan yang berterusan Ya Allah.
Ya Allah Ya Fattahu Ya Alim,
Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang taat kepada
kepimpinannya. Ahli-ahli yang beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan. 
Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang  sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Semoga segala usaha yang dijalankan meningkatkan kemenjadian murid dari segi
rohani, akademik dan kokurikulum.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Engkau suburkan jiwa kami dengan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah
s.a.w. Engkau himpunkan kami bersama dengan Baginda Nabi di padang Mahsyar nnti
dan dapat minum air telaga alkauthar.
Ya Allah , kurniakanlah kepada kami kesihatan yang baik dan berpanjangan, hati yang
tenang dan sabar serta istiqomah dalam perjuangan melakukan kebaikan.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.
ُ ْ‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا ِمنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمع‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َج ْمعًا َمرْ ح ُْومًا‬
‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َن ا‬، ‫ص ْومًا‬
. ‫َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َشقِ ًّيا َوالَ َم ْطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‬

Anda mungkin juga menyukai