Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja

Pertandingan Perbahasan Ala Parlimen Bahasa Cina Sekolah-sekolah Menengah Peringkat


Daerah ___________ / Negeri Sembilan

1. Objektif:

1.1 Memberi peluang kepada semua sekolah menengah di Negeri Sembilan mengambil
bahagian dalam pertandingan perbahasan Ala Parlimen.

1.2 Mencungkil bakat perbahasan Bahasa Cina di Negeri Sembilan.

1.3 Meningkatkan tahap penggunaan Bahasa Cina di peringkat sekolah.

1.4 Memupuk minat pelajar dalam aktiviti pembahasan.

2. Peserta:

2.1 Semua pelajar dari kelas Bahasa Cina sekolah-sekolah menengah di Negeri
Sembilan.
( Setakat ini, ada 16 buah sekolah yang bersetuju untuk menyertai pertandingan.)

2.2 Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 2
pendebat dan 2 simpanan.

3. Tajuk :

3.1 Tajuk akan diumum oleh pihak penyelaras pertandingan dua minggu sebelum
pertandingan diadakan.

4. Prosedur pertandingan

4.1 Sebelum hari pertandingan.


4.1.1 Semua guru pengiring akan bermesyuarat dua minggu sebelum tarikh pertandingan
perbahasan dijalankan. Tajuk perbahasan akan diumumkan oleh pihak pengelola.
Cabutan
undian juga akan diadakan untuk menentukan giliran pertandingan dan pendirian.

4.2 Pada hari pertandingan


4.2.1 Sila melaporkan diri ke “bilik bahas” yang ditentukan mengikur link yang diberi
sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pertandinganbermula, senarai nama
pendebat yang bakal bertanding perlu diserah pada masa lapor diri.
4.2.2 Pendebat-pendebat diminta memeriksa mic dan kamera masing- masing. Penukaran
dibenarkan dalam masa uji mic sekiranya pendebat mendapati micnya atau kelajuan
internet tergendala.
4.2.3 Sekiranya peasukan pendebat masih tidak menghadirkan diri 10 minit selepas
pertandingan bermula, maka pasukan tersebut dianggap “walk-over”.
4.2.4 Semasa pertandingan, pendebat perlu melebalkan NAMA dan menggunakan latar
(background) yang dibekalkan oleh pengerusi teknik.
4.2.5 Sekiranya terdapat gangguan internet yang mempengaruhi penyampaian hujah,
masa 5 minit akat diberi oleh Pengerusi Majlis untuk tujuan penyenggaraan. Masa
penyampaian akan disambungkira selepas penyenggaraan.
4.2.6 Jika masalah gangguan internet tidak dapat diselesaikan dalam masa yang
diperuntukkan, maka masa akan dikira pada waktu gangguan inertnet mula berlaku
sehingga tamat.

4.3 Semasa pertandingan


4.3.1 Giliran
No Kerajaan Masa No Parti Pembangkang Masa
Perdana Menteri Pembangkang #2
1 menyampaikan ucapan 4 2 melakukan celahan/ 2
substantif meminta penjelasan
Menteri Ke-2 Pembangkang #1
4 melakukan celahan/ 2 3 menyampaikan ucapan 4
meminta penjelasan substantif

6 Ulasan Menteri Ke-2 2 5 Ulasan Pembangkang #2 2


7 Debat bebas 4 7 Debat Bebas 4
9 Ucapan Gulungan 4 8 Ucapan Gulungan 4

4.3.2 Ucapan gulungan boleh dilakukan oleh mana-mana pendebat.


4.3.3 Kedua-dua pasukan diberi masa 3 minit untuk berbincang sebelum
ucapan gulungan disampaikan.
4.3.4 Ulasan hakim selepas undi tanggapan diserah.

5. Hakim, Pengerusi Majlis dan Pengjaga Masa


5.1 Setiap pertandingan memerlukan 3 orang hakim (Pusingan 1 / Suku Akhir) /
5 orang hakim ( Separuh Akhir / Akhir) , seorang Pengerusi Majlis dan 2 orang
penjaga masa.

5.2 Hakim, Pengerusi Majlis dan penjaga masa akan dilantik oleh pihak pengelola.

6. Pemarkahan:
6.1 Pengiraan Markah
6.1.1 Markah Individu ( 100% x 2)
a. Ucapan substantif / Celahan - 30%
b. Penjelasan/ Ulasan - 20%
c. Debat bebas - 40%
d. Gaya & Penggunaan bahasa -10%

6.1.2 Markah Pasukan


a. Rangka isi - 40%
b. Kerjasama keseluruhan - 20%
c. Ucapan Gulungan - 40%

6.1.3 Jumlah Markah 300%

6.2. Hakim perlu menghantar Borang Markah dan Calon Pendebat terbaik dalam Google
Form dalam masa 5 minit selepas pertandingan berakhir.

6.3 Undi Tanggapan dan Undi Markah dihantar dahulu, Undi Akhir dihantar selepas
ulasan hakim.

6.4 Pemenang ditentukan mengikut 3 pusingan undi hakim, iaitu Undi Tanggapan, Undi
Markah dan Undi Akhir.

6.5 Hujah yang menyentuh agama dan bangsa serta yang mengancam maruah individu
tidak dibenarkan.

7. Applikasi yang digunakan

7.1 VoovMeeting – platform untuk pertandingan


7.2 CB timer- mengira masa sepanjang pertandingan

8. Bantuan Teknikal
8.1. Bekas pelajar yang mahir dalam perbahasan secara online

9. Hari Pertandingan
9.1 Hari Pertama - Pusingan awal ( 8 pertandingan )
- 2 pertandingan dijalankan serentak

9.2 Hari Kedua - Pusingan suku akhir ( 4 pertandingan )


- 2 pertandingan dijalankan serentak

9.3 Hari Ketiga - Pusingan separuh akhir ( 2 pertandingan ) dan pusingan akhir
- 2 pertandingan dijalankan serentak

9.4. Demi mengelakkan sebarang kekangan berlaku yang akan menjejaskan perjalanan
pertandingan, maka pertandingan dijalankan dalam 3 hari yang berlainan.
9.4.1 Contoh: Hari Pertama pada hari Isnin, Hari Kedua pada Khamis dan Hari Ketiga
pada Isnin depan.

Anda mungkin juga menyukai