Anda di halaman 1dari 5

4.

0 Konsep dan pengertian pembaharuan Kurikulum Pendidikan

Islam sebagai ad Din merangkumi semua aspek kehidupan, keagamaan dan


duniawi dan menemui setiap rahsia kehidupan dan alam semesta. Pendekatan terhadap
kehidupan dan alam semesta ini boleh dibenarkan dan dipenuhi hanya melalui
pendidikan. Elemen pendidikan adalah elemen yang paling penting dalam usaha
menjadikan setiap insan sentiasa mentauhidkan Allah swt dalam kehidupan. Ia bertepatan
dengan ayat 1, surah Al ‘alaq

Bacalah dengan nama Tuhanmu

Pembaharuan kurikulum pendidikan semakin terus berkembang mengikut


peredaran masa. Menurut Syed Abdullah (1966) dan Afzal (1999), Ibnu Maskawiyah
telah menitikberatkan asas lahiriah dan rohaniah pendidikan. Al Ghazali pula
mengemukakan idea bahawa tujuan ilmu ialah pencapaian ilmu melalui wahyu.
Manakala Ibnu Khaldun pula mementingkan unsur luaran dan fizikal serta persekitaran
dalam pendidikan. Shah Waliyullah pula telah mengemukakan cara bagi menyelaraskan
kehidupan duniawi, keagamaan dan mengharmonikan kedua-dua elemen ini dalam
kehidupan.

Dalam melaksanakan pembaharuan kurikulum pendidikan, ia haruslah


berteraskan kepada makna dan tujuan pendidikan. Makna dan tujuan pendidikan adalah
dua unsur yang saling berkaitan, yang telah menarik perhatian ahli falsafah dan pendidik
sejak dahulu lagi. Ia memberi kesan kepada perbezaan dalam memahami hakikat,
peranan dan tujuan hidup.

Menurut (Daud, 2005) terdapat dua pandangan teori tentang tujuan pendidikan.
Pandangan teori pertama adalah berorientasikan kemasyarakatan iaitu pandangan yang
menganggap pendidikan sebagai sarana utama dalam melahirkan rakyat yang baik, baik
untuk sistem pemerintahan demokratis, oligarkis, mahupun monarkis. Pandangan teori
kedua ialah adalah berorientasikan kepada individu, yang lebih menumpukan pada
keperluan, daya tampung dan minat pelajar.

Konsep al Mizan

Pembaharuan kurikulum yang ingin dilaksanakan harus mempunyai elemen al


Mizan. Menurut (Rahman, 2019) Al Mizan bermaksud keseimbangan dan keadilan
dalam sesuatu perkara. Keseimbangan dalam mengimbangi segala tuntutan duniawi dan
ukhrawi dalam kehidupan seharian memainkan peranan penting bagi menguatkan mutu
komuniti Islam sejagat. Manakala keadilan antara hamba – hambaNya baik dalam ucapan
atau dalam perbuatan.
Prinsip-Prinsip al Mizan

Konsep al Mizan yang merangkumi elemen keseimbangan dan keadilan ini boleh
dicapai dengan mengambil kira empat prinsip utama al Mizan iaitu al Ubudiyyah, al
Syura, al Hurriyah dan al Musawah.

Pertama, Al Ubudiyah bermaksud pengabdian diri keapada Allah swt. Prinsip ini
menekankan kepada sifat pengabdian diri pada Allah swt dengan sebenar-benarnya dan
sebarang perbuatan serta akiviti yang dijalankan mestilah mengikut pensyariatan Islam.
Kedua, al Syura bermaksud perbincangan atau mesyuarat. Prinsip ini amat digalakkan
dalam Islam dalam proses membuat keputusan bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perkelahian. Ketiga, al Hurriyah bermaksud kebebasan dan
keupayaan untuk memilih dalam melakukan sesuatu perkara disamping mengikut
undang-undang yang telah ditetapkan. Prinsip ini menunjukkan Islam mengiktiraf
kebebasan manusia untuk berfikir, memberi pandangan, mencari dan memiliki harta
kekayaan dengan cara yang betul. Keempat, al Musawah bermaksud kesamarataan dan
persamaan. Prinsip ini menjelaskan bahawa setiap pekerja dalam organisasi perlu
diterima dan dilayan secara sama rata dari segi undang-undang ataupun peraturan.

Kesimpulan

Konsep al Mizan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha


memartabatkan kelestarian kurikulum pendidikan. Elemen pembinaan masyarakat yang
holistic dan seimbang sangat perlu dititik beratkan supaya ia menjadi teras utama dalam
pembaharuan dan pemerkasaan kurikulum pendidikan bagi menjamin kesejahteraan
negara.

5.0 Tujuan pembaharuan kurikulum pendidikan

Pembaharuan kurikulum pendidikan Islam yang ingin dilaksanakan pada masa


kini haruslah seiring al Quran dan hadith. Islam, Ad Din dan kehidupan di dunia tidak
boleh dipisahkan antara satu sama lain. al-Quran dan sunnah adalah asas bagi agama
Islam dan ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Maka dengan itu, Rasulullah
saw adalah suri tauladan yang perlu diikuti dalam kehidupan seharian. Dalam memahami
perbezaan mazhab fiqh, adalah menjadi suatu keperluan supaya umat Islam tidak
bertaqlid atau berpegang hanya pada satu mazhab dan seharusnya menjadikan Sunnah
Rasulullah sebagai garis panduan dalam kehidupan.

Perubahan dalam kurikulum serta penggunaan kaedah baru dalam pengajaran dan
pembelajaran sentiasa berlaku di dalam pendidikan. Ia bertujuan untuk meningkatkan
kualiti pendidikan, meningkatkan kefahaman dan prestasi pelajar di dalam pembelajaran
(Sufean Hussin, 2002).

Menurut Azizah Abd Rahman (1982) pula, perubahan dan pembaharuan


kurikulum bukan suatu perkara yang asing. Ia seringkali dibincangkan oleh para pendidik
di seluruh dunia. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perubahan sesuatu
kurikulum antaranya adalah perkembangan sistem pendidikan sesebuah negara. Justeru,
kurikulum harus diperbaharui dan diubah seiring dengan perkembangan dan kemajuan
sistem pendidikan sesebuah negara. Hal ini disebabkan oleh peranan kurikulum yang
menjadi medium untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan yang dihasratkan

Justeru, Shah Waliyullah telah menggaris empat elemen penting dalam memaknai
tujuan pembaharuan kurikulum pendidikan iaitu

a. Emosi.
Emosi dan perasaan ini diperoleh melalui salah satu daripada lima deria yang
mempunyai hubung kait dengan anggota jasmani

b. Pemikiran.
Ia mempunyai kaitan dengan daya berfikir. Fungsinya adalah untuk
mempertimbangkan objek yang tidak hadir mempunyai warna dan bentuk.

c. Imaginasi.
Ia berkaitan dengan daya imaginatif. Imaginatif ini bertujuan untuk memahami
makna tertentu, membawa hubungan dengan pancaindera dan kemudian untuk
mengekalkan serta memastikan kelangsungan kelestariannya.

d. Akal.
Ia berkaitan dengan spiritual dan jiwa yang rasional. Ia berfungsi untuk memahami
konsep semula jadi dan metafizik

Pembaharuan kurikulum pendidikan Islam ini menjadi suatu tuntutan untuk


memperbaharui dogma dan amalan Islam daripada perkara bid'ah, dosa dan syirik yang
menyelinap ke dalam sejarah perkembangan umat Islam. Pembaharuan ini hanya dapat dicapai
melalui rejuvenisasi pendidikan al-Quran dan hadis melalui pemahaman yang betul. Menurut
(Sadiq, 1985), untuk menjelaskan pendekatan bagi pembaharuan kurikulum ini, beliau telah
menggariskan beberapa matlamat seperti berikut:

i. Pembangunan kualiti hidup masyarakat


ii. Penyiapan keperluan setempat dan fizikal individu
iii. Kepuasan keperluan psikologi individu seperti sifat hormat dan keyakinan diri
iv. Perkembangan intelek, rohani, moral, jasmani dan emosi individu secara
seimbang
v. Pemeliharaan individu dan masyarakat daripada sebarang ancaman atau musibah
vi. Pengorganisasian badan kebajikan dalam institusi keluarga, masyarakat dan
pentadbiran
vii. Pembinaan nilai persahabatan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk
viii. Pembangunan daya usaha untuk kreativiti dan daya inkuiri di kalangan pelajar
ix. Rejuvenisasi semula ilmu-ilmu agama
x. Penyelarasan ilmu ketuhanan dan ilmu keduniaan secara saintifik
Pendekatan Dalam Pembaharuan Kurikulum

Dalam usaha melakukan pembaharuan kurikulum pendidikan, terdapat beberapa


pendekatan yang digunakan bagi merealisasikan usaha ini. Menurut (Azra, 2012), terdapat tiga
faktor yang mempengaruhi pembaharuan sistem pendidikan. Pertama adalah pembaharuan
struktur pengurusan sistem pendidikan. Pembaharuan ini menuntut pembezaan sistem pendidikan
untuk menjangka dan menampung pelbagai perbezaan sosial, teknikal dan pengurusan.
Perancangan dan pelaksanaan ini mesti dinyatakan dalam bentuk penggubalan, penerimaan dan
pelaksanaan dasar pendidikan di seluruh peringkat.

Kedua ialah pembezaan struktur sistem pendidikan. Ini berkaitan dengan pembahagian
dan kepelbagaian institusi audit mengikut fungsi yang dimainkannya. Sistem pendidikan Islam
mesti memberi peluang malah memerlukan penubuhan institusi penilaian dan penaziran bagi
menjangkakan trend dan perubahan yang berlaku.

Ketiga ialah pengembangan sistem pendidikan. Hal ini berkaitan tentang perluasan sistem
pendidikan untuk menyediakan pendidikan kepada seramai mungkin pendidik mahuoun bakal
guru sesuai dengan kehendak pelbagai sektor masyarakat.

Kesimpulan

Faktor jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah sangat perlu diseimbangkan seiring dengan
perubahan semasa kurikulum pendidikan. Secara tidak langsung, (Najwa, 2022) ia dapat
membangkitkan dan memugar pendidikan berasaskan nilai berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi membina semula nilai-nilai asas, budi dan akhlak ke dalam stuktur asas
masyarakat dalam negara (Tasnim, 2022) (Hashim, 2018)

Bibliography

Afzal, M. (1999). A Critical Evaluation Of Shah Wali Allah Philosophy Of Education And Its
Aplication In Our Times. Lahore: University Of The Punjab.
Azra, P. A. (2012). Pendidikan Islam Tradisi dan Modernisasi Di Tengah Tantangan Milenium.
Jakarta: Kharisma Putra Utama.
Daud, W. M. (2005). Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al Attas Satu
Huraian Konsep Asli Islamisasi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hashim, D. A. (2018). Resolusi Seminar Pendidikan Tinggi Berasaskan Nilai. In D. A. Hashim,
Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelaksanaannya Pasca 2020
(pp. 385 - 386). Gombak: IIUM.
Rahman, A. A. (2019). Konsep al Mizan: Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kelestarian
Pendidikan Tinggi. In D. A. Hashim, Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Dalam Pelaksanaannya Pasca 2020 (pp. 313 - 332). Gombak: IIUM.
Sadiq, N. I. (1985). Falsafa-i-Taleem. Islamabad: A.I.O.U.

Anda mungkin juga menyukai