Anda di halaman 1dari 1

TINJAUAN LITERATUR

1) Menurut Suraiya Ishak et. al. (2014), suatu pendekatan mengenai kepekaan pengguna
muslim terhadap soal haram halal suatu produk / makanan adalah dengan
mengenalpasti sejauh mana kepekaan pengguna muslim terhadap persepsi halal dalam
kalangan pengguna di Malaysia. Logo halal ke atas produk / makanan semakin diberi
perhatian oleh pengguna di Malaysia, terutamanya pengguna beragama Islam. Akan
tetapi masih terdapat segelintir pengguna yang masih belum mengetahui dan
memahami konsep halal yang telah ditetapkan oleh syarak. Kajian mereka yang
bertajuk Malaysia sebagai Pusat Halal Global: Satu Penemuan Awal Mengenai
Persepsi Halal Dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia, Malaysian Journal of Society
and Space 10 issue 6 (48 - 56) 56 -2014 bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana
kepekaan pengguna muslim terhadap persepsi halal dalam kalangan pengguna di
Malaysia.

Kajian ini menggunakan metodologi kajian kaedah kualitatif dengan


menggunakan borang kaji selidik yang diedarkan kepada pengguna. Persepsi halal
dilihat daripada aspek persetujuan pengguna ke atas tanggapan yang lazim diberikan
kepada produk yang berstatus halal. Persepsi halal ini diukur menggunakan lima
skala. Suraiya Ishak et. al. (2014), membuktikan bahawa hasil kajian adalah dengan
menunjukkan bahawa status logo halal adalah perlu bagi membuktikan sesuatu
produk itu halal dan tahap persepsi halal dalam kalangan pengguna. Para penulis
menyimpulkan bahawa keyakinan dan keraguan pengguna terhadap produk halal
tidak semestinya diselesaikan dengan mempamerkan logo halal sebaliknya ia juga
merangkumi faktor yang lain. Endang (2010) dan Munyaradzi dan Caly (2012)
mendapati status sosial turut mempunyai pengaruh terhadap persepsi ke atas produk
halal.

2)
3)
4)
........................

Anda mungkin juga menyukai