Anda di halaman 1dari 2

CONTOH PERMAINAN BAHASA Contoh 1 Nama permainan : Maka berkatalah Simon Kemahiran : Mendengar dan membezakan arahan Objektif

: (i) Melakukan arahan mudah yang didengar (ii) Mengenal pasti dan menamakan bahagian-bahagian tubuh Kandungan : - Bahagian-bahagian tubuh - Kosa kata: siku, kuku, jari hantu, jari manis, ibu jari, lutut, buku lali, hidung, telinga, mulut, kepala, dahi, mata, kening - Aspek bahasa: berdiri, duduk tunjukkan saya... sila angkat... tunjuk kepada... pegang...anda Jenis aktiviti : Kelas Prosedur Permainan : i. Pelajar ditunjukkan beberapa model yang melakukan aksi tertentu ii. Pelajar diterangkan peraturan permainan iii. Pelajar perlu mendengar arahan yang bermula dengan Simon berkata... Misalnya: Simon berkata berdiri iv. Pelajar melakukan aksi yang disebutkan v. Pelajar berdiam diri sebentar vi. Guru kemudian berkata duduk vii. Pelajar yang membuat aksi tersebut tanpa dimulai dengan perkataan Simon berkata... akan diketepikan daripada permainan.119 JURNAL IPBA Jilid 3: Bil.3

viii. Mainkan permainan ini beberapa ketika dan pelajar yang tinggal apabila permainan ditamatkan dikira sebagai pemenang. Contoh 2 Nama permainan : Salah atau betul Kemahiran : Mendengar dan memahamkan arahan Objektif : (i) Mendengar ayat-ayat penyata yang diujarkan (ii) Memahami arahan mudah yang didengar Kandungan : Ayat Penyata Jenis aktiviti : Kelas Kumpulan mengikut barisan Prosedur Permainan : i. Teriakkan beberapa ayat penyata dengan jelas Misalnya: Sekarang hujan lebat. Hari ini hari Selasa. Guru kelas ini seorang wanita. Dua orang pelajar tidak hadir hari ini. (Jika ayat yang disebut itu betul pelajar akan duduk di kerusi. Sebaliknya, jika ayat yang disebut itu salah pelajar akan berdiri) ii. Markah akan diberi bagi setiap aksi yang betul iii. Guru boleh mengulang aktiviti ini dengan mengemukakan ayat-ayat yang seterusnya. iv. Kumpulan yang ahlinya banyak melakukan aksi yang betul dikira menang. RUJUKAN