Anda di halaman 1dari 112

SIRI 222 (VS Nov 99) DISERANG MONYET JADIAN by Manjalara, Dalam masa yang amat singkat beratus

ratus ekor monyet menguasai bumbung rumah dan pokok ara besar. Semua monyet tersebut memperlihatkan kemarahan. Tidak mahu menerima kehadiran kami. Bila saya acah kemarahan kumpulan monyet itu kian menjadi-jadi. Malah ada yang berani mendekati kami. Datuk dan Ali Usman tetap tenang. Buat saya, keadaan begini sungguh membosankan, menjadikan saya tidak tentu arah dan lemas sendirian. Mahu rasanya menjerit sekuat hati. Ketika saya membongkok mahu mengambil sepotong kayu di hujung kaki untuk dibalingkan ke arah monyet-monyet yang menjerit, datuk segera memagang tangan saya. Jangan, suara datuk keras. Jangan Tamar, monyet-monyet di sini kalau diganggu akan mengamuk, susah kita dibuatnya. Ali Usman bagaikan menyokong tindakan yang datuk buat. Mana kamu tahu? Aku sudah mengalaminya, dulu aku datang ke sini, seekor monyet jantan mengacah-acah aku di kepala tangga. Bila di baling dengan kayu se kumpulan monyet lain datang menyerang. Nasib baik bapa saudara aku ada. Kalau dia tak ada tak tahulah apa nak kata. Hmmmmm............. keluh saya. Bila melihat kumpulan monyet kian bertambah, datuk seperti keresahan. Lebihlebih lagi bila melihat ukuran badan satu kali lebih besar dari monyet biasa.. Terdapat juga satu kumpulan monyet berbulu putih dan kemerahan. Kumpulan yang berbulu kemerah-merahan ini lebih agresif berbanding dengan kumpulan yang lain. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan, kita sebenarnya dalam bahaya. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, kita mesti bertindak. Sebaik saja selesai bercakap, datuk mematahkan batang pokok kemahang yang ada disisinya. Batang kemahang itu dipatah tiga. Bahagian bawah dihumbankan ke bawah rumah manakala bahagian atas dicacak kebumi.

Batang bahagian tengah ditimang beberapa kali. Berdaasarkan gerak mulutnya, saya yakin datuk sedang membaca ayat-ayat suci. Bila pembacaannya tamat, kayu yang ditimang terus digenggam erat. Kemudian potongan kayu itu terus dilemparkan ke pangkal pokok ara besar. Monnyet-monyet liar yang bergayutan bertempiaranmenuju kearah bukit kecil. Akibat dari lompatan monyet-monyet tersebut, dedaun muda dan tua berguguran ke bumi. Reranting yang kering berjatuhan. Bunyi deru akibat lompatan kumpulan monyet dari dahan ke dahan, tidak ubah seperti rebut yang kuat. Jeritan dari monyet-monyet itu menegejutkan beburung dan lain-lain unggas yang mendiami hutan sekitar rumah. BESAR Dalam suasana yang tidak menentu itu, seekor monyet besar yang ukuran tingginya sama dengan seekor beruang dewasa muncul dari balik pangkal pokok ara besar. Seluruh badannya si selimuti bulu tebal berwarna kemerah-merahan. Bentuk muka monyet besar ini menyerupai muka mawas yang seketurunan dengan orang hutan dan cimpanzi. Monyet besar mendengus marah sambil menyeringai gigi yang tajam. Dalam keadaan tegak melangkah perlahan-lahan kea rah datuk. Ali Usman bagaikan terpaku. Saya toleh ke kiri, toleh ke kanan mencari tempat yang sesuai untuk melompat dan melarikan diri. Andainya, berlaku sesuatu yang tidak diduga. HAMPIR Monyet besar kian lama kian hampir dengan datuk. Secara perlahan-lahan Ali Usman berubah tempat. Tadi ke kanan, kini betul-betul berada di belakang datuk. Saya pula berlindung di belakangnya (Ali Usman). Apa saja ayat-ayat Quran yang saya ingat saya terus baca. Kamu berdua pergi jauh, cari tempat berlindung Tanpa menoleh ke arah saya dan Ali Usman datuk mengeluarkan arahan. Jeritan kumpulan monyet tidak kedengaran lagi. Begitu juga dengan yang patah. Dedaun tua dan muda tidak ada yang berterbangan. Bunyi menderu juga sudah berakhir. Cepat cari teempat berlindung, jangan banyak fikir.

Kerana kami masih teragak-agak, datuk mengeluarkan arahan kali kedua. Kali ini nada suaranya meninggi dan keras. Membayangkan kemarahan mula berbuih dalam hati. Monyet besar terus mendekati datuk. Dalam keadaan yang serba tertekan itu, kami tidak dapat membuat keputusan. Arah mana dan tempat mana yang paling sesuai dijadiikan tempat berlindung. Peliknya, bagaikan ada arahan dari dalam diri masing-masing, kami memilih tempat yang sama. Saya dan Ali Usman jalan beriringan menuju kearah kepala jalan yang sudah kami lalui, ketiika memasuki kawasan rumah RAJA SUSUK. Bagaikan ada persefahaman yang terjalin dalam diri kami berdua. Tempat yang dipilih ialah di bawah pokok sukun berbuah jarang. Dari bawah pokok sukun kami dapat melihat dengan jelas kea rah datuk yang berdiri kemas menanti kedatangan monyet besar, berbulu kemerah-merahan. CEMAS Cemas juga hati melihat situasi tersebut. Bagaimana datuk harus menghadapi monyet besar itu? Muncul ertanyaan dalam hati. Bolehkah datuk kamu melawannya, Tamar Entahlah susah nak cakap, Kita tolong dia. Ali Usman mengusulkan satu cadangan. Saya tergaman sejenak. Cadangan itu memang baik sekali. Tetapi, bila mengingatkan pesan datuk yang tidak mahu dibantu bila berhadapan dengan sebarang kesukaran kecuali dia sendiri yang minta tolong. Cadangan yang baik menjadi susah. Nanti dulu, tahan saya. Kenapa? Kita bantu dia bila dia minta tolong. Itu lebih baik. Kalau itu merupakan syarat,, aku tak boleh buat apa-apa, balas Ali Usman tenang. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala. Kami berbalas senyum.

Perahatian ditumpukan ke arah datuk yang sedang berhadapan dengan monyet besar dalam jarak yang dekat. Mungkin menyedari yang lawannya memiliki kekuatan yang luar biasa, datuk menggunakan taktik berundur, tidak menyerang. Malah ada ketikanya datuk berlindung di balik pepokok kecil sambil mengambil beberapa potong kayu lalu dilempar ke arah monyet besar. Perbuatan datuk menimbul kemarahan yang amat ketara pada monyet besar. Sepasang kakinya menghentak-hentak bumi. Teriakannya cukup lantang. Monyet besar terus mara. Beberapa kali terkmaan dibuat ke arah datuk. Macam tadi, datuk berhasil mengelak. HABIS Mungkin kerana kerap melompat dan berdiri ke setiap sudut, datuk kehabisan tenaga. Dalam usaha untuk kesekian kali mengelakkan diiri dari cengkaman monyet besar, datuk tersilap langkah, terpijak tanah berlubang lalu tersembam mencium tanah. Terkial-kial berusaha untuk bangun. Kesempatan yang baik itu, segera di manafaatkan oleh monyet berbadan besar. Datuk di terkam dan dipijak berkali-kali. Dijulang dan dicampak ke arah pokok renik. Datuk mengerang dan mengolek-golek. Monyet besar terus mengikuti dimana datruk berada. Datuk ditendang dan disepak bagaikan bola. Dalam pertarungan kali ini datuk tewas. Seluruh kekuatannya bagaikan tidak wujud lagi. Situasi begitu, sungguh mencengkam perasaan kami. Ali Usman bagaikan tidak sabar mahu membantu. Saya terpaksa bekerja keras menahan Ali Usman menerpa ke arah monyet besar. Bertenang, selagi dia tidak meminta bantuan kita tidak boleh membantunya. Kesian datuk kamu, Tamar, Aku tak berani melanggar pesannya. Ali Usman menarik nafas kehampaan. Ahhhhooooo....... jeritan monyet besar bergema ke seluruh kawasan sekitar. Kaki kanannnya yang berbulu berada di atas dada datuk. Monyet besar menepuk-nepuk dadanya sambil merenung kawasan sekitar. Seolah-olah memberitahu kepada semua makhluk yang berada di situ yang dia berjaya menewaskan datuk. Di saat monyet besar berada di puncak kegembiraan datuk yangberada di bawah telapak kakinya segera bertindak.

Dengan sisa tenaga yang masih ada, kedua-dua belah tangan datuk memegang pergelangan kaki monyet besar lalu di pulas. Monyet besar menjeritkesakitan kerana pergelangan kakinya terkehel dan terus jatuh. Secepat kilat datuk bangun dan bersedia untuk meneruskan perlawanan. Kerana menyedari musuhnya seekor monyet besar, dia harus bertindak dengan hati-hati dan teliti. Silap langkah akan menanggung sengsara seumur hidup. Dari cara datuk berdiri serta memperkemaskan kekuda, saya dapat menduga yang datuk tidak akan membuka langkah silat GERAK RASA DAN HATI yang banyak menafaatkan tenaga dalam. Setiap jurus yang dilepaskan seiring dengan kalimah Allah. Begoitu juga dengan gerak langkah dan kerdipan mata. Silat gerak dan Rasa Hati jarangsekalidigunakan. Malah datuk sendiri tidak gemar menggunakan silat jenis ini. KKecuali sudah terdesak benar atau menghadapi saat paling genting yang tidak dapat diatasi cara lain. Biasanya, setelah datuk memanfaatkan silat tersebut untukmelawan musuh, dia akn berpuasa selama seminggu dan melakkukan amalan tertentu sepanjang malam. Banyak melakkukan sembahyang sunat dan bersedekah. Selain itu, seluruh sendi dan tubuh terasa sengal-sengal dan sakit. Menanggung rasa sakit inilah yang tidak berapa digemari oleh datuk. Mungkin kerana faktor usianya. Monyet besar dah bangun, tutur Ali Usman. Sepasang anakmata saya tertumpu ke arah datuk dan monyet besar saling berhadapan. Dalam keadaan yang terhincut-hincut monyet besar perlahan-lahan memusingkan badan hingga membelakangkan datuk. Dattuk yang berkira-kira mahu membuat serangan mengejut merapatkan dirinya dengan monyet besar. Mencari bahagian yang baik untuk untuk melepaskan tumbukan berkesan. POSISI Datuk menemui posisi paling baik, berada di sebelah rusuk kiri monyet besar dalam jarak kira-kira satu kaki. Bila tumbukan padu dilepaskan urat saraf dan tali perut boleh putus tanpa meninggalkan sebarang kesan dari luar. Di saat datuk menarik nafas, mengumpulkan kekuatan dari dalam sambil mengucapkan kalimah Allah, monyet besar melepaskan tendangan kencang. Secepat kilat datuk menjatuhkan diri hingga berlakangnya sama paras dengan pucuk rumput semilu. Menyedari tendangannya tidak mengena sasaran, monyet besar menjadi marah dan membetulkan kedudukannya untuk melepaskan tendangan kedua yang lebih

kuat dan padu. Sasarannya (tubuh datuk) sudah dipastikan di mana berada. Sebelum tendangan kedua dari monyet besar berjalan, datuk bertindak terlebih dahulu. Bagi mengelirukan perhatian dan tumpuan monyet besar. Datuk menggolekkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri di bumi. Keadaan tersebut menyebabkan monyet besar teragak-agak untuk melepaskan tendangan. Kedudukan sasarannya sering berubah. Kemarahan monyet besar terus membara, memekik dan menumbuk dada dan menghentak bumi. Ketika itu lah tumbukan dilepaskan oleh datuk ke arah yang sudah dipilih. Monyet besar terus meraung, Bila suara raungannya berhenti, tubuh monyet besar hilang, entah kemana. Cuma yang kelihatan kepulan asap nipis bersama bau kemenyan. BERLARI Kamu berdua kemari,, laung datuk. Saya dan Ali Usman segera berlari ke arah datuk yang tertunduk duduk di bumi. Dia Nampak tercungap-cungap dan keletihan. Kita berehat dahulu, Itu usul dari Ali Usman. Tak payah, sekarang kita masuk kerumah, kata datuk. Tapi, datuk keletihan, katra saya. Tak apa, suruh Ali Usman buka pintu rumah, Datuk terus bangun. Ali Usman mengigit bibir sambil merenung ke rumah yang bertutup rapat. Cepat Ali, segah datuk. Baik, balas Ali Usman. Baru saja dua tapak Ali Usman melangkah menuju ke kaki tangga, terdengar sesuatu dari balik pokok ara. Ali Usman berpatah balik ke arah datuk. Macam ada bunyi binatang di balik pokok besar, beritahu Ali Usman. Perasaan kamu saja rasa macam itu, saya meninggkah.. arah pintu

Tidak Tamar. Serentak dengan itu terdengar bunyi dedahan dan reranting pokok besar bergegar. Akar yang bergayutan terbuai-buai. Dua tiga ekor tupai yang berlari di dahan berjatuhan ke bumi. Macam ada sesuatu yang menggoyangkan pohon Ara dua pemeluk itu. Kami alihkan perhatian ke arah pokok Ara besar. Lagi sekali mengalami kejutan yang tidak di duga. Rasanya bagaikan tidak percaya dengan apa yang berada dii depan mata. Sejenis makhluk ganjil keluar dari celah-celahan juntaian akar. Rupanya sungguh pelik. Badanya bersisik macam sisik buaya. Perutnya buncit dengan pusat tersembul sebesar buah jambu batu. PAYUDARA Sepasang payu dara besarnya kelihatan lembik terbuai-buai. Bagaikan bersambung dengan bahagian dagu. Putingnya, tersembul hitam macam seketul kayu arang. Kedua dua belah pipinya kelihatan kkembung, tidak ubah macam perut katak puru yang baru diusik denngan kayu. Bentuk wajahnya campuran keluang dan manusia. Sepasang telinganya menyerupai telinga gajah. Kedua-dua belah tangan dan jari jemari persis tangan dan jejari manusia. Kehadiran makhluk ganjil ini diiringi dengan beberapa ekor keluang berukuran besar. Lebih besar dari ayam jantan. Saya terpesona dengan sepasang kaki dan pahanya yang besar dan memancarkan cahaya. Sisik di bahagian tersebut kedudukannya agak menonjol dan bentuknya seperti kulit tiram. Walau apa pun, saya dan Ali Usman tidak berani merenung ke arah mata yang merah menyala serta memancarkan sinar yang boleh memeningkan kepala bila ditentang. Berjaga. Datuk mengingatkan kami berdua, bila melihat makhluk pelik itu melangkah sambil mengangkat kedua tangannya. Setiap kali makhluk hodoh dan menakutkan itu melangkah, keluang yang berterbangan mengiringinya dalam nada suara yang tiinggi dan rendah bagaikan satu irama. Pancaran matahari yang ke arah badan makhluk pelik itu memantulkan kilauan yang berpadu dalam warna kekuningan. Kebiruan dan merah jambu. Kilauan warna itu cukup menarik. Jika direnung dalam tempoh yang lebih dari sepuluh saat kepala terasa pening dan pandangan jadi berpinau-pinau. Tekak jadi loya dan terasa mahu muntah.

Ini bukan sebarang binatang, komen saya. Iya, balas datuk. Ini syaitan, tingkah Ali Usman Benar apa yang kamu kata. Aku minta kamu atasi masalah ini. MENGUJI Mungkin kerana kepenatan, mungkin mahu mmenguji atau sememangnya datuk tahu keupayaan Ali Usman maka tugas tersebut diserahhkan ke bahunya. Serahkan pada saya, ada nada kebimbangan mengiringi kata dari Ali Usman. Iya, kamu harus mencuba. Aku bantu kamu. Itu janji datuk yang memberikan kekuatan semangat pada Ali Usman. Ada cahaya keyakinan tergambar diwajahnya. Walaupun sudah diberikan suntikan semangat keyakinan oleh datuk. Tetapi, Ali Usman bagaikan ragu-ragu mahu memulakannya. Perkara itu dapat saya kesan berdasarkan riak wajahnya. Dua tiga kali dia menarik nafas sambil merenung ke arah saya, minta sokongan moral. Kamu boleh buat Ali, saya bersuara. Dia tersenyum resah. Hadapilah dengan keyakinan, percaya Allah berkuasa atas segala-galanya, nada suara datuk agak keras. Alli Usman masih belum berganjak dari tempat asalnya. Masih belum membuka langkah. Ayuh, pergi sekarang, desak datuk. Sekarang? Iyalah, balas datuk dengan tegas. Wajah Ali Usman dalam matanya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, Ali Usman tatap muka saya. Dengan tujuan menaikkan semangatnya, saya tegakkan ibu jari kearahhnya. Kamu boleh, kata saya.

SIRI 223 (VS DIS 1999) DIUSIK MANUSIA KELUANG by Manjalara, Suaranya mula bergema, macam suara singa betina sarkas yang lapar. Keluang kian banyak bertenggek di dahan pokok besar. Suara dari kumpulan keluang itu amat mengganggu sekali. Sambil berbunyi kumpulan keluang itu terus melepaskan biji dan kulit rambutan yang dibawa dari kawasan kampung berdekatan. Tidak memadai dengan itu, kum pulan keluang tersebut terus berak dan kencing. Kami terpaksa berhadapan dengan bau yang kurang menyenangkan. Ada keganjilan yang cukup ketara dilakukan oleh Ali Usman. Saya tidak tahu apakah perkara yang dilakukannya itu merupakan petua atau syarat yang telah diterapkan oleh datuk kepadanya. Setiap sepuluh kali melangkah. Ali Usman berhenti dan menoleh ke arah saya dan da tuk. Sudah tiga kali dia berbuat demikian. Peliknya manusia keluang juga turut berbuat demikian. Sepuluh langkah menuju ke depan terus terhenti. menoleh ke arah pangkal pokok besar, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ, seperti menerima arahan sesaorang dari pokok besar. "Maju terus jangan menoleh ke arah kami.' Arahan dari datuk segera dipatuhi oleh Ali Usman. Ingat, aku bersama kamu Ali, tambah datuk lagi. Suara cukup lantang sekali. Dari jauh Ali Us man anggukkan kepala dan mengangkat tangan. Datuk senyum kerana dia tahu Ali Us man sudah cukup bersedia. Tidak boleh diganggu gugat, tidak mudah patah semangat. Manusia kelawar juga mengikut rentak Ali Usman. Cepat langkah Ali Usman, cepat juga langkahnya. Ali Usman angkat tangan, dia juga angkat ta ngan. Ali Usman anggukkan kepala, dia juga anggukkan kepala. Saya berdepan dengan suasana yang melucukan dan memaksa saya ketawa kecil. KETAWA Jangan ketawa Tamar, tegah datuk. Kelakuan makhluk ganjil tu macam kartun tuk.'

"Biarkan, kita tunggu dan lihat." "Tapi, dia mempermain-mainkan kita tuk, saya luahkan rasa kurang senang.

'Kita tengok. sejauh mana dia mahu memperdayakan kita," kata datuk sambil mengigit bibir.

Jawapan datuk itu memang tidak menggembirakan hati. Saya dongakkan kepala ke dada langit, melihat awan putih nipis bergerak ke arah gunung di selatan

Bila datuk meluah kan kata "Kita lihat sejauh mana dia mahu memperdayakan kita, Dalam erti kata lain, datuk tidak mahu bertindak Dia sekadar ma hu menonton saja.

Perhatian kembali ditumpukan kearah Ali Usman yang terus mara penuh semangat. Begitu juga dengan manusia kelawar. Di duga satu pertarungan hebat lagi mencemaskan pasti berlaku. Antara manusia kelawar dengan Ali Usman siapakah yang lebih hebat? "Jangan kemana-mana Kamu duduk di sini.

Datuk segera bergerak ke perdu pokok Pulai patah dahan akibat dipanah petir.

Dengan tenang bersandar di situ, telapak kaki kirinya menekan akar pulai yang menolak bumi. Kaki kanannya diangkat separas lutut. Ekor matanya menjeling ke arah Ali Usman dan manusia kelawar. Nampaknya, da tuk mula membuat persiapan, cetus batin saya sambil merenung ke arahnya.

"Jangan renung aku, tengok ke arah Ali, 'sergah datuk.

"Baik tuk." sahut saya cemas

SASARAN

ALI Usman dan manusia kelawar kembali menjadi sasaran sepasang anak mata saya. Kalau tadi langkah mereka rancak dan penuh sema ngat, kini kelihatan agak lemah

Jarak rnereka antara satu sama lain kian dekat. Pada hemat saya, sepuluh tapak melangkah ke depan pasti berlaga batang hidung.

Andainya Ali Usman menjadi korban manusia kelawar, apa kah tindakan selanjutnya yang akan datuk lakukan?

Mungkinkah datuk bertindak atau lepas tangan. Semuanya bagaikan diundang muncul dalam tempurung kepala. Dalam saat genting begini, perkara yang negatif saja yang muncul. Kenapa hal-hal yang positif tidak mahu datang? Suara kalbu saya terus bergelora dan bergolak.

"Ahhhh..... "

Saya terkejut, Ali Usman dan manusia kelawar, berhenti melangkah, masingmasing terpaku kaku. Mereka terpisah dalam jarak sepuluh langkah. Terfikir oleh saya untuk merenung ke arah da tuk yang bersandar di pangkal pokok Pulai .Tetapi, bila teringatkan pesannya, hasrat tersebut terpaksa dibekukan.

"Dummmm...... "

Bergema ledakan yang kuat. Bumi yang dipijak terasa bergegar dan badan terlayah ke kiri dan ke kanan. Akhirnya tersembam di permukaan bumi, berpusing-pusing macam gasing dan tercampak di pangkal pukok Pulai, tempat datuk bersandar.

"Bangun Tamar."

Sedaya upaya saya berusaha untuk ba ngun dengan berpaut pada lutut datuk, Bila berhasil berdiri de ngan sempurna, jari jemari kanan datuk menepuk bahu kiri saya tiga kali berturut-turut.

Serentak dengan itu terdengar suara datuk menyebut beberapa potong ayat dari al- Quran untuk menghalau syaitan. Nampaknya aku seperti dicabar."

Datuk melepaskan geramnya dengan menumbuk pangkal Pulai hingga meninggalkan bekas. Kulit pokok tersebut terkupas.Tersentak dengan tindaktanduk itu, saya seperti mendapat semangat baru. Apa yang dialami sebentar tadi bagaikan tidak terasa.

"Tenaga kamu dah pulih Tamar?"

MENOLEH

SOALAN datuk saya jawab dengan anggukkan.

Entah macammana, seperti di dorong oleh sesuatu saya me noleh ke arah Ali Us man dan manusia kelawar. Kedua-duanya terkapar di tanah. Ali Us man terlentang menentang langit sedangkan ma nusia kelawar tertiarap de ngan sepasang kakinya masih menggeletek, ma cam ekor cicak yang terputus dari badan.

"Sungguh ganjil, semuanya ganjil."

Datuk mengeluh, rupa-rupanya dia juga merenung ke arah yang sama seperti saya. Kami saling berpandangan tanpa sepatah kata. Bila saya amat-amati seperti ada kabus nipis keluar dari hujung kaki manusia kelawar.

Kabus nipis itu kelihatan naik memanjang ke udara yang kemudiannya mengembang akhirnya terus menghilang. Ta nah berhampiran telinga manusia kela war nampak berlubang sebesar buah kelapa. Otak nakal, segera membuat andaian, mungkin ledakan tersebut berpunca dari situ.

"Ah.... dia masih hidup , syukur."

Itu yang muncul di hati. bila melihat sepasang kaki dan tangan Ali Usman bergerak- gerak. menggeliat ma cam orang terjaga dari tidur yang panjang. Beberapa minit berikutnya terus duduk. "Ali dah duduk Tuk, kata saya.

Tiada jawapan dan datuk tetapi, sepasang anak matanya masih terpanah ke arah Ali Us man yang sedang menggerakkan kepalanya kekiri dan ke kanan.

" Mari Tamar."

Datuk pun menarik tangan. saya de ngan kasar. Kami terus berlari anak mendapatkan Ali Usman yang tertonggok kebingungan.

Manusia kelawar yang terkapar tidak karni hiraukan. suara kumpulan beburung gagak yang berpadu dengan suara jeritan kelawar liar dari pepohon sekitar kawasan tersebut, tidak kami pedulikan.

"Ali bagaimana kamu?' Tanya datuk.

Tiada jawapan dari Ali Usman.

Datuk terus meletakkan telapak tangan kanannya ke dahi Ali Usman. Perlahanlahan teiapak tangannya bergerak ke atas permukaan rambut hingga ke bahagian belakang tengkuk.

Perkara sedemikian dilakukan oleh datuk sebanyak tiga kali berturut-turut. Dan sebagai penamatnya, belakang Ali Usman ditumbuk dengan sekuat hati hingga tersedak dan muntah. Manusia kelawar terus mengeruh macam babi hutan kena peluru senapang kampung.

PANTAS DENGAN pantas saya merapatkan sepasang kelopak mata. tidak sanggup melihat muntah Ali Usman yang melambak di tanah. Sebagai manusia, rasa ingin tahu membuat aaya membuka kelopak mata semula. Muntah yang berwarna kekuningan bercampur kehijauan dan berlendir mem buat bulu tengkuk saya meremang dan tekak jadi loya. Ahhhhhhh.... " Saya mengalami kejutan yang luar biasa, bersama muntah yang berlendir itu keiihatan batu-batu kerikil, tanah liat. beberapa batang paku belanda serta serpihan tembikar. "Muntahkan lagi, biar semua yang ada di dalam isi perut kamu keluar. lembut nada suara datuk selembut telapak tangannya mengurut belakang Ali Usman. "Saya tak terdaya lagi," suara All Usman tersangkut-sangkut. 'Hummmmmmm,,,,' Datuk menarik nafas dalam-dalam Seiring dengan tarikan nafas itu datuk terus menepuk belakang Ali Usman dengan sekuat hati. "Weeeeekkkkkk " Ali Usman membongkok. Dan lubang mulutnya terpancut muntah air yang keruh dan berkeladak. Baunya masam sekali. Bila muntah air tidak lagi memancut dari mulutnya. Ali Usman nampak keletihan dan tidak bermaya, lembik macam ayam berak kapur. "Kamu letih," tanya datuk. Ali Usman anggukkan kepala Tekak kamu kering." Macam tadi juga. Ali Usman terus mengangguk. "Kamu dahaga." All Usman gelengkan kepala. "Bagaimana, apa kah semuanya akan berakhir? tersekat-sekat Ali Usman mengajukan pertanyaan. Buat seketika, datuk termenung sambil menekan-nekan pangkal dagunya dengan ibu jari kanan.

"Kalau mengikut gerak langkah. petua orang tua-tua. semuanya sudah mahu berakhir," jawab datuk selamba. Dan secara tidak langsung memberikan khabar gembira buat saya. U uuuhhhhhh ' Serentak saya dan datuk menoleh ke arah suara tersebut. Ma nusia kelawar yang hampir dilupakan cu ba bergerak dan berdiri. Tetapi tidak berhasil. Suara gagak dan jeritan kelawar liar mula berkurangan. Agak lama juga datuk merenungi ma nusia kelawar. Kelopak bibir datuk bergerak-gerak. Tidak tahu apa yang dikatakannya. Mungkin dia menyebut sumpah petua orang tua-tua. Mung kin juga dia membaca potongan ayat-ayat dari al-Quran. Fikir saya dalam hati. Ah! pedulikan dia, kita uruskan hal si Ali ini dulu. Tak guna kita membuang masa di sini, kalau kita terlalu lama di sini, nanti orang yang menunggu marahkan kita. anak mata datuk menikam wajah. Bibir bawah saya tekan dengan gigi hingga berbekas Apakah pertanya an itu wajar dijawab dengan kata-kata atau dengan gerak badan Sukar untuk saya membuat keputusan. "Bagaimana? apa kah pendapat aku itu betul atau salah. Tamar? Perasaan jadi tidak tentu arah, hati berdebar semacam. Jarang sekali datuk meminta pendapat atau pandangan dari saya. "Betui tuk," kata saya penuh yakin. Hummmm........ "suara datuk lemah. Lagi sekali datuk mengusap wajah Ali Usman hingga ke bahagian belakang tengkuk Kedua-dua belah sayap bahu turut menjadi mangsa jari jemari datuk.

MUNTAH SETIAP kali picit dilakukan, Ali Usman batuk terbahak-bahak, bau mulutnya busuk kesan muntah. Dari bahu, jari-jemari datuk turun ke tengah belakang dan akhirnya singgah di bahagian pinggang lebih tepatnya di belikat Ali Usman kegelian. Dengkur manusia kelawar sekejap keras sekejap lembik. "Tamar kamu picit kedua-dua belah buah betisnya."

I y a Tuk." Tanpa diarahkan. Ali Usman memberikan kerjasama yang sungguh baik. Sepa sang kakinya dilunjurkan, Dan buah betis yang dipadati dengan daging ke ras terus saya picit. Cuba berdiri. Cakap datuk segera di patuhi, secara perlahan-lahan dan penuh hati-hati Ali Usman berusaha berdiri. Kali pertama gagal, kali kedua juga gagal. Kepala lututnya, seolah-olah tidak berfungsi sama sekali. Tetapi usha kali ketiga cemerlang sekali. Dapat berdiri seperti keadaan asal. Ali Usman boleh menghayunkan kakinya ke kiri dan ke kanan, sesuka hati. Kegembiraan terpancar dimuka datuk dan saya menarik nafas lega. Saya dah pulih. Ali Usman memberitahu datuk, seiring dengan senyum berlari di kelopak bibir. Dua tiga kali, sepasang tangannya diangkat dan dijatuhkan. "Aku tahu Ali.". "Sekarang saya boleh berjalan?" "Nanti dulu." "Kenapa pula Ali Usman kehairanan.

Datuk tidak memberikan jawapan pasti, sebaliknya mencabut keris di pinggang dan terus membongkok. Dengan hujung ke ris pendek dia mencungkil dan mengkuis-kuis tanah lalu dikumpulkan menjadi dua longgokan. Dua helai daun hijau yang lebar dipetik ranting pokok berdekatan. Memang diyakini, daun yang berada di tangan datuk adalah daun mengkudu hutan yang mempunyai khasiat tersendiri Setiap urat di daun boleh dijadikan penawar sakit berbisa. Memilih daun untuk dijadikan penawar harus pandai, mesti diipilih urat daun yang bertindih. Daunnya tidak terlalu tua, tidak pula terlalu muda. Tangkainya mesti terdapat garis-garis nipis.

PETIK KEDUDUKAN daun yang mahu dipetik itu mestilah mengarah ke kiblat. Dimulai dengan Bismillah dan diakhiri dengan selawat terhadap Nabi besar.

Ciri-ciri itulah yang dilakukan oleh datuk. Saya masih buntu dan tidak dapat menduga untuk apa daun mengkudu hutan itu dipetik oleh datuk. "Untuk apa?" tanya saya sendirian. Bila melihat datuk membungkus dua longgokan tanah de ngan daun mengkudu hutan. Tak ubah seperti membungkus nasi lemak. Kemari dan berdiri di depan aku." Macam kanak-kanak Tadika Ah Usman mematuhi cakap da tuk. Saya menelan air, perhatian tetap saya tumpukan pada datuk dan Ali Usman. Suara gagak dan jentan kelawar sudah pun berakhir. Di ganti de ngan kicau burung.

"Lipat seluar kamu hingga paras pangkal paha," lantang suara datuk menguasai kawasan sekitar. Ali Us man pun membongkok lalu menggulung kaki seluarnya seperti yang diinginkan oleh datuk. "Lagi apa yang mesti saya buat," Ali Usman pula bertanya. Begini, semasa aku melumurkan ke dua-dua lutut kamu de ngan tanah, kamu bacalah surah Al-Fatihah tujuh kali. minta pertolongan dan perlindungan dari Allah, kamu faham." "Faham," angguk Ali Usman. Sebelum bungkusan berisi tanah singgah di kepala lutut Ali Usman, hujung keris kecil dicucuk ke bahagian bucu bungkusan tiga kali berturut-turut. Kemudian baru bungkusan berisi ta nah dihempaskan ke kepala lutut Ali Usman. Bila bungkusan pecah, tanah bertaburan dan Ali Usman menjerit kesakitan un tuk seketika. Cebisan daun pembungkus segera dikutip oleh datuk lalu dilemparkan ke arah tubuh manusia kelawar. Sebaik saja terkena cebisan daun mengkudu hutan, ma nusia kelawar terus bangun terpekik terlolong mengejutkan dan menghentikan nyanyian beburung. Tuk. Saya tidak dapat meneruskan kata-kata bila melihat datuk mengangkat tangan kiri dan mengembangkan ke lima-Iima jarinya ke arah saya.

GANJIL GERAK tangan itu bermaksud jangan bertanya kerana dia sedang menggunakan indera yang kelima untuk berhadapan dengan manusia kelawar. Ali Usman yang sudah dipulihkan oleh datuk, berkelakuan agak ganjil seperti bersilat. beradu kekuatan dengan seseorang. Datuk berdiiri kaku sambii memeluk tubuh, perhatian ter tumpu ke satu arah. Dia bagaikan memisahkan dirinya dan alam nyata untuk masuk ke alam lain. Bila sudah demikian. secara tidak langsung membawa perubahan fizik pada datuk. Tubuhnya menggeletar sebelum dia undur tiga tapak ke belakang untuk mencari kedudukan yang baik dan selamat. "Haiiiiii " Teriakan datuk itu membuat saya terus merenung ke arahnya. Ada perubahan di wajahnya, keras tegang bercampur bengis. Rambutnya kelihatan seperti mengembang terutama yang dekat cuping telinga, hujung tengkuk dan pelipis. Kedua-dua telinganya merah, hidungnya kembang kempis. Setiap kali dia menarik dan melepaskan nafas dadanya nampak berombak. Urat dan otot ditubuh seperti membengkak. Jika diperhatikan dengan teliti tanpa berkerdip macam ada bebayang asap keluar dari tubuhnya.

SIRI 224 (VS JAN 2000) DISERANG PONTIANAK by Manjalara, Berpandu pada pengalaman dan apa yang dilihat, menebalkan keyakinan di hati bahawa datuk sedang bertarung dengan sesuatu, sedang memanfaatkan ilmu kebatinannya. Ali Usman tetap dengan caranya, terus bersilat dengan menjerit kecil. Semua yang berlaku di depan mata membuat saya tidak keruan dan tidak tentu arah. Semuanya pelik dan membingungkan. Macam mana tidak pelik, Ali Usman yang tidak tahu bersilat, tiba-tiba boleh bersilat macam pendekar. Biasanya. dalam saat-saat genting seperti ini, datuk tidak mahu berada jauh dari saya, Tetapi kali ini keadaan ltu tidak berlaku. 'Huuuuuuuuuuuuuuu.Ahhhhhhhhhh." Suara jeritan itu membuat saya menekup sepasang lubang telinga dengan teiapak tangan. Ali Usman yang bersilat, mati langkah malah tersembam

memeluk pokok jering, macam ada tenaga ghaib yang menghempaskannya kepokok tersebut. Datuk pula sudah berubah tempat, duduk bersila di atas tanah yang agak tinggi memeluk tubuh, tidak ubah macam orang bersemadi. Bila jeritan itu berakhir, baru telapak tangan yang menekup lubang telinga saya buka. Mata saya melilau mencari punca jeritan. Mungkin dari datuk, mungkin juga dari manusia keluang. Terlintas dalam fikiran untuk meniru bunyi jeritan tersebut. Batalkan apa yang kamu fikirkan. kalau kamu meniru jeritannya, kamu akan masuk perangkapnya. aku baru saja melepaskan Ali dari cengkamannya. Bila dia sudah menguasai fikiran dan hati kamu, susah jadinya," saya pasti itu adalah suara datuk. Dengan pantas sa ya renung ke arahnya, datuk tidak bergerak. masih macam tadi. 'Huuuuuuuuuuuu Ahhhhhhhhhh "jeritan bergema lagi. Dan kali ini saya sudah menemui kepastiannya. jeritan itu datang dari manusia keluang. Memang wajar datuk melarang saya meniru jeritannya. Saya teringat pesan orang tua-tua, kononnya "semangat" hantu syaitan dan makhluk ghaib boleh bersatu dengan semangat manusia, bila manusia meniru gaya dan lagak mereka seperti meniru perbuatan mereka, mengajuk suara mereka dan sebagainya. Saya renung ke arah manusia keluang dengan harapan dia akan menjerit. Lebih dari lima minit menanti, jeritan tidak juga bergema. Apa yang saya lihat manusia keluang berhempas cuba bangun. Segala usahanya tidak berhasil. Sebaik sahaja dapat berdiri terus rebah ke bumi. Kedua-dua belah pahanya tidak dapat menopang badannya yang besar. Keadaannya tidak ubah seperti itik patah pinggang. Apa yang menarik manusia keluang tidak kenal putus asa. Susah macamanapun, dia tetap berusaha. Tidak lemah semangat, tidak jemu. Perlahan-lahan bibir bawah saya tekan dengan gigi atas. Kagum dengan semangat yang diperlihatkannya. Huuuuhhhhhhh, Terdengar suara manusia keluang, seperti mengeluh. Dia sudah hampir berjaya berdiri dengan sepenuhnya. Tetapi, kerana tidak dapat mengimbangi badan disebabkan perutnya yang luar biasa besar menyebabkan dia tersembam ke dada bumi semula.

Saya mula merasa kan satu perbuatan yang tidak wajar, kalau sekadar hanya melihat gerak-geri dan keranah manusia keluang itu tidak ada untungnya dan boleh mengundang kecelakaan, fikir saya dalam hati. Tindakan selanjutnya yang boleh saya lakukan ialah merenung ke arah datuk minta bantuan. Datuk masih macam tadi masih bertafakur. Renungan saya alihkan ke arah Ali Usman. Ada perubahan pada dirinya. Keadaan sudah berubah. dia tidak lagi memeluk pangkal pokok. "Ali." Saya cuba bersuara. Malangnya suara saya tidak keluar. Saya lambaikan tangan ke arahnya. Tidak mendapat balasan. Suasana begini membuat saya tidak tentu arah. Dan sebagai usaha terakhir, saya bercadang mahu mengambil seketul batu kecil untuk dilontarkan ke arah Ali Usman. JAMAH SEMASA ketul batu dijamah. pergelangan tangan kanan terasa sengal dan sakit macam ada sesua tu yang menekan, Toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada apa di sisi saya.

"Siapa yang mengganggu?"

Muncul pertanyaan dalam hati sambil perlahan-lahan menoleh ke arah manusia keluang yang sudah berdiri dengan baiknya. 'Perbuatan kamu," kata saya. Manusia keluang bagaikan mengerti dengan bahasa yang saya tuturkan. Sepasang tangan memukul-mukul dada menggambarkan kebanggaan dan secara tidak langsung mengakui perbuatannya terhadap diri saya. Menyedari risiko besar menanti, saya batalkan hasrat mengutip batu kecil untuk dilemparkan ke arah Ali Usman. Saya sedar, datuk dan Ali Usman tidak dapat menolong saya, andainya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Jadi sa ya harus bertindak sendirian andainya terjadi sesuatu perkara di luar jangkaan. " Allah yang maha besar, berilah kekuatan dan keyakinan untuk menentang semuanya ini. Sesungguhnya, tanpaMu. aku tidak berdaya," hati kecil saya berdoa, memohon kekuatan.

Suasana sekitar terasa agak sepi. Datuk dan Aii Usman. tidak menarik perhatian saya. Dalam keadaan begini, mereka berdua tidak dapat memberikan sesuatu yang bererti atau bermakna dalam menghadapi situasi yang serba genting ini. Saya cuba melupakan tentang manusia keluang untuk seketika. Seluruh pancaindera zahir batin harus dikerahkan untuk mencari jalan bagi menyelamatkan diri. Saya menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Muka saya tengadahkan ke dada langit, kelihatan awan nipis bergerak ke satu arah. Sinar mata-hari tidak segarang tadi. Sukar untuk mengagak sudah berapa lama kami (datuk, saya dan Ali Usman) berada di sini. Sesungguhnya. memang saya mengharapkan manusia keIuang merupakan dugaan terakhir daripada episod perjuangan misteri, yang tidak boleh diterima oleh akal. "Uhhhhhhhh. Saya renung ke arah kanan, kerana dari situ suara tersebut muncul. Manusia keluang melangkah ke arah saya dengan sepasang tangan dihulurkan ke arah batang leher. Dari hujung jari jemarinya terjulur kuku yang panjang dan tajam CEMAS SEPASANG telinga ganjilnya nampak tegak dan mengembang, giginya yang bersusun rapi dipamerkan. Dengus nafasnya, jelas kedengaran. Matanya, tidak berkedip merenung ke arah saya. Dan saya mula bekirak-kira ke arah mana harus lompatan dilakukan dan kemudian terus lari menyelamatkan diri. "Uhhhhhhhhhhhh" Manusia keluang melakukan lompatan yang luar biasa, Dia sudah tercegat di depan saya. Bersedia meletakkan sepasang tangan ke batang leher sambil melakukan cekikan padu hingga boleh membuat lidah terjelir sampai sekaki. Bila membayangkan tentang semuanya ini saya jadi cemas dan takut semacam. "Selamatkan diri kamu Tamar, Bagaikan ledakan petir, suara datuk mengasak lubang telinga saya. Dan ketika itu, saya seperti memperolehi kekuatan yang luar biasa dan terus melompat tinggi melepasi kepala manusia keluang. Lompatan itu membawa saya berada dekat dengan datuk.

Muka datuk saya tatap dengan gerak wajah dan mulut, datuk menyuruh saya berlari kearah Ali Usman. Memang sudah diduga tindak tanduk saya menimbulkan kemarahan yang amat sangat pada manusia keluang. Perkara ini diukur dari tempekan suaranya yang menguasai kawasan sekitar. Di saat manusia keluang meledakkan kemarahannya dengan tempekan sambil menghentak-hentakan sepasang kakinya ke permukaan bumi. Datuk segera memanfaatkan kesempatan itu dengan sebaik mungkin. Dia mengulinggulingkan diri ke arah kaki sebelah kiri manusia keluang. Taktik yang dilakukan oleh datuk dapat dikesan oleh makhluk aneh tersebut. Perlahan-lahan dia mengangkat kaki semampu yang boleh, dalam perkiraannya biia tubuh datuk berada di bawah telapak kaki akan dijatuhkan dan sekujur tubuh datuk terbenam dalam perut bumi. Perancangan yang disusun oleh manusia aneh berjalan dengan baik, begitu juga dengan perancangan datuk. Di saat ghairah menggolekkan tubuh, tiba- tiba saja datuk kehilangan tenaga. Tubuhnya keras kaku dan betul-betul berada di bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Dengan tempikan dan ketawa yang tidak putus-putus, sedikit demi sedikit manusia keluang menjatuhkan telapak kakinya, tidak ada apa-apa yang datuk lakukan, hanya berserah pada Allah. Entah macamana dalam saat genting begitu, datuk terlihat seketul teras kayu merbau hitam dihujung kakinya. TERAS KAYU DENGAN sisa kekuatan yang tidak seberapa, dia berusaha mengkuiskan teras kayu itu dengan ibu jari kakinya hingga sampai ke hujung tangan kanannya. Sebaik saja teras merbau hitam yang tajam dan runcing itu berada di tangannya terus dicacakkannya permukaan bumi. Pada masa itu jarak dadanya dengan telapak kaki manusia keluang tidak sampai sepuluh inci hingga bau telapak kaki yang busuk dan hanyir itu terus menyumbat lubang hidungnya, tekaknya terasa loya dan mahu muntah. Datuk cuba mengarahkan tubuhnya ke kanan. Kali pertama masih gagal. Kali kedua juga tidak berhasil sedangkan telapak kaki manusia keluang, makin hampir ke dadanya. Usha ketiga juga tidak menhasilkan sesuatu seperti yang diharapkan. Kalau kali ini gagal juga, ertinya memang sudah sampai ajalku, bisik batin datuk sambil matanya memandang ke arah telapak kaki manusia keluang yang mengerutu serta mengeluarkan bau busuk dan hapak.

Telapak kaki itu hanya berada beberapa inci saja dari dadanya. Bajunya terutama di bahagian dada basah kuyup akibat dihujani air hanyir dan hapak dari bawah telapak kaki kiri manusia keluang. Apakan daya, dia terpaksa menghidu bau yang kurang menyenangkan itu. Allah hu Akbar ........ CANTUM Tempik datuk dengan sekuat hati. Suaranya bergema ke seluruh kawasan dan pada masa yang sama, datuk terus berusaha mengubahkan kedudukan tubuhnya ke kanan. Ternyata usha itu tidak sia-sia. Semasa telapak kaki kiri manusia keluang bercantum dengan permukaan bumi, tubuh datuk sudah bergerak jauh ke kanan. Sepasang tangannya berpaut pada sebatang pokok langsat. Dengan berpaut pada pokok tersebut, datuk mengharapkan agar dia dapat bangun dan berdiri. Dalam pada itu sepasang matanya tidak terlepas dari memerhatikan keadaan manusia keluang. Terdengar rintihan kesakitan yang amat sangat dari manusia keluang, kami juga mendengar rintihan tersebut. Kakinya tertusuk benda tajam? Secara tiba-tiba saja Ali Usman bersuara. Datuk yang sudah duduk tersandar di batang langsat, saya lihat dia menganggukkan kepala, membenarkan pendapat Ali Usman. Memang benar apa yang dikatakan oleh Ali Usman. Manusia keluang berpusingpusing sambil mengangkat kaki. Bila telapak kakinya dihalakan ke arah saya, kelihatam benda hitam terbenam di situ. Darah yang bercampur dengan air hanyir bercucuran kebumi. Manusia keluang berjalan terhincut-hincut. Suaranya yang merintih menahan kesakitan sungguh memilukan meringgitringgit macam bayi kelaparan susu. Dia tidak tentu arah. sekejap melompat. sekejap bergulung-gulung di bumi. Kakinya yang ditusuk teras merbau hitam, tidak iepas dari pegangannya. 'Bummmmm Manusia keluang tumbang di bumi terlentang merenung langit. Telapak kaki kirinya yang ditusuk teras kayu merbau hitam di angkatnya ke udara, seolah-olah minta bantuan pada sesiapa saja. Ada lelehan air jernih dipinggir kelopak matanya. Sedih. Sunguh melihat keadaannya. Huuuuuhhhhh.......

Terdengar dengusan dari manusia keluang. Serentak dengan itu dari ibu jari kanannya keluar asap nipis yang diikuti dengan percikan bunga api

Dalam masa beberapa detik saja perci kan bunga api itu bertukar menjadi bara api yang akhirnya mengeluarkan api dan terus marak serta merebak ke seluruh badan manusia keluang. Tubuhnya terbakar terus.

Bunyi suara api yang membakar tubuh manusia ganjil tidak ubah macam bunyi batang-batang kayu besar yang dibakar ketika membuka tanah baru. Tidak sampai sepuluh minit seluruh tubuh manusia keluang menjadi abu dan debu. Saya menarik nafas lega, semoga selepas ini tidak ada lagi ke jadian yang menakutkan. Dengan sisa-sisa yang masih ada datuk berjalan separuh me rangkak menuju ke tempat mayat manusia keluang terbakar. Saya hanya melihat gerak-geri datuk dengan hati- hati dan teliti Saat datuk duduk mencangkung di depan debu mayat, tanpa di duga angin bertiup kencang. Debu mayat berterbangan berpusing-pusing lalu membentuk sekujur tubuh perempuan berjubah putih dengan rambut mengerbang wujud di depan datuk. Wanita yang wajahnya berkeriput dipenuhi dengan ulat-ulat kecil macam ulat nangka terus melakukan serangan mengejut ke arah datuk. Nasib baik dalam keadaan yang serba terdesak itu, datuk dapat berfkir dan membuka langkah silat untuk mempertahankan diri. Serangan dari perempuan berjubah putih berterusan. Dua tiga kali datuk jatuh terduduk akibat menerima (tendangan ) pukulan dari wanita tersebut. llah hu Akbar. MAYAT SERENTAK dengan ungkapan itu, datuk mengenggam abu mayat yang berada tidak jauh darinya. Setelah membaca sesuatu debu mayat itu di campakkan ke arah wanita yang berada di awang-awangan di depannya. Angin kencang terus mati, lembaga wanita terus ghaib dan seluruh kawasan dikuasai jeritan suara wanita. Sungguh nyaring dan mengerikan. Suasana sekitar kembali tenang. Ali Usman mengatur langkah menuju ke arah saya. Datuk yang berhadapan dengan kejadian aneh dan pelik itu hanya mengurut dada sambil menark nafas panjang.

Setelah mengumpulkan sisa-sisa tenaga yang ada datuk segera berubah tempat. Dia menuju ke arah tanah lapang dan duduk bersila di situ. "Kamu berdua mari ke sini." Datuk merenung tajam ke arah saya dan Ali Usman. Kami segera mendekati dan duduk di sampingnya. Saya berada di sebelah kanan, manakala Ali Usman di kirinya. "Wajarkah kita masuk ke rumah itu?' Hujung telunjuk da tuk menunding ke arah rumah Raja Susuk. Sukar untuk memberikan jawapan dan saya mengharapkan Ali Usman akan melakukan sesuatu.

"Wajar diteruskan, kalau perlu kita musnahkan semua kelengkapan di rumahnya, kerana ini adalah amanatnya," jawapan yang sungguh menyenangkan, Datuk mengkerutkan dahi, ada sesuatu yang difikirkannya. Kamu macamana Tamar?" Soal datuk. "Saya hanya mengikut." 'Hmmmmmm.............. " Datuk menelan air liur. Saya dan Ali Us man saling berpandangan. Ruang dada terus diselubungi dengan berbagai-bagai pertanyaan. Apakah datuk bersedia menunaikan permintaan kami. lya kita tunaikan amanat orang bertujuan baik Satu jawapan yang sungguh menyenangkan. Dan sebuah harapan berbunga di dada. Semoga seiepas ini, tidak ada dugaan dan rintangan besar yang bakal menghalang kami bertiga memasuki RA JA SUSUK. Ka mi pun melangkah dengan sebuah keyakinan yang kukuh.Tidak dinafikan ada gangguan-gangguan kecii serupa bayangan wanita berwajah hodoh, kulit mukanya mengerutu macam katak puru. rambut mengerbang bagaikan berterbangan di depan kami. Ada ketikanya dia berdiri di depan kami tanpa bunyi. Semuanya tidak diperhiraukan oleh datuk. Kerana kedatangan makhluk (Pontianak) dalam keadaan seperti bebayang atau kabus, datuk terus menguaknya ke tepi dengan sepasang tangan. Setiap kali dikuak, terdengar suara wanita ketawa manja kegelian seperti digelitik. Jangan peduli semuanya itu."

Datuk mengingatkan kami. Serentak kami anggukkan kepala. Dan akhirnya, anak tangga pertama rumah milik Raja Susuk dipijak oleh Ali Usman. Diikuti oleh datuk dan saya. Bila anak tangga kedua dipijak, pintu rumah terbuka sendiri.

SIRI 225 (VS FEB 2000) PENUNGGU BILIK by Manjalara, TERUSKAN, kata datuk. Bila melihat saya dan Ali Usman mematikan langkah dengan mengejut. Perasaan saya berdebar semacam. Sawang dan sarang lelabah yang bergayutan di ambang pintu putus dan jatuh ke atas bahu bahagian belakang saya. Paling mengejutkan, berbelas-belas ekor tikus berbulu kelabu muncul dari celah jenang pintu dan tingkap lalu terjun ke arah Ali Usman dan saya. Kami terpaksa melompat, mengelakkan tubuh menjadi tempat tikus kelabu bergayut. Dalam masa yang sama, entah dari mana datangnya kelihatan beratus-ratus ekor lipas memanjat dan terbang ke arah tangga. Bentuknya lebih besar dari lipas biasa yang sering dilihat dalam rumah. Kepaknya hampir dua inci lebarnya. Dari badannya yang besar berkilat itu mengeluar kan bau hamis, macam bau hamis kambing randuk. Apa erti semuanya ini? kata saya. Kata-kata yang terpancut dan kelopak bibir saya, tidak mendapat tindak balas dari datuk dan Ali Usman. Inilah yang membuat saya resah. Allah terkeluar lagi ungkapan dari mulut saya. "Humm " keluhan dari datuk masuk ke lubang telinga. Hisss......... banyaknya, terhambur kata dari Ali Usman. Dan kini, enam biji mata tertumbuk ke arah barisan semut merah yang bertali arus me manjat tiang, dinding, meniti di jenang tingkap dan bendul. Sebahagiannya jatuh terus menerpa ke arah kaki kami. Elakkan dari kena gigitannya, datuk mengingatkan.

Serentak saya dan Aii Usman menarik nafas cemas sambil mata mengawasi kumpulan semut merah yang jatuh menuju ke arah kaki. "Jangan dibunuh," datang lagi ingatan dan datuk. Bagi melaksanakan saranan datuk ini, saya dan Ali Usman ada ketikanya terpaksa berjingkit dan melompat, begitu juga dengan datuk. Kerana kumpulan semut merah yang ber jatuhan itu bukan sedikit jumlahnya, bebera pa ekor daripadanya berjaya bergayut di hujung sepatu yang dipakai, getah di hujung sepatu terus dimamah hingga relai, giginya cukup tajam. "Semut menggigit hujung kasut saya." adu saya pada Ali Usman sambil merenung mukanya. Dia cemas dan tidak tahu apa perkara yang patut di beritahu pada saya. "Ambil ini." Bagaikan kilat saya menoleh ke arah datuk yang melambungkan keris pendek kepada saya. Keris pendek tanpa hulu dan sarung se gera saya sambut. Keris dalam genggaman sa ya renung sekali imbas. Sepanjang yang saya ingat datuk seme mangnya tidak memiliki keris jenis ini. Dari mana dia memperolehinya. Tak kisahlah da tuk memang suka buat kejutan dan melakukan hal hal yang pelik. Soalnya apa yang mesti saya lakukan dengan keris di tangan ini? Bunuh semut merah dengan keris pendek? Ini kerja gila. Mana ada orang bunuh semut dengan keris. Saya terus berperang dengan perasaan sambil menggigit bibir. Kerana bosan menanti arahan dari datuk saya segera menyongsong pertanyaan: Tikam semut de ngan keris Tuk? Kenapa otak kau beku sangat Tamar" Sergah datuk.

JATUH ALI USMAN ketawa kecil dan saya jadi serba salah. Memang saya kurang senang dengan tutur kata yang dihamburkan oleh datuk. Dia seolah-olah mempermain-mainkan saya. Semut merah kian banyak berjatuhan, semuanya menuju ke arah kaki saya dan Ali Usman. Jumlah yang menuju ke kaki datuk agak berkurangan. Jika dibandingkan dengan jumlah yang meluru ke kaki kami. Tikus berbulu kelabu

boleh dikatakan hanya tinggal beberapa ekor saja yang aktif melompat dan terjun. Lipas besar berbau hamis yang tadi menguasai di dinding rumah lari menyelamatkan diri, bila semut merah muncul. Mana yang tidak sempat menyelamatkan diri terus jadi mangsa semut merah. Semuanya serba menakutkan dan membingungkan. Tamar. Perhatian kembali kepada datuk, tidak lagi kepada semut merah, tikus berbulu kelabu dan lipas yang berbau hamis. "Ada apa tuk?" "Banyak lagi semut merah mengigit kasut kamu?" "Banyak tuk "Si Ali macammana?" "Setakat ini belum ada yang hinggap di sepatu saya, tapi saya sudah letih melompat dan berjingkit. Kata Ali Usman dalam nada suara yang agak cemas. "Apa yang aku harapkan kamu berusaha jangan sampai semut merah menggigit kasut kamu, bila dah jadi macam Ta mar, sulit sikit." terang datuk pada Ali Usman.

Kata-kata itu sudah tentu membuat saya lemah semangat. Membuat saya hilang keyakinan diri. Bila saya lihat ke kaki, jumlah semut merah kian banyak bergayut di hujung sepatu, kalau tadi hanya sebelah, kini sudah menjadi dua belah. Saya tidak boleh bergerak kerana kaki terasa amat berat macam batu. Semut merah makin banyak tuk, matilah saya nada suara saya separuh rnenangis. Da lam melompat dan terjingkit jingkit itu. Ali Usman masih sempat melepaskan senyum sinis untuk saya. Sebahagian daripada muncung sepatu saya sudah berlubang digigit oleh semut merah. Begitu juga bahagian tumit. Pada bemat saya dalam beberapa minit lagi mungkin gigitan itu menembusi kulit kaki saya.

Macamana ni tuk? saya merayu. "Kamu acukan hu jung keris itu ke arah kasut kamu Tamar." Arahan datuk segera saya turuti. Haaaa.... biji mata saya terbeliak. Sebaik saja hujung keris dihalakan ke arah kumpulan semut merah, kaki yang berat terasa ringan. Dan semut- semut di hujung sepatu berjatuhan di lantai lalu menjadi debu halus yang bertukar menjadi kelompok air berwarna kemerah-merahan dan terus bersatu (meresap) dalam papan lantai. "Sudah habis kerja kamuTamar?" "Dah tuk." "Sebelum tu. Ali pergi ke arah kanan, berdiri dekat tingkap. Apa yang kamu nampak di situ, jangan disentuh dan jangan diusik." Ali Usman pun melakukan apa yang disuruh oleh datuk. Dalam sekelip mata saja Ali Usman sudah berubah tempat. Dengan hati-hati dan penuh waspada saya pun meletakkan keris pendek di lantai Ada pancaran cahaya keluar dari huiung keris yang kemudian bertukar menjadi percikan api dan terus merayap di permukaan papan lantai, seolah-olah papan lantai disimbah minyak petrol.

PANTAS PERKARA itu berlangsung cukup pantas sekali, sepantas semut-semut merah yang bertali-tali hilang dari penglihatan saya. Hujung dan tumit sepatu saya yang robek dan berlubang, kelihatan tidak mengalami kecacatan sedikit pun, masih seperti asal. Terlalu banyak rintangan." keluh Ali Us man. Sabar." kata saya Tidak ada komen dari datuk. Dengan tenang da tuk rnendekati saya. Dia membongkok mengambil keris pendek di lantai, keris pendek tanpa hulu segera dibungkus dengan kain dua warna iaitu hitam berjalur merah.

Saya sendiri tidak tahu, bagaimana caranya datuk membungkus keris yang panjangnya kira-kira satu jengkal orang dewasa, boleh menjadi kecil sebesar ibu jari dan terus diselitkan ke celah tali pinggang lebarnya yang berwarna hijau. Datuk menegakkan jari telunjuk ke langit kemudian manjatuhkannya perlahanlahan hingga hujung jari itu selari dengan pintu bilik. Isyarat tersebut membawa maksud langkah seterusnya ialah menuju ke bilik yang berada di sebelah kanan Ali Usman. Masalahnya siapa yang harus mendahului. Saya atau Ali Usman? Walaupun cahaya dapat masuk ke ruang rumah melalui pintu yang terbuka. Tetapi cahaya itu tidak menyeluruh, tidak sampai ke depan pintu bilik.

Rasa takut dan cemas setelah melalui peristiwa berdepan dengan semut merah, tikus kelabu dan lipas besar masih terkesanen di hati. Kamu dulu, aku ikut dari belakang. bisik Ali Usman. "Maaf, ini rumah bapak saudara kamu, eloklah kamu pergi dulu." saya membalas bisikan Ali Usman. Hampir lima minit masa berlalu begitu saja, kami masih belum bergerak dari tempat berdiri. Datuk sudah dua kali berdehem menyuruh kami segera melangkah. "Buka mana-mana tingkap, baru dapat cahaya masuk dan memudahkan kamu bergerak." ujar datuk dari belakang. Aneh! selesai saja datuk bercakap, daun tingkap yang berada tidak jauh dari saya terbuka sendri. Caha ya matahari segera menerpa ke ruang rumah. "Buka lagi satu ting kap," datuk bersuara. Sepasang daun tingkap yang berada betul- betul di belakang datuk terbuka sendiri. Angin terasa meluru masuk ke ruangtamu. Dalam keadaan cemas dan takut, saya masih sempat melihat bahagian tertentu dalam rumah tersebut dipenuhi dengan jaringan sarang lelabah. Ali Usman nampak tenang dan bersahaja. "Luas," terdengar suara datuk. "Memang luas, balas Ali Usman. Saya tidak mahu melibatkan dalam dialog pendek tersebut. Sepasang mata liar terus bergerak. Di satu sudut terdapat meja bulat kecil yang dipenuhi dengan tengkorak binatang. Berpandu kan dari bentuk tengkorak

tersebut menyakinkan saya bahawa tengkorak tersebut ada lah tengkorak monyet atau sejenis dengannya.

SAKIT

TIBA-TIBA saja batang leher rasa sakit, sukar untuk digerakkan ke kiri dan ke kanan. Ali Usman dan Datuk masih bercakap sesuatu yang tidak dapat saya pastikan perkara yang mereka perkatakan. Ular. Mujur suara itu bergolak dalam dada saja. Kalau terpaksa keluar pasti datuk dan Ali Us man melompat. Walau apa pun saya tetap cemas. Demi kepastian, saya renung kembali ke bawah meja bulat. Saya pasti bukan nya ular di bawah meja bulat, tetapi sebatang tongkat dan kayu yang bengkang-bengkuk, manakala pemegang atau hulunya diukir kepala ular, seluruh tongkat disapu cat hitam berkilat. Tidak jauh dan kaki meja bulat terhampar sehelai tikar mengkuang yang keempat- empat bucunya dikerat. Di bahagian tengah ditebuk bulat dan disitu terdapat tempat membakar kemenyan yang dibuat dari tembikar, masih terdapat arang yang membara mengeluarkan asap nipis. Seolah-olah baru saja lepas ditiup. Selain dari itu, tidak terdapat benda-benda pelik yang lain. Cuma sesekali terhidu bau kemenyan dan bau daun pandan terba kar. Datuk dan Ali Usman yang terpisah segera bersatu dan mendekati saya. Datuk berdiri betul-betul di hadapan pintu bilik sambil menggigit hu jung jari kiri dengan sepasang mata me renung lubang kunci pintu. Pada hemat aku, bilik ini tidak ada istimewanya, macam bilik biasa saja." Maksudnya? Pintas Ali Usman. Bukan bilik kerjayanya. Jadi mahu cari bilik kerjanya Tentu sekali, jawab datuk tegas

PELIK

ALI USMAN kerutkan dahi, ada sesuatu yang bermain dalam ternpurung kepalanya. Biji matanya mula merenung ke setiap sudut ruang. Dia mencari bilik kerja arwah bapa saudaranya. Memang tidak ada bilik lain, selain dari bilik yang ada di depan kami. Buka lagi satu tingkap. perintah datuk pada saya. Sama seperti tadi, sebaik habis datuk bercakap tingkap yang kedudukannya agak tersorok terbuka sendiri. Cahaya yang masuk membuka rahsia, menyuluh ke arah tirai kain berwarna hitam yang di bahagian kakinya ada garisan kain berwarna kuning.

Kalau tidak diperhatikan dengan teliti kain hitam tidak kelihatan seperti kain hitam. Malah kelihatan macam dinding rumah (semua dinding rumah dicat dengan warna hitam). Ali Usman agak terkeiut, sebelumnya dia tidak pernah melihat tirai tersebut. "Barang kali di sebalik tirai itu bilik kerjanya. "spontan datuk bersuara. Serentak dengan itu kain tirai lucut dan penyangkutnya seperti direntap oleh seseorang yang tidak kelihatan oleh mata kasar. "Memang itu biliknya, saya ingat sekarang," suara Ali Usman riang. Jari telunjuknya masih menuding ke arah pintu dua warna. Pintu kiri dicat hitam, manakala sebelah kanan dicat merah. Berdasarkan dari warna di dalam rumah tersebut. Ternyata pemliknya amat berselera dengan wama hitam, merah dan sedikit warna kuning. Mungkin warna tersebut membawa erti tertentu dalam kehidupan pemiliknya atau mempunyai imej tersendiri. "Ada kucing hitam depan pintu Tuk." Seekor kucing hitam jenis Siam duduk berlingkar di depan pintu. Ekornya yang panjangnya bergerak-gerak menyapu lan tai, sesekali membalik-balikkan badannya yang besar sambil mengiau panjang. Kehadiran kami bagaikan tidak menarik minatnya. Kucing hitam siapa? Saya re nung batang hidung Ali Usman. "Kucing peliharaan bapa saudara aku. Dari dulu lagi memang tempatnya di situ" Jaga pintu? tingkah saya lagi.

Begitulah kira-kiranya, jawab Ali Us man selamba dan penjelasan itu saya sambut dengan ketawa kecil. "Salah seorang da ri kamu mesti lakukannya, pada hemat aku orang yang paling sesuai si Ali kerana dia ada hubungan darah dengan pemiliknya." lernbut dan senada saja suara datuk mengungkapkan kata tetapi wajah Ali Usman membayangkan keresahan. Ayuh buka Ali Sekarang? Ali renung muka datuk. "lya." Ali Usman pun mengatur langkah me nuju ke pintu bilik dua warna merah dan hitam. Saya yang nakal mengira langkah Ali Usman. Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tuuuuu........, kata tidak dapat diteruskan. Dari arah belakang dirasakan ada tangan besar yang menolak tubuh maju ke depan menuju ke bilik kerja memintas Ali Usman yang sedang melangkah. Bagi mengelakkan perkara tidak diingini terpaksa meluruskan se pasang ta ngan ke de pan dengan harapan tubuh ti dak terdampar ke pintu dua war na, biar tangan saja yang mencecah pintu. Semasa telapak tangan menyentuh daun pintu. Kucing yang berada di situ mengiau keras. Belum pun sempat saya melakukan sesuatu, kucing hitam melompat ke arah muka sambil mempamirkan gigi, kukunya yang tajam dan panjang menuju ke arah biji mata. Dalam keadaan yang tergamam itu, Ali Us man menerpa lalu memeluk tubuh saya. Akibatnya kami jatuh terguling di lantai.

CARI MANGSA MUNGKIN kerana gagal menjadikan saya mangsanya, kucing hitam naik angin. Mangsa seterusnya ialah datuk yang diserang dari segenap penjuru. Semua serangan itu dapat diatasi de ngan baik. Kucing hi tam siam yang mempunyai kekuatan tenaga luar biasa, tidak berputus asa dan terus melakukan serangan demi serangan bertubi-tubi.

Dailam usaha menewaskan datuk, lebih dari lima kali kucing hi tam itu jatuh di sisi Ali Usman, malah ada ketikanya badannya ja tuh atas badan Ali Us man. Anehnya, kucing tersebut tidak pun mencakar mengigit Ali Usman. "Bersedia kamu." Saya dan Ali Usman yang baru bangun segera merenung ke arah datuk yang berdiri betul-betul di muka pintu. Kucing hitam berlegar-legar di depannya. Tidak ubah seperti harimau yang cuba menarik perhatian musuhnya. Bila musuh terlalai masa itulah serangan maut dilakukan. Mari, Datuk menyelak bajunya mempamerkan daging perutnya pada kucing hitam. Perbuatan itu menyebabkan sikucing bertambah marah. Tanpa membuang masa, satu terkaman dilakukan dan dengan pantas datuk menjatuhkan dirinya dipermukaan lantai.

Kucing hitam meluru bagaikan peluru me nuju ke pintu yang terbuka luas, lalu tercampak di halaman sambil mengiau panjang, manahan kesakitan. Saya dan Ali Usman meluru ke pintu dan berdiri di situ. Kucing hitam siam terkapar di halaman untuk beberapa detik, sebelum mengecil dan akhirnya bersatu dengan pasir di halaman rumah. Kita tunggu dulu, kalau -kalau kucing syaitan datang lagi. Arahan datuk itu kami patuhi. Lebih dari sepuluh minit masa berlalu. Tidak ada sebarang tanda atau alamat yang boleh membawa kepada keburukan. Demikianlah menurut firasat datuk. Tugas yang dibebankan kepada Ali Us man untuk membuka pintu bilik kerja masih belum berakhir, meskipun diganggu oleh ku cing hitam siam. Dari gerakgeri dan air mu ka Ali Usman, ternyata dia cukup senang de ngan tugas tersebut. Dia tidak gentar dan cemas macam tadi. "Semasa arwah ayah saudara ada lagi, saya memang takut semacam bila berdepan dengan kucing hitam yang menjaga bilik, kerana dia ada saya tidaklah cemas sangat." Ali Usman membuka rahsia. "Kenapa tak cakap awal-awal." datuk gelengkan kepala Saya dan Ali Usman ketawa serentak, penuh lucu.

Bagaimana? boleh saya masuk. Datuk anggukkan kepala. Tiga langkah Ali Us man maju ke depan. Berdiri betul di depan pintu dua warna. Sebelum pemegang pintu dipulas, dia merenung ke arah saya dan da tuk. Mari rapat dengan saya. Berdirilah di kiri dan kanan saya. Permintaan Ali Us man segera dipatuhi. Saya dan datuk berdiri disisinya.

Mungkin untuk memberikan kekuatan atau semangat baru. Datuk menekankan ibu jari kirinya ke pangkal telinga kanan Ali Usman. Ada perubahan di wajahnya, muka Ali Usman nampak merah, macam udang kena bakar. Dia nampak bersemangat sekali. Perlahan-lahan, pembuka pintu dipulas, sepasang daun pintu terkuak. Ya Allah Ali Usman tidak mampu berdiri, tubuhnya jadi lemah dan lembik. Datuk segera memangkunya, saya turut membantu. Dengan perlahan-lahan badan Ali Usman diletakkan atas lantai. Kenapa Ali? Soal datuk. Bapak saudara saya ada di dalam.

SIRI 226 (VS MAC 2000) WANITA DALAM BILIK PAWANG by Manjalara, Tanpa membuang masa saya dan datuk melihat ke dalam bilik. Samar-samar kelihatan seorang lelaki duduk bersila dengan sepasang tangan berada diantara kedua belah paha dan kaki. Sebuah tempat bara berada di depannya, mengeluarkan asap berbau cengkih dan kemenyan. Lelaki yang berwajah serius dan bengis itu seperti bertafakur dengan sepasang kelopak matanya dirapatkan. Kepala dililit dengan kain kuning. Dari mana datangnya makhluk ini bisik batin saya.

Eehemmmmm, suara datuk menyumbat lubang telinga. Dan sudah pasti, suara tersebut adalah isyarat untuk saya mengawal perasaan, jangan memikirkan tentang sesuatu. Asap kemenyan yang bergerak lembut si sebelah kiri dan kanan lelaki itu, melakarkan sekumpulan bebayang makhuk ganjil yang menakutkan. Ada yang bertanduk, bermisai, mata berlubang, berdagu panjang hingga ke lantai dan bermacam-macam lagi. Saya segera merenung ke arah datuk. Tenang sahaja datuk menghadapi suasana yang mencemaskan itu. Bibirnya seperti bergetar. Dan saya menduga, datuk sedang membaca petikan ayat al-Quran untuk menghalau syaitan. Usaha datuk yang direstui Allah mendatangkan hasil yang sungguh mengesankan. Satu persatu bayang yang menakutkan itu menipis, membulat dan memanjang. Sebelum ghaib dari penglihatan terdengar seperti suara hembusan angin yang keluar dari belon mainan akibat dicucuk dengan jarum. Dah hilang, cetus hati saya. Datuk berdehem dan saya sedar tentang kesilapan yang tidak saya sengajakan. Dua tiga kali saya menarik dan melepaskan nafas sambil mengutuk diri sendiri. MUngkin menyedari tidak ada sebarang gangguan lagi menyebabkan datuk menumpukan seluruh perhatiannya kepada Ali Usman kembali. Macam tadi juga, Ali Usman masih lagi mamai. Dua kali bahu Ali Usman saya singgung dengan kuat. Tetapi, dia tidak memberikan tindak balas yang sewajarnya. li, apa yang kamu lihat itu, itulah juga yang aku Iihat. Sekarang semuanya sudah selesai, sudah tak ada lagi, Cuba buka mata kamu " Datuk dan saya segera berusaha mendirikan Ali Usman. Kepalanya yang terkulai kami tegakkan, Wajahnya dihalakan ke arah pintu bilik yang terdedah.. Pelahanlahan Ali Usman mambuka kelopak matanya. "Kamu tengok sekarang, semuanya sudah hilang." Itulah yang datuk bisikkan ke lubang telinga Ail Usman. Dengan lemah saya lihat Ali Usman anggukkan kepala. Dia hanya berkerut, buat beberapa ketika Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dalam usahanya mencari ketenangan dan ketenteraman. "Bagaimana perasaan kamu sekarang? Dah tenang," susul datuk. Ali Usman anggukkan kepala, senyumnya kian lebar.

"Kalau gitu kamu mulakan," Datang lagi usul dari datuk dan ternyata tiada bantahan dari Ali Usman. Dia pun melangkah melepasi bendul pintu bilik. Setelah mendapat isyarat dari datuk, saya turut melangkah ke dalam bilik yang kelihatan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Datuk pun membekalkan pesan agar jangan menyentuh apa juga barang yang terdapat di situ, kecuali setelah mendapat kebenaran darinya. KHAS BERADA di dalam bilik khas yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, terasa nyaman bagai kan berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Keganjilan yang dialami setiap kali melangkah, saya seperti tidak dapat mengimbangi seluruh tubuh, terhoyang hayang ke kiri dan ke kanan. Bagi mengelak dari jatuh terpaksa berpaut pada tubuh Ali Usman. Apakah perkara yang saya alami turut dirasakan oleh Ali Usman dan datuk? Tetapi, melihat pada gaya dan gerak mereka temyata perkara itu tidak berlaku. Dengan tidak semena-mena terdengar seperti suara kumbang mengorek lubang dikayu. Keadaan begini memang kurang tenteram, memberi kesan yang tidak tentu arah disanubari. "Apa pula sialnya si kumbang ni, mengacau urusan orang dan menakutkan aku, jerit batin saya. Ehemmmm.. Datuk berdehem pendek Dan secara sepontan saya menoleh ke arah datuk, pandangan kami bertembung. "Jangan ditegur atau dikomen bila kamu melihat atau mendengar sesuatu yang pelik. Cuba fikir dulu sebelum mengikut kata hati. Jangan pandai-pandai nak mengutuk atau marah tidak bersebab." Itulah komentar datuk. Dia bagaikan tahu erti renungan mata saya sebentar ta di. Saya mengigit bibir, susah sungguh berurusan dengan manusia yang dapat membaca suara hati kita. Dan buat sekian kalinya, saya menatap wajah All Usman. Dia nampak bersahaja. Tetapi gerak mata hitamnya membayangkan sekelumit keresahan dalam dirinya Dia cuba tersenyum dan ternyata senyum yarng dipaksa itu hilang serinya.

Bilik yang nampak kecil itu, tenyata cukup besar dan luas. Buktinya. sudah lebih sepuluh langkah kami melangkah dari bendul, masih belum sampai ke bahagian tengah bilik. Ali Usman memberikan isyarat tangan, supaya kami menuju ke bucu bilik sebelah kiri. Dan saya yang sangsi dengan arahan tersebut enggan melangkah. "Ke sana, sebelah kiri, keras suara. Ali Usman. "Maaf," bisik saya padanya. "Bodoh,' Sakit benar rasa hati menerima ungkapan kata yang ditujukan oleh Ali Usman untuk saya. Kalau tidak memikirkan berada di tempat orang mahu rasanya melepaskan penumbuk sulung ke mukanya. Biar pecah berdarah dan tersungkur di lantai. "Ehemmm,,,.' datuk bersuara. Menyedari kesilapan yang dilakukan, saya minta maaf dengan menganggukkan kepada pada datuk. Saya dan datuk mengekori Ali Usman menuju ke tempat yang dimaksudkan. Keadaan di situ agak gelap dan lubang hidung mula diasak dengan bau bunga cempaka kembang pagi. Terdengar bunyi seperti kain batik dikoyak berkali-kali. Sesekali terdengar suara wanita berbisik sesama sendiri. Dalam suasana yang agak gelap itu, sepasang telapak tangan jatuh atas sayap bahu kiri dan kanan. Berdebarlah hati saya, rasa cemas dan takut terus memuncak. Perlahan saya raba tangan di bahu kiri, terasa kasar dan keras dengan urat-urat timbul di belakang tangan. Bila telapak tangan merayap di lengan orang yang belum saya pasti siapakah orangnya, rasa gementar terus menguasai tangkai hati, lebih-lebih lagi bila telapak tangan menyentuh bulu roma yang keras terpacak. Pergerakan telapak tangan terhenti di hujung siku, bila tersentuh bulu berlebihan daging yang lembik dan lembut. Tidak salah lagi tangan yang memegang kedua belah sayap bahu ialah tangan datuk dan dengan serta merta degup jantung saya kembali normal. Bertenang dan kawal perasaan kamu Tamar, jangan menggelabah tak tentu pasal, suara datuk masuk ke lubang telinga. Baik tuk. Serentak dengan itu cengkaman sepasang telapak tangan di bahu kiri dan kanan segera berakhir. Saya bernafas lega kerana datuk berada tidak jauh dari saya.

LILIN Ali Usman menyalakan api di hujung lilin besar. Tidak diketahui dari mana dia memperolehi mancis. Cahaya di hujung lilin yang sekejap besar, sekejap kecil itu mampu memberikan sinar yang cukup terang untuk kami melihat apa saja barang atau peralatan yang berada disitu. Terdapat sebuah perahu Bugis, lengkap dengan layar dan pendayungnya terbelenduh di bucu bilik. Bahagian bawah (perut) perahu terletak di atas empat pasu besar Cina yang berukiran naga dengan latar belakang biru kuat. Pada hemat saya, tujuan berbuat demikian bagi mengelakkan kerosakan lantai bilik dan perut perahu. Kita ke sana. Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah yang dimaksudkan. Saya dan datuk pun bergerak ke arah yang dimaksudkan. Tidak ada apa pun yang terdapat di situ, kecuali kain tabir yang berwarna hitam. Ada rahsia di sebalik tabir ini. Dengan pantas Ali Usman menjatuhkan kain tabir berwarna hitam lalu digulung serta di ketepikan berhampiran dinding. Pasu pertama diisi tulang gajah mati beragan, pasu kedua atau di tengahtengah ditaruh tulang badak sumbu mati berlaga di tepi danau dan pasu yang ketiga ditaruhkan dengan tulang harimau jantan yang ganas. Mulut saya terlopong mendengar penjelasan dari Ali Usman yang memang tidak diduga atau dijangkakan. Datuk hanya anggukkan kepala sambil mengharapkan ada penjelasan selanjutnya dari Ali Usman. Dan apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Keadaan sekitar terasa amat sunyi sekali tetapi, beberapa minit kemudian tulang temulang dalam ketiga-tiga pasu besar itu bergerak dan berlaga sama sendiri. Beberapa potong tulang terangkat sendiri. Dalam masa yang sama, terdengar seperti ada orang menjilat dan menyedut tulang yang terangkat dari pasu besar. Saya cuba mengesan dari arah mana datangnya bunyi orang menjilat dan menghisap tulang itu. Ali Usman tahu yang saya sedang mengesan bunyi ganjil tersebut. Dia cuba berusaha menghalangnya dengan cara yang paling sopan sekali.

Berkali-kali dia mengedutkan dahi sambil mengaru pangkal leher kanan, macam ada sesuatu yang mahu dituturkan. Semua yang saya cakapkan tadi, bukan rekaan. Hal itu diberitahu oleh bapa saudara saya sendiri. Pesannya, bila dia sudah tiada, saya mesti menjaga apa yang ada di dalam rumah ini. Ali Usman mengakhiri kata dengan senyum yang memanjang. Saya dan datuk berbalas renungan. KHASIAT DIA tak cakap pada kamu tujuan dia menyimpan tulang temulang binatang dalam pasu? Satu pertanyaan datu ajukan dalam nada suara yang lembut sekali. Untuk tujuan perubatan, jawap Ali Usman. Untuk ubat. Datuk minta kepastian. Iya, angguknya penuh yakin. Mungkin untuk meyakinkan kami berdua, Ali Usman pun menerangkan tentang khasiat-khasiat yang boleh diperolehi dari tulang-temulang binatang yang ada di dalam ketiga-tiga pasu tersebut. Kalau kena cirit birit atau kolera, panas badan, darah tinggi, runsing dan sukar tidur malam, rendam tulang paha gajah semalaman bersama air telaga, kemudian minumlah air tersebut bersama dengan campuran biji tembikai. Lagi, tulang yang lain macam mana? desak datuk. Air rebusan tulang harimau ganas, diminum waktu pagi dicampur dengan sedikit jintan manis, boleh menghilangkan lenguh-lenguh sendi, lelas, lesu badan, kencing manis, gaut, tekanan darah rendah, menambahkan nafsu makan. Macam mana tulang badak sumbu mati berlaga. Air rebusan dari tulang kaki badak mati berlaga diminum bersama campuran kicap pekat dan air tebu hitam diminum waktu pagi cukup berkesan untuk menguatkan dan mengeraskan alat kelamin lelaki, tahan lama berjuang lama di katil. Perempuan belum beranak dilarang minumnya, boleh menyebabkan mandul. Haaaa Datuk seperti terkejut.

Sesungguhnya saya tidak melibatkan diri dalam perbincangan itu (antara datuk dan Ali Usman) lebih banyak mendengar dan memerhatikan saja. Kalau masuk campur, mungkin tidak disenangi oleh Ali Usman. Malah, mungkin dimarahi datuk. Ali Usman bergerak ke arah lain, kesudut paling kanan. Datuk mengikut saja ke mana Ali Usman melangkah, begitu juga dengan saya. Berada di sudut paling kanan dalam bilik tersebut seluruh badan terasa panas berbahang, macam berdiri dekat unggun api. Peluh mula mercik di seluruh badan. Panas? Tanya Ali Usman. Saya mengangguk. Tetapi, datuk kamu sejuk mengigil. Bagi mempastikan cakap Ali Usman benar atau sebaliknya, saya toleh ke arah datuk, memang benar dia mengeletar. Saya berhadapan dengan suasana yang sungguh menakjubkan. Dalam sebuah bilik, kami berhadapan dengan hawa yang berbeza. Tak apalah, sebentar lagi kamu akan kembali normal, setiap orang yang baru masuk ke sini akan mengalami rasa sejuk dan panas tidak bersebab, jelas Ali Usman dengan tenang. Saya dan datuk menerima penjelasan itu dengan hati yang terbuka. Kata-kata Ali Usman terbukti benar. Lima minit kemudian suhu badan saya dan datuk kembali normal. Ini tempat paling rahsia, hanya saya seorang saja yang diizinkan masuk di sini, orang lain diharamkan. Hari ini saya melanggar akibatnya, tutur kata Ali Usman tersangkut sangkut. Datuk tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Bagaimanapun, Ali Usman tidak terdaya menyembunyikan keresahan batinnya dari terpamir diwajahnya. BANTAL Sudut paling kanan ini saya kira cukup istimewa berbanding dengan sudut sebelah kiri, terdapat tilam bersarung kain kuning, dua biji bantal beropol kain kuning juga. Terdapat longgokkan buku (kitab) lama yang kertasnya sudah kuning. Terdapat lampu minyah tanah antik, badannya dari kaca dan corongnya juga dari kaca.

Di hujung tilam, atas rak yang dibuat dari buluh kuning tersusun berpuluh botol kecil yang berisikan aneka minyak, ada minyak dagu, minyak tupai jantan, minyak tembuni, minyak mani gajah, dan berbagai lagi. Kegunaannya untuk pengasih dan menegangkan kulit muka, demikian saya diberitahu oleh Ali Usman. Ini pula taring babi hutan yang mati beragan, Ali Usman menuding jari telunjuk ke arah tali pinggang yang penuh taring babi hutan yang berwarna putih berkilat. Untuk apa? secara sepontan datuk menyoal. Sesiapa yang memakainya, digantung di leher, diikat di pinggang atau dijadikan azimat, orang itu tak lut peluru atau senjata tajam. Itulah yang diberitahu oleh bapa saudara kepada saya. Perbuatan syirik, syukurlah saya dapat membetulkannya. Walaupun mengambil masa yang lama, Ali Usman luahkan perasaannya dengan penuh keyakinan. Sepatutnya semua yang ada di sini dimusnahkan, datuk mengemukakan cadangan. Ali Usman menarik nafas panjang sambil merenung ke arah longgokkan kitab. Biarkan semua yang ada di sini musnah sendiri, saya tak senang hati kalau dimusnahkan oleh orang lain. Kamu ada maksud lain Ali? Tidak ada, saya sendiri tidak suka dengan semua ini. Baiklah, jawap datuk pendek. BENAR Sungguh mengejutkan bila Ali Usman membenarkan saya dan datuk menyentuh dan membaca kitab-kitab lama yang ada di situ. Walaupun sudah diizinkan, saya masih ragu-ragu untuk melaksanakannya. Boleh tuk, Silakan tuk. Sebuah kitab lama saya buka, tulisannya sungguh ganjil bercampur aduk tulisan jawi dengan tulisan siam, Vietnam, Jawa Kuno, dan Hindustan. Sukar untuk

membaca apalagi memahaminya. Tetapi, saya tidak putus asa, saya cari kitab lain dan akhirnya saya tersua dengan sebuah buku tebal yang di dalamnya tercatat nama pawang dan bomoh serta orang yang pernah berguru dengan bapa saudara Ali Usman (Si Raja Susuk). Antaranya terdapat nama nama beberapa lelaki dan wanita dari Pahang, Kedah, Perlis, Melaka, Trengganu yang pernah menuntut ilmu denga Raja Susuk. Bila pulang ke tempat asal mereka berusaha mengembangkan ilmu tersebut di tempat masing-masing. Dia datang, jerit Ali Usman. Dengan serta merta buku ditangan saya lepaskan. Datuk yang duduk bersandar di tepi dinding segera bangun. Seluruh biji mata tertumpu ke arah pintu yang terbuka. Semuanya tergamam tidak tahu apa yang harus dilakukan. Seorang wanita dengan rambut mengerbang, memangku seorang bayi berkepala licin dalam kain putih. Sebahagian dari dadanya dibalut dengan kain merah manakala bahagian lainnya terdedah. Buah dadanya dilindungi oleh tubuh bayi yang dipangkunya. Kain putih yang membalut tubuh si bayi kepala botak, menutup bahagian badan depan wanita tersebut iaitu dari pinggang hingga ke kaki. Dengan sepasang mata yang merah, mulut separuh terbuka bersama susunan gigi yang tinggi rendah. Wanita melangkah kea rah kami. Di luar bilik terdengar suara tangisan bayi sedangkan bayi dalam pangkuan wanita berwajah hodoh diam kaku. Dari bahagian jenang atas pintu terhulur kain berwarna merah jambu bersama lembaga yang menyerupai muka orang hutan. Dari lubang hidung lembaga tersebut terkeluar hembusan nafas membekalkan bau busuk. Mata kanannya buat kehijau-hijauan, manakala mata kirinya serupa dengan mata manusia biasa. Wanita berwajah hodoh terus melangkah mendekati kami. Ali Usman cuba melakukan sesuatu. Dia berdiri sambil mengenggam penumbuk dan menentang wanita yang memangku bayi kecil kepala botak. Saya tahu, semuanya berpunya dari perbuatan saya membuka rahsia rumah ini pada orang lain, jerit Ali Usman. Bertenang, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi, datuk memberikan secebis nasihat dan Ali Usman akur dengan nasih tersebut. Wanita terus melangkah mendekati kami dan kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

SIRI 227 (VS APRIL 2000) DIPINTU KEMATIAN by Manjalara,

Saya terkejut, bila wanita itu tidak meneruskan langkahnya mendekati All Usman. Suara tangisan bayi terus hilang, begitu juga dengan bentuk lembaga orang Utan. Keresahan segera mengoncang dada. Wajah datuk pun dijeling, dia nampak tenang sekali. Tetapi, Ali Usman masih tidak bergerak dari tempat dia berdiri. Perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas, bila terlihat beberapa ekor lipas lari di lantai lalu menyusup di bawah kain wanita berwajah hodoh. "Pelik," terhambur keluhan dan kelopak bibir saya. "Yahooooo................. " Tidak dapat saya pastikankan dari arah mana suara itu datang. Tidak dinafikan juga pekikan ltu memekakkan anak telinga, mengganggu konsentrasi datuk. Buktinya, datuk merenung ke arah lelangit rumah. "Hisss............" Aii Usman mendengus panjang sambil mengkepal-kepal penumbuk. Sepasang kelopak matanya sebentar terbuka dan sebentar terkatup. Bila kelopak matanya nya terbuka renungannya ke arah wanita hodoh mendukung anak kecil tidak beralih. Seolah- olah hati serta perasaannya sudah ditakluki wanita aneh itu "Hati-hati Ali,'' saya mengingatkannya. "Itu urusan dia, bukan urusan kamu.' ' Datuk meluahkan sebuah protes yang membuat saya kurang senang. Tiba-tiba saya jadi marah pada datuk. Puncak dari kemarahan ltu, saya tidak mahu melihat mukanya. Dan batang leher bagaikan dipusing suatu tenaga ghaib yang memaksa saya merenung ke arah wanita berwanita hodoh yang tidak disenangi. Pada mulanya saya melakukan penentangan tetapi, akhirnya saya terpaksa mengalah kerana tenaga yang memaksa lebih kuat dari saya.

Bila sepasang anak mata tertampar ke wajah wanita mendukung anak kecil. Rasa terkejut dan pelik bermain dalam tempurung kepala. Rasa pening dan pedih di kelopak mata mula dialami. Dengan seluruh daya dan usaha, saya cuba alihkan pandangan ke arah lain. Pada mulanya saya mengalami kepayahan sedikit tetapi, akhirnya berhasil, dinding rumah menjadi sasaran anak mata. Rasa pening dan sakit kepala segera berakhir, saya kembali selesa dan berpijak pada alam nyata. Keselesaan yang baru dinikmati ini harus dipertahankan, fikir saya. Wanita berwajah hodoh mendukung anak kecil, tidak wajar dilihat kerana boleh mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Itulah keazaman berputik dalam hati. LEMAH Sayang, keazaman yang kuat itu berjaya dibunuh oleh rasa keinginan yang tidak mampu dibendung untuk melihat perempuan berwajah hodoh bagi sekian kalinya. Dan sebagai manusia yang lemah, saya tunduk pada keinginan itu. Wajah wanita hodoh itu saya tatap tanpa berkedip. Sungguh mengejutkan, ketika ditatap wajahnya mengalammi proses perubahan secara perlahan-lahan. Kulit mukanya yang mengerutu, macam kulit katak puru itu relai berkeping-keping jatuh atas kepala bayi yang didukungnya. Bekas kulit yang relai segera diganti dengan kulit baru yang putih dan licin. Manakala kepala bayi yang ditimpa oleh kulit yang relai tadi segera ditumbuhi rambut hitam yang kemerah-merahan. Gigi yang tidak teratur kini nampak putih bersih, tersusun rapi dan rapat. Ada lesung pipit di kiri dan kanan pipi, bila tersenyumm manis sekali mengingatkan saya pada Mia, gadis yang pernah membuat saya tidak nyenyak tidur malam. Cantik, bisik batin saya. Mata masih terpaku ke arah hujung dagunya yang tajam macam mempelam Siam. Sepasang bulu keningnya nampak tebal, bulu mata nya lentik, padan benar dengan sepasang bibir nipisnya yang merah menarik. Rasa takut dan benci segera hilang, bertukar menjadi rasa ghairah. Nafsu berahi meluap-luap, tidak tertahan-tahan lagi. Saya jadi tidak tentu arah. Dalam saat mengelamun sambil membelai rasa ghairah yang bagaikan tiada hujungnya itu, bayi dalam pangkuan wanita tersebut hilang secara mengejut. Tidak memadai dengan semuanya itu, kain putih yang membalut sebahagian dari tubuhnya dijatuhkan perlahan-lahan. Saya jadi kelam kabut.

Dia telanjang bulat, Itu reaksi saya semua kain putih pembalut sebahagian tubuhnya jatuh dikaki. Setiap liku dan lekuk di tubuhnya, termasuk bahagian alat sulitnya berada dalam mata saya. Huuuhhhh..... saya mengeluh geram. Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan. Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan yang membakar nafsu muda. Seluruh pembuluh darah menjadi tegang semacam, badan mengeletar geram bersama ghairah nafsu muda yang sukar dikawal. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, akal mula dikuasai nafsu. Saya seperti terasa ada tenaga mendorong saya untuk mendekati wanita yang pada penglihatan saya ketika itu cukup cantik sekali. Rapatlah. Saya seakan-akan terdengar suara wanita itu berkata demikian pada saya. Rapatlah, Cuma kita saja disini, ulangnya dengan suara yang serak-serak basah. Gerak bibir dan gerak tubuh mengiringi kata-kata yang diluahkan, membuat saya, macam berada di dunia fantasi yang tidak bertepi. Dengan hati-hati langkah pertama diatur ke arah wanita yang sedangkan mendepangkan kedua belah tangannya. Dua ketul daging hidup yang tegang melekap di dada, terbuai-buai setiap kali dia bergerak atau melonjak. Semuanya itu menyebabkan perasaan muda saya terhumban ke tasik nafsu berahi yang sukar dikawal. Langkah pertama yang teragak-agak dan hati-hati segera bertukar menjadi rancak penuh semangat. Suara ketawa penuh manja dari wanita itu menyambut lubang telinga kiri kanan. Tidak memadai dengan itu terdengar suara mengerang kenikmatan, bersama renggekan berahi. Situasi begini membuat saya lupa pada keadaan sekeliling. Ali Usman bagaikan tidak wujud lagi. Begitu juga dengan datuk. Apa yang ada dalam kotak fikiran, hanya saya dan perempuan itu sahaja yang berada disitu, bagaikan berada di sebuah taman bunga yang indah. GELORA

Bersama gelora berahi dan nafsu yang bergelombang hebat dalam batin, saya terus melangkah dan melangkah. Matlamat dalam diri ialah wanita bogel didepan mata harus di kuasai lahir batin. Langkah makin rancak, makin bersemangat. Tamar, terpinga-pinga suara datuk, kawal diri kamu, jangan biarkan akal fikiran dan perasaan dikuasai roh jahat. Saat memikirkan kata-kata itu, terdengar bunyi berdesing yang amat kuat. Tidak tahu dari arah mana bunyi itu datang. Kerana bunyinya amat kuat dan panjang membuatkan gegendang telinga seperti mahu pecah. Rambut di kepala macam mahu tercabut. Pandangan saya mula berpinar-pinar. Wanita cantik tanpa kain yang wujud di depan mata, tidak keliahatan lagi. Tidak tahu, entah mana ghaibnya. Batang leher terasa sakit bila digerakkan ke kiri dan ke kanan. Bunyi berdesing tidak juga berhenti. Datuk, tolong saya. Suara saya tidak keluar, tersangkut dan tenggelam di tekak. Saya semakin lemas, tidak tentu arah. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Kepala semakin terasa berat. Usaha terakhir yang dilakukan ialah membongkokkan separuh badan. Kemudian duduk bersila di lantai sambil melunjurkan kedua belah kaki. Pada masa itu, entah macam mana saya terfikir membaca surah An-Nas hingga tamat. Bunyi berdesing yang memekakkan itu beransur perlahan dan terus hilang. "Haaaa sudah berhenti!" Saya seperti tersentak dari sebuah lamunan yang cukup panjang. Seluruh badan berpeluh, nafas tercungap-cungap. Saya lihat sekitar dan pasti segala-galanya kembali pada keadaan asal. Wanita yang menghairankan itu kembali berada di tempat asalnya dengan wajah hodoh yang menakutkan mendukung bayi berkepala licin. Kecantikannya yang hampir berjaya memperdayakan saya terus hilang. Kerana keadaan sudah agak normal, tanpa membuang masa saya terus menoleh ke arah Ali Usman. Dia masih macam tadi, berdiri kaku macam patung menggenggam penumbuk, matanya masih terpaku kepada wanita hodoh yang mendukung anak kecil. Rapatlah," wanita hodoh bersuara parau semacam. Anak mata nya tetap menyorot tajam ke muka Ali Usman yang kelihatan seperti orang bodoh. Dan

saya yang sudah pulih dari kuasa semangat wanita hodoh, itu resah melihat keadaan Ali Usman yang tidak stabil itu. "Rapatlah," kata wanita itu lagi, "aku tidak boleh melepasi garis di lantai ini," Saya segera mencari garis di lantai yang dimaksudkan oleh wanita tersebut. Nyata, dia tidak berbohong. Memang ada garisan berwarna putih melingkari tempatnya sendiri. "Rapatlah, ulangnya untuk sekian kali. Ali Usman masih ragu-ragu sama ada mahu melangkah memenuhi permintaan wanita tersebut atau sebaliknya. "Bila aku melangkah atau melanggar garisan ini, bererti apa yang mahu disampaikan atau mahu diturunkan oleh bapa saudara kamu kepada kamu habis hancur, semua nya menjadi sia-sia. Aku tak boleh melangkah garisan putih, ini sumpah kami berdua antara bapa saudara kamu dengan aku, nada suara wanita hodoh lembut merayu minta simpati. TERMAKAN ALI USMAN termakan dengan rayuan itu. Dia pun melangkah setapak ke depan. Wanita berwajah hodoh ketawa mengilai. Bayi dalam dukungan merenggek manja, macam diacah seseorang. Saya jadi resah kerana datuk masih berdiam diri, tidak mahu melakukan sesuatu bagi menghalang niat jahat wa nita hodoh tersebut. "Aku datang sekadar mahu menyampaikan amanat orang yang sudah tiada, kau berhak menerima peninggalannya," dalam ketawa yang mengada-ngada wanita itu bersuara manja. Ali Usman melangkah setapak lagi. Perasaan saya bertambah tidak tenteram. Pada hemat saya sesuatu harus dilakukan, kalau dibiarkan pasti menimbulkan masalah yang rumit, mungkin Ali Usman bakal menjadi mangsa wanita berwajah hodoh. "Terimalah warisan peninggalannya." rayu si wanita hodoh Ali Usman terus melangkah, ketawa wanita dan renggekan si bayi dalam dukungan kian menjadi-jadi, menguasai seluruh bilik khas itu. "Jangan pergi Ali, bahaya tu," jerit saya separuh keras. Sebaik saja jeritan berakhir saya menerpa ke arah Ali Usman dan menarik tangan kirinya seraya menyuruh dia berhenti dari melangkah ke depan.

Saya kira usaha itu berhasil kerana Ali Usman berhenti melangkah. Dia pun memusingkan tubuhnya ke belakang lalu merenung tepat ke arah batang hidung saya. Wajahnya nampak bengis. Marah benar dia kerana saya mengganggu urusannya. "Aduh, jerit saya. Satu hentakkan siku yang kencang singgah di bahu membuat bahu kanan terasa sengal. Tidak memadai dengan itu, sebiji lagi penumbuk Ali Usman singgah di pangkal dagu. Saya jatuh tersandar di dinding, tidak bermaya rasanya mahu bangun. Ketawa wanita berwajah hodoh makin galak, makin mengada-ngada. Dalam renungan yang berpinar-pinar itu, saya lihat dia bertepuk tangan gembira. Bayi dalam pangkuannya melonjak-lonjak. "Dia penghalang," kata wanita itu. BENGIS ALI USMAN merenung bengis ke arah saya yang terkapai-kapai berusaha untuk bangun. Kerana menyedari tidak mampu melawan Ali Usman, saya hanya bersikap pasrah saja. Rela menerima tumbukan atau tendangan darinya. "Huuhhhhh.................. " Ali Usman melempias-kan kemarahannya tanpa menumbuk atau menyepak saya. Dia memusingkan badannya lalu menentang kerelaan. "Masuklah ke sini, langkahlah garisan putih itu." Wanita berwajah hodoh menghulurkan sepasang tangannya ke arah Ali Usman. " Jari-jemarinya yang lentik berkuku panjang bergerak-gerak, macam ekor cicak putus dari badan. Ali Usman terus menghulurkan tangan untuk menyambut hujung jari-jemari wanita tersebut. Sambutlah, pegang kuku di jari hantu, wanita mengeluarkan arahan. Ali Usman anggukkan ke pala, tanda setuju. "Bercantum." Itulah yang keluar dari mulut saya yang secara kebetulan terlihat anak dalam dukungan wanita itu seperti bercantum dengan dada wanita berwajah hodoh. Bila hujung jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita itu, terdengar suara hilai ketawa yang nyaring bersama paluan gendang kemenangan. Pada fikiran ketika itu, segala-galanya akan berakhir dengan kepunahan. Saya dan datuk bakal jadi korban penunggu rumah RAJA SUSUK, mungkin nasib saya dan datuk termasuk dalam istilah MATI KATAK.

"Sikit lagi, langkah setapak lagi, rayu wanita itu. Dan Ali Usman akur pada rayuan itu. Dia menjengkitkan kakinya sambil rnencondongkan tubuh. Saat jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita hodoh, suara ketawa dan gendang makin bertambah gamat. Suasana ketika itu seperti dalam keadaan kacau bilau. Pada saat itu, apa yang terbayang dalam kepala ialah pintu kematian untuk saya dan datuk. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan. Saya menarik nafas hampa dan kecewa. Entah macamana timbul keinginan untuk melihat datuk, saya segera menoleh ke arahnya yang sudah bersila atas lantai. Sepasang bibir datuk bergerak-gerak, saya pasti dia sedang membaca sesuatu. Sudah pasti ayat Quraan yang dibacanya. Saya cuba menenangkan perasaan dengan membaca surah "ALAM NASRAH" beberapa kali. Dengan izin Allah, ketenangan dan keyakinan segera datang dalam dada. Saat Ali Usman mengangkat kaki untuk melangkah garisan putih, datuk seperti hilang sabar. Dia terus bangun dan menerpa ke arah Ali Usman. MENJERIT DENGAN kekuatan tangan kiri tubuh Ali Usman ditolak kebelakang hingga jatuh terkapar di lantai, tidak bergerak, kecuali sepasang kakinya yang tersentapsentap. Tindakan datuk menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari wanita berwajah hodoh. Wanita itu menjerit-jerit dan melompat dalam kawasan bergaris putih sambil menghamburkan kata-kata yang sukar difahami. Datuk buat tidak kisah dengan tindak tanduk wanita berwajah hodoh. Perhatian lebih ditumpukan pada Ali Usman yang terkapar di lantai. Semasa datuk bertinggung mahu melakukan sesuatu, seluruh tubuh Ali Usman bergerak, satu sepakan kaki kiri dilepaskan oleh Ali Usman. Kerana serangan itu cara mengejut dan tidak diduga, datuk tidak dapat mengelak dan satu sepakan tepat mengenai pangkal belikat kanan. Datuk terduduk. Ali Usman yang memperolehi kekuatan luar biasa segera bangun dan melakukan serangan bertubi-tubi. Datuk terus mengelak dan berusaha dengan sedaya tidak mahu membalas serangan tersebut. Bila dapat berdiri dalam keadaan yang cukup selesa, datuk ber usaha menentang anak mata Ali usman sambil melafazkan kata "BISMILLAH" yang kemudian diikuti dengan bacaan petikan surah tertentu dan Al-Quran. Hasilnya,

kekuatan luar biasa Ali Usman menjadi lemah, terutama setelah lima jari kiri datuk ditayangkan ke muka All Usman. Dan anak saudara Raja Susuk itu pun jatuh terkulai di lantai untuk kali kedua. Bezanya, jatuh kali pertama terus pengsan dan kemudian memperolehi kekuatan luar biasa. Jatuh kali kedua, dia seakan-akan terkejut dan tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya. "Apa yang terjadi?" tanyanya kehairanan. MEMBISU SAYA dan datuk terus membisu. Kami menanti reaksi selanjutnya dari wanita berwajah hodoh yang sedang memangku anak. Ali Usman mengulangi pertanyaan yang sama. Saya dan datuk tetap bersikap macam tadi. Wanita berwajah hodoh pura-pura batuk. "Kamu harus bertanya pada aku, bukan pada mereka yang tiada urusan dalam hal ini. Kenapa kamu bawa dua manusia ini, suara wanita menguasai ruang khas. Semasa suara itu bergema, saya lihat kelopak bibir wanita tersebut tidak bergerak langsung. Dalam erti kata lain, suara itu tidak datang dari mulut wanita itu. Dalam keadaan saya terpingga-pingga itu, saya lihat datuk mendekati Ali Usman. Ada sesuatu yang datuk bisikan padanya. Ali Usman anggukkan kepala lalu melangkah mendekati garisan putih. "Hai perempuan, apa yang harus aku tanyakan kepada kamu," keras sungguh nada suara Ali Usman. Wanita itu tersenggih sambil menghayunkan bayi yang didukungnya ke kiri dan ke kanan. "Aku sebenarnya memang mahu mencari kamu, bila kamu sudah datang memudahkan kerja aku." "Maksud kamu?" Sergah Ali Usman. "Guru kepada bapa saudara kamu, mengambil aku bersama anak dari kubur untuk dipelihara sebagai kunci atau ibu pada segala ilmu yang dituntut. Bila guru itu mati, aku dan anak diserahkan untuk peliharaan bapa saudara kamu,'' wanita berwajah hodoh berhenti bercakap. "Apa hubungan aku dengan kamu?

"Bapa saudara kamu berjanji untuk melihara aku dan anak ini sampai hari kiamat. Bila dia mati, pewarisnya adalah kamu, segala ilmu yang dituntutnya dulu dengan sendiri akan turun kepada kamu. Tidak susah membela kami, makanan kami tulang, minuman kami darah binatang." "Oh, itu bukan urusan aku membela syaitan bukan kerja aku, bukan kerja orang beriman." Kata-kata itu membuat wanita berwajah hodoh jadi marah. Dia mendengus macam kerbau. Anak dalam pangkuannya bertukar jadi merah macam kayu arang dibakar. Mata wanita itu juga berubah dan wajahnya bertambah garang dan seram yang dalam sekelip mata seluruh badannya bertukar mejadi rangka.

SIRI 228 (VS MEI 2000) DENDAM WANITA HODOH by Manjalara Dan dalam sekelip mata juga, rangka tersebut kembali kepada keadaan asal. Kemudian bertukar semula menjadi rangka. Bertukar balik menjadi tubuh manusia. Begitulah seterusnya, sering bertukar ganti rupa dan bentuk. Semasa proses penukaran itu suasana dalam ruang bilik diterangi dengan kilauan cahaya merah dan hijau, gerakan cahaya itu tidak ubah macam pancaran kilat. Bila terpancar warna hijau, tubuh wanita hodoh menjadi rangka, tengkorak kepalanya putih berkilat, lubang mata dan hidungnya terpelohong. Bila bergerak seluruh sendinya berbunyi macam bunyi tayar lori melanggar batu kerikil dijalan baru. Bila pancaran hijau bertukar merah, rangka wanita bertukar menjadi tubuh manusia yang cukup sempurna. Pancaran warna yang sering bertukar menyebabkan pandangan menjadi silau. Mata menjadi pedih dan perit. Seiring dengan pancaran warna itu, terdengar suara lelaki mengerang, merintih menahan rasa sakit yang amat sangat serta diselang seli dengan suara perempuan ketawa dan mengilai panjang. Apa yang terdaya kami lakukan adalah pasrah pada keadaan. Bersedia menghadapi apa saja yang datang. Jauh di sudut hati, masih berbunga harapan yang datuk tidak akan berdiam diri, jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Ali Usman kelihatan tidak tenang sekali. Wanita hodoh terus mengusap-usap kepala bayi yang dipangkunya, Suara lelaki merintih dan perempuan mengilai terus bergema. Kita hadapi apa saja yang terjadi, dalam keadaan yang tidak menentu itu, datuk masih sempat melafazkan pesanan. Saya faham dan bersedia, balas Ali Usman. Dan saya hanya angguk kepala. Tiba-tiba secara mengejut, pancaran cahaya hijau merah berhenti. Sekujur tubuh wanita berwajah hodoh kembali dalam bentuk asal, tidak lagi bertukar menjadi rangka. Suara lelaki merintih dan perempuan mengilai turut lesap. Keadaan kembali tenang. Kenapa senyap dan sunyi, bergema persoalan dalam kalbu, bila berdepan dengan situasi yang saya kira cukup ganjil sekali. Rasa sepi menguasai sekitar. Ruang bilik yang tadi riuh rendah dengan berbagai-bagai bunyi, bertukar rentak terasa sunyi dan kosong. Gegendang telinga bagaikan hilang kuasa untuk menangkap sebarang kesan bunyi yang terjadi dalam bilik. Rasa cemas dan takut bersarang di dada. Kami saling berpandangan dan mengharapkan salah seorang daripada kami dapat memberikan idea untuk memecahkan kebuntuan yang sedang dialami. Wanita berwajah hodoh tahu masalah yang sedang kami hadapi, Dia tersenyum dan akhirnya ketawa. Dia melafazkan sesuatu ke arah kami. Sayang, apa yang dituturkan tidak mampu ditangkap oleh anak telinga kami. Wanita berwajah hodoh makin menjadi-jadi, dia menari-nari sambil mengoyanggoyangkan punggungnya. Allah hu Akbar. Datuk bertempik sambil tangan kirinya memukul lantai bilik. Serentak dengan itu gegendang telinga kami berfungsi kembali, semuanya dapat didengar dengan jelas dan terang. Rasa sepi yang menguasai segera berakhir. Bunyi bising dan hinggar binggar datang kembali. SENYUM Muka Ali Usman segera saya lihat. Ada senyum berlari di kelopak bibir. Datuk juga saya renung, orang tua itu masih membongkok, telapak tangannya kelihatan melekat di lantai seperti kena gam.

Datuk kerah seluruh tenaganya untuk memisahkan telapak tangannya yang melekat. Urat leher dan di lengannya nampak timbul. Dia mula memperdayakan aku , cetus datuk dengan muka berkerut. Itu satu permulaan, wanita berwajah hodoh menyindir. Aku tahu, jangan fikir aku mahu menyerah begitu saja, keras nada suara datuk. Benih-benih peluh mula meruap di dahi dan pangkal leher. Tidak ada tandatanda datuk mahu menyerah. Segala kekuatan tenaga dan ilmu mula dimanfaatkan. Allah hu Akbar, Suara kemenangan menguasai seluruh ruang bilik. Telapak tangan yang melekat di lantai terpisah. Datuk berdiri gagah dan wanita berwajah hodoh tercengang, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Mengapa aku harus menjadi mangsa kamu, satu pertanyaan yang garang dari datuk. Tanpa kamu, semua angkara ini tidak terjadi. Aku sekadar menolong. Pembohong, kamu mahu menjahanamkan apa yang ada pada aku. Biar aku jelaskan. Diam....... jerit wanita berwajah hodoh. Datuk terdiam tetapi, sepasang bola matanya tidak bergerak dari menatap seluruh tubuh wanita tersebut. Datuk tahu, kalau renungannya dialihkan ke arah lain dia akan menerima akibat buruk. Jeritan yang bergema sebentar tadi bertujuan untuk mengalihkan perhatian datuk. Secara lojiknya, tidak ada sebab wanita tersebut mesti menjerit kerana datuk bercakap dalam nada suara yang lembut, penuh persahabatan. Kamu orang tua sial. Jari telunjuk wanita hodoh menuding ke arah batang hidung datuk. Darah saya tersirap kerana datuk tidak bertindak balas. Masih tenang, seolah-olah kata-kata itu tidak memberikan sebarang kesan pada dirinya.

Bummmmmmm..... Satu ledakan kecil terjadi di depan wanita berwajah hodoh. Seluruh ruang bilik mula dikuasai bau hangit dan hapak. Kepulan asap kecil dan nipis muncul di kiri kanan wanita tersebut. Asap nipis sedikit demi sedikit bertukar warna menjadi hitam tebal hingga tubuh wanita yang memangku bayi hilang dari penglihatan kami. Kita keluar dari rumah neraka ni, satu usul dari Ali Usman. Ayuh, sahut saya. Tdak ada sebarang bantahan dari datuk. Serentak kami memusingkan tubuh menghala ke pintu untuk keluar. Sebelum langkah sulung dimulakan, terdengar bunyi deru angin yang cukup kuat. Badan terasa bergegar, dan terangkat secara perlahan-lahan. TERHEMPAS Sebelum pun sempat kami mengatur strategi, tubuh kami berpusing-pusing dalam ruang bilik yang hangit dan hapak. Akhirnya terhempas ke dinding dengan kuat, seluruh sendi bagaikan mahu tercabut rasanya. Sakitnya tidak boleh di ceritakan. Lebih dari lima minit kami terkapar di situ. Hei kamu semua, mahu ke mana? Wanita berwajah hodoh tercegat di depan kami. Bayi yang dipangku berubah tempat. Kini berada di atas bahu dengan kedua belah kakinya terjuntai ke dada hampir mencecah hujung puting payu dara. Kedua dua belah tangan bayi memeluk dahi ibunya. Bagaimana? Masih macam tadi juga? Ternyata pertanyaan itu ditujukan kepada Ali Usman yang baru saja menyandar tubuh ke dinding. Datuk terus memicit hujung sikunya. Bunyi deru angin sudah mati, digantikan dengan bunyi bising yang tidak menentu. Bagaimana, masih mahu berkeras?. Suara wanita berwajah hodoh bertambah lantang. Mungkin dia marah kerana pertanyaan tidak dijawab oleh Ali Usman. Bunyi bising hilang secara mengejut. Datuk sudah pun berdiri, saya masih terkial-kial berusaha untuk duduk macam Ali Usman. Tak dapat nak buat keputusan, ulang wanita berwajah hodoh.

Ali Usman terus membisu. Kamu menolak peluang yang baik ini?. Iya, aku menolak, tingkah Ali Usman penuh yakin. Kamu mengkhianati perjanjian yang dibuat antara aku dan bapa saudara kamu. Heii, aku tidak masuk campur dalam perjanjian dengan syaitan, perkara itu memang aku tidak tahu. Macam mana, aku kamu babitkan. Kamu pengkhianat. Wanita berwajah hodoh tidak mampu mengawal kemarahannya. Mukanya nampak merah. Dua tiga kali dia menghentakkan kaki kirinya ke lantai bilik. Rumah terasa bergegar seketika. Dalam keadaan yang begitu kritikal, Ali Usman dapat berdiri lalu menghadapkan wajahnya ke muka wanita hodoh. Jangan tentang anak matanya Ali, terpancut kata dari kelopak bibir datuk, kekuatannya sekarang berkumpul di situ, dia akan menggunakan segala kebolehannya menunduk kamu. Hai orang tua, ini bukan urusan kamu, dengan segera wanita hodoh mengalihkan pandangannya ke arah datuk. Aku sekadar menolongnya, memenuhi permintaannya, balas datuk dalam nada suara yang lembut dan tenang. HODOH Saya lihat wanita hodoh menarik nafas dalam-dalam. Bayi yang berada di tengkuk diturunkan lalu dipangku dan dihayunkannya ke kiri dan ke kanan. Sepasang tangan dan kaki bayi bergerak-gerak. Terdengar suara bayi merengek kegelian. Sebaik sahaja suara rengekan itu berhenti, bayi dalam pangkuan segera didakap erat ke dada. Kedua-dua belah pipi wanita hodoh nampak kembung, macam perut ikan buntal. Puuuhhhhh..... Saya melihat ke arah mulut wanita hodoh, baju dan seluar datuk nampak bergerak, begitu juga rambutnya. Datuk terpaksa membongkok melawan arus angin yang keluar dari mulut wanita hodoh, andainya datuk berdiri tegak sudah tentu badannya bergerak dan terhumban ke dinding seperti tadi. Sebelum

kejadian pertama berulang untuk kali kedua, datuk sudah pun mempersiapkan diri. Wanita hodoh kelihatan panik, hembusan angin dari mulut yang selama ini, mempunyai kekuatan ntuk menjatuhkan pokok dan manusia, ternyata kali ini tidak berfungsi. Datuk masih bertahan dalam keadaan yang cukup selesa. Wanita hodoh yang tak kenal erti putus asa terus berusaha. Kali ini dia dibantu oleh bayi dalam pangkuannya. Tetapi, tidak mendatangkan sebarang kesan pada datuk. Dia lelaki tua yang hebat. Keluh wanita hodoh. Rasa kecewa dan hampa tergambar diwajahnya kerana gagal menghempaskan tubuh datuk ke dinding melalui hembusan angin dari mulut. Bayi dalam pangkuan bersuara seperti katak memanggil hujan. Wanita hodoh tumpukan seluruh perhatian pada nada dan irama bunyi suara tersebut. Dua tiga kali dia anggukkan kepala, menandakan faham dan mengerti dengan erti bunyi tekanan nada suara si bayi dalam pangkuan. Itu satu arahan, tutur datuk. Bukan urusan kamu, balas wanita hodoh. Datuk tersenyum sinis. Ali Usman mengigit jari manis dan saya ingin mempastikan apakah kata-kata datuk itu tepat atau sebaliknya. Ramalan datuk menjadi kenyataan. Nada suara si bayi yang menyerupai bunyi katak memanggil hujan adalah satu arahan. Sebaik suara itu berhenti. Wanita hodoh menundukkan kepalanya ke lantai, kemudian diangkat perlahan-lahan, hingga tegak 90 darjah, menentang anak mata hitam datuk. Dengan pantas datuk membengkokkan kepala lututnya yang sekali gus merendahkan tubuh hingga anak matanya berada di paras dada wanita hodoh. Dalam erti kata lain, mata datuk tidak berlaga dengan anak matanya. Tindakan selanjutnya, wanita hodoh meluruskan kedua-dua belah tangannya ke depan dan turut merendahkan tubuh seperti datuk buat seketika. Berdiri kembali dan kali ini bayi dalam pangkuan menhulurkan sepasang tangannya ke arah wanita hodoh. Tanpa membuang masa wanita hodoh mematahkan jari telunjuk kiri dan kanan bayi dengan tenang. Setiap batang jari telunjuk yang dipatahkan itu dicabut, bayi dalam pangkuan ketawa macam digelitik.

Kedua-dua jari telunjuk yang dicabut itu diramas-ramas sehingga menjadi berkeping-keping. Kemudian diuli hingga bulat sebesar buah guli kaca. Dan guli dari jari kelingking itu dibalingkan ke arah datuk. Kerana datuk sentiasa bergerak dan pantas mengelak tidak ada satu pun yang singgah di tubuh datuk. Semuanya terhempas ke dinding bilik akhirnya menghasilkan ledakan kecilkecilan yang membingitkan anak telinga. Saya dan Ali Usman menyaksikan semua kejadian aneh itu dengan penuh teliti di samping berjaga-jaga. Bimbang kalau kami berdua akan menjadi mangsa kemarahan wanita hodoh. Huuuuhhhh, jerit wanita hodoh sambil menampar-nampar dada dan meramasramas kepala bayi dalam dakapan. Dia bagaikan tahu, bahawa datuk bukanlah lawannya. Dia perlu mengatur strategi lain hingga kejayaan berada di pihaknya. Apa yang pasti si wanita hodoh memang tidak kenal erti putus asa. Tidak kenal erti kekalahan. Apa yang dia tahu ialah kemenangan harus berada di pihaknya. JALAN Satu-satunya jalan menuju kemenangan ialah mempergunakan, kelemahan Ali Usman. Untuk kesekian kalinya anak matanya mencari anak mata Ali Usman. Pesan datuk tidak dilupakan. Ali Usman segera berusaha dengan sedaya yang boleh agar anak matanya tidak bertembung dengan anak mata wanita hodoh. Di saat Ali Usman dan wanita hodoh berlawan, datuk mengambil peluang meluruskan tangan. Kemudian dengan tenang datuk berdiri seperti biasa, mengeliat untuk menghilangkan lenguh-lenguh di sendi akibat terlalu lama membongkok. Di samping itu datuk membuka langkah silat-silat yang agak ganjil. Dengan menggunakan kekuatan kedua-dua belah ibu jari kakinya datuk mengatur langkah silat. Silat yang menggunakan ibu jari kaki kiri dan kanan untuk mengawal pergerakan badan dan langkah silat, jarang digunakan oleh datuk. Malah dia tidak pernah mengajar ilmu silat yang disebut SILAT SABUI kepada saya. Silat yang banyak menggunakan kekuatan ibu jari kaki dan ibu jari tangan itu, lebih tertumpu pada kekuatan mental dan gerak cepat bahagian lengan, betis kaki yang mengerakkan jari jemari kaki dan tangan untuk mencakar bahagian dada, muka dan belakang lawan hingga terkoyak dan sekali gus menarik daging dan tulang pihak lawan terkeluar dari bahagian tubuh. Silat Sabui ini berlandaskan kerohanian yang tidak lari dari hukum agama. Tetapi, kalau salah bawa boleh terpesong jauh dari hukum-hukum agama malah boleh terkeluar dari akidah.

Itulah salah satu sebab datuk tidak mahu menurunkan ilmu silat itu kepada anak muridnya kecuali hal-hal pengetahuan agama. Tidak boleh diajarkan kepada sebarang orang. Apa yang saya tahu cuma ada tiga orang sahaja anak muridnya di Tanah Semenanjung, seorang di Benut- JOHOR dari suku Bugis, seorang di kawasan Padang Terap-Kedah dari suku Acheh dan seorang lagi di Kawasan Pulau Kerengge-Terengganu. Anak murid di Benut lepasan Sekolah Al-Junid-Singapura, seorang lagi ALMashoor, Pulau Pinang dan yang akhir tamat pengajian dari Arab Saudi. Mereka adalah tokoh agama ulama tempatan dan tidak ramai yang tahu tentang kebolehan ketiga-tiga insan tersebut. Sebabnya, mereka ditegah memperlihatkan kebolehan atau ketangkasan ilmu yang dimiliki pada khalayak ramai. Silat Sabui, hanya boleh dimanfaatkan bila keadaan terdesak. Tetapi wajib digunakan demi mempertahan agama dan maruah bangsa terutama bila diancam oleh puak bukan Islam yang bertujuan mempersendakan agama Allah. Andainya, anggota silat Sabui tidak memanfaatkan ilmu yang ada untuk mempertahankan maruah dan kesucian agama Islam, mereka dianggap dayus dan tidak keterlaluan boleh dicap sebagai pengkhianat agama. Berhenti. Saya dan Ali Usman terkejut. Suara wanita hodoh cukup kuat. Rupa-rupanya dia sedang menuangkan kemarahannya ke arah datuk yang sedang menyusun tapak langkah silat sabui. Matanya merah menyala, macam biji saga dan dari kedua-dua belah bahunya keluar asap. Telinga kiri dan kanannya sekejap mengembang, sekejap mengecut mengikut tarikan nafasnya. Kamu biadap, ambil ini. Wanita hodoh mencampakkan bayi dalam pangkuannya yang sudah menjadi seketul bara ke arah datuk. Kerana sudah menjangka apa yang akan berlaku, datuk sudah bersedia. Dengan meluruskan kedua belah tangan dan mengembangkan telapak tangan dan jari jemari ke arah ketulan bara besar yang menuju ke arahnya. Tiba-tiba kelajuan ketulan bara terhenti di tengah-tengah antara datuk dan wanita hodoh, berlegar-legar di situ sambil mengeluarkan bunyi letupan kecil yang membentuk bunga api halus dan tajam. Tiba-tiba wanita hodoh terjatuh di

lantai dan ketulan bara yang berada di awang-awangan kembali menjadi bayi lalu kembali ke pangkuan wanita hodoh. Hiss................ nyaring suara wanita hodoh. Dalam sekelip mata dia sudah berdiri, Semua rambutnya menutup muka. Biji matanya tidak dapat dilihat kerana dilindungi rambut yang hitam. Saya kira ini juga merupakan taktik. Dengan berbuat demikian, kami bertiga menyangka matanya di tutup rambut tidak dapat melihat kami, pada hal dari celah-celah rambut hitam itu dia dapat melihat anak mata kami bertiga dengan jelas. JELAS Dengan demikian dia dapat melakukan sesuatu atau melemahkan kami melalui renungan matanya yang bertembung dengan mata kami. Dan kali ini bayi dalam dakapan yang sejak tadi diam, tiba-tiba menangis dengan semahu-mahunya. Ini juga merupakan satu helah, bagi menarik perhatian saya, Ali Usman dan datuk. Bila kami terleka atau terlalai dia akan melakukan sesuatu untuk membinasakan kami. Aaaaaa...... Itu tanda isyarat dari datuk agar kami berhati-hati dan berjaga-jaga. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan tipu helah wanita hodoh itu. Kerana isyarat sudah diberikan, maka kami pun lebih bersedia. Perhatian saya dan Ali Usman tertumpu ke arah tubuh wanita hodoh yang menggerakkan tubuhya dari kiri ke kanan secara perlahan-lahan. Bila bahagian dadanya berdepan dengan dada Ali Usman, gerakan tubuhnya terus terhenti. Rambut hitam yang menutup muka sebelah kiri dikuaknya lalu disangkutkan ke telinga. Dengan sebelah mata dia memandang ke arah Ali Usman. Kau manusia pendusta, pengkhianat. Tidak sebaik bapa saudara kamu. Kamu yang mungkir janji, tidak akan aku lepaskan begitu saja, satu amaran keras dari wanita hodoh untuk Ali Usman yang nampak terkejut. Tapi.. Jangan bertapi lagi, kamu terimalah akibat dari perbuatan kamu, wanita hodoh memotong cakap Ali Usman dengan pantas sekali. Dan kali ini Ali Usman nampak cemas, entah mengapa tiba-tiba badannya mengigil semacam, tidak boleh berdiri. Semua urat urat sendinya bagaikan terasa mahu bercerai.

SIRI 229 (VS JUN 2000) SEDUT TULANG BAYI by Manjalara Wanita hodoh itu menggunakan kekuatan ilmu aliran nadi yang disalurkan kearah tumit kakinya yang bercantum pada sekeping papan lantai yang secara kebetulan dipijak oleh sepasang kaki Ali Usman. Andainya sebelah kaki Ali Usman memijak papan lantai yang lain, pasti aliran nadi hitam wanita hodoh tidak akan berhasil meresap ke urat darah Ali Usman. Seluruh tubuh Ali Usman jadi lembik dan perlahan-lahan mahu rebah ke lantai. Sepatutnya dia rebah ke kiri dan ke kanan tetapi yang anehnya, dia seakan-akan rebah lurus ke atas papan lantai sekeping yang dipijak oleh wanita hodoh. Bayi dalam dakapan wanita hodoh ketawa kegelian seperti digelitik. Malah bayi itu bertepuk tangan. Saya menarik nafas kecewa, beberapa detik lagi seluruh tubuh Ali Usman yang lembik akan terbaring di papan lantai sekeping. Kejadian seterusnya susah sungguh mahu diramalkan. Wanita hodoh mula ketawa, tergambar kepuasan dan kegembiraan yang amat sangat di mukanya. Allahu hu Akbar. Datuk bertempik, melompat hampir mengenai lelangit bilik dengan kedua-dua belah kakinya terkangkang dan sepasang tangannya berkembang. Bila tubuh yang melambung itu kembali berada di lantai tanpa membuang masa datuk terus menumbuk papan lantai di hadapannya. Aneh sungguh, papan lantai yang ditumbuk tidak pecah, sebaliknya papan lantai yang menjadi tempat wanita hodoh dan Ali Usman berdiri patah dua dan tercabut dari paku. Papan yang patah jatuh ke tanah lalu terbentuk ruang atau lubang yang panjang. Cahaya dari luar menyelinap masuk. Ketawa si bayi dalam dakapan wanita hodoh terhenti dan wajah wanita hodoh yang ceria menjadi keruh dan cemas. Kubur untuk kau, kata datuk. Belum tentu. Sahut wanita sambil menjenguk ke arah lubang lantai yang ternganga, macam mulut buaya lapar menanti monyet turun dari pokok bakau. Saya pastikan, sebaik selesai menjengah ke lubang yang terpelohong itu, wanita hodoh termenung seketika. Macam ada sesuatu yang difikirkannya.

Mungkin juga untuk aku, mungkin juga untuk orang yang mungkir janji, sindir wanita hodoh sambil menjeling tajam ke arah Ali Usman yang sudah boleh berdiri dengan betul, sebaik saja papan yang di pijaknya patah dan menjadi lubang. Bertenanglah Ali Usman. Aku tidak akan membiarkan kamu sengsara, sebuah ikrar terpancar dari kelopak bibir datuk. Ali Usman yang sudah memperolehi kekuatan semangat dan fizikal mengukir sebuah senyum keyakinan buat dirinya dan datuk. Hai, orang tua nak mampus, usah masuk campur dalam urusan ini. Biarlah hal ini diselesaikan oleh anak saudara orang terbabit dalam perkara ini, satu permintan yang keras dari wanita hodoh untuk datuk. Di sebalik permintaan yang keras itu, wanita hodoh terus menjadikan datuk sasaran kemarahannya untuk kali kedua. Kalau tadi matanya merah menyala dan kedua belah bahu mengeluarkan asap. Tetapi, kali ini dari mata yang merah itu terpancar cahaya kebiruan yang panjang dan tajam, macam pancaran laser. Setiap benda yang terkena pancaran cahaya akan cair dengan sendiri Manakala dari kiri dan kanan bahu sudah bertukar daripada asap mengeluarkan percikan bunga api seperti yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak ketika menyambut hari raya. GAGAL Berkali-kali sorotan pancaran cahaya itu diarahkan kepada datuk. Semuanya gagal, pancaran itu seolah-olah ditolak oleh angin ke arah lain. Dalam masa yang sama terdengar suara datuk membaca surah Al-Kursi dengan fasih dan lancar sebutannya. Selagi ayat-ayat itu terkeluar dari mulut datuk, kedudukan sorotan cahaya tidak mengikut seperti apa yang di arahkan oleh wanita hodoh, malah sorotan cahaya menjadi lintang pukang dan saling tindih menindih. Setiap kali sorotan cahaya itu berpatah ke arah wanita hodoh dan mengenai tubuhnya, wanita hodoh akan menjerit kesakitan dan hujung rambutnya akan terbakar lalu mengeluarkan bau hangit yang amat sangat. Bodoh sial, Wanita hodoh cuba menimbulkan kemarahan datuk. Dalam perkiraanya, bila datuk marah, datuk tidak dapat mengawal perasaan. Mudahlah baginya mencari kekurangan atau kelemahan diri datuk. Dengan itu mudah lah dia menewaskan orang tua yang menjadi batu penghalang cita-citanya. Segala usaha yang dilakukan tidak menjadi. Datuk tetap tenang dan dingin. Tidak memperlihatkan sebarang reaksi.

Sebaliknya terus mendekati Ali Usman. Bahu kiri anak saudara raja pukau itu ditepuknya beberapa kali. Ternyata tindak tanduk itu menyemarakkan kemarahan yang sedia ada dalam dada wanita hodoh. Dengan serta merta pancaran cahaya yang menyerupai pancaran laser itu dimatikan. Kraaakkkkk.... Seluruh perhatian kami tertumpu ke arah bunyi tersebut. Beberapa keping papan lantai turut patah (terutama di kiri kanan papan yang patah pada mula-mula tadi) membentuk permukaan yang bulat seperti permukaan perigi yang seluasnya lebih dari empat kaki dalam bentuk bulat. Dari permukaan papan yang bulat itu terhulur secara perlahan-lahan ketulan batu bata tua yang penuh lumut dan rumput-rumput. Ketulan batu lama tersusun rapi mengelilingi lubang yang tersedia di lantai. Telaga timbul dalam bilik, itu komen saya melihat kejadian di depan mata yang tidak masuk di akal. Itu bukan telaga, tetapi kubur untuk kamu bertiga, wanita hodoh membalas komen saya. Datuk hanya diam. Sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Wanita hodoh terus berusaha dengan menimbulkan bermacam macam bunyi yang lebih menakutkan daripada tadi di dalam bilik. Malah dengan kuasa sihir yang ada padanya, wanita hodoh mendatangkan ular bisa dan beribu-ribu kala jengking di atas lantai. Semua binatang berbisa menuju ke arah kami bertiga tetapi berpatah balik ke arah wanita hodoh lalu menjadi dedaun kering, bila datuk menjentik papan lantai dengan kuku jari hantunya. PERUT Jalan terakhir yang dilakukan wanita hodoh untuk melunaskan rasa marah hatinya, bayi dalam pangkuannya dibalingkan ke pangkal tiang. Kepala bayi itu berkecai dengan otak bersemburan. Tempurung kepalanya terbelah dua. Apa yang menakjubkan bayi itu tidak menangis langsung. Darah bertebaran di lantai. Memang tidak disangka, kejadian yang ngeri dan menakutkan itu berlaku di depan mata. Saya kecut perut. Wanita hodoh melangkah ke tiang tempat dia menghempaskan bayi kesayangannya. Sekujur tubuh bayi terkapar dilantai, dikelilngi darah merah segar. Daripada hidup menderita, tidak bertuan lebih baik kamu mati, terdengar ratapan dari wanita hodoh. Sungguh mendebarkan bila sepasang kaki wanita

hodoh memijak-mijak tubuh si bayi. Darah memancut-mancut dari tubuh bayi yang malang. Wanita hodoh duduk mencangkung di depan tubuh bayi yang terkapar. Sepasang matanya bersinar garang. Kemudian perlahan-lahan membongkok tubuh lalu menjilat darah bayi di lantai serta menelan tulang-temulang yang ada di situ. Lidahnya yang agak luar biasa panjangnya itu di penuhi dengan darah. Sebahagian daripada darah merah yang segar itu melekat di kiri kanan pipi. Beberapa bahagian tulang yang besar seperti tulang paha, kaki dan lenan tidak dimamah atau ditelan tetapi disedut dengan penuh nafsu. Semasa menjilat darah dan menghisap tulang temulang bayi terdengar hembusan nafasnya yang kencang, macam hembusan atau dengkur orang tidur yang amat keletihan. Tidak sampai sepuluh minit lantai yang berdarah nampak bersih. Begitu juga dengan tulang-tulang yang bertaburan terus hilang entah kemana. Kerana terlalu kekenyangan wanita hodoh itui tersandar di dinding dalam keadaan yang tidak senonoh, Satu persatu wanita hodoh memperhatikan wajahwajah kami dengan rasa geram. Kamu sebenarnya tidak diingini di sini, tutur datuk. Kedatangan aku kerana janji. Orang yang berjanji sudah mati. Dia sudah menyediakan gantinya, tingkah wanita hodoh. Gantinya tidak bersedia, jawab datuk. Wanita hodoh terdiam, daging di jari jemarinya kelihatan membengkak. Perlahan-lahan sepasang tangan nya diangkat separas dada. Daging di jari jemari berguguran di lantai, cuma yang tinggal ialah tulang jari. Bermula dari jari melarat sedikit demi sedikit hingga kedua dua belah daging sikunya relai. Kakinya, kata saya. Ali Usman dan datuk terus memandang ke arah kaki wanita yang telah tinggal tulang. Tiada seorang pun daripada kami yang menyedari perubahan yang berlaku pada kedua-dua belah kaki wanita hodoh. Wajahnya nampak bersahaja, tidak membayangkan rasa sakit walaupun daging kaki dan tangannya relai di lantai.

Daging yang berguguran dilantai segera dihurungi semut-semut merah berukuran sebesar semut api. Terdengar bunyi suara meresik memanjang mengiringi pergerakan semut-semut merah itu. Tidak tahu dari arah mana semut-semut itu datang. Apa yang nyata, dalam beberapa minit saja semua daging wanita hodoh yang relai dan bersepah dilantai hilang entah kemana. Pada hemat saya mungkin daging wanita hodoh itu enak rasanya. Sesuai dengan selera semut-semut merah yang kelihatan masih belum puas. Bunyi suara meresik memanjang yang membingitkan anak telinga hilang secara mendadak. Pelik. Kerana yakin, suara itu milik datuk saya segera merenung ke arahnya.Jelas kelihatan dahinya berkedut. Dua tiga kali gigi atas dengan gigi bawah di lagakannya. Macam ada sesuatu yang difikirkan. Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Perhatian kembali ditumpukan pada semut-semut merah di lantai. Semut-semut merah yang berserakan itu berkumpul lalu membentuk barisan memanjang dan terus bergerak, macam gerabak keretapi berjalan atas landasan menuju ke arah bahagian kaki yang masih berdaging. PAHA Bila sisa daging di kaki habis semut-semut itu bergerak ke bahagian paha. Sebahagian yang lain berpecah kebahagian lengan, merayap ke dada. Seluruh badan wanita hodoh sudah dikuasai semut-semut merah. Bunyi suara meresik yang memanjang mula kedengaran. Dari mana semut itu datang. Ali Usman tujukan pertanyaan kepada datuk. Dengan tenang datuk mengangkat kedua-dua sayap bahunya sambil mengelengkan kepala. Ganjil sungguh, keluh Ali Usman. Datuk mengukir senyum sinis di kelopak bibir. Saya tidak ambil kisah apa yang dikatakan oleh datuk dan Ali Usman. Sesungguhnya saya lebih berminat melihat gerak geri semut-semut merah yang bagaikan berpesta makan besar di tubuh wanita hodoh yang terkedang di lantai. Dia masih bernafas. Matanya yang masih belum diserbu semut semut merah masih bergerak. Renungannya sayu ke arah saya. Seolah minta bantuan agar menghalau atau membunuh semut-semut merah yang menyelimuti seluruh tubuhnya.

Daya melawan masih ada dalam dirinya. Dan wanita hodoh cuma berusaha menghalau kumpulan semut dengan mengeliat dan mengerakkan tubuhnya. Usaha itu tidak berhasil sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja semut-semut itu yang jatuh di lantai. Perbuatan wanita hodoh itu merangsang kemarahan sebahagian dari semutsemut merah yang masih berada di badannya. Kumpulan yang tinggal itu semakin aggresif mencarik-carik daging tubuh wanita hodoh. Dari kaki hingga paras leher, tidak ada daging yang tersisa. Sudah tinggal tulang. Kumpulan semut merah terus bergerak dan merayap ke bahagian leher. Wanita hodoh mengerang menahan kesakitan dan kumpulan semut merah sudah pun mendarat di wajahnya. Dari situ merangkak ke telinga. Suara keluhan dari wanita hodoh kian lemah dan lenyap begitu saja. Dan akhirnya, seluruh muka, kepala, hilang dalam timbunan kumpulan semut merah. Si wanita hodoh juga hilang entah kemana. Terdengar bunyi deru angin yang amat kencang di luar rumah. Ekor mata saya terus menjeling ke arah datuk dan Ali Usman. Mereka masih seperti tadi, masih termenung dan terkejut dengan apa yang mereka lihat. Allah hu Akbar. Itu yang berbunga dalam kalbu, bila melihat seluruh tubuh wanita bertukar menjadi rangka. Kaku di tengah ruang bilik macam patung. Kaki (tulang) terkangkang. Tangan terkedang, tengkorak (bahagian muka) mendongak ke langit. Seling bilik yang bertentangan dengan tengkorak terbuka sendiri. Begitu juga dengan atap di bahagian tersebut sudah terkobak. Cahaya matahari segera menerkam tengkorak dan tulang temulang di lantai yang nampak seakan-akan memancar sinar berkilat. Lebih mengejutkan, kumpulan semut merah yang tadi berpesta riang memamah daging tubuh wanita dengan rakus hilang entah kemana. Deru angin di luar rumah tidak kedengaran lagi. Sinar matahari yang jatuh pada longgokan rangka wanita hodoh tidak secerah tadi. Tetapi dari lubang bumbung yang ternganga itu kelihatan beberapa helai daun kering melayang-layang di udara sebelum jatuh ditepi longgokan tulang rangka. Semuanya macam tidak masuk akal, Ali Usman memberikan komentar. Susah nak cakap, balas datuk.

Dan seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah dua manusia tersebut. Datuk menggaru hujung dahi sebelah kiri dua tiga kali. Barangkali, dia juga merasa takjub berhadapan dengan suasana yang tidak pernah difikirkannya. Kruuuuuupppppp. Tulang-tulang rangka bergerak sendirian, Beberapa detik berikutnya perlahanlahan tulang rangka wanita hodoh yang dalam keadaan duduk itu jatuh satu persatu dan berserakan di lantai. Sinar matahari yang masuk ikut lubang bumbung terus menyorot ke arah tulang yang bertaburan. BERJALAN EH, tulang rangka berjalan? Serentak ungkapan itu terpancut dari kekopak bibir datuk dan Ali Usman. Tulang-temulang yang berserakan bergerak dan berkumpul menjadi satu longgokan. Bagaikan ada kuasa tertentu atau angin yang menggerakkan tulang temulang tersebut menjadi selonggok. Susunannya juga menarik, tulang-tulang kaki dan tangan berada di bahagian bawah. Diikuti dengan tulang kering, tulang paha dan punggong. Lapisan ketiga untuk tulang dada, belakang, tulang bahu dan tengkuk. Tempat paling atas untuk tengkorak. Lubang mata yang terpelohong, hidung dan mulutnya, letaknya mendongak ke arah lubang bumbung. Lebih tepatnya mengadap ke langit. Kami bertiga bagaikan terpukau dengan apa yang berlaku. Dari sebelah kanan bucu bilik, di bahagian papan yang terkopak sedikit muncul dua tiga ekor kalkatu. Ganjil sekali, biasanya kalkatu muncul waktu malam. Keganjilan kalkatu muncul siang, turut dirasakan oleh datuk dan Ali Usman. Ini bukan sebarang kalkatu, datuk luahkan suara hatinya. Ali Usman anggukkan kepala. Setuju dengan datuk. Kalkatu itu terbang ke arah longgokkan tulang temulang. Dalam sekelip mata saja jumlahnya bertambah lalu bergabung dengan kalkatu yang mula-mula muncul tadi yang (jumlahnya tidak lebih dari tiga ekor) sedang berlegar-legar atas tulang selonggok. Kerana jumlahnya sudah banyak, kumpulan kalkatu yang berlegar-legar itu melahirkan bunyi berdengung yang kuat. Setelah puas berlegar-legar kumpulan tersebut membentuk satu bulatan seperti bentuk piramid. Kumpulan pertama berada di tempat paling atas sekali. Dua tiga ekor yang berada di bahagian bawah jatuh atas longgokan tulang yang hilang.

Sebahagian dari kalkatu yang berada dalam bentuk susunan piramid keluar, terutama di bahagian tengah. Kumpulan yang terkeluar itu terbang menuju ke arah saya dan Ali Usman. Keadaan itu membuat saya cemas. Kumpulan yang datang itu bukan sedikit, nampak hitam seperti sebiji bantal guling. Tunduk, jerit datuk, jangan sampai kepaknya jatuh atas badan kamu berdua. Jangan biarkan badan kamu digigit kalkatu siang. Bisanya boleh membawa maut, sambung datuk. Arahan datuk kami patuhi. Malah kami terus meniarap di permukaan lantai. Siapa suruh kamu meniarap, kamu berdua nak mati katak. Aku suruh kamu tunduk saja, datuk meledakkan kemarahan. Dengan segera kami bangun dan tunduk. Kumpulan kalkatu yang datang menyerang itu melepasi kepala kami berdua. Sebahagian yang terlajak, tidak sempat berpusing balik lalu melanggar dinding. Akibatnya jatuh bergelimpangan di lantai dan segera menjadi butir-butir pasir yang halus. Sebahagian yang terselamat terus menyelinap ke dalam lubang dinding. Kerana tidak mendapat arahan selanjutnya dari datuk, saya dan Ali Usman terus tunduk hingga batang leher terasa tidak selesa. Secara mengejut kulit di tempurung kepala terasa seperti disikat-sikat. Rambut hitam saya gugur di lantai. Begitu juga dengan rambut Ali Usman.Wanita hodoh itu menggunakan kekuatan ilmu aliran nadi yang disalurkan kearah tumit kakinya yang bercantum pada sekeping papan lantai yang secara kebetulan dipijak oleh sepasang kaki Ali Usman. Andainya sebelah kaki Ali Usman memijak papan lantai yang lain, pasti aliran nadi hitam wanita hodoh tidak akan berhasil meresap ke urat darah Ali Usman. Seluruh tubuh Ali Usman jadi lembik dan perlahan-lahan mahu rebah ke lantai. Sepatutnya dia rebah ke kiri dan ke kanan tetapi yang anehnya, dia seakan-akan rebah lurus ke atas papan lantai sekeping yang dipijak oleh wanita hodoh. Bayi dalam dakapan wanita hodoh ketawa kegelian seperti digelitik. Malah bayi itu bertepuk tangan. Saya menarik nafas kecewa, beberapa detik lagi seluruh tubuh Ali Usman yang lembik akan terbaring di papan lantai sekeping. Kejadian seterusnya susah sungguh mahu diramalkan. Wanita hodoh mula ketawa, tergambar kepuasan dan kegembiraan yang amat sangat di mukanya. Allahu hu Akbar.

Datuk bertempik, melompat hampir mengenai lelangit bilik dengan kedua-dua belah kakinya terkangkang dan sepasang tangannya berkembang. Bila tubuh yang melambung itu kembali berada di lantai tanpa membuang masa datuk terus menumbuk papan lantai di hadapannya. Aneh sungguh, papan lantai yang ditumbuk tidak pecah, sebaliknya papan lantai yang menjadi tempat wanita hodoh dan Ali Usman berdiri patah dua dan tercabut dari paku. Papan yang patah jatuh ke tanah lalu terbentuk ruang atau lubang yang panjang. Cahaya dari luar menyelinap masuk. Ketawa si bayi dalam dakapan wanita hodoh terhenti dan wajah wanita hodoh yang ceria menjadi keruh dan cemas. Kubur untuk kau, kata datuk. Belum tentu. Sahut wanita sambil menjenguk ke arah lubang lantai yang ternganga, macam mulut buaya lapar menanti monyet turun dari pokok bakau. Saya pastikan, sebaik selesai menjengah ke lubang yang terpelohong itu, wanita hodoh termenung seketika. Macam ada sesuatu yang difikirkannya. Mungkin juga untuk aku, mungkin juga untuk orang yang mungkir janji, sindir wanita hodoh sambil menjeling tajam ke arah Ali Usman yang sudah boleh berdiri dengan betul, sebaik saja papan yang di pijaknya patah dan menjadi lubang. Bertenanglah Ali Usman. Aku tidak akan membiarkan kamu sengsara, sebuah ikrar terpancar dari kelopak bibir datuk. Ali Usman yang sudah memperolehi kekuatan semangat dan fizikal mengukir sebuah senyum keyakinan buat dirinya dan datuk. Hai, orang tua nak mampus, usah masuk campur dalam urusan ini. Biarlah hal ini diselesaikan oleh anak saudara orang terbabit dalam perkara ini, satu permintan yang keras dari wanita hodoh untuk datuk. Di sebalik permintaan yang keras itu, wanita hodoh terus menjadikan datuk sasaran kemarahannya untuk kali kedua. Kalau tadi matanya merah menyala dan kedua belah bahu mengeluarkan asap. Tetapi, kali ini dari mata yang merah itu terpancar cahaya kebiruan yang panjang dan tajam, macam pancaran laser. Setiap benda yang terkena pancaran cahaya akan cair dengan sendiri Manakala dari kiri dan kanan bahu sudah bertukar daripada asap mengeluarkan percikan bunga api seperti yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak ketika menyambut hari raya. GAGAL

Berkali-kali sorotan pancaran cahaya itu diarahkan kepada datuk. Semuanya gagal, pancaran itu seolah-olah ditolak oleh angin ke arah lain. Dalam masa yang sama terdengar suara datuk membaca surah Al-Kursi dengan fasih dan lancar sebutannya. Selagi ayat-ayat itu terkeluar dari mulut datuk, kedudukan sorotan cahaya tidak mengikut seperti apa yang di arahkan oleh wanita hodoh, malah sorotan cahaya menjadi lintang pukang dan saling tindih menindih. Setiap kali sorotan cahaya itu berpatah ke arah wanita hodoh dan mengenai tubuhnya, wanita hodoh akan menjerit kesakitan dan hujung rambutnya akan terbakar lalu mengeluarkan bau hangit yang amat sangat. Bodoh sial, Wanita hodoh cuba menimbulkan kemarahan datuk. Dalam perkiraanya, bila datuk marah, datuk tidak dapat mengawal perasaan. Mudahlah baginya mencari kekurangan atau kelemahan diri datuk. Dengan itu mudah lah dia menewaskan orang tua yang menjadi batu penghalang cita-citanya. Segala usaha yang dilakukan tidak menjadi. Datuk tetap tenang dan dingin. Tidak memperlihatkan sebarang reaksi. Sebaliknya terus mendekati Ali Usman. Bahu kiri anak saudara raja pukau itu ditepuknya beberapa kali. Ternyata tindak tanduk itu menyemarakkan kemarahan yang sedia ada dalam dada wanita hodoh. Dengan serta merta pancaran cahaya yang menyerupai pancaran laser itu dimatikan. Kraaakkkkk.... Seluruh perhatian kami tertumpu ke arah bunyi tersebut. Beberapa keping papan lantai turut patah (terutama di kiri kanan papan yang patah pada mula-mula tadi) membentuk permukaan yang bulat seperti permukaan perigi yang seluasnya lebih dari empat kaki dalam bentuk bulat. Dari permukaan papan yang bulat itu terhulur secara perlahan-lahan ketulan batu bata tua yang penuh lumut dan rumput-rumput. Ketulan batu lama tersusun rapi mengelilingi lubang yang tersedia di lantai. Telaga timbul dalam bilik, itu komen saya melihat kejadian di depan mata yang tidak masuk di akal. Itu bukan telaga, tetapi kubur untuk kamu bertiga, wanita hodoh membalas komen saya. Datuk hanya diam. Sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Wanita hodoh terus berusaha dengan menimbulkan bermacam macam bunyi yang lebih menakutkan daripada tadi di dalam bilik.

Malah dengan kuasa sihir yang ada padanya, wanita hodoh mendatangkan ular bisa dan beribu-ribu kala jengking di atas lantai. Semua binatang berbisa menuju ke arah kami bertiga tetapi berpatah balik ke arah wanita hodoh lalu menjadi dedaun kering, bila datuk menjentik papan lantai dengan kuku jari hantunya. PERUT Jalan terakhir yang dilakukan wanita hodoh untuk melunaskan rasa marah hatinya, bayi dalam pangkuannya dibalingkan ke pangkal tiang. Kepala bayi itu berkecai dengan otak bersemburan. Tempurung kepalanya terbelah dua. Apa yang menakjubkan bayi itu tidak menangis langsung. Darah bertebaran di lantai. Memang tidak disangka, kejadian yang ngeri dan menakutkan itu berlaku di depan mata. Saya kecut perut. Wanita hodoh melangkah ke tiang tempat dia menghempaskan bayi kesayangannya. Sekujur tubuh bayi terkapar dilantai, dikelilngi darah merah segar. Daripada hidup menderita, tidak bertuan lebih baik kamu mati, terdengar ratapan dari wanita hodoh. Sungguh mendebarkan bila sepasang kaki wanita hodoh memijak-mijak tubuh si bayi. Darah memancut-mancut dari tubuh bayi yang malang. Wanita hodoh duduk mencangkung di depan tubuh bayi yang terkapar. Sepasang matanya bersinar garang. Kemudian perlahan-lahan membongkok tubuh lalu menjilat darah bayi di lantai serta menela tulang-temulang yang ada di situ. Lidahnya yang agak luar biasa panjangnya itu di penuhi dengan darah. Sebahagian daripada darah merah yang segar itu melekat di kiri kanan pipi. Beberapa bahagian tulang yang besar seperti tulang paha, kaki dan lenan tidak dimamah atau ditelan tetapi disedut dengan penuh nafsu. Semasa menjilat darah dan menghisap tulang temulang bayi terdengar hembusan nafasnya yang kencang, macam hembusan atau dengkur orang tidur yang amat keletihan. Tidak sampai sepuluh minit lantai yang berdarah nampak bersih. Begitu juga dengan tulang-tulang yang bertaburan terus hilang entah kemana. Kerana terlalu kekenyangan wanita hodoh itui tersandar di dinding dalam keadaan yang tidak senonoh, Satu persatu wanita hodoh memperhatikan wajahwajah kami dengan rasa geram. Kamu sebenarnya tidak diingini di sini, tutur datuk. Kedatangan aku kerana janji. Orang yang berjanji sudah mati.

Dia sudah menyediakan gantinya, tingkah wanita hodoh. Gantinya tidak bersedia, jawab datuk. Wanita hodoh terdiam, daging di jari jemarinya kelihatan membengkak. Perlahan-lahan sepasang tangan nya diangkat separas dada. Daging di jari jemari berguguran di lantai, cuma yang tinggal ialah tulang jari. Bermula dari jari melarat sedikit demi sedikit hingga kedua dua belah daging sikunya relai. Kakinya, kata saya. Ali Usman dan datuk terus memandang ke arah kaki wanita yang telah tinggal tulang. Tiada seorang pun daripada kami yang menyedari perubahan yang berlaku pada kedua-dua belah kaki wanita hodoh. Wajahnya nampak bersahaja, tidak membayangkan rasa sakit walaupun daging kaki dan tangannya relai di lantai. Daging yang berguguran dilantai segera dihurungi semut-semut merah berukuran sebesar semut api. Terdengar bunyi suara meresik memanjang mengiringi pergerakan semut-semut merah itu. Tidak tahu dari arah mana semut-semut itu datang. Apa yang nyata, dalam beberapa minit saja semua daging wanita hodoh yang relai dan bersepah dilantai hilang entah kemana. Pada hemat saya mungkin daging wanita hodoh itu enak rasanya. Sesuai dengan selera semut-semut merah yang kelihatan masih belum puas. Bunyi suara meresik memanjang yang membingitkan anak telinga hilang secara mendadak. Pelik. Kerana yakin, suara itu milik datuk saya segera merenung ke arahnya.Jelas kelihatan dahinya berkedut. Dua tiga kali gigi atas dengan gigi bawah di lagakannya. Macam ada sesuatu yang difikirkan. Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Perhatian kembali ditumpukan pada semut-semut merah di lantai. Semut-semut merah yang berserakan itu berkumpul lalu membentuk barisan memanjang dan terus bergerak, macam gerabak keretapi berjalan atas landasan menuju ke arah bahagian kaki yang masih berdaging. PAHA Bila sisa daging di kaki habis semut-semut itu bergerak ke bahagian paha. Sebahagian yang lain berpecah kebahagian lengan, merayap ke dada. Seluruh badan wanita hodoh sudah dikuasai semut-semut merah. Bunyi suara meresik yang memanjang mula kedengaran.

Dari mana semut itu datang. Ali Usman tujukan pertanyaan kepada datuk. Dengan tenang datuk mengangkat kedua-dua sayap bahunya sambil mengelengkan kepala. Ganjil sungguh, keluh Ali Usman. Datuk mengukir senyum sinis di kelopak bibir. Saya tidak ambil kisah apa yang dikatakan oleh datuk dan Ali Usman. Sesungguhnya saya lebih berminat melihat gerak geri semut-semut merah yang bagaikan berpesta makan besar di tubuh wanita hodoh yang terkedang di lantai. Dia masih bernafas. Matanya yang masih belum diserbu semut-semut merah masih bergerak. Renungannya sayu ke arah saya. Seolah minta bantuan agar menghalau atau membunuh semut-semut merah yang menyelimuti seluruh tubuhnya. Daya melawan masih ada dalam dirinya. Dan wanita hodoh cuma berusaha menghalau kumpulan semut dengan mengeliat dan mengerakkan tubuhnya. Usaha itu tidak berhasil sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja semut-semut itu yang jatuh di lantai. Perbuatan wanita hodoh itu merangsang kemarahan sebahagian dari semutsemut merah yang masih berada di badannya. Kumpulan yang tinggal itu semakin aggresif mencarik-carik daging tubuh wanita hodoh. Dari kaki hingga paras leher, tidak ada daging yang tersisa. Sudah tinggal tulang. Kumpulan semut merah terus bergerak dan merayap ke bahagian leher. Wanita hodoh mengerang menahan kesakitan dan kumpulan semut merah sudah pun mendarat di wajahnya. Dari situ merangkak ke telinga. Suara keluhan dari wanita hodoh kian lemah dan lenyap begitu saja. Dan akhirnya, seluruh muka, kepala, hilang dalam timbunan kumpulan semut merah. Si wanita hodoh juga hilang entah kemana. Terdengar bunyi deru angin yang amat kencang di luar rumah. Ekor mata saya terus menjeling ke arah datuk dan Ali Usman. Mereka masih seperti tadi, masih termenung dan terkejut dengan apa yang mereka lihat. Allah hu Akbar. Itu yang berbunga dalam kalbu, bila melihat seluruh tubuh wanita bertukar menjadi rangka. Kaku di tengah ruang bilik macam patung. Kaki (tulang) terkangkang. Tangan terkedang, tengkorak (bahagian muka) mendongak ke langit.

Seling bilik yang bertentangan dengan tengkorak terbuka sendiri. Begitu juga dengan atap di bahagian tersebut sudah terkobak. Cahaya matahari segera menerkam tengkorak dan tulang temulang di lantai yang nampak seakan-akan memancar sinar berkilat. Lebih mengejutkan, kumpulan semut merah yang tadi berpesta riang memamah daging tubuh wanita dengan rakus hilang entah kemana. Deru angin di luar rumah tidak kedengaran lagi. Sinar matahari yang jatuh pada longgokan rangka wanita hodoh tidak secerah tadi. Tetapi dari lubang bumbung yang ternganga itu kelihatan beberapa helai daun kering melayang-layang di udara sebelum jatuh ditepi longgokan tulang rangka. Semuanya macam tidak masuk akal, Ali Usman memberikan komentar. Susah nak cakap, balas datuk. Dan seluruh perhatian, saya tumpukan ke arah dua manusia tersebut. Datuk menggaru hujung dahi sebelah kiri dua tiga kali. Barangkali, dia juga merasa takjub berhadapan dengan suasana yang tidak pernah difikirkannya. Kruuuuuupppppp. Tulang-tulang rangka bergerak sendirian, Beberapa detik berikutnya perlahanlahan tulang rangka wanita hodoh yang dalam keadaan duduk itu jatuh satu persatu dan berserakan di lantai. Sinar matahari yang masuk ikut lubang bumbung terus menyorot ke arah tulang yang bertaburan. BERJALAN EH, tulang rangka berjalan? Serentak ungkapan itu terpancut dari kekopak bibir datuk dan Ali Usman. Tulang-temulang yang berserakan bergerak dan berkumpul menjadi satu longgokan. Bagaikan ada kuasa tertentu atau angin yang menggerakkan tulang temulang tersebut menjadi selonggok. Susunannya juga menarik, tulang-tulang kaki dan tangan berada di bahagian bawah. Diikuti dengan tulang kering, tulang paha dan punggong. Lapisan ketiga untuk tulang dada, belakang, tulang bahu dan tengkuk. Tempat paling atas untuk tengkorak. Lubang mata yang terpelohong, hidung dan mulutnya, letaknya mendongak ke arah lubang bumbung. Lebih tepatnya mengadap ke langit. Kami bertiga bagaikan terpukau dengan apa yang berlaku. Dari sebelah kanan bucu bilik, di bahagian papan yang terkopak sedikit muncul dua tiga ekor kalkatu. Ganjil sekali, biasanya kalkatu muncul waktu malam. Keganjilan kalkatu muncul siang, turut dirasakan oleh datuk dan Ali Usman.

Ini bukan sebarang kalkatu, datuk luahkan suara hatinya. Ali Usman anggukkan kepala. Setuju dengan datuk. Kalkatu itu terbang ke arah longgokkan tulang temulang. Dalam sekelip mata saja jumlahnya bertambah lalu bergabung dengan kalkatu yang mula-mula muncul tadi yang (jumlahnya tidak lebih dari tiga ekor) sedang berlegar-legar atas tulang selonggok. Kerana jumlahnya sudah banyak, kumpulan kalkatu yang berlegar-legar itu melahirkan bunyi berdengung yang kuat. Setelah puas berlegar-legar kumpulan tersebut membentuk satu bulatan seperti bentuk piramid. Kumpulan pertama berada di tempat paling atas sekali. Dua tiga ekor yang berada di bahagian bawah jatuh atas longgokan tulang yang hilang. Sebahagian dari kalkatu yang berada dalam bentuk susunan piramid keluar, terutama di bahagian tengah. Kumpulan yang terkeluar itu terbang menuju ke arah saya dan Ali Usman. Keadaan itu membuat saya cemas. Kumpulan yang datang itu bukan sedikit, nampak hitam seperti sebiji bantal guling. Tunduk, jerit datuk, jangan sampai kepaknya jatuh atas badan kamu berdua. Jangan biarkan badan kamu digigit kalkatu siang. Bisanya boleh membawa maut, sambung datuk. Arahan datuk kami patuhi. Malah kami terus meniarap di permukaan lantai. Siapa suruh kamu meniarap, kamu berdua nak mati katak. Aku suruh kamu tunduk saja, datuk meledakkan kemarahan. Dengan segera kami bangun dan tunduk. Kumpulan kalkatu yang datang menyerang itu melepasi kepala kami berdua. Sebahagian yang terlajak, tidak sempat berpusing balik lalu melanggar dinding. Akibatnya jatuh bergelimpangan di lantai dan segera menjadi butir-butir pasir yang halus. Sebahagian yang terselamat terus menyelinap ke dalam lubang dinding. Kerana tidak mendapat arahan selanjutnya dari datuk, saya dan Ali Usman terus tunduk hingga batang leher terasa tidak selesa. Secara mengejut kulit di tempurung kepala terasa seperti disikat-sikat. Rambut hitam saya gugur di lantai. Begitu juga dengan rambut Ali Usman. SIRI 230 (VS JULAI 2000) WANITA BERKAKI IKAN by Manjalara

Keadaan ini membuat saya resah semacam. Rasanya ingin menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian datuk. Biar dia tau apa yang sedang kami alami. Tetapi, bila memikirkan keadaan itu akan menimbulkan masalah pada datuk, saya tidak jadi melakukannya. Dalam perasaan yang kacau bilau itu, kulit kepala terasa perit dan pedih. Tibatiba Ali Usman mengeluh kecil dan batuk berkali-kali. Saya rasa ini merupakan usaha untuk menarik datuk pada kami berdua. Helai-helai rambut terus jatuh ke lantai. Saya kira kalau keadaan ini berlanjutan lebih dari satu jam. Tidak mustahil kepala saya dan Ali Usman akan botak. Entah mengapa saya jadi marah lalu menghentakkan kaki ke lantai. "Jangan banyak karenah, bertenang dan terus tunduk." tutur da tuk lantang. "Tengkuk rasa tak selesa." balas Ali Usman. "Jangan membantah." herdik datuk. Saya dan Ali Usman menarik dan melepaskan nafas. Rambut atas kepala terus luruh, bagaikan daun kering. Sekumpulan anai-anai dalam jumlah yang besar bersama bunyi mengaum, macam bunyi lebah, keluar dari bawah tulang selonggok. "Dari mana datangnya binatang ni?" Saya bertanya. "Bukankah dari anai-anai, jadinya kalkatu," sahut datuk "Iya. balas Ali Usman. "Bila kalkatu tak ada sayap, dia pun jadi anai-anai semula. sebuah penjelasan dari datuk yang membunuh keraguan hati saya. Seperti kalkatu tadi, kumpulan anai-anai ini bergerak menuju ke arah saya dan Ali Usman. Kerana bergerak dalam kumpulan yang banyak. Bunyi kaki kumpulan anai-anai itu jelas kedengaran, macam bunyi orang menarik kertas di lantai papan. Saya dan Ali Usman jadi cemas dan takut. Macam-macam yang saya fikirkan, apakah nasib kami berdua seperti nasib wanita hodoh. Seluruh daging yang melekat di tulang akan menjadi habuan anaianai. Kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan, saya dan Ali Usman pasrah saja.

Sungguh mengejutkan, bila kumpulan anai-anai itu, mendekati rambut yang berserakan di lantai entah mengapa, kumpulan anai-anai itu berpatah balik ke arah tulang selonggok. Tetapi, hanya separuh jalan, kumpulan anai-anai itu mencari rekahan papan lantai lalu menyelinap dan hilang darit pandangan kami berdua. "Sekarang luruskan badan kamu berdua," ungkap datuk. Arahannya segera kami patuhi. Rasa lenguh di batang leher mula beransur hilang. Dua tiga kali leher saya pusingkan ke kiri dan ke kanan. Datuk senyum. "Begini" datuk sandarkan badan ke dinding."sebenarnya yang jatuh atas lantai itu bukan rambut kamu. Itu bulu kabung, memang sumpah dan pantang makhluk jadian berdepan dengan bulu kabung." sambung datuk tenang. Tanpa membuang masa datuk terus mengambil bulu kabung atas lantai. Dengan tenang dimasukkan ke dalam pundi kecil yang dibuat dari kain hitam. Dan pundi itu dimasukkan ke dalam saku baju sebelah dalam. "Aku rasa selepas ini tak ada lagi hal-hal yang menakutkan. Semuanya sudah sampai penghujung," lemah benar suara datuk. Dia terus duduk di lantai. Tetapi, kami masih berdiri terpacak. Saya juga berharap begitu Ali Usman meluahkan rahsia hati. "Terus terang saya katakan, saya dah tak larat," saya mengeluh. Huummmm..., suara datuk terkulum Zuuummmm........ Enam biji mata tertumpu ke arah bunyi tersebut, tidak jauh dari longgokan tulang. Kepulan asap nipis muncul dan terus mengelilingi tulang selonggok dalam tempoh waktu kurang dari lima minit, asap nipis itu bersatu. Kemudian asap itu naik menegak menuju ke arah tulang bumbung rumah. HARUM BAU harum bercampur dengan bau kemenyan dan kayu cendana mula menyumbat lubang hidung kami bertiga. Kalau tadi lubang telinga saya disumbat dengan bunyi deru angin dan suara lebah, tetapi, kali ini diasak dengan suara binatang liar. "Ada cubaan lagikah datuk," tanya saya hiba.

Bertenang Tamar, balas datuk. Saya terlihat bahagian lantai yang pecah dan membentuk bulatan seperti telaga yang bersimen, kian jelas kelihatan. Saya juga terdengar bunyi kocakan air telaga yang diikuti dengan suara perempuan bercakap sesuatu. Telaga buta dalam rumah. Ali Usman terkejut. Iya, jawab datuk. Kita tengok apa yang akan terjadi. Sekarang di hadapan tertonggok sebuah perigi lama. Asap yang menjulang ke arah tulang bumbung bergerak perlahan-lahan menuju ke arah bibir telaga yang bahagian tepinya bersimen. Dan dalam sekelip mata permukaan telaga lama tidak kelihatan hilang dalam pelukan asap nipis yang sudah menjadi tebal. Begitu juga dengan longgokkan tulang, hilang entah ke mana. Harum kemenyan dan cendana masih dapat kami hidu. Sungguh mengejutkan, rasanya tidak percaya dengan apa yang ada di depan mata. Dua tiga kali mata saya gosok dan pejam celikan. Aku bermimpikah Ali." tanya saya. Maksud kamu Tamar? "Barangkali kamu tidak melihat apa yang aku lihat Ali." "Maksud kamu bayang-bayang perempuan." "Iya" Kalau begitu kita melihat benda yang sama. Nada suara Ali Usman cemas dan takut. Kami melihat objek yang sama. Di tempat asap berkepul yang memanjang ke atas segera diisi dengan bebayang tubuh wanita yang memberahikan. Sebagai orang muda, berdebar juga hati. Dan makin lama, bebayang itu makin jelas kelihatan. Dan akhirnya wujud di depan kami seorang wanita. Berkulit putih, berambut panjang hingga paras pinggang dengan sepasang mata bundar yang menarik. Telaga lama yang hilang wujud kembali di depan mata. Si wanita memberikan senyuman bersama jelingan yang tajam menggoda. Pada saat itu saya segera mengingati wajah beberapa orang pelakon wanita filem Melayu dan Hindus tani. Memang tiada seorang pun yang menyamai kecantikan paras, ketinggian dan bentuk tubuh wanita tersebut. Dengan langkah yang bergaya, goyang punggung yang mendebarkan serta gerak payu dara yang lembut membuat saya menarik nafas. Pada hemat sa ya,

datuk yang tua juga tergugat. Ali Usman usah disebut, gelora rasanya tetap macam saya. Si wanita cantik terus melangkah hingga sampai ke bibir telaga lama. Dia menoleh ke arah kami lalu melemparkan senyuman dan jelingan tajam. Semasa kaki kanannya diangkat untuk memijak bibir telaga yang dibuat dari simen, lagi sekali hati saya berdebar. Buah betisnya yang putih merah nampak terserlah. Mungkin untuk menggoda atau memang terpaksa, kain batik jawa yang dipakai terus diselak hingga ke pangkal paha. Entah mengapa rasa geram dan berahi terus mengegar kalbu. Serta merta tubuh saya menggeletar. Antara sedar dengan tidak, saya dapati wanita itu sudah berada betul-betul di tengah-tengah mulut telaga. Dari segi logiknya, tubuh itu mesti jatuh ke dalam perut telaga. Kenyataan di depan bagaikan menafikan kelojikan tersebut. Si wanita cantik masih berdiri di situ seperti berada di awang awangan. TERANGKAT BEBERAPA saat berikutnya. Tubuh wanita cantik secara perlahan-lahan terangkat melepasi tembok telaga lama. Dari bahagian pinggangnya hingga hujung kaki terbuai-buai, macam daun pisang dirempuh angin. Pada peringkat awal gerakannya nampak perlahan-lahan dan lembut. Kemudian bertukar kencang beserta dengan deru angin. Bila bunyi deru angin terhenti, baha gian tubuh yang terbuai-buai juga berhenti. Sukar untuk mempastikan dari arah mana bunyi deru angin itu datang. Dan dengan secara mengejut bunyi deru angin terus mati. Ba hagian bawah tubuh wanita itu terus kaku, tidak bergoyang lagi. Tetapi, ada perubahan terjadi di bahagian tubuh yang kaku itu. Dari pinggang hingga ke kaki keadaannya sudah bertukar menjadi badan ikan. Manakala separuh lagi (bahagian atas) dalam keadaan tubuh manusia biasa. Manusia ganjil. kata saya. Separuh manusia, separuh ikan, sahut Ali Usman. "Jangan banyak cakap, tengok saja." sergah datuk. Saya dan Ali Us man berpandangan. Dan wanita separuh ikan, separuh manusia masih berada di tempatnya, terawang-awangan. Masih mempamirkan senyuman yang menyenangkan. Masih berkesempatan memberikan jelingan yang mempesonakan mengundang rasa geram dalam hati saya.

"Kamu puteri duyung," kalbu bertanya sama sendiri. Wanita cantik menggelengkan kepala. Dia bagaikan tahu apa yang bergelora dalam hati. Dalam erti kata lain wanita itu dapat membaca suara hati saya secara batin. Mungkin gerak tubuh juga dapat ditafsirkannya. Kalau begitu ada baiknya berdialog dalam hati. "Kamu puteri duyung?" Wanita cantik gelengkan kepala. "Jadi siapa kamu yang sebenarnya" Wanita cantik itu memusingkan tubuh nya, membelakangi kami bertiga sambil menggerak-gerakkan pinggangnya. Hussss....... Ali Usman mengeluh dan pada masa itu juga, wanita cantik kembali kepada kedudukan asalnya. Berhadapan dengan saya dan Ali Usman. Datuk bagaikan tahu, apa yang bakal dilakukan oleh wanita cantik. Datuk segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia membelakangi wanita cantik itu. Memang, sejak kemunculan wanita can tik itu, datuk kelihatan tidak berapa senang. Dia lebih banyak memejamkan mata dari celik. Kain yang membalut tubuh si wanita terlalu nipis, semua liku tubuh nampak dengan jelas. Cara ini memang menghiburkan hati saya dan Ali Usman. Tetapi, mengundah-gelanakan hati datuk. Ahhhhhhhh.............. Mulut Ali Usman terlopong. Si wanita cantik menjatuhkan kain yang membalut bahagian atas tubuhnya. Saya sesak nafas, dua ketul daging mentah yang tumbuh di dada, turun naik mengikut gerak nafasnya. Tubuh saya menggeletar menahan ghairah nafsu yang membakar. Saya tidak tahu perasaan Ali Usman ketika itu. Walaupun tidak melihat ke arah datuk, tetapi, saya yakin orang tua itu sedang merapatkan kedua-dua belah kelopak matanya. Mungkin juga dia menggunakan kedua belah telapak tangannya untuk menutup mata. "Kamu berdua mahu tahu tentang diri aku. Inilah aku yang sebenarnya. " Sebaik saja wanita cantik menamatkan kata, paras rupanya terus bertukar menjadi hodoh. Dia kelihatan amat tua sekali. Seluruh kulitnya berkedut. Ada

bahagian-bahagiannya berbonjol-bonjol. Bau hapak dan busuk mula menyumbat lubang hidung saya dan Ali Usman. Bahagian badan dari pinggang hingga ke kaki yang tadi bertukar menjadi ikan, kembali pada keadaan asal. Tetapi, kulit bahagian itu kelihatan bersisik macam sisik ular sawa. Dia masih berada diawang-awangan. Rambut putihnya yang lebat dan panjang menutup sebahagian daripada wajahnya. Proses yang berlaku cukup cepat. Semuanya secara mengejut dan tiba-tiba. RAMBUT KADANG-KADANG perkara yang tidak terfikir, berlaku secara sepontan. Contohnya, rambut yang hitam pendek, menjadi panjang dan memutih hingga ke kaki. Ehem. Saya dan Ali Usman segera merenung ke arah datuk. Biasanya, ada sesuatu yang mahu datuk katakan bila dia bersuara sedemikian. "Berhati-hati dengan tipu helahnya." Amaran dari datuk. Dan kami pun segera anggukkan kepala. "Silap bertindak, buruk padahnya." Datuk menambah. Tak adakah cara lain untuk keluar dan rumah neraka ni tuk, saya memberanikan diri bertanya. Kita mesti sabar, nada suara datuk lemah. Heeeheeeeee...................... Wanita cantik bertukar hodoh mengilai panjang terasa seram dan bulu roma segera tegak. Kalau tadi perhatian tertumpu ke arah datuk. Kali ini terpaksa diarahkan semula kepada wanita cantik bertukar hodoh. Dia orang tua yang pandai, ucap si wanita sebaik saja ketawanya yang menakutkan itu berhenti. Datuk tidak memberikan sebarang komen. Berada dalam suasana yang tidak menentukan, ibarat berada di tepi unggun api yang membara besar. Sentiasa takut dan cemas. Bau busuk dan hapak yang mencucuk lubang hidung membuat tekak terasa loya dan mahu muntah. Huuuuuhhhhhhhh....................

Si wanita di depan kami menggeliat. Kulitnya yang berkedut dan bersisik kelihatan relai, satu persatu. Macam daun tua lekang dari ranting. Dari hujung dagu, pipi dan mata keluar melilih air menyerupai minyak kelapa. Terus terjatuh ke dalam mulut telaga yang ternganga. Ahhhh....uuuuhhh...... Dari gerak badan dan kerut muka. Ternyata wanita cantik bertukar hodoh sedang menahan rasa sakit yang amat sangat. Memang ada usaha darinya untuk menyembunyikan apa yang dialami dari pengetahuan kami. Tetapi, rintihan dan keluhan yang terkeluar dari mulutnya membuka rahsia dirinya. "Jangan sampai terpedaya " Datuk terus mengingatkan kami. Si wanita yang terawang-awangan di permukaan mu lut telaga lama, kurang senang dengan tindakan datuk itu. Kemarahannya di sampaikan dengan jelingan yang tajam. Penuh rasa benci dan dendam kesumat yang tiada akhirnya. Kerana bapa saudara kamu ...... Wanita cantik bertukar hodoh tidak meneruskan kata-katanya. Renungannya bertukar dari wajah datuk ke wajah Ali Usman yang berada di sisi. Renungan itu bagaikan ada kuasa yang menyebabkan sepasang kepala lutut Ali Usman menggeletar. Tenang Ali, aku ada di sini, datuk memberikan semangat. Wajah Ali Usman yang pucat kembali merah berdarah. De ngan tenang dia menggigit bibir dan menggenggam penumbuk. Ali Usman sedang berusaha membina sebuah keyakinan dalam dirinya. Kerana bapa sau dara kamu, si wanita mengulangi dan menyambung percakapan yang terputus. kerana bapa saudara kamu memelihara aku dan dipergunakan untuk wanita-wanita lain hingga membolehkan aku tidak kelihatan tua. Setiap orang yang dipasang susuk oleh ba pa saudara kamu, aku dapat mencuri kecantikan asal orang itu, aku dapat menikmati darah manisnya. Bibir dan mulut si wanita itu tidak bergerak. Tetapi, suaranya yang tersekat-sekat dan termengah-mengah dapat kami dengar dengan jelas. Pada saat itu juga terdengar suara tangisan kanak-kanak seperti baru dilahirkan. Sekarang biarlah aku pulang ke tempat asal aku, kata wanita cantik bertukar hodoh. Silakan, sahut datuk.

Sial, kutuk si wanita. Seiring dengan itu, rumah terasa bergoncang dengan kuatnya. Saya dan Ali Usman saling berpaut bagi menghindari tubuh jatuh di lantai. Drummmmm........ Satu ledakan kuat bergema. Saya terpana sebentar seperti berada di awangawangan. Badan rasa terbuai ke sana dan ke mari. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, saya lihat papan lantai yang terkopak bertaut kembali. Telaga lama yang muncul secara tiba-tiba terus hilang entah ke mana. Tempat di mana telaga itu muncul segera diganti dengan api kecil, seperti api sumbu pelita minyak tanah. Melintuk-liuk mengikut arah angin yang bergerak dalam kawasan sekitar. Dalam sekelip mata api yang kecil menjadi besar. BESAR API itu terus marak dan bergerak de ngan pantas mengelingi kami. Tidak tahu apa yang mesti dilakukan. Paling mengejutkan, datuk berada di luar lingkaran api. Tidak tahu macamana datuk mesti berada di luar. Apakah semasa api menjalar datuk sudah bersedia menyelamatkan diri atau api sendiri tidak mahu mendekati datuk. Selain dari itu, saya juga terfikir bagaimana boleh terjadi lingkaran api, kenapa api itu tidak merebak ke tempat lain. Apakah sebelum api itu da tang, sekitar tempat kami berdiri sudah disimbah dengan minyak petrol. Saya mula terasa susah untuk menarik dan melepaskan nafas. Api yang marak terus melepasi kepala kami berdua. Haba panas membuat kulit pedih. Asap tebal membuat kami hampir lemas, tersedak dan batuk. Kerongkong terasa kering, sukar untuk memanggil datuk. Tetapi, dicelah-celah lidah api yang sebentar meninggi dan sebentar menurun, da tuk masih dapat dilihat. Datuk masih berdiri di tempatnya. Nampak cemas dan bimbang sekali. Bibirnya bergerak membaca sesuatu. Tetapi, hasilnya masih kosong. Datuk membuka silat, bergerak ke kiri dan ke kanan, sambil menarik dan melepaskan nafas. Setiap kali nafas ditarik dan dilepaskan mulutnya tetap bergerak. Seluruh kulit mukanya nampak tegang dan berpeluh. Semua kerja-kerja yang dilakukan oleh datuk menjurus pada kehampaan dan kekecewaan. Barangkali, kerana tidak ada cara lain atau datuk sudah kehabisan usaha dia te rus melaungkan azan. Sa ya dan Ali Us man mengalami kejutan. Punggung te rasa seperti dipukul dengan benda keras.

Tubuh kami terangkat ke udara dan melayang-layang tidak tentu arah. Saya berusaha untuk menjerit dengan sekuat hati, bila menyedari tubuh kami di tolak angin ke arah sebatang pokok besar. Belum pun suara jeritan keluar, tubuh kami terus melanggar batang pokok besar. Setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku

SIRI 231 (VS OGOS 2000) : PAWANG 99 ISTERI Sayup-sayup terdengar suara menyebut nama saya dan Ali Usman. Bila saya mengerakkan kepala dan menoleh ke kiri dan ke kanan, ternyata kami berada di pangkal pokok angsana, berdahan besar dan berdaun lebat. Ayah Ali Usman, Syed Hamid Al-Hadad dan orang-orang kampung mengelilingi kami. Malah beberapa orang daripada mereka cuba mengangkat tubuh kami ke tempat yang lebih selamat dan selesa. Hampir satu jam kami menunggu. Kamu bertiga tidak juga balik-balik. Aku ajak orang-orang kampung mencari ke rumah tua ni. Sebaik saja kami sampai di halaman rumah terdengar letupan, kami nampak kamu berdua tercampak keluar dari rumah, Ayah Ali Usman memberi penjelasan dan diakui oleh orang kampung yang berada di situ. Datuk kamu di mana? Tanya Syed Hamid Al-Hadad. Entah, tadi kami bertiga berada di dalam rumah, jelas saya. Api Jerit lelaki yang berdiri di sebelah kanan pokok angsana. Semua bji mata tertumpu ke arah rumah lama milik raja rasuk. Api terus menjilat bahagian depan rumah dengan rakus sekali. Asap hitam tebal, kelihatan menuju ke dada langit. Beberapa letupan kecil turut kedengaran. Pokok besar yang selama ini gagah melindungi rumah raja susuk turut dijamah api. Binatang-binatang liar yang selama ini berkeliaran di dahan pokok besar, di bumbung rumah dan kaki tangga hilang entah ke mana. Datuk kamu di mana? Tanya Syed Hamid Al-Hadad lagi. Dalam rumah Subhanallah, sahut Syed Hamid Al-Hadad sambil menepuk dahi.

Semua wajah di situ nampak cemas. Malah ada yang cuba mahu masuk ke dalam rumah yang terbakar. Tetapi, segera dihalang oleh Syed Hamid Al-Hadad. Kita berdoa, semoga dia selamat, cadangan dari Ali Usman diterima dengan sebulat suara. Semua yang berada di situ segera berdoa. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya ketika itu. Rasa sedih, hampa dan putus asa berbaur dalam hati. Mahu rasanya, saya rempuh api yang menyala. Mahu rasanya saya menjerit. Syukur, apa yang difikirkan tidak pula terjadi. Saya masih dapat mengawal perasaan. Surrah ALAM NASRAH tidak lekang dibibir, tidak terpisah dari hati saya.

Allah yang maha penyayang dan pengasih menerima doa orang kampung. Dalam api yang menyala ganas bersama kepulan asap tebal, kelihatan datuk melangkah tenang mendatangi ke arah Ayah Ali Usman dan Syed Hamid AlHadad. Mereka berdakapan. Pakaian datuk tidak dijamah api. Kamu hebat. Ayah Ali Usman menatap tubuh datuk dari kepala hingga ke kaki. Syed Hamid Al-Hadad tidak memberikan sebarang komentar. Berkali-kali dia mengucap syukur pada Allah kerana datuk selamat. Apa ilmu kamu, Ayah Ali Usman seperti mendesak. Semuanya atas kemahuan Allah. Sebagai hambanya, aku berusaha dan berdoa. Alhamdulillah doa aku diperkenankan oleh Allah dan aku selamat. Sebagai orang Islam tempat paling baik meminta pertolongan ialah Allah yang Maha Besar. Dalam meminta pertolongan itu kita mesti berusaha dan berdoa, melakukan apa yang disuruh dan membuang apa yang ditegah, secara tidak langsung datuk memberikan ceramah. Semua yang berada di situ anggukkan kepala. Mereka sependapat dengan saranan datuk itu.

KERAS Dalam tempoh tidak sampai satu jam. Rumah besar milik raja susuk punah ranah menjadi abu. Kecuali tiang, tegak tiga yang dibuat dari kayu keras. Tetapi, bahagian bucunya nampak hitam dan mengeluarkan asap nipis. Beberapa patung dari tembaga bergelimpangan. Tidak ada sesiapa pun yang berminat untuk mengambilnya.

Berdasarkan pada keterangan dari ayah Ali Usman. Memang tidak lama kami berada di dalam rumah raja susuk yang sudah menjadi debu itu. Namun dugaan demi dugaan yang dialami menyebabkan kami terasa seperti berada lebih dari lima jam dalam rumah tersebut.

Ketika kami dan orang-orang kampung meninggalkan kawasan rumah raja susuk yang terbakar. Api sudah padam sama sekali. Hanya bara saja yang masih menyala. Sekejap garang, sekejap malap, mengikut irama tiupan angin yang berlegar di situ.

TAUBAT Tamar, rasanya kehebatan dan kemasyhuran bapa saudara aku sudah habis. Aku bersyukur kerana dapat menyedarkannya, membimbingnya. Dia sempat bertaubat sebelum mati, kata Ali Usman kepada saya, di saat mahu berangkat ke Kota Medan. Sebenarnya, masih belum selesai lagi Ali, secara mendadak datuk campur. Maksudnya?. Soal Ali Usman. Fikirkan sendiri, datuk menjawab. Ali Usman termenung sejenak. Anak matanya merenung ke wajah datuk. Dua tiga kali Ali Usman menggosok-gosok pangkal hidungnya. Ternyata dia masih belum dapat menyelami maksud ungkapan kata dari datuk. Saya tak faham. Ali Usman mengaku kalah. Maksud aku begini Ali, anak-anak murid bapa saudara kamu masih ramai, berselerak di tanah semenanjung, di Sumatera dan tanah Jawa. Barangkali ada di antara anak-anak muridnya itu lebih handal, lebih hebat darinya. Boleh jadi mereka menambahkan lagi amalan ilmu susuk dari ilmu dari Siam, Tibet dan macam-macam lagi. Kemudian mereka campur adukkan dengan ayat-ayat Quraan. Betul juga. Ini masalah besar, bukan mudah mengatasinya, keluh Ali Usman. Syed Hamid Al-Hadad yang dapat menangkap perbualan antara datuk dengan Ali Usman hanya anggukkan kepala. Ayah Ali Usman bersama sekumpulan orang kampung berborak kosong dekat tangga rumah. Mereka seolah-olah tidak mahu ambil tahu apa yang berlaku antara datuk, Syed Hamid Al-Hadad dan Ali Usman. Barangkali, mereka masih

memperkatakan tentang diri datuk yang dapat menyelamatkan diri dalam kebakaran. Perkara begini bukan mudah diatasi. Banyak cubaan dan rintangannya, Ali Usman mengulangi keluhannya. Datuk meraba pangkal hidungnya. Syed Hamid Al-Hadad segera mendekati Ali Usman. Berikhtiar dulu, jangan banyak mengeluh sebelum berjuang. Kita yang tahu harus menunjukkan jalan yang betul pada orang Islam yang sudah tersalah langkah. Kalau kita biarkan, kita berdosa, Syed Hamid Al-Hadad menepuk lembut bahu kiri Ali Usman. Saya setuju dengan pendapat tuan Syed, datuk mencelah. Mereka bertukar senyum. Ali Usman menarik nafas.

TUBUH Angin yang bertiup mengerakkan hujung rambut Ali Usman. Beberapa orang kampung yang berkumpul di kaki tangga mula berpecah. Masing-masing dengan tujuan tersendiri. Hembusan angin membuat tubuh terasa sejuk. Membenteras perbuatan begini memang susah. Tapi kalau ada keyakinan boleh berhasil, Syed Hamid Al-Hadad memulakan percakapan yang sudah terhenti. Pada hemat aku, semakin maju cara manusia berfikir, semakin kuat perkara tahyul, syirik berlaku. Sebabnya dalam kemajuan dunia moden, manusia selalunya lupa pada asas agama. Dengan teratur Syed Hamid Al-Hadad menyusun kata. Mereka mengutamakan kebendaan dan kemajuan dunia. Mereka lupa pada halhal kerohanian. Kemajuan pembangunan dan fikiran yang tidak berlandaskan hukum agama akan membawa manusia kembali kepada perkara-perkara yang karut, tahyul hingga terkeluar dari akidah agama, sambung Syed Hamid AlHadad lagi. Datuk setuju dengan pendapat itu. Tetapi, Ali Usman tidak memberikan sebarang komen. Dua tiga kali Ali Usman berlegar-legar di depan datuk, Syed Hamid Al-Hadad dan saya, macam ada sesuatu yang difikirkannya. Tiba-tiba Ali Usman berhenti menjawab. Dia mendonggakkan kepala merenung ke langit, melihat awan yang berarak lembut seketika. Ali Usman cuba mencari ketenangan mengikut caranya sendiri. Ali, apa masalah kamu?. Tanya datuk.

Dengan langkah yang pantas dia menuju ke sisi datuk. Telapak tangan datuk disambarnya dan digenggam dengan erat. Dengan ilmu yang sedikit ini, perkara itu tidak akan berulang lagi di sini. Kalau panjang umur dan ada rezeki, saya cari anak-anak murid bapa saudara saya di semenanjung atau mana saja, satu ikrar dari Ali Usman, bekas pelajar salah sebuah pusat pengajian tinggi di Arab Saudi. Mudah-mudahan Allah memberkati cita-cita kamu, serentak Syed Hamid AlHadad dan datuk berkata. Ali Usman melepaskan telapak tangan datuk yang digenggamnya. Dia beralih kearah Syed Hamid Al-Hadad lalu memeluknya. Perbuatan mereka bertiga menarik perhatian ayah Ali Usman dan orang-orang kampung. Mereka segera mendekatinya. Berpeluk kerana mahu berpisah, kami nak berangkat ke Medan, saya sekadar berjenaka. Dan tanpa diduga kata jenaka menjadi kenyataan. Bila Syed Hamid Al-Hadad menyuruh pemandunya menghidupkan enjin kereta. Orang-orang kampung pun segera menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil mendoakan perjalanan yang bakal kami lalui terhindar daripada kejadian yang tidak diingini. Sebahagian daripada mereka memeluk datuk dan Syed Hamid Al-hadad. Air mata ayah Ali Usman mengalir dipipi. Suasana perpisahan pada petang itu terasa hiba dan pilu sekali. Ali Usman saya lihat dua tiga kali mengesat kelopak mata dengan telapak tangannya.

SEMENANJUNG Beberapa tahun berikutnya, atas undangan pihak tertentu Ali Usman datang ke bahagian utara semenanjung. Dia diminta memberikan ceramah agama oleh pihak yang mengundangnya. Malah, dia sempat tinggal di tempat tersebut (negeri) selama enam bulan untuk berkhidmat secara sukarela mengajar tafsir Al-Quran dari surau ke surau. Sebenarnya, di samping mengajar Ali Usman ada tujuan lain. Dia mahu mengesan dan mencari bekas anak murid bapa saudaranya. Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. Dengan izin Allah semasa dia mengajar di salah sebuah surau di Daerah Kuala Muda, dia sempat bertemu dengan salah seorang bekas murid arwah pamannya. Ustaz orang Medan?. Iya, lembut suara Ali Usman.

Saya pernah belajar di sana Ustaz. Belajar apa? Ilmu dunia ustaz. Guru saya tu memang handal dalam hal-hal dunia. Dia duduk di kawasan Pengkalan Berandan. Haaaa, kata Ali Usman. Dia tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya. Kenapa Ustaz?. Tak ada apa-apa, mari kita ke warung kopi. Dialog itu terjadi di halaman sebuah masjid, sebaik sahaja Ali Usman selesai menyampaikan kuliah subuh. Dan mereka pun segera menuju ke sebuah warung.

Terlalu banyak yang ditanyakan oleh Ali Usman sebelum dia memperkenalkan dirinya pada bekas anak murid bapa saudaranya itu. Setelah diyakininya orang itu tidak berbohong, barulah Ali Usman menerangkan kedudukan yang sebenar. Dalam pertemuan yang tidak disengajakan itu. Bekas anak murid pamannya dengan bangga memberitahu yang dia sudah berhasil memperisterikan sembilah puluh sembilan (99) wanita. Dua puluh orang terdiri dari anak dara yang berusia bawah dua puluhan. Lima puluh lima (55) anak dara tua. Berusia dari tiga puluh lima (35) hingga lima puluh (50) tahun. Selebihnya, dua puluh empat (24) terdiri daripada janda beranak satu hingga lima. Kahwin cerai, sudah menjadi perkara biasa dalam hidupnya. Pernah terjadi, dalam tempoh waktu sebulan, si anak murid menikah empat kali. Dan dalam waktu yang lain, dia menceraikan empat isteri sekaligus untuk menikah lagi. Kebanyakan isteri yang dicerai tidak mahu kahwin lagi. Kalau kahwin pun tidak lama usianya, paling tinggi enam bulan.

KEBATINAN Alasan yang diberikan oleh para janda bekas anak murid pamannya ialah tidak puas. Suami baru tidak sehebat dengan suami yang dulu, sama ada dari segi kebatinan, kerukunan rumahtangga dan kemesraan. Kalau yang baru tidak menyamai dengan yang lama, lebih baik menjanda sampai akhir hayat.

Terlalu banyak perkara yang diceritakan oleh si murid tentang kehebatan bekas gurunya. Hebat dalam dunia persilatan. Handal memikat kaum hawa, dengan sekali jeling kaum hawa boleh diajak jadi teman tidur. Boleh menghilangkan diri, tubuh tidak lut senjata tajam. Boleh mengekalkan kejelitaan wajah, kaum Adam tidak kelihatan tua. Bila diberitahu, bekas gurunya sudah meninggal dunia. Si murid terkejut, termenung panjang dan menggelengkan kepala. Lebih-lebih lagi bila mengetahui bekas gurunya mati dalam masjid dan sempat bertaubat. Kenapa mati begitu, Ustaz? Kenapa tanya macam tu, bukankah setiap yang bernyawa lawannya mati. Bukan begitu, tuk guru beritahu saya, dia mati dalam air. Kerana itu sumpahnya, nyawanya tidak berpisah dengan badan selagi kakinya memijak bumi. Siapalah yang boleh melawan kuasa Allah. Guru awak sudah silap dan takbur. Mahu melawan kudrat Allah. Hummmmm si anak murid mengeluh. Esok kita jumpa di sini lagi. Nanti saya ceritakan, apa yang kamu tidak tahu tentang guru kamu, kata Ali Usman. Saya setuju. Serentak mereka bangun dan bersalam. Si anak murid menjelaskan bayaran minuman. Kemudian mereka melangkah menuju haluan masing-masing.

SURAT Bekas anak murid paman saya cukup megah dan bangga. Hasil dari kahwin cerai, dia mempunyai 80 orang anak, tidak termasuk yang meninggal semasa lahir. Malah, ada di antara anak-anaknya itu tidak dikenalinya langsung. Tidak hairanlah bila anak tak kenal ayah, sebabnya ayah tidak kenal anak, tulis Ali Usman dalam sepucuk suratnya kepada saya. Surat itu diposkan di Medan, setelah dia kembali ke kampung halamannya. Apa yang menghampakan saya, kenapa semasa berada di negeri jelapang padi, dia tidak menghubungi saya? Tetapi, kehampaan itu berakhir begitu saja, bila memikirkan yang dia kesuntukan waktu. Dalam suratnya itu, Ali Usman menyatakn bekas anak murid pamannya dikenali dengan nama DIN PAWANG MANIS. Terkenal di kalangan para penyanyi,

pelakon filem dan bangsawan. Din Pawang Manis diburu oleh golongan tersebut untuk pasang susuk. Agar tidak kelihatan tua. Beberapa isteri orang besar, tokoh politik dan perniagaan juga memburunya minta minyak pelaris, pengasih, agar disayangi suami. Ada juga para isteri tokoh perniagaan yang separuh umur datang menemuinya untuk mengunci nafsu suami. Alat kelamin tidak berfungsi, lembik macam batang keladi patah pangkal, bila berhadapan dengan wanita terutama yang cantik dan muda. Tetapi, bila berhadapan dengan isteri sendiri alat kelaminnya berfungsi kembali. Lebih garang dan hebat. Din Pawang Manis juga boleh mengurut orang terseliuh, patah dan sengalsengal tulang. Tetapi, urut yang selalu dilakukannya, ialah urut tenaga batin. Pelanggan urut tenaga batinnya terdiri dari lelaki yang sudah berusia enam puluhan ke atas terutama yang beristeri dua. Muda dan cantik pula. Berapa bayaran yang dikenakan tidak kisah. Pokoknya pengayuh tua mampu mengawal perahu di laut bergelora. Apa yang lucu. tulis Ali Usman lagi, pada suatu hari Din Pawang Manis dikunjungi oleh seorang anak muda. Pada hemat Din Pawang Manis, anak muda itu mahu memasang susuk. Dia pun menyediakan kelengkapan yang sepatutnya. Sungguh mengejutkan, kedatangan anak muda itu bukan mahu memasang susuk pemanis, bukan mahu minta minyak pengasih atau ubat-ubat guna-guna. Tetapi, mempunyai maksud yang lain, terlalu peribadi. Semuanya ini membuat Din Pawang Manis agak cemas. Sepanjang kerjanya sebagai pawang, belum pernah dia berhadapan dengan kejadian seperti ini.

Si pemuda terus menceritakan rentetan peristiwa diri dan ibunya secara terperinci. Berdasarkan cerita dari pemuda itu. Tidak dapat disangkal lagi. Tidak daya dinafikan dan Din Pawang Manis mengaku, budak lelaki yang tertonggok didepannya adalah anaknya dari isterinya yang ketujuh. Sebaik saja Din Pawang Manis memberikan pengakuan. Si pemuda didepannya terus bangun lalu melepaskan penampar sulung ke muka Din Pawang Manis. Dalam keadaan yang terpingga-pingga itu, si pemuda yang baran terus meluahkan geram dan dendam kesumatnya. Din Pawang Manis dituduh ayah tidak bertanggungjawab. Bijak mengatur nikah ceri diri sendiri. Tetapi, tidak pandai memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah. Belum pun sempat Din Pawang Manis menjelaskan kedudukan yang sebenar, anak muda yang berdarah panas meninggalkan rumah.

Dalam beberapa pertemuan berikutnya, saya pernah menasihati Din Pawang Manis supaya jangan mengamalkan ilmu salah. Di samping itu saya beritahu, dia sudah tua. Hidup sendirian, di sebuah pondok di kaki bukit. Terasing daripada orang ramai. Malangnya, nasihat saya tidak diendahkannya. Usah mengajar aku, kata Din Pawang Manis. Bukan mengajar tetapi, nasihat. Pintu taubat masih terbuka. Allah sayang kepada hambanya yang menyedari kesilapan lalu. Kalau kamu ini bukan anak saudara guru aku, di sini aku cekik sampai mampus. EhhhKamu tahu, aku datang dari masjid kerana mendapat tahu yang memberi kuliah subuh orang dari Medan. Aku datang bukan nak kuliah subuh, aku merisik bekas guru aku, jawab Din Pawang Manis.

SIRI 232 (VS SEPT 2000) HARUAN BESARKAN KEMALUAN Selain berguru dengan pamannya, Din Pawang Manis juga menuntut ilmu hingga ke Siam, India dan Kemboja. Kepandaian dan kebolehannya sudah mengatasi kehebatan gurunya. Dia boleh membesarkan serta memanjangkan alat kelamin kaum sejenisnya. Ada tiga cara dilakukan bagi melaksanakan maksd tersebut. Cara pertama urut. Kedua picit dibahagian tertentu. Kalau cara itu tidak berkesan, cara ketiga ialah memanfaatkan ikan haruan paya. Katanya ilmu itu dikutipnya dari hasil pergaulan dengan penduduk asli di perbatasan Thailand-Kemboja. Malah dia mengakui telah memperaktikkan ilmu tersebut untuk dirinya. Saudara Tamar,

Sungguh melucukan bila Din Pawang Manis menyatakan, sebelum menggunakan ikan haruan paya alat kelaminnya cuma 7 sentimeter. Tetapi, setelah memanfaatkan dengan sebaik mungkin khasiat haruan paya alat kelaminnya menjadi 13 sentimeter serta bertambah besar dan garang.

Dengan murah hati dia memberitahu ada empat tahap penting untuk membesarkan alat kelamin atau kejantanan dengan haruan paya. Saya

perturunkan untuk pengetahuan anda. Bukan menyuruh anda melakukannya, sekadar untuk suka-suka. Tetapi kalau anda mahu melakukannya saya tidak menghalang. Asalkan, risikonya anda tanggong sendiri.

Begini petuanya atau caranya saudara Tamar: Ukur alat kelamin semasa mati dan hidup (tegang). Ukuran itu dicatatkan dalam buku peribadi.

Pergi ke kawasan berpaya atau redang yang banyak terdapat ikan haruan. Pancing sendiri ikan haruan yang beratnya 1 kg atau lebih. Gunakan umpan anak katak, belalang, sarang kerengga dan sebagainya.

Lakukan secara tertutup atau rahsia. Anda tidak boleh meminta bantuan orang yang memang ahli memancing untuk mendapatkan ikan haruan yang baik.

Sebaik sahaja memperolehi ikan tersebut samada siang atau malam, pegang kepala ikan haruan dengan kemas dan pukulkan kepada alat kelamin hingga ia bertindak balas. Bawa ikan haruan itu balik ke rumah dan masukkan ke dalam baldi yang bersih. Paling elok dalam kolah (kolam) yang sederhana besarnya tetapi bersih.

Pelihara ikan itu selama sebulan, setiap tengah malam ambil lendir haruan di kolah dan lumurkan ke bahagian alat kelamin yang sensitif. Biarkan selama sepuluh minit, kemudian basuh atau bilas dengan air panas (suam).

Setelah cukup sebulan, ikan haruan itu dicekik dan dipanggang dan dimakan begitu sahaja tanpa nasi. Mesti dimakan habis kecuali bahagian kepala dan ekor.

Setelah makan ikan haruan, sediakan seperempat madu tulin dari hutan bersama dua biji telur itik. Perkara itu dilakukan setiap hari selama sebulan selepas maghrib.

Setiap setengah malam sapukan alat kelamin dengan krim minyak kelapa yang dicampur dengan bunga kenanga satu piring sambil ditarik perlahan-lahan kedepan hingga terasa sakit.

Itulah yang diceritakan pada saya Tamar. Apakah anda berminat? Sesungguhnya saya tidak berminat dalam hal hal begini. Ada lagi kisah yang lucu dan tidak masuk akal.

BOTOL

Di rumahnya terdapat berbotol-botol minyak cenuai, berbelas-belas cula buaya dan cula tupai mati beragan di samping mani gajah liar yang sudah di awetkan. Di simpan dalam beberapa gelas kecil. Soalnya apakah benda-benda yang di simpannya itu memang betul atau sebaliknya.

Tamar yang baik hati,

Barangkali memang sudah ditakdirkan, mungkin juga kerana perbuatan dan amalannya tidak direstui Allah hidupnya nampak tidak bahagia. Walaupun rumahnya dikunjungi ramai, minta ubat itu ini, minta tangkal dan azimat. Setiap orang yang minta khidmatnya dikenakan bayaran yang agak tinggi. Pendapatannya boleh dikatakan kasar juga. Tetapi dia kelihatan seperti kesempitan saja. Barangkali rezeki yang diperolehinya tidak diberkati oleh Allah.

Memang tidak ada sesiapa yang menduga, (terutama orang-orang yang taksub dengannya), Din Pawang Manis menemui ajal dalam keadaan yang sungguh mengerikan. Rumahnya dipanah petir waktu subuh. Terbakar hangus dan mayatnya rentung tidak dapat dikenali langsung.

Seminggu selepas kematiannya, seorang wanita mencari Din Pawang Manis. Wanita muda berusia awal empat puluhan itu tergamam dan hampir hysteria bila melihat kesan kebakaran rumah orang yang disanjung, dihormati dan dianggap sebagai keramat hidup.

Tujuan wanita dari Kuala Perlis menemui Din Pawang Manis untuk membuang susuk yang dipasang oleh Din Pawang Manis ke tubuhnya. Ada beberapa sebab kenapa wanita berkulit putih, berdarah campuran Cina-Melayu itu mahu membuang susuk emas yang dipakainya.

Pertama, setelah dia mendengar nasihat seorang lebai kampung yang perbuatannya itu bertentangan dengan ajaran agama. Kedua dia tidak tahan dipulaukan oleh saudara mara sebelah suaminya sebaik saja mereka mengetahui yang dia memakai susuk.

Akibat kematian Din Pawang Manis, cita-cita dan hasrat si wanita itu tidak terlaksana. Rasa bersalah mengundang tekanan perasaan yang tidak dapat dikawal. Si wanita itu jatuh sakit . Sebulan lebih terlantar di rumah, puas berubat secara moden dan tradisional, namunnya penyakitnya tidak juga sembuh. Malah bertambah berat.

Masuk hari ke 35 wanita berkulit putih menemui ajalnya dengan cara yang sungguh aneh sekali. Semasa nyawanya mahu berpisah dengan jasad, si wanita itu mengalami satu keadaan yang sungguh menakutkan. Dia mengerang dan merintih sayu sambil menyebut nama Din Pawang Manis dengan berkata TUK GURU, BANTULAH AKU berulang kali.

Walaupun diajar mengucap dua kalimah syahadat oleh keluarga terdekat, dia tetap menyebut nama Din Pawang Manis. Setiap kali nama orang yang disanjungnya disebutnya dai terus mengaru-garu kulit pipi kiri dan kanan hingga mengelupas.

Wanita itu juga menjeritjerit sambil menghentak-hentak sepasang tumit kakinya ke atas lantai.

Enam orang menjaganya, dua orang menunggu di muka pintu bilik manakala dua orang berada di bahagian kepala dan dua orang lagi berada di hujung kakinya. Wanita yang secara tiba-tiba mempunyai kekuatan luar biasa itu, berusaha untuk pergi ke arah matahari terbit, iaitu arah kedudukan bekas rumah Din Pawang Manis.

Setiap kali dia berjaya bangun , saudara mara wanita tersebut terpaksa menangkap dan memasanya baring semula di katil. Kedua dua kaki dan tangan terpaksa dipegang dengan kuat. Malah, pernah diikat dengan tali belati. Sekali imbas, memang kejam kelihatannya. Apakan daya hal itu terpaksa dilakukan oleh keluarga.

JERIT

Dalam keadaan menjerit sambil menyebut nama orang yang disanjung, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Matanya terbeliak, lidahnya separuh terjelir. Wajahnya segera berubah menjadi hitam legam, sungguh hodoh sekali.

Beberapa keping logam yang halus macam serbuk kopi, berkilat serta bercahaya keluar dari lapisan kulit mukanya. Bila jatuh atas lantai bertukar menjadi air yang jernih macam air embun yang akhirnya hilang entah kemana.

Paling mengejutkan, semasa jenazahnya dimandikan mengeluarkan bau busuk. Kulit mukanya relai. Ketika jenazahnya diusung ke tanah perkuburan, orang yang mengusungnya terasa amat berat sekali. Malah, ada diantara mereka mengalami sakit bahu berminggu-minggu.

Saudara Tamar,

Itulah kisah duka saat kematian orang yang memakai susuk untuk kelihatan muda dan manis.

Anda juga harus tahu tentang Din Pawang Manis . Beberapa orang melintasi kawasan rumahnya yang terbakar akibat dipanah petir, terlihat lembaga menyerupai Din Pawang Manis berjalan disitu selama tujuh senja.

Saudara Tamar,

Kalau umur dipanjangkan Allah, ada rezeki pula, saya akan datang ke Tanah Semenanjung untuk mencari bekas anak-anak murid paman saya yang sudah salah langkah.

Bagaimana kalau saya ajak and membatu sama? Tentu anda tidak keberatan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, memang sudah menjadi tanggung jawap saya untuk membetulkan mereka.

Kalau dulu paman membawa mereka ke arah jalan yang salah. Sekarang dengan bantuan saudara, biarlah saya membawa mereka ke jalan yang betul dan benar. Rasanya, tidak begitu sempurna Islam saya, kalau membiarkan

perbuatan yang bertentangan dengan hukum agama berlaku dan berleluasa di sekeliling kita.

Anda tentu bersetuju jika saya katakan bahawa kita yang tahu serba sedikit tentang ilmu agama, harus bertindak secara diplomasi membetulkan mereka. Saya tidak marah, kalau anda menolak pelawaan ini. Tetapi, saya berazam untuk membasmi perbuatan yang tidak menguntungkan ini, perbuatan yang merugikan agama dan bangsa sendiri. Sesungguhnya saya ingin sekali datang ke kampung halaman saudara . Saya mahu melihat sungai, gunung dan hutan rimba. Selebihnya, saya mahu berkenalan dengan ahli agama di tempat anda untuk menambahkan ilmu.

Sekian dulu Tamar, bila kita bertemu wajah, banyak kisah mahu saya bentang untuk anda. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Lagi sekali terima kasih untuk anda dan sampaikan salam pada datukmu. Kalau tidak ada halangan, bulan depan saya mahu turun ke Medan mahu berjumpa Syed Hamid Al-Hadad.

JARAK

Anda telah membaca surat yang ditulis oleh Ali Usman kepada saya. Tetapi anda tidak tahu apakah rentetan peristiwa yang saya alami semasa dalam perjalanan pulang dari rumah orang tua Ali Usman menuju ke kota Medan, pada petang itu.

Kira-kira dalam jarak seribu kilometre meninggalkan halaman rumah keluarga Ali Usman. Cara mengejut Syed Hamid Al-Hadad menyuruh pemandunya memberhentikan kereta. Saya dan datuk yang duduk dibahagian belakang berpandangan sama sendiri. Penuh dengan tanda tanya.

Beberapa orang pemandu kenderaan berat dan ringan yang lalu di situ, samaada menju ke Pengkalan Beranda atau Kota Medan merenung kea rah kami. Ada yang membunyikan hon sambil memperlahankan kenderaan. Mereka bersedia member bantuan, andainya kami mengahdapi masaalah. Kenapa Pak? Perlukan pertolongan , Tanya mereka.

Tidak ada apa-apa sengaja berhenti, terang pemandu Syed Hamid Al-Hadad dengan senyum. Mereka membalas dengan lambaian tangan sambil membunyikan hon tanda terima kasih.

Syed Hamid Al-Hadad terus membuka pintu kenderaan dan keluar. Begitu juga dengan datuk. Si pemandu nampak tenang dan bersahaja, seolah-olah tahu apa yang baakal dilakukan oleh majikannya. Saya nak keluar, Jangan Tamar, tahan pemandu kenderaan. Kenapa saya tidak boleh, kenapa mereka boleh, saya memprotes. Mereka ada urusan dan jangan diganggu. Hum............... saya menedengus. Tutup Tamar.

Pintu kereta yang terbuka separuh segera saya rapatkan kembali. Dalam masa yang sama saya toleh ke arah Syed Hamid Al-Hadad dan datuk. Ternyata mereka sedang membincangkan sesuatu. Nampaknya, mereka cukup serius.

DEBAR

Syed Hamid Al-Hadad melangkah tenang ke arah saya. Sudah tentu hati kecil ini berdebar semacam. Tetapi, debar di hati tidak lama, bila saya lihat datuk mengekorinya di belakang. Kerana memikirkan datuk akan kembali dudk di tempat asalnya, pintu kereta segera saya buka dengan seluas-luasnya.

Satu perhitungan yang salah. Ternyata datuk tidak bersedia untuk masuk. Dia berdiri tercegat di situ sambil merenungke arah saya. Lagi sekali hati berdebar cemas.

Tamar.

Segera mengengsot punggong di kusyen menghampirinya. Ada apa tuk? Kita tukar tempat. Tukar tempat? saya kehairanan. Iya, kamu duduk di depan kawankan drebar. Aku dengan Tuan Syed Hamid duduk di belakang. Kenapa tuk? Eh, budak ni banyak pula tanyanya. Jangan banyak cakap. Ikut cakap orang. begitu keras sekali nada suara dattuk. Sepasang anak matanya merenung ke wajah saya.

Bagaikan kura-kura saya mengesot ke bucu tempat duduk dan terus keluar dari perut kereta.Si pemandu hanya tersenyum melihat telatah saya. Syed Hamid AlHadad, tidak meluahkan sebarang komentar. Dia cumamemerhatikannya dengan tenang. Bukan apa-apa Tamar, lembut tutur Syed Hamid Al-Hadad, bila kami duduk satu kusyen banyak cerita yang mahu kami ceritakan. Tak payahlah kami kerap menoleh ke belakang, sakit tengkok dibuanya, saya harap kamu tak marah dengan tindakan ini.

Saya hanya mengangguk alam senyum. Kamu tak marah, ulangnya lagi.

Tidak, Tuan Syed, pendek saya menjawap.

TAPAK

Tiga tapak saya melangkah ke depan, berdiri dekat pintu sebelah dreber yang ternganga. Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad berbalas senyum. Saya kira masing-masing mempunyai andaian tersendiri tentang diri saya. Masuk, pelawa drebar.

Saya masih tegak kaku. Masih berfikir, wajarkah saya duduk. Masuk Tamar, drebar memukul kusyen kereta beberapa kali . Masuk saja, jangan banyak fikir, desaknya lagi.

Wajah drebar direnung sejenak. Bagaikan ada desakan tersembunyi di kalbu menyuruh saya masuk. Beberapa saat berikutnya, punggung pun berlabuh atas kusyen empuk. Biarkan mereka dengan cerita mereka Tamar. Maksud kamu?

Untuk kesekian kalinya muka drebar saya tatap. Dia menghadiahkan sebuah senyum bersahaja untuk saya. Tetapi, membawa yang tajam. Maksudnya mudah saja Tamar. Orang tua sesuai bercakap dengan orang tua. Biarkan, agaknya mereka mahu bernostalgia tentang zaman muda yang dilalui. Cakap mereka tak sesuai untuk kamu dan aku., bisik drebar kecuping telinga saya. Jalan.

Syed Hamid Al-Hadad memberikan arahan pada pemandu kenderaannya. Si pemandu yang setia anggukkan kepala.

Empat tayar kereta yang melekat dipermukaan jalan raya mula berputar. Mulamula perlahan-lahan kemudian bertukar pantas dan kereta pun segera bergerak. Dan keadaan langit ketika itu cukup aneh. Sepasang anak mata yang amat mencintai alam semula jadi, segera menangkap pepucuk dan dedaun yang bergerak lembut mengikut gerak bayu yang bertiup lembut. Pepokok besar yang tinggi menjulang dengan dahan dan ranting kukuh. Tegak berdiri di kiri kanan jalan raya. Satu pemandangan yang sungguh menyenangkan.

Ada kumpulan monyet liar melintas dengan bebas di jalan raya. Mereka tidak memperdulikan kenderaan lalu lalang di situ. Bila sampai diseberang jalan, kumpulan monyet tersebut segera memanjat batang pokok dan bergayut di dahan untuk meneruskan perjalanan selanjutnya.

Dalam deru kereta yang agak keras itu, saya masih dapat mendengar bunyi kicauan burung dan jeritan unggas lain.

Gegendang telinga masih dapat mendengar suara datuk dan Syed Hamid AlHadad tingkah meningkah. Sesekali mereka ketawa. Dan saya tidak ambil kisah dengan apa yang mereka bualkan. Saya kira, pemandu di sebelah juga bersikap seperti saya. Kami berkecuali. Kamu pernah dengar harimau mengaum Tamar.. Pernah. Suara gajah bertempik? Pernah kamu dengar.

Pertanyaan kedua yang dikemukakan oleh drebar membuat saya mengkedutkan dahi . memang saya pernah mendengar suara tempikan gajah. Tetapi soalnya wajarkah saya memberitahu drebar Syed amid Al-Hadad perkara tersebut?

Tak pernah, kata saya berdalih.

Si drebar menjeling tajam. Cepat-cepat saya alihkan wajah ke kanan. Saya ttidak mahu anak mata saya dengan anak matanya bertembung. Kamu nak tengok gajah dan harimau?

Saya gelengkan kepala. Si drebar terus mengendalikan kenderaan dengan tenang. Anak mata masih lagi merenung ke arah kiri kanan jalan raya. Kenderaan sedang mendaki laluan berbukit. Bebunga hutan yang berjuntaian di reranting, di lereng bukit nampak indah dan cantik sekali. Kamu takut harimau dan gajah.

Pertanyaan dari drebar tidak saya jawab. Tindakan saya itu mematikan hasratnya untuk memajukan pertanyaan selanjutnya.

SIRI 233 (VS OKT 2000) DUGAAN PERJALANAN Si dreber tumpukan perhatian kepada tugas. Kereta terus meluncur laju membelah jalanraya. Macam tadi juga, datuk dan Syed Hamid Al-Hadad masih rancak berbual. Bila diamat-amati topik perbualan mereka lebih banyak menekankan pada akidah, tarikat. Disamping itu, mereka juga mencuit persoalan penyelewengan dalam akidah yang secara tidak disedari atau disengajakan oleh orang-orang yang dalam dan tinggi pengetahuan agamanya. Zeeeekkkkk.......... Empat tayar kereta terhenti berputar secara mengejut. Semua yang ada kereta terangkat punggung dan tersengguk ke depan. Kaki dreber melekat ke pedal berek. Kedudukan badan kereta berubah 45 darjah ke bahu jalan. Maafkan saya Pak.

Dreber menoleh ke belakang. Renung muka Syed Hamid Al-Hadad dan datuk. Kedua-duanya kelihatan terpinga-pinga sambil membetulkan duduk yang sudah berubah. Gajah melintas Pak, saya terpaksa berek. Tak apa. Syukur pada Allah kita semua selamat, ucap Syed Al-Hadad. Empat ekor gajah berdiri di depan kereta. Salah seekor dari gajah itu, paling besar dengan sepasang gading yang tajam. Panjangnya dianggarkan lebih dari tiga kaki. Sambil bertempik gajah tersebut menjatuhkan belalainya atas bonet kereta. Semua yang ada dalam kereta kecut perut. Tenang, jangan bising dan jangan bunyikan hon kereta, ujar datuk perlahan. Arahannya segera dipatuhi. Kami saling berpandangan penuh dengan kebimbangan. Dari atas bonet depan belalai gajah yang lembut bergerak ke atas bumbung kereta. Bila kaki depannya digeselkan kebadan kereta, seluruh kereta bergegar. Kami bergerak ke kiri dan ke kanan mengikuti gerak kereta yang digesel kaki gajah. Lebih dari lima belas minit kami mematikan diri. Entah kenapa tidak ada sebuah kereta yang melintas ketka itu. Mungkin para pemandu yang selalu menggunakan jalan raya tersebut sudah tahu, ketika kami melalui jalan tersebut, adalah ketika dan saat binatang liar melintasi jalan. Beralih tempat mencari rezeki di seberang jalan. Mungkin apa yang berlaku itu adalah secara kebetulan. Dalam saat yang serba mencemaskan itu, gajah besar terus bertempik, dengan sekuat-kuatnya. Gajah-gajah yang lain segera mendekatinya lalu mengelilingi kenderaan kami. Tidak ada apa yang dapat dilihat kecuali kaki gajah yang hitam menutup pandangan. Kami pasrah kepada Allah. Perlahan-lahan saya gerakkan kepala. Menoleh ke arah datuk dan pandangan kami bersambung. Sepasang bibir terasa bergerak-gerak lemah. Tetapi tidak ada sepatah kata terlontar dari mulut. Dan datuk yang mengerti gelodak batin segera meletakkan telapak tangan kiri ke atas bahu. TenangTamar. Tapi saya takut.

Mohon pertolongan dari Allah dengan ayat-ayat Quran yang aku bekalkan kepada kamu, lembut nada suara datuk. Penuh diplomasi membangunkan sebuah keyakinan diri dalam kalbu. Saya menggangguk dan renungan kembali pada posisi asal. Merenung cermin kereta dan kumpulan gajah liar yang masih belum berganjak. Dari celah-celah kaki gajah, gumpalan awan putih yang bergerak di dada langit, masih boleh dilihat. KABUL Doa kami berempat yang sengsara dalam perut kereta diperkenankan oleh Allah. Gajah besar terus bertempik, seolah-olah mengeluarkan sebuah arahan. Beberapa detik berikutnya kumpulan gajah itu, seekor demi seekor bergerak ke arah yang ditunjukkan oleh belalai gajah besar. Saya dan pemandu menarik nafas kelegaan. Pandangan tidak lagi dihalang oleh kaki dan badan kumpulan gajah liar. Gajah besar membawa anak buahnya memasuki hutan di kaki sebuah bukit. Barangkali di situ kaya dengan pokok bayas yang lembut umbutnya di sampingnya pisang hutan yang tumbuh meratarata. Allah hu Akbar, balas datuk. Saya dan pemandu berbalas senyum. Wajah yang sebentar tadi cemas semacam, segera bertukar menjadi ceria. Penuh semangat dan keyakinan yang cukup tinggi. Si pemandu besedia meneruskan tugas yang terganggu. Bagaimana perasaan kamu? Sudah aman? Syed Hamid Al-Hadad menatap wajah pemandunya yang berdahi luas. Sudah aman Pak. Kalau begitu, teruskan perjalanan. Kalau lambat nanti kita senja di perjalanan. Lagi pun kawasan ini bukan kawasan aman. Banyak orang jahat. Maksud tuan Syed? secara spontan datuk bertanya. Kenderaan yang lalu di sini selalu dirompak. Kadang-kadang dibunuh dan mayat dibuang dalam hutan untuk makanan binatang buas. Oh, begitu, ada keresahan dihati datuk.

Sambil menarik nafas, kiri kanan jalan direnungnya. Apa yang dilihatnya ialah pokok besar yang berdiri kukuh. Entah mengapa secara tiba-tiba saya terasa seram. Kenapa masih belum bergerak? Syed Hamid Al-Hadad mencuit bahu pemandunya. Saya kira bapak ada urusan lagi. Urusan apa? Tak ada urusan. Ayuh, sekarang jalan. Baik pak Kereta kembalii bergerak. Mula-mula perlahan-lahan kemudian beransur laju dan terus laju. Meninggalkan pepokok, bukit bukau di belakang. Suasana di jalanan terasa agak lengang, kenderaan tidak serancak tadi. Samada yang ke Medan atau sebaliknya. Langit masih cerah. Awan juga bergerak lemah. Tetapi matahari kian condong ke barat. Pemandu di sebelah tetap hati-hati dan teliti mengemudi kenderaan yang dikendalikan. Matanya tajam merenung dada jalan, sesekali dia menoleh ke arah kiri dan kanan jalan. Macam ada sesuatu yang diawasinya. Dua tiga buah kenderaan berat memotong, tidak memberikan peluang kepada kenderaan kami untuk menyelit di tengah. Secara berbisisk, pemandu memberitahu kenderaan berat yang membawa barangan dari kota raya Medan, akan bergerak secara konvoi, tidak bersendirian. Tujuan untuk keselamatan pemandu dan barang yang dibawa. Penjahat jalanan tidak akan merompak kenderaan barang yang bergerak secara berkumpulan. Atas alasan keselamatan, pemandu kenderaan berat tidak mahu terpisah antara satu sama lain dalam jarak yang jauh. Mereka juga tidak mahu di antara jarak tersebut ada kenderaan lain menyelit. Kerana kenderaan ang menyelit di tengah-tengah itu belum pasti penumpang atau pemandunya orang baik-baik. Siapa tahu, kalau penjahat jalanan menyamar jadi orang baik-baik untuk merompak. Di jalanraya ini, macam-macam boleh jadi. Orang yang nampak baik, raut muka macam orang berpelajaran , belum tentu baik. Orang yang nampak kasar dan muka macam mahu makan orang, belum tentu jahat. Pendek kata para pemandu

di sini diselubungi misteri. Jadi, saya harus berhati-hati dan beringat. Salah perhitungan celaka badan, bisik si pemandu, antara jelas dengan tidak. OTAK Sikap si pemandu memberitahu secara berbisik menimbulkan berbagai-bagai persoalan dalam otak. Kenapa dia tidak mahu menerangkan secara terbuka. Kenapa mesti bisik-bisik? Mungkin dia berbuat demikian kerana tidak mahu perkara tersebut sampai ke pengetahuan Syed Hamid Al-Hadad dan datuk. Bila perkara yang tidak menyenangkan itu diketahui oleh kedua-dua orang tua yang duduk di belakang, macam-macam masalah boleh timbul. Setidak tidaknya perasaan mereka tidak akan aman. Sentiasa diburu keresahan dan rasa takut. Dan hati kecil saya membuat kesimpulan, bahawa pemandu di sebelah saya ini termasuk istilah pemandu misteri yang disebut pada saya sebentar tadi. Uhhh........ Sebuah keluhan tanpa sebab terhambur dari mulut. Ada jelingan tajam dari pemandu untuk saya. Serentak dengan jelingan itu, ada sekilas senyum pendek beralun di kelopak bibirnya. Barangkali senyum sindiran. Dan boleh juga jadi senyum simpati. Macam-macam andaian timbul akibat senyum. Tidak salah, kalau saya mengkategorikan pemandu di kanan saya termasuk dalam golongan pemandu seribu kemungkinan. Sesungguhnya, bermula dari bisikan, telatah dan senyum tang dipamirkan oleh si pemandu, menghimpunkan sejuta keresahan, ketakutan dan kecemasan yang memanjang dalam rongga dada. Tetapi, mujurlah apa yang memuak di rongga dada dapat dikawal dan ditenteramkan. Terutama bila melihat si pemandu memaut stering kereta seerat mungkin. Kereta terus meluncur laju. Sinar matahari petang kian redup. Bila kenderaan melalui jalan yang di kiri kanannya ditumbuhi pepohon besar dan berdaun lebat, terasa agak gelap. Suasana begini tidak menganggu datuk dan Syed Hamid Al-Hadad yang duduk tersandar di kusyen belakang dan berborak. Sesekali terdengar suara mereka bercakap, Biasanya, percakapan itu tidak berlangsung lama, hanya untuk beberapa minit saja. Kemudian masing-masing membisu. Bercakap lagi untuk beberapa minit. Membisu lagi, begitulah silih berganti. Dan tekanan nada suara bila bercakap cukup rendah sekali. Sukar untuk dikesan tentang perkara yang mereka perkatakan.

Sebuah lori datang meluru dari arah belakang sambil membunyikan hon dengan kuat, minta laluan. Sungguh tidak sopan pemandu lori itu. Sambil memotong dia terus menhimpit lorinya ke arah kereta yang kami naik. Pemandu sebelah saya jadi kelam kabut dan terus menekan berek serta memandu kereta ke tepi jalan. Sial..... Itu yang terkeluar dari mulut pemandu. Mukanya merah menahan kemarahan. Lori yang memotong lesap dari pandangan. Syed Hamid Al-Hadad dan datuk tidak memberi sebarang komen. Sial, dia memang manusia syaitan laknat, terhambur lagi ungkapan dari rahang mulut pemandu. Api kemarahannya masih belum menurun. Jangan maki hamun orang macam itu. Itu bukan amalan orang yang berhati mulia, Datuk cuba memberikan ketenangan. Habis macam mana saya tak marah. Dia menghimpit kereta kita. Dia mahu membunuh kita semua. Dia ingat dia seorang saja mahu hidup, ledakan kemarahan terus diluahkan oleh si pemandu. Kita mengalah saja, beri laluan kepadanya. Syed Hamid Al-Hadad memberikan sebuah pandangan. Si pemandu yang dadanya masih bersarang dengan api kemarahan terdiam. Dua tiga kali dia menelan air liur sambil menggosok pangkal hidungnya berkalikali. Maafkan saya, memang saya tak boleh tahan dengan perangai biadabnya, si pemandu renung muka Syed Hamid Al-Hadad dan batuk berkali-kali. Lupakan . Serentak datuk dan Syed Hamid Al-Hadad bersuara. Si pemandu yang api kemarahannya beransur reda mengangguk. Dan enjin kereta yang mati dihidupkan kembali. TENANG Dengan tenang setering kereta dipulas ke kanan. Empat tayar kereta yang terbabas ke dalam rumput di gigi jalan berjaya dinaikkan ke atas dada jalanraya. Seterusnya kereta kembali bergerak lancar. Tetapi, rasa kemarahan masih belum padam seratuds peratus dari dalam hati pemandu di sebelah saya.

Buktinya, dapat dikesan dari mulutnya yang kumat-kamit. Saya kira dia masih memaki hamun, menyumpah seranah pemandu lori kecil yang tidak senonoh. Cuaca petang, kian redup. Matahari makin condong kebarat. Pada hemat saya, tidak sampai dua jam lagi, matahari akan terbenam di kaki langit. Perjalanan seterusnya di rasa cukup selesa. Pengalaman kereta dihimpit dan dilanggar orang dari belakang, atau terbalik dalam gaung, memang sudah saya rasakan. Tetapi, pengalaman.... Syed Hamid Al-Hadad yang memulakan percakapan dengan datuk, tidak meneruskannya. Kenapa berheni, datuk mendesak. Saya rasa kurang sopan, kalau saya meneruskan. Demi persahabatan ini, anda harus meneruskan. Sepasang anak mata hitam datuk tertampar kewajah Syed Hamid Al-Hadad mengangguk tanda setuju. Ini pengalaman pertama saya berdepan dengan gangguan gajah liar di jalanraya. Semangat saya terasa melayang. Sebelum ini, awak pernah mengalaminya?, jujur sekali Syed Hamid Al-Hadad memnyampaikan apa yang ada di dalam hatinya. Datuk tidak memberikan tindak balas yang positif terhadap pertanyaan yang diajukan. Memang ada rasa sedikit kehampaan di hati Syed Hamid Al-Hadad. Dia tidak berputus asa dan terus mengajukan pertanyaan yang sama. Pernah,: balas datuk pendek. Mencemaskan? Kali pertama memang mencemaskan. Bila masuk kali kedua dan ketiga, kurang sikit rasa takutnya. Bagaimana kalau perkara macam ini berlaku masa depan. Saya berharap dan berdoa kepada Allah, janganlah perkara itu berlaku lagi, tegas datuk. Saya pun harap begitu, kata Syed Hamid Al- Hadad. Kedua-duanya ketawa kecil penuh dengan kemesraan dan kekeluargaan.

Saya dan pemandu yang mendengar dialog antara Syed Hamid Al-Hadad dengan datuk turut tersenyum. Memang melucukan . Sepatutnya mereka bercakap atau berbual hal-hal yang lebih besar dari itu. Agaknya perkara itu sengaja dilakukan sebagai sebuah pelarian untuk menhilangkan rasa bosan atau takut tentang sesuatu yang bakal berlaku. Dan cara kebetulan pula, kotaraya Medan masih jauh lagi. Ada motor mengekori kita dari belakang, kata pemandu sambil merenung cermin kecil di depannya. Saya anggukkan kepala dan menganggap kehadiran sebuah motosikal yang dinaiki dua insan memakai jaket hitam adalah perkara biasa. Makin lama, motosikal itu makin dekat dengan kereta yang kami naiki. Malah jaraknya tidak sampai 50 meter. Tidak dapat dipastikan darimana motosikal yang ditunggang oleh dua insan itu mengekori kereta kami. Saya yakin, motosikal itu muncul setelah kenderaan kami melepasi selekoh tajam. Kehadiran motosikal dengan dua insan berjaket hitam itu turut disedari oleh Syed Hamid Al-Hadad dan datuk. Kedua-dua orang tua tersebut bagaikan tidak kisah. Meskipun sekali sekala Syed Hamid Al-Hadad menoleh ke belakang. KEJUT Tamar, mengejut saja pemandu bersuara. Kenapa?. Motosikal misteri dan orangnya dah hilang. Kau jangan bergurau. Aku tak bergurau, kau tengok ikut cermin tepi. Syur pemandu segera saya patuhi. Memang, dia tidak bergurau. Motosikal yang ditunggangi oleh dua insan berjaket hitam hilang entah kemana. Dan ini mengukuhkan lagi andaian saya bahawa mereka tidak mengekori kenderaan yang kami naiki. Kemana mereka menghilang, pemandu bertanya. Pulang ke rumah, hari dah nak malam, jawap saya bergurau, pemandu tersenyum. Minyak kereta terus ditekan, walaupun ketika itu, kereta sedangmenuruni kawasan berbukit.

Kurangkan laju, kamu memandu menuruni bukit dan di depan ada dua selekoh merbahaya, tegur Syed Hamid Al-Hadad. Dengan serta merta jarum meter menurun dari 120km sejam kepada 70km sejam. Saya menegakkan ibu jari kanan. Pemandu yang mengerti dengan maksud saya tersenyum. Kau nakal, katanya sambil menolak tangan saya, Dalam kesuraman sinar matahari petang, sayup-sayup terlihat orang berdiri di tepi jalan sambil mengangkat tangan menahan kenderaan yang lalu. Makin lama, makin jelas bentuk tubuh orang yang berdiri itu. Seorang lelaki separuh baya memakai kemeja lengan panjang berjalur hitam putih. Seluarnya berwarna kelabu taik anjing. Berhenti dan bantu dia. Arahan dari Syed Hamo\id Al-Hadad kepada pemandunya. Entah kenapa hati saya berdebar. Datuk tidak memberi sebarang komen. Air mukanya membayangkan rasa bimbang. Kita tak kenal dia, kata pemandu. Itu bukan soal, dia manusia memerlukan bantuan. Bantu dia. Syed Hamid AlHadad terus berkeras. Pemandu anggukkan kepala. Patuh pada perrintah majikan. Kira-kira dalam jarak tiga tiang telepon, mahu sampai ke tempat orang yang berdiri di tepi jalan, si pemandu memperlahankan kereta yang dipandunya. Hati-hati, terdesak suara datuk dalam nada resah Terima kasih atas ingatan saudara, saya yakin dia orang yang memerlukan bantuan. Boleh jadi orang susah, balas Syed Hamid Al-Hadad. Saya mengigit bibir sementara pemandu menarik nafas dalam-dalam. Tidak tahu apa yang difikirkannya. Menyedari kereta yang kami naiki, semakin lama semakin perlahan dan menghampirinya. Orang yang di tepi jalan kian kerap menurun naikkan tangannya. Malah, dia bergerak ke tangah jalan sambil menghalakan wajah dan dadanya ke arah kereta. Tidak takut dengan kemalangan yangmenanti seandainya si pemandu bertukar fikiran dari menekan berek kepada pedal minyak. Orang ini ada muslihat tertentu, fikir saya dalam hati, Barangkali pemandu juga berfikiran demikian. Itulah sebabnya, dia agak keberatan mematuhi arahan Syed Hamid Al- Hadad tadi. Datuk juga tidak berkecuali, buktinya dia turut mengingatkan pemilik kereta supaya berhati-hati.

Sebaik saja kereta berhenti dan enjin dimatikan. Tergesa-gesa Syed Hamid AlHadad memuka pintu kereta dan terus keluar. Lelaki yang berdiri di tengah jalan segera menerpa ke arahnya menghulurkan tangan untuk bersalaman. Di saat kedua-dua telapak tangan untuk bersalaman, lelaki itu berpusing lalu menyambar pergelangan Syed Hamid Al-Hadad. Dengan sekelip mata, tangan Syed Hamid Al-Hadad dikilasnya ke belakang. Serentak dengan itu satu tendangan padu dilepaskan kerusuk Syed Hamid AlHadad. Lelaki berdarah Arab Melayu itu jatuh tersungkur di bumi dan mengerang kesakitan. Saya dan pemandu tergamam. Tidak tahu apa yang harus dlakukan. Datuk juga demikian. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya.