Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KONSERVASI DALAM SUKAN DAN REKREASI

Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperlua n terhadap sesuatu perkara. Manakala sukan rekreasi pula boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepenti ngan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini.

Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu d idedahkan kepada semua orang sejak di bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka terhadap kepentingan alam sekitar kita. Hal ini kerana isu alam sekitar sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera. Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak murid melalui sukan rekreasi, kita dapat memupuk amalan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran. Pendidikan koservasi ini juga turut mend idik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius.

Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekrasi juga menjadi alat utama untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya.

Pendek kata, pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememang sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok -pokok baru supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi de ngan tumbuh-tumbuhan hijau.
PERKHEMAHAN

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan da n melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan. Selain itu, aktiviti perkhemahan juga merupakan diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi, bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing masing. Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna, tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar .

PELAN LOKASI PERKHEMAHAN


Lokasi perkhemahan perlulah berada di tempat yang selamat dan strategik. Tapak perkhemahan haruslah dilengkapi dengan khemah, tandas, bilik rawatan, dapur/ dewan makan, pagar untuk keselamatan dan sebagainya. Khemah pelajar lelaki haruslah didirikin berasingan dan jauh daripada khemah pelajar perempuan. Sekitar kawasan perkhemahan perlulah sentiasa bersih dan teratur.