Anda di halaman 1dari 4

Rukhsah Syariah dari Perspektif Usul Feqh dan Qawaid Feqqiah. 1. Tarif Rukhsah. 1.1. Dari perspektif Lughawi.

Bermaksud kemudahan dan keringanan. Terdapat makna yang lain sebagaimana yang di jelaskan di dalam kitab Lisanul Arab, antaranya : kejatuhan harga, sentuhan yang lembut dan keizinan yang diberikan oleh syara selepas daripada tegahan. Sabda Nabi s.a.w : . 1.2. Dari perspektif Usulliyin. Khilaf dalam memahami makna rukhsah berpunca dari perselisihan ulama dalam mentahdidkan makna azimah kerana terdapat hubungkait yang rapat diantara keduanya. Ini kerana kedua-duanya adalah merupakan dua makna yang berlawanan di antara satu dengan yang lain. 1.2.1 Rukhsah di sisi Mazhab Hanafi. Syeikh alauddin As-Samarqandi mentarifkannya sebagai : Rukhsah adalah nama bagi sesuatu yang berubah dari perkara asal dengan sebab sesuatu perkara kepada suatu keringanan dan kemudahan bagi tujuan melapangkan ke atas individu yang ditimpa darurat samada berubah dari segi sifat atau pada hukum. 1.2.2 Rukhsah di sisi Mazhab Syafii. Imam Al-Ghazali menyebut : Rukhsah adalah satu ibarat mengenai perkara yang dilapangkan kepada mukallaf pada perbuatannya dengan sebab keuzuran ataupun kelemahan dalam menunaikannya dengan sebab wujudnya pengharaman. Imam Asnawi berpegang dengan tarif yang disebut oleh Imam Al-Bhaidawi : Rukhsah adalah hukum yang thabit (tetap) yang menyalahi dalil dengan sebab keuzuran. Maka rukhsah adalah sifat bagi hukum yang tidak dapat tidat mempunyai dalil padanya. Sekiranya tidak terdapat dalil, maka tidak harus mendahulukan rukhsah dalam melaksanakannya. 1.2.3 Rukhsah di sisi Mazhab Hanabilah. As-Syeikh Imam Muhammad bin Ahmad Al-Futuhi : Rukhsah adalah sesuatu yang menyalahi dalil syara kerana sebab yang rajih. 1.2.4 Rukhsah di sisi Imam Ash-shatibi. Sesuatu yang disyariatkan dengan sebab keuzuran yang menyusahkan, bertujuan untuk mengecualikan daripada jumlah hukum yang asal dengan sebab halangan dan mengambilnya sekadar yang diperlukan. 2. Pembahagian Rukhsah mengikut Mazhab Hanafi : Ulama mazhab Hanafi telah menbahagikan rukhsan mengikut kepada dua bahagian iaitu : i. Rukhsah Haqiqah ataupun Rukhsah Tarfihiah. Ianya dibahgikan kepada dua ceraian.

ii.

Rukhsah Majaziah ataupun Rukhsah Al-Isqad dan dibahagikan kepada dua ceraian.

i. Rukhsah Haqiqah Perkara yang berlawanan dengan perkara azimah yang kekal untuk beramal dengannya, kerana terdapat dalil-dalil yang mewajibkan berpegang dengannya, tetapi diberikan rukhsah untuk meninggalkannya sebagai keringanan kepada Mukallaf. Terdapat dua ceraian dalam rukhsah di atas, iaitu : i. Apa yang berubah dari segi hukum dan kekal sifatnya sepertimana asal. Iaitu haram melakukannya dengan perbuatan tetapi digugurkan dari segi hukumnya dan merupakan setinggi-tinggi martabat rukhsah. Contohnya, harus menuturkan kalimah kufur dalam keadaan hati yang masih utuh beriman dengan sebab paksaan, berpandukan firman Allah s.w.t : Begitu juga di dalam hadis Nabi s.a.w yang menyebut dua orang sahabat yang dipaksa untuk menuturkan kalimah kufur oleh Musailamatul Kazzab, salah seorang darinya telah menuturkan kalimah tersebut dan seorang lagi tetap untuk tidak menuturkannya lalu dibunuh. Nabi s.a.w bersabda : : Bagaimanapun Mazhab Hanafi mengutamakan pengambilan azimah daripada rukhsah dan sekiranya ia dibunuh kerana mengingkari paksaan tersebut, maka ia dianggap shahid kerana menunaikan hak Allah yang asal kerana asal dalam menuturkan kalimah kufur adalah haram. ii. Apa yang menggugurkan sesuatu keharaman dan keharusan untuk mengambilnya secara keseluruhan (dari segi hukum dan sifat). Syariat mengharuskan untuk meninggalkan sesuatu perkara wajib sekiranya terdapat masyaqqah (keberatan) dalam menunaikannya. Contohnya, harus untuk berbuka dalam bulan Ramadhan walaupun terdapat dalil wajib untuk melaksanakannya berpandukan firman Allah s.w.t : Namun kewajipan tersebut boleh dilewatkan kepad hari yang lain (qadha), sebagai satu keringanan dan kemudahan kepada mukallaf dengan sebab-sebab tertentu, seperti sakit dan pemusafiran berpandukan firman Allah s.w.t dalam ayat yang lain : Begitu juga harus untuk melakukan qasar dalam sembahyang fardu berpandukan firman Allah s.w.t:

Mazhab Hanafi bagaimanapun berpendapat, qasar solat dalam pemusafiran adalah azimah bukannya rukhsah, berdalilkan hadis yang diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a : ii. Rukhsah Majaziah Ulama Hanafiah membahagikannya kepada dua ceraiaan : i. Apa yang diberikan kepada ummah Nabi s.a.w sebagai satu rahmat dan kemuliaan dari hukum-hukum yang memberatkan yang telah diwajibkan ke atas umat yang terdahulu. Contohnya, dengan membunuh diri sebagai satu tebusan dosa, sebagaimana yang telah ditentukan kepada golongan Yahudi yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam firmannya : ......... ii. Akad-akad yang dikecualikan daripada qawaid Ammah (.) Contohnya akad Salam dan Istisna, yang diharuskan kerana hajat walaupun menyalahi kaedah qias yang asal. Ini kerana syariat mengharamkan jual beli barang yang tidak wujud tetapi dilonggarkan untuk menunaikan hajat manusia. Sabda Nabi s.a.w : 3. Khususiat Rukhsah Daripada pelbagai tarif yang telah dijelaskan oleh para ulama, maka khususiat rukhsah boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu : i. Merupakan hukum juzii yang bersifat khusus yang disyariatkan ke atas sesuatu hukum, seperti harus berbuka dengan sebab sakit dan musafir, harus memakan bangkai dalam keadaan darurat, menuturkan kalimah kufur dalam keadaan terpaksa dan lain-lain lagi. Ini kerana, ia hanya ditentukan kepada individu yang tertentu sahaja dan dalam sesuatu hukum yang tertentu sahaja sebagai pengecualian daripa hukum yang asal. ii. Merupakan hukum juzii yang khusus yang ditentukan dengan sebab keuzuran yang berat. Iaitu hukum yang tidak mampu dilakukan oleh mukallaf bukan dengan semata-mata hajat dan masyaqqah yang ringan. Berbuka pada bulan Ramadhan contohnya, disyariatkan dengan sebab masyaqqah yang berat iaitu sakit dan pemusafiran, memakan bangkai kerana sebab darurat, menuturkan kalimah kufur dengan sebab paksaan. Ini kerana tiada taklif dalam sesuatu paksaan disebabkan keberatan dan masyaqqah. iii. Merupakan hukum yang hanya ditentukan dalam sesuatu tempat yang dihajati sahaja. Ini bermaksud, sekiranya terdapat sebab-sebab untuk mengambil

rukhsah maka harus untuk menyalahi hukum asal yang bersifat kulli, dan sekiranya ternafi sebab tersebut, maka mestilah kembali berpegang kepada hukum yang asal. Contohnya, harus melakukan qasar pada sembahyang fardu dengan sebab musafir dan hukum tersebut akan kembali kepada hukum asal (sembahyang 4 rakaat) apabila ternafi sebab-sebab yang diharuskan. 4. Lafaz-lafaz lain yang mempunyai kaitan dengan rukhsah. Terdapat beberapa lafaz yang lain yang mempunyai pertalian dengan rukhsah, antaranya : i. At-Taisir : Sesuatu perkara yang mudah dan tidak memberatkan diri individu dan orang lain. Firman Allah s.w.t : : : Hadis Nabi s.a.w : ii. At-Takhfip : Mengangkat keberatan sesuatu hukum syara dengan cara Nasakh atau Tashil (permudahkan) ataupun dengan menghilangkan sebahagiannya. Takhfip adalah perkara yang lebih khusus daripada At-Taisir. iii. Raful Haraj : Setiap yang membawa kepada masyaqqah (kesukaran) tambahan kepada tubuh badan, nyawa ataupun harta benda pada ketika itu ataupun pada masa akan datang.