Anda di halaman 1dari 1

TANGGUNG JAWAB TERHADAP MASYARAKAT

1) Menghulurkan Bantuan

Masyarakat merupakan kelompok manusia yang selalu berada paling hampir di tempat
tinggal kita. Masyarakat juga merupakan kelompok manusia yang paling sesuai untuk
meminta pertolongan kecemasan ketika ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran,
kecurian, kemalangan dan kematian. 

Pertolongan seperti inilah yang kita selalunya perlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Kemuncak hubungan
masyarakat yang baik dapat membantu orang lain ketika diperlukan.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan diri sendiri seperti bergotong-royong membersihkan
kawasan perumahan, masjid, balai raya, membaiki rumah atau, ribut serta kebakaran
sememangnya dapat memupuk dan menyemai semangat kesatuan sesama manusia. Ini juga
merupakan salah satu bentuk saluran pertolongan yang boleh dilaksanakan dalam hidup
berkomuniti.

2) Menjaga Keharmonian

Semangat kerjasama, prihatin, dan kesatuan jiran merupakan salah satu cara untuk
mencegah segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
Jika setiap masyarakat bertanggungjawab untuk memainkan peranan dan mengambil inisiatif
untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib setiap kali mereka menyedari berlakunya
perkara-perkara ganjil dan meragukan seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak,
lari dari rumah, bohsia, bohjan dan sebagainya dapat dibendung dengan senang. 

Selain itu, semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan
bertolenrasi antara masyarakat. Kita hendaklah bertolak ansur, mengawal diri, sabar demi
mengelakkkan pertelingkahan serta perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup.

3) Menjaga Kebajikan

Komuniti yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama
lain sudah tentu dapat manjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat
setempat. Demi menjaga kebajikan bersama kita hendaklah menghindarkan daripada
menyakiti sesama sendiri. Setiap individu perlu menjaga dari segi perbuatan mahupun lisan
atau percakapan kerana percakapan yang kasar dapat menyakiti hati seseorang dengan
dalam sekali dan mereka akan ingat sampai bila-bila.

Perbuatan menyakiti hati orang lain yang harus menghindarkan adalah seperti mengumpat,
menghina, berdusta dan sebagainya. Setiap agama juga melarang pengikutnya untuk
menyebarkan keburukan tentang orang lain demi menjaga aib dan maruah individu tersebut.

4) Amalan Bertegur-sapa dan Kunjung mengunjung

Sikap amalan bertegur sapa sesama manusia merupakan salah satu titik permulaan
terjalinnya hubungan yang erat dan mesra dalam kalangan masyarakat. Menerusi amalan
bertegur sapa, hubungan boleh menjadi lebih erat dan apabila mereka saling bertukar-tukar
pandangan dan berkongsi pengalaman mereka sesama sendiri.

Amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap individu dan menjadi syarat utama dalam
membentuk hubungan akrab serta selesa hidup dalam berkomuniti. Dengan ini, ibubapa juga
berperanan untuk mengajar anak-anak mereka dari kecil mengenai betapa pentingnya
amalan ini.

Anda mungkin juga menyukai