Anda di halaman 1dari 1

Apresiasi Hasil Karya Si Cilik Ikan Koi

Karya ini ialah gabungan dua bidang, iaitu bidang menggambar Teknik catan dengan bidang membentuk
dan membuat binaan Teknik stabail.

Bahan utama karya ini adalah kadbod sebagai tapak arca, manakala gabungan penggulung tisu, kulit
telur dan kad busa sebagai arca ikan.

Ritma dan pergerakan: susunan manik pada dawai halus seakan-akan buih bergerak bersama-sama ikan
yang berenang di dalam air.

Garisan: Terdapat penggunaan garisan beralun pada lukisan dasar laut.

Warna: Penggunaan warna sejuk iaitu biru dan merah jambu pada setup masa menimbulkan suasana
dasar laut yang tenang.

Manakala warna hijau digunakan pada catan sebagai fokus utama dan penegasan.

Bentuk: Kesan ton warna yang cerah dan gelap serta penghasilan bayang dapat menimbulkan bentuk
ilusi pada hasil karya.

Imbangan Simetri : Kedudukan arca ikan yang dapat berpusing dengan seimbang pada paksinya.

Kontra: Kontra wujud pada karya dari segi penggunaan warna hijau pada rumpai laut.

Harmoni: Penggunaan warna sejuk pada latar belakang yang bergunung-ganang memberikan kesan
ketenangan dan harmoni pada karya.

Kepelbagaian: Karya catan di atas menunjukkan kepelbagaian dari segi penggunaan bentuk ilusi dan
rupa organik dan rupa geometri yang dipersembahkan dalam karya

Anda mungkin juga menyukai