Anda di halaman 1dari 2

Alam sekitar adalah milik manusia dan makhluk-makhluk lain.

Hal ini
demikian kerana alam sekitar telah memberikan banyak faedah kepada
kita dalam kehidupan seharian. Misalnya, sumber air dari laut dan sungai,
sumber makanan dari bintang liar yang tinggal di hutan dan udara yang
segar kepada kita semua. Perkara ini tentunya akan memberikan impak
kepada kita kerana dapat meneruskan kehidupan kita dengan sumber
yang terdapat dalam alam sekitar. Sesungguhnya, setiap pihak perlulah
bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dengan sebaik mungkin.

Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak untuk menhargai alam sekitar.


Hal ini demikian supaya alam sekitar di negara kita dapat dijamin dan
mereka akan menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan perbuatan
yang akan merosakkan alam sekitar. Contohnya, ibu bapa boleh
membawa anak-anak ke kempen kesedaran yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan supaya anak-anak dapat lebih memahami tentang kepentingan
alam sekitar kepada kita dan makhluk-makhluk lain. Perkara ini tentunya
akan memberi kesan positif kepada anak-anak kerana mereka akan
berusaha sedaya upaya untuk menjaga alam sekitar dengan baik.
Sekiranya ibu bapa dapat melaksanakan tugas mereka dengan berkesan,
maka pencemaran alam sekitar di negara kita dapat dikurangkan.

Di samping itu, pihak kerajaaan haruslah menganjurkan program yang


dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kebaikan alam sekitar
di negara kita. Hal ini demikian supaya masyarakat dapat lebih
mendalami ilmu pengetahuan tentang kebaikannya. Misalnya, pihak
kerajaan boleh menyampaikan maklumat tersebut dengan langkah yang
lebih ringkas dan menarik serta menggunakan bahasa Malaysia ketika
menyampaikan mesej tersebut. Perkara ini tentunya akan memberi impak
positif kepada masyarakat kerana mereka dapat memahami dan
mengetahui tentang kebaikannya dalam kehidupan mereka dan tidak
berasa bosan dan mengantuk ketika mendengar ucpaan daripada pihak
kerajaan. Tuntasnya, peranan pihak kerajaan amat usluh dalam memupuk
amalan penjagaan alam sekitar melalui program yang ditetapkan oleh
pihak kerajaan.

Seterusnya, pihak sekolah wajarlah mendidik para pelajar untuk


menjaga alam sekitar sejak bangku sekolah lagi. Hal ini demikian supaya
mereka tidak akan melakukan perbuatan yang negatif terhadap alam
sekitar dan mereka juga mudah menyerap ilmu pengetahuan tentang
faedah alam sekitar kepada pelajar. Contohnya, para pendidik boleh
mengajar mata pelajaran ibarat pendidikan Sivik, pendidikan Islam dan
pendidikan Moral di setiap kelas tentang kepentingan alam sekitar.
Perkara ini tentunya memberi kesan kepada pelajar kerana mereka akan
menjalankan tanggungjawab mereka dalam memelihara alam sekitar dan
meninggalkan perbuatan yang negatif. Sekiranya pihak sekolah
memainkan peranan mereka dengan berkesan, maka isu pencemaran alam
sekitar dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang pendek.

Bukan ini sahaja, media massa juga mestilah menyebarluaskan


maklumat tentang kepentingan amalan sekitar dalam media sosial kepada
masyarakat. Hal ini demikian supaya masyarakat dapat peka dengan
keadaan sekeliling yang melibatkan masalah alam sekitar dan akan
berusaha untuk memelihara alam sekitar. Misalnya, media massa boleh
memaparkan artikel yang menarik dan ringkas di media sosial. Perkara
ini tentunya akan memberi kesan kepada masyarakat mereka akan
menegur masyarakat yang melakukan perbuatan yang akan mencemarkan
alam sekitar. Konklusinya, tugas media massa sangat penting dalam
mengatasi pencemaran alam sekitar melalui menyebarluaskan berita
tentang kepentingan alam sekitar kepada masyarakat.

Akhir sekali, masyarakat perlulah menyemarakkan amalan menjaga


alam sekitar dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian supaya pihak
kerajaan tidak perlu membazirkan kos pembelanjaan dalam
melaksanakan program serta pencemaran alam sekitaran seperti
pencemaran air dan udara. Contohnya, masyarakat boleh tegur menegur
antara satu sama lain ketika melihat masyarakat lain tidak memelihara
alam sekitar ibarat membuang sampah sarap ke dalam sungai dan
pembakaran sampah secara terbuka. Perkara ini tentunya akan meberi
impak kepada masyarakat kerana kehidupan mereka menjadi tenang
akibat tiada sebarang pencemaran berlaku di sekitar kawasan itu.
Sekiranya maysarakat dapat melakukan tugas mereka deng berkesan,
maka pencemaran alam sekitar dapat dibanteraskan.

Kesimpulannya jelaslah bahawa terdapat pelbagai langkah yang boleh


dilaksanakaan bagi penjagaan alam sekitar di Malaysia. Oleh itu, semua
pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha menjaga
alam sekitar.Semoga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua
pihak, penjagaan alam sekitar dapat direalisasikan agar masyarakat dapat
hidup dalam keadaan harmoni. Kita percaya sekiranya segala usaha telah
dilaksanakan tanpa jemu sudah pasti pencemaran alam sekitar tidak akan
berlaku lagi.

(649 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai