Anda di halaman 1dari 58

BAB 1 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

1.1

PENGENALAN

Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting. Melalui pembacaan seseorang itu boleh menerokai alam ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhinya melalui pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Pembacaan membawa seseorang itu ke alam imaginasi, di luar daripada situasi kehidupan yang dilaluinya sehari-hari. Pembacaan juga boleh membuka dan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang. Oleh itu, kemahiran ini haruslah ditanamkan sedalam-dalamnya kepada murid-murid sejak awal-awal lagi supaya ianya boleh dipupuk dan disuburkan dengan sebaik-baiknya agar kemahiran membaca dapat dipertingkatkan lagi di kalangan murid-murid SJK(T).

Semenjak kebelakangan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia berasa bimbang di atas masalah murid dari sekolah rendah belajar ke sekolah menengah yang belum lagi dapat menguasai kemahiran asas bacaan. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Di antara projek yang

dijalankan sekarang ialah Kelas Intensif Awal Membaca dan Menulis ( KIA2M ) yang bagi murid murid Tahun 1 dan PROTIM bagi murid murid Tahun 6 yang masih lagi belum dapat menguasai kemahiran asas membaca. Manakala, bagi matapelajaran Bahasa Tamil pula program Marumalarchi dijalankan bagi mengatasi masalah dalam pembacaan.

1.2

LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Membaca bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks. Membaca mengabungkan beberapa kemahiran, iaitu kemahiran pengamatan penglihatan yang diskriminatif (untuk mengenal dan membezakan bentuk bentuk huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi bunyi itu untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan

lambang lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat (otak) untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya. Membaca memerlukan gabungan dua kemahiran, iaitu kemahiran kognitif dan mekanis dan sebelum seseorang itu belajar membaca dia mestilah mempunyai kemahiran kemahiran asas di dalam lisan.

Justeru itu, ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dengan harapan anak mereka dapat menguasai kemahiran 3M dan menunjukkkan prestasi yang meyakinkan dalam bidang akademik. Untuk merealisasikan harapan ini, setiap murid perlu mahir membaca tanpa melakukan kesalahan dari sebutan dan ejaan sewaktu menterjemahkannya dalam bentuk tulisan. Apabila murid-murid dapat menguasai kemahiran ini, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi mudah dan peningkatan prestasi dalam Bahasa Tamil dapat dilihat dengan jelas.

Keputusan Bahasa Tamil, Penilaian Kendalian Sekolah Rendah I (PKSR I) yang telah berlangsung pada bulan Mei 2010 menampakkan murid murid Tahun 4 Valluvar 2010 mencapai 20.8 % sahaja iaitu 5 orang murid sahaja lulus dalam Bahasa Tamil penulisan. Markah yang diperolehi oleh 5 orang murid yang lulus ialah dalam lingkungan 40 hingga 50 sahaja. Tinjauan literatur telah menunjukkan bahawa pembacaan mempunyai kaitan yang rapat dengan penulisan. Murid murid yang membaca dengan fasih dengan sebutan dan intonasi yang betul kurang membuat kesalahan ejaan. Namun, selepas membuat analisis, didapati ramai murid tidak dapat menulis bunyi vokal ogaram garam
( ( ) ). ( ),

garam

dan egaram
(

( ),

),

Mereka berasa keliru diantara bunyi ogaram


( ), ),

garam

dan egaram
(

garam
(

( )

dan menyebabkan mereka


( ),

menggunakan ogaram
( )

garam

dan egaram

garam

di tempat yang salah. Justeru pengkaji membuat keputusan untuk 3

menjalankan kajian berkaitan kemahiran menulis dengan sebutan yang Rangkuman kajian terbatas kepada bunyi ogaram egaram (
), ( ),

betul.
)

garam (

dan

garam (

sahaja.

Selain daripada itu, keputusan ujian ejaan juga menunjukkan hampir 80 % murid tidak dapat lulus. Ini juga disebabkan masalah pengeliruan antara vokal bunyi ogaram (
), garam ( )

dan egaram (

), garam (

).

Pada umumnya, murid-murid sekolah Tamil akan diajar tulisan Tamil yang merangkumi 12 huruf vokal
( ) ( ),

18 huruf konsanan
( ).

dan satu huruf khas, iaitu aayutham

Bunyi-bunyi vokal dan konsonan saling bergabung untuk membentuk 216 gugusan huruf, menjadikannya sejumlah 247 huruf. Murid-murid sekolah rendah, perlu menguasai kesemua huruf ini.

terutamanya murid-murid Tahap Satu

Kegagalan menguasai atau mengenali huruf-huruf ini akan menjejaskan prestasi akademik dan minat terhadap pelajaran.

Murid-murid sekolah Tamil belajar mata pelajaran Bahasa Tamil dari Tahun 1 lagi dan ada juga murid yang telah mengenalinya di pra sekolah lagi. Oleh itu, 4 penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Tamil sepatutnya berada di tahap yang cemerlang ataupun baik.

Namun, setelah 4 tahun berada di bangku sekolah penguasaan penulisan tanpa kesalahan ejaan bunyi ogaram
( ), ( ),

garam

dan egaram

garam

murid-murid Tahun 4 Valluvar di SJK(T) Tun

Sambanthan, Sungai Petani, masih berada di tahap yang kurang memuaskan . Murid-murid dari kelas ini,masih menghadapi masalah dalam menggunakan bunyi ogaram
( ),

garam

dan egaram

),

garam

dengan betul.

Mengikut guru Bahasa Tamil kelas tersebut, hampir 50% daripada murid kelas tersebut telah kenal 247 huruf Tamil. Namun, mereka masih melakukan kesalahan dalam menulis huruf berbunyi ogaram egaram (
), ( ),

garam

dan

garam (

).

Kesalahan dalam ejaan akan membawa kepada makna yang berbeza. Ini akan menyebabkan murid-murid menyalah tafsir soalan atau teks dan seterusnya membawa kepada kepincangan dalam tahap pemahaman murid. Ini membawa impak yang besar kepada prestasi Bahasa Tamil kelas tersebut. 5 Sekiranya tindakan awal tidak dilakukan murid-murid akan menghadapi masalah dalam penulisan apabila menghadapi peperiksaan UPSR kelak.

Masalah ini disebabkan guru terpaksa memastikan kemahiran yang perlu diajar pada tahun itu disampaikan pada murid. Kekangan ini menyebabkan guru terpaksa mengejar masa dalam menyampaikan kemahiran-kemahiran yang telah ditentukan. Perkara ini memberi kesan kepada murid kerana guru tidak dapat menjalankan kemahiran menulis secara keseluruhannya.

Sikap murid-murid juga menjadi faktor Murid-murid tidak begitu

utama dalam masalah ini.

mengambil berat terhadap kesalahan yang dilakukan

dalam ejaan di mana mereka terus membaca tanpa menghiraukan kesalahan yang mereka lakukan. Kekangan masa dan penekanan yang tidak begitu kukuh menyebabkan murid terus melakukan kesalahan. Kesalahan yang berterusan menyebabkan mereka menganggap apa yang ditulis oleh mereka itu betul.

Selain daripada itu, kekurangan sikap membaca di kalangan murid juga merupakan antara faktor yang menjurus ke arah masalah ini. Pembacaan yang kerap boleh membuka dan memperluaskan pemikiran dan pengetahuan seseorang dalam pelbagai bidang. 6 Justeru, kekurangan yang ada pada murid ini boleh diselesaikan dengan mengadakan latih tubi dan ujian ejaan yang banyak dan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid secara spontan.

1.2

SOALAN KAJIAN

Soalan kajian adalah sangat

penting bagi sesuatu penyelidikan. Secara

umumnya kajian ini akan membantu menilai tahap penguasaan vokal pendek dan vokal panjang. Namun, pengkaji akan membuat kajian khusus dalam huruf konsonan berbunyi ogaram
( ) ( ),

garam

dan egaram

),

garam

di mana murid akan dinilai penguasaan thunai elzhuthu dalam bacaan.

Berikut adalah soalan soalan yang bakal membantu penyelidikan. 1. Adakah terdapat perbezaan skor yang signifikan antara ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan? 2. Sejauh manakah kekerapan latih tubi dapat mengurangkan kesilapan membaca perkataan menggunakan huruf konsonan ogaram
( ) ( ),

garam

dan egaram (

), garam (

).

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini bermatlamat untuk menilai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan ejaan yang betul konsanan

yang berbunyi ogaram


( )

),

garam

dan egaram

),

garam

di kalangan murid-murid Tahun 4 Valluvar, Sekolah Jenis Kebangsaan

(Tamil) Tun Sambanthan, Sungai Petani.

1.3.1 Objektif Umum Membantu murid-murid Tahun 4 Valluvar, meningkatkan kemahiran

menulis dengan menggunakan ejaan yang betul khasnya huruf konsonan berbunyi ogaram
( ). ( ),

garam (

dan egaram

),

garam

1.3.2 Objektif Khusus Membuktikan kaedah latih tubi dan kekerapan latihan bacaan dapat mengurangkan kesilapan dalam sebutan dan ejaan (penulisan).
y

Membuktikan pembetulan kesilapan menulis huruf konsonan ogaram


( ),

garam

dan egaram

),

garam

dapat

meningkatkan prestasi pencapaian dalam penulisan Bahasa Tamil. 8 Membuktikan bahawa sikap membaca dapat menangani masalah kekeliruan dalam menulis huruf konsonan ogaram egaram (
y
), ( ),

garam

dan

garam (

).

Membuktikan bahawa sikap dan minat murid untuk memperbaiki kelemahan dapat mengatasi masalah kesalahan ejaan yang melibatkan huruf konsonan ogaram (
), garam ( )

dan egaram (

), garam (

).

1.4

BATASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan ke atas murid-murid Tahun 4 Valluvar di SJK (T) Tun Sambanthan, Sungai Petani. Seramai 30 orang murid dari kelas ini telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini hanya melibatkan perkataan yang menggunakan bunyi atau sebutan ogaram garam (
). ( ),

garam

dan egaram

),

Kajian ke atas murid-murid ini telah membantu faktor

mengenalpasti

faktor-

yang menyebabkan kesalahan ejaan dan sebutan dalam aspek tersebut. untuk meningkatkan

Tindakan secara berperingkat-peringkat telah diambil

kemahiran sampel kajian membaca, menyebut serta menulis huruf konsonan 9

berbunyi ogaram
( )

),

garam

dan egaram

),

garam

dengan betul.

Justeru itu, pengkaji telah membuat sedikit perubahan terhadap batasan kajian iaitu mengambil skop yang khusus. Batasan kajian yang ditetapkan ialah bunyi atau

sebutan ogaram
( ).

),

garam

dan egaram

),

garam

Kesilapan-kesilapan tatabahasa yang lain telah diabaikan.

ogaram (

egaram (

garam (

garam (

Jadual 1.1 : Huruf-huruf serta gabungan suku kata suku kata vokal pendek dan vokal panjang ogaram (
), garam ( ( ) )

dan egaram (

),

garam

10

1.5

DEFINISI / ISTILAH

Beberapa istilah diberi penerangan supaya pembaca dapat memahami matlamat pengkaji.

1. Kesalahan sebutan

Bacaan dalam Bahasa Tamil yang tidak mengikut ejaan dan bunyi yang betul

2. Ogaram 3. garam 4. Egaram 5. garam 6. Latih tubi

Huruf konsonan yang mempunyai bunyi o pendek Huruf konsonan yang mempunyai bunyi o panjang Huruf konsonan yang mempunyai bunyi e pendek Huruf konsonan yang mempunyai bunyi o panjang Latihan secara berulang-ulang

1.6

KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan kepada orang yang ada kaitan

dengan bidang pendidikan terutamanya guru-guru sekolah. Ini kerana guru guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang sentiasa menyumbang idea-idea baru untuk membaiki kelemahan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di kelas. 11 Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat dan digunakan sebagai alat bantuan kemahiran bacaan dan membaiki kelemahan bacaan terutamanya dalam kalangan murid pemulihan. Kaedah-kaedah baru boleh diperoleh untuk

meningkatkan tahap bacaan murid.

Kajian ini

juga amat penting untuk guru - guru Bahasa Tamil

dan

ketua-ketua panitia Bahasa Tamil di sekolah.

Kaedah-kaedah yang terkandung

dalam kajian ini boleh digunakan untuk disebarkan kepada guru -guru lain semasa mengendalikan kursus dalaman di peringkat sekolah.

Selain

guru-guru di sekolah,

guru-guru pelatih yang berada di maktab

perguruan juga boleh menggunakan kaedah- kaedah yang terdapat dalam kajian ini sebagai panduan untuk mereka menangani murid-murid yang menghadapi masalah dalam bacaan. Mereka dapat mengaplikasikan kaedah -kaedah ini semasa

menjalankan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

12

1.7

RUMUSAN

Para pembaca bab ini akan mendapat gambaran yang jelas berkaitan dengan kajian ini. Latar belakang kajian menerangkan tujuan pengkaji menjalankan kajian

tentang kesalahan dalam sebutan semasa membaca dan menulis dalam Bahasa Tamil oleh murid-murid Tahun 4 Valluvar, SJK(T) Tun Sambanthan, Sungai Petani. Seterusnya penyataan masalah pula menerangkan kesalahan sebutan dan ejaan

dalam kalangan murid murid tahun 4 Valluvar dan kesannya ke atas prestasi bahasa Tamil murid murid berkenaan.

Selain itu, bab ini juga mengandungi matlamat kajian yang menampakkan objektif umum dan khusus yang akan dicapai melalui kajian ini. Batasan kajian juga ditentukan iaitu hanya berfokuskan kepada kesalahan dalam perkataan yang mempunyai bunyi ogaram (
( ). ),

garam (

dan egaram (

),

garam

Kesilapan-kesilapan sebutan yang lain telah diabaikan.

Di samping itu, dalam bab ini juga dibincangkan kepentingan kajian dimana ia menerangkan dengan jelas kebaikan yang bakal diperolehi oleh pihak-pihak tertentu.

13 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1

PENGENALAN

Membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah. Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran bahasa. Dalam kemahiran bahasa di sekolah, penekanan kepada kemahiran tertentu telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran ke arah melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam berbahasa (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd Baharin, 2007). Begitu juga dengan kemahiran membaca yang perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001:14). Kemahiran membaca membolehkan murid-murid memahami perkara yang dibaca.

14

2.2

LITERATUR BERKAITAN

Sejarah membuktikan dengan ketinggian budaya ilmu, sesuatu bangsa dapat mempengaruhi negara dan bangsa lain yang lebih besar dan kuat. Pengaruh ilmu

Yunani sebagai contoh masih jelas kelihatan dalam pelbagai bidang sehingga ia masih dipelajari di pusat pengajian tinggi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula adalah aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga membunyikan huruf-huruf yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yang tertulis.

Klien, (dalam Farida Rahim, 2005:3) menyatakan definisi membaca mencakupi tiga perkara. Pertama, membaca merupakan suatu proses di mana informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Kedua, membaca adalah strategi. 15 Pembaca yang efektif menggunakan pelbagai strategi membaca yang sesuai dengan teks dan konteks dalam rangka mengkonstruk makna ketika membaca. Strategi bervariasi ini sesuai dengan jenis teks dan tujuan membaca. Manakala perkara ketiga yang dinyatakan ialah, membaca merupakan interaktif. Penglibatan pembaca dengan teks bergantung pada konteks. Seseorang yang dapat membaca suatu teks yang bermanfaat, akan menemui beberapa tujuan yang ingin dicapainya. Teks yang dibaca

oleh seseorang itu harus mudah difahami (readable) sehingga terjadinya interaksi antara pembaca dan teks.

Sebutan pula merujuk kepada bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh alat-alat sebutan iaitu bibir, gigi, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, lidah, rongga tekak, rongga mulut, rongga hidung, paru-paru, peti suara dan pita suara. Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Manakala vokal-vokal Tamil bergelar uyir elzhuthu

(uyir nyawa, elzhutu huruf). Vokal-vokal ini dikelaskan kepada vokal pendek (kuril) dan panjang (nedil) (lima bunyi vokal bagi setiap kelas) serta dua diftong /ai/ dan /au/. Jangka masa sebutan vokal panjang kira-kira dua kali ganda kepanjangan berbanding vokal pendek. Diftong pula biasanya disebut kira-kira 1.5 kali panjang berbanding vokal pendek, meskipun kebanyakan buku tatabahasa mengelaskan huruf-huruf ini bersama vokal panjang.

16

Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

Kemahiran membaca juga amat penting dalam semua aspek dan salah satunya adalah aspek komunikasi. Membaca merupakan satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dan penulis. Penulis mempunyai objektif dalam penulisan yang mereka hasilkan iaitu menyampaikan apa juga bentuk mesej sama ada berbentuk ilmiah ataupun hiburan semata- mata. Sekiranya kemahiran membaca seseorang individu itu lemah, maka mesej yang hendak disampaikan oleh penulis itu sukar difahami oleh pembaca. Selain itu, kemahiran membaca juga penting dalam mencari dan mendapatkan pelbagai bentuk maklumat dan ilmu pengetahuan. Sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan maklumat, kemahiran membaca perlulah tinggi untuk memastikan maklumat yang dikehendaki mudah diperoleh. Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), seseorang itu membaca untuk menemukan atau mengetahui penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh penulis. Membaca seperti ini disebut membaca untuk memperoleh perincian-perincian atau

fakta- fakta (reading for details or facts). 17

Untuk membaca bahasa, kanak-kanak perlu memiliki kemahiran mendekod iaitu membatang dan membunyikan suku kata. Sekiranya kemahiran mendekod tidak dikuasai dengan baik, kanak-kanak tidak dapat memanfaatkan perbendaharaan lisan yang dikuasai untuk membantunya membaca perkataan yang tidak dikenali. Ini menjelaskan kenapa murid tidak boleh menyebut perkataan yang mudah walaupun sudah menguasainya dalam bahasa lisan (Schickedanz, 1982).

Space dan Spache (1986) mendefinisikan bacaan sebagai satu proses yang melibatkan beberapa peringkat . Menurut beliau, proses tersebut bermula dengan pelaksanaan mengenali huruf-huruf diikuti dengan mengecam sejumlah perkataan sehingga membolehkan sesorang memulakan perlakuan membaca, mengingati semula apa yang telah dibaca membuat interpretasi dan membuat penilaian terhadap teks bacaan. Vetch (1978) mengaitkan bacaan sebagai satu aktiviti melihat ayat dan perkataan mengikut urutan bagi memperoleh makna. (Wiener dan Cromer,1967).

Jamaliah (1990) pula mengatakan bahawa membaca dikaitkan dengan proses membuat tafsiran bermakna terhadap bahan-bahan bercetak atau bertulis sementara sebahagian lagi mengaitkan bacaan dengan proses membuat tafsiran bermakna terhadap bahan-bahan bercetak atau bertulis sementara sebahagian lagi mengaitkan bacaan dengan proses pengkodan rakaman dari teks kepada bentuk lisan . 18

Proses membaca juga mempunyai perbezaan dari segi penekanan . Ianya berkaitan dengan proses pengecaman iaitu membaca perkataan secara lisan daripada perkataan perkataan yang bercetak dan juga kefahaman dalam memahami teks yang dibacanya.

Mengikut Safiah Osman(1992), Pembacaan adalah satu aktiviti yang penting dalam kehidupan harian manusia. Aktiviti ini banyak memberi manfaat.Melalui aktiviti ini, seseorang itu bukan sahaja dapat menimba ilmu, memperluas pandangan dan pengalaman, mengisi masa lapang dan terhibur, bahkan keupayaan berfikir juga dapat dipertingkatkan.

Menurut Koh(1981), pembacaan ialah satu daripada kemahiran asas yang sangat penting dalam penguasaan bahasa. Seseorang pelajar yang tidak dapat membaca dengan berkesan akan sukar mengikuti dan menguasai mata pelajaran yang diajar oleh guru.

Banyak hasil penyelidikan tentang kemahiran asas bacaan telah menunjukkan bahawa kelemahan menguasai kemahiran membaca akan meninggalkan kesan yang buruk terhadap pelajar termasuk pencapaian yang rendah, minat yang kurang terhadap pelajaran,keyakinan diri yang rendah dan sebagainya(Koh 1981). 19 Pencapaian dalam bacaan mempunyai hubungan yang rapat dengan pencapaian akademik. Tanpa kemahiran membaca dan menulis, usaha mempelajari mata pelajaran yang lain akan terjejas (Ghazali Othman,1980).

Kajian Cheng Hanjie (Cheng 1987) telah menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang baik, 94% adalah pelajar yang berkemahiran

membaca yang baik dan memuaskan. Manakala pelajar yang lemah dalam kemahiran membaca biasanya mempunyai pencapaian akademik yang lemah.

Kebolehan membaca memerlukan beberapa kemahiran bacaan awal, (Smethurst,1975). Kemahiran-kemahiran tersebut adalah seperti menamakan huruf, mengaitkan bunyi percakapan dengan bunyi huruf, menggabungkan bunyi-bunyi tertentu untuk membentuk perkataan yang ringkas. Kesediaan membaca yang perlu diberi perhatian bagi memperoleh kemahiran di atas adalah berkaitan dengan:-

i. ii. iii. iv. v.

perkembangan visual dari kiri ke kanan mengenalpasti objek yang sama dan berbeza boleh membezakan huruf berbunyi panjang dan pendek menentukan kedudukan sesuatu huruf (betul atau terbalik) menyusun gambar atau carta mengikut turutan

20 Laporan Kualiti Hidup Malaysia ( 2002 ) menunjukkan bahawa tahap membaca dalam kalangan murid khususnya dan masyarakat amnya agak membimbangkan. Mengikut kadar literasi ( 2002 ) sebanyak 93.8 % rakyat Malaysia membaca secara purata hanya 2 buah buku setahun. Pada tahun 1996 kanak-kanak yang berumur 5 6 tahun hanya 52 % boleh membaca. Di peringkat sekolah rendah murid dalam lingkungan umur 7 9 tahun sebanyak 96 % boleh membaca dan 73 % mengamalkan tabiat membaca. Kumpulan murid dalam lingkungan umur 10 tahun ke

atas, sebanyak 93 % boleh membaca dan hanya 87 % mengamalkan tabiat membaca dalam kehidupan seharian mereka.

Proses membaca juga merupakan proses dua hala . Hala pertama adalah otak (ingatan) mendapat makna atau pengetahuan daripada teks dan hala keduanya adalah pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan jangka panjang yang akan dipancarkan kepada teks untuk diperincikan dan diperkaya pentaksirannya. Dengan kata lain ingatan jangka pendek akan memproses dan mencuba memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis menerusi hasil penulisannya. Kemudian maklumat yang telah ditafsir dan diuji dan diintegrasikan dengan maklumat yang sedia ada dalam ingatan jangka panjang membaca. (Mangatar Simanjuntak, 1985)

Proses membaca merupakan proses pengintegrasian idea di antara yang ada pada teks dengan yang ada pada pembaca. Beliau seterusnya mengganggap 21 membaca itu sebagai satu proses yang aktif dan bersungguh-sungguh untuk mencari dan menentukan erti. Pencarian dan penentuan erti yang ada dalam otaknya kepada terus yang dibaca dengan pertolongan tiga jenis sistem saran tanda saran grafen atau bunyi , sistem taksir dan system konteks. (Mangatar Simanjuntak, 1985) .

Membaca digambarkan sebagai proses membaca antara pembaca dan bahan yang dibaca. Pembaca memindahkan maklumat yang ada pada mereka dan maklumat

dari teks yang dibaca bagi memberi makna. Pembaca bermasalah bergantung kepada kekuatan dan kebolehan mereka untuk membina makna(Walker,1988)

Selain itu, kajian lain berkaitan dengan pengajaran membaca, Steinberg (1982) menyatakan .. kerana tulisan melibatkan kemahiran motor yang memerlukan kordinasi tangan yang tepat yang tidak dimiliki oleh kanak-kanak maka lebih baiklah pengajaran menulis ditangguhkan kepada masa terkemudian apabila kanak-kanak telah menjadi pembaca fasih (Steinberg, 1982, Hal : 7).

Selain daripada itu, kaedah pengajaran yang kurang sesuai dengan kemampuan murid yang pelbagai akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berakhir dengan kegagalan. Menurut Marzukhi (1994), pengajaran Bahasa Malaysia yang diajar di sekolah-sekolah secara umumnya diajar secara 22 ad hoc oleh guru-guru mengikut kaedah membaca masing-masing yang dirasakan sesuai oleh mereka.

Kaedah membaca ada perkaitan dengan kebolehan belajar membaca .Setiap murid berbeza dan unik menjadikan tiada kaedah khusus untuk semua murid (Ishak,1980). Kaedah yang biasa digunakan ialah:

2.2.1 Kaedah abjad Kaedah abjad akan melalui beberapa peringkat sebelum boleh membaca. Mula- mula murid diperkenalkan dengan huruf-huruf diikuti suku kata yang

ringkas. Guru akan mengajar murid mengeja perkataan sebelum mengajar membaca.

2.2.2 Kaedah fonik Dalam kaedah fonik, murid diajar untuk melihat hubungan antara lambang huruf dan membunyikannya. Murid-murid tidak diajar tentang nama-nama huruf tetapi lambang huruf dikaitkan dengan bunyinya. Kemudian, suku kata dibina untuk mengetahui hubungan di antara lambang huruf dan bunyinya. Selepas itu, murid-murid diajar dengan gabungan suku kata yang membentuk perkataan.

Murid-murid akan diajar menghafal bunyi-bunyi yang biasanya tidak bermakna. 23

2.2.3 Kaedah pandang sebut.

Perkataan perkataan diiringi dengan gambar-gambar yang diwakilinya. Contohnya : kodi (


)

- bendera

Kad-kad bergambar digunakan untuk membantu mengenali bunyi sesuatu perkataan. Dalam kaedah ini mereka boleh membaca ayat kemudian barulah diajar mengeja huruf-huruf dan mengenalinya.

2.2.4 Kefahaman Kefahaman ialah kebolehan memahami apa yang dibaca

sepenuhnya(Khadijah Rohani, 1987). Matlamat utama bacaan ialah untuk mamahami komunikasi yang wujud di antara pengarang dan pembaca (Crawely and Meritt, 1996). Matlamat utama dalam perlakuan membaca semua peringkat umur ialah hubungan rapat antara pengecaman perkataan dan pengetahuan luas dalam kosa kata (Bag Ford, 1975)

Marohaini(1989), pula mengatakan keupayaan mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca adalah kefahaman.Ia juga merupakan satu proses bermakna serta merangkumi proses mental yang kompleks seperti 24

mengecam pekataan, memilih makna yang sesuai, menghubungkaitkan idea-idea dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Proses aktif ini melibatkan pembinaan makna antara bahagian dalam sesuatu teks dan antara teks dengan pengalaman individu. Kefahaman membaca dan pengekalan makna ditingkatkan melalui strategi-strategi bagi menghubung kaitkan teks dengan pengetahuan peribadi dan pengalaman mereka (Mc Neil, 1984).

Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama (Fitzgerald &Stanahan, 2000).

Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan. (Jabatan Pendidikan Khas KPM).

25 Ejaan dan rencana adalah dua kemahiran yang saling berkaitan. Kemahiran ejaan dan rencana diperolehi melalui kemahiran membaca sama ada secara mekanis ataupun penaakulan. Perkataan yang dipilih untuk pembelajaran ejaan boleh diambil daripada buku teks, buku kerja, kad ejaan, lembaran kerja dan yang berkaitan dengan kemahiran bacaan dan kefahaman. Aktiviti ejaan dan rencana ini dapat membantu kanak-kanak meningkatkan dan menghafalkan bunyi perkataan. Di samping kemahiran mengaitkan bunyi perkataan dengan perkataan lain juga mengukuhkan kemahiran membaca. (Kaedah P1 BM Raminah Hj Sabran, Rahim Syam)

2.3

RUMUSAN

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang telah dikemukakan

berkaitan

perlakuan membaca bolehlah dirumuskan bahawa masalah membaca merupakan satu masalah yang kompleks . Masalah ini juga mempunyai kaitan dengan pelbagai sebab yang perlu dikaji dan dipertimbangkan dengan teliti kerana masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembacaan adalah berbeza di antara seorang murid dengan murid yang lain. Oleh itu, masalah tidak boleh membaca juga boleh dikatakan berpunca daripada pelbagai sebab yang perlu diselidiki dengan lebih mendalam.

26

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1

PENGENALAN

Dalam bahagian ini, pelbagai maklumat berkaitan dengan kajian telah dijelaskan secara lebin mendalam lagi. Ia merangkumi reka bentuk penyelidikan di mana pengkaji menjelaskan secara terperinci kaedah -kaedah yang telah digunakan

untuk mencapai objektif kajian. Ujian bacaan, pemerhatian dalam bilik darjah, beberapa sesi temubual yang tidak berstruktur telah dilakukan untuk mendapatkan data yang berkaitan.

Populasi dan sampel kajian pula mengenalpasti ciri-ciri subjek kajian yang dipilih. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid tahun 4. Subjek kajian telah dibahagi kepada dua kategori iaitu kumpulan rawatan dan kawalan untuk melihat keberkesanan kajian ini.

Seterusnya, instrumen-instrumen yang telah digunakan dalam kajian diperjelaskan secara terperinci. Instrumen kajian telah dibina berdasarkan objektif 27 kajian sebelum kajian sebenar dilakukan. Instrumen kajian telah digunakan untuk mengukur ketepatan data yang ingin dikumpulkan.

Kajian Rintis pula menjelaskan kesahan dan keboleh percayaan alat kajian. Ia menjelaskan tentang alat kajian yang digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan alat kajian dan ketepatan pemilihan instrumen kajian. .

Dalam bab ini juga, diterangkan prosedur pengumpulan data. Pengutipan data dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu persampelan kajian kualitatif dan

kaedah mengumpul data di mana murid-murid sekolah sendiri digunakan sebagai subjek kajian.

Maklumat seterusnya yang terdapat dalam bab ini ialah, cara penganalisisan data. Penganalisisan data ditunjukkan dalam bentuk jadual. Perbezaan dari segi pencapaian di antara ujian pra dan ujian pos akan diterangkan dengan jelas.

28

3.2

REKABENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu rangka kerja untuk mendapatkan satu kesimpulan atau jawapan terhadap persoalan (Yin, 1994). Pengkaji telah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu suatu pendekatan yang berusaha

memahami situasi dalam keadaannya sendiri. Matlamat asas penyelidikan kualitatif adalah untuk mendedahkan dan memberi gambaran yang jelas mengenai kepentingan sesuatu benda kepada manusia John(1999).

Kaedah pengumpulan data yang

dipilih oleh pengkaji ialah Kajian Secara

Eksperimen di mana terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan sengaja dimanipulasikan manakala kumpulan rawatan akan diberi rawatan. Kumpulan kawalan tidak diberi perhatian khusus seperti kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan ini menjalani pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Ujian pra dan ujian pos sahaja telah dijalankan untuk kumpulan kawalan ini.

Data awal bagi kumpulan rawatan telah dikumpul melalui pemerhatian sewaktu berlakunya pengajaran dan juga melalui aktiviti latih tubi. Beberapa sesi temubual yang tidak berstruktur telah dilakukan untuk mendapatkan data. 29 Data ini berkaitan dengan pengamatan guru terhadap murid-murid yang menghadapi masalah tidak boleh membaca dengan sebutan yang betul.

Kajian ini telah dijalankan melalui aktiviti latih tubi dan temubual dengan sampel kajian. Guru Bahasa Tamil kelas tersebut telah membantu pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Murid-murid ini telah diberi ujian pra untuk menilai jumlah kesalahan yang dilakukan dalam sebutan sewaktu membaca dan menulisnya. Fokus pengkaji
(

adalah pada perkataan-perkataan yang mengandungi bunyi ogaram


)

), garam (

dan egaram (

), garam (

sahaja.

Kemudian murid-murid ini telah diberi latihan bacaan secara berperingkatperingkat selepas ujian pra. Bahan bacaan ini mengandungi perkataan, frasa dan ayat. Kesemua bahan bacaan mengandungi bunyi ogaram dan egaram
( ), ( ),

garam

garam

).

Sewaktu aktiviti latih tubi dilakukan

pengkaji atau guru Bahasa Tamil telah membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka secara spontan. Kaedah ini telah menampakkan perubahan pada murid kerana mereka lebih berhati-hati sewaktu membaca sesuatu ayat. Sikap lebih berhatihati ini juga telah ditunjukkan sewaktu latihan penulisan.

30 Kajian ini telah dijalankan untuk jangka masa dua bulan. Aktiviti latih tubi telah dijalankan pada waktu pengajaran Bahasa Tamil dengan bantuan guru Bahasa Tamil kelas tersebut. Analisis hasil ujian telah ditunjukkan dalam bentuk data bagi melihat kemajuan sampel kajian.

3.3

POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid Tahun 4 Valluvar dari SJK(T) Tun Sambanthan, Sungai Petani, Kedah. 30 orang murid dari kelas 4 Barathiar telah dijadikan kumpulan kawalan bagi menilai perkembangan sampel kajian.

Sampel kajian terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan. Kumpulan kawalan pula terdiri daripad 14 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan. Kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan mempunyai ciriciri persamaan dari segi tempat tinggal, latar belakang keluarga dan prestasi akademik. Ciri-ciri persamaan ini amat penting untuk membezakan hasil dapatan kajian.

31

3.4.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian telah dibina berdasarkan objektif kajian sebelum kajian sebenar dilakukan. Pembinaan instrumen kajian perlu untuk mengukur ketepatan data yang ingin dikumpulkan. Oleh yang demikian, satu set ujian seperti dibawah telah disediakan mengikut kesesuaian subjek ujian. Set ujian ini mengandungi ayat yang mempunyai perkataan bunyi ogaram
( ), ( ),

garam (

dan egaram

garam

).

Perkataan dan ayat-ayat yang diberi telah diambil

daripada buku teks Tahun 4 untuk menilai sebutan dan tulisan yang betul ejaannya dalam Bahasa Tamil sampel kajian.

3.4.1 Soal selidik

Pengkaji telah menyediakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat dari responden. Sebelum mengedarkan borang soal selidik, pengkaji telah menjelaskan cara menjawab soalan soal selidik. Borang soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian. Dalam bahagian A terdapat biodata responden. Bahagian ini terdiri daripada latar belakang responden seperti jantina responden dan latar belakang keluarga responden. Bahagian B pula terdiri daripada faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kekeliruan dalam membaca dan menulis huruf yang mengandungi perkataan bunyi ogaram (
), garam ( )

dan egaram 32

),

garam (

).

Bahagian ini terdiri daripada tiga konstruk faktor yang

mempengaruhi iaitu faktor minat dan kekerapan membaca, faktor ibu bapa dan faktor kaedah pengajaran guru. Manakala, bahagian C pula berkaitan markah pencapaian dalam ujian ejaan.

Jenis soalan di dalam penyelidikan ini telah menggunakan Skala Likert yang memerlukan jawapan mengikut skala yang ditentukan seperti di bawah: 1 2 3 4 5 = = = = = Sangat Tidak Setuju (STS) Tidak Bersetuju (TS) Kurang Bersetuju (KS) Bersetuju (B) Sangat Bersetuju (SB)

3.4.2 Pemerhatian Pengkaji juga telah membuat pemerhatian sikap dan tingkah laku responden sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di kelas. Selain daripada itu, pengkaji juga telah menemubual responden berkaitan pembelajaran mereka.

33

3.5

KAJIAN RINTIS

Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan . Ia bertujuan untuk memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar ke atas subjek kajian dilakukan. Oleh itu,murid-murid dari Tahun 4 Sarathamani yang terdiri daripada kumpulan umur yang sama dari sekolah yang sama telah dipilih untuk kajian rintis ini.

Kejelasan dari segi item-item, arahan dan susun atur soal selidik telah diuji. Didapati instrumen ini amat sesuai untuk dijadikan alat kajian.

3.6

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu persampelan kajian kualitatif dan kaedah mengumpul data. Dalam kajian ini, persampelan mudah telah digunakan di mana murid-murid sekolah sendiri digunakan sebagai sampel kajian.

34 Pengumpulan data telah dilakukan dalam tiga jenis strategi pengutipan. Ianya adalah seperti berikut:-

i.

Data yang didapati daripada dokumen.

Data dari dokumen ialah peratus markah yang diperoleh oleh sampel kajian. Markah Penulisan dan ejaan Bahasa Tamil PKSR 1(2010) telah digunakan untuk menilai tahap penguasaan Bahasa Tamil.

ii.

Data yang didapati daripada soal selidik

Data-data juga telah dikumpulkan dengan memberi borang soal selidik kepada responden. Soalan-soalan soal selidik merangkumi latar belakang responden, latar belakang keluarga responden dan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kekeliruan dalam membaca dan menulis huruf
( ),

yang mengandungi perkataan bunyi ogaram

garam (

dan egaram

),

garam

).

Data yang diperoleh dikumpul

untuk menilai responden.

35

iii.

Data yang didapati daripada pemerhatian

Data pemerhatian pula dianalisis berdasarkan perlakuan responden dari permulaan guru memasuki kelas sehingga guru itu menamatkan pengajaran dan pembelajaran beliau. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan pemerhatian berkaitan tingkah laku pembelajaran responden.

3.7

CARA PENGANALISAN DATA

Data-data pemerhatian dan keputusan soal selidik telah dipermudahkan dan ditulis dalam bentuk teks. Manakala, dapatan ujian pra dan ujian pos telah dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk jadual. Markah ujian pra dan pos

diasingkan mengikut kumpulan dan dianalisis secara perbandingan peratus dan purata.

Satu laporan lengkap telah disediakan selepas mengumpul semua keputusan ujian dan melihat persepsi murid.

36

3.8

RUMUSAN

Penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji merupakan satu kajian yang bertujuan mengkaji masalah kekeliruan dalam membaca dan menulis huruf yang mengandungi perkataan bunyi ogaram
( ), ( ),

garam

dan egaram

garam (

dan faktor-faktor yang mempengaruhi masalah kekeliruan

ini. Alat penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji ialah satu set soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi kekeliruan dalam membaca dan menulis huruf yang mengandungi perkataan bunyi ogaram
( ), garam ( )

dan egaram (

),

garam (

). Seramai 30 orang

murid dipilih sebagai responden kajian. Responden telah diberi masa tertentu untuk melengkapkan borang soal selidik. Pengkaji juga telah memberi tumpuan terhadap data keputusan peperiksaan dan maklumat yang diperolehi dari pemerhatian. Akhirnya, pengkaji telah mengumpul data dan menganalisiskan data yang diperolehi.

37

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1

PENGENALAN

Bab ini membincangkan profil responden berdasarkan soal selidik yang mengandungi maklumat peribadi murid dan ibu bapa mereka. Maklumat-

maklumat yang diperoleh daripada responden dirumus secara umum.

Selain itu, bab ini juga

menerangkan laporan dapatan kajian. Dalam

bahagian ini, hasil dapatan ujian pra dan ujian pos diterangkan melalui jadual. Penerangan mengenai skor peratus dalam bentuk jadual juga diterangkan secara terperinci dalam bahagian ini.

Dalam kesimpulan, hasil analisis dihurai secara ringkas bagi menunjukkan perbandingan pencapaian kumpulan rawatan dan kawalan.

38

4.2

PROFIL RESPONDEN

Soal selidik dijalankan ke atas 30 orang murid. Mereka terdiri daripada 18 orang murid lelaki dan 12 pula murid perempuan. Bahasa Tamil merupakan bahasa Ibunda bagi murid-murid yang terlibat dalam kajian ini. Semua responden berkomunikasi dalam Bahasa Tamil dengan ahli keluarga mereka.

25 orang murid iaitu 83.3% daripada keseluruhan kelas datang dari Taman Bandar Baru, Sungai Lalang. Hanya 5 orang murid iaitu 16.7 % sahaja tinggal sekitar Taman Seri Bayu. Hanya 10 orang murid sahaja menghadiri

tuisyen Bahasa Tamil iaitu 33.3% dan kebanyakan mereka diajar oleh murid sekolah menengah.

Soal selidik menunjukkan ibu bapa atau penjaga tiga puluh orang murid bekerja sebagai buruh. Ibu bapa 19 orang murid hanya berpendidikan sekolah

rendah. 11 orang pula berpendidikan sekolah menengah. Di kalangan 30 buah

keluarga, 8 daripada mereka sahaja tahu membaca dan menulis dalam Bahasa Tamil. Manakala, 22 orang ibu bapa tahu Bahasa Tamil di tahap yang minima.

39 Seramai 50% murid tidak mendapat bimbingan daripada ahli keluarga mereka. Keadaan ini wujud kerana ahli keluarga mereka tidak berlatar belakangkan pendidikan Bahasa Tamil.

Dapatan soal selidik membuktikan didapati 15% murid sahaja mendapat bimbingan daripada ibu bapa atau ahli keluarga mereka. Baki 35% pula tidak dibimbing oleh ibu bapa mereka walaupun mereka berkebolehan berbuat demikian.

Sebagai rumusan daripada soal selidik ini didapati hanya 16.7%

iai u 5 t

daripada 30 orang murid sahaja mendapat bimbingan di rumah untuk mata pelajaran Bahasa Tamil.

4.3

DAPATAN KAJIAN

Jadual 4.1 di bawah menunjukkan data yang diperoleh dari ujian pra bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Kumpulan kawalan terdiri daripada 30 orang murid dan kumpulan rawatan juga seramai 30 orang murid.

40

Bil. Perkataan

Kumpulan Kawalan

Kumpulan Rawatan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata

Sebutan betul Bil. % Murid 13 43.3 10 33.3 13 43.3 12 40 9 30 15 50 17 56.6 12 40 13 43.3 15 50 13 43.3

Sebutan salah Bil. % Murid 17 56.7 20 66.7 17 56.7 18 60 21 70 15 50 13 43.4 18 60 17 56.7 15 50 17 56.7

Sebutan betul Bil. % Murid 11 36.6 9 30 12 40 10 33.3 8 26.6 13 43.3 15 50 11 36.6 11 36.6 12 40 12 40

Sebutan salah Bil. % Murid 19 63.4 21 70 18 60 20 66.7 22 73.4 17 56.7 15 50 19 63.4 19 63.4 18 60 18 60

Jadual 4.1 : Skor ujian pra kumpulan kawalan dan rawatan

Daripada jadual 4.1 didapati purata murid yang dapat membaca perkataan berbunyi ogaram
( ( ),

garam

dan egaram

),

garam

) bagi kumpulan kawalan adalah 13 orang dan kumpulan rawatan ialah 12

orang. Ini merupakan 43.3% daripada kumpulan kawalan dan 40% daripada kumpulan rawatan yang dapat membaca perkataan berbunyi ogaram garam
( ) ( ),

dan egaram

),

garam

) dengan sebutan yang

betul. Manakala 18 orang murid secara purata

iaitu 62.7 % daripada kedua-dua

kumpulan ini membaca dengan sebutan yang salah. 41

Banyak kesalahan telah dilakukan sewaktu menyebut perkataan berbunyi perkataan berbunyi ogaram
( ( ),

garam

dan egaram

),

garam

).

Jadual

4.2 di bawah menunjukkan data yang diperoleh daripada ujian

pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan. Kumpulan kawalan terdiri daripada 30 orang murid dan kumpulan rawatan juga seramai 30 orang murid.

Kumpulan Kawalan Bil. Ayat

Kumpulan Rawatan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata

Sebutan betul Bil. % Murid 15 50.0 10 33.3 17 56.7 17 56.7 10 33.3 10 33.3 10 33.3 11 36.7 12 40.0 11 36.7 14 46.7

Sebutan salah Bil. % Murid 15 50.0 20 66.7 13 43.3 13 43.3 20 66.7 20 66.7 20 66.7 19 63.3 18 60.0 19 63.3 16 53.3

Sebutan betul Bil. % Murid 28 93.3 20 66.7 26 86.7 19 63.3 20 66.7 21 70.0 20 66.7 22 73.3 21 70.0 20 66.6 22 73.3

Sebutan salah Bil. % Murid 2 6.7 10 33.3 4 13.3 11 36.7 10 33.3 9 30.0 10 33.3 8 26.7 9 30.0 10 33.4 8 26.7

Jadual 4.2 : Skor ujian pos kumpulan kawalan dan rawatan

Daripada jadual 4.2 didapati purata murid yang dapat membaca perkataan berbunyi ogaram
( ( ),

garam

dan egaram

),

garam

) 42

dengan sebutan yang betul bagi kumpulan kawalan adalah seramai 14 orang pada ujian pos iaitu 46.7%. Manakala, purata murid yang tidak dapat membaca perkataan berbunyi ogaram
( ( ),

garam

dan egaram

),

garam

) adalah 16 orang iaitu 53.3%.

Bagi kumpulan rawatan pula purata murid yang boleh membaca perkataan berbunyi ogaram
( ( ),

garam

dan egaram

),

garam

) dengan sebutan yang betul ialah 22 orang iaitu 73.3%. Purata murid yang

gagal membaca dengan sebutan yang betul pula ialah 8 orang dengan jumlah peratus sebanyak 26.7.

Kesimpulannya, kumpulan kawalan tidak menunjukkan perubahan yang ketara berbanding dengan kumpulan rawatan yang telah menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu peningkatan sebanyak 33.3%.

Jadual 4.3 di bawah menunjukkan perbezaan skor di antara ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan yang membezakan sebutan betul dan sebutan salah. Kumpulan kawalan terdiri daripada 30 orang murid dan kumpulan rawatan juga seramai 30 orang murid.

43 Kumpulan Kawalan Ujian Sebutan Betul Bil. Murid Ujian Pra Ujian Pos Perbezaan skor 13 14 1 % Sebutan Salah Bil. Murid 17 16 1 % Kumpulan Rawatan Sebutan Betul Bil. Murid 12 22 10 % Sebutan Salah Bil. Murid 18 8 10 %

43.3 46.7 3.4

56.7 53.3 3.4

40 73.3 33.3

60 26.7 33.3

Jadual 4.3 : Perbezaan Skor Ujian Pra dan Ujian Pos Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan

Jadual 4.3 di atas menunjukkan perbezaan skor ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan menunjukkan perbezaan sebanyak 3.4 % berbanding 33.3 % bagi kumpulan rawatan.

Ini menunjukkan peningkatan yang tinggi bagi kumpulan rawatan dan secara tidak langsung telah mengurangkan kesalahan sebutan dalam bacaan sampel kajian.

44 Kesimpulannya, kumpulan rawatan telah menunjukkan perbezaan ketara setelah menjalani aktiviti latih tubi dalam bacaan. Kumpulan kawalan juga telah menunjukkan peningkataan tetapi perbezaannya adalah sangat rendah berbanding kumpulan rawatan.

45 BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

PENGENALAN

Bab ini membincangkan

rumusan hasil kajian yang diperoleh dalam

bentuk data dalam Bab 4. Seterusnya bab ini juga membincangkan implikasi dapatan kajian dan cadangan kajian lanjutan.

5.2 RUMUSAN HASIL KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi melihat keberkesanan ujian bacaan dan latih tubi dalam Bahasa Tamil bagi kemahiran bacaan. Kajian ini dilakukan di SJK(T) Tun Sambanthan, Sungai Petani, Kedah. Responden kajian ini ialah murid-murid Tahun 4 sekolah tersebut. Sampel kajian dipilih dari Tahun 4 kerana murid-murid ini menunjukkan prestasi yang sangat rendah dalam mata pelajaran Bahasa Tamil.

46 Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan pos. Pengkaji telah berbincang dengan penyelia kajian tentang skrip ujian pos dan ujian pra sebelum melaksanakan ujian tersebut. Selain itu, pengkaji juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mengetahui persepsi pelajar dari segi sikap terhadap kaedah pembelajaran dan latar belakang keluarga.

Tujuan kajian ini ialah untuk membuat perbandingan di antara dua kumpulan. Oleh sebab data yang dikutip ialah dalam bentuk kualitatif, instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada ujian pra dan ujian pos.

5.3

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Analisis bagi bacaan yang betul untuk bunyi ogaram


( )

),

garam

dan egaram

),

garam

) pada keseluruhannya telah

menunjukkan peningkatan. Peningkatan dari 40% ke 73.3% membuktikan kumpulan rawatan telah menunjukkan perubahan yang signifikan berbanding kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan yang hanya menunjukkan peningkatan dari 43.3% ke 46.7% menjelaskan latihan yang kurang dan tiada latih tubi yang berterusan tidak akan membawa perbezaan yang ketara dalam kemahiran bacaan murid.

47

Sekolah ini mempunyai tiga buah kelas Tahun 4. Ketiga-tiga kelas Tahun 4 ini mempunyai taraf akademik yang hampir sama. Murid-murid dari ketiga-tiga kelas memiliki persamaan taraf akademik.

Ini jelas terbukti daripada dapatan keputusan ujian pra pada jadual 4.1 di mana 43.3% kumpulan kawalan dan 40% kumpulan rawatan yang dapat menguasai bacaan merangkumi perkataan yang berbunyi ogaram dan egaram
( ), ( ),

garam

garam

). Penguasaan peratus bacaan bagi setiap

perkataan di antara 26.6% hingga 50% sahaja. Ini menunjukkan 12 dari 30 sampel kajian sahaja yang dapat membaca perkataan yang mengandungi bunyi ogaram
( ), garam ( )

dan egaram (

), garam (

).

Pengkaji mengambil jangka masa selama 3 bulan untuk mengajar perkataan yang mengandungi bunyi ogaram ( garam (
),

garam (

dan egaram (

),

) secara berperingkat. Pengkaji memulakan latihan bacaan dari aras


( ),

mudah ke aras sukar. Perkataan mudah yang mengandungi bunyi ogaram garam
( )

dan egaram

),

garam

digunakan sebagai

permulaan latihan bacaan. Ada ramai sampel kajian di kelas tersebut tidak tahu perbezaan di antara sebutan-sebutan seperti ke(
), k( ), mo( ), m( ).

48

Sebelum kajian dilakukan 80% sampel kajian membaca cincin) sebagai sebagai (methiram-tiada makna), (ketthu-tiada makna).

(mothiram(kotthu-jambak bunga)

Langkah pertama yang diambil oleh pengkaji ialah menerangkan perbezaan sebutan bagi setiap huruf. Pengkaji juga membekalkan cermin kecil kepada setiap sampel kajian melihat perubahan yang berlaku pada mulut mereka semasa menyebut huruf-huruf tersebut. Selama ini perubahan itu pun tidak disedari oleh sampel kajian.

Perbezaan bunyi iaitu perkataan yang terdiri daripada suku kata ogaram
( ),

garam (
(

mempunyai thunaikkaal dan perkataan yang mempunyai


),

suku kata egaram Pengkaji memberi

garam

) tidak mempunyai thunaikkaal.

penegasan bahawa huruf yang mempunyai thunaikkaal perlu

berbunyi /o/ atau /o:/. Pengkaji juga memberi latih tubi yang lebih terhadap perkataan berbunyi garam ( ). ogaram
( ),

garam

dan egaram

),

49 Sampel kajian diberi banyak contoh berkaitan dengan kriteria kriteria ini. Pengkaji telah menyediakan senarai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi

kriteria tersebut. Sampel kajian dilatih untuk menyebut perkataan , frasa dan ayat seperti yang disenaraikan. Semasa menyebut perkataan perkataan ini sampel kajian melihat perubahan yang berlaku pada mulut mereka melalui cermin. Selepas itu, pengkaji meminta sampel kajian membacakan perkataan, frasa dan ayat yang diberi.

Sampel kajian juga tidak ada tabiat membuat pembetulan. Semasa menyemak buku-buku latihan terutamanya buku ejaan, sampel kajian telah melakukan kesalahan yang sama semasa menulis perkataan yang mengandungi bunyi ogaram
( ),

garam

dan egaram

),

garam

). Oleh sebab

masa pengajaran dan pembelajaran yang diperuntukkan perlu digunakan untuk mengajar banyak kemahiran maka, penekanan yang diberi oleh guru untuk

pembetulan juga terhad. Ini juga menjadi salah satu faktor di mana sampel kajian membuat kesalahan yang sama tanpa disedari.

Oleh sebab pengkaji mengkhususkan kajian terhadap satu kriteria sahaja maka penekanan dan penegasan diberi kepada kumpulan rawatan dengan lebih serius. Ujian pos telah membuktikan 73.3% iaitu 22 orang daripada 30 orang telah dapat menguasai sebutan yang mengandungi bunyi ogaram (
), garam

50
( )

dan egaram

),

garam

). Analisis data ujian pra iaitu


( ),

membaca 10 ayat yang mengandungi perkataan bunyi ogaram

garam

dan egaram

),

garam

) membuktikan hampir 73.3%

sampel kajian dapat menguasai bacaan yang melibatkan perkataan berbunyi ogaram
( ), garam ( )

dan egaram (

), garam (

).

Pengajaran secara berperingkat, latih tubi dan pembetulan secara spontan telah membuktikan penguasaan bacaan sampel kajian telah meningkat. Ini dapat dibuktikan melalui jadual 4.2 di mana kebanyakan item yang diuji menunjukkan peratus pencapaian di antara 63.3 % hingga 93.3 % .

Manakala, kumpulan kawalan tidak menunjukkan perubahan yang tinggi seperti kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan menunujukkan pencapaian 46.7% sahaja dalam ujian pos. Peningkatan yang minima ini mungkin disebabkan oleh pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru dalam kelas, bimbingan daripada ibu bapa atau bimbingan daripada guru kelas tambahan. Ini bermakna hanya terdapat sedikit peningkatan bagi kumpulan kawalan.

51

Sekiranya penekanan secara khusus diberi secara terus menerus terhadap sesuatu perkara sudah pastinya perubahan dapat dilihat. Ini juga dapat dibuktikan dalam perubahan yang berlaku dalam kalangan kumpulan rawatan .

Latihan bacaan diberi selama tiga bulan dan pengkaji memastikan kumpulan rawatan membuat pembetulan secara spontan terhadap kesalahan yang dibuat dalam perkataan yang mengandungi egaram (
),

bunyi ogaram

),

garam

dan

garam (

) dan kesalahan kesalahan lain diabaikan.

Ini juga menjadi salah satu sebab di mana pengkaji dapat melaksanakan kajian tindakan dengan jayanya kerana hanya satu kriteria sahaja diberi perhatian. Perkara-perkara lain diabaikan. Keadaan ini menyebabkan seluruh tenaga dikumpulkan terhadap satu perkara untuk mendapat kejayaan.

5.4

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Bacaan yang lemah menyebabkan kemerosotan dalam proses pembelajaran murid. Kajian ini mendapati penguasaan bacaan dengan sebutan yang betul adalah kurang memuaskan dan murid tidak faham apa yang dibaca oleh mereka. Dapatan kajian membuktikan guru-guru Bahasa Tamil perlu memberi perhatian yang penuh

52

terhadap kemahiran bacaan. Guru perlu membahagikan murid -murid mengikut tahap penguasaan mereka dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang sesuai sehingga murid menguasainya.

Guru-guru Bahasa Tamil boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan . Sekiranya dijadikan rujukan mereka akan mengetahui kaedah kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah bacaan perkataan yang mengandungi bunyi ogaram
( ),

garam

dan egaram

),

garam

)..

Mereka juga akan mengetahui bahawa latih tubi boleh meningkatkan taraf akademik dalam kalangan murid.

Selain para guru, Pegawai Perancang Kurikulum, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga boleh merujuk kajian ini untuk mendapatkan idea-idea yang bernas untuk menyelesaikan kesalahan bacaan dalam kalangan murid sekolah Tamil. Mereka boleh menganjurkan perkembangan staf untuk memberi pendedahan berkaitan dengan guru-guru dan

perkara ini supaya guru-guru dapat

mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah.

53

Guru-guru pelatih di Maktab Perguruan juga boleh merujuk kajian ini untuk meninggikan tahap profesionalisme mereka. Selepas mereka ditempatkan di sekolah faktor-faktor yang dibincangkan dalam kajian ini boleh dijadikan

sebagai panduan untuk mereka.

Pihak Bahagian Pendidikan Guru juga boleh menjadikan kajian ini sebagai panduan mereka untuk mengatasi masalah bacaan dalam kalangan murid sekolah Tamil. Selain ini, para penulis buku-buku Bahasa Tamil untuk guru-guru Sekolah Tamil boleh menjadikan kajian ini sebagai panduan. Panduan yang mereka gunakan menjadi suatu bahan yang berguna untuk guru -guru

sekolah Tamil di mana mereka dapat menggunakannya untuk mengatasi masalah bacaan dan tatabahasa dalam kalangan an murid mereka. ak

Guru perlu menerangkan dengan jelasnya kesalahan yang dilakukan oleh murid dan membetulkannya. Pembetulan secara spontan menyebabkan murid akan lebih berhati-hati apabila melakukan aktiviti bacaan. Penguasaan kemahiran kemahiran ini akan membawa perkembangan positif pada diri murid-murid.

54

5.5

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Berasaskan kepada batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan:

a.

Kajian ini melibatkan murid Tahun 4 Valluvar SJK(T) Tun Sambanthan sahaja. Kajian lanjutan dicadangkan dijalankan untuk murid-murid Tahap 1. Ini kerana pembetulan dan penguasaan awal bacaan akan melancarkan pengajaran dan pembelajaran murid dan memotivasikan mereka untuk terus belajar.

b.

Kajian ini hanya melibatkan bunyi ogaram egaram


( ),

),

garam (

dan

garam

) sahaja. Sewaktu melakukan kajian,

didapati murid-murid melakukan kesalahan-kesalahan lain dalam sebutan. Kesalahan-kesalahan lain telah diabaikan oleh pengkaji.

Oleh yang demikian, adalah dicadangkan agar aspek-aspek berikut dapat diberi pertimbangan untuk dijadikan bahan kajian lanjutan.

55

5.6

RUMUSAN

Bab ini telah memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian dan mencadangkan beberapa kajian lanjutan. Sebagai kata penutup, kajian ini hanya merupakan kajian awal tentang masalah membaca dengan sebutan betul. Kajian yang lebih terperinci dan tepat perlu dilakukan untuk memantapkan lagi dapatan kajian tentang kaedah pengajaran ini.

56

RUJUKAN

Abdul Ahmad. (1982).Anak-Anak tidak boleh membaca- salahnya kita, guru dan ibu bapa. Pendidikan Dewan Bahasa Dan Pustaka ms 367-371

Bond, G.L. & Tinker, M.A. (1967). Reading diffulcties : Their diagnosis and correction. New York : Appleton Century Croft.

Cuckle. P (1996). Children Learning to read exploring home and school relationships. British Educational Research Journal. 22(1) ms 17 32

Doehring , D.G, Trites, R.L,Patel, P.G. & Fiedorowics. (A.M. 1981). Reading disabilities. The interaction of reading , language and europsychological deficit. Academic, Press: Inc New York .

Jamaliah Mohd Ali. (1990). Prinsip prinsip kemahiran membaca peringkat awal: Jurnal Dewan Bahasa Dan Pustaka, 34(10), 739 -743

Khamis Maarof. (1984). Satu pembacaan untuk mengukur kebolehan membaca murid-murid di peringkat darjah dua. Kuala Lumpur : Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan . Universiti Malaya.

Khadijah Rohani bin Mohd. Yunus. (1987). Ujian Kefahaman membaca dalam Azman Wan Chik (editor): Isu-isu dalam pengukuran dan penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka ms 167 185 57

Oaken, R., Wiener , M. dan Cromer, W. (1971) Identification, Organization,and reading comprehension for good and poor readers. Journal of Educational Psychology, 62 (1), 71 -78

Rahani Rustam & Jamiah A.Bakar. (1988). Bacalah Sayang: Panduan untuk ibubapa ke arah pembacaan awal. Singapura : Times Book International.

Space, G.D. & Spache E.B. (1986). Reading the Elementary School. Boston: Ally and Bacon inc. (edisi ke -5)

Syed Abu Bakar syed Akil. (1994). Panduan Mengajar Kemahiran membaca. Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa Dan Pustaka

Zaidah bt. Haji Othman. (1978). Satu kajian mengenai kemahiran asas bacaan murid-murid darjah dua dari segi huruf , suku kata dan gabungan bunyi bunyi suku kata . Kuala Lumpur : Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Zalizan Mohd Jelas. (1982). Kanak-kanak lemban masalah yang patut diatasi segera dalam Ibrahim Saad (editor) . Isu Pendidikan di Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka . ms 353 360

Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca, teori dan aplikasi: Panduan meningkatkan kemahiran mengajar membaca. Pahang: PTS Publication.

58

Anda mungkin juga menyukai