Anda di halaman 1dari 14

PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh Masa Kelas Bil. Murid Tajuk Kemahiran

: 3 Jun 2011 : 8.00 am 9.00am : Tahun 3 : 21 orang (3 L + 18 P) : Tuju Tin : Melambung, melontar dan menyambut bola (Bola Kertas)

Kemahiran Sedia Ada

: Murid-murid mengetahui cara untuk melontar dan menyambut bola

Objektif

: Di akhir pelajaran ini, murid dapat: a) melakukan pergerakan lokomotor asas seperti berlari, melontar, menyambut dan melambung bola kertas. b) meningkatkan kreativiti, daya tumpuan dan fokus murid.

Penerapan Nilai Unsur KBKK

: Bekerjasama, tolong menolong, prihatin dan berdisplin. : Meramal, menyelesaikan masalah dan mengenal pasti.

Langkah / Masa

Isi Pengajaran

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran

Catatan / BBM

Set Induksi / Permulaan (5 minit)

Aktiviti 1: Aktiviti regangan badan Aktiviti 2 : Regangan statik di bahagian tangan dan kaki

1. Guru meminta murid melakukan larian bebas di padang

Tempat: Padang

Langkah 1 (5 minit)

1. Guru meminta murid melakukan regangan yang melibatkan abdomen kaki dan tangan. Contoh : hayunan kaki, hayunan tangan 2. Guru meminta murid melakukan perlakuan motor hayunan kedua belah tangan, dimana ia dapat membantu mengurangkan sebarang kecederaan semasa bermain.

Tempat: Padang Unsur Terapi: Terapi motor kasar, terapi motor halus.

Langkah 2 (10 minit)

Aktiviti 3: Pengajaran permainan tuju tin

1. Guru menerangkan asal usul permainan tradisional tuju tin, bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara bermain. 2. Guru menerangkan cara-cara penyediaan bahan. Tin-tin yang kemek harus dibaiki dan tin yang mempunyai bahagian tajam perlu diketuk ke dalam supaya tidak mencederakan murid. y Tin-tin tersebut perlu dibasuh dan boleh dicat supaya kelihatan lebih menarik. y Minimum sebanyak 10 buah tin perlu digunakan. y Bola yang digunakan mestilah diperbuat dari getah atau kertas yang dibalut plastik. 3. Guru menerangkan secara
y
2

ABM : tin minuman dan bola kertas

cara-cara bermain. 4. Guru menerangkan cara kiraan mata dan peraturan.


Langkah 3 (35 minit)

Memperaktikan Permainan Tuju Tin

1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 10 ahli. 2. Guru membahagikan kepada kumpulan pelontar dan penyusun tin (kumpulan penyerang). 3. Guru akan menentukan giliran pelontar dan penyerang dengan menggunakan undian balingan duit syiling. 4. Pasukan yang mendapat giliran melontar bola tersebut perlu berada di belakang garisan yang telah dibuat terlebih dahulu. 5. Pasukan yang mendapat giliran menyusun tin seterusnya menjadi penyerang akan diarahkan supaya berada dibelakang garisan semasa pasukan pelontar ingin melakukan balingan. 6. Guru meminta murid memulakan permainan setelah menentukan pihak pelontar dan penyeran g.

ABM: 10 tin kosong, bola kertas Tempat: Padang

Penutup (5 Minit)

Warming Down

1. Guru meminta murid berkumpul kembali di kawasan padang 2. Guru memimpin murid melakukan aktiviti warming Down.

1.

PENGENALAN

Permainan ini dikenali sebagai baling tin kerana bahan asas permainan ini adalah tin. Oleh itu permainan ini dikenali sebagai baling tin. Di sesetengah kawasan dikenali sebagai baling pot atau lecut pot. Permainan baling tin hanya mula diperkenalkan pada awal tahun 1950 -an dan terus popular hingga pertengahan tahun 1970-an. Dari segi pengamalan, kebanyakan masyarakat Melayu dan Cina yang gemar memainkannya. Lazimnya permainan ini dimainkan di kawasan kampung yang kekurangan hiburan. Permainan baling tin memerlukan kemahiran, ketangkasan dan kebijaksanaan untuk memenangi sesuatu permainan tersebut. Selain itu permainan ini juga memerlukan kerjasama yang erat antara pemain dalam sesuatu pasukan.

2.

ASAL-USUL PERMAINAN

Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di Negara ini sejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum. Jika dahulu kebanyakkan kanak-kanak menggunakan tin susu yang telah terbuang sebagai bahan asas, tetapi kini terdapat kanak-kanak yang menggunakan barangan p lastik dan sebagainya.

3.

FUNGSI PERMAINAN

a) Membentuk semangat kerjasama antara pemain dalam menghasilkan padang permainan. Padang pemainan dibentuk dengan cara lorekan yang dilakukan secara bekerjasama antara pemain. Kemudian jumlah tin yang digunakan juga harus mendapat persetujuan semua pihak.

b) Membentuk sikap bertanggungjawab.

Bagi mencapai kemenangan,setiap

pemain perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam memperoleh kemenangan untuk kumpulan masing-masing.

c) Sikap kesukanan dapat dibentuk. Semangat kesukanan boleh diperoleh apabila setiap pemain mematuhi peraturan permainan ini.

d) Para pemain juga, dapat mempelajari sikap berhati -hati dan bersabar ketika menyusun tin-tin yang berserakan.

4.

ALAT PERMAINAN

4.1

Tin-tin kosong

Tin-tin kosong ini harus dibersihkan dan dipastikan mana-mana bahagian yang tajam diratakan supaya tidak mendatangkan bahaya kepada pemain. Biasanya sepuluh tin kosong diperlukan. Tin -tin tersebut hendaklah disusun secara bertingkat. Di bahagian bawah perlu diletakkan sebanyak empat buah tin. Tingkat kedua perlu diletakkan tiga buah tin dan diikuti dua tin pada tingkat ketiga dan satu di bahagian atas. Ada juga bilangan tin ditambah untuk menjadikan permainan ini lebih mencabar. Tin-tin yang telah disusun inilah yang akan dijadikan sasaran para pemain.Adalah lebih menarik sekiranya tin -tin tersebut dicat dengan warna yang terang supaya memudahkan pemain melihat dengan nyata susunan tersebut. Warna yang berbeza tidak digalakkan kerana boleh mengelirukan pemain.

4.2

Bola

Bola hendaklah bersaiz lebih kurang tiga atau empat inci pada garis pusatnya . Walaupun hanya sebiji bola yang akan digunakan dalam permainan ini, bola simpanan diperlukan sekiranya bola pecah atau bocor. Bia sanya bola yang berwarna terang digunakan bagi memudahkan pemain melihatnya. Selipar atau kertas gumpalan juga digunakan sebagai bola. Selipar lebih menarik kerana semasa membaling atau melecut bola tin, selipar akan melayang dan hanya boleh mengenai bahagian tin sahaja. Gumpalan kertas dibalut dengan plastik yang kemudiannya diikat dengan tali supaya gumpalan kertas tidak terurai. Bola kertas ini digunakan kerana ia tidak menyakitkan apabila dibaling kepada pemain.

5.

KAEDAH PENGHASILAN

Oleh kerana permainan ini adalah mudah, hanya sebilangan tin -tin susu yang terbuang sahaja diperlukan. Tin -tin susu yang dijumpai di merata-rata tempat akan dikumpulkan. Tin-tin yang kemek akan dibaiki dan tin yang yang mempunyai bahagian tajam juga akan diketuk ke dalam supaya tidak melukakan pemain. Kemudian tin-tin tersebut akan dibasuh dan dicat supaya kelihatan menarik. Lazimnya bilangan tin terse but akan disusun dalam bentuk pi ramid. Sekurangkurangnya sebanyak 10 buah tin yang akan digunakan. Namun begitu, semakin banyak tin, semakin menarik permainan ini, di samping mencabar dan mengambil masa yang lama untuk ditamatkan. Sekiranya pemain ingin menggunakan bola yang diperbuat daripada gumpalan ker tas, sejumlah kertas digenggan untuk membentuk seperti sebiji bola. Kemudian bola tersebut dimasukkan ke dalam sebuah plastik yang kemudian diikat dengan menggunakan tali. Cara ini lebih mudah dih asilkan dan menjimatkan kos. Oleh itu, kanak-kanak yang tinggal di kawasan kampung boleh memainkan permainan ini kerana ia mudah dihasilkan.

6.

CARA BERMAIN

a) Sebelum memulakan sesuatu permainan baling tin, dua kumpulan perlu dibentuk. Setiap kumpulan terdiri daripada sekurang -kurangnya dua pelontar. Namun begitu jumlah pemain yang lebih ramai adalah lebih baik kerana boleh memeriahkan permainan tersebut. b) Setelah itu, dua kumpulan tersebut akan diundi sama ada menjadi penyerang atau pelontar. Kumpulan pelontar akan bertindak sebgai pembaling, manakala pemain pula adalah pasukan yang memulakan permainan tersebut.

c) Undian boleh dilakukan dengan pelbagai cara, sama ada m enggunakan duit syiling atau one two zom. Undian ini akan dilakukan dengan adil supaya mendapat persetujuan kedua -dua kumpulan.

d) Setelah itu, satu dua garisan yang lurus akan dibentuk secara bertentangan. Garisan tersebut boleh dibuat secara bertentangan pada jarak lima meter. Garisan pertama digunakan untuk garisan permulaan, manakala garisan kedua pula digunakan untuk meletakkan tin-tin yang disusun dengan kemas.

e) Semua tin susu atau tin yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama akan disusun. Susunan tersebut harus disusun berhati -hati supaya tidak runtuh sebelum bermain.

f)

Pihak pelontar akan memulakan permainan dengan berdiri di belakang garisan pemula. Kemudian wakil daripada pelontar akan melontarkan bola dengan berhati-hati untuk mengenai tin -tin yang paling atas.

g) Pihak penyerang pula bersedia di belakang susunan tin. Ini adalah penting supaya pihak penyerang dapat menyerang kumpulan pemain sebai k sahaja wakil pelontar menjatuhkan susunan tin tersebut.

h) Sekiranya susunan tin jatuh akibat lontaran tersebut, pihak penyerang akan merebut bola tersebut dengan tujuan membalingkan kepada pelontar atau kumpulannya sebelum sempat melarikan diri. Sekiranny a balingan pertama tidak menjatuhkan bola, cubaan sebanyak dua kali akan diberikan. Jika tidak, pihak penyerang akan menjadi pelontar dan pihak pelontar akan menjadi penyerang.

i)

Sebaik sahaja pelontar menjatuhkan tin yang disusun, kumpulan pelontar kan melarikan diri untuk mengelakkan balingan daripada pihak penyerang. Pada masa yang sama setiap pelontar harus bertindak atau mengambil peluang untuk menyusun tin-tin yang berserakan. Namun begitu, bukan mudah untuk menyusun tin-tin yang berserakan kerana terpaksa mengelakkan daripada mengenai balingan bola oleh penyerang.

j)

Aksi acah-mengacah harus dilakukan sama ada oleh pelontar penyerang. Bahkan terdapat pelontar yang akan melarikan diri daripada mengelakan dibaling oleh penyerang. Pada masa yang sama pelontar harus memastikan

penyerang mengejar untuk member peluang kepada ahlilain untuk menyusun tin-tin tersebut.

k) Oleh itu semakin sedikit tin yang berserakan, semakin mudah pula untuk disusun. Ini kerana tin susu yang jatuh tidak akan dikira mata. Oleh itu, pelontar digalakkan menjatuhkan satu tin sahaja untuk memudahkan tin disusun kelak.

l)

Setiap pelontar harus bertanggungjawab memastikan tin -tin tersebut disusun dengan pantas.

m) Jika pelontar berjaya menyusun tin-tin itu sebelum mengenai balingan daripada kumpulan penyerang, bermakna kumpulan pelontar akan mendapat satu mata. Jika sebaliknya pula,pelontar dianggap mati tanpa sebarang mata dan pihak penyerang akan memainkan permainan tersebut.

n) Sekiranya bola yang dilontar itu dapat disambut sebelum mencecah tanah, maka semua pelontar kumpulan pelontar dikira mati. Oleh itu, wakil pemain daripada pihak pelontar harus membaling dengan kuat supaya tidak dapat disambut oleh pihak penyerang.

o) Bagi permainan baling tin yang menggunakan selipar pula garisan pemula dengan susunan tin adalah lebih dekat. Ini disebabkan tin tidak boleh dibaling, sebaliknya dilayangkan ke udara untuk mengenai susunan tin. Layangan yang baik hanya akan mengenai tin yang paling atas .Ini member peluang yang lebih luas kepada pelontar untu k memenangi permainan ini.

7.

KIRAAN MATA

Permainan ini dikira dengan kiraan padang. Kiraan padang bermaksud sekiranya pihak pelontar berjaya menyusun susunan tin yang telah berserakan, bermakna pasukan tersebut akan mendapat satu mata. Kemudian perma inan ini akan diteruskan lagi sehinggalah pasukan pelontar mengalami kamatian. Sekiranya pemain bijak bermain, dalam satu permainan itu boleh mengutip banyak mata.
8

Namun apabila salah seorang pihak pelontar telah mengenai bola, permainan tersebut terpaksa dibatalkan.

8.

PEMAIN

Jumlah pemain dalam sesebuah pasukan harus sama banyaknya dengan pasukan yang satu lagi. Kebiasaannya sesebuah pasukan terdiri daripada tiga hingga enam orang. Tiada pengadil khusus digunakan untuk mengadili permainan baling tin. Biasanya pemain sendiri yang menentukan perjalanan sesuatu permainan. Pemain juga boleh terdiri daripada pelbagai jantina. Dari segi usia pula tiada batasan. Namun permainan ini lebih popular dalam kalangan kanak -kanak yang berusia sekitar enam hingga 12 t ahun.

9.

PADANG PERMAINAN

Permainan ini boleh dimainkan di mana -mana sahaja. Namun, kawasan yang dipilih haruslah luas, lapang dan rata serta bebas daripada benda -benda yang bahaya seperti objek-objek tajam. Garisan pembaling dengan tin adalah sekitar lima meter. Garisan permulaan boleh dibentuk menggunakan garisan kaki, gurisan kayu pada tanah dan sebagainya. Oleh itu, kawasan yang sekitar 10 x 10 meter perlu bersih untuk memastikan bola terus mengenai tin -tin yangdisusun tanpa sekatan.

10.

PERATURAN

a) Dua kumpulan diperlukan

b) Setiap kumpulan harus mempunyai pemain sekurang-kurangnya dua orang dan jumlah tersebut mestilah sama.

c) Sekiranya pelontar kena cop atau baling sebelum sempat menyusun semula tintin yang jatuh, akan dikira mati tanpa mendapat mata, dan seorang pemain daripada kumpulannya pula akan melontar pula.
9

d) Sekiranya bola yang dilontar kea rah susunan tin dapat disambut oleh penyerang sebelum mencecah tanah, kesemua pemain dalam kumpulan pelontar dianggap mati dan kumpulan penyerang pula dijadikan sebagai pelontar.

e) Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh membaling pemain daripada pihak pelontar di bahagian kaki ke bawah sahaja untuk mengelakkan kecederaan. Sekiranya bola yang dipebuat daripada gumpalan kertas

digunakan, bola tersebut boleh dibaling di mana -mana anggota badan kecuali kepala.

f)

Setiap penyerang yang membawa bola untuk dibaling kepada pelontar juga tidak boleh bersembunyi di sebalik pokok-pokok, rumah atau sebagainya untuk memastikan pelontar dapat mengetahui kedudukan penyerang.

g) Bola yang dibawa oleh penyerang untuk tujuan membaling pelontar juga tidak boleh disembunyikan di dalam baju atau sebagainya.

h) Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin -tin yang tidak berserakan atau mengubah kedudukan tin-tin semasa permainan dimainkan.

i)

Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pasukan.

j)

Setiap pemain daripada kumpulan yang sama akan bekerjasama untuk memenangi permainan tersebut.

11.

PERKARA YANG MEMBATALKAN

a) Setiap kumpulan harus mempunyai jumlah yang sama dan mempunyai keseimbangan dari segi kekuatan atau kemahiran.

b) Setiap pelontar harus membaling susunan sekurang -kurangnya tiga kali daripada mengelakkan pembatalan.
10

c) Sekiranya bola dilontarkan ke susunan tin, tetapi mampu disambut oleh penyerang dan kemudian jat uh ke tanah, pelontar akan dikir a pemenang.

d) Susunan tin yang telah diubah, disepak atau diserakkan oleh penyerang terutama selepas pelontar memulakan permainan akan terbatal dan pelontar dikira pemenang.

e) Bola tidak boleh disorokkan ke dalam pakaian dan apabila ini berlaku, permainan boleh dibatalkan atau pelontar masih boleh meneruskan permainan walaupun telah mengenai balingan daripada pihak penyerang.

11

12.

REFLEKSI INDIVIDU

Nama : Noor Azrun Bin Talib No. I/C : 820513-08-6297 Kelas : PK2

Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini merupakan satu subjek yang seronok dan bermanfaat. Melalui tugasan permainan tradisional Tuju Tin ini saya telah mempelajari banyak perkara. Antaranya asal -usul permainan ini, fungsi permainan, bahan yang digunakan untuk bermain, cara untuk bermain, cara pengiraan mata, peraturan-peraturan permainan dan kesalahan -kesalahan yang tidak boleh

dilakukan semasa bermain. Permainan ini sangat menarik dan aktif. Kelebihan permainan ini adalah semua pemain dapat bermain pada waktu yang sama. Permainan ini juga dapat mengaktifkan badan secara keseluruhan kerama memerlukan pemain berlari, mengelak dan melompat.

Disamping itu, permainan ini juga tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya barang barang terbuang sahaja yang digunakan sebagai alat untuk bermain seperti kertas surat khabar, tin-tin kosong, beg plastik dan getah. Hal ini bukan sahaja menjimatkan wang malah menjaga alam sekitar dengan menggunakan semuala bahan-bahan terbuang. Kesimpulannya, saya merasakan permainan Tuju Tin ini seharusnya dipelihara dan diwarisi serta diajar pada generasi -generasi muda sekarang agar ia tidak pupus ditelan peredaran zaman . Permainan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dan melahirkan kerjasama yang baik malah dapat membentuk perpaduan yang utuh sekiranya semua kaum di Malaysia ini bermain bersama.

12

NAMA: KHAIRUL HAKIMIN BIN MOHAMAD REDHUAN KAD PENGENALAN: 850601-04-5353 KELAS: KPLI-KDC PK2

Pada kali ini kami telah diberikan tugasan melakukan permainan tradisional Baling Tin bagi tugasan subjek Pendidikan Jasmani. Sebelum membuat aktiviti ini, saya merasa amat bimbang dengan kekangan masa yang dimiliki oleh sa ya dalam menyiapkan tugasa ini disebabkan oleh jadual kelas yang terlalu padat namun tugasan ini tetap diterima dengan hati terbuka. Sebelum melakukan tugasan ini juga saya merasa samar-samar mengenai permainan yang ditugaskan kepada kami disebabkan kurangnya pengalaman mengenai permainan tradisional tersebut. Namun, Semasa mencari maklumat mengenai tugasan ini, saya dapati ianya sesuatu yang menarik bagi kami guru-guru Pendidikan Khas kerana permainan ini boleh dilakukan bersama murid sewaktu pelajaran PJ disekolah. Dengan melakukan tugasan seperti ini juga, bakal -bakal guru dapat memperolehi peluang mencari mengenai permainan tradisional yang sering dilupakan dalam arus permodenan ini. Dengan menggunakan peluang seperti ini membolehkan permainan tradision al ini terus mekar dalam sanubari guru -guru . Setelah melakukan tugasan yang diberikan ini saya dapati ianya amat mudah disebabkan oleh sumber yang tidak terhad dalam internet dimana saya hanya perlu mencari dalam sesawang yang betul dan segala maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan ini akan diperolehi. Tugasan ini juga dirasakan amat mudah disebabkan sumber bagi permainan ini yang mudah diperolehi dalam persekitara seperti tin dan dan surat khabar sahaja. Akhirkata, segala tugasan mengenai p ermainan tradisional ini amat berguna bagi guru-guru kini kerana ianya membolehkan guru -guru tersebut mencari maklumat mengenai permainan tersebut.

13

13.

PI

14