Anda di halaman 1dari 7

LEE SING YII : Selamat sejahtera. Apa khabar?

Saya Lee sing yii dan saya ivy ong dari


IPGKTAR ingin menemu ramah encik tentang .isu Bahasa Melayu dalam Era Digital.

LING CHIN KUOK : Khabar baik. Boleh,saya akan memberi kerjasama sepenuhnya.

LEE SING YII : Tahniah kami ucapkan.

LING CHIN KUOK : Terima kasih.

IVY ONG :Encik,saya ingin bertanya bahawa pandangan encik tentang perbezaan penggunaan
bahasa melayu dalam era digital sebelum dan sekarang

LING CHIN KUOK : Pada pandangan saya, Bahasa Melayu menjadi lidah atau medium dalam
perjuangan bangsa untuk menentang penjajah dan perjuangan menentang Malayan Union
pada masa dahulu. Namun begitu, kini, oleh sebab perkembangan pesat teknologi maklumat
dan komunikasi sekali lagi menyerang bahasa Melayu, seterusnya mencorakkan bentuk
masyarakat yang baharu, struktur ekonomi baharu yang lebih berpaksi kepada alam maya serta
pasaran sengit dalam pasaran antarabangsa.

LEE SING YII : encik, apakah peranan bahasa melayu dalam pembentukan negara bangsa
malaysia

LING CHIN KUOK : Sesungguhnya, Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan negara bangsa
berasaskan tiga kedudukan utama yang diperuntukkan, iaitu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi salah
satu asas jati diri rakyat dan negara, dan menjadi unsur perpaduan rakyat berbilang
keturunan. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu menjadi alat perhubungan yang
menggerakkan jentera pentadbiran negara. Sebagai bahasa ilmu pula, bahasa Melayu
berperanan menjadi wasilah penyampaian ilmu kepada rakyat, khususnya generasi muda,
dalam rangka membentuk modal insan untuk membangunkan negara dalam segenap
bidang.Bukan itu sahaja,Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga perlu didaulatkan melalui
penggunaan teknologi yang meluas. Ia mampu menjadi bahasa ilmu, membina tradisi keilmuan,
harus diperjuang dan diletakkan sebagai bahasa saintifik serta diguna pakai dalam sistem
pendidikan, pentadbiran malahan dalam semua agenda negara. Oleh itu, kajian-kajian saintifik
membuktikan kepada keperluan teknologi dalam meningkatkan penggunaan bahan berbahasa
Melayu sama ada pendidikan, penyelidikan dan penerbitan termasuk perundingan.
Kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan pentingnya teknologi …penggunaan iMindMap
bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian pelajar malah dalam aspek isi, bahasa dan
teknik karangan . Begitu juga, penggunaan perisian asas membaca berkesan dalam
membantu meningkatkan pencapaian asas membaca murid-murid peringkat prasekolah
termasuk memberi implikasi kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid (Suraya Tarasat
& Aisah Daud, 2014). Oleh itu, bahasa Melayu perlu bersepadu dan bergandingan dengan
teknologi untuk mengangkat martabat sebagai bahasa ilmu dalam pendidikan tinggi
mana-mana negara yang berbahasa Melayu.Akhir sekali Bahasa Melayu perlu bersepadu dan
bergerak seiring dengan perkembangan teknologi. Melalui cara ini, bahasa Melayu mampu
mengaplikasikan sumber ilmu teknologi itu untuk menguasai dan menjana maklumat daripada
berbagai-bagai bidang kebahasaan bahasa Melayu dalam dunia yang berubah dengan drastik.
Dapatan kajian seperti pengkaedahan pembelajaran berbantukan komputer dapat membuka
ruang kepada pelajar meneroka pembelajaran sendiri (Nor’Aini, 2008) dan integrasi antara
multimedia dan teknologi dalam bilik darjah dapat membantu pelajar-pelajar untuk memperoleh
kemahiran-kemahiran tertentu serta menjadikan mereka yang produktif (Qais Faryadi, 2006)
membuktikan kepentingan teknologi dalam meningkatkan keupayaan bahasa Melayu sebagai
alat dan perkakasan dalam dunia pendidikan. Oleh itu, sebahagian bahan itu mestilah
berbentuk digital untuk memenuhi keperluan semasa pengguna terutama, generasi muda yang
membesar di hadapan komputer, internet, pengkalan data dan portal termasuk berbagai-bagai
jenis gajet. Justeru, golongan penyelidik,guru, pensyarah, pengarang, penerbit malah
institusi penyelidikan hendaklah menggembleng usaha ke arah mencapai impian tersebut.

IVY ONG : oooo, baik encik.selain daripada peranan,Apakah cabaran yang telah dihadapi oleh
masyarakat kini dalam penggunaan bahasa melayu dalam era digital?

LING CHIN KUOK : Pada pendapat saya, cabaran yang telah dihadapi oleh masyarakat kini
dalam penggunaan bahasa melayu dalam era digital adalah penggunaan bahasa rojak dalam
media sosial. Penggunaan bahasa yang bercampur akibat pencantuman bahasa dari setiap
kaum- kaum di Malaysia menyebabkan lahirnya bahasa rojak. Dengan adanya bahasa rojak,
masyarakat memandang remeh dengan penggunaan bahasa ini dan sudah menjadikannya
sebagai satu identiti atau gaya percakapan yang lebih bersifat Malaysia. Sebagai contoh,
penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris semasa berkomunikasi dengan kawan lain
dalam media sosial. Dengan ini, wujudnya semangat jati diri terhadap bahasa kebangsaan kita.
Remaja kini akan mengalami kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang. Selain itu,
generasi akan datang akan terbiasa dan mengabaikan bahasa Melayu yang betul. Jelaslah
bahawa bahasa rojak merupakan isu yang perlu diatasi untuk mengelakkan penyalahgunaan
bahasa Melayu.

LEE SING YII : Selain daripada isu penggunaan bahasa rojak,bolehkah encik mengemukakan
cabaran yang lain?

LING CHIN KUOK : Ya boleh. Pada cadangan saya, isu penggunaan bahasa Melayu dalam
media sosial ialah bahasa Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan penggunaan bahasa lucah
merupakan salah satu cabaran yang sering berlaku pada era digital ini . Sistem Pesanan
Ringkas merupakan singkatan bagi sesuatu perkataan. Sistem ini kerap digunakan oleh semua
lapis umur masyarakat sama ada orang tua ataupun muda. Hal ini demikian kerana sistem ini
lebih cepat dan lebih bersifat mesra pengguna. Para pengguna berasa lebih mudah dan
terbiasa dengan sistem ini. Dengan ini, bahasa Melayu akan rosak dan dijatuhkan martabatnya
sendiri dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa malambangkan
sesuatu bangsa. Jika rosak sesebuah bahasa, maka akan rosaklah sesuatu bangsa. Lama-
kelamaan, bangsa itu akan menghilangkan identity bangsa tersebut. Oleh itu, Sistem Pesanan
Ringkas dapat menjejaskan kemurnian bahasa Melayu dalam kalangan remaja.Bukan itu
sahaja, bahasa lucah juga merupakan salah satu isu yang mencemarkan bahasa Melayu pada
zaman sekarang. penggunaan bahasa lucah adalah antara yang amat popular digunakan di
dalam alam maya. Bahasa lucah menjadi salah satu bahasa yang menyumbang kepada
pencemaran terhadap bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaannya
mampu membuat seseorang berasa malu untuk membaca setiap penulisan yang disiarkan
dalam laman sosial. Oleh itu, bahasa lucah dapat menjejaskan kualiti bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar. Dengan itu, para pelajar akan terpengaruh untuk menggunakan bahasa-
bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian. Ini menunjukkan bahasa lucah dalam media
sosial memberi pengaruh yang tidak baik kepada pelajar.

LEE SING YII : Terima kasih encik atas penjelasan tentang cabaran yang dihadapi pada era
digital ini.Sekarang saya ingin bertanya encik bahawa apakah punca yang menyebabkan
cabaran yang telah dinyatakan oleh encik tadi?

LING CHIN KUOK : Pada bukti yang telah saya terokai, punca penggunaan bahasa rojak
adalah sikap kurang yakin masyarakat Malaysia terhadap Bahasa Melayu. Kebanyakan
masyarakat berpandangan bahawa tiada gunanya mempelajari bahasa Melayu kerana bahasa
tersebut akan lenyap ditelan zaman. Dengan itu, mereka menganggap bahasa Melayu tidak
setanding dengan bahasa Inggeris serta merasakan lebih elit menggunakan bahasa Inggris,
walaupun bertutur dengan orang Melayu. Mereka juga menganggap bahasa rojak dikatakan
lebih santai dan tidak begitu formal.

IVY ONG: Bolehkah encik memberikan sedikit contoh untuk bahasa rojak?

LING CHIN KUOK : Contoh bahasa Melayu yang sering digunakan di ruang siber adalah
seperti: "Perggh..gempak giler, terbaek, OK..orait, Ellemak ..lupa lak, Eeee..teruknya, chow,
opocot, hek eleh." Singkatan yang sering digunakan pula ialah seperti: Pulak jadi lak, pergi jadi
p, minta diri dulu jadi chow, serta beratus-ratus lagi atau mungkin beribu-ribu lagi.

IVY ONG : Ya encik. Sekiranya punca adalah sikap rakyat Malaysia yang
mengagung-agungkan bahasa Inggeris, adakah encik setuju dengan punca ini?

LING CHIN KUOK : Ya, saya setuju dengan pandangan itu. Kebanyakan penduduk negara kita
berpendapat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang terulung di dunia.Walau
bagaimanapun, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Bahasa Inggeris bukanlah bahasa yang
mempunyai paling ramai penutur di dunia ini. Bahasa Inggeris hanyalah merupakan lingua
franca, iaitu bahasa pertuturan yang paling utama dan meluas. Hal ini demikian kerana
penggunaannya adalah sebagai ‘penyambung lidah’ antara bangsa-bangsa yang berlainan.
Dari kaca mata yang lain, Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
Malaysia juga merupakan punca yang menyebabkan cabaran tersebut. Hal ini demikian kerana
masyarakat kurang menjiwai dan sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.
Contohnya, sikap penduduk di Perancis. Mereka tidak akan melayan bangsa asing yang
bertutur dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, jika kita sendiri bertutur dalam bahasa Melayu,
mereka akan melayan kita dengan sebaik mungkin. Sifat cinta akan bahasa sendiri inilah yang
perlu wujud dalam diri setiap masyarakat Malaysia. Seseorang rakyat yang mencintai
negaranya pasti tidak akan mengabaikan bahasa kebangsaannyah.

IVY ONG : Encik, saya ingin bertanya bahawa apakah punca bahasa penggunaan bahasa
Sistem Pesanan Ringkas (SMS) iaitu singkatan bagi sesuatu perkataan.

LING CHIN KUOK : Untuk SMS, puncanya adalah ingin cepat untuk menghantar pesanan atau
mesej. Selain itu, remaja gemar mengikut Budaya atau "trend" pada suatu masa tertentu untuk
menunjukkan kehebatan diri. Dengan itu, ada juga remaja menggunakan singkatan adalah
untuk menjimatkan masa mengeja sesuatu perkataan.

IVY ONG : Bagaimana dengan punca penggunaan bahasa lucah pula, encik?

LING CHIN KUOK : Antara faktor penggunaan bahasa lucah dalam kehidupan harian adalah
dari pengaruh dan didikan keluarga. Kebanyakan ibu bapa masa kini bekerja sepenuh masa
untuk mengejarkan duniawi dan kemewahan. Lantaran kesibukan dan kesuntukan masa, maka
hak penjagaan dan didikan anak-anak kurang dititikberatkan sebaliknya ada yang menyerahkan
sepenuh tanggungjawab ini kepada penjaga anak-anak mereka seperti pembantu rumah atau
pengasuh. Sikap sambil lewa dan tidak mengambil berat inilah yang menjadi punca kewujudan
sifat-sifat negatif dalam diri anak-anak. Anak-anak umpama kain putih yang suci dan bersih. Ibu
bapalah yang berperanan untuk mencorakkan kain itu agar menjadi corak yang cantik dan
sempurna. Sikap tidak peduli dan tidak bertanggungjawab ibu bapa ini akan menyebabkan
sesebuah keluarga itu kurang kemesraan dan kasih sayang sehingga menyebabkan hubungan
antara keluarga menjadi renggang. Dengan ini, anak-anak akan menunjukkan perasaan tidak
puas hati mereka kepada ibu bapa dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Mereka
memprotes dengan cara bersikap kurang ajar dan mengeluarkan kata-kata yang kesat dan
kasar apabila bercakap tanpa menghormati seseorang individu yang lain…….

LEE SING YII : encik, saya ingin bertanya bahawa adakah isu isu tersebut membawakan kesan
yang besar kepada masyarakat?

LING CHIN KUOK :Ya, Kesan daripada pencemaran bahasa telah menyebabkan Bahasa
Melayu yang indah dipinggirkan oleh generasi Melayu.Bahasa Melayu merupakan satu bahasa
yang sinonim dengan masyarakat Melayu.Hal ini bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa
pertuturan bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.Bahasa Melayu
mempunyai peranan yang sangat penting,iaitu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa
pentadbiran, bahasa pengantar,bahasa rasmi dan sebagainya.Dalam perbualan atau pertuturan
kita seharian,kita seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu
tidak ditelan arus pemodenan atau globalisasi.Begitu juga pencemaran bahasa ini akan
menyebabkan kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang.Apabila bahasa tercemar maka
ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu
bahasa tersebut.Generasi akan datang akan terkeliru untuk mempraktekkan bahasa yang
sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian.Selain itu,jika generasi akan datang mengikut
trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada
suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut.
Dari perspektif yang berbeza, Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa
Melayu baku sama ada lisan atau tulisan merosot.Perkara ini dapat dilihat dalam bidang
pendidikan khususnya dalam kalangan pelajar.Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan
istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas,lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi
sebati kepada seseorang individu tersebut.Para pelajar akan turut terpengaruh untuk
menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di
sekolah.Dengan demikian,mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin
menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak
mengenal apa itu pantun dan syair.

LEE SING YII : encik, adakah penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan boleh
menjejaskan pembelajaran di peringkat sekolah merupakan salah satu kesan?

LING CHIN KUOK : ya betul. Kini, kebanyakkan pelajar sering menggunakan bahasa rojak
untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan dalam penghataran sistem pesanan
ringkas (SMS). Apabila gejala ini dijadikan sebagai amalan seharian mereka, keadaan ini akan
menjejaskan keputusan peperiksaan bagi seseorang pelajar, sekolah mahupun negeri. Hal ini
demikian kerana, mereka tiada kemahiran dalam menulis karangan dengan menggunakan
bahasa yang betul. Mereka telah biasa menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian
mereka. Sehubungan itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menulis tanpa
menggunakan bahasa rojak. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa perbelajaran di
peringkat sekolah akan terjejas disebabkan oleh bahasa rojak dan bahasa singkatan.

LEE SING YII : Terima kasih Encik atas penjelasannya tentang kesan penggunaan bahasa
melayu terhadap isu yang telah dikemukakannya.Encik, bolehkah encik menjelaskan beberapa
cara untuk mengatasi pencemaran bahasa untuk kami dengan pendengar?

LING CHIN KUOK : Ooo, boleh boleh. Bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa adalah
perlu langkah-langkah yang drastik diambil bagi memastikan pencemaran bahasa tidak
berleluasa. Antaranya ialah Guru-guru perlu lebih prihatin dalam mengajar bahasa Melayu
kepada pelajar. Setiap kesalahan pelajar ketika menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi
dengan segera. Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa diadakan bagi memastikan
kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan. Ini akan mengurangkan
kesalahan-kesalahan bahasa dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang betul.

IVY ONG : Encik, apakah cara untuk mengatasi isu penggunaan bahasa Sistem Pesanan
Ringkas (SMS) iaitu singkatan bagi sesuatu perkataan?

LING CHIN KUOK: Pada pandangan saya,semua pihak perlu bekerjasama dalam memainkan
peranan masing-masing untuk menangani masalah ini. Pengawasan ibu bapa dalam
penggunaan Bahasa Melayu di rumah dan guru mesti memberi penekanan kepada pelajar
supaya tahu membezakan bahasa rasmi atau tidak rasmi. Ibu bapa haruslah menjadi contoh
yang baik dan suri teladan kepada anak-anak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa haruslah
sentiasa mengurangkan penggunaan bahasa singkatan supaya tidak dicontohi oleh anak-anak
mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Guru juga harus menwajibkan
penggunaan bahasa rasmi dan bahasa formal ketika sesi pembelajaran dan pengajaran. Guru
harus sentiasa menegur murid-murid yang sering kali menggunakan bahasa singkatan. Guru
juga boleh memberi dendaman yang ringan agar tidak lagi menggunakan bahasa singkatan
yang akan menjejaskan identiti bahasa Melayu. Individu juga haruslah menanam sifat cinta
akan Bahasa Melayu. Masyarakat perlu berganding bahu dalam memartabatkan Bahasa
Melayu.
Pihak berwajib melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengambil berat dan
mengambil tindakan terhadap situasi Bahasa Melayu yang semakin tercemar dan diabaikan
oleh generasi muda ini.
Kerajaan perlu mengadakan kempen penggunaan Bahasa Melayu singkatan dengan betul
terutamanya dalam kalangan pelajar.

IVY ONG : Encik, saya mempunyai satu soalan, bagaimana dengan cara mengatasi
penggunaan bahasa lucah pula encik?

LING CHIN KUOK : Bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa melayu pada masa kini, para
pelajar sama ada di peringkat rendah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi perlu
mengubah sikap menganggap bahawa bahasa Malaysia itu mudah. Para pelajar perlu sentiasa
peka terhadap perkembangan bahasa Malaysia serta ingin meningkatkan pengetahuan dalam
bidang bahasa ini. Para pelajar juga disarankan agar sentiasa menggunakan bahasa Melayu
dengan betul. Pelajar-pelajar juga disarankan agar banyak membaca buku-buku,
majalah-majalah dan bahan bacaan yang tulis dalam bahasa Melayu dan seterusnya dapat
meningkatkan pengetahuan mereka dalam bahasa.
Di samping itu, media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa
yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar,
penutur dan pengguna Bahasa Melayu. Media massa ini juga berperanan untuk menyekat
iklan-iklan dalam Bahasa Melayu yang menyalahi sistem Bahasa Melayu akibat daripada
terjemahan yang salah.

LEE SING YII :Terima kasih encik atas penjelasannya. Secara kesimpulannya, pencemaran
bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin meruncing sejak akhir-akhir
ini.Namun,jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas dengan penuh teliti dan
kerap,tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa yang berada di tahap
terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan.Oleh itu,bagi pihak-pihak
penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga bertanggungjawab
membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa.Dari sinilah kita mendidik
masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan,sebutan,dan tatabahasa
Bahasa Melayu.Akhir kalam ‘Bahasa menunjukan bangsa’.salam

IVY ONG : Selain itu semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk menjalankan
langkah yang pragmatik bagi menangani isu penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial.
Usaha yang berterusan dan efisien akan menyebabkan bahasa yang telah diangkat
martabatnya sebagai bahasa kebangsaan ini semakin dihormati dan penggunaannya dapat
dibaiki dari semasa ke semasa. Jika tiada prakarsa daripada mana-mana pihak, maka pupuslah
bahasa dan lenyaplah bangsa. Langkah untuk mengutamakan bahasa Melayu ini dilakukan
agar generasi akan datang dapat merasakan keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka
yang selama ini diperjuangkan agar "tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas".Baiklah
setakat itu sahaja temu ramah kita pada hari ini. Terima kasih kepada
Encik kerana sudi diwawancara. Semoga encik sihat dan mencapai segala yang diinginkan.
Saya wakil dari pihak ipgktar sentiasa memberi sokongan kepada encik untuk terus maju jaya

LING CHIN KUOK : sama-sama

Anda mungkin juga menyukai