Anda di halaman 1dari 11

Definisi PAK21

Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen


komunikasi,kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativitiserta aplikasi nilai murni dan
etika

89 Aktiviti PAK21 Serta Contoh Aktiviti

1.Human Graphing (graf manusia)


Murid bergerak mengikut kumpulan dan membentuk corak tertentu supaya topik
mudah difahami.

2.Video Clips (klip video)


Penggunaan klip video dengan berpandukan soalan-soalan yang disediakan

3.Using large picture cards (gambar/foto besar)


Penggunaan gambar atau foto dalam PdP

4.I see, I Think, I wonder (saya lihat, saya fikir & saya bertanya)
a)Senaraikan apa yang mereka lihat
b)Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan hidup seharian
c)Bertanya soalan-soalan yang berkaitan

5.Recap Groups (mengulang/mengingat semula)


Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan berkenaan apa yang
telah dipelajari sebelum itu.

6.Rocket writing (penulisan pantas)


Jangka masa diberi (contohnya 3 atau 5 minit) untuk murid menulis apa yang
mereka tahu berkenaan apa yang telah dipelajari sebelum itu.

7.Gallery Walk ( Lawatan ke galeri)


Murid berjalan sekeliling bilik untuk
a)Melihat
b)Berfikir
c)Berbincang dengan rakan-rakan sekumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan
lain yang ditampal

8.Y Chart (carta Y)


Tiga keeping kertas ditampal dalam bentuk Y dan pada setiap kertas ditulis soalan
yang berbeza untuk murid menulis jawapan mereka

9.Time Capsules (kapsul masa)


Guru mengambil hasil kerja setiap murid pada awal tahun (contohnya) dan
membuka kapsul

10.Chain Link (rangkaian)


Murid membuat rantai kertas dimana pada setiap kertas ditulis idea/ maklumat yang
berkaitan dengan topik yang diberi

11.Survey (tinjauan)
Murid membuat tinjauan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi
tujuan membuat analisis berkenaan topik.

12.Shout out ( laungan)


Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi
sumbang saran. Idea-idea mereka dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti
seterusnya- susun semula idea ni secara sistematik

13.Presentation (persembahan)
Persembahan murid dalam bentuk:
a)Lisan
b)Video
c)Powerpoint
d)Pameran
e)Nyanyian
f)Tarian
g)Lakonan
h)Lain-lain yang kreatif

14.Learning Modalities (gaya pembelajaran)


Penggunaan gabungan pelbagai cara pembelajaran. Contohnya kinestatik
(pergerakan), visual dan auditori (mendengar), PdP melibatkan aktiviti-aktiviti
mengikut kecenderungan murid (Multiple Intelligences)
1.Verbal-Linguistic
2.Logical-Mathematical
3.Visual-Spatial
4.Bodily-kinestatic
5.Musical-rhythmic
6.Naturalist
7.Intrapersonal
8.Interpersoan
15.Quadrant Activity (aktiviti berempat)
A)Satu bulatan dilukis di tengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan, guru
membahagikan kertas kepada 4 bahagian (satu bahagian untuk satu murid).
B)Setiap murid menulis jawapan/pandangan kepada soalan yang diberi
C)Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah semua
ahli kumpulan di dalam bulatan.

16.Indicator (petunjuk)
Penggunaan dua warna untuk menunjukkan jawapan murid, contohnya:
a)Hijau- Ya/Setuju
b)Merah- Bukan/Tidak setuju

17.Build the biggest tower (membina menara yang terbesar)


a)Murid bekerja secara berkumpulan & kolaboratif
b)Guru memberi bahan-bahan yang tertiad kepada setiap murid untuk membina
menara mereka secara kreatif
c)Menara ini mencerminkan/ memaparkan refleksi/ pandangan mereka.

18.Chunking (gabungan)
Menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk digabungkan dengan
pembelajaran baru untuk mempertingkatkan kefahaman mereka

19.Graphic Organiser (pengurusan graphic)


Bentuk grafik yang digunakan atau dicipta murid untuk menunjukkan kefahaman
mereka dan maklumat berkaitan isu yang dibincang.

20.Skits (sketsa)
Sketsa memberi peluang kepada murid untuk membuktikan kefahaman mereka
terhadap topic yang diberi.

21.Parachute Building (membuat payung terjun)


Aktiviti inkuiri yang menggalakkan murid bekerjasama dan berkolaborasi

22.Café (Kafe/Kedai Kopi)


Seperti di kafe, murid duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang
tentang soalan/isu yang diletakkan di atas alas meja (table cloth).

23.IB Tree (Pokok IB)


Setiap murid diberi helaian yang mempunyai pokok IB dan mereka mencatatkan
perkembangan mereka secara individu tentang apa yang dipelajari.
24.SWOT
S: Strengths (kekuatan) W: Weaknesses (kelemahan) O: Obstacles (halangan) T:
Thoughts (soalan-soalan untuk tidakan/kajian seterusnya).

25.Commercial (Iklan)
Satu cara untuk menyampaikan maklumat tentang tajuk yang diberi.

26.Continuum (penerusan)
Sama seperti graf atau carta, kaedah ini boleh digunakan untuk menunjukkan
kefahaman dan perkembangan pelajar dalam sesuatu topic.

27.Checklist (senarai semak)


Murid dikehendaki menanda item-ite dalam senarai untuk menunjukkan kefahaman
mereka.

28.Anecdotal Notes (Nota anekdot)


Guru membuat catatan ringkas berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan
pelajar. Nota ringkas ini boleh dirujuk apabila membuat laporan secara formal

29.Bus Stop (hentian bas)


a)Soalan diatas kertas ditampal di dinding beberapa tempat dalam kelas/dewan.
b)Murid bergerak secara berkumpulan dari satu hentian ke hentian yang lain sambil
berbincang tentang topic berkenaan.
c)Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperolehi.

30.Table Talkers (perbincangan di meja)


Kad-kad yang mengandingi topic/isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan
kumpulan secara lisan atau bertulis.

31.Exit Card (card keluar)


Untuk refleksi. Contoh yang lain:
a)Light bulb (mentol)- Apakah satu perkara baharu saya pelajari hari ini.
b)Bin (bakul) – Apa yang perlu saya keluarkan?
c)Bag (beg) - Apa yang saya suka?

32.Brainstorming (sumbangsaran)
Cara yang amat baik untuk mendapat idea-idea bernas daripada murid

33.Classification (klasifikasi)
Menampal kata-kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat. Murid
dikehendaki berdiri di mana terdapat kata-kata atau soalan yang mereka
suka/faham.

34.What Matters (apa yang penting)


Satu teknik menjawab soalan-soalan yang diberi- murid bergerak dan melihat serta
cuba memahami atau memilih jawapan-jawapan yang sesuai yang ditampal di
sekitar mereka.

35.Personal Learning Experience (pengalaman peribadi)


Murid berkongsi pengalaman peribadi berkaitan isu/topic yang dibincang.

36.Think-Pair-Share (fikir-pasangan-kongsi)
a)Murid dikehendaki memikirkan topic yang diberi secara individu.
b)Murid diminta berbincang dengan rakan
c)Mereka perlu berkongsi maklumat/hasi perbincangan dengan pasangan lain.

37.Diamond Ranking (susunan berlian)


9 keping ketas disusun dalam bentuk berlian 1-2-3-2-1, strategi ini digunakan untuk
menentukan susunan mengikut kepentingan idea murid.

38.Story Books (buku cerita)


Penggunaan buku-buku cerita untuk kanak-kanak dalam kelas murid yang lebih
dewasa dapat memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dan membuat
refleksi.

39.Party (pesta)
Mewujudkan suasana berpesta dan berbincang tentang isu yang disediakan atas
kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik dewan atau diletak di atas meja-meja atau di
atas lantai.

40.Games (permainan)
Permainan dijadikan strategi yang berkesan untuk perbincangan.

41.Leaning Trios A-B-C (tiga serangkai a-b-c)


a)Murid A bercakap, murid b & c dengar dan bertanya soalan
b)Murid B bercakap, murid a & c dengar dan bertanya soalan
c)Murid C bercakap, murid a & b dengar dan bertanya soalan

42.Sharing (berkongsi)
Kumpulan disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama.
43.Carousel (Karusel)
a)Soalan-soalan diletak di sekeliling bilik
b)Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke soalan yang lain,
dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak
c)Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid
diminta berbincang atau menulis jawapan mereka atas kertas.
d)Cara yang lain- murid duduk dalam kumpulan dan soalan-soalan diedarkan
mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan mesti bincang & jawab semua soalan.

44.Read and Highlight (baca dan tanda)


Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan dikehendai
mengenalpasti dan menanda kata-kata kunci atau ayat-ayat penting.

45.Question builder (pembina soalan)


Guru memberi konsep dan bimbang pelajar supaya mereka mebina soalan-soalan
yang membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang konsep yang diberi.

46.Puzzle it Out
Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang
dan menyusun maklumat

47.Cloze Procedures (Isikan tempat kosong)


Murid diberi helaian tugasan dimana mereka perlu mendengar dengan teliti dan
mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang tepat.

48.KWL Chart (carta KWL)


Carta diberi kepada murid sebelum PdP. Pelajar diminta mengisi ruang-ruang
seperti:
a)Know (What I know about)
b)Want ( What I want to know more about)
c)Learned ( What I have learned)

49.Rubrics (Rubrik)
Satu strategi untuk menilai pencapaian pelajar contohnya persembahan pelajar
murid akan diberitahu ciri-ciri yang terkandung dalam rubric.

50.Iceberg (Aisberg)
Satu strategi untuk mengumpul maklumat daripada murid berkenaan topic yang
diberi:
fakta asas biasa berada di hujung aisberg
maklumat yang lebih kompleks berada di paras bawah
51. Timeline (garisan masa)
Strategi yang digunakan untuk mencatat maklumat murid atau topic – satu bentun
klasifikasi atau ranking.

52. Dip (cerun/lurah)


Inquire/ Learn (Tanya /belajar)

53. GRASPS
goal (gol/target)
role (peranan)
audience (hadirin)
- product, performance & purpose (produk, penyampaian & tujuan)

54. Quick Quiz (kuiz kilat)


Kuiz yang digunakan untuk menguji kefahaman murid tentang pengetahuan sedia
ada atau apa yang telah mereka pelajari.

55. Artscape (lakaran)


Guru memainkan muzik dan murid diminta melakar di atas kertas kosong apa yang
mereka suka, untuk mencerminkan kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari

56. Dramatisation (drama)


Persembahan murid dalam bentuk drama, iaitu hasil kerja pelajar secara
berkumpulan selepas membuat perbincangan dan latihan.

57. Mind Map (peta minda)


Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman
mereka tentang sesuatu topic yang telah diajar.

58. Altitute Movement (Pergerakan mengikut pendapat)


Guru menampal kenyataan berkaitan isu yang telah dibincang di sekeliling bilik dan
murid diminta membaca setiap kenyataan dan berdiri di tempat kenyataan yang
mereka setujui.

59. Constructivism
Strategi ini menggalakkan murid melalui proses pembelajaran yang bermakna
dengan membina idea baru. Proses ini melibatkan generate (bina), sort (susun),
connect (gabung) , elaborate (hurai).
60. Jigsaw reading (susun suai)
Murid diberi keratin ayat dimana mereka dikehendaki menyusun semula ayat
mengikut kesesuaian.

61. Chart and Share (catat dan kongsi)


Borang diberi kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi borang serta
berkongsi idea dengan kumpulan yang lain

62. Table Cloth (alas meja)


Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja.
Murid bergilir-glir untuk menulis jawapan mereka di atas kertas itu.

63. Collaboration (kolaborasi)


Murid diberi tugasan untuk membuat tugasan secara berkumpulan dan bekerjasama
dengan kumpulan-kumpulan lain untuk melengkapkan tugasan.

64. Stretch to Sketch


Guru memberi maklumat untuk membantu murid melukis tetapi merka juga
dikehendaki mengunakan kreativiti masing-masing untuk berbuat demikian. Hasi
kerja murid ditampal dan guru akan memberi hadiah kepada lukisan yang paling
tepat.

65. Drawing Posters


Berdasarkan arahan yang diberi, murid melukis poster secara berkumpulan, tanpa
menggunakan ayat.

66. Thumbs up (isyarat tangan)


Satu Cara guru menilai murid apabila ditanya soalan, murid memberi isyarat tangan
seperti berikut: Thumbs up (bagus/faham) Thumbs middle (kurang faham) Thumbs
down (tidak faham)

67. Compass Point


Selepas PdP, guru boleh mengedar borang untu diisi oleh murid secara individu:
Excited (seronok) –Worrisome (risau) – Need to know (ingin tahu) –
Suggestion(cadangan)

68. Exemplars (contoh)


Guru menggunakan contoh yang baik dalam PdP untuk mengukuhkan kefahaman
murid.

69. Personal Action Plan (pelan tindakan peribadi)


Setiap murid dikehendaki membuat pelan tindakan peribadi berkenaan
pembelajaran mereka tentang isu.

70. Traffic Light (lampu isyarat)


Satu cara penilaian kendiri semasa atau diakhir PdP. Tiga warna digunakan: Hijau-
saya ingin tahu, kuning-rasanya saya tahu, merah-saya tidak tahu)

71. Post It Notes (nota tampalan)


Murid diminta menulis catatan di atas sekeping kad dan tampalkan di papan
kenyataan selepas PdP.

72. Talk Partners (pasangan berbual)


Murid diberi peluang untuk berbual dan berbincang dengan pasangan tentang apa
yang mereka pelajari.

73. Webs (rajah sarang labah-labah)


Strategi ini hamper sama dengan menyediakanpeta minda. Murid digalakkan
mencatat idea mereka dalam bentuk yang kreatif.

74. Make prediction (Membuat jangkaan/andaian)


Murid diminta membuat andaian sebelum demo dibuat. Setelah tamat demo, murid
diminta berbincang samada jangkaan mereka betul, salah atau kurang tepat.

75. Circle Time (bulatan masa)


Murid duduk dalam kumpulan secara bulatan sama ada di atas kerusi @ lantai. Guru
menyediakan bola sesiapa yang memegang bola tersebut, dikehendaki menyatakan
pandangan tentang tajuk yang dibincangkan dan pass bola tersebut kepada murid
lain pula untuk memberi giliran bercakap.

76. Envoys (Utusan)


Setiap kumpulan diberi tugasan, seorang utusan dipilih dari setiap kumpulan untuk
menerangkan hasil perbincangan tentang tajuk kepada kumpulan baru disamping
mendapatkan pandangan dari kumpulan baru tentang tajuk itu.

77. Rainbow Group (kumpulan pelangi)


a) Murid berada dalam kumpulan. Tentukan tajuk yang berbeza bagi setiap
kumpulan untuk perbincangan.
b) Selepas berbincang , bina kumpulan baru yang terdiri daripada setiap ahsli dari
kumpulan asal.
c) Murid akan menyatakan hasil perbincangan dari kumpulan asal kepada ahli
kumpulan baru secara bergilir.
78. Snowballing (bola salji)
Guru menyatakan satu soalan kepada semua murid.
1.Setiap murid menghasilkan satu jawapan secara individu
2.Ulang proses yang sama. Cara ini boleh mensistesiskan 4 jawapan kepada 1
jawapan.

79. Rotating Station (stesen berputar)


Letakkan kumpulan kecil di setiap stesen. Mereka diberi masa 10 minit untuk
menjawab topic yang telah ditentukan disetiap stesen. Apabila masa tamat,
kumpulan itu akan bergerak ke stesen seterusnya sehinggalah semua kumpulan
telah melalui semua stesen. setiap kumpulan diberi pen warna yang berbeza untuk
mencatat jawapan.

80. Hot seating (kerusi panas)


Seorang murid dipilih tampil di depan kelas. Dia bertindak untuk menyatakan
pandangan atau menjawab soalan daripada rakan-rakan berkaitan dengan tajuk
yang dibincangkan.

81. Goldfish Bowl (mangkuk ikan panas)


Sama seperti hot seating tetapi yang tampil ke depan ialah satu kumpulan untuk
menyatakan pandangan dan menjawab soalan. Murid lain boleh bertanya solan
kepada kumpulan ini

82. Six Thinking Hats (6 topi pemikir)


Murid diminta menyatakan pandangan berdasarkan Thinking Hats yang telah
ditentukan

83. Radio Phone-in (radio telefon)


Guru@murid bertindak sebagai penyampai radio. 4 orang murid terdiri daripada
pelbagai kerektor berbincang tentang topic. Pelajar lain boleh mengemukakan
soalan.

84. Tv Chat Show (bual tv)


Guru sebagai pengacara tv. Murid terdiri dari pelbagai kerektor berbincang
berbincang tentang topic. Murid lain boleh mengemukakan soalan.

85. Freeze Frame (Rangka Beku)


Mulakan dalam bulatan. Murid bina freeze frame (rangka beku) berdasarkan topic.
Alih meja supaya ada ruang untuk bergerak. Kumpulan menunjukkan rangka beku
mereka kepada rakan lain untuk meneka apa yang rangka beku yang dibina dan
buat perbincangan.
86. Free Discussion (Perbincangan Bebas)
Ini boleh dilakukan dengan kumpulan yang lebih kecil. Oleh kerana ianya tidak
berstruktur, perbincangan ini memerlukan guru@ murid yang berpengalaman
sebagai pemudahcara.

87. 3 Steps interview (3 langkah temubual)


Dua pasangan dalam satu kumpulan . (A&B) (C&D)
a)A menemubual B, C menemubual D.
b)B menemubual A, D menemubual C.
c)ABCD berkongsi pandangan tentang temubuat mereka secara berempat pula.

88. Listening Triad (pendengaran bertiga)


3 orang murid dalam satu kumpulan. Seorang sebagai penyoal, seorang yang akan
menjawab soalan dan seorang lagi sebagai pencatat. Pencatat akan membuat
laporan selepas perbualan tersebut berakhir. Untuk PdP seterusnya, peranan itu
akan bersilih ganti.

89. Distancing (jarak)


Gunakan cerita, drama, main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dgn
topic sensetif dan emosi. Contohnya, minta murid membincangkan perasaan mereka
tentang perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang
berkabung dan kemudian minta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan
orang sedang mengalami situasi itu.

Anda mungkin juga menyukai