Hamdan
syakirin, hamdan hamidin, hamdan sabirin. Hamdan Yuwafi ni'amahu wa yu kafiumazidah.
Ya Allah, ya tuhan kami. Segala puji hanya bagimu Ya Allah. Tuhan semesta alam. Kapadamu kami
berserah dan kepadaMu jualah kami memohon perlindungan.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda,
para sahabat dan tabiin.
Ya Allah, kami pohon kepadaMu akan keimanan yang sempurna Ya Allah, keyakinan yang benar Yang
Allah, ilmu yang berguna, hati yang khusyuk, lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu Ya Allah, limpah
dan kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati.
Kau berkatilah perhimpunan kami ini pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai satu
perhimpunan yang hanya mengharapkan keredhaan dariMu.
Kau pandanglah kepada usaha kami yang kerdil ini, melalui wadah yang dinamakan Majlis Guru
Besar Daerah Perak Tengah , sebagai satu usaha yang mulia di sisiMu. Kau kurniakan MGB ini
dengan bimbingan yang berterusan dari mu Ya Allah.
Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang taat kepada kepimpinannya. Ahli-ahli
yang beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan. Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang
sentiasa berusaha ke arah kebaikan.
Berikanlah kami Ya Allah, pimpinan yang berwibawa untuk mempimpin kami, pimpinan yang mampu
memberikan tunjuk ajar dan halatuju yang selaras dengan hasrat dan matlamat yang sama-sama
kami hajati. Kurniakanlah kami dengan pimpinan yang sentiasa bersama-sama dalam setiap aktiviti
yang kami jalankan, sentiasa melibatkan diri menentukan perjalanan setiap aktiviti. Pimpinan yang
memahami akan kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri kami. Kau kuatkan persatuan ini
dengan tatacara pengurusan dan pentadbiran yang mantap. Kau arahkanlah hati-hati kami untuk
terus bekerjasama, saling hormat menghormati dan secara berterusan mengamalkan cirri-ciri
musyawarah yang berkesan.
Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Kau berkatilah
segala usaha kami dan bantulah kami untuk tidak sedikit pun mengabaikan tanggungjawab hakiki
kami.
Kau padamkan dari hati-hati kami sifat-sifat yang tidak engkau restui Ya Allah. Tanamkanlah di lubuk
hati-hati kami dengan sifat-sifat kasih-sayang, bantu-membantu dan bertoleransi. Sesungguhnya,
hanya kepada Engkaulah kami berserah dan hanya kepada Engkau jualah kami memohon
perlindungan.
Allahum ma’firlana, zunubana ,wali wlidaiya, warhammu ma, kama rabayana, sghira.