Anda di halaman 1dari 4

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu


2. Tahun : 3 Berlian
3. Bilangan Murid : 30 orang
4. Tarikh : 16 Feburari 2022
5. Hari : Rabu
6. Masa : 8.00 hingga 9.00pagi
7. Tema : Kesihatan dan kebersihan
8. Tajuk : Badah sihat dan bersih

9. Kemahiran Fokus : Kemahiran Mendengar dan bertutur

10. Standard Kandungan (SK)

1.1 Mendengar dan memberikan respons

11. Standard Pembelajaran (SP)

1.1.3 Mendengar, mentafsir, dan memberikan respons terhadap;

(ii) soalan bertumpu

12. Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Mendengar audio dan menyenaraikan lima kata adjektif dengan betul.


ii. Menyebut kata adjektif yang terdapat dalam kad imbas

13. Sistem Bahasa

 Tatabahasa – kata adjektif


 Kosa kata – cantik, jauh, sayang
 Sebutan dan intonasi

Pengurusan Bilik darjah ( 2 Minit)

Murid memastikan kelas bersih dan mereka bersedia untuk belajar.


Induksi set ( 5 Minit )

Murid diperdengarkan lagu ‘ Mari Kita Gosok Gigi di Waktu Pagi’ dengan teliti mengikut lirik
lagu dalam klip video lagu untuk mengaktifkan dan mewujudkan kesediaan belajar.
Guru memperkenalkan tajuk pelajaran iaitu “ Badan sihat dan bersih” kepada murid.

Langkah 1 ( 7 Minit)

Guru meminta murid untuk mendengar audio dengan menggunakan aplikasi Youtube. Murid
diminta untuk mendengar audio tersebut dan menyenaraikan kata adjektif yang terdapat
dalam audio tersebut.

PENGISIAN KURIKULUM

Teknologi maklumat dan komunikasi

Nilai murni – Harga diri

BBM – Youtube

https://youtu.be/CbQJRep88bM

Langkah 2 ( 7 Minit)

Guru menujukkan kad imbas yang mengandungi gambar. Setelah itu, murid diminta untuk
menyebut kata adjektif tersebut. Guru memberi ganjaran kepada murid yang dapat berjawab
dengan betul.

PENGISIAN KURIKULUM

Nilai murni – keberanian, berkeyakinan

BBM – Kad imbas, ganjaran


Langkah 3 ( 5 minit)

Penilaian

Guru bertanya soalan bertumpu kepada murid. Murid digalakkan untuk berjawab secara
sukarela.

SOALAN JAWAPAN KEMUNGKINAN


Apakah jenis kata adjektif bagi perkataan Kata adjektif jarak
‘Jauh’

Pengayaan

Bagi aktiviti pengayaan, guru menunjukkan kad imbas yang mengandungi kata adjektif.
Murid diminta untuk membina ayat dengan menggunakan kata adjektif tersebut.

BBM – Kad imbas


Penutup ( 4 minit)

Penutup Kognitif

Guru meminta murid untuk merumuskan isi pelajaran di dalam bilik darjah.

Penutup Sosial

Murid diminta untuk menyenaraikan kata adjektif yang dipelajari. Guru memberikan pujian
dan motivasi kepada murid dan rakan sekumpulan mereka. Murid tepuk tangan dan
ucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan atas kerjasama yang diberikan.

Nilai murni

Kebersihan diri, bekerjasama, kasih sayang, tolong-menolong

Anda mungkin juga menyukai