Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : MEI 2011 HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

720211115031002 720211115031 013-9833827 awiewaja@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

IP SULTAN MIZAN, BESUT TERENGGANU DARUL IMAN

BIODATA PELAJAR

NAMA

: AHMAD ZAWAWI B. IBRAHIM @ MUDA

NO. FAIL JPN : ( D 38509 ) NO. KP : (BARU)720211-11-5031 (LAMA) A 2101582

NO. MATRIK : 720211115031002 AMBILAN MAJOR MINOR SEKOLAH : SEPTEMBER 2008 : BAHASA MELAYU : 1. BAHASA INGGERIS 2. PENDIDIKAN KESIHATAN

: SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PERMAI, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN

ALAMAT RUMAH : LOT 2730, DESA REBANA, 18500 MACHANG, KELANTAN NO. TELEFON : 013-9833827

ABSTRAK Tulisan ilmiah ini ditulis bertujuan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu hilang upaya untuk bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Dewasa ini, keprihatinan rakyat Malaysia mengenai nasib bahasa Melayu sering disuarakan. Ramai tokohtokoh pejuang bahasa berusaha sedaya upaya memperjuangkan peranan dan kepentingan bahasa Melayu dari terus dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang akan menyebabkan bahasa Melayu mengalami kejatuhan nilai. Situasi ini juga turut mendapat perhatian yang meluas samada di media cetak mahupun media elektronik. Sesungguhnya, kita perlu memastikan bahasa Melayu digunakan sebagai wahana untuk mengungkapkan seluruh kehidupan bangsa, terutama berkaitan dengan ilmu dan kreativiti. Bahasa Melayu perlu menyerlahkan kehebatan dan dinamismenya dari segi mengungkapkan ilmu dalam bidang falsafah, seni, sains, teknologi dan ilmu moden dan baharu yang lain.

1.0

PENDAHULUAN Bahasa merupakan satu wadah pertuturan yang digunakan sebagai medium komunikasi

antara satu sama lain. Bahasa Melayu adalah salah satu bahasa pertuturan yang digunakan oleh masyarakat tanpa mengira warna kulit. Bahasa ini telah mula dipertuturkan oleh masyarakat di kepulauan nusantara terutamanya Tanah Melayu. Bahasa Melayu pernah dikenalai sebagai lingua franca atau dalam erti kata lain sebagai bahasa yang digunakan oleh para pedagang pada masa dahulu untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka di Tanah Melayu. Ini menyebabkan bahasa ini menjadi bahasa yang tersohor pada ketika dahulu. Bahasa Melayu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Negara, memainkan pelbagai peranan di negara ini. Bahasa Melayu mendukung peranan sebagai bahasa pentadbiran, bahasa komunikasi, bahasa pemersatu bangsa, bahasa pengantar sistem pendidikan dan bahasa ilmu. Kedudukan dan prestij sesuatu bahasa sebahagiannya ditentukan oleh sejauh mana bahasa itu digunakan dalam mengungkapkan ilmu dalam pelbagai bidang. Kejayaan bahasa berkenaan dibuktikan daripada penggunaannya dalam sistem pendidikan, aktiviti wacana keilmuan dan jumlah penerbitan dalam bahasa itu. Kenapa masyarakat Malaysia perlu mempertahankan bahasa kebangsaan negara? Ini kerana bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah tamadun. Masyarakat menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti seharian. Tujuan komunikasi adalah untuk mempastikan masyarakatnya dapat bergerak maju seiring dengan perkembangan semasa. Oleh itu, bahasa dan masyarakat saling berhubung kait ke arah mempastikan sesebuah tamadun itu maju. Tanpa masyarakat yang menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan, sesebuah tamadun akan mundur kerana bahasa adalah jiwa sesuatu bangsa. Begitu juga halnya dengan penggunaan bahasa Melayu. Rakyat Malaysia perlu mempertahankan dan menggunakan bahasa Melayu untuk memacu Malaysia ke arah maju dan berkembang pesat dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi yang ulung dan mantap.

2.0

FAKTOR-FAKTOR

PENYEBAB

BAHASA

MELAYU

HILANG

UPAYA

UNTUK BERSAING DENGAN BAHASA-BAHASA LAIN DI DUNIA 2.0.1 Masalah Globalisasi Kamus Dewan mentakrifkan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat (hlm 408). Penggunaan bahasa rojak dalam komunikasi harian adalah cabaran bahasa Melayu. Bahasa rojak adalah kacukan bahasa yang diselang selikan dengan bahasa asing dalam sesuatu ayat. Fenomena bahasa kacukan wujud di seluruh tamadun di dunia. Keadaan in berlaku adalah disebabkan berlakunya pertembungan budaya yang turut memberi kesan kepada bahasa sebagai alat perhubungan. Awang Sariyan (2006) menjelaskan beberapa bentuk bahasa yang berlaku di Malaysia akibat daripada pertembungan budaya iaitu yang pertama ialah bahasa pijin, iaitu bahasa yang menggabungkan dua bahasa yang berlainan, lazimnya dalam aspek kosa kata dan struktur dan yang kedua ialah bahasa kreol iaitu bahasa yang asalnya ialah bahasa pijin tetapi telah mantap dan menjadi bahasa komuniti tertentu (hlm. 543). Bahasa rojak menjadi bahasa pilihan dikalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaan bahasa rojak yang meluas menunjukkan bahawa penutur itu mempunyai jati diri yang lemah. Dengan menggunakan bahasa rojak dengan mencampur adukkan perkataan Inggeris akan memberi kepuasan kepada penutur ketika berkomunikasi. Selain itu juga, penggemar bahasa rojak cuba untuk meningkatkan imej diri dengan menyelitkan beberapa perkataan dalam perbualan kononnya mempunyai kemahiran yang baik untuk berbahasa Inggeris. Namun begitu, keadaan ini akan memberi kesan sekiranya penutur menggunakan bahasa rojak dalam urusan rasmi seperti mesyuarat, penulisan, penyiaran dan juga pendidikan dimana bahasa yang sesuai digunakan ialah bahasa baku. Bahasa rojak ini akan memberi kesan kepada fungsi dan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan juga bahasa ilmu. Sekiranya keadaan ini terus berlaku tanpa dikawal akan menyebabkan bahasa Melayu hilang fungsinya sebagai bahasa yang maju dan berdaya saing dalam pembinaan tamadun bangsa. 2

Penggunaan bahasa rojak bukan sahaja berleluasa di kalangan penutur rakyat Malaysia, malah turut terpengaruh kepada bidang penulisan. Keadaan ini dapat dilihat apabila golongan tertentu dengan sewenang-wenangnya menggantikan perkataan Melayu dengan Inggeris. Sebagai contoh, dalam mempergiatkan usaha untuk memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu, apa sahaja perkataan yang berakhir dengan tion akan digantikan dengan si. Keadaan ini dapat dilihat apabila transaction menjadi transaksi dan kenapa tidak menggunakan istilah urusniaga yang membawa makna yang lebih tepat. Kecenderungan untuk memperkayakan istilah bahasa Melayu ini dengan menggunakan perkataan Inggeris akan turut menyebabkan bahasa Melayu mengalami kepupusan penggunaannya. 2.0.2 Pengaruh Media Selain itu, pengaruh media juga adalah faktor yang turut menyumbang kepada kejatuhan nilai terhadap bahasa Melayu. Ini kerana, bidang penyiaran mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat kerana berupaya untuk mempengaruhi dan mendidik corak pemahaman dan hala tuju pemikiran masyarakat. Keadaan ini dapat dilaksanakan dengan menggunakan bahasa sebagai wadah penyebaran. Elemen utama dalam bidang penyiaran adalah untuk memastikan segala maklumat dan kandungan media dapat disalurkan kepada masyarakat melalui bahasa yang digunakan. Bahasa perlu digunakan dengan baik dan merupakan elemen yang sangat penting dalam mengungkapkan maklumat. Ini kerana, masyarakat menilai apa sahaja maklumat yang disebarkan melalui media. Media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku untuk mengelakkan kekeliruan kepada pendengar, penutur dan juga pengguna bahasa Melayu sebagai usaha untuk mengembangkan dan memajukan bahasa Melayu. Berdasarkan Anderson dan Trudgil dalam buku Bad Language (seperti yang dipetik dalam Teo Kok Seong, 2002 hlm. 17) menerangkan, bahasa tidak baik dikaitkan antaranya dengan mencarut atau menyumpah, jargon, penyalahgunaan, percakapan cuai, penyebutan yang tidak tepat, nahu yang melanggar norma, kecacatan bahasa, bahasa bersifat perkauman, slanga, dan penukaran kod atau bahasa campuran. Dengan demikian, kerjasama semua pihak dalam 3

bidang penyiaran iaitu stesen penyiaran samada yang dimiliki oleh kerajaan mahupun swasta, media cetak dan media elektronik bertanggungjawab untuk menggunakan bahasa Melayu dengan baik mengikut etika bahasa dalam bidang penyiaran. Penggunaan slanga ketika menyampaiakn maklumat adalah antara contoh bahasa tidak baik yang digunakan oleh media. Berdasarkan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP, perkataan slanga membawa maksud kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam bahasa baku (biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi). Contoh penggunaan slanga yang disiarkan dalam iklan televisyen seperti yang ditulis oleh Roosfa Hashim (2002) mana tanda harganya? Berapa harganya ni?...susu ni pun tak de tanda harga haabiar saya tengokberapa pulak harganya(iklan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) (hlm 26). Penggunaan bahasa yang tidak baik secara berleluasa akan menyebabkan masyarakat keliru untuk menggunakan perbendaharaan yang betul. Selain itu, penggunaan bahasa yang baik juga akan memberi gambaran tidak baik terhadap imej negara kerana akan menunjukkan masyarakat Malaysia yang telah mengalami kehilangan jati diri terhadap bahasa dan perkembangan tamadun bangsa. Keadaan ini akan mewujudkan bahasa yang tidak stabil dan kehilangan kualiti, nilai dan ciri-ciri unggul pada bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. 2.0.3 Kemajuan dalam bidang Teknologi Maklumat Akibat daripada pengaruh globalisasi juga menyebabkan keadaan dunia kini dipenuhi dengan kemajuan dan kejayaan sains dan teknologi. Situasi ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan permintaan terhadap penggunaan telefon bimbit yang telah menjadi satu keperluan yang sangat popular. Dahulu, telefon bimbit hanya mampu dimiliki oleh golongan berada sahaja. Tetapi pada hari ini, hampir semua orang mampu memilikinya. Penggunaan telefon bimbit memberi kemudahan untuk menghubungi sesiapa sahaja dan dimana sahaja pada bilabila masa kerana semuanya berada dihujung jari. Telefon bimbit menawarkan pelbagai aplikasi canggih untuk menarik minat pengguna. Sistem pesanan ringkas atau SMS adalah salah satu aplikasi yang disediakan di dalam telefon bimbit. 4

Supyan Hussin dan Rosnah Mustaffa (2007) mengutarakan SMS lahir dari era digital, iaitu selepas era pascaperindustrian, yang membenarkan keupayaan komunikasi di serata ceruk dunia, dan menawarkan liputan segera peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku (hlm. 48) Penggunaan SMS meningkat dari masa ke semasa kerana dapat berhubung antara satu sama lain dengan cepat dan menjimatkan. Namun begitu, adakah pengguna sedar bahawa kesan penggunaan aplikasi ini akan menyebabkan berlakunya kerosakan terhadap bangsa Melayu. Bahasa SMS yang berbentuk simbol, emotikon, dan perkataan singkatan digunakan secara berleluasa dan mendapat permintaan yang tinggi walaupun bahasa itu bukanlah bahasa yang selalu digunakan dalam urusan seharian. Punca yang menyebabkan bahasa SMS ini wujud ialah ruang yang disediakan untuk paparan telefon bimbit adalah terhad. Ruang yang terhad untuk mencipta perkataan yang lengkap menyebabkan proses pengubahsuaian ayat berlaku dan digantikan dengan perkataan singkatan, lambang dan juga angka untuk memastikan maksud yang sebenar difahami oleh penerima pesanan. Keadaan ini menyebabkan bahasa Melayu yang betul tidak lagi mendapat permintaan yang tinggi untuk digunakan ketika menggunakan aplikasi ini. Penggunaan bahasa SMS secara berleluasa telah melanggari prinsip tatabahasa Melayu dan juga sistem ejaan. Penggunaan perkataan yang diringkaskan dan dipendekkan dalam aplikasi SMS memberi pengaruh yang hebat kepada bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang tidak tepat dan campur aduk istilah akan merosakkan keindahan bahasa Melayu disamping menggangu struktur frasa bahasa Melayu. Hal ini terjadi kerana sistem ejaan yang digunakan dalam sistem pesanan ringkas adalah tidak sama dengan ejaan sebenar dalam bahasa Melayu. Keadaan ini sekiranya tidak dibendung lama kelamaan akan menular dalam penulisan formal. Ini kerana, kebanyakan masyarakat yang terdedah kepada bahasa SMS akan lebih gemar menggunakan perkataan ringkas, ayat mudah dan kosa kata yang terhad untk menulis dalam urusan rasmi.

2.0.4

Krisis Keyakinan Pemimpin

Para pemimpin sendiri telah mencetuskan krisis keyakinan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan rakyat. Persepsi dan tanggapan rakyat terhadap sesuatu bahasa mempunyai kesan terhadap sikap mereka terhadap bahasa itu. Hanya bahasa yang difikirkan penting dan memiliki nilai komersial akan diutamakan. Sebagai kesannya, bahasa yang memiliki nilai ekonomi yang tinggi dan membantu dalam memajukan profesion seseorang itu akan semakin mendapat tempat di hati rakyat, manakala bahasa yang dipersepsikan sebagai kurang bernilai akan dipinggirkan. Ternyata, faktor ekonomi memainkan peranan besar dalam menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa itu. Siapakah yang mahu mempelajari bahasa Melayu dengan bersungguhsungguh jika bahasa itu tidak mampu berperanan sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan? Kesudahannya, sikap kurang yakin dan memperlekeh bahasa Melayu akan semakin menebal. Perkara ini telah pun berlaku apabila dilihat dari segi sikap pemimpin politik dan pihak institusi pengajian tinggi dalam penggunaan bahasa Melayu. Berdasarkan amalan di sebahagian universiti tempatan, bahasa Melayu tidak lagi mendapat tempat di bilik kuliah dan tutorial. Ini ialah satu tragedi besar yang telah menimpa bahasa Melayu. Premis mereka adalah, hanya dengan menggunakan bahasa Inggeris kita dapat bersaing dalam pelbagai bidang di arena antarabangsa. Kenyataan pemimpin negara yang begitu yakin dengan hujah kemampuan bahasa Inggeris bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, 2.0.5 Sistem Pendidikan Yang Menekankan Penggunaan Bahasa Asing

Dalam sistem pendidikan kita sudah berlaku gejala pensyarah dan guru hanya menyampaikan ilmu sains dan teknologi berdasarkan modul dan teks yang disediakan, kerana mereka tidak benar-benar menguasai ilmu dalam bidang berkenaan dalam bahasa Inggeris. Yang menjadi mangsa ialah pelajar. Pada peringkat sekolah misalnya, akan wujud jurang lebar antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar. Pelajar bandar daripada golongan elit dan kelas menengah yang terdedah kepada bahasa Inggeris sejak kecil tidak berhadapan dengan masalah besar. Sebaliknya, pelajar luar bandar, majoritinya Melayu dan Bumiputera, menghadapi kesukaran untuk memahami sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 6

Mereka sukar memahami pelajaran berkenaan dan akhirnya keputusan peperiksaan mereka terjejas. Keadaan ini sudah tentu tidak adil dari segi pendemokrasian pendidikan yang sebenar, kerana kesan daripada pelaksanaan dasar tersebut ialah melebarnya jurang sosial dan ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Kejayaan dan keagungan bahasa kebangsaan kita pada alaf ini dan akan datang banyak bergantung pada khazanah pengetahuan yang didukungnya dan proses lintas ilmu yang pantas daripada tamadun dan kebudayaan lain yang lebih maju dari seluruh dunia. Tindakan seperti ini pernah dilakukan pada zaman Meiji Jepun. Malah, tamadun besar China dan India bukannya dicapai melalui bahasa asing, melainkan bahasa sendiri. Dari segi ini, bahasa Melayu memainkan peranan besar untuk merakamkan hasil penyelidikan dan ilmu, terutama ilmu peribumi. Tanpa menggunakan bahasa kebangsaan sebagai alat pengungkapan ilmu dan tamadun bangsa, negara kita tidak mungkin dapat mengukir kemajuan ketamadunan bangsa. 3.0 PERANAN GOLONGAN INTELEKTUAL MEMPERKASA BANGSA

MALAYSIA MELALUI BAHASA MELAYU Terdapat beberapa cara untuk memastikan rakyat Malaysia memelihara kepentingan bahasa Melayu daripada terus mengalami kejatuhan nilai. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara. Dalam usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, langkah memupuk jati diri di kalangan rakyat Malaysia perlu ditekankan terutama kepada golongan yang tiada jati diri terhadap bangsa dan yang kurang kepercayaan dan keyakinan diri terhadap bahasa Malaysia. Selain itu, penerbitan buku dalam pelbagai bidang ilmu dalam bahasa Melayu juga dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Usaha ini akan dapat membantu mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dengan menggunakan bahasa Melayu. Dalam masa yang sama, penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu oleh para cendiakawan juga adalah sangat diharapkan kearah untuk memastikan bahasa Melayu terus mempunyai nilai tinggi. Dari segi pendidikan pula, guru perlulah memberi perhatian dan penekanan kepada pelajar untuk memebezakan kegunaan bahasa dalam urusan rasmi atau pun tidak rasmi. 7

Selain itu, penekanan dari aspek tatabahasa juga perlu diberi perhatian supaya pelajar dapat menggunakan frasa dan ayat dengan betul dan tepat. Dengan kemahiran tatabahasa yang tinggi akan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dalam bahasa Melayu yang baik dan sekaligus akan dapat membendung masalah berlakunya pencemaran bahasa dari segi tatabahasa. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah mengambil tindakan untuk membendung masalah pencemaran bahasa di tempat awam melalui program Pantau Tegur Bahasa. Berdasarkan laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka, program ini bermaksud mengesan kesilapan bahasa yang berlaku atau yang dipamerkan di tempat-tempat awam, seperti di papan iklan atau papan tanda, sama ada diluar bangunan ataupun di dalam bangunan, yang jika tidak dicegah dengan segera akan mencemarkan maruah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Melalui usaha yang dilakukan, masalah pencemaran bahasa akan dapat dibendung dengan mengambil tindakan segera untuk melakukan pembetulan. Kesimpulannya, permasalahan bahasa merupakan isu yang sering mendapat perhatian yang meluas dan kerap kali dibicarakan akhir-akhir ini. Peningkatan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa global telah menjejaskan perkembangan bahasa Melayu. Mengapakah bahasa kebangsaan kurang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia untuk dibangunkan supaya setaraf dengan bahasa global yang lain? Ini kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan belum dijiwai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia yang menyebabkan tanggungjawab patriotism untuk mendaulatkan bahasa Melayu diabaikan. Bahasa tidak boleh maju sekiranya mempunyai peranan yang terbatas dalam bidang pentadbiran dan juga untuk kegunaan kaum tertentu sahaja. Setiap rakyat Malaysia perlu menghayati bahasa Melayu untuk mencapai perannya sebagai bahasa Kebangsaan. Masyarakat perlu dididik agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan dan juga tatabahasa bahasa Melayu. Masyarakat akan mudah mengikuti perkara yang baik sekiranya diteladani dengan perkara-perkara yang positif. Pihak yang mempunyai pengaruh kuasa yang besar harus sentiasa menekankan dan menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasminya. Dengan ini, tindakan yang dilakukan akan menjadi ikutan dalam masyarakat. Dengan adanya sokongan padu daripada seluruh warga masyarakat untuk menggunkan bahasa Melayu dengan betul, maka peranan bahasa Melayu akan terus dimartabatkan. Perubahan ini juga akan menjadikan bahasa Melayu terus relevan untuk digunakan dan mempunyai nilai yang tinggi. 8

4.0

PENUTUP Kita tidak perlu meragui kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Semua pihak

perlu menggemblengkan sumber, tenaga dan masa untuk memastikan bahasa Melayu terus relevan sebagai bahasa ilmu baik dalam sistem pendidikan mahupun sebagai wahana penyelidikan dan pendokumentasian hasil penyelidikan tersebut dalam bentuk penerbitan. Kejayaan bahasa Melayu untuk bersaing dengan bahasa lain di dunia bergantung kepada sikap semua pihak, terutama dalam kalangan pemimpin, ilmuan, cendekiawan dan sarjana. Usaha memartabatkan dan mengangkasakan bahasa Melayu perlu dipergiat. Hanya satu sahaja langkah konkrit untuk mengangkatkan kembali status bahasa Melayu bahasa itu perlu digunakan dengan meluas, tanpa kompromi dalam sistem pendidikan kita, baik di peringkat rendah, menengah mahupun institusi pengajian tinggi. Bahasa Melayu perlu digunakan untuk menyampaikan ilmu dalam semua bidang dan ranah. Perancangan yang jitu dan bijak perlu diambil untuk mengembalikan status, martabat dan kewibawaan bahasa itu sebagai bahasa ilmu baik dari segi pengajaran-pembelajaran, wacana keilmuan mahupun penerbitan karya ilmiah. Dasar menggalakkan industri ilmu dalam bahasa Melayu perlu segera digubal untuk memastikan ilmu dapat dikembangkan dengan meluas dalam bahasa itu. Dasar pendidikan yang memperkasa penggunaan bahasa Melayu perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Jika kita memiliki iltizam atau kesungguhan, kita sudah pasti akan dapat mengangkat darjat, martabat dan wibawa bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang mampu bersaing di peringkat dunia. Peningkatan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa global telah menjejaskan perkembangan bahasa Melayu. Mengapakah bahasa kebangsaan kurang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia untuk dibangunkan supaya setaraf dengan bahasa global yang lain? Ini kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan belum dijiwai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia yang menyebabkan tanggungjawab patriotism untuk mendaulatkan bahasa Melayu diabaikan. Bahasa tidak boleh maju sekiranya mempunyai peranan yang terbatas dalam bidang pentadbiran dan juga untuk kegunaan kaum tertentu sahaja. Setiap rakyat Malaysia perlu menghayati bahasa Melayu untuk mencapai perannya sebagai bahasa Kebangsaan. Masyarakat perlu dididik agar menggunakan bahasa yang betul dari segi ejaan, sebutan dan juga tatabahasa bahasa Melayu. Masyarakat akan mudah mengikuti perkara yang baik sekiranya diteladani 9

dengan perkara-perkara yang positif. Pihak yang mempunyai pengaruh kuasa yang besar harus sentiasa menekankan dan menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasminya. Dengan ini, tindakan yang dilakukan akan menjadi ikutan dalam masyarakat. Dengan adanya sokongan padu daripada seluruh warga masyarakat untuk menggunkan bahasa Melayu dengan betul, maka peranan bahasa Melayu akan terus dimartabatkan. Perubahan ini juga akan menjadikan bahasa Melayu terus relevan untuk digunakan dan mempunyai nilai yang tinggi.

(2844 patah perkataan)

10

RUJUKAN A.Aziz Deraman. (2007,Feb). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 26-29 Awang Sariyan. (2006). Bahasa kacukan: Antara reality sosiolinguistik dengan idealisme perancangan bahasa. Jurnal Bahasa, 6(4), 541-559 Johari Suratman. (2003, Ogos). Penggunaan bahasa Melayu oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Dewan Bahasa, 36-39 Noresah Baharom. (Ed.). (2002). Kamus Dewan (edisi ke-3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Puteri Roslina Abdul Wahid.(2011). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Roosfa Hashim. (2002, September). Mutu bahasa Melayu dalam iklan televisyen di Malaysia. Dewan Bahasa, 24-28 Supyan Hussin dan Rosniah Mustaffa (2007, April-Jun). Bahasa dan komunikasi dalam penggunaan SMS. Pemikir, 129-143 Teo Kok Seong. (2002, September). Penggunaan Bahasa Tidak Baik dalam bidang penyiaran. Dewan Bahasa, 16-23