Anda di halaman 1dari 2

Sebagai sebuah Negara yang membangun dengan pesat dan sedang menuju ke era Negara maju, maka

rakyat Malaysia haruslah bersama- sama memikul tanggungjawab untuk memajukan Negara dalam
pelbagai bidang. Dalam konteks ini, kita haruslah memajukan dalam bidang ilmu pengetahuan menjurus
kepada pelajar. Ilmu merupakan jambatan kehidupan untuk mencorakkan kehidupan yang lebih cerah
agar mempunyai masa depan yang gemilang. Pada masa kini, ilmu pengetahuan itu penting kepada
seseorang indivdu yang bergelar pelajar kerana mampu melahirkan pelajar pintar serta bijak dalam
pembelajaran di samping dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Berbalik kepada hasrat Bekas
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk mencapai status Negara maju menjelang tahun
2020 nanti. Oleh itu, ilmu pengetahuan akan melahirkan masyarakat Negara yang berintelektual serta
berdaya saing dalam pelbagai aspek . persoalannya di sini, apakah kepentingan ilmu pengetahuan
kepada seorang individu yang bergelar pelajar ini? Persoalan ini akan saya rungkaikan di perenggan –
perenggan seterusnya untuk menjelaskan dengan mendalam soal ini.

Ilmu pengetahuan dapat melahirkan individu atau seorang pelajar yang bermoral . apbila disebutkan
dengan moral ini pasti semua orang mempunya pandangan yang positif. Justeru itu, apabila seseorang
pelajar itu mempunyai ilmu sudah pasti ia mempunyai nilai – nilai moral dalam dirinya. Pelajar yang
bermoral pasti akan memperoleh kecemerlangan di dalam setiap aspek. Berbalik dari segi agama Islam
yang menyuruh bahawa kita kita mengamalkan sifat mahmudah di dalam diri kita. Hal berkait rapat
dengan moral seseorang terutamanya seorang pelajar kerana apabila dia menuntut ilmu pastinya
menunjukkan sikap yang positif kepada guru agar ilmu yang diperoleh itu mendapat keberkatan. Di
sekolah, dengan adanya subjek mata pelajaran seperti pendidikan islam, sivik serta pendidikan moral ini
dapat memupuk nilai – nilai murni yang baik di dalam diri pelajar tersebut disamping dapat meningkat
ilmu pengetahun, teringat pepatah melayu ada mengatakan sambil menyelam minum air iaitu kita
mendapat dua manfaat di dalam satu perkara. Seseorang yang bermoral pasti akan disukai oleh orang
disekelilingya kerana tingkah lakunya yang tertib serta sangat menghormati guru- guru. Justeru itu,
pelajar tersebut Berjaya di dalam kehidupannya. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan itu dapat
melahirkan pelajar yang berakhlak mulia serta bersahsiah. Oleh itu, tuntutlah ilmu untuk meningkatkan
moral kita sebagai seorang hamba di muka bumi ini.

Selain itu, setiap pelajar seharusnya bertungkus – lumus dalam menimba ilmu dan bersungguh-
sungguh mempelajari ilmu yang baharu. Kementerian pelajaran Malaysia telahpun menambahbaik
system pembelajaran kepada kaedah yang terkini iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sistem ini
bertujuan menguji tahap pemikiran pelajar dalam menyelesaikan soalan – soalan yang sukar. Hal ini
bertujuan bagi melahirkan pelajar yang berminda kelas pertama dan berfikiran secara meluas ataupun
terbuka. Oleh itu, ini juga boleh menjadi aset yang beharga kepada Negara. Berikutnya, ilmu
pengetahuan juga boleh ditimba dengan membaca bahan bacaan seperti buku – buku ilmiah, surat
khabar dan bahan bacaan yang mendatangkan manfaat yang lain. Seterusnya, sekiranya seseorang itu
mempunyai ilmu yang penuh di dada, pelajar tersebut boleh membantu orang lain dalam
menyelesaikan masalah sekali gus dapat berbakti kepada orang ramai maka ,kita perlulah bersungguh –
sungguh mengejar ilmu seperti kata hikmat mencari ilmu biarlah sampai ke Negara China. Oleh itu,
terbuktilah bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan pelita hidup juga
penerang kehidupan.
Dalam mendepani arus kemodenan dunia yang kian pesat,pelbagai bidang ilmu haruslah dikuasai kerana
persaingan yang hebat pada era ini. Ilmu pengetahuan dalam dalam bidang – bidang ilmu seperti bidang
bahasa asing,bidang kesenian ,bidang kesusasteraan serta bidang sains. Jika kita mempunyai ilmu
pengetahuan yang mantap dalam bidang – bidang yang dinyatakan ini sudah pasti kehidupan kita akan
cerah seperti disinari matahari di siang hari. Hal ini terjadi kerana pelajar – pelajar pada zaman moden
ini sangat pintar dalam berfikir , mereka ini sudah dididik dengan ilmu pengetahuan yang tinggi oleh
guru – guru. Oleh itu, ramai individu yang berintelektual tinggi telah terdidik di Malaysia. Apabila
seseorang pelajar itu menguasai bidang ilmu lain yang bukan kebiasaan setiap pelajar seperti
mempelajari bahasa asing seperti bahasa jepun, mandarin,dan bahasa inggeris yang mantap ini
merupakan salah satu pernambahan aset yang sangat memberi manfaat kepada individu tersebut
kerana bidang bahasa asing ini bukanlah semua pelajar berminat untuk mempelajarinya. Justeru
itu,seseorang individu tersebut akan memperoleh manfaat yang besar dalam kehidupannya serta
memudahkannya mendapat tempat di IPT sejurus membuka memperoleh peluang pekerjaan yang
cerah. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dapat menjana kehidupan yang
berjaya.

Ilmu pengetahuan tonggak kehidupan, kepentingan ilmu pengetahuan juga ialah dapat menjamin masa
hadapan seseorang pelajar untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan taraf hidup
mereka. Pada perenggan sebelum ini saya sudah jelaskan tentang pelbagai bidang ilmu yang
membolehkan pelajar tersebut memperoleh tempat di peringkat IPT serta pekerjaan yang baik.
Kehidupan seseorang pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi juga akan membina
keselesaan hidup yang lebih sempurna. Ilmu pengetahuan juga menjadikan seseorang pelajar itu
menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan Negara pada masa hadapan sekali gus
melahirkan masyarakat yang berintelektual yang tinggi. Selain itu, seseorang pelajar itu akan akan
dijadikan rujukan oleh masyarakat jika mempunya ilmu pengetahuan yang pelbagai aspek. Ilmu pelita
kehidupan yang menjadikan seseorang pelajar menghadapi cabaran hidup yang lebih mencabar pada
masa yang akan datang disebabkan kecanggihan teknologi yang kian menonjol akibat penyelidikkan dan
penerokaan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi elektronik. Bak kata pepatah sediakan payung
sebelum hujan kerana dunia masa kini memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi bagi memudahkan
memenuhi pasaran kerja. Oleh itu, kita harus menuntut ilmu sedalam- dalamnya. Jelaslah bahawa jika
kita mempunyai ilmu pengetahuan pastinya kita memperoleh masa hadapan yang cerah seperti
matahari.

Izharnya, ilmu pemacu kejayaan hidup seseorang individu yang bergelar pelajar. Manusia
yang berjaya adalah manusia yang berpendidikan tinggi dan mempunya ilmu pengetahuan yang meluas
dalam setiap aspek di negar ini. Bagi mencapai hasrat bekas perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang
berhasrat untuk mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020 nanti masyarakat yang
berintelektual yang tinggi merupakan pemacu kea rah kemajuan Negara selaras menjana ekonomi yang
kukuh di Negara ini. Oleh itu, ilmu pengetahuan sangat penting bagi setiap individu untuk meningkatkan
taraf hidup mereka bagi menempa rintangan dalam kehidupan yang penuh dengan persaingan pada
masa kini. Ilmu pengetahuan telah dihuraikan di perenggan- perenggan bukan saja memberi keuntungan
kepada diri sendiri malah bangsa dan Negara yang harmoni ini. Cabaran dunia pada hari inilah yang
menyebabkan kita perlu menuntut ilmu sehingga sampai ke menara gading. Pelajar yang Berjaya ialah
pelajar yang taat pada perintah Allah swt. Di samping kita menimba ilmu janganlah sesekali kita
melupakan tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNya. Akhir kata dari saya sebelum meletakkan
pen saya , marilah kita sama- sama menuntut ilmu pengetahuan yang tinggi dalam setiap bidang .

Anda mungkin juga menyukai