Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN PROGRAM BERZANJI DAN MARHABAN 1.

MUQADDIMAH Program berzanji dan marhaban adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh Badan Dakwah dan Rahani (BADANI) bagi membiasakan pelajar dengan amalan tradisi masyarakat melayu yang tidak kering dipanas dan tidak lapuk dihujan. Di samping itu ia menjadi sebagai satu persiapan apabila berhadapan dengan masyarakat apabila keluar di tengah-tengah masyarakat nanti. 2. MATLAMAT Program yang dirancang adalah untuk kecemerlangan sahsiah pelajar SMK Agama Slim River sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program yang dirancang, perlu dilaksanakan secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan. 3. OBJEKTIF 3.1 Melahirkan warga SMKA yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, dan berkhemah tinggi. 3.2 Mewujudkan suasana keakraban dan kemesraan antara pelajar. 3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga SMKA. 3.4 Mengamalkan amalan yang dilakukan oleh ahli masyarakat sebagai persiapan apabila keluar dari sekolah nanti. 4. JAWATANKUASA Pengerusi : Ketua Biro Kesenian BADANI

Timb. Pengerusi : Timbalan Ketua Biro Kesenian Setiausaha : Setiausaha Biro Kesenian

Timb. Setiausaha : Timbalan Setiausaha Biro Kesenian Bendahari : Bendahari Biro Kesenian

AJK 5. AKTIVITI a. Kelas Berzanji b Kelas Marhaban

: Semua AJK Biro Kesenian BADANI

6. KUMPULAN SASARAN Semua murid SMK Agama Slim River, Perak Darul Ridzuan. 7. Harapan Program yang dirancang oleh BADANI diharap dapat mencapai objektif serta mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak samada pihak pengurusan sekolah, guru atau pun murid SMK Agama Slim River. Semoga program yang diatur serta dilaksanakan sedikit sebanyak dapat memberi impak yang positif kepada kepada semua pihak khususnya murid. 9. ULASAN PENOLONG KANAN HEM . . 10. KELULUSAN PENGETUA Disediakan; ................................................... ( HJ JAMALUDDIN BIN HALID ) Guru Penasihat BADANI SMK Agama Slim River.