Anda di halaman 1dari 1

Rukun Negara 

adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah


dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu
setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang
menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Pakar
Bahasa Melayu Prof Dato Dr Teo Kok Seong mengatakan bahwa
sebenarnya prinsip-prinsip Rukun Negara sebenarnya
diinspirasikan daripada lima prinsip Pancasila yang ianya lebih
dahulu berjaya menyatukan kepelbagaian yang wujud di
Indonesia.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita


hendak:

 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh


masyarakatnya;
 Memelihara cara hidup demokratik;
 Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati secara adil dan saksama;
 Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak;
 Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang berikut:

1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Anda mungkin juga menyukai