Anda di halaman 1dari 82

Rys Areesa

Bab 1
Julai 2005 EPASANG matanya memerhati segenap sudut gerabak mencari tempat duduk yang kosong. Perjalanan tren ke KL Sentral akan mengambil masa yang bukan sekejap. Mahu kebas kaki kalau dia berdiri sepanjang perjalanan. Nasibnya baik pagi itu. Ada satu tempat duduk kosong di bahagian belakang tren. Pantas dia mengatur langkah. Penumpang pun masih belum ramai. Mudah sahaja laluannya ke belakang tren. Arkitek kacak yang berusia tiga puluh tiga tahun itu melepas nafas lega sambil tenang melabuh punggung. Tren komuter sudah hampir suku perjalanan melewati Stesen Rawang. Lancar bergerak di atas rel melewati pepohon kiri kanan yang menghijau dan jalan raya yang sibuk di pagi hari. Dia mengemaskan kedutan kemeja di bahagian dada lalu membetulkan letak briefcasenya. Buku yang

Seandainya....

bertajuk Mengapa Hati Terhijab tulisan Al-Haqir Hamizan Hussin itu ditarik keluar dari briefcase lantas diletak di atas riba. Entah mengapa kebelakangan ini minat membacanya kembali menyapa. Sejak dia terjun ke bidang ini dan meneruskan usaha ayahnya di Hishaz Consultant, jarang benar dia punya masa untuk menatap walau selembar halaman. Fokusnya hanya pada kerjaya di Hishaz Consultant yang sudah menjadi sebahagian dirinya. Bukan mudah untuk dia sampai ke tahap sekarang. Bergelar seorang arkitek muda berpengalaman yang disegani. Namanya antara yang terbilang di dalam dunia reka bentuk dan pembinaan. Itulah anugerah dari harga yang terpaksa dibayar selama bertahun mengabdi diri di dalam dunia ini. Tanpa berpaksikan nama dan kejayaan keluarga, dia sentiasa mahu bergelut dengan susah dan payah dalam mengharungi setiap cabaran. Kejayaan yang diwarisi bukanlah yang hak pada dirinya. Dia mahu menempa segala-galanya atas usaha sendiri. Berdiri di atas keupayaan dan kebolehan diri. Dan sekarang dia sudah buktikannya. Orang tidak hanya memandang dia sebagai seorang anak tunggal kepada seorang usahawan terbilang. Shamsul Azhar melontar pandangan ke luar jendela. Hari masih begitu awal. Baru enam empat puluh lima pagi. Di luar, keadaan masih samar-samar apatah lagi kiri kanan laluan komuter hanya dilingkungi pohon-pohon hijau yang merendang. Dia senyum sendirian. Jari-jemarinya menyelak helaian buku yang diriba. Baru sahaja ingin membaca apabila

Rys Areesa

tren berhenti perlahan di Stesen Sungai Buloh. Sekilas memandang penumpang-penumpang yang berbaris menanti di atas platform, dia kembali meneruskan hasratnya untuk membaca. Sehelai muka habis diteliti. Sedikit sebanyak maksud tulisan penulis di bawah tajuk kecil, Pembentukan Jiwa Menurut Al-Ghazali dapat diselami. Dia tarik nafas, mengucapkan syukur ke atas anugerah Tuhan yang memberi hidayah dan rahmat ke atas dirinya. Bersyukur kerana pada saat diri dan keluarganya diduga dengan kekecewaan, Allah mengirim segaris sinar memberi pedoman untuknya menyusur jalan hidup yang direstui. Apatah lagi bagi dirinya, kekecewaan itu terlalu pedih dan menyakitkan. Mungkin juga tidak terlampau kalau dikatakan mencalar maruahnya sebagai seorang lelaki. Akibatnya dia mengambil waktu yang bukan sedikit lamanya untuk bangkit daripada kekecewaan itu. Tidak mengapalah, mungkin juga sudah bukan takdirnya. Bunga bukan sekuntum, kumbang pun bukan seekor. Pun dia pasrah. Semua yang terjadi adalah kebetulan, suratan di dalam perjalanan hidup. Ada hikmah di sebaliknya buat mereka yang sentiasa sabar dan reda. Hanyut dalam pembacaan, dia tidak sedar tempat kosong di sisinya diisi seseorang. Dia cuma sedar apabila penumpang yang duduk di sisinya itu seolah-olah mendekatkan bahu mencuri lihat akan buku yang dibacanya. Dia menarik bahunya sedikit lalu menyandarkan bahu kanannya ke dinding tren. Enggan bertemu bahu. Pun mencari sedikit privacy untuk menghayati bacaannya. Tidak juga menoleh ke sisi.

Seandainya....

Namun, selepas seketika dirinya seolah-olah digamit sesuatu. Terpanggil untuk menoleh ke sisi. Perlahan wajahnya berkalih. Berpaling kurang sedikit dari sembilan puluh darjah ke sisinya, dia menemui seraut wajah lembut yang sedang memejamkan mata. Bersandar tenang di sisinya. Wajah seredup pagi itu dijamu matanya. Entah mengapa matanya menghantar mesej terus ke dalam hati. Mengejutkan hatinya yang masih separuh lena. Mengajak untuk sama-sama menikmati suatu keindahan ciptaan Allah. Inilah yang selalu dikatakan, dari mata turun ke hati. Putih kuning kulitnya. Jujurnya dia memang suka memandang gadis yang berkulit seperti itu. Tidak terlalu putih atau gelap. Mata nakal lelakinya memerhati dari hujung kepala hingga rambutnya yang sedikit lurus lepas ke bahu. Dia memandang alis mata, lalu melirik pada sepasang mata itu yang sedang terpejam. Dia kagumi hidung yang mancung itu lalu terus ke ulas bibir nipisnya yang kemerahan. Shamsul Azhar yakin merah di bibir itu semula jadi. Dia perhati seluruh wajah itu dengan kekaguman. Tidak berwarna seperti gadis-gadis lain yang ceria di pagi hari. Tetapi entah mengapa hatinya begitu kagum. Matanya terus sahaja tertarik. Sepasang matanya turun menjamah sekujur tubuh yang berbaju kurung biru laut bertanahkan bunga kecil berwarna kuning. Melihat sepasang tangan gadis itu yang kemas beradu di ribaan. Melihat jari-jemarinya yang panjang dan halus memegang sebuah briefcase dan beg tangan. Hatinya tiba-tiba bergetar. Argh! Apa pula yang sedang berlaku ini? Shamsul Azhar tarik nafas, beristighfar mengusir lintasan nakal hati lelakinya. Gila aku ni bisik hati

Rys Areesa

lelakinya. Abjad-abjad yang tercetak di lembaran buku kembali ditatap. Ternyata fikirannya masih dirasuki raut wajah gadis yang sedang lena. Wajah itu bukan sekadar di sisinya, namun berada di setiap sudut gerabak itu. Dia pejam mata. Buka mata. Pejam mata. Buka mata lagi. Gila! Apa ni? Bacalah! Hati kecil dan perasaan berperang. Dia toleh lagi ke sisi. Wajah itu masih tenang terpejam. Ingin saja dia menyapa namun terasa bersalah mengganggu ketenangan individu lain. Dia cuba bertenang di posisinya. Semula membuka buku, cuba mencari fokus pembacaan. Tuhan. Shamsul Azhar pejam mata. Buka mata lagi. Tidak percaya dengan pemandangannya. Mungkin ilusi. Tiada cetakan perkataan di atas lembaran. Yang ada hanya seraut wajah itu. Shamsul Azhar buang pandang ke luar jendela. Jauh-jauh.

CIK? Tidak mampu lagi dibendung rasa ingin tahu yang bergelojak di dalam dada. Namun begitu gemuruhnya tidak bisa disembunyikan. Nada suaranya yang ternyata bergetar tatkala saat keyakinan sudah mencecah tahap tertinggi. Risiko yang sedia diambilnya demi mendamaikan rusuhan hati yang bergelora dengan rasa ingin tahu. Hmmm? Suara yang membalas menyentap dingin tangkai

Seandainya....

hatinya. Terpegun dia bila sepasang mata itu merenungnya redup. Warnanya sedikit coklat. Yang nyata bukan dari warna contact lens. Dia tahu warna anak mata itu asli. Dalam dan redup. Semua yang dia lihat pada gadis ini adalah semula jadi. Natural. Dari merah bibirnya, hingga sinar wajahnya. Kemudian redup matanya hingga ke cahaya di pipinya. Kini warna sepasang anak mata itu pula yang telah melumpuhkan jiwanya. Terpesona. Tuhanku bisik hatinya. Adakah aku bermimpi bertemu bidadari di pagiMu yang hening ini? Cik tinggal di memberanikan diri bersuara. kawasan ni? Dia terus

Gadis itu mengangguk sahaja dengan senyum yang mula berbunga. Kenapa? Saya ingat nak cari rumah di kawasan ni. Spontan keluar alasan yang tidak pernah wujud itu. Temberang! Oh sekarang tinggal di mana? Di Batang Kali, bohongnya. Semalam dia terpaksa tidur di rumah pekerjanya di sana. Keempat-empat tayar keretanya pancit bila masuk ke kawasan projek pembinaan. Pun hari sudah lewat benar. Nasib baik dia memang punya persalinan di dalam kereta. Hmmm kerja? Subang Jaya. Hmmm awak travel dengan komuter hari-hari? Ramahnya dia, desis hati Shamsul Azhar. Keberaniannya sudah selesa dengan keramahan teman bicara itu. Sebelum ni saya drive, tapi tak larat. Jauh dan

Rys Areesa

costly. Kalau berbohong sunat ini membawaku lebih dekat padanya, aku rela masuk neraka. Tuhan, ampunkanlah hambaMu ini hatinya bersuara. Tapi kalau naik tren, rasanya ambil masa yang lama. Hmmm... tapi boleh relaks, tidur, baca buku atau pun sembang-sembang dengan kawan baru, macam. Telan liur bila mata kembali bertentang. Hmmm macam sekarang ni. Dia lihat gadis itu tersenyum. Sini rumah awak? Dia teragak-agak. Saya belum ada rumah sendiri lagi, tumpang rumah parents aje, katanya sambil tertawa halus. Shamsul Azhar turut tersenyum dan mengangguk. Kerja kat mana? tanyanya tanpa teragak. Hatinya sendiri kagum dengan keberanian yang datang secara tibatiba itu. Tidak diduga. Damansara. Tak drive? Amboi... Shamsul Azhar! Adik guna kereta. Oh. Tren menghampiri Stesen Putra. Tatkala si gadis membetulkan rambut, sepasang mata Shamsul Azhar tekun memerhati. Dan apabila gadis itu mengangkat wajah menentang pandangannya, dia jadi malu pula. Namun balasan senyum yang ikhlas daripada gadis itu membuat jantungnya berdegup kencang. Parents awak asal mana? Gadis itu terdiam seketika.

Seandainya....

Shamsul Azhar gigit bibir. Sendiri terasa pertanyaan itu bagai soalan tradisi yang klasik. Tetapi apa yang boleh dilakukannya. Dia memang tidak pandai berkata-kata. Dia tidak pernah mempraktiskan sebarang ayat-ayat cinta pun sebelum ini. Malah memang tidak pernah ada perbendaharaan kata-kata romantik di dalam kamus hidupnya. Yang dia miliki hanyalah perbendaharaan kata klasik yang bersulam kejujuran. Yang jarang lagi dipandang tinggi di zaman ini. Sungguh di dalam hatinya dia bimbang kiranya percubaan ikhlasnya itu bakal mengulangi kesilapan lama. Dia adalah dirinya yang tidak pandai mengatur kata. Tidak pandai mendekati perempuan di sekelilingnya. Itulah yang sering dikatakan oleh teman-teman, bahkan oleh keluarganya juga. Bimbang dia sekiranya gadis itu berlain sangka pula nanti. Namun senyum di bibir yang semula jadi merah itu pantas menenangkan gelora di hati. Dia mendengar suara itu berkata di selang tawanya. Ibu saya orang Negeri Sembilan, abah dari Perak, tapi saya lahir di sini. Saya anak Selangor... Selangorian, ucapnya dengan nada berjenaka. Adik-beradik? Gadis itu angkat kening, masih juga tersenyum. Tiga, saya yang eldest. Dua perempuan and the youngest is a big boy. Yang big boy tu dah berapa besar? Galak pula dia mengusik. Gadis itu memandangnya sekilas dengan wajah yang manis. Seolah-olah membaca peribadi dalamannya. Terasa gementar apabila dirinya diteroka begitu. Sorry... awak kerja dengan syarikat apa?

Rys Areesa

A middle sized construction firm. Formal bunyinya. Oh, engineer? QS? Gadis itu ketawa. Buat akaun aje. Hmmm. Shamsul Azhar angguk. Apa nama syarikat you? Gadis itu angkat kening dan tersenyum. Kalau saya tak nak beritahu, boleh? Shamsul Azhar tersenyum lebar. Tawanya terlepas perlahan dan singkat. Comel dan nakal hati kecilnya menyampuk. Okey! Masih juga dia tersenyum. Awak asyik tanya pasal saya, awak pula macam mana? Saya? Hmmm saya kerja di Subang Jaya, one of the architect firms. Architect firm menunjukkan minatnya. boleh? Kini giliran gadis itu pula yang tersenyum. Mungkin menyedari usik balas itu. Adik-beradik awak tak ramai ya? soalnya seketika kemudian apabila gadis itu seolah-olah tidak lagi menyambung perbualan. Bimbang jika mereka akan terus terperangkap di dalam kebisuan. Dia tidak rela sepi mencelah di antara mereka berdua. Dia cemburu. Masih banyak lagi yang ingin diketahuinya tentang si gadis. Awak, ramai ke? mana? Gadis itu mula

Dia tersenyum nakal. Kalau saya tak nak beritahu,

Seandainya....

Sembilan. Dia hanya berjenaka. Padahal dirinya sahajalah madu dan racun untuk emak dan abahnya. Sunyi di dalam keluarga kecilnya. Uh... ramainya. Masing-masing ketawa dan kebisuan sekali lagi menjenguk suasana. Hatinya berdoa agar perbualan mereka tidak terhenti setakat itu. Dia tidak akan mampu menanggung rasa terkilan sekiranya gadis ini hanyalah jelmaan sesaat di dalam hidupnya. Kalau boleh dia mahu gadis itu sentiasa berada di sisi dan berbual dengannya. Hmmm awak dah berkeluarga? Soalan itu diucapkan perlahan, berhati-hati. Kedengaran tenang walhal Tuhan sahaja yang tahu bagaimana hatinya teramat malu bila memaksa kata-kata itu keluar dari kamar keinginannya. Gadis itu tidak angkat wajah. Shamsul Azhar telan liur. Bimbang ucapan itu adalah pertuturan yang paling tidak wajar pernah dilafazkan. Sudah. Ringkas dan pantas. Terhenti degup jantungnya. Ini bukan jawapan yang mahu dia dengar. Mengapa pula? Shamsul Azhar tidak dapat menerima hakikat itu. Dia berharap diberikan satu jawapan yang boleh memberinya tanda atau harapan? Tetapi jawapan itu sudah meragut sekelumit permintaan dan harapan yang baru sahaja berputik. Hatinya hampa. Dia tahu dia tidak pandai bermain dengan ekspresi wajah. Dia tidak tahu bagaimana ekspresi wajahnya ketika bertentang mata dengan gadis itu. Dalam sedar, dia mendengar gadis itu ketawa perlahan dan berkata

10

Rys Areesa

dengan senyuman paling manis yang pernah dia lihat dalam hidupnya. Tentulah saya sudah berkeluarga.... Ibu bapa dan adik-adik itulah keluarga saya. Lalu jantungnya kembali berdegup. Darah kembali mengalir ke muka pucatnya. Shamsul Azhar tahu bibirnya sedang berbunga senyum. Aduhai... pertama kali bersua, dia sudah merasa hatinya tertawan. Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati.... Dia pernah baca buku Ahadiat Akashah yang bertajuk Lagenda Budak Setan. Kalau Ayu adalah pencuri kelas satu hati Kashah, gadis ini yang belum dia tahu namanya, sudah menjadi penerima kelas satu hatinya. Tidak tergamak pula dia memberi medal pencuri kelas satu itu kepada gadis semanis ini. Pun memang gadis itu tidak mencuri hatinya, cuma dia sendiri yang sudah bermurah hati dan rela menyerahkan hatinya itu. Biarpun tidak diminta. Biar pertama kali bersua, jiwanya sudah terbang. Tinggi dan tinggi. Shamsul Azhar merasa ada sesuatu sedang melanda diri lelakinya. Seorang lelaki sepi yang kini memperolehi sinar baru. Ya tak ya juga ya. Senyumnya tidak lekang.

MACAM MANA orangnya? Tinggi, rendah, kurus, gemuk, putih ke gelap?

11

Seandainya....

Dia hanya geleng kepala. Ghairah benar Hilmi menerjahnya dengan pelbagai soalan. Senyum yang terukir di bibir tipisnya jelas membayangkan perasaannya yang sedang berbunga. Bunga-bunga cinta? Ini yang aku malas nak cerita. Overlah kau ni. Hilmi ketawa besar. Pantas menarik sebuah kerusi lalu melabuh punggung. Rakan kongsi dan juga arkitek di Hishaz Consultant itu bersandar tenang. Masih juga tidak lepas daripada memerhatikan teman baiknya itu. Hai aku rasa macam tak pernah tengok kau senyum macam ni. Lain macam kau ni Zaha. Hilmi terus mengusik apabila dilihat temannya itu masih tidak lekang dengan senyuman di bibir. Payah betul kalau orang tua jatuh cinta ni. Buruk. Woi! Wrong line tu! Aku belum tualah engkau tu lagi tua daripada aku, sedar sikit! Shamsul Azhar tergelak. Aku lain, tua-tua berisi. Anak pun dah masuk lima. Isteri.... Hilmi tersengih. Malas hendak menutur kata. Engkau ni Zaha cepatlah. Nanti kalau dah terlepas waktu, susah. Hilmi garu kepala. Gayanya bagai hendak bangun dari duduk. Lengan kemeja tangan kirinya dilipat sambil mengarah pandang kepada Hilmi. Masih juga senyuman yang sama tergaris di bibirnya. Belum ada jodoh nak buat macam mana. Hilmi ketawa. Kena mandi bunga tu. Banyaklah kau! Eh, kau ni free sangat ke? Design budak-budak dah habis check? Dia mengusap kepala, cuba mencari konsentrasi sebelum memulakan tugas.

12

Rys Areesa

Alah, sekali-sekala kena relaks. Pecah kepala kalau fokus sangat. Eh, kau belum cerita kat aku pasal the lady. Apa nama? Shamsul Azhar jongket kedua-dua bahunya sedikit. Hilmi ternganga. Hah? Tak tahu.... Dia geleng kepala. Jujur. Tak tanya? Tanya, tapi dia tak nak bagitau. Aku nak buat macam mana? Contact number? Geleng lagi sambil menepuk dahi. Hilmi sudah tidak tahu bagaimana berbahasa dengan Zaha, si tiang telefon. hendak

Kalau aku nak kata engkau ni bangang, belajar architecture luar negara. Nak aku kata bodoh, dah sarjana. Nak kata tak pandai, dah seabad experience. Tapi kalau aku kata kau ni dungu, boleh agaknya. Kalau macam nilah Zaha, alamatnya sampai ke tua la engkau tak kahwin-kahwin, leter Hilmi. Dahnya dia tak nak bagitau nama, aku nak buat macam mana? Yalah, at least force la dia sampai boleh dapat contact number. Paling tidak kerja kat mana, tadi kau kata orang construction. Dapat nama company pun aku boleh tolong carikan. Memanglah aku ingat nak kejar dia tanya nombor, tapi. Dia teringat pertemuan singkat yang maha indah itu.

13

Seandainya....

Awak turun di mana? KL Sentral, jawab gadis itu pendek dan perlahan. Awak? Di mana-mana pun boleh, ujarnya perlahan, seolah-olah mengusik. Sebenarnya dia sendiri sudah lupa harus turun di mana. Ajaib! Hmmm nama siapa? Shamsul Azhar telan degupan jantungnya yang kencang. Dah tua-tua macam ni pun masih nak pikat perempuan hati kecilnya mengejek nakal. Hmmm tak nak bagitau, boleh? usik gadis itu pula. Dia ketawa lagi sambil mengusap hidungnya yang agak mancung, Tak apa... simpanlah dulu ya. Hatinya berbisik, not bad pandai jaga harga diri perempuan ni. Asyik berbual, tidak disedari pengumuman tren sedang dibuat yang menyatakan mereka akan menghampiri Stesen KL Sentral. Ketika sebahagian penumpang sudah mula bangun dari tempat duduk masing-masing menghampiri muka pintu tren, gadis itu pandang sekali lagi ke arahnya. Saya turun kat sini. Awak? Dia hanya angkat bahu, sedikit kecewa. Hmmm semoga jumpa lagi ya. Memang demi Tuhan dia maksudkannya. Hatinya terus sahaja berdoa agar pertemuan itu bukan yang terakhir. Gadis itu sekadar mengangguk dan senyum lalu keluar dari pintu tren.

14

Rys Areesa

Shamsul Azhar pantas mengambil briefcasenya mengekori langkah gadis itu. Dia ingin bertanya sesuatu, namun gadis itu tidak menoleh lagi. Kecewa melingkar rasa. Dia berdiri di muka pintu tren yang masih terbuka. Kali ini berdoa di dalam hatinya agar gadis yang manis itu menoleh lagi ke arahnya. Sehingga pintu tren tertutup, dia masih kecewa. Tapi? Hah? Shamsul Azhar tersentak dengan nada major temannya itu. Memandang ekspresi wajah lurus itu, Hilmi tepuk dahi. Tension aku!

15

Seandainya....

Bab 2
Julai 2005 Shamsul Azhar sudah amat faham dengan kesinambungan situasi apabila mendengar nada sayu ibunya. Berdiam diri adalah jalan paling selamat bila situasi itu muncul. Zaha sorang ajelah anak mak dan abah. Ni masa mak dan abah ada ni, masih kuat, bolehlah tengok-tengokkan Zaha. Kalau kami dah tak ada, macam mana? Siapa nak jaga Zaha? Datin Jamilah seperti hari-hari sebelumnya masih tidak jemu-jemu menitik air pujuk ke dalam gunung batu hati anak lelaki tunggalnya itu. Sesekali bertukar kerlingan dengan pembantu rumahnya, Biah. Bawang merah yang sejak tadi dipegang tidak juga sudah dikupasnya. Hakikatnya hati seorang ibu sepertinya hanya tertumpu kepada anak yang disayangi dan ditatang

AK ni bukannya Zaha....

apa,

16

Rys Areesa

sepenuh hati. Anak yang sedari tadi hanya tersenyum dan membisu seribu bahasa. Zaha dengar tak apa yang mak cakap ni? Wanita itu sedikit kecewa. Dipandangnya si anak yang sedang duduk di hujung meja memetik kacang panjang. Asyik, bagai enggan menghiraukan rungutan si ibu. Zaha. Mak, cukup ke kacang panjang ni? Ke nak potong lagi? Penat dah ni. Shamsul Azhar berdalih. Nafasnya dilepas berat. Begitulah juga setiap hari, kesudahannya tetap sama. Si ibu hanya mampu mengeluh. Tatkala mengalih pandang, dia terpandang raut wajah suaminya yang hanya tersenyum di ambang pintu. Barangkali sudah melihat dan mendengar perbualan anak dan isterinya itu. Dipamer raut kecewa pada suaminya, Dato Abd Nasir, seolah-olah memohon bantuan. Namun suaminya hanya tersenyum lalu membawa surat khabar di tangannya ke ruang tamu. Enggan menyampuk bicara. Faham akan kesudahan yang tidak ke mana hasilnya. Potonglah sebanyak mana yang Zaha mahu, nak. Nada kecewanya sudah jelas kedengaran. Begitu juga dengan riak muram di wajah tua itu. Siapa ajelah yang nak makan di rumah ni. Bukannya mak ni ada menantu dan cucu... kalau ada tu lainlah. Dia bangun dari kerusi membawa bekas bawang yang telah siap dikupas ke singki. Nada suaranya sayu dari hati tua yang merajuk. Si anak tunggal pasangan Abd Nasir dan Jamilah yang merupakan pengasas Hishaz Consultant itu tersenyum di dalam tunduknya. Terus memotong kacang panjang yang sudah hampir suku bekas penuh berisi.

17

Seandainya....

Lepas ni nak potong apa, Mak Biah? Dia sengaja mengusik Mak Biah, pembantu rumah yang juga merupakan pengasuhnya sejak kecil itu.. Entahlah, Biah macam tak ada mood nak masak hari ni. Datin Jamilah seolah-olah memprotes. Namun kesayuan masih berbekas pada wajahnya. Mak Biah sekadar tersenyum sambil mengangkat bahunya memandang pemuda itu. Sudah kerap benar situasi itu berlaku. Shamsul Azhar hanya menggaru kepala. Kemudian garu dahinya. Faham benar akan sikap si ibu tersayang. Orang tua bisik hati kecilnya. Kalau macam tu biar Zaha aje yang masak. Mak pergilah berehat, pujuknya. Tak pernahnya orang lelaki dalam rumah ni memasak. Dato Abd Nasir mengerling sekilas. Terasa tersindir pula biarpun dia tahu kata-kata itu bukan semata-mata untuk dirinya. Namun masih juga dia enggan membuka mulut. Nanti bila dah banyak sangat skrip bertambah kecoh jadinya. Macam selalu-selalu. Itulah kalau ada orang perempuan dalam rumah nikan senang. Boleh juga mengganti emak untuk kamu. Pada bicara itu, hatinya berdetik sayu. Wajah Mak Biah yang juga sudah mulai muram itu ditenungnya sekilas. Sudah faham apa yang harus dia lakukan. Perlahan-lahan dia berdiri meninggalkan bekas kacang panjang yang kemudian ditarik oleh Mak Biah itu. Langkahnya diarah teratur menghampiri ibunya itu. Dari belakang dipeluknya si ibu perlahan dengan erat.

18

Rys Areesa

Tidak akan ada wanita yang boleh mengganti tempat insan yang telah mengandungkan, melahirkan, mendidik dan mengasihi Zaha selama hidup Zaha ni, mak. Emaklah satu-satunya buat Zaha dunia dan akhirat. Datin Jamilah mengesat air mata. Tidak bertindak balas biarpun dakapan anak menyentuh sayu hatinya. Ampunkan Zaha, ya mak. Zaha tak berniat nak lukakan hati mak. Zaha faham hasrat hati mak tu. Tapi apalah yang mampu Zaha lakukan mak semuanya ni kerja Tuhan. Zaha nak buat macam mana.... Datin Jamilah masih membisu. Kemudian bahunya terhinggut-hinggut. Esakan halus mula kedengaran. Perlahan-lahan Shamsul Azhar meleraikan dakapannya. Dia lantas berdiri di sisi ibunya, bersandar pada kabinet singki sambil membelek-belek setangkai kacang panjang di tangan. Belum terbuka hati Zaha ni, mak. Sesaat cermin fikirannya terbias seraut wajah ayu yang ditemuinya di dalam tren komuter sebulan yang lalu. Pantas dia memejam mata, memadam biasan itu. Tetapi dia gagal. Yang lepas tu sudahlah Zaha. Mak minta maaf kalau apa yang mak buat tu memalukan Zaha. Tapi mak tak sangka semua ni akan terjadi. Mak tak sangka mereka menolak kita pada saat-saat akhir macam tu... bila semua persediaan dah siap. Mak malu... malu sangat dengan saudara dan tetamu. Mak minta maaf, Zaha.... Datin Jamilah membongkar keluar segala sendu di dadanya yang selama ini dia pendam. Mak Zaha tak pernah salahkan mak. Zaha tahu niat mak dan abah ikhlas. Zaha tahu mak dan abah mahukan calon isteri yang terbaik untuk Zaha.... Hatinya juga sebak.

19

Seandainya....

Tapi... macam yang Zaha cakap tadi, dan yang macam mak cakap juga dulu, ni semua kuasa Tuhan. Biarlah Tuhan sahaja yang mengatur semuanya mak. Shamsul Azhar telan liur. Sesungguhnya terlalu payah untuk dia melafazkan kata pemujuk itu untuk si ibu sedang hatinya sendiri memang luka. Masih terasa. Mak janganlah susah hati. Kalau Tuhan kata ada jodoh Zaha, adalah nanti. Kalau tak ada, kita buat macam mana pun, tak jadi. Dah kalau memang tertulis di lohmahfuz yang Zaha ni bujang selamanya di dunia ni, nak buat macam mana? Ada nada usikan pada kata-kata itu, biarpun hakikatnya Shamsul Azhar merasakan bibit-bibit sedih membenih di dalam hatinya.

20

Rys Areesa

Bab 3
Julai 2005 Senyumnya manis di bibir mengucap dua patah kata tatkala mengayunkan langkah masuk ke pejabat. Setiap wajah yang bertembung dengannya akan membalas senyuman itu yang seceria mentari pagi. Selamat pagi. Dua patah kata ucapan yang tidak pernah lupa diucapkan kepada setiap rakan sekerja setiap pagi semenjak hari pertama dia bekerja di Brilliant Excell. Semenjak hari pertama dia dinaikkan jawatan dan mempunyai biliknya sendiri. Selamat pagi yang tidak pernah lekang dari bibir biarpun sejak hari pertama Wan Zaharris menjejakkan kaki ke Brilliant Excell. Malah tidak pernah dia lupa untuk ucapkan seperti biasa biarpun sejak hari pertama Wan Zaharris tidak lagi berada di pejabat itu dua tahun yang lalu. Pagi itu juga dia masih mengucapkan dua

ELAMAT PAGI!

21

Seandainya....

perkataan yang wajib itu. Selalunya dia menuturkan ucapan itu dengan wajah dan nada yang ceria. Bertambah ceria bila dinaikkan jawatan. Masih ceria pada pagi seorang jurutera baru bernama Wan Zaharris menyertai syarikat itu. Dan tetap juga ceria pada pagi pertama ketiadaan Wan Zaharris di Brilliant Excell. Di dalam hidupnya. Tetapi pagi itu nadanya kedengaran begitu lain. Berbeza. Tidak lagi sama seperti selalu. Biarpun ada segaris senyum tersungging di bibir. Sorry, saya lewat lagi, bisiknya sambil mengerdipkan matanya kepada Suhaiza yang tersenyum memandangnya. Cik Areena, tadi Miss TJ cari. Dia called tapi tak dapat. Hmmm I jumpa dia nanti. Mr. Cheung ada? Fail biru yang dihulurkan oleh Suhaiza diambil. Pembantunya itu mengangguk mesra. Okey. Dia beredar ke bilik. Pintu bilik pejabatnya lalu ditutup rapat. Tirai jendela telah pun dibuka. Memaparkan kebiruan awan di puncak pohon hijau yang berbaris di tepi kawasan parkir. Penghawa dingin pun sudah sedia berfungsi. Hmmm bestnya jadi bos kecil macam ni, bisik hatinya. Briefcase di atas meja, beg tangan pula diletak di meja kecil di belakang meja utama. Kedudukan yang tidak pernah berubah sejak tiga atau empat tahun yang lalu. Dia membuka briefcasenya lalu mengeluarkan beberapa dokumen yang dibawa balik semalam untuk disemak di rumah. Namun, hakikatnya dokumen kerja itu tidak berusik sama sekali. Rutin semenjak dua tahun yang lalu.

22

Rys Areesa

Hoi, lambat ya? sergah TJ. Sedikit terperanjat, namun tersenyum juga melihat sahabat karibnya itu. Masuk cepat mama, duduk elok-elok nanti baby terkeluar depan pintu tu, baru tau. TJ melangkah masuk dengan perutnya yang kini sudah menjangkau enam bulan. Ditariknya kerusi lalu berhati-hati melabuh punggung. Seketika berdiam diri sambil memerhatikan si teman yang sibuk mengemaskan briefcasenya. Janganlah asyik pandang muka I macam tu. I ni tak cantik, nanti baby you tu ikut muka I, baru you menyesal. Tak apalah pun. Memang I wish shell be like you. You have everything. I wish a friend and a daughter to have, ujarnya perlahan. Jujur. Luahan hati yang ikhlas. Mendengarkan bicara yang menyentuh hati itu, jari-jemari Areena yang sedang menyusun dokumendokumennya terhenti. Namun dia tetap tidak panggung wajah. Cuma berdeham kecil. Ya? soalnya dalam senyum. Dia cuba menyembunyikan riak wajah. Mengelak perubahan wajahnya daripada dikesan oleh TJ. Walaupun hatinya dapat merasakan TJ hadir di depannya saat itu, bukan sekadar menegur kelewatannya. Dont you think that you have actually forgotten to tell me something? There you go. Areena menarik dan menghembus nafasnya dalam-dalam. Tidak boleh tidak, kali ini dia harus juga panggung wajah. Soalan yang diajukan itu kedengaran serius. Malah butiran pertanyaan itu kedengaran mengandungi motif yang tersirat.

23

Seandainya....

Is there? Renungan mata temannya yang tajam tanpa sebarang bicara balas itu sungguh mengganggu. Sedar bahawa TJ sudah tahu akan kebenaran yang sedang disembunyikan. Sesungguhnya renungan itu benar-benar lebih menyeksa daripada tujahan kata-kata yang tajam. I I. Bicaranya tersekat di kerongkong yang kering. Beberapa helai rambut yang sedari tadi asyik mengganggu di dahi, ditolak ke belakang, Im sorry. For....? Areena tarik nafas panjang, memegang dahinya lama sebelum bangun dan beredar ke jendela. Deretan motokar yang terparkir mengambil tempat di ruang penglihatannya. Dulu dia selalu juga berdiri di situ. Menanti dan melihat sebuah kereta yang sudah cukup untuk mengubat rindunya. I just cant TJ. I just cant take it anymore. Cant take what? TJ masih dibelakanginya. Sungguh dia bersyukur dengan keadaan TJ yang berat itu. Sekurang-kurangnya temannya itu tidak akan terlalu agresif menyerang. Air mata yang jatuh setitis ke pipi dikesat pantas. Panas dan dingin seperti hatinya juga tika itu. Im sorry TJ. I have to I have no choice. I cant take it any longer. Yeah, youve taken it too long, havent you? Time to let go, isnt it? Tanya TJ perlahan. Tetapi memberat dengan rasa. Air matanya jatuh lagi, kali ini lebih deras.

24

Rys Areesa

YOU know how I hate to release you. Pengarahnya berbicara dengan nada yang dalam dan perlahan. Dato Ariffin hanya menyepikan diri. Sedang Encik Hafsham pula cuma mengetuk pen yang dipegang ke meja. Juga membisu seribu kata. Namun wajah itu benar-benar mengundang kedinginan di dalam hatinya. Wajah yang suatu ketika dulu pernah dihormati. Namun rasa itu kini sudah pudar lalu berganti kecil hati. Macam mana prices kita boleh lari jauh? Encik Hafsham menghempas punggung ke kerusi empuk bilik mesyuarat dengan wajah kelat. Berang. Fail tender yang dipegangnya sebentar tadi turut terhempas ke meja. Areena tahan nafas. Dia dapat membaca situasi. Namun cuba membuang jauh-jauh prasangka yang mula mengintai hati. Kita masuk tiga harga. Lelaki itu angkat tiga jarinya berkali-kali. Tiga! Strategi macam ni dah selalu kita buat, tak pernah gagal. Tak pernah dibolosi mana-mana harga petender lain. Tapi, kali ni kenapa ada dua harga antara prices kita? Nada suara itu begitu jengkel. Tidak senang hati Areena bila anak mata Pengarah Projeknya itu kerap mengerling tajam ke arahnya. Mr. Cheung membisu, tenang bersandar sambil bermain jari. Mulutnya terkumat-kamit, namun tiada suara yang keluar. Dia toleh mencari wajah TJ yang sedang menunduk. Begitu juga Robert selaku Pengarah Contract Department Brilliant Excell. Areena telan liur. Terasa tidak sedap hati.

25

Seandainya....

Why? Can anybody explain the coincidence? Is it really a coincidence when one of the prices belong to a company who hired one of our ex-staff? An ex-staff who has personal contact with us here. Lalu pandangan yang tajam itu singgah tepat ke wajahnya. Tajam penuh makna. Degup jantungnya terasa berhenti. Are you sure, very-very much sure of it Areena? Dia tersentak. Are you? Dato Ariffin mengulang pertanyaannya. Pantas dia mengangguk. Keputusan yang dia buat tidak dibatasi sebarang keraguan. Nekad. Dia tidak akan menoleh lagi. Kalau dia tidak menoleh sebelum ini, mengapa harus sekarang? Once I throw, Ill throw. No regret! Dah ada kerja baru? Suara garau Dato Ariffin memaksanya mengangkat wajah. Dia terharu dengan keprihatinan lelaki-lelaki itu yang selama lima tahun lebih ini menjaga, mendidik dan menunjuk ajar dirinya di dalam dunia pekerjaan yang serba mencabar. Setiap ilmu, setiap pengalaman yang diperolehi hari ini adalah kerana ihsan dan kepercayaan ketiga-tiga lelaki di hadapannya itu. Senyumnya mekar dari hati yang hiba. Ada lelaki yang menitiskan air matanya kerana kekecewaan yang diberikan. Namun lelaki-lelaki di hadapannya itu menitiskan air mata kerana jasa yang tidak mungkin dapat dibalas. Merekalah majikan, guru dan juga bapa kepadanya. Suka duka dimarahi dan didera akan menjadi kenangan yang tidak ternilaikan selepas hari ini. Dadanya sebak. Dia akan rindu segala-galanya yang pernah dia lalui di tempat ini.

26

Rys Areesa

Terlalu banyak suka dan duka yang tersimpan di Brilliant Ecxell. Dia sedar soalan itu belum dijawabnya. Sebak yang menyerbu dada tidak memungkinkannya untuk mengeluarkan suara. Dia hanya menggelengkan kepala. Jujur. Memang dia tidak berhasrat untuk berkhidmat di mana-mana perusahaan lagi. Kali ini dia harus beri ruang untuk dirinya memilih jalan hidup yang selama ini dia impikan. Saya takkan bertanya kepada kamu lagi alasan kamu meletak jawatan. Saya percaya Cheung dan juga Hafsham mempunyai sebab tertentu untuk meluluskan permintaan kamu. Cuma kalau kamu perlukan bantuan saya, saya boleh recommend beberapa tempat yang bagus. Bicara Dato Ariffin begitu ikhlas. Areena menggariskan senyum memandang wajah Dato Ariffin. Lelaki itu sudah kelihatan amat berusia, begitu juga dengan Mr. Cheung, kelihatan lebih berusia daripada tahun-tahun sebelumnya. Dia benar-benar terharu. Begitu pantas masa berlalu. Benarlah seperti lirik lagu Fauziah Latif, tua mengejar, pasti tiba saatnya... kau merasa diri tak segagah waktu remaja. Sungguh dia sendiri merasakan dirinya kebelakangan ini terlalu lemah. Longlai tidak bermaya. Apakah faktor usia atau apakah perasaannya yang sudah terlalu luka itu menyeksa rohani dan semangatnya? Terima kasih Dato. Saya hargai bantuan Dato itu. Saya tak akan dapat lupakan. Sebaknya ditahan. Katakatanya terhenti seketika. Dia tidak mahu menangis ketika itu.

27

Seandainya....

Bab 4
Ogos 2005 ARI itu tujuh warna pelangi yang dilahirkan oleh hujan panas dengan indahnya menirai dada langit. Sekilas, sepasang matanya mencuri pandang keindahan panorama alam itu dari cermin tingkap sebaik sahaja dia memarkir kereta di sebelah Proton Waja milik Masura. Setelah mematikan aircond dan enjin kereta, dia menarik keluar briefcase dari tempat duduk belakang. Rambut separas bahu yang tadi terikat dengan getah kini dileraikan untuk dikemaskan semula. Potongan layered yang baru dia buat minggu lepas menyebabkan beberapa helai rambut depannya terlerai dari ikatan. Dibiarkan sahaja. Telefon bimbitnya berbunyi tatkala tangan akan menutup pintu kereta. Ya, Sura? Dah kat parking lot ni. Ya nak naiklah ni. Ya, ya, nantilah kejap! Dia ketawa kecil.

28

Rys Areesa

Alarm ditekan mengunci kereta. Lalu dia berlarilari anak menuju ke Wisma AMP di hujung jalan. Masuk sahaja ke ruang hadapan bangunan, dia bergegas mencari lif. Tingkat lima, hatinya mengingatkan. Pintu lif kemudian terbuka di paras lima. Sepantas hayunan langkah, sepantas itu jugalah debaran di dalam hatinya. Dia cuba menghela nafas, mengundang ketenangan minda dan hati. Hari itu adalah hari pertamanya melihat ruang pejabat baru yang disewa bersama Masura, teman sekuliahnya dulu yang juga merupakan tunang sepupunya, Fuad. So, what do you think? Masura berlegar-legar di sekitar ruang pejabat yang masih kosong. Okey jugak, tapi macam besar sangat tak? Tak mahal ke sewanya? Come on beb, nak buat business kena berani ambil risiko. Kalau nak risau benda-benda macam tu, buat apa engkau resign. Kat BE pun engkau dah selesa apa? Siapa suruh engkau. Masura melihat gadis itu hanya merenung jauh ke langit biru melalui bukaan jendela. Rambutnya berterbangan lembut dihembus angin. Masura tarik nafas, rasa bersalah menerjah diri. Sedar dia tidak seharusnya mengungkapkan bicara itu tadi. Tetapi entahlah, bagaimana dielakkan pun, pasti akan tersentuh juga, sengaja atau tidak. Sorry. Kenapa? Seolah-olah tidak ada apa yang menyentuh hatinya, dia beralih memandang Masura sambil bersandar di dinding jendela. I want to start my new book of life. You know why I quitted. Pass is pass, tak ada apa yang nak disedihkan, atau dikesalkan. Let bygones be bygones okay, alah macamlah

29

Seandainya....

tak biasa dengan semua benda-benda ni. Sikit pun tak masuk otak benda-benda tu semua. Dia ketawa. Masura mengeluh. Skarf biru yang meliliti lehernya yang jenjang itu diperbetulkan. Dia hanya menganggukkan kepala. Bukan tidak mengerti akan lakonan itu. Namun malas untuk terus memanjangkan isu. Terima sajalah seadanya, shes my best friend anyway hatinya berbisik. Okey, aku dah bincang dengan kawan aku tu. Dia setuju nak tolong furnish pejabat kita ni ikut budget yang kita ada. Quotation kat aku, nanti kita tengok sama-sama. Masura lancar memaklumkan. Aku dah kira setuju, tak tahulah engkau. Kalau engkau okey, diorang boleh start renovate dengan furnish sekali dua hari lagi. Masura berkata sambil berjalan ke arah sudut ruang di sebelah kanan. Melihat dan meninjau. Kat sini elok jadi bilik engkau, tak crowded sangat. Masura bersuara dari sudut itu. Tinjauannya tadi berhasil. Areena tertawa. Sura! Thanks.... For? Masura menjengahkan kepala dari bilik tandas pula. Cepatnya dia bergelegar. Youre my best girlfriend. You know I always am, but now Im not your best girlfriend anymore! Terangkat keningnya bila Masura melangkah menghampirinya. I am now your business partner, take care of my interest too! Come on baby, I was the best asset in my former company.

30

Rys Areesa

I doubt that, anyhow I dont mind to give it a try.

BILA Creative Inspiration Sdn Bhd nak beroperasi, Cik Puan Pengarah? Afeera bertanya nakal. Si kakak memandang sekilas adiknya itu yang sedang menatang dua gelas air Horlicks ke arahnya. Dua hari lagi renovation, mungkin awal bulan depan. Ada perasmian? Ayahnya yang sedang menonton berita menyampuk. Haah, ada launching ceremony tak? Mesti bestkan, masuk surat khabar? Ish, seganlah... tapi rasanya ada sebab syarikat ni ada dua operasi. Kalau untuk Areena, tak perlu sangat sebab buku-buku Areena pun memang dah ada main publisher. Tapi Masura punya nature tu yang perlukan introduction. Encik Rasslan berpaling. Si Sura tu sebenarnya buat apa? Ayah tak berapa faham bila dia terangkan hari tu. Apesal ayah tak tanya kat Kak Sura hari tu yang ayah tak faham? usik Afeera. Ketawa si ibu menggegar suasana. Semua mata menyorot ke arah wanita yang berhenti menjahit itu. Setahun lebih lamanya ibu bermurung. Dia lebih banyak mendiamkan diri. Jarang sekali ketawa setelah majlis perkahwinan anak sulungnya itu dibatalkan pada saat-saat akhir. Dalam tempoh itu, kehidupan Areena bagai dilanda gerhana yang memendungi kebahagiaan. Dan dalam tempoh

31

Seandainya....

itu jugalah, Areena menyembunyikan setiap titik tangisan. Bukan menangisi kehilangan cinta, tetapi meratapi natijah tindakannya terhadap maruah keluarga. Ibu? Kamu bukan tak tahu ayah kamu tu, tak tau tapi malu nak tanya. Itulah bodoh sombong namanya, hih.. hih. Puan Roseyani terus ketawa. Ibu. Areena mendakap ibunya dari belakang. Puan Roseyani masih ketawa, namun seketika kemudian bahunya bergerak-gerak. Air matanya mengiringi tawa. Ibu, ampunkan Areena. Wajahnya disembamkan ke bahu si ibu. Terasa lengan kanannya dipegang. Dia bertambah sayu. Areena minta ampun ibu. Dilepaskannya esakan. Tidak sanggup lagi memendam rasa yang selama ini berkabung di dalam jiwa dan raga. Tangisan mereka dua beranak terhambur keluar. Menenang dan melegakan segala ketegangan yang memberat di dalam dada. Areena kemaskan dakapannya agar lebih kuat. Rindu sangat kepada ibunya itu. Rindukan kasih dan sayang ibu yang semakin sirna sejak peristiwa itu. Puan Roseyani mengangguk perlahan. Ibu tak pernah marahkan Areena. Dia toleh sedikit agar dapat memandang wajah anak perempuannya itu. Mungkin ini dugaan untuk kita, nak. Areena tetap anak ibu, ibu tahu apa yang Areena tanggung. Tak perlu anak ibu ucapkan, ibu tetap tahu kedukaan tu. Cuma mungkin ibu tak kuat untuk menenangkan hati ibu sendiri.

32

Rys Areesa

Ibu.... Puan Roseyani mengesat air mata. Ibu nak minta maaf juga... mungkin tindakan ibu menggores perasaan Areena tapi... Pantas Areena meletakkan jarinya ke bibir si ibu. Tanda tidak membenarkan ibunya berbicara lanjut. Dia tahu apa yang bakal diperkatakan oleh ibunya itu. Ibu selalu kata pada kami adik-beradik, tak ada ibu di dunia ni yang tak sayangkan anak-anaknya. Tak ada ibu yang mahu berbuat sesuatu yang akan merosakkan anakanaknya, kan bu? Pipinya yang basah itu dia letakkan ke dada ibu yang sedikit berombak dengan tangisan yang ditahan-tahan. Sehingga dia dapat mendengar setiap degupan di dalam tubuh ibunya itu. Areena tak pernah salahkan ayah dan ibu... Areena tahu tu semua kebaikan yang ibu inginkan untuk Areena. Areena pun nak minta ampun kerana lukakan hati ayah dan ibu.... Ahli keluarga itu mengesat air mata masingmasing. Betapa lamanya mereka mengharung kehidupan dalam gerhana. Malam itu bagaikan awan mendung itu telah berlalu pergi dari kehidupan mereka sekeluarga.

33

Seandainya....

Bab 5
Oktober 2006 ILID 2 dah nak terbit minggu depan. Last jilid kira sold out and warmly welcome by readers, what a relief.... Areena menarik nafas lega tatkala duduk di atas meja di belakang Masura. Tangannya membuka bekas kuih tat nenas yang terletak di atas meja Masura. Diambilnya satu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Yang baru ni? Hmmm... tergantung lagi, tak tahu macam mana nak proceed, ujar Areena sambil memerhatikan temannya itu sibuk menekan-nekan kekunci komputer, memilih warna untuk tema designnya. Warna yang mana sesuai? Masura bertanya lagi sambil matanya tidak lepas memerhatikan grafik di skrin komputer. Design untuk majalah apa air mata tu? Dia membawa kepalanya sedikit ke hadapan. Ingin melihat

34

Rys Areesa

dengan lebih jelas. Kini kepalanya sudah hampir dengan kepala Masura yang sedang berteleku, asyik memerhati skrin. TODAYS RELEASE, Idham punya. Masih pasal raya lagi pun. Daringnya? komennya nakal. Dia tarik kepalanya kembali. Kakinya yang berjuntai dia buai-buaikan. Masura pantas menoleh. Ye ke? Tak adalah. Usik aje, jawabnya tertawa. Masura lepas nafas seolah-olah lega dengan pengakuan itu. Janganlah ni first edition ni. Promosi air mata tu. Kenalah grand sikit kalau nak rebut pembaca. Yalah jangan cover dengan accessories aje yang grand. Contentnya? Pembaca sekarang semuanya educated, jangan underestimate dia orang, usiknya lagi sambil menarik sebuah kerusi dan melabuh punggung di sebelah Masura. Bila sekali mereka baca majalah kita, diorang boleh tahu nilai dan kualitinya. Kalau tak, that will be the first and last time mereka baca. Ha apa nak jadi nanti dengan keluaran majalah tu yang seterusnya? Areena menasihati. Haah... talking about content, teringat pula aku eh, engkau tak nak contribute ke? Kita ni budak baru belajar menulis... bukan journalist. Alah tak recommendkan kau. apa, nanti aku minta Fuad

Areena bangun sambil menggelengkan kepala. Bekas tat nenas itu diambilnya. Dia mahu bawa masuk ke biliknya. Masura pasti tidak kisah pun. Kerusi lalu

35

Seandainya....

dimasukkan kembali ke bawah meja. Janganlah, bagilah aku masa habiskan kerja aku. Release ni pun dah terlewat, lagi mahu tambah kerja. Dua bungkus kertas A4 yang terletak di meja bersebelahan meja Masura diambilnya. Buat mencetak draf manuskripnya nanti. Eh, engkau ada dinner malam nanti, kan? Masura tiba-tiba bertanya. Kerusinya dipusingkan pantas menghadap Areena. Haah, balasnya tanpa memandang temannya itu. Pergi? Angkat bahu. Teringat akan kad jemputan dari Brilliant Excell yang dialamatkan ke rumah ibu bapanya minggu lepas. Jemputan ke majlis makan malam tahunan syarikat merangkap majlis sambutan Hari Raya Aidilfitiri. 29 Oktober 2006 di Hotel Armada. Malam ni? Hatinya berdetik. Keluhan yang terlepas hanya tersembunyi di kerongkong. Dia tahu semua kakitangan, malah pengurusan di syarikat lamanya itu masih menyebelahi dirinya. Mereka tahu tuduhan Encik Hafsham terhadapya tidak berasas. Cuma dirinya yang tidak sanggup lagi berlakon di sana. Sejak menerima diselubungi dilema. kad jemputan itu, dirinya

Pergilah aku tahu apa yang ada dalam hati engkau tu. Dia tersenyum payah.

36

Rys Areesa

Bab 6
Jun 2001 REENA.... TJ memanggil lemah dengan muncung sedepa. Sebelah mukanya dibaringkan ke meja. Berkerut-kerut. Tangannya pula memegang perut sambil mengerang-ngerang. Jomlah pergi lunch! Aku dah lapar ni... bentak Kim Tey Joone bila dilihatnya gadis itu masih tidak bergerak dari menekuni kertas-kertas yang bertaburan di atas meja. Okay, give me another second. Theres no another second girl! Youd better stand up now or! Bingkas sahaja dia berdiri sebaik mendengar nada major suara teman sepejabatnya itu. Tersenyum lalu menanggalkan cermin mata. Rambutnya yang tadi digenggam sepit rama-rama, diurai dan kemudian diikat dengan kemas semula.

37

Seandainya....

You ni TJ... kalau dah lapar macam singalah, usiknya ketika mencapai beg duit. Dia ketawa kecil memandang muka amoi yang sebaya dengannya itu. Sudah faham benar akan sikap dan telatah Kim Tey Joone yang lebih senang dipanggil TJ. Areena masih ingat kali pertama dia menyertai Brilliant Excell, sebuah syarikat kontraktor sederhana besar yang ketika itu baru berkembang di dalam dunia pembinaan. Hanya TJ kawan dan teman sepejabatnya. Mereka sama-sama terpaksa tinggal di pejabat sehingga jam sepuluh malam setiap hari untuk menyelesaikan kerja-kerja terbengkalai mahupun untuk menyiapkan tender untuk serahan esok. Setahun yang lepas, bilangan kakitangan Brilliant Excell tidak seperti hari ini. Hanya dengan lima orang kakitangan, Areena yang merupakan Koordinator Pentadbiran dan Kewangan, TJ sebagai juruukur bahan dan Robert sebagai jurutera di bawah pimpinan Mr. Cheung serta seorang lagi pengarah mereka yang kini sudah pun bersara, bertungkuslumus membangunkan Brilliant Excell. Usaha dari tenaga kerja yang terhad itu menuntut mereka untuk lebih komited dan mendedikasikan seluruh keupayaan dan masa untuk syarikat. Biarpun terpaksa membantu dan mempelajari tugas seorang juruukur bahan, namun dia tidak pernah merungut. Sikapnya yang sering dahagakan ilmu dan pengalaman baru sentiasa memberikan keseronokan untuknya berkhidmat di dalam Brilliant Excell walaupun dia banyak mengorbankan masa untuk diri dan keluarganya sendiri. Ketabahan dan ketekunan itulah yang

38

Rys Areesa

membolehkan dia memperolehi kedudukan dan kepercayaan seperti hari ini. Ketabahan itulah yang memberikannya pengalaman berharga dalam selok-belok pengendalian sebuah syarikat. Eh, you ni nak pergi makan atau nak tersengih macam kerang kat situ? Pantas dia mencapai tangan TJ. Kalau I ni kerang, senanglah. Tak payah kita pergi makan. You boleh makan kerang ni sekarang juga. Besarnya kerang nikan? Mesti kenyang, lima belas hari tak payah makan lagi. Areena, janganlah main-main. Nanti I makan betul-betul, mahu? TJ bengang. Tak nak! Tak nak! Menggeleng kepala dengan nakal. Areena? Okay, lets go amoi before you jadi karnivor! Dia bersuara kartun.

PANDANGANNYA terhenti seketika pada muka surat kelima laporan kewangan yang baru sahaja tercetak keluar dari printer. Kepala pensel yang dipegang, digigit perlahan. Kaca matanya dipakai semula lalu menelaah setiap baris. Menggariskan nombor-nombor yang memerlukan perubahan. Dia kembali melihat angka pada kotak Gross Profit / Loss. Angka (RM5,575,000.00) yang tercetak di atas laporan mengundang keluh. Sejak semalam dia berhempaspulas mengubah angka rugi yang menyebabkan pengarahnya mengurut dahi dalam mesyuarat kewangan bulanan syarikat minggu lepas. Puas dikumpulnya semua jumlah yang boleh

39

Seandainya....

diklasifikasi sebagai hasil daripada penghutang, namun untuk memperoleh jumlah keuntungan yang munasabah tetap mustahil. Kebelakangan ini aliran kewangan syarikat agak lemah. Baru-baru ini sahaja mereka memperolehi tiga projek baru yang dua daripadanya bernilai hampir RM25juta. Sedangkan bayaran yang diterima untuk projek dalam tangan dan projek yang baru disiapkan terlalu perlahan untuk membolehkan mereka running. Para pengarahnya mendesak dia menyediakan laporan kewangan yang berwajah ceria untuk memperolehi dana dari pihak bank. Mereka perlu mencari sumber dana untuk membiayai pelaksanaan kerja-kerja awal projek. Pun, angka yang cantik itu penting untuk memenangi tender. Alina... what is that? How do you expect me to face Dato with that figure? Dia mendiamkan diri apabila pengarah berketurunan Korea, berusia awal empat puluhan itu berleter dalam pelat Koreanya. Why are you standing there with that face? Sit down here! tegas Mr. Cheung. Im sorry sir! Dia cepat-cepat menarik kerusi lalu duduk. Mr. Cheung, I need to inform you that.... Berhatihati berkata tetapi Mr. Cheung lebih pantas menyangkal. I dont want any word or reason for this Alina. Dia gigit bibir. Lagi-lagi Alina... nama aku Areena la! Susah betul mamat Korea ni nak menyebut. Areena menjengkel di dalam hati nakalnya. I dont care! You are hired here because you are

40

Rys Areesa

qualified enough and youd better do as what youve been told in that meeting or be prepared to be removed. Do I make myself clear? Yeah, sir. Consider it done. Wajah pengarahnya itu dipandang tepat. Mr. Cheung mengangguk lalu menggerakkan dua jarinya, isyarat agar dia keluar. Tatkala memutar tombol pintu.... Alina! Youre one of the best I have in this company. You know that damn well, right? Mr. Cheung bersuara tanpa memandang, pura-pura sibuk menyusun beberapa helai kertas di atas meja. I do and thank you for the compliment sir. No heart feeling? Of course not sir. Then you better get out know and finish your work! Nada itu kembali tegas, namun empunya suara masih tidak mengangkat wajah. Areena tersenyum ketika memboloskan diri keluar dari bilik tersebut. Hatinya tertawa dengan telatah Mr. Cheung. Dia sudah cukup arif dengan pengarahnya itu. Rambut yang mengurai di dahi ditolak ke belakang perlahan. Nafasnya ditarik perlahan sambil mengurut dahi. Ketegangan sudah dapat dirasainya. Mesyuarat kewangan akan diadakan empat hari lagi. Im going to die young this way keluhnya di dalam hati. Langkahnya teratur berjalan melewati beberapa buah partition kakitangan yang sedang menekuni tugas. Suara TJ meneriakkan namanya bergema.

41

Seandainya....

TJ! Ini ofis. Janganlah macam tu. Mae si? Dicubit pipi temannya yang putih gebu itu. TJ mengaduh sambil menepis tangan nakal itu. You kena basuh dengan Mr. Cheung tadi ya? Biasalah tu, hari-hari pun kena basuh. Tak nampak I ni dah bersih sangat-sangat, tiada lagi kotoran melekat. Areena buat gaya iklan. Lagi mahu tanya! TJ hanya tersengih sambil mengekor langkah Areena hingga ke biliknya. Areena, hari ni ada orang baru kat contract department tau. Budak-budak ni kata handsome gila! TJ bersuara meriah sambil menutup kembali pintu bilik Areena. Fail-fail yang tadi dia bawa dari bilik Mr. Cheung diletakkan di atas meja. Kemudian jari-jemari menggerakkan tetikus. Belum sempat dia menjawab kata-kata TJ, interkom sudah berbunyi. Line dua untuk Cik Areena. Thank you! Dia menekan butang talian dua. Areena. Dia mengenalkan diri. Yes! Terdiam sejenak sambil cuba mencapai fail di hujung meja dengan payah. TJ membantu. I thought it is COD sir? And. Sepasang matanya membaca pantas. It should be delivered on 28th, today is only 24th. We still have few days for the payment... havent we sir? TJ memandang wajah serius Areena yang sedang pantas mencoret sesuatu di atas diari eksekutifnya. Ill check it with my procurement department.

42

Rys Areesa

Yes, Ill rush it up for you sir. Yes, thank you very much for your consideration. Dia melepaskan nafas lega ketika meletakkan gagang. Interkom berbunyi lagi. Areena, katanya sebaik menekan sambungan taliannya. I know that Robert, just hung up with them. Your material will be there on 28th. They would not start work before that, would they? You know our financial is very tight right now... kata-kata itu tidak selesai. Kelihatan Areena memicit-micit dahinya. Pasti ada sesuatu yang merunsingkan. Yes I will try to source some money to pay okay, dont worry. Areena kemudian memandang TJ. Marina II siap hujung September, kan? Interkom berbunyi lagi. Areena. Tenang juga dia menjawab di celah helaan nafas yang berebut-rebut itu. Ya, Encik Halim. Wajahnya meredup. I do understand. Yes, its okay. Anyway thank you for your help. Yes, thats alright. Thank you. Bye. Perlahanlahan meletak gagang. Tak dapat loan dengan BC. Mereka tak confident dengan profit kita. Teruklah macam ni. Sudahlah susah hati, ini bertambah sakit hati, keluhnya sambil meleraikan ikatan rambut yang longgar. Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kan? TJ berkongsi keresahan. Eh, I tanya apa tadi? Areena cuba mengingat kembali. Oh ye Marina II siap end of September, kan?

43

Seandainya....

Think so. TJ berfikir. I mean it should be. Why? Early negotiation kata COD, sekarang CBD. Diorang ni dari minggu lepas Robert bising pasal tender ni. Business girl. Manis masa bercinta. Eh amoi, ley kong me? Tak ada kena-mengena dengan topik langsung. Kedua gadis itu ketawa. Hmmm nanti. Mana quotation diorang ni? What was that I told you just now? TJ mengerut kening. New personnel in contract department, katanya sambil membuka kabinet di belakang mejanya lalu mengeluarkan sebuah fail salinan sebut harga. TJ tersenyum nakal. Gadis itu masih boleh mengingati tajuk perbualan. Sekurang-kurangnya Areena masih berminat mengetahui lanjutan bicara darinya. Hah, betul... waaa memang handsome! Dah jumpa ke? Belum... tapi! I ada tengok dari belakang waktu I lalu depan bilik mesyuarat tadi. TJ dapat melihat Areena tersenyum sinis. Thats really great, dari belakang pun dah boleh kata handsome. Tapi TJ, I takut dari belakang aje, nanti bila facing dia waaa you pengsan. Apesal pulak I pengsan? Sebab dia buruk ke? TJ hairan. Tak, tapi sebab dia handsooooome sangat! Areena tertawa.

44

Rys Areesa

Bab 7
Jun 2001 HEM. Puan Rohaya menjengahkan kepala. Dia tersenyum lebar bila gadis itu seolah-olah langsung tidak mendengar tatkala pintu diketuk berkali-kali. Malah Eksekutif Kewangan Brilliant Excell itu masih tekun menghadap kertas-kertas kerja yang berselerakan memenuhi ruang mejanya. Areena yang sedang menggigit pensel sejak tadi terpinga-pinga apabila Pegawai Sumber Manusia Brilliant Excell itu melangkah masuk diekori seseorang di belakangnya. Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi. Keduadua lengan baju yang dia lipat ke siku ditarik semula ke pergelangan tangan. Areena, ni koordinator baru kita. Hmmm... jurutera baru kita sebenarnya. Hell be responsible for our new project at Putrajaya as his first assignment. Beberapa helai rambut yang memang selalu

45

Seandainya....

menutupi sebahagian dahinya dikuis dengan jari. Kepalanya beralih sedikit ke kanan melepasi bahu wanita itu. Mencari empunya tubuh badan jurutera baru yang diperkenalkan kepadanya itu. Ketika sepasang matanya menemui seraut wajah lelaki itu, dia melihat senyuman tampan mendepaninya. Tidak berkelip matanya. Tekun mengamati susuk dan raut wajah lelaki itu. Situasi begitu berlarutan seketika tetapi terlalu ketara. Okey. Puan Rohaya pegang dahi dengan senyum yang masih meniti di bibirnya tatkala melihat Areena terpaku begitu. Ini mesti kes handsome sampai tak berkelip mata memandang... hati Puan Rohaya turut tersenyum. Encik Wan, this is our finance manager and also our internal auditor, Cik Nur Dhila Areena Rasslan. Wanita itu tersenyum ketika menekankan sebutan internal auditor. Areena seraya geleng kepala. Bukannya dia tidak mengerti akan maksud kata-kata dan senyuman itu. Kepercayaan yang diberikan oleh pengurusan Brilliant Excell menyebabkan dia lebih dikenali dengan gelaran internal auditor daripada jawatannya yang sebenar. Lelaki itu menghulurkan tangan. Zaharris. Serta-merta degupan jantungnya berhenti. Aduh! Huluran jabat tangan lelaki itu tidak tersambut. Sepasang matanya masih tepat merenung segenap liku wajah di hadapannya itu. Mujur saja dua kaki kurusnya masih teguh berdiri. Wan Zaharris. Lelaki itu menyambung kata,

46

Rys Areesa

membalas renungan si gadis yang tidak berkedip itu. Please to meet you, Cik Nur Dhila Areena. Sekujur tubuhnya dingin dari hujung jari kaki hingga ke ubun-ubun tatkala nama itu mencecah pendengarannya. Berdiri benar-benar di hadapannya, lelaki yang diperkenalkan oleh Puan Rohaya itu memang tampan seperti yang diilustrasikan oleh TJ kelmarin. Dan yang paling dia tidak boleh lupa, lelaki yang berdiri di hadapannya itu bernama Zaharris. Wan Zaharris. Wan Zaharris? Kenapa? Aduhai hati, usah berfikir yang tidak-tidak. Ini semua bukankah kebetulan? TJ memang tidak berbohong. Tingginya mungkin lima kaki sembilan inci dan berkulit sawo matang. Sesekali kelihatan cerah pula. Macam lampu kelip-kelip yang bertukar warna. Bina tubuhnya tegap dan wajah educated yang matang itu pantas saja menarik perhatian. Sepasang mata itu mesra ketika merenung. Dia cuba membaca peribadi lelaki yang berkemeja biru gelap itu. Dia tidak sedar tingkahnya itu mengundang senyum bermakna di bibir Puan Rohaya, juga riak hairan di wajah si pemuda kacak. Dia paksa senyum agar terlukis di bibir. Pensel yang dipegang dihulur ke dalam genggaman si lelaki yang masih menanti reaksinya. Tidak mahu pula disalah anggap. Wan Zaharris segera menyedari makna huluran pen tersebut. First stationery saya untuk bekerja. Dia tertawa sambil menunjukkan pensel itu kepada Puan Rohaya dan kemudian beralih memandang gadis itu semula. Harap kita dapat bekerjasama dengan baik, Cik Areena.

47

Seandainya....

FIRST impression pun sudah rasa tidak selesa, macam mana nak kerja sama-sama ni? desis hati kecilnya. Masih terngiang lagi kata-kata Puan Rohaya ketika dia diperkenalkan dengan Wan Zaharris sebelah pagi tadi. Areena ni kalau Encik Wan nak tahu Harris... Kak Aya, pintas lelaki itu dengan lembut. Oh, sorry. Okeylah Areena ni kalau Harris nak tahu semua orang dalam BE ni bos dia. Saya ni pun bos dia juga. Deringan interkom mencantas kenangan pendek itu. Rasa mengantuk dek kekenyangan makan tengah hari tadi pantas sahaja hilang. Dia menggeliat. Melegakan lenguh tulang belakang lalu mencapai gagang. Ya? Cik Areena, PCM minta Cik jumpa dia di biliknya. Suara halus Suhaiza menyusur talian ke pendengarannya. Dia dah masuk pejabat ya? Kedengaran tawa pendek di hujung talian. Dah, dari semalam lagi. Tapi semalam kan cik letak signboard Please Do Not Disturb depan pintu, dia pun pusing baliklah. Ya? Dia ketawa. Su agak-agak dia nak apa? soalnya pula. Alah Cik Areena tanya lagi. Dia tukan tak boleh tak ada Cik Areena, rindu...! He he.... Hah, yalah tu! Tanpa sedar dia sudah berdiri di hadapan pintu itu. Dia mengetuknya perlahan. Masuk! Dia tarik nafas. Memaksa diri bermanis wajah

48

Rys Areesa

apabila langkahnya sudah benar-benar berhenti di hadapan Encik Hafsham, salah seorang pengarah di Brilliant Excell. Satu-satunya pengarah BE yang benar-benar melelahkannya. Cari saya? Dia bertanya sopan. Lelaki lewat empat puluhan yang kemas dengan kemeja putihnya itu tersenyum memandangnya. Cermin mata ditanggalkan lalu tangannya menggosok-gosok mata. Duduk sekejap Areena, katanya. Areena menarik kerusi dan menyelesakan diri di hadapan pegawainya itu. I have good news for you. Nada itu menjengkelkan. Dia angguk biarpun dia tahu pengarah koordinasi projeknya itu tidak memandangnya. Sibuk menyelak lembaran kertas di dalam fail berkulit keras itu. Ive met some important people. Lelaki itu melipat lengan tangan kemeja, masih juga tidak memandangnya. You know, we talked about business. Lelaki itu membongkok mengambil sesuatu di atas lantai. They promise work for us, you know just because of me, theyve agreed to award us some bridges work in Pahang. Encik Hafsham ketawa besar, sama seperti selalu. Sebenarnya projek tu sedang dalam perancangan awal. So, kita kena come up with strong proposal. These. Encik Hafsham menolak hadapannya ke arah Areena. beberapa fail di

These are the details. You study first and do up the proposal. I know you can come out with the best one. You always did before, ujar Encik Hafsham sambil bersandar

49

Seandainya....

dengan kedua-dua tangan di atas perut buncitnya. Jarijemarinya pula nenari-nari di situ. Dia pandang fail-fail di hadapannya itu sebelum mengalih pandang ke arah si pengarah projek yang masih tersenyum. Setelah menutup daun pintu bilik pejabat Encik Hafsham, dia melangkah malas ke biliknya. New proposal lagi, kan Cik Areena? Suhaiza yang melihat eksekutifnya itu melangkah longlai segera menyapa. Wajah nakal Suhaiza dan senyuman penuh makna beberapa orang lagi kakitangan di situ membuatkan Areena memegang tengkuknya. Tahu pun ujarnya sambil ketawa kecil. Proposal apa pulak kali ni, Cik Areena? Maria menyampuk dari balik partitionnya. Bridges work Terengganu dan Pahang. Wow big project ek? Haah. Big punya project. Areena buat muka kartun. Mereka ketawa. Encik Hafsham tu teruklah selalu buli Cik Areena. Boskan kita ni siapa. Tak apa, lain kali bila saya dah jadi bos, saya pula buli staf saya. Areena ketawa juga sambil bersandar pada partition Suhaiza. Fail-fail yang diberikan oleh Encik Hafsham tadi dibelek malas seketika. Yalah tapi dia tu over. Cik Areena pun ikut aje. Ingat tak proposal yang Cik Areena buat untuk projek upgrade sekolah di Kluang dulu tu. Punyalah teruk Cik Areena kena buat, bila kita dapat projek tu siapa yang dapat nama? soal Suhaiza.

50

Rys Areesa

Haah... betul, betul! Masa tu I ingat lagi, menyampahnya tengok muka Encik Hafsham. Dia kata apa tu? Suhaiza mengerutkan kening seolah-olah cuba mengingati sesuatu. Hah dia kata macam mana pulak, tengoklah siapa propose. Heee menyampahnya, macamlah kita tak tahu projek tu diluluskan sebab proposal tu very convincing. Cik Areena yang setengah mati, dia pulak pergi masuk bakul angkat sendiri. Teruklah dia tu. Maria pula menambah berita. Haah mengumpat bos ya? Tak sayang ke bonus awak hujung tahun ni? Usik Areena sambil menutup kembali fail di tangannya. Kedua-dua gadis itu tersengih lebar.

DIA tua sikit daripada kita, I think about two years, kata TJ sambil menggaru dahi. Yes, two years, correct graduate local dari UTM, tapi diploma aje. TJ menyudahkan bicara. What is that with tapi diploma aje? Dia mengulang kata-kata dan nada temannya itu tanpa memandang. Terus menyusun kertas-kertas putih yang bercetak angka-angka ke dalam fail berkulit tebal. Tak adalah, Kak Aya introduce dia as our engineer. Mana boleh panggil engineer lagi, kan? kata TJ tersengih. Samalah macam you all panggil I internal auditor, I mana boleh pakai title auditor, accountant pun tak layak lagi tau. Hai, backing nampak? TJ menggiat.

51

Seandainya....

No, Im not. Its a fact. Title is important, correct. But title without experience pun is nothing. Mana tahu pengalaman yang dia ada dah boleh compete engineer yang ada title. Dia mengerling sekilas wajah nakal teman di hadapannya itu lalu berpusing menghadap skrin komputer. TJ mengherotkan mulutnya dan mengangguk, Hmmm boleh diterima, okay. Anyway, tak kiralah apa pun, janji dia ada character. Nada TJ kembali nakal sambil memetik jarinya, Handsome pulak tu. Lagi cara dia cakap gentleman gila. Gila. Gila pun tak gentleman macam dia tu? Dah habis check profil dia dengan HR? perli Areena sambil ketawa kecil. Banyak lagi ke amoi? Dia tenung wajah TJ yang putih kemerahan itu. Dia sudah duduk kini dengan dua tiga fail berlonggok di depannya. Ive got plenty to do for tomorrows meeting or you would never see me again. If I couldnt come out with profit amount, Cheung will remove me and please remember you are somebodys fiancee. Jangan main kayu tiga, atau I lodge report nanti. Matanya masih menekuni nombor-nombor yang tertera di skrin. Sekejap-sekejap dia beralih membaca sesuatu dari lejar belanja yang telah dicetaknya. Ternganga TJ bila dipintas oleh kata-kata temannya itu. Takkanlah serius macam tu? Keningnya berkerut tatkala dia menyambung kunyahan roti sandwich yang telah separuh dimakannya itu tadi.

52

Rys Areesa

Lagipun I bukan cari untuk I, I cari untuk you. Dia menyebut kata-kata itu sambil memandang roti sandwich. Perlahan sahaja kerana dia memang tidak berniat untuk membiarkan Areena mendengarnya. What? Ops! TJ tertelan sandwich yang baru sekali dikunyahnya. Mujur sahaja dia tidak tersedak. Kalau tidak.... Tak ada apa katanya payah sambil menelan. I harap pun tak serius. Tapi this is my favourite job and I cant afford to lose it because of your story about that useless joker, kata Areena tersenyum, Useless joker hati kecil TJ mengulang sebutan Areena. TJ senyum sendirian. Ternyata temannya itu masih beku. Ice queen. Yang you tu asyik memerap kat bilik I ni, dah tak ada kerja nak dibuat? Nanti both of us kena remove baru you tahu. TJ hanya muncungkan bibir. Mahu sahaja dijawab kata-kata temannya itu namun deringan handphone Areena menghalang hasratnya. Areena tercari-cari di sekitar meja dan kemudian menemui telefon bimbitnya di dalam tray yang ditimbuni dokumen kerja. Ibu? Oh ya ke... yalah bu... tak sedar langsung. Dia membalikkan lengan kanan melihat waktu pada jam tangan yang bersadur emas itu. Haah... nak baliklah ni. Hmmm... tumpang TJ ajelah. Yalah okay, bye. TJ, sekarang dah pukul tujuh lebih, kenapa tak sedarkan I? sungutnya sambil menekan mouse di tangan pada icon save.

53

Seandainya....

Hah... kita juga yang disalahkan. You selalu macam nilah. Baru tadi I nak tanya kenapa pula Cheung nak remove I kalau waktu pun dah pukul tujuh petang. Sampai bila I kena ingatkan? You tu dah besar dah tua pun. Amoi, sudah janganlah lecture lagi. I tak bawa kereta hari ni, kat workshop lagi. Boleh drop I kat stesen LRT? You selalu macam tu tau tak mahu nak dengar nasihat. Okeylah. Tunggu sekejap ya I sembahyang maghrib dulu. Nak ikut? Sengih kerang TJ membuat dia tersenyum. Itulah, macam mana Tuhan nak sayang. TJ ketawa sambil menggeleng kepala mengekori langkah Areena yang menghilang di sebalik pintu. Dia menarik nafas berat mengenangkan temannya itu. Seorang gadis yang terlalu komited dengan kerja di pejabat sehingga tiada masa untuk diri sendiri. Enam bulan yang lepas, pada hari dan waktu yang sama seperti hari ini, Areena menangis di bahunya. TJ masih ingat lagi ketika dia sedang menunggu temannya itu mengemas barang untuk pulang, telefon bimbit Areena berbunyi. Yes, dear? Nada itu amat mesra mulanya. Hah? Areena melihat jam tangan dan kemudian menepuk dahi perlahan. I I lupa I betul-betul lupa. Maaf Harris, I lupa betul Harris? Dia menyandarkan belakangnya ke kerusi sambil merenung TJ. What?

54

Rys Areesa

TJ tahu pastinya Zaharris, teman lelaki Areena yang sedang menuntut di UK menelefonnya sebentar tadi. Tidak ada apa yang tidak diketahuinya mengenai Areena. Apa yang you lupa? Areena mengerling jam dinding yang sedang menunjukkan jam tujuh suku petang. Dia mengeluh perlahan. Wajahnya sudah sugul. Hari ni birthday dia. Dua hari lepas I dah janji nak telefon ke UK petang tadi, tapi. Areena bungkam. Tapi you lupa? TJ renung wajah temannya itu dalam-dalam. Areena, I dah beritahu you banyak kali, kerja tu kerja juga. Tapi ada banyak perkara lain dalam kehidupan yang perlukan perhatian.

55

Seandainya....

Bab 8
April 2002 Sejurus kemudian dia mendengar bunyi pintu bilik pejabatnya dikuak, tetapi konsentrasinya tidak mengizinkan dirinya untuk menoleh dari skrin komputer. Ya? ulangnya bila masih belum kedengaran suara biarpun dia tahu seseorang telah melangkah masuk tadi. Busy? Jari-jemari yang tadi ligat di atas keyboard, terhenti. Telinganya pantas sahaja mengenali suara itu. Perlahan dia berpaling. Oh, maafkan saya. Saya tak perasan Encik Wan masuk tadi. Anything, sir? Cermin matanya ditolak ke atas kepala sambil membetulkan posisi mendepani lelaki itu yang sudah pun selesa duduk di atas kerusi di hadapannya. Dia kecilkan

OK! Tok! Ya?

56

Rys Areesa

matanya bila terasa pedih. Kesan memandang skrin komputer terlalu lama. Namun wajah di depannya itu masih dia pandang. Wan Zaharris memandang wajah dingin di hadapannya itu. Apakah hatinya juga sedingin wajahnya, hati lelaki itu berbisik tanya. Inilah kali pertama dia menemui seorang gadis yang tidak menunjukkan sebarang reaksi mengagumi personalitinya pada pertemuan kali pertama mereka. Kalau di zaman kuliah dulu, sudah berduyun-duyun siswi menunggu untuk menegurnya. Berharap menjadi pasangannya. Tergila-gila dengan ketampanan dan popularitinya. Begitulah komen Robert dulu. Tetapi, perempuan yang bernama Nur Dhila Areena ini pula berbeza sifatnya. Barangkali bukan dari kalangan spesies perempuan-perempuan yang pernah tersenarai di dalam hidup kasanovanya dulu. Sudah hampir setahun dia berkhidmat di syarikat itu. Sebumbung dengan gadis itu. Tetapi mereka jarang benar berjumpa biarpun bangunan Brilliant Excell itu tidaklah sebesar mana. Benar mereka sering kali terserempak tetapi Wan Zaharris tidak pernah berkesempatan menegurnya. Entah mengapa gadis itu juga tidak pernah menunjukkan minat untuk mengenalinya seperti lain-lain gadis di syarikat itu. Tiap kali melihat Areena, gadis itu pasti sedang sibuk dengan tugasnya. Paling tidak setiap kali dia mempunyai kesempatan untuk menyapa, pasti ada kakitangan lain yang akan terlebih dahulu memanggil. Malah panggilan telefon untuknya sentiasa disambung di mana sahaja dia berada ketika itu.

57

Seandainya....

Encik Wan? Areena mengulang panggilannya bila dilihat Wan Zaharris hanya memandangnya tanpa kata. Ya? Wan Zaharris bagai baru tersedar. Is there anything I can do for you? Terasa mahu saja dihalaunya lelaki itu dari biliknya. Laporannya masih belum disiapkan dengan sempurna sedangkan mesyuarat kewangan yang kedua akan bermula jam dua setengah petang nanti. Mesyuarat bulanan rutin. Dan ketika itu pula dia terpaksa mendepani seorang lelaki yang seakan sedang bersantai di dalam biliknya. Saya ada laporan yang perlu disiapkan untuk mesyuarat petang nanti. Kalau Encik Wan perlukan apa-apa Oh. Wan Zaharris garu kepala. I... I... cuma nak ajak you lunch. Its already one oclock.... Dia agak tergagap-gagap ketika menentang sepasang mata milik Areena. Lunch? Hati kecilnya berdetik. Apalah mamat ni sah tak sihat mental? Terima kasih Encik Wan, saya ada kerja yang perlu disiapkan. Mungkin saya boleh dapatkan TJ atau... No its okay. May be next time, dont bother about me. Sorry ganggu you. Areena masih mengekalkan senyumannya sehinggalah Wan Zaharris hilang dari pandangan. Senyuman itu serta-merta menghilang sebaik sahaja pintu biliknya tertutup rapat kembali. Dia menggertap gigi. Geram. Fuh! tolonglah Tuhan Areena urut dahi.

AKU bengang betullah!

58

Rys Areesa

Suara Robert kedengaran sama lantang dengan bunyi fail yang dia hempaskan ke meja kecil di ruang rehat pejabat. Dia masih berdiri bercekak pinggang. Matanya terpasung memandang lantai. Kakitangan Brilliant Excell yang sedang menekuni tugas masing-masing terpaku dengan ribut yang tiba-tiba melanda. Maria dan Suhaiza berpandangan sesama sendiri sebelum mencari wajah-wajah lain yang turut sama terpegun dengan kemarahan jurutera mereka itu. Rizal yang sedang membawa sekotak fail dari bilik dokumen terlopong. Sophian yang turut sama masuk bersama Robert membaling tubuh ke atas sofa. Menarik nafas berat yang panjang dengan riak wajah yang muram. Aku memang tak boleh tahan dengan lelaki tu. Really I cant! Wajah putih Robert bertukar warna menjadi merah padam. Berang. Lengan bajunya sudah sampai ke paras siku. Jurutera Cina itu kemudian mundar-mandir di ruangan rehat sambil tangannya pantas mengusai tali leher dengan kasar. Biasalah Robert kau pun bukan tak faham perangai dia tu. Sophian tunduk memandang surat khabar The Star sambil bersuara perlahan. Fine... one two times bolehlah! Three four times okaylah, dia boskan! Tapi kalau dah sepuluh ribu juta kali macam ni, tolonglah! Eiii... dia ingat dia ada syer dalam company ni, dia PCM, dia pandai sangat? Dia betul sangat?! Robert menengking keras. Kecut perut semua kakitangan bahagian itu yang mendengar dan melihat keberangan Robert. Malah tidak ada satu deringan telefon pun yang berbunyi, bagai memahami kemelut yang sedang dihadapi oleh mereka.

59

Seandainya....

Dia kalau tak tahu nak act as contractor, jangan jadi contractor! Sophian terkedu. Dia sendiri hakikatnya tidak setuju dengan tindakan Encik Hafsham di dalam mesyuarat tadi. Namun apalah yang mampu dilakukan oleh pekerja biasa sepertinya, tidak punya hak untuk bersuara. Apatah lagi kalau berkaitan Encik Hafsham. Siapa tidak kenal lelaki itu yang kaya dengan sikap bangga diri dan suka menjatuhkan orang lain. Robert, cool. Hanya itu yang mampu diucapkan oleh Sophian. Hey, what happen? Semua mata menoleh ke arah Areena yang sedang melangkah menghampiri Robert dan Sophian. Tidak seorang pun berani menjawab pertanyaan itu. Dia memandang ke arah Robert dan Sophian silih berganti. Seorang sedang duduk berteleku dan seorang lagi pula menghadap dinding pejabat. Sophian hanya menggeleng kepala dan mengangkat bahu. Robert? Dia beralih memandang Robert. Is it about the meeting this morning? Bingo! I heard about it. So youve heard. Dont take it too hard Robert. Dia kemudiannya menyesal melafazkan perkataan itu. Dia sudah tahu sangat kepantangan jurutera Cina itu. Areena kelip-kelipkan matanya. How? Tell me how? Pantas Robert memalingkan

60

Rys Areesa

tubuh. Kini wajah yang merah kemarahan itu benar-benar mendepani gadis itu. Areena merenung wajah teman sepejabatnya itu. Cuba mencari penyelesaian terbaik. Perkara seumpama itu bukan baru berlaku kali ini. Malah hampir setiap kali selepas mesyuarat bersama klien atau konsultan, pasti mereka pulang ke pejabat dengan rasa tidak puas hati terhadap Encik Hafsham. Tetapi kali ini dia tahu perbalahan itu lebih serius. Selama ini Robert tidak pernah menunjukkan kemarahan, sebaliknya hanya akan berjalan deras masuk ke biliknya dan bermasam muka untuk dua tiga hari. Tetapi kali ini reaksi itu berbeza. Whats up? bisik Wan Zaharris di sisi telinga Suhaiza, mengejutkan gadis itu. Suhaiza urut dada sambil menunjukkan jari telunjuknya ke bibir. Syyy Mr. Robert tengah bengang tu. Wan Zaharris mengangguk sambil mengerling ke arah tiga susuk tubuh di ruang rehat. Dia melihat Areena memegang dahi, namun tidak berapa mengerti akan situasi sebenar yang sedang dihadapi mereka. Would you like to tell me? Youve heard. You said that! Yeah but I think its better to get it from the first source. What source? I am not source! I was and I am a victim of a very selfish man BE ever employed! Robert whatever it was, or it is he is our boss. Yes, but that doesnt mean hes always right. You

61

Seandainya....

know what he has done today? You know what? Our client was there, advising no, okaylah criticizing criticizing us for the delay. Sophian and I was there, so with our supervisors, we fight for our reason. You know what he did there? Robert tarik nafas. He is our PCM and he was supposed to back us up or at least to conclude our reason or whatsoever appeal weve made. He did nothing but sitting on the client seat and pointed his finger to us, to me! Telling me I was bluffing, I was rubbish. What was that suppose to mean? Who was he sided to? Was he our client or our PCM? Laju bak LRT Robert memetirkan kata-katanya. Nada tingginya itu bergema di segenap ruang.

62

Rys Areesa

Bab 9
Mei 2002 ATERIAL mesti sampai minggu depan, tapi supplier refuse to deliver unless kita bayar ten percent deposit. Work has to be started A.S.A.P, or well delay the second step of the construction at Phase II, ujar Wan Zaharris. Kena beritahu Areena cepat, minta dia cari sources to pay. Robert memandang Wan Zaharris dan Shaifuddean, penyelia mereka yang baru sampai dari tapak Putrajaya sebentar tadi. Tak apalah, nanti aku cakap dengan dia. Ragu-ragu pula Robert menyambung bicara. Shes very tight now. Kelihatan seperti Robert sedang berfikir sesuatu. But Ill see whether she could do something. So anything else Dean?

63

Seandainya....

Tak ada bos, rasanya boleh proceed dengan Fasa II minggu depan kalau material sampai. Pasal changes pada design tu, Mr. Lim sedang negotiate. Tengok apa dia orang kata nanti. Shaifuddean membetulkan duduk. Hmmm oh, ya! Sophian, macam mana dengan orientasi Permata III, fasa I yang tak ikut drawings tu? Client request kita propose access baru. Encik Harris is working on it, balas Koordinator Permata III itu. Wan Zaharris mengangguk kepala mengiakan. Almost done. Kalau macam tu kita habis di sini ajelah. Nanti I prepare full report untuk Mr. Cheung. You all balik site terus ke ni? Ya, tapi nak jumpa Areena sekejap. Hantar petty claim, lagipun lama dah tak jumpa rindu pulak rasanya nak dengar dia berleter dan marah-marah manja. Shaifuddean kenyit mata apabila melihat Wan Zaharris menjeling dari hujung mata saat nama itu disebut. Robert dan Wan Zaharris masih duduk di bilik mesyuarat selepas kedua-dua wakil tapak mereka itu beredar. Whats on your mind? memandang wajah teman lamanya itu. Robert tersenyum

Tak sangka dapat kerjasama. Lama kita lost contact. Lepas U kan kita tak pernah jumpa? Yalah anyway it is a very small... small world. But you got big world, you went oversea, kata Robert. Wan Zaharris tersenyum. Alah, engkau tu pun boleh dulu, tapi engkau lebih sibuk studi girlfriends? Pecah tawa kedua-dua mereka bila kenangan zaman remaja terimbas.

64

Rys Areesa

Heard you got some argument with PCM. Wan Zaharris berkata seolah-olah sensitiviti perbualan mereka sebentar tadi tidak pernah berlaku. Ah Hafsham tu siapa tak kenal. Robert cuba mengusir amarah tatkala nama yang satu itu disebut. You tanyalah sesiapa pun kat sini, tanya kat tea lady kita tu ha siapa yang suka dia tu, aku potonglah. Bicara Robert tidak habis. Terhenti setakat itu. Wajahnya kemudian kemerahan. Terkenang memori dulu. Sewaktu mereka sama-sama sibuk bergelut dengan kuliah, tutorial, peperiksaan. Tetapi Wan Zaharris lagi sibuk. Sibuk dengan perempuan-perempuannya hatinya mengekek. Masih macam dulu? Macam dulu? Wan Zaharris kerut kening. Yalah... engkau dulukan apa tu? Playboy? Kasanova? Sana sini girlfriend. Kira kita orang semua ni pening tengok engkau. So, any specific special girl now? Wan Zaharris ketawa mendengar usikan itu. Dia faham akan maksud teman lamanya itu. Itu semua bukan kemahuannya. Kalau sudah ramai sangat yang meminatinya, takkan dia nak menolak pula. Orang tua kata, musuh jangan dicari. Tetapi perempuan-perempuan itu semua pun bukan dia cari. Sudah rezeki. Sayang kalau mahu ditolak. Cerita lama tu Robert. Aku tak macam tu dah sekarang, ujar Wan Zaharris perlahan sambil menyembunyikan senyuman di wajah. Mempertahankan diri. Ya ke? Sekarang sudah jadi alimlah ni? Macam susah nak percaya aje... kucing mana tak makan tikus.... Robert mengusik sambil bersandar malas dan menyilangkan kedua-dua tangannya di dada.

65

Seandainya....

Aku ni kucing zaman moden. Tak makan dah sushi ikan ni, sekarang makan friskieslah.... Serentak ketawa mereka pecah memenuhi segenap ruang bilik mesyuarat. Wan Zaharris menggelengkan kepala. Teruk sangat ke reputasi aku tu dulu sampai engkau pun tak boleh percaya aku dah jadi baik? Tapi engkau belum kahwin, kan? Belum jumpa yang special. Alah, kalau engkau asyik tukar girlfriend macam tukar baju pejabat, mana nak ada yang special. Stick to one beb, kenal hati budi betul-betul. Baru tau dia tu special ke tak. Wan Zaharris hanya tersenyum sambil membelek pen di tangannya. Aku akan tahu kalau aku dah jumpa yang betul-betul aku suka. Betullah tu... sekarang pun aku dah rasa macam tu, bisik hatinya. And how is that? Robert tersenyum sinis sambil mengetuk-ngetuk pen ke meja. Hmmm. Dia memandang senyuman yang masih tidak lekang. siling dengan

Aku akan dapat rasakan kalau aku betul-betul dah jumpa wanita idaman aku nanti. Dia melontar senyum kepada temannya itu sambil menarik nafas. Namun pantas pula melarikan sepasang matanya bila Robert menentang renungannya. Yalah tu entah bila kau akan jumpa. Suatu hari nanti sudahlah tu aku tahu engkau tak percaya cakap aku ni. Tapi, aku sekarang dah malas nak

66

Rys Areesa

serius sangat pasal perkara-perkara berkaitan perempuan ni. Stay single macam ni lagi enjoy beb. Bohong! Biarlah belum masanya untuk dia bongkarkan segaris perasaan yang sudah mula terlukis di lembar hati lelakinya. Pun dia takut kalau bertepuk sebelah tangan. Perlahan-lahanlah dulu kata hatinya lagi. Harris. Kat second floor sana ada seorang yang special. First class friskies! Wan Zaharris tidak menunjukkan reaksi, cuma alis matanya sedikit bergerak memandang Robert. Betul aku berani introduce sebab dia tu perempuan istimewa yang aku pernah jumpa, aku rasa di luar pun kau takkan jumpa perempuan macam dia tu. Kalau aku ikut cakap kau suruh potong dulu, aku mesti dah tackle dia lama. Cik Nur Dhila Areena yang workaholic tu? Wan Zaharris ketawa. Dan tawa itu mereda berganti senyuman yang hanya dirinya sahaja mengerti akan maksudnya. Tetapi Robert pun memang selalu betul menelah dirinya. Hmmm memang betullah tu!

CIK AREENA, saya dah betulkan agreement ni ikut pindaan semalam. Cik Areena nak tengok dulu ke sebelum saya print final? Maria bertanya ketika menghulurkan sebuah fail kertas berwarna kuning kepada ketua jabatannya itu. Areena yang sedang meneliti dokumen di meja Anita yang bersebelahan dengan meja Maria, hanya menghulurkan tangan kanannya untuk mengambil fail tersebut tanpa menoleh.

67

Seandainya....

Baru sahaja Maria hendak bangun bagi memudahkan fail itu sampai ke dalam genggaman Areena bila Wan Zaharris melangkah ke arahnya dan mengambil fail itu sambil memberi isyarat mata. Gadis itu tersenyum nakal lantas memusingkan kerusinya menghadap skrin komputer lalu menyambung semula kerjanya. Memberi peluang si uda memikat dara idaman. Wan Zaharris perlahan menapak selangkah dua menghampiri Areena. Gadis itu masih sibuk dengan kerjanya. Tangan kanan yang tadi dihulur untuk menyambut fail dari Maria masih terhulur begitu juga. Jurutera muda itu menggeleng kepala, lalu perlahan-lahan diletakkannya fail berwarna kuning itu ke telapak tangan Areena yang terbuka. Dia masih juga membantu memegang hujung fail itu agar tidak terjatuh ke lantai. Namun gadis itu bagai tidak terasa fail sudah berada di tangannya. Okey, siap add five percent admin fee. Then reprint, tengok dia orang bising tak? Hmmm credit advice yang hari tu Cik Areena, line two. Mr. Wong dari Renosystem. Urgent katanya, ujar Maria sebelum Areena sempat menyudahkan kata-katanya pada Anita. Saya ambil kat tempat Anita sini, balasnya perlahan tanpa memandang. Maria segera mengikut arahan. Ketika Anita mengangkat gagang dan menghulurkannya pada Areena, Wan Zaharris melihat genggaman tangan kanan gadis itu kejap memegang fail kuning. Lelaki itu ketawa perlahan. Tangan kanannya sudah terasa lenguh. Areena. Yes Mr. Wong. Second payment? Dia letak

68

Rys Areesa

gagang antara pipi dan bahu sambil tangan kiri mencapai kalkulator di sisi komputer Anita. Pantas menekan nombornombor. Tangan kanannya kekal memegang fail kuning yang turut dikongsi pegangannya oleh Wan Zaharris. Wan Zaharris geleng kepala lagi. Maria yang menyedari keadaan itu tersenyum nakal sambil menutup mulut agar tawanya tidak kedengaran. No I cant release full amount sir, I have to contra the material weve purchased on your behalf. Meaning that I can only release about 75k for this time, ujar Areena sambil menekan kalkulator sekali lagi. Dia kelihatannya mendengar dengan teliti seketika. Thats part of our agreement Mr. Wong. You must understand our circumstances as well. Wan Zaharris memerhatikan wajah Areena yang kelihatan sedang memikirkan sesuatu. I admit that is the amount you claim and I also admit the RM125k is what my QS certified. But I need to maintain my cash flow sir. We cant keep financing this way, it will knock my balance down, you know that sir. We need to survive too, katanya sambil ketawa kecil. Yes, you may send someone over here anytime tomorrow. It should be ready with our girl by then. Okay yes. Bye, katanya lalu menghulurkan semula gagang itu kepada Anita. Tadi saya cakap apa ya. Ke dah cakap habis? katanya dengan kening berkerut. Cik Areena, sekarang dah pukul sepuluh. Kata ada temu janji dengan officer MBB? Suhaiza yang sedang berjalan melewati partition Maria mengingatkan.

69

Seandainya....

Ya ke? Yelah, I should go out now, kan? Pun sebenarnya dia masih ragu-ragu. Kerjanya masih menimbun di bilik. Malas pula hendak keluar. Cik Areena. Anita menunjukkan ke arah Wan Zaharris. bersuara sambil

Oh, maafkan saya! Pantas dia menarik tangannya dan memandang sekilas Wan Zaharris dengan wajah bersahaja. Terima kasih. Terima kasih aje? usik Wan Zaharris. Langkahnya yang baru diorak, terhenti. Wajah lelaki di hadapannya yang sedang berdiri dengan tangan bersilang di dada itu diamati sejenak. Entah mengapa lambat benar kamus mindanya menzahirkan bicara balas. Wan Zaharris tenang menantikan reaksi gadis di hadapannya itu. Namun harapannya hampa apabila Areena beredar dengan renungan hambar, membuatkan Wan Zaharris tambah panasaran. Anita dan Maria saling menjeling dan bertukar senyuman nakal. Namun begitu kedua-duanya masih tidak berani mengalih wajah dari skrin komputer masing-masing. Melihat riak wajah Areena sahaja tadi sudah membuatkan mereka faham. Cik Nur Dhila Areena mereka itu memang tidak pernah langsung menunjukkan minat terhadap jenaka jurutera itu. Tidak sebagaimana mereka menyukainya. Malah paling malang, Areena tidak pernah juga kelihatan berminat dengan tuan punya jenaka itu. Kasihannya.... Wan Zaharris mengekori langkah gadis itu yang kemudian hilang menaiki anak tangga. Sambil bersandar pada partition Maria, dia menggaru dagu.

70

Rys Areesa

So cold, bisiknya kepada diri sendiri. Hmmm... tapi mesti ada seseorang yang boleh make her hot and spicy. Wan Zaharris tergelak mendengar usikan Maria itu. Ya, kasihmu kuterima....

71

Seandainya....

Bab 10
Julai 2002 kasar ke hadapannya.

OU ke yang buat measurement ni? Fail kertas berwarna hijau itu ditolak

Ya, Encik Hafsham. Graduate mana? Dah berapa lama kerja? Pandangan Encik Hafsham jatuh tepat ke wajah Wan Zaharris yang masih terpinga-pinga. Ini awak kata measurement? Measurement macam ni pun tak boleh buat! Ini measurement apa macam ni? Langsung tak accurate! bentak lelaki itu lagi dengan pandangan yang menyinga. Wan Zaharris tarik nafas dalam-dalam. Ini sudah kali ketiga dia dikritik hanya kerana measurement yang tidak seberapa pentingnya itu. Entah kenapa Encik Hafsham beriaia benar mengarahkannya menyiapkan kerja itu yang bukan di bawah tanggungjawabnya itu.

72

Rys Areesa

Terasa kulit wajahnya sudah menegang. Kebelakangan ini dia sedar dirinya selalu menjadi mangsa lepas geram pengarah projek itu. Ada sahaja yang tidak kena. Serba-serbi tindak-tanduknya salah sahaja di mata Hafsham. Mahu sahaja dia meluahkan rasa tidak puas hatinya namun dia sedaya upaya mengawal diri. Kalau diikutkan hatinya, memang berdas-das hujahnya nanti dihumban ke batang hidung lelaki berusia pertengahan empat puluhan itu. Mentang-mentang dia berpangkat, sesuka hati dia memaki hamun orang lain. Apa dia ingat kompeni ni bapak dia punya ke? Hatinya menyumpah seranah. Wan Zaharris tarik nafas panjang, beristighfar. Kalau tidak, pasti ada yang masuk mesyuarat disiplin pula. Paling-paling kena jaga projek di Pulau Jerejak, hatinya mengekek. Saya check semula, Encik Hafsham. Lalu terus melangkah keluar tanpa mempedulikan Encik Hafsham. Tidak betah dia untuk terus menunggu di situ lebih lama. Mungkin akan ada yang makan sebatang dua gigi nanti. Lagipun wajah Hafsham sudah tidak sanggup untuk dia pandang lagi. Takut rasa hormatnya akan semakin kurang pula, lagi susah. Sebaik sahaja pintu bilik pejabat PCM itu tertutup, dia tersandar di dinding pintu dengan rasa geram di dalam hati yang meruap-ruap. Dia kancingkan gigi. Melagakanlagakan geraham bawah dengan geraham atas. Hai, whats up man? tegur Robert. Lecture from killer lecturer, ujarnya perlahan. Oh, man aku tak pernah jumpa orang macam tu la. Sombong gila!

73

Seandainya....

Your first time? My third. Wan Zaharris tunjuk jari. Never mind, you still have fingers to count the number. We do not have any number at all. Robert tersenyum sambil menepuk perlahan bahu lelaki yang dahulunya rakan sebilik, rakan sekuliah dan kini rakan sepejabat pula. Hati yang terbakar di dalam mereda mendengar jenaka temannya itu. Pantas Wan Zaharris memeluk bahu Robert. Tawa dua lelaki itu bergema memenuhi ruang.

SEPASANG kakinya perlahan-lahan menuruni anak tangga menuju ke tingkat dua. Ruang pejabat lengang tanpa seorang kakitangan pun. Wan Zaharris mengerling jam di tangan seketika sebelum menghela nafas sambil memandang sekeliling ruang yang sunyi. Dia terus menuju ke pantri. Hari itu dia tidak keluar makan tengah hari semata-mata untuk menyempurnakan measurement yang ditolak oleh Encik Shamsul pagi tadi. Robert pergi melawat tapak Permata II dan TJ pula on diet. Pengurus Kewangan yang menjadi favourite di syarikat itu pun masih belum masuk ke pejabat. Namun hatinya berkata lagi sekalipun dia ada di pejabat, tidak mungkin gadis itu akan sudi menemaninya. Wan Zaharris sudah masak dengan sikap gadis itu. Baru sahaja dia akan menolak pintu pantri, telinganya menangkap bunyi derapan tapak kasut menaiki anak tangga. Dia menoleh. Hai, Encik Harris! sapa Rizal sambil meletakkan

74

Rys Areesa

topi keledar dan beg sandang serta beberapa buah buku di atas meja. Dia melontar senyum sambil mengangguk kepada Rizal, kerani dan juga merangkap despatch boy di pejabatnya itu. Tak pergi makan ke? tanya Rizal. Entah rasa malas pulak nak turun. Lagipun tak ada kawan nak lunch, katanya sambil menyandarkan badan ke daun pintu. Dah makan? Saya dah makan berat tadi pagi. Bukanlah pagi sangat pun, pukul sebelas lebih. Lepas hantar dokumen Cik Areena ke World Time tadi rasa lapar pulak. Singgah sat kat kedai mamak, pekena roti telur dua bijik, beritahu Rizal. Okeylah tu taklah lapar sangat, kan? Saya ingat nak buat air tadi. Jom saya temankan. Kedua-duanya berbalas senyum lalu bersaing masuk ke dalam pantri. Wan Zaharris mencapai sebuah mug dan mengambil sepeket coffee-mix dari atas kabinet pantri. Perlahan-lahan dikoyakkannya peket itu lalu dituangkan ke dalam mug. Dilihatnya Rizal sedang tertunduk-tunduk mencari sesuatu di dalam peti sejuk. Cari apa? tanya Wan Zaharris sambil menekan butang air panas lalu mengisi mug di bawahnya. Rizal menjengah kepala. Hah? Oh... tak ada apa, Cik Areena telefon tadi. Dia kata dia ada bawakan saya puding sikit. Itu yang sedang cari ni. Sambil meneguk kopi panas dari mugnya, Wan Zaharris menarik sebuah kerusi lantas melabuh punggung. Mug yang dipegangnya diletakkan di atas meja. Puding?

75

Seandainya....

Hah ni pun dia. Wah cantik puding laici ni. Kira oraitlah ni. Bolehlah. Rizal seolah-olah bercakap sendirian. Sambil menutup pintu peti sejuk, Rizal membawa sebuah Tupperware berbentuk bulat yang sederhana besar. Wan Zaharris menjenguk kandungan Tupperware yang diletakkan oleh Rizal di sebelah mugnya. Dia melihat puding yang berwarna putih dengan beberapa hirisan buah laici dan peach di dalamnya tinggal separuh. Ni mesti dia orang ni dah bedal dulu tadi ni. Tinggal sikit aje, ngomel Rizal sambil mengambil sebatang sudu dan dua piring kecil. Okey, ni untuk Encik Harris. Cuba rasa best tak kak hmmm Cik Areena buat puding laici. Rizal tersengih sambil menghulurkan piring kecil yang telah diisikannya dengan puding itu. Rizal mengunyah perlahan dan seketika kemudian menyuap sesudu puding lagi lalu berkata, okey, rasa secantik rupanya. Heh heh. Perlahan-lahan Wan Zaharris pula menyuap sedikit puding itu ke dalam mulut dan kemudian mengangguk. Betullah tu, memang sedap. Manis seperti tuan yang membuatnya. Bolehlah. Sebenarnya dah banyak kali Cik Areena nak bawakan puding buatan dia sendiri. Encik Harris nak dengar satu rahsia? Tapi janji jangan beritahu Cik Areena tau bisik Rizal. Wan Zaharris membulatkan mata sebagai ganti mulutnya yang penuh dengan puding. Cik Areena sedang belajar buat puding. Tapi selalu puding dia tak jadi. Ada sekali tu dia kata dia buat jeli instant tapi dah seminggu lebih pun tak keras-keras. Cair aje, kesian dia kena gelak dek budak-budak tu. Saya pun sebenarnya nak

76

Rys Areesa

gelak juga tapi tak sampai hati nak gelak depan dia. Tapi lepas tu saya gelaklah juga. Rizal bercerita panjang lebar diselangi tawa. Kadang-kadang hairan juga tengok Cik Areena tu, kerja susah dia boleh buat, tapi buat puding yang senang macam ni pun, tak reti-reti, ujar Rizal lagi. Wan Zaharris tergelak lalu menepuk bahu Rizal. Sedang mereka ketawa itu, pintu pantri ditolak seseorang. Tawa mereka serta-merta mati dan pandangan mereka beralih ke arah Areena yang sedang melangkah masuk. Hai kak. Okey! Lulus. Dah boleh kahwin. Areena kerut kening mendengar usikan itu sambil melontar sekilas pandang ke arah Wan Zaharris. Namun pandangannya hanya singgah bagai angin lalu. Tiada senyuman mahupun sapaan. Rizal meneruskan suapan terakhirnya lalu mengangkat piring ke singki. Assignment saya dah siap. Kena submit petang besok. Nanti akak, eh... Cik Areena tolong semak boleh? Gadis itu yang sedang meneguk segelas air sejuk yang dikeluarkannya dari peti sejuk, sekadar mengangkat alis mata. Dah letak atas meja? Dia bertanya sambil memaling wajah, mengelak renungan Wan Zaharris. Sejak dia masuk ke pantri itu tadi, sepasang mata itu tidak lepaslepas merenungnya. Dia tahu lelaki itu sengaja. Tidak pasti sama ada sengaja menduga atau mencabarnya. Biarpun di dalam hatinya sedikit resah, namun dikuatkan sahaja semangat menentang cabaran lelaki itu.

77

Seandainya....

Nanti saya letak. Janji semak tau. Itu untuk markah ujian akhir tu. Kena score untuk support main paper. Yalah. Okey, saya chow dulu. Nak dekat pukul dua, kena pergi sembahyang dulu. Okey Encik Harris, see you boss, ujar Rizal nakal sambil melangkah keluar. Wan Zaharris hanya melempar senyum. Tanpa mempedulikan Wan Zaharris yang masih duduk bersama mugnya, Areena mengemas beberapa mug lain yang diletakkan di atas singki lalu membasuh dan menangkupkannya di atas rak. Wan Zaharris memerhatikan gelagat si gadis yang hanya membisu seolah-olah dirinya tidak wujud di situ. Pantas dia meneguk air kopi yang berbaki di dalam mug, kemudian bangun membawa piring puding tadi serta mugnya menghampiri gadis itu. Sengaja diletakkan piring dan mugnya di dalam singki di hadapan gadis itu. You look familiar with houseworks. Bertuah siapa yang jadi husband you. Dia mengusik. memberanikan diri bersuara, sekadar

Paip air dia pulas untuk menutupnya tanpa mahu membalas kata-kata lelaki itu. Memandang pun tidak. Bertahan dengan degupan jantungnya yang sudah tidak kedengaran. Sedang Wan Zaharris pula, berdiri hampir di sebelah gadis itu membuatkan dadanya berdebar. Entah mengapa. Yang pasti dia tidak pernah merasa selesa bila berada terlalu dekat dengan lelaki itu. Selama ini memang

78

Rys Areesa

dia cuba menjarakkan keadaan itu. Entah mengapa dia merasa perlu untuk berbuat begitu. Mungkin untuk menghindar sesuatu yang dia cuba lupakan. Sambil kembali membuka paip air untuk membasuh tangannya, Wan Zaharris sengaja menyakat. Terima kasih kalau you tolong basuh piring I tu. Areena beredar tanpa memandang atau mempedulikan Wan Zaharris, mencapai sekeping tisu dari kotak tisu yang terletak di atas meja. Sambil melangkah ke muka pintu, dia berpaling. Im not cut to be a mans slave, Encik Wan Zaharris. Aduh! Wan Zaharris telan liur. Terpempan dengan ketajaman maksud bicara yang diungkapkan si gadis. Malah lebih tertampar ketajaman renungan sepasang mata redup milik Areena yang menikam terus ke dasar hati lelakinya.

79

No. ISBN:- 978-967-5067-62-4 Jumlah muka surat: 896 Harga Runcit:- Semenanjung Msia: RM29, Sabah/ Sarawak: RM32 Harga Ahli KKN:- Semenanjung Msia: RM25, Sabah/Sarawak: RM28 Sinopsis:Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkepingkepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata

seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini? Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan. Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat. Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki? Takdir memang sudah tertulis begitu, suratan bukanlah lagi suatu kebetulan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan SEANDAINYA.... di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai berdekatan anda. Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki Novel Enterprise melalui online atau pun pos. Untuk melanggan melalui online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com.

Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/ kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan poskan ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, Wangsa Maju, 53000 Kuala Lumpur. No. Telefon:- 03-4149 0096 No. Faks:- 03-4149 1196

Anda mungkin juga menyukai

  • LVD
    LVD
    Dokumen149 halaman
    LVD
    kelabk
    100% (1)
  • Usd
    Usd
    Dokumen150 halaman
    Usd
    kelabk
    50% (2)
  • Pelang I
    Pelang I
    Dokumen121 halaman
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • S&S
    S&S
    Dokumen97 halaman
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Belum ada peringkat
  • Cheese
    Cheese
    Dokumen68 halaman
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • GK
    GK
    Dokumen88 halaman
    GK
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Dokumen108 halaman
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Dokumen43 halaman
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • Mandi Pagi
    Mandi Pagi
    Dokumen93 halaman
    Mandi Pagi
    Syafiq Rizuan
    Belum ada peringkat
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Dokumen112 halaman
    Kys PDF
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cim
    Cim
    Dokumen127 halaman
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Dokumen104 halaman
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Dokumen45 halaman
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • GB
    GB
    Dokumen206 halaman
    GB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Abu
    Abu
    Dokumen82 halaman
    Abu
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Dokumen65 halaman
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KSJ
    KSJ
    Dokumen99 halaman
    KSJ
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Kon Trak
    Kon Trak
    Dokumen95 halaman
    Kon Trak
    kelabk
    67% (3)
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • HC
    HC
    Dokumen117 halaman
    HC
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • Cerpen
    Cerpen
    Dokumen229 halaman
    Cerpen
    nisascr
    Belum ada peringkat
  • STR
    STR
    Dokumen71 halaman
    STR
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • NLBB
    NLBB
    Dokumen106 halaman
    NLBB
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • KS
    KS
    Dokumen113 halaman
    KS
    kelabk
    Belum ada peringkat
  • SKAN
    SKAN
    Dokumen104 halaman
    SKAN
    kelabk
    Belum ada peringkat