Anda di halaman 1dari 25

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

KOD KURSUS /COURSE CODE : TAJUK KURSUS /COURSE TITLE : SEMESTER /SEMESTER :

HBAE 2103 CORAK DAN REKAAN JANUARI/JANUARY 2011

NAMA HUZAINA BINTI JAAFAR 821024026052002 0194571095 huzainajaafar_82@yahoo.com

NAMA TUTOR ENCIK MUHAMAD SUKRI BIN OSMAN

PUSAT IPGM KAMPUS PERLIS

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Isi Kandngan

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

1.0 PENGENALAN SONGKET

Songket terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau.Berkembang pesat di pantai timur terutama di Terengganu dan Kelantan.Kedatangan seni kraf tenunan berkait rapat dengan sejarah perdagangan. Di Asia, seni tekstil dikatakan berkembang dengan pesat setelah perhubungan dagangan dengan negara luar terjalin.Manakala di Tanah Melayu, ianya hasil kedatangan pedagang dari Jawa, Pulau Maluku, Borneodan Bugis. Menurut sejarah, kain tenun telah ditemui di Langgar, Kedah. Kain tenun pada waktu itu tidakmenggunakan motif emas atau songket. Selain daripada itu, kain tenun juga ditemui ketikazaman Che Siti Wan Kembang (1610-1677). Perkembangan kain tenun di Kelantan juga telahditemui di Kota Kubang Labu ketika zaman pemerintahan Long Pandak, manakala tenunansongket bermula di perkampungan Gerung, Tumpat. Kebiasaannya kain tenunan ini halus pembuatannya.Nama kain songket berasal daripada teknik membuat songket, iaitu menyongket atau menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera . Pada amnya songket terbahagi kepada dua jenis,iaitu tekat tiga dan tekat lima. Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran benang sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket. Tekat tiga lebih sukar dan rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus. Kain songket adalah hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau Perak. Perkataan songket berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit.Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun . Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya. Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang
3

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerjakerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.Motif yang digunakan untuk menenun songket diilhamkan daripada alam semulajadi. Antara motif-motif songket ialah motif tumbuh-tumbuhan,motif binatang,motif alam atau benda dan motif kuih. Pada zaman dahulu songket melambangkan kebesaran raja-raja dan pembesar-pembesar istana sahaja yang bekemampuan memakainya. Kegunaannya adalah untuk membuat tanjak, samping, kain selendang dan persalinan diraja. Tetapi di zaman moden songket digunakan untuk pakaian pengantin, perhiasan dinding, beg tangan, alas meja, barang-barang cenderamata dan sebagainya mengikut keupayaan pengusaha untuk mempelbagaikannya. Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari dan sesuai dengan perubahan serta peredaran masa. Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan peredaran masa. 1.1 Proses Pembuatan Secara ringkasnya proses menenun songket adalah dengan menggunakan teknik menyungkit iaitu menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang loseng (warp) di permukaan alat tenun yang dipanggil kek tenun. Proses menyungkit dilakukan setelah benang karat butang disediakan. Benang karat butang digunakan untuk membuat reka corak atau sulaman benang emas. 1.2 TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN SONGKET Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu,corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

1. 3 PENGHASILAN CORAK Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu: a) Corak Terancang b) Corak Tidak Terancang Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. 1.4 JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada: y y y y y Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia Rupa atau bentuk angka dan huruf Rupa atau bentuk kraf tradisional.

1.5 MOTIF SONGKET Kecantikan songket terletak pada reka corak yang halus dan rumit, serta motif yang dihasilkan diatas kain tenunan tangan. Terdapat lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung. Penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di kampungkampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dansering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang kuat dan pemerhatian yang tajam. Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama-nama pokok dan sesetengah motif songket datangnya daripada nama kuih Melayu dan dipercayai kuih-kuih ini adalah kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam. Terdapat banyak corak dan motif pada kain songket. Kadang-kadang motif yang sama tetapi mempunyai nama yang berbeza.Sesuai dengan cita rasa masyarakat hari ini, fabrik
5

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

songket mengalami evolusi tersendiri terutamanya pada rekaan motifnya yang lebih segar. Sering kali kain songket dipandang sebagai kain mewah yang penuh dengan benang emas. Songket moden Melayu kini telah berubah selera daripada motif-motif lama yang ditiru dari zaman-berzaman kepada rekaan baru.Bermulanya corak dan motif songket diubahsuai sejak tahun 1980-an di mana Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) membuat rekaanrekaan baru supaya pengusaha songket mendapat idea-idea baru untuk dijadikan pakaian serta barangan kraf. Struktur kain songket terdiri daripada: a) Badan kain b) Kepala kain / petak kain c) Tepi kain / kaki kain d) Pengapit kepala kain e) Tanah kain f) Punca g) Pengapit badan kain h) Kaki punca i) Kendik

1.5.1 Contoh motif dan sumber motif dari alam Melayu Didalam setiap motif songket terkandung kupasan falsafah tertentu yang disampaikan melalui hasil kraf tersebut.

Motif Bunga Raya

Sumber motif

Lakaran motif

Songket yang menggunakan motif bunga raya

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia kerana mempunyai lima kelopak yang melambangkan prinsip rukun negara iaitu: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan kesusilaan Motif ini juga menaikkan semangat perpaduan sesama manusia.

Motif Pucuk Rebung

Sumber motif

Lakaran motif

Songket yang menggunakan motif pucuk rebung

Motif pucuk rebung melambangkan bermuafakat, bergotong royong dan saling bantu membantu dalam masyarakat Melayu. Motif Lawi Ayam

Sumber motif

Lakaran motif

Songket yang menggunakan motif lawi ayam

Menggambarkan kemegahan sesuatu tekstil masyarakat Melayu.Pada masa dahulu,lawi ayam dikagumi kerana kepanjangan dan kecantikkan yang terdapat pada bulu ayam itu melambangkan kebanggaan dan kemegahan ayam tersebut.Motif lawi ayam pada songket digunakan bagi menggambarkan kegagahan dan kemegahan apabila pasangan pengantin memakainya.Songket tersebut menggambarkan kepeliharaan maruah si
7

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

pemakainya.Penciptaan lawi secara semulajadi pada ayam menggambarkan dakwah islam kadangkala disampaikan secara tersurat dan tersirat. Motif Sireh

Sumber motif

Lakaran motif

Songket yang menggunakan motif daun sireh

Etimologi melalui motif ini melambangkan ketinggian dan penghormatan orang melayu.Melalui motif yang diterapkan dalam tenunan songket menggambarkan bahawa warisan melayu masih wujud dan disemai dalam kehidupan masyarakat melayu.Penenun songket menggunakan motif bunga sirih untuk menggambarkan ketinggian kesucian adat melayu yang harus dipertahankan . Jika dikaji dengan mendalam mengenai motif tersebut kita akan mendapati bahawa ia mempunyai makna yang tersirat yang cuba disampaikan kepada masyarakat sekarang. Motif Bintang

Sumber motif

Lakaran motif

Songket yang menggunakan motif bintang

Bintang dari sudut falsafah,seperti yang kita tahu, bintang mempunyai lima bucu.Setiap bucu-bucunya mempunyai makna tersendiri antaranya melambangkan keagamaan, kebudayaan,kesenian,tradisi,dan perkauman.Bentuk bucu bintang yang saling mencakupi juga
8

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

menggambarkan semangat perpaduan si pemakai.Manakala bintang itu sendiri juga melambangkan peningkatan jiwa dari alam. Motif Teratai

Sumber motif

Lakaran motif

Songket yang menggunakan motif teratai

Bunga Teratai digambarkan sebagai bunga suci bagi sesuatu agama seperti Hindu atau Budha.Motif bunga tersebut digunakan dalam pembuatan songket untuk menunjukkan tumbuhan teratai amat jelas kelihatan.

1.6 TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN SONGKET Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni.Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai namanama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya. Definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang.

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah: 1. Corak ulang sekata 2. Corak berpusat 3. Corak cerminan 4. Corak bertindih 5. Corak selang seli 6. Corak batu bata

Jenis-jenis corak

Susunan Ulang Sekata Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

10

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Corak Berpusat

Susunan Berpusat Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya. Corak cerminan

Susunan Bertimbal Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

11

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Corak Bertindih

Susunan Bertindih Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

Corak selang seli

Susunan Berselang Seli Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

12

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Susunan Batu Bata

Susunan Batu Bata Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

1.7 Kesimpulan Setelah sekian lama perusahaan songket berkembang di Malaysia maka kini corak songket mendapat tempat di hati para arkitek. Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia. Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan dan secara relatifnya berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga songket semakin popular digunakan sebagai busana majlis perkahwinan, hantaran perkahwinan, cenderahati dan hiasan dinding.Peningkatan kos penghasilan sutera, benang emas dan perak serta perubahan fesyen dan trend sedikit sebanyak mempengaruhi industri songket seawal pertengahan abad ke-20.

13

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

2.0 PENGENALAN BATIK Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.Di alam Melayu,sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

14

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Motif adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Rajah 1.1 Rupabentuk Kain Batik Sarung Corak batik melalui evolusi dari corak terap yang asal dengan asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan luar. Batik tulis berdasarkan kaedah canting dipengaruhi oleh Indonesia dan bersama-sama dengan kemunculan pewarna baru yang susuai untuk sutera membawa kepada ledakan seni batik tulis di pertengahan 90an. Batik Terengganu khususnya batik terap mempunyai kedudukan yang unik walaupun dikatakan dipengaruhi oleh seni batik Jawa. Namun begitu, seingat saya, batik Terengganu dan batik Jawa berbeza; malah sehingga kinipun pengeluar batik tradisional masih mempertahankan teknik dan corak Terengganu walaupun ada beberapa pengeluar atas alasan kos menggunakan blok yang dibawa dari Indonesia. Perkembangan batik bergantung kepada beberapa faktor dari reka bentuk, bahan, artisan hinggalah kepada trend citarasa semasa. Ledakan 90an telah surut mendadak akibat lebihan bekalan dan ketiadaan kawalan mutu. Peniru melambak di pasaran. Pergantungan industri kepada tekstil dan pewarna yang diimpot juga menjadikan industri ini kurang daya tahannya. Tanpa perlindungan kerajaan, kos bahan mentah yang tinggi, saingan yang melampau dan perubahan citarasa kepada tekstil impot menjuruskan industri ini ke senja. Ketahanannya merentas masa adalah faktor yang akan meneruskan sejarah batik. Seninya akan hidup melewati usia industri dan peredaran dunia fesyen akan membawa batik popular kembali. Demikian, keperluan kepada idea dan kaedah baru amatlah dirasai.

15

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

2.1 TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN i) Perlakuan ii) Persepsi iii) Pengetahuan Budaya

2.2 KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek b) Corak sebagai elemen hiasan c) Corak sebagai nilai estetika.

2.3 Proses Membuat Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik. 1.Blok penerap 2.Campuran lilin 3.Kain 4.Pencelup 5.Sebuah Meja Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warnawarna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

2.4 Penjenisan Kain Batik Batik terbahagi kepada tiga jenis. Batik Blok Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
16

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Batik Conteng Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. Batik Skrin Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan

2.5 Motif Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.Contoh Motif Organik. 1.Motif Ayam 2.Motif Bunga Buluh 3.Motif Bunga Kerak Nasi 4.Motif Bunga Kotak Bercampur 5.Motif Bunga Orkid 6.Motif Bunga Raya 7.Motif Daun Sireh 8.Motif Geometrik 9.Motif Pucuk Rebung 10.Motif Rama-rama 11.Motif Siput

17

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Contoh Motif Geometrik. 1.Motif Pucuk Rebung 2.Motif Bunga Kotak Bercampur

2.5.1 Susunan Motif Batik

Motif Ayam

Motif Daun Sireh

18

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Motif Pucuk Rebung

Motif Rama-rama

. Motif Bunga Buluh

19

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

2.6 Teori membuat corak dan Batik Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam meghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai namanama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya. Definisi corak ialah susunan motif sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. Enam jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah: 1. Corak ulang sekata 2. Corak berpusat 3. Corak cerminan 4. Corak bertindih 5. Corak selang seli 6. Corak batu bata

20

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

2.6.1 Jenis-jenis corak Corak Ulang Sekata

Susunan Ulang Sekata Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Corak Berpusat

Susunan Berpusat Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.

21

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Corak cerminan

Susunan Bertimbal Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.

Corak Bertindih

Susunan Bertindih Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.
22

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

Corak Berselang Seli

Susunan Berselang Seli Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur. Corak Batu Bata

Susunan Batu Bata Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.
23

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

3.0 Kesimpulan Corak dan Rekaan sesungguhnya suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efektif. Rekaan dan corak terancang dan tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik dalam penghasilan batik blok atau tekap. Penghasilan corak dan rekaan yang kreatif dan unik amat memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan yang tinggi. Hal ini kerana melibatkan proses latihan berfikir yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Seseorang individu yang mahir memerlukan latihan berterusan untuk menguasai kemahiran. Dengan adanya kemahiran yang tinggi akan menjadikan seseorang itu kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni disamping mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Selain itu, dapat juga menilai serta menghayati sesuatu karya seni dengan lebih mendalam. Sesuatu karya seni itu hanya dapt dinilai dan dihayati oleh mereka yang memang berjiwa seni kerana seni itu indah dan boleh memberi ketenangan.

24

HBAE2103 HUZAINA JAAFAR 821024026052002

RUJUKAN Kathleen Chee (2005).Focus Super Hot SPM Pendidikan Seni Visual.Kuala Lumpur:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Leela R (1995). Pengajaran Pendidikan Seni: Memperkenalkan Kraf Tradisional. Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Siti Zainon Ismail (1986).Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka. Batik Dalam Perkembangan Seni Lukis Moden Malaysia (2009).[online] Available: http://batik painting dan painting batik dalam perkembangan seni lukis moden Malaysia. (26 Feb 2011) Corak Dan Motif Songket.[online] Available:http://ms.wikipedia.org/wiki/Songket#Corak_dan_motif(26 Feb 2011) Tenunan Songket(2009).[online] Available:http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html(5 March 2011)

Warisan Buadaya Malaysia,Seni Halus.Batik Available:http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.(30 Jan 2011)

25