Anda di halaman 1dari 5

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17

SK TAMAN PELANGI INDAH


25 JUN 2022

AGENDA UCAPAN CATATAN


 Pendaftaran dalam
talian
 Tayangan Multimedia
(Petai)

KATA-KATA ALUAN Melayang serindit di atas permatang


PENGACARA Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak ke pohon sena
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis tambah sempurna

Yang Dihormati, Puan Rosita binti MD Ali


Yang Dipertua PIBG, SK Taman Pelangi Indah

Yang Berusaha Cg. Miskiah binti Jalaludin,


Ex-officio PIBG merangkap Guru Besar SK Taman
Pelangi Indah

Yang dihormati Cg Hjh Katijah binti Abu Bakar


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang dihormati Cg Mohd Farihin bin Hassan


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang dihormati Cg Roslan bin Surie @ Mastura


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG.,


Barisan pendidik, serta ibu bapa yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum w.b.h dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadirat Illahi, kerana


dengan izin serta limpah rahmat-Nya, kita diberikan
kekuatan untuk hadir dalam mesyuarat Agung PIBG
SK Taman Pelangi Indah kali ke 17 secara dalam talian.
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih dan
mengalu-alukan kehadiran tuan puan ke Mesyuarat
Agung PIBG pada hari ini.
Semoga pertemuan pada hari ini, kita sama-sama dapat
bertukar pandangan dan pemikiran, membina ke arah
membantu pihak sekolah, dalam meningkatkan, potensi
anak-anak kita, khususnya, dalam bidang akademik,
dan dunia pendidikan, seterusnya menjulang nama
sekolah sama ada, di bidang kurikulum, ko- kurikulum
mahupun sahsiah pelajar.
- NYANYIAN LAGU Hadirin sekalian,
BANGSA JOHOR Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan nyanyian
- NYANYIAN LAGU lagu bangsa johor dan nyanyian lagu negaraku.
NEGARAKU
Hadirin dijemput berdiri untuk sama-sama
menyanyikan lagu tersebut. Dipersilakan

BACAAN DOA Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis berkenan di hati
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dihormati sekalian


Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang
penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan, mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Tuan Mohamad Zaki bin Tuan Mat.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Amin… Amin Ya Rabbal Alamin
Pihak majlis mengucapkan, ribuan terima kasih, kepada
ustaz atas pimpinan doa itu tadi. Semoga mesyuarat ini
mendapat barakah daripada Allah SWT dan berjalan
dengan lancar.
UCAPAN EX- Hadirin sekalian,
OFFICIO/PENASIHAT
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang
PIBG Berusaha Cg Miskiah binti Jalaludin, Ex-Officio PIBG
merangkap Guru Besar SK Taman Pelangi Indah bagi
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

********* ucapan************

Terima kasih diucapkan kepada Cg. Miskiah binti


Jalaludin atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

UCAPAN YDP PIBG Terbang sekawan si itik nila


Di atas papan batang selasih
Tampillah tuan kami persila
Bersama ucapan pengikat kasih

Hadirin yang dihormati sekalian


Majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang Dihormati Puan Rosita binti MD Ali
Yang Dipertua PIBG, SK Taman Pelangi Indah untuk
menyampaikan ucapan perasmian. Dipersilakan..

Bunga selasih di dalam puan,


Harum melati penyeri intan,
Terima kasih ucapan tuan,
Kekal bersemi dalam ingatan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan


Rosita binti MD Ali atas kesudian menyampaikan
ucapan.
MESYUARAT AGUNG Hadirin yang dihormati sekalian,
DIMULAKAN
Mesyuarat Agung akan dimulakan sebentar lagi.
Dengan ini saya serahkan majlis ini kepada
Yang dihormati Puan Rosita binti MD Ali,
Yang Dipertua PIBG, Taman Pelangi Indah
untuk menyempurnakan atucara seterusnya
Dipersilakan puan.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-16


- Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat
agung tahunan kali ke-16 & perkara berbangkit
Puan Rosita binti MD Ali

- Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan


Aktiviti PIBG sesi 2021/2022
Cikgu Hasmanizam binti Ab Manan

- Pembentangan Penyata Kewangan sesi


2021/2022
Cikgu Umi Kalthum binti Hassan

- Ulasan usul oleh Cikgu Miskiah binti Jalaludin

- Hal-hal lain oleh Puan Rosita binti MD Ali


Hadirin yang dihormati sekalian.
UCAPAN
PENANGUHAN Majlis diteruskan lagi dengan ucapan penangguhan oleh
SERTA PERASMIAN Yang Dipertua PIBG SK Taman Pelangi Indah sesi
MESYUARAT AGUNG 2021/2022. Untuk maksud itu, saya mempersilakan
KALI KE-17 OLEH PN Puan Rosita binti MD Ali selaku Yang Dipertua PIBG
ROSITA BINTI MD ALI sesi 2021/2022 untuk menyampaikan ucapan
penangguhan.. Majlis mempersilakan.

**********ucapan penangguhan***********
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan
Rosita binti MD Ali atas ucapan sebentar tadi.
Sebelum majlis kita melabuhkan tirai pada hari ini,
TAYANGAN VIDEO ayuh sama-sama kita saksikan tayangan multimedia
KEJAYAAN SEKOLAH oleh Panitia Bahasa Inggeris. Berkaitan kejayaan
TAHUN 2021 sekolah kebangsaan taman pelangi indah sepanjang
tahun 2021.

Syabas dan tahniah kepada murid-murid, guru-guru,


ibubapa dan semua pihak yang telah terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam melakar kejayaan
yang membanggakan sepanjang tahun 2020/2021.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua
dalam mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada
masa akan datang.

Merdu bertingkah alunan suara


PENUTUP Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Bagi pihak


majlis, ucapkan terima kasih kami ucapkan. Semoga
bertemu di tahun hadapan.
Assalammualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai