Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN

PERINGKAT SK TAMAN PELANGI INDAH


KHAMIS (28.4.2022)

ACARA QUE CATATAN


Ucapan alu- Bismillahirrahmanirrahim
aluan
Yang berusaha
Cikgu Miskiah binti Jalaludin
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah

Yang Dihormati
Cikgu Katijah Binti Abu BAkar
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati
Cikgu Mohd Farihin Bin Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati
Cikgu Roslan Bin Surie
Penolong Kanan KoKurikulum

Yang Dikasihi,
Barisan guru-guru SK Taman Pelangi Indah yang
dirahmati Allah.

‫أهال و سهال و مرحبا بكم إلى مجليس ختم القرءان‬....

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan


menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah,
Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan
izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis
Khatam Al-Quran pada hari ini.

Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi


yang cintakan Al-Qur’an dapat direalisasikan melalui
program-program sebegini.

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh


Berkat bulan Ramadan yang penuh barakah ini
Kami mengalu-alukan kehadiran semua ke Majlis
Khatam Al-Quran Peringkat SK Taman Pelangi Indah.
Selamat datang kami ucapkan.
Murid khatam Hadirin yang dihormati,
Al-Quran
mengambil Majlis diteruskan lagi dengan menjemput murid-murid
tempat khatam Al-Quran untuk mengambil tempat di atas
pentas bagi memulakan sesi Khatam Al-Quran kita
sebentar lagi.

Dijemput dan dipersilakan.

***majlis khatam***

Dengan berakhirnya bacaan doa khatam sebentar tadi,


maka berakhirlah sesi khatam Al-Quran pada hari ini.
Dijemput murid khatam Al-Quran untuk turun dari
pentas. Dipersilakan.

+++++ murid sedang turun ++++++

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis khatam


Al-Quran pada pagi ini akan dipimpin oleh Ustaz Imran
Bin Abdullah @ Hussein dan Ustaz Zulkifle Bin Junit.

Ucapan Guru Hadirin yang dihormati,


Besar
Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Puan
Miskiah Binti Jalaludin, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Taman Pelangi Indah
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

***ucapan***

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas


ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Akhir kata Dengan berakhirnya ucapan guru besar sebentar tadi

maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

kami bagi pihak ajk pengelola memohon ampun dan


maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sekian..wabillahi taufik walhidayah...


Assalamualaikum w.b. t maassalamah wailalliqa’...dan
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

Anda mungkin juga menyukai