Anda di halaman 1dari 5

TEKS MC

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444/2022


ACARA QUE CATATAN
Diumumkan ketibaan yang dihormati
Ketibaan VIP En Mohd Sidek Bin Hj Roslan (Pengerusi Majlis
Belia Daerah Johor Bahru)

Diiringi oleh Puan Miskiah binti Jalaludin selaku


guru besar SK Taman Pelangi Indah, barisan
pentadbir serta para guru untuk masuk ke dalam
dewan.

UCAPAN Melayang serindit di atas permatang


ALU-ALUAN Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berusaha,
Cg Miskiah binti Jalaluddin,
Guru Besar Sek Keb Taman Pelangi Indah.

Yang Dihormati,
En Mohd Sidek Bin Hj Roslan
(Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru)

Yang Dihormati
Cg Katijah Binti Abu Bakar
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati
Cg Mohd Farihin bin Hassan,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati
Cg Roslan bin Surie,
Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum

Barisan rakan guru serta murid-murid yang


dikasihi sekalian.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


rahmat serta kurniaNya dapat kita berhimpun
pada pagi yang mulia ini dalam satu majlis ilmu
sempena sambutan Maulidur Rasul 1444h
peringkat Sek Keb Taman Pelangi Indah.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah


sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang
akan dipimpin oleh adik Muhammad waliuddin
bin asparol asrar.

Bacaan doa Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****
Amin ya rabbal alamin.. Terima kasih diucapkan
kepada adik Muhammad waliuddin bin asparol
asrar atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Sudilah puan jalan berlapan,
Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah puan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian


Ucapan
yang akan disampaikan oleh Cg Miskiah bt
perasmian
Jalaludin, Guru Besar Sek Keb Taman Pelangi
oleh guru
Indah. Majlis dengan segala hormatnya
besar
mempersilakan.

***

Terima kasih diucapkan kepada Cg Miskiah atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Bacaan Al Hadirin sekalian,
Quran Majlis diteruskan lagi dengan bacaan ayat-ayat
suci al-Quran yang akan dialunkan oleh adik
Muhammad lutfi Rabbani dan adik Muhammad
sayed yusri dari kelas 4 mercury.

Majlis mempersilakan.

***

Terima kasih diucapkan kepada adik Muhammad


lutfi Rabbani dan adik Muhammad sayed yusri
atas alunan ayat suci al-Quran sebentar tadi.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, adik
Muhammad lutfi Rabbani telah beberapa kali
muncul sebagai tetamu undangan di dalam
program geng ngaji secara langsung di siaran
astro oasis.

Ceramah Hadirin dan hadirat yang dikasihi,


Maulidur
Rasul Sebelum majlis diteruskan lagi dengan sesi
ceramah kita pada hari ini, izinkan saya
membaca serba sedikit biodata penceramah kita
pada hari ini.

Mohd Sidek Bin Hj Roslan:

-Ijazah Sarjana Muda Pemb Sains Sumber


Manusia (UTM) Skudai
-Pengurus Prospective Consultant
-Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru
-Exco Majlis Belia Negeri Johor
-Penceramah Jemputan YADIM Zon Selatan
-Pengerusi Pasukan Kebajikan Kanak Kanak JB
-Jawatankuasa Pasukan Perlindungan Kanak
Kanak JB
-Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Johor
Bahru
-Setiausaha Seni Silat Seligi Tunggal Angkatan
Johor (STAJ)
-Jurulatih Seni Silat Seligi Tunggal Angkatan
Johor (STAJ)
-Anugerah Tokoh Belia Perdana Daerah JB 2017

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh


takzim mempersilakan
En Mohd Sidek Bin Hj Roslan untuk
menyampaikan ceramah beliau. Dipersilakan.

****

Alhamdulilah.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
En Mohd Sidek Bin Hj Roslan atas kesudian
untuk perkongsian ilmu sebentar tadi. Semoga
apa yang telah di sampaikan dapat
menambahkan ilmu kita bagi menghidupkan
sunnah Rasulullah dan menjadikan baginda
sebagai ikon dalam kehidupan seharian kita.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini,

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan


angklung oleh murid-murid dari kelab muzik dan
kebudayaan, hasil bimbingan Cikgu Faizah Binti
Persembahan
Kusnin. Majlis mempersilakan.
angklung
***

Terima kasih diucapkan kepada murid tahun 6


dari kelab muzik dan kebudayaan atas
persembahan sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin sekalian,


cenderamata Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput dan
kepada mempersilakan Yang Berusaha, Cg Miskiah bt
penceramah Jalaludin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
dan pemenang Taman Pelangi Indah diiringi Cg Katijah binti Abu
Bakar,Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk
tampil ke pentas bagi menyampaikan
cenderamata kepada penceramah jemputan kita
pada hari ini. Dipersilakan.

************

Dijemput En Mohd Sidek Bin Hj Roslan, untuk


menerima sedikit cenderamata kenang kenangan
daripada Sk Taman pelangi indah.

Mohon Cg Miskiah dan Cg Katijah untu terus


berada diatas pentas bagi penyampaian hadiah
pertandingan yang telah diadakan sepanjang
minggu sambutan maulidurasul.
*Umum pemenang. Rujuk list

Terima kasih diucapkan kepada Cg Miskiah dan


Cg Katijah atas kesudian menyampaikan
cenderamata dan hadiah sebentar tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para


pemenang.

Sebelum kita akhiri majlis kita pada hari ini, mari


Solawat Nabi kita sama-sama mengalunkan selawat keatas
beramai – junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
ramai bersama-sama yang akan diketuai oleh ustaz
tuan mohd zaki bin tuan mat.
Bacaan doa
makan
Jamuan VIP ,
Dijemput para vip dan barisan pentadbir ke
guru dan
ruangan makan vip untuk sedikit jamuan.
murid
Majlis
bersurai

Anda mungkin juga menyukai