Anda di halaman 1dari 3

NAMA: Aishah Nur Damia binti Roslan Matric No.

: (A20SC0013)

SEKSYEN: 06

UJIAN (20%): Sila jawab semua soalan.

Gambar 1 (Sumber: skincenter.ik/ home/ )

YOUR BEAUTY IS MY PROMISE (Kecantikan Anda Adalah Janji Kami)

1. Jawab soalan berikut berdasarkan petikan di atas.

(a) Jelaskan dua (2) jenis falasi informal yang terdapat dalam Gambar 1?
• Berdasarkan Gambar 1, falasi informal yang kita boleh perhatikan adalah
Argmentum Ad Ignoration, gambar tersebut tidak memberikan hujah dengan
alasan yang konkrit. Contohnya, “Your beauty is my promise”. Daripada ayat
tersebut, kita tidak mampu untuk mendapatkan idea bagaimana kecantikkan
kita itu dapat dijamin oleh pihak mereka.
• Seterusnya, falasi informal Ambiguiti iaitu penhataan yang lebih dari satu
makna dan mengelirukan. Contohnya, penggunaan gambar seorang wanita
yang cantik didalam poster tersebut. Ia boleh mengelirukan penonton dan
boleh menyebabkan ketidakpuashatian berlaku dalam golongan pengguna
atau pelanggan sekiranya mereka tidak menjadi cantik seperti wanita
tersebut.

(6 markah)
(b) Bincangkan dua (2) ciri-ciri yang terdapat dalam falasi yang berkaitan.

• Ciri-ciri yang terdapat dalam falasi berkaitan adalah penyataan yang tidak jelas
iaitu tidak cukup data dan fakta.
• Seterusnya ialah falasi berkaitan penggunaan gambar seorang wanita cantik
yang mampu membuatkan pelanggan berasa tertipu dan tidak berpuas hati
sekiranya mereka tidak menjadi seperti wanita itu.
(2 markah)

(c) Bincangkan dua (2) kesan-kesan negatif falasi dalam Gambar 1 kepada pengguna.

• Dua kesan negatif falasi daripada Gambar 1 adalah penyataan tersebut tidak mampu
menarik minat penonton untuk menjadi pelanggan kerana tidak menunjukkan bukti
yang boleh dipercayai.
• Seterusnya, penonton juga akan berasa keliru dengan servis yang akan diberikan dan
tidak akan mencuba servjs tersebut dengan mudah disebabkan kekurangan data dan
fakta.

(2 markah)

Gambar 2 (Sumber: https:/ / adsoftheworld.com/ media/ ambient/ hanging_straps)

2. Gambar di atas menunjukkan imej jam tangan yang dijelmakan dalam rekabentuk tali
pemegang untuk kegunaan penumpang-penumpang yang berdiri di dalam bas.
Bincangkan empat (4) teknik pemikiran kreatif yang boleh digunakan untuk
menghasilkan bentuk pengiklanan sebegini dalam pemasaran produk.
(10 markah)

Teknik pemikiran kreatif yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk


pengiklanan sebegitu adalah;
• Teknik Asosiasi yang mana ianya melibatkan perhubungan antara duanobjek
atau idea. Berdasarkan pengiklanan tersebut, prinsip kedekatan diaplikasikan
dimana tali pemegang dan juga jam tangan disatukan. Perkaran inj
memberikan manfaat kepda pengguna, pengguna dapat berpaut pada tali dan
dalam masa yang sama mereka dapat melihat waktu.

• Teknik Visualisasi iaitu teknik paparan idea secara nyata. Melalui pengiklanan
tersebut, pereka menggunakan bahan rangsangan yang jelas iaitu gambar
tangan yang berpaut pada bahan rekacipta tersebut.

• Teknik Analogi Peribadi yang mana ianya melibatkan diri secara langsung
dengan masalah yang dihadapi dengan menghayati dan melakonkan watak-
watak tertentu dalam kes penyelesaian suatu masalah. Berdasarkan gambar
pengiklanan tersebut, sudah ditunjukkan cara penggunaan bahan rekcaipta
tersebut iaitu tangan yang berpaut pada tali pemegang dan boleh
menampakkan jam.

• Teknik Pelbagai Guna iaitu teknik yang memoelbagaikan satu produk. Ianya
boleh digunakan pada barangan terpakai ataupun barangan yang sudah sedia
ada. Berdasarkan gambar pengiklanan tersebut, tali pemegang boleh juga
digunakan sebagai jam dengan menggunakan rekcaipta tersebut.

Anda mungkin juga menyukai