Anda di halaman 1dari 2

STPM 2013/2014 U

Bincangkan pelaksanaan Merkantalisme di England pada abad ke-17


Masihi. (20 markah)

1. Pengenalan:

 Merkantalisme merupakan amalan teori ekonomi yang banyak


digunakan di Eropah dari abad ke 16 hingga 18 yang memperkenalkan
peraturan kerajaan terhadap ekonomi negara bertujuan menambah
kuasa wilayah terhadap persaingan kuasa negara-negara di Eropah.
 Merkantalisme menyebabkan sering kali berlaku peperangan dan
motivasi untuk mendapatkan tanah jajahan di kalangan negara-negara
Eropah.
 Oleh itu, England juga tidak ketinggalan dalam pelaksanaan
merkantalisme yang juga merupakan antara negara Eropah yang
mempunyai kuasa ekonomi yang kaya dan tanah jajahan yang banyak
pada abad ke-17.
2. Isi Penting:
 Di England, merkantalisme mencapai kemuncaknya pada zaman
pemerintahan Kerajaan Parlimen England (1640-1660).
 kawalan kerajaan terhadap ekonomi domestik kurang meluas
berbanding wilayah kerana dihadkan oleh undang-undang kuasa
Parlimen yang kukuh.
 monopoli kerajaan menjadi penting terutamanya sebelum Perang
Saudara Inggeris yang menjadi isu kontroversi di England.

 Di kawasan tanah jajahan England, merkantalisme menyebabkan


hubungan kerajaan dan pedagang menjadi akrab dengan matlamat
untuk menguatkan kuasa dan kekayaan peribadi.
 kerajaan melindungi para pedagang daripada gangguan
perundangan, sekatan dan subsidi dalam industri domestik untuk
memaksimumkan eksport dan meminimumkan import.
 kerajaan turut mencegah kegiatan penyeludupan di tanah jajahan.

 Matlamat merkantalisme adalah untuk menambah kegiatan


perdagangan agar emas dan perak dapat dihantar ke London.
 kerajaan mengambil hasil melalui duti dan cukai yang dikenakan
terhadap para pedagang.
 kerajaan membelanjakan hasil dalam Angkatan Tentera Diraja
yang bertujuan untuk melindungi tanah jajahan British atau mengambil
alih tanah jajahan negara lain.
 Penjajahan bertujuan untk meningkatkan kekayaan negara
England.
 undang-undang diperkenalkan untuk menggalakkan eksport dan
mengurangkan import.
 tarif dikenakan terhadap barangan import.
 akta navigasi dikenakan terhadap pedagang asing terhadap
perdagangan domestik England.

 Di tanah-tanah jajahan England, peraturan diperkenalkan untuk


mengeluarkan bahan-bahan mentah untuk diperdagangkan dengan
England sahaja.
 polisi ini telah mewujudkan ketidakpuasan hati tanah jajahan yang
membawa kepada tercetusnya Revolusi Amerika.
 Merkantalisme menyatakan perdagangan merupakan keuntungan
untuk satu negara sahaja iaitu Kolonial England dan para pedagang
tidak dibenarkan berdagang dengan negara lain.
3.Kesimpulan:
 Polisi-polisi merkantalisme mempunyai impak positif kepada
England yang menjadikannya sebagai pusat dagangan ekonomi di dunia
sehingga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai