Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru

Terima kasih Pengerusi Majlis. Selamat pagi dan salam sejahtera, Yang Berusaha
CIKGU LAU HIE MING, Guru Besar, Yang dihormati, CIKGU JOHN ANAK SEMADA,
Penolong Kanan Kurikulum, CIKGU ABANG RAHMAN BIN ABANG DRAHMIN
Penolong Kanan HEM, CIKGU LYISTER MAGROY Penolong Kanan Kokurikulum,
Kakitangan Sekolah dan yang diraikan guru-guru SK RANTAU DILANG serta yang
disayangi rakan sekalian. Saya ZACHARY XAVIER sebagai wakil murid, ingin
mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.
Hadirin sekalian, Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan
sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Pada tahun ini, “GURU TUNJANG
SEKOLAH SEJAHTERA” dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali
dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih
kritis dan kreatif dalam PAK 21. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru.
Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.
Rakan-rakan sekalian, Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita
sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan
mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang
hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan
mengira. Bukan itu sahaja, namun pelbagai sudut guru membantu kita. Guru juga
merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru.
Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita
abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. Guru banyak berkorban masa demi kita, jadi
kita sebagai murid haruslah menghargai pengorbanan ini dengan sentiasa menghadirkan
diri ke sekolah setiap hari tanpa ada alasan ponteng dalam diri.
Rakan-rakan sekalian, Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita
untuk rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang
kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi
semasa mengajar kita di sekolah. Dalam hal demikian, mengapa kita tidak mengambil
peluang ini semasa di sekolah. Berikan tumpuan sepenuhnya dalam pembelajaran nescaya
ilmu yang diberikan guru berguna walau dimana kita berada.Tumpukan Perhatian ketika
pembelajaran kurangkan berbual kosong tanpa ilmu.
Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak
pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua.
Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun:

Pelangi muncul jarang sekali,


Indah sungguh berwarna-warni,
Jasamu guru besar sekali,
Tidak terbalas walau seinci.

Terima Kasih Cikgu / Kami Sayang Cikgu / Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai