Anda di halaman 1dari 4
Destinasi Impian Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang ceria dan cergas. Contohnya, Azlina sentiasa cergas dan ceria sepanjang perjalanan walaupun Firdaus sudah merungut penat. Selain itu, masyarakat yang tabah menghadapi cabaran. Contohnya, Azlina tidak goyah dengan cabaran yang terpaksa dihadapinya sepanjang jalan berbasikal ke Pantai Morib. Akhir sekali, masyarakat yang cepat berputus asa. Contohnya, Firdaus tidak ingin meneruskan perjalanan ke Pantai Morib kerana penat. Antara kepentingan dron dalam pengurusan hutan ialah dapat memantau aktiviti kawasan hutan dengan lebih sistematik dan berkesan. Seterusnya, gambar kawasan hutan yang diambil dapat diolah menjadi data pelbagai guna. Selain itu, penggunaan dron membantu kajian pemantauan aktiviti pembalakan. Dengan itu, kawasan perhutanan dapat dipantau dengan lebih efisien tanpa perlu melakukan rondaan secara manual di kawasan hutan tersebut. Tambahan pula, tindak balas terhadap kawasan difokuskan serta tindakan segera kepada kawasan berimpak dapat dilakukan dengan penggunaan dron. Akhir sekali, penggunaan tenaga kerja dalam bidang perhutanan dapat diminimumkan seterusnya menjimatkan kos dalam jangka masa panjang. (92 patah perkataan) Aku sebuah periuk nasi serba guna. Aku multifungsi. Selain menanak nasi, aku dapat menggoreng, memanggang, dan sebagainya. Selepas siap dipasang, aku dihantar ke sebuah kedai elektrik. Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang lelaki. Aku dihadiahkan kepada isterinya. Tuanku sangat berpuas hati dengan fungsiku. Pada setiap hari, tuanku menggunakan aku untuk memasak pelbagai makanan yang enak untuk keluarga tersayangnya selepas pulang daripada kerja. Kerja tuanku menjadi ringan kerana aku dapat menjimatkan masa memasak: Aku berharap dapat terus berkhidmat dengan tuanku.

Anda mungkin juga menyukai