Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A ( 20 Markah )

Soalan 1 hingga Soalan 5.


Baca cerita di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada hari Ahad yang lepas, Amir dan rakan-rakannya pergi ke


sungai. Mereka hendak memancing ikan, tetapi sungai itu telah
tercemar. Banyak sampah dibuang ke dalam sungai itu. Ikan-ikan di
sungai itu telah mati. Mereka pulang ke rumah dengan perasaan yang
sedih.

1. Ke manakah Amir dan rakan-rakannya pergi ?

A. bandar B. sekolah C. sungai D. hospital

2. Apakah yang mereka hendak lakukan di sana ?

A. berkelah B. memancing C. berehat D. melancong

3. Bagaimanakah keadaan sungai itu ?

A. tercemar B. jernih C. bersih D. seperti sediakala

4. Apakah tindakan Amir dan rakan-rakannya apabila melihat keadaan


sungai tersebut ?

A. memberitahu penjaga B. membersihkan sungai


C. memberitahu guru D. memberitahu Jabatan Alam Sekitar

5. Setelah melihat kejadian tersebut, bagaimanakah perasaan mereka ?

A. gembira B. biasa C. dukacita D. riang


Soalan 6 hingga Soalan 10.
Baca iklan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Datanglah segera ke " GEDUNG BORONG ".


Jualan murah selama sebulan mulai 1.3.2010
Sehingga 1.4.2010. Kami menjual barangan yang
Bermutu tinggi dengan harga yang sungguh
Murah. Harga yang menyebabkan anda
Tersenyum. Potongan hebat sehingga 75 %.
Nama Barangan Peratus Potongan
1. Barangan dapur 50%
2. Perabut kayu 35%
3. Peralatan elektrik 40%
4. Pakaian kanak-kanak 75%
5. Bahan pencuci 30%
6. Makanan dalam tin 25%
Jimatkan wang anda. Cepatlah datang dan
Balik dengan senyuman yang lebar

.
6. Apakah nama kedai yang menawarkan jualan murah ini ?

A. Kedai Gedung B. Gedung Borong


C. Kedai Borong D. Pasar Borong

7. Berapa jeniskah barangan yang dijual dengan potongan harga


istimewa ?
A. 4 jenis B. 5 jenis C. 6 jenis D. 7 jenis

8. Berapakah potongan hebat tertinggi diberikan ?

A. 25% B. 75% C. 45% D. 57%

9. Berapa lamakah jualan murah ini diadakan ?

A. satu minggu B. satu bulan C. Dua minggu D. satu hari

10. Jika datang ke kedai ini, kita akan pulang dengan ………………… .

A. menanggis B. senyum lebar


C. ketawa D. tangis ketawa

Soalan 11 hingga Soalan 15.


Baca dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Apabila waktu rehat, Amir dan Sarjit duduk di bawah pokok. Mereka
makan bekalan yang di
bawa dari rumah. Amir mendapati Sarjit kelihatan sedih.

Amir : Mengapa kamu bersedih, Sarjit ?


Sarjit : Saya susah hati, Amir.
Amir : Apakah maksud kamu ? Beritahulah saya.
Sarjit : Saya terpaksa bercuti selama beberapa hari. Ibu saya
sudah seminggu Sakit.
Dia tidak dapat menjual sayur di pasar.Saya pula anak sulung. Oleh
sebab itu
saya terpaksa melakukan kerja itu sementara waktu. Kalau tidak
keluarga saya
tentu menghadapi masalah kewangan.
Amir :Jangan kamu susah hati. Saya akan membantu kamu. Saya akan
memberitahukan hal ini
kepada Cikgu Kamisah.
Sarjit : Saya malu jika Cikgu Kamisah dan kawan-kawan mengetahui
hal ini.
Amir :Janganlah malu. Saya percaya bahawa Cikgu Kamisah akan
membantu kamu.
Sarjit : Terima kasih Amir kerana membantu saya.

11. Bilakah perbualan antara Amir dengan Sarjit berlaku ?

A. waktu pulang dari sekolah B. waktu pagi


C. waktu makan tengah hari D. waktu rehat

12. Mengapakah Sarjit terpaksa bercuti selama beberapa hari ?

A. kerana dia dimarahi Cikgu Kamisah


B. kerana dia anak sulung
C. kerana dia terpaksa membantu ibunya
D. kerana ibunya sakit

13. Apakah pekerjaan ibu Sarjit ?

A. menjual sayur B. menjual kuih


C. menjual makanan D. bekerja di pasar

14. Bagaimanakah Amir menolong Sarjit ?

A. meminta bantuan daripada ayahnya


B. membantu Sarjit menjual sayur
C. meminta bantuan daripada Cikgu Kamisah
D. memberikan wang belanja

15. Simpulan bahasa anak sulung dalam dialog ini bermaksud ………………….

A. anak yang paling kecil dalam keluarga


B. anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
C. anak yang pertama dalam keluarga
D. anak yang kedua dalam keluarga

Soalan 16 hingga Soalan 20.


Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kamal dan Sobri adik-beradik. Mereka bersekolah di SK Kayan,


Sitiawan.
Kamal adalah pelajar tahun dua dan Sobri pelajar tahun enam.Kedua-
duanya
sangat rajin dan pandai.
Mereka juga mempunyai hobi yang sama iaitu bersukan. Kamal
gemar
bermain ping pong dan Sobri pula gemar bermain badminton. Sobri
mewakili
sekolahnya dalam Pertandingan Badminton Daerah Manjung.

16. Berapakah umur Kamal ?

A. lapan tahun B. sembilan tahun C. sepuluh tahun D.


sebelas tahun

17. Apakah hobi mereka pada masa lapang ?

A. belajar B. bersukan C. berkebun D.


bermain

18. Permainan apakah yang digemari oleh Sobri ?

A. ping pong B. bola sepak C. badminton D. hoki

19. Sobri telah mewakili sekolahnya dalam pertandingan ……………. .

A. ping pong B. bola sepak C. badminton D. hoki

20. Kedua-duanya mempunyai sikap yang rajin dan …………….. ?

A. cerdik B. biasa C. baik D. pemalas


BAHAGIAN B [ 30 Markah ]

Soalan 1
Bina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang sesuai.

1. Pak Mat pergi ke pekan dengan menaiki kereta.


Pak Abu pergi ke pekan dengan menaiki kereta.

2. Suresh suka bermain bola sepak.


Suresh tidak suka bermain badminton.

3. Kamu boleh gunakan pisau untuk memotong tali ini.


Kamu boleh gunakan gunting untuk memotong tali ini.

4. Abang mencuci basikalnya.


Basikal abang kotor.
( 12 Markah )

Soalan 2
Lengkapkan pantun di bawah. ( 8 Markah )
Soalan 3
Jawab soalan pemahaman di bawah. ( 10 Markah )

Anda mungkin juga menyukai