Anda di halaman 1dari 1

IMAGINASI

Imaginasi mencakupi penglihatan fikiran, suara, rasa, sentuhan dan sensasi lain tubuh. Kita dapat
menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya. Hal ini terjadi kerana
otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam kemampuan
yang luar biasa.

Kanak-kanak adalah makhluk yang gemar, terbiasa atau fitrah (ilmu dari tuhan) berfikir dengan
menggunakan imaginasi. Mereka menggunakan imaginasi, jauh sebelum mereka memiliki
kemampuan berbahasa.

Ketika bahasa (kata-kata, verbal) menguasai mata fikiran, salah satu kesan yang akan kita
tanggung adalah kita hanya mampu "melihat" sebahagian kecil apa yang terlintas di depan mata
kita. Sehinggakan ketika kita melihat, mendengar atau merasakan sesuatu, apa yang kita fikirkan
adalah sekadar memenuhi perintah otak tanpa sensasi yang sebenar.

Ketika kita mengolah imaginasi dan visualisasi di mata fikiran kita, kita menggunakan bahagian-
bahagian otak non-verbal. Akan tetapi, ketika kita berbicara atau berfikir dengan kata-kata,
bolehlah dikatakan bahwa kita telah merampas kekuatan mata fikiran ini.

Para ahli saraf telah menemukan cara kerja mata fikiran di dalam otak dan menentukan bahagian
belahan mana yang berfungsi ketika berlakunya aktiviti fikiran dan ingatan. Penelitian tersebut
mengungkap bahwa belahan otak kanan hanya dapat '"melihat" sesuatu tetapi tidak dapat
"mengatakannya". Sebagai misalnya :

Kita mungkin mahir dalam memvisualisasikan warna rumah kita, tetapi kita buruk dalam
menyatakan fikiran kita dalam bahasa verbal tentang apakah sofa yang ada di salah satu sudut
ruangan itu benar-benar sudah sesuai untuk diletakkan di sana.

"Semakin baik daya imaginasi, biasanya semakin baik dalam mengingati mimpi, melakukan
hipnotis dan mengolah kreativiti berfikir. " - Ian Robertson, pakar neuropsikologi.

REALITI

Realiti bermaksud "keadaan sesuatu seperti mana ia wujud”. Istilah realiti, dalam erti paling luas,
termasuk segala yang sedia ada, sama ada ia boleh dilihat, boleh difahami, atau kelihatan dirinya
tidak konsisten dari segi sains, falsafah, atau mana-mana sistem analisa yang lain. Realiti dalam
maksud ini bolehlah termasuk adanya dan tidak adanya jisim tersebut, manakala kewujudan
sering terhad kepada adanya

Anda mungkin juga menyukai