Anda di halaman 1dari 2

1

KONSEP

1. Pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu.


2. Memberi penerangan khusus tentang sesuatu ciri.
3. Pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu; gagasan; tanggapan
4. Suatu prinsip yang bersifat objektif – perlaksanaan.
5. Istilah konsep wujud sejak dari tahun 1554-60. Perkataan konsep berasal dari Latin iaitu
“conceptum” bermaksud something conceived (sesuatu yang terkandung).
6. Kajian tentang konsep dan struktur konseptual termasuk dalam bidang falsafah, psikologi
dan sains kognitif.
7. Di dalam falsafah kontemporari, terdapat tiga cara lazim untuk memahami maksud/istilah
konsep iaitu:
a) Konsep sebagai representasi minda – entiti yang wujud dalam minda.
b) Konsep sebagai kebolehan – kebolehan khusus kepada agen kognitif (pemikiran).
c) Konsep sebagai objek abstrak – objek adalah juzuk dalil/komponen yang menjadi
pengantara antara pemikiran, bahasa dan perujuk.
8. Immanuel Kant menyatakan bahawa minda manusia mempunyai konsep tulen atau priori
(sejak dari awal).
9. Kebanyakan konsep lahir dari persepsi individu terhadap sesuatu. Menurut Kant, konsep
juga berasal dari pemikiran itu sendiri – dipanggil sebagai concept category yang
merujuk kepada predikat (kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan
menjadi unsur yang menerangkan subjek), ciri atau kualiti.
10. Dalam usaha untuk membuat imej mental ke dalam konsep, kita mesti dapat membuat
perbandingan, cerminan atau refleksi, dan abstrak – ini merupakan tiga operasi logik
yang perlu dibuat untuk memahami sesebuah konsep.

Contoh: konsep pokok.

3 OPERASI LOGIK Cemara Willow Linden


Perbandingan Perbezaan antara batang, dahan, daun
Refleksi Terdapat persamaan dalam ciri iaitu bahan, dahan, daun
Abstrak Saiz dan bentuk

ART1093 PEMBANGUNAN KONSEP DAN IDEA


2

IDEA

1. Idea adalah apa pun hasil pemikiran seseorang ketika dia berfikir.
2. Idea muncul dalam cara spontan dan tiba-tiba.
3. Sesuatu yang abstrak dan lazimnya mewakili atau hasil dari representasi sesuatu imej.
4. Perkataan “idea” datang dari Greek (eidei) bermaksud “form, pattern” – bentuk, corak.
5. Ahli falsafah yang terawal membicarakan tentang idea adalah Plato. Idea muncul secara
bebas dan sesiapa sahaja boleh mengeluarkan idea. Idea membezakan
pendapat/pandangan semata-mata berbanding dengan pengetahuan. Idea bersifat kekal
dan tidak berubah.
6. Berbeza dengan Plato, John Locke di dalam bukunya An Essay Concerning Human
Understanding (1689) menyatakan bahawa idea adalah suatu objek yang berdasarkan dari
pemahaman individu terhadap sesuatu – menyatakan maksud tentang sesuatu melalui
ilusi atau tanggapan.
7. Immanuel Kant melihat idea berbeza dengan konsep – Liberty is an idea (Kebebasan
adalah idea).

ART1093 PEMBANGUNAN KONSEP DAN IDEA

Anda mungkin juga menyukai